Showing posts with label bonus. Show all posts
Showing posts with label bonus. Show all posts

Wednesday, July 17, 2013

Berita Baik Untuk Penjawat Awam?

Bonus ke? Hahaha.
Tapi lagi nak hahahaha awal2 minggu tu ari.
Tetiba ber terbangan di ruangan FB sokkaba tahun lepas. Yg bonus masuk 9 Ogos tu. Hahahhaaha.
Lawak oih..nak bonus punya pasal, sokkaba tahun lepas pun jadi.
Dulu tahun lepas pun camtu lah. Sokkaba Metro jadi mangsa.

Skang ni kan... kalo ada apa2 berita, harus la kat FB tu kuar dulu. Takkan nak pakai artikel sokkaba lagi. Kalo bonus umum, time2 tu jugak la berita bertebaran. 

Takpe.. 

Kita tgk apa kata PM nih.
Katanya "Nanti...kita akan melihat perkara ini...Ada masa lagi"
Berita penuh : Utusan n Berita Harian

Takpe lah. Ada rezeki, ada.. takde takpe..
Yg penting, mggu depan kita gaji. Dgn KGT baru lagi. Itu pun da syukur Alhamdulillah kan. Dari orang lain yg dengarnya bonus 8bulan. Wah..siapa lah kan..?? Hihi.

Tuesday, June 25, 2013

Edisi Bonus Tahun 2013

PM Akan Tentukan Bonus Penjawat Awam 25 Oktober Ini - KSN

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan membuat keputusan berhubung pemberian bonus untuk penjawat awam tahun ini, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata keputusan itu akan dibuat Najib selaku Menteri Kewangan sempena pembentangan Belanjawan 2014 yang dijadual 25 Oktober ini.

"Saya rasa kerajaan akan membuat keputusan bila kerajaan buat bajet(pembentangan Belanjawan 2014), PM sendiri akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Isnin.

Seramai 1,374 petugas dari 42 Jabatan/Agensi/Bahagian Jabatan Perdana Menteri menerima anugerah itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam.

Pada Ahad, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman menyarankan kerajaan agar bonus melebihi sebulan setengah gaji atau sekurang-kurangnya sebulan setengah gaji diberikan kepada kakitangan awam dengan pembayaran setengah bulan gaji dibuat sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

Tahun lalu, penjawat awam menerima bonus sebulan setengah gaji dengan pembayaran dibuat sebanyak tiga kali; sebelum perayaan Aidilfitri, bulan Disember dan pada Januari tahun ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Ali yang genap setahun menjalankan tugas sebagai KSN, meminta penjawat awam supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat dengan mengambil langkah proaktif melalui Program Jejak Mesra Perkhidmatan Awam.

"Penjawat awam (menerusi program itu) akan turun untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan kepada mereka.

"Ini adalah satu pendekatan baharu di mana kita tidak boleh menunggu untuk rakyat datang kepada kita dengan masalah mereka tetapi sebaliknya kita mendekati mereka," katanya.

Beliau juga mengalu-alukan maklum balas, pandangan dan cadangan membina daripada seluruh penjawat awam demi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam.

"Kita semua (penjawat awam) perlu senang dihubungi dan didekati. Saya berharap agar sebarang maklum balas yang ingin disampaikan dapat disalurkan melalui saluran yang bersesuaian," katanya. - BERNAMA

Sumber : Mstar

*****
Saja nak tempek. Mesti ada yg tertunggu bonus raya tahun 2013 ni kan? Takpe kot kalau tak dapat sebelum raya kan.... Lagipun kita ada kenaikan gaji tahunan lagi bulan Julai ni. Anggap la itu pun bonus/rezeki raya. Kan dapat 2x kenaikan tahun ni. Jadi, takpe la tggu smpai hujung tahun kot. Insyaallah ada tu. Banyak mana tu tak tau la kan.
Apa pun, bersyukur la dengan setiap rezeki yg ada. Yg penting bukan banyak mana yg dapat, tapi keberkatan dari punca rezeki itu sendiri. Kalau berkat, yang sedikit pun akan seperti bukit, gunung ganang lautan luas. Hihi. Insyaallah :)

p/s : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2013 - Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.