Friday, August 6, 2010

~Pasal Bandung - Makanan~

Oleh krn aku pi ni dgn ejen jd makan adalah teratur.
Tiadalah kena makan baso di tepian jalanan itu.
Mmg bes la tpt dia bawak. Yg mmg 'rumah makan' nya nyaman, besar dan ber air kondisi. Hehe.

Abis je proses kastam mastam suma, kuar airport dlm kul 1. Harus la da lapa kan. So, dia terus bawak kiterang pi makan. Kat Jakarta juga lah. Makanan Padang. Umm..sini apa lagi nak makan.
Nak makan baso tepi jalan? Atau nak makan ayam penyet? Lupa lah nak tnya tour guide tu apsal tak byk kedai ayam penyet kat sana.

'Makan siang' ari pertama sebaik sahaja touch down adalah di Sederhana Bintaro. Masakan Padang. Dia da sediakan satu sorang tpt air basuh tgn dan juga tea suam. Uohohoho... tea itu tawar okeh. Tp tidak la rasa tea yg lupa taruk gula. Aku rasa mmg tea itu sebahagian dr menu mereka kut. Byk giler lauk, tp dlm kuantiti yg sedikit. Owh, ada lemak tunjang jugak. Retu masa majlis PC masa Promosi Kerja Kahwin opis ni pun ada masak lemak tunjang. Maklum, Pak Menteri kami kan org N9. Minang, Padang tu lebey kuang la kan. Tau tunjang? Gugel je. Ada yg kata tunjang ni isi kat dlm keting/lutut lembu. Aku mmg tak makan la. Da terai retu masa promosi tu. Tak dapek la... Aku bergambar sebelah moto dia. Ada deliberi okeh. Udah mcm piza konsepnya. Kat sini kalo ada warong/restoran yg ada deliberi serbis kan syok. Asal lapo, halo je. Asal halo, lapo je. Lps tu lagi bdn naik dr tong gas kpd tong dram sbb langsung tak berjalan. Haha.

Lps tu harus ada tauhu, telur, daging, gulai nangka. Tp derang tak byk kuah. Makan kering je.

'Makan malam' di Bandung lps kiterang mandi manda di hotel. Da segar semula badan baru kuar. Owh. Our tourist guide bawa pula ke 'rumah makan' masakan Sunda. Tpt ni namanya Sendeng Reret. Cantik. Sbb hotel n restaurant konsepnya. Boleh aku katakan mcm gi kat Restoran Seri Melayu dkt opis aku ni ler. Tapiiiii...makanan Sunda ni buat aku 'geman-geman' tekak la. Tau geman? itu singkatan dari Geli dan Geliman. Manesss.... ada ikan bakar. Kicapnya manes. Tempe goreng pun manes. Daging yg mcm di penyek2 tu. Pun manis. Sambal pun manes. Menangis aku yg kuat pedas ni weh. Siap tnya kat Min (yg organize tour ni-dia org Mesia eh. Tp dia salu je pi Bandung nih), mana nak carik kedai cam 7-E tu. Takut lapo tgh malam-nak beli roti. Huhu. Suma kat meja aku tak buleh blah la dgn masakan manesss tu. Pakkal je. Kalo tak mmg ku mintak cili padi.


Ari kedua makan tghari, kami takmo lagi makan masakan Sunda. So, tourist guide bawak masakan Padang lagi lah. Again. Menda yg sama je la. Kali ni tak sempat amik gmbr coz suma da mendidih perut akibat soping kat Pasar Baru dan 'macet' yg trukkkkk amat. Owh. Bandung yg mcm negeri Kelantan tu mengalami macet yg trukkkk mcm kat KL. Eh. bkn mcm kat KL, malah lebih lagi... mintak hampun..!

