Tuesday, May 26, 2009

~peNgharGaaN~

Ini ada satu kisah.
Kisah berkaitan penghargaan.
Suma org suka akan penghargaan.
Dan kita akan rasa senang bila dihargai.
Tp..sekiranya meminta untuk dihargai..sesuatu itu mungkin akan napak ketidak ikhlasannya.
Mungkin nati jika dibaca lebih lanjut napak begitu keji seseorg itu bila meminta2 untuk dihargai.

Terpulang la..tp..mmg jauh di sudut hati aku..aku rs kecewa kerana tidak dihargai.
Mungkin aku tidak ikhlas..tp mungkin juga tidak sbb aku ada rasional sndiri kenapa aku rasa tidak terhargai..hati aku bukan luhur utk tidak berasa kecewa.

Kisahnya begini... (cewah..mcm citer zaman dahulu kala pulak)
Lebey kuang sebulan lps..
Aku..menerima SMS dari kak ipar yg berbunyi lebey kuang 'Da.. X (bukan nama sebenar) ajak kenduri kawen xxhb nati'
Respon aku - sedikit terperanjat..tak penah dgr citer pun si X ini bertunang..tup2 dh nak kawen.
Setelah bertanya pada mak..si X menempah langsir dari kak iparku.
Dan 3 ari slps tu aku terima SMS dari si X sendiri.
Antaranya berbunyi 'kak ida..datang tau kenduri kawen saya nati'
Aku jwb "Insyaallah,kalo takde apa2" Masakan boleh berjanji..aku skrang kena mengambil kira masa 'bedmate a.k.a osmet' ku juga.
"Ala K.Ida..datang la..bla..bla..bla.." dia seakan memaksa. Aku fedap. Apa kes nak paksa2 org datang kenduri kawen dia. Kenduri aku dulu pun dia tak datang. Aku mintak alamat pun dia tak kasik.
'Kad kawen sy dh bagi pd mak akak..datang tau' SMS nyer lagi. Eh..apa salahnya la kan kad tu bg byhand. Bukan kah dia juga dia disini..takpe..sangka baik..mebi dia sibuk. Atau..setidak2nya pos..kenapa nak antar ke rumah..entah bila masa aku nak balik umah kat kg tu.
Tetiba aku ter compare 'aku dulu rakan sekampung suma aku pos..takde nak tinggal kat mak suh antar umah derang..sgt tidak rasional aku rasa'
Itu aku rasa..org lain tak pikir gitu kan.Ok..aku terima..bia la kad tu kat rumah.

Lantas menghubungi segera rakan yg mengenali si X.
Bla..bla..bla..kami bercerita ttg kezutan yang dibuat si X ni. Rakan ku yg satu ini juga tak tau yg si X nk kawen. Aku menyuruh rakan ku ini pula buat kezutan. SMS si X kasik dia terkejut.

Aku berkira2 tak mahu pergi kenduri tu.
Mahu balik ke kg ari minggu sblm kenduri tu supaya ada alasan yg boleh ku berikan.
Rakan ku itu selamat..kerana dia sdg dlm berpantang.Confirm la mmg tak buleh dtg.
Tp..aku tak balik pulak kg wiken tu. Jadi pulang juga ke kg pada tarikh kenduri itu.

Dan..tarikh kenduri pun tiba.
Seminggu sblm date tu si X asik tidak abis2 memesan pada emak dan kak ipar aku agar aku tidak lupa datang ke rumahnya.
Dan sewaktu mak dan kakak ku pergi ke rumah si X sehari seblm kenduri utk rewang tu, pun dia tak lupa memesan.
Antara pesanan si X pada emak 'WAJIB kak ida datang..kalo dia balik mlm ni..mlm ni gak suh dia dtg" Mak aku trus call aku ptg tu bitau pesanan dia tu. Dari cerita mak dia mmg dia beria mahu aku dtg.
Aku kata hadiah pun aku tak beli lagi. Mak kata ko carik la adiah2 ko dulu, balut je. (eh..bukan ke aku tak sker recycle adiah aku..tapi..ini special case)
Jadi..mlm tu aku carik hadiah aku..balut dan sediakan
My dear tnya "nak pegi gak ker..retu beria kata taknak pegi"
AKu hanya jwb "abis..mak kata dia beria suruh pegi..pegi je lah"

Dan pada hari tersebut aku pun pulang la ke kg.
Pagi...subuh2 dh bangun bersiap. Smpai nak gaduh ngan my dear sbb nak suh dia bwk laju (dibaca:: suami kesayanganku ini pemandu berhemah yer. Bwk keta menten je 110 kalo kat hway)
Smpai kg tukar baju..tak smpat berehat trus ke rumahnya.
Dalam hati aku tentu dia suka melihat aku dtg.