Makan menda yg sama jugak.Ada ayam pot. Eh. Bukan pot la. Ayam Pop. Ha. Ayam pop tu mcm bes je bunyi nyer. Aku byg kan ayam yg garing rangup dan bila goreng dia meletup pop pop. Rupanya idak komeee.... ayam mcm masak rebus je. Mmg tak berusik la. Ada gak ayam masak lemak, daging, telur, gulai nangka. Makan saja... kata lapar.


See..bukti kami lapar. Ada tulang ayam je. Sapa eh sebelah aku?? Cea..bebuat lupa.. ngeh ngeh. Nisya mesti tau kan sapa sebelah Kekda sbb dia juga bersebelahan dgn Nisya. Hik hik.

Mlm lps soping skali lagi kami dihidangkan dgn masakan Padang. Kali ni derang terai amik satay sapi (lembu). Uwaa...nak menanges makan nye. Geman jugak wes. Kuah kacang juga rasanya tp dia blend sehalus-halusnya. Ha.. byg kan lah cemana. Ok. That's it.

See. Makanan yg sama jugak. Ada la pucuk ubi rebus. Tp nak makan dgn apa. Kalo ada sambal belacan ke takpe jugak kan. So, mmg tak diusik la. Oh. Ada bergedel jugak. Eh. yg tgh gigit menda oren tu bkn makanan yer. Itu adalah penghibur hati kami yg lelah ber soping di sana. Baby Maisara yg 'lucu' banget. Umm..kat sana lucu tu maksudnya comel. Tak gitu mbak Julie??

So, itu je lah yg kami makan di Bandung. Makanan Padang je. Yg lauknya berjenis2 tp itu la dihadap hari2. Naseb baik 2 ari je kat sana. Kalo 12 ari, ko byg sendiri lah cemna. Ada juga yg goreng2 tu, tp sbb trip ni da pakej skali ngan makan, kena la hadap yg ini jugak. Tu pun takut2 gak nak order kan. Kang dibuatnya tak kena dgn tekak cemna. Huhu.

Apa pun ok la. Sbb dia bwk pun tpt yg bersih. Nak kata sedap tu tatau nak tafsir la. Boleh la alas perut. So, kalo ikut ejen, amik la skali pakej makan sbb nati kita bukan tau kat mana nak makan. Sng kalo ejen yg bwk. Sampai je trus makanan dah terhidang. Bes. Bes.

Entry seterusnya : shopping till drop!!

~Pasal Potluck~

Haha. Waktu kejadian adalah tak smpai sejam yg lalu.
Haha. Laju2 amik gmbr. Laju2 apdet gmbr.
Dlm FB pun dah ada.
Ngeh ngeh ngeh.

Bukan apa. Aku nak selang seli kan citer Bandung ngan citer2 lain.
Kut tak kang muntah plak org asik baca citer Bandung je.
Nyampah rasa kan?

Ini adalah potluck bhgn aku sempena sambut puasa.
Our Bos suh bawak makanan sendiri2. Nak rasa air tgn anak buah dia katanya.
Ekceli derang plan ni ms aku kat Bandung sanun.
Then 4hb masa aku cuti tu, Rinie call gitau kata nak kutip duit, nk buat potluck ari Jumaat.
Aku suh bagi je 10inggit yg duk kutip2 tu.

Unit aku da decide nak buat mee kari.
Ada yg celur mee, goreng tauhu, buat kuah dll.
Smlm masa derang tnya "akak nak buat apa?".
Aku kata .... "malas..taknak buat apa?".
Abiss....takkan nak celur toge semata. Dah. Sekali sekala dtg trus makan je tak buleh ker?.
Ngeh ngeh ngeh.

So, td waktu lunch makan lah makanan suma tu.
Aku makan laksa n nasik.
Lauk adalah membanyak.
Laksa sedap. Laksa Kuale. Hehe. Laksa Kuale (Kuala Kangsar) tu kan pakai tepung beras. Lama tak makan dah. Dap. Nom nom nom.

Ok, jum tgk gmbr.

Thursday, August 5, 2010

~Pasal Bandung - Hotel~

R'u readyyyy???
Ni akan ada berjujut jujut entry Bandung nih.
Larat tak baca?
Haha. Tp aku tk buat ikut day mcm kebiasaan aku buat tu. Ini buat ikut soka ati je nih. Nati org bosan la plak baca pasal Bandung..Bandung..Bandung.. mcm la aku sorang je penah pegi kan.

Ok, kita mulakan pasal Hotel.
Utk trip ini kami menginap di Hotel Cemerlang, Bandung. Ini link nya : http://www.hotelcemerlang.com/. Tp aku tak bertanggungjawab sekiranya apa yg dilihat ini tidak sama apa yg anda alami sendiri.
Eh..bunyi nya mcm tak best jer.
Tidak lah. Ok je. Hotel ni di tgh2 bandar Bandung. Ok. Sapa nak pegi Bandung buleh duk di hotel ini. Dan berdekatan Hotel Mutiara (pun salu jadi pilihan org dari Mesia).

Kami tiba di hotel ni kurang lebih jam 5 ke 6 ptg tah. Harus ingat ya waktu di sana kurang sejam dari Mesia. Tp kul 6 tu da mcm gelap kat Mesia yg kul 7 tu. Patut derang ni jam sama dgn kita ni. Ok, lupakan. Tkde kena mengena dgn citer hotel kan.

Smpai je check in dibantu oleh tourist guide. Then ada welcome drink. Huhu. Air jambu batu pink. Setap. Setap.

Mcm hotel 3* bintang yg lain lah.
Handuk (towel) ada, tp upon request. Memula igt dia terlupa ke sbb on d 1st day tu sebaik check ini tgk towel takde. So, call house keeping. Tp..eh, ari ke2 pun takde juga. Takkan lupa jugak. So, aku rumuskan mmg handuk mereka tu upon request. Tnya juga ke bilik2 ahli lain, ada yg takde ada yg ada.
Towel pun se adanya saja lah. Tak usah la ko bayang kan mcm kat Mesia yg akan dpt towel muka, towel badan, towel sebeso selimut suma tu. Da dpt balut pinggang pun dah ok la tu dari org tu yg nak selit kat pinggang pun tak buleh (uhuk uhuk..ada yg terasa?? hikkssss).

Nak amik gmbo bilik? Eh. Tak perlu la. Sama je. Apa igt duk hotel 5 bintang nak amik gmbr. Aku rasa kat Bandung ni hotel 5 bintang yg ada Hilton kut. Kut la.. tah, tak igt. Ada la tourist guide tu ckp retu. Tp aku tak amik pusing pun. Tkde kepentingan pun. Huhu.

Bilik air. Ok la. Sama je mcm sini. Ada jamban duduk tu, ada tpt shower. Bath tub takde. Tp kalo ko mandi, tetiba air naik dkt paras buku lali. Mandi lagi sket mau smpai ke lutut. Anggap la bath tub jugak. Geli geli juga sbb terpaksa ber bath tub kan air sabun sendiri. Lps kuar dr tpt shower tu trus cuci kaki kat paip kat jamban tu. Haiya....tp aku maafkan sbb hotel ini sedang di renovasi. Dia da ada kertas yg tulis "harap maaf di atas ke tidak nyamanan" *lupa nak amik gmbr kertas tu*

Tp seingat aku lah. Seingat aku je tau. Kalo tak ingat tu mintak maap yer. Hotel kat mana pun aku pegi kat Mesia ni sure ada tingkap. Kat sini takde. Aku da rasa mcm dok dlm stor alat tulis kat opis aku ni pun yer jugak. Again. Aku maafkan sbb hotel ini sedang di renovasi. "Harap maaf di atas ketidak nyamanan". Dah ada air-cond dan ada + - 40 channel tivi dah cukup ok la kan. Umm...hotel derang mmg ada byk giler cenel.

Aku lak asal kul 4.30pg (jam Mesia) asik terjaga. Pehtu tak buleh tido. So, trus la bkk tivi. Tgk berita indon lah. Citer indon lah. Tp aku sker nengok iklan derang. Hehe. Apasal tah. Dua2 ari tido situ, dua2 ari terjaga 4.30pg. Lps tu siap berak suma pepagi buta tu. Haha. Itu pun nak citer. Terhapaaa........ Ok what. Aku tak menghadapi masalah pembuangan pun kat sana. Just nice je. Ekekekeke.

Tapi seb baik makanan pagi dia ok. Ari pertama aku makan ini.

Nasik goreng ok la buat alas perut. Oh ya. Hotel ini mmg pilihan org Mesia. Pagi tu dlm cafe sumanya org slang Melayu Mesia. Terasa bagai di tpt sendiri. Hehe.

Bihun (celah telur) tu napak mcm suhun. Tp rasa bukan suhun kut. Tah..jamah sket je. Air dia sedap. Jus dia pekat giler. Aku minum oren. Eh. Ke mangga. Bengong. Buleh tatau minum apa.
Ari kedua tu air jambu batu pink yg pekat. Ni mmg air feveret aku. Sama je mcm menu ari pertama tu. Cuma bihun tu diganti dgn mee dan sosej ganti dgn ayam goreng. Tp aku makan sket je sbb aku da makan bubur nasi (eh. aku makan bubur?? cam tak caya).

Dan ini sedikit gmbr di hdpn hotel.

Moga hotel ini terus Cemerlang. Gemilang. Terbilang.

Wednesday, August 4, 2010

~Pasal Bandung~

Ini edisi epilog ya. Pengenalan dulu. Mcm org lain juga yg akan buat ber entry2 kalo gi trip memana.
Salu org buat day by day kan.
Umm..nak buat cena eh?
Okeh. Buat ikut soka ati la kan.
Haha.

Tpt ini mmg tiada mee bandung.
Dan jgn ditanya juga sirap bandung.
Tah cemana kedua2 makanan itu mendapat namanya.

Ini my 1st trip ke Bandung-Jakarta.
Juga 1st travel wif AA. Maklum la, org gomen kalo outstation mmg naek MAS kan.
So, ada citer pasal AA juga nati.

Ahli2 rombongan bercampur2. Mmg bukan terdiri dari kawan sekolah, kawan universiti apatah lagi kawan sepejabat. Kawan2 se porem cuma. Tp telah menjalinkan persahabatan lebih dari 4 thn. Then derang ajak plak makcik2, adik kakak dan menjadikan ahli rombongan seramai 14 dewasa, 1 kanak2, dan 2 infant.

Gambar tak byk. Tatau la kenapa. Mood utk bergambar tetiba takde. Peliks. Mungkin mood untuk bershopping melebihi segala-galanya. Hehe. Tp untuk tatapan dan rujukan kawan2, sy telah menyediakannya. Hehe.

Antara Bandung dan Jakarta, mmg diakui shopping di Bandung seronok. Tp di Jakarta pun tak kurang juga seronoknya. Cuma keadaan persekitaran di Bandung agak merimaskan. Bila kita ni turun atau nak naik saja bas persiaran/pelancong, maka menyerbu la penjaja jalanan yg menjual (memaksa sebetulnya) kita membeli jajaan mereka. Pergh...jenuh plak nak berkata "ngak mau..ngak mau". Sudahnya sy mmg tak beli sebarang cenderamata mcm keychain ke apa ke sbb takut diserbu oleh ramai penjaja bila sy beli pada sorang penjaja. Menakutkan. Tp sy ada beli brownies kukus Kartika Sari utk rakan2.

Sama juga di Jakarta. Tetap la ada penjaja jalanan nih. Tp keadaan Jakarta ok sket sbb dia ibu negara. Teksi byk. In case kalo tak pakai tour agent pun rasanya bleh gerak sendiri.

Pasal harga, nak kata murah tu mmg murah la. Tp derang ni tau kita rakyat Mesia ni dtg sana mmg bertujuan nak membeli dan pastu belah. So, agak ssh la derang nak murahkan gegila. Tp kalo ke factory outlet (FO), mmg akan dpt kepuasannya. Mmg menitik2 air liur la tgk baju Polo berharga bwh RM50. Barang F.O kan. Ok je. Bkn yg tiruan. Byk baju kasual utk ari raya dibeli kat FO ni. Dan pegi toko jeans. Pun buleh buat rambang mata. Umm...antara brgn Thai n Indon, sy rasa membeli di sini lebih berbaloi, sbb murah dan berbaloi kualiti nya.

Mmg sy byk beli pakaian. Yg mana pakaian tu benarnya kat Mesia pun ada. Hehe. Giler tak? Tp reganya tu buat sy tak tahannn.....tskk..tskk..nom nom nom. Sy tak beli selai pun kain batik, kain pelikat juga baju kerawang2 yg glamer itu. Tkpe. Nxt year. Jadi..sy tak perlu ke Sogo lagi utk soping jeans dan baju2 t-shirt. Itu da cukup melegakan dari bersesak2 tk cukup napas kat dlm Sogo.

Apa yg sy boleh katakan, nxt year sy ingin ke sana lagi. Mebi dlm bln 5 atau 6. Kali ini ke Jakarta saja. Shopping di Tanah Abang yg sgt besarrrrrr mallnya. Sehari suntuk pun tak cukup rasanya. Mungkin mahu mencuba Garuda Airlines plak. Rasa seronok plak nak soping raya di sana. Hehe. Kalo org lain mao soping raya ke Paris, Perth, Spore, sy ke Jakarta pun da cukup lah. Kita carik la tiket awal2 dan boleh dpt murah. Lagipun bila dikira2 trip saya ni kurang lebih spti saya ke Perlis bln 4 ari tu.

Ok. Cerita selanjutnya di entry akan dtg..

Tuesday, August 3, 2010

~Promosi Kerja Kahwin~


(sticky entry : sehingga tamat Promosi)

It's back..!!

Last year kan aku yg kena jadi model pengantin basi. Tahun ni ramai lagi yg boleh jadi. Mebi cik Jivebumz kita ni ke kan. Dia kan perantin baru. Hik hik. "Ila..nati Kekda sajes kat org Promosi eh" Huhu.

Ok, pada sesapa yg merancang utk ber walimatul urus pada waktu terdekat atau waktu terjauh pun, sila lah ke Kompleks Kraf KL, Jalan Conlay.

Dari 24 Julai 2010 (Sabtu) hingga 2 Ogos 2010 (Isnin).
Jumaat - Sabtu : 10.00 pagi - 10.00 mlm
Ahad - Khamis : 10.00 pagi - 8.00 mlm
Majlis perasmian (secara PC shj kalo tak silap) adalah pada 26 Julai 2010 (Isnin) which rasanya mmg aku jadi petugas sambutan nih.

Memacam ada. Boleh tgk baju pengantin cantik2, pelamin cantik2, kek cantik2 dan semua lah cantik2.
Pada yg tak rancang nak kawen or da kawen ke pun boleh dtg sbb kiterang selitkan juga jualan produk kraf. Tp tak la semeriah Hari Kraf Kebangsaan la.

So, ayuh...datang lah beramai-ramai. Kut ada yg nak dtg, roger2 lah pnstoberi yer. Mana lah tau leh dpt diskaun staff price. Tp pnstoberi takde smpai abis promosi ni. Saya bercuti dari 1-4 Ogos. Datang hari weekday lagi dialu-alukan.

Terima kasih.

Utk keterangan lanjut - klik di sini - Promosi Kerja Kahwin Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Utk tgk brosur - sila klik - Aktiviti