Smpai je dirumah si X aku pun trus ke bilik mencari nyer.
Dia sdg bermekap. Hanya menegur aku "eh..kak ida..dtg pun"
Hanya itu..aku pun meletakkan hadiah..keluar..makan.
Mula hati aku berprasangka negatif. Tp aku tepis la..mebi dia tgh mekap..takmo ckp bebyk.
Dan lps makan aku masuk lagi.Mau bergambar bersama.

Ingatkan dia gembira dgn kehadiran aku..tp..respondnya ttp sama.
Mmg aku sedih dan kecewa. Sepanjang2 aku menghadiri kenduri kawen..tak kira kawan,sedara atau sesapa saja..soalan pertama yg ditanya sebaik bertemu muka adalah "dh makan ke???"
Tp tidak si X yg beria2 mengajak aku. Tiada pertanyaan 'dh makan ke?' tiada pertanyaan 'kak ida bila smpai'
Dan goodie bag pun tak merasa. Tak..aku pun tk kebulur goodie bag kenduri..tp jika dia benar2 menghargai..apa salahnya ambik satu beg tu..atau suruh la adik2 atau kawan2 dia amikkan goodie bag tu. Aku yg dia beria2 ajak..yg dia beria2 pesan pada mak aku,beria2 pesan pada kakak aku..kurang sgt ke jika bagi goodie bag tu.

Sekali lagi aku terpaksa compare dgn situasi aku lebih 5 bln dulu.
Aku mekap awal..dan sanding pun awal.
Rakan2 keluar masuk bilik..semua aku sambut dgn perasaan girang,gembira dan tentunya soalan 'dh makan ke..dh dpt beg ke (sbb aku bg suma tetamu goodie bag)..thanks sbb dtg'
Dalam gambar pun ada byk gambar yg menampakkan aku terjerit mcm pengantin tak betul senonoh sbb suka sgt2 bila tgk kawan2/org datang. Tak caya tgk ni.

Dan mlm lepas kenduri aku msg suma kawan2 yg dtg dari jauh.
Ucapkan terima kasih. Sbb bukan sng org nak memenuhi jemputan kita..lagi2 umah aku jauh tu..tapi..ramai yg dtg dr KL dtg..balik hari pulak tu.Sbb tu aku nak org rasa dihargai.

Dan skang ni aku tgh rasa bersalah amat pada Jurutera aku yg nak kawen on 7 Julai ni.
Sbb aku rs aku tak dapat dtg.
Majlis tu buat kat Jeli. Jeli Kelantan nun..
Dia dtg masa kenduri aku retu.Itu yg buat aku rasa bersalah sgt.
Cemana tah nak cover..aku rs nak cover dgn hadiah pun aku tak sanggup..tp..apakan daya. Jeli tu jauh sgt..bas opis pun takde..pulak ada kenduri kawan yg juga dtg ke Perak retu..di Sg Besi.

Entah..mungkin dh jd tak ikhlas aku memenuhi jemputan tersebut sbb aku rasa tak dihargai. Napak cam aku kebuloq sgt gudie bag org kawen tu.
Lantak la..aku pun tak kesah.
Tujuan utama aku balik bukan semata2 nak pegi kenduri dia.
Tujuan utama aku nak balik adalah nak tgk mak aku..bwk pi makan2..mkn mee udang kuala sepetang which mmg aku dpt..nati aku cerita yg ni okeh.

Sebagai maknusia biasa mmg aku rasa berbekas di hati aku.
Tapi..udah2 la tu..maafkan lah dia..mungkin dia gementar hingga tak dpt melayan aku.Aku doakan dia berbahagia hingga ke akhir hayat.

pnstoberi: org memberi kita merasa..org berbudi kita berbahasa..kalo tak reti bahasa..pepandai la ko masuk kementerian aku yg penuh dgn budi bahasa budaya kita nih. eh...apahal aku nih..giler!!!!

5 comments:

Nila Pendita said...

aku pun dah kena cantu...cumanya kes lain skit..kes aku cani..time dia kawin aku beria2 g majlis dia dari kl smpi dlm utan felda kt trengganu nu..siap amik cuti 3 ari..bg hadiah water filter rega dlm rm400 lbh..tp bila time aku kawin btg idung pun xnmpk (wlaupun kd kawin aku bg byhand)..rsa bongok je aku "berkorban"..heheheh..

p/s: adiah kawin ko yg dh brabuk kt umah aku tu aku dh wt adiah kenduri kawin jiran aku mggu lepas..hahahah..dh time aku nk anto retu ko bz..trus xterbagi smpi skrang..

ItaYaniN said...

kalau ita kena cmni pun..ita sentap ...

puanstoberi said...

nila pendita:: eh..ko pun nak bg adiah water filter ke kat aku. wess.. aku nak! aku nak! muekekeke.. giler hodoh pangai aku nih :P

ita :: ha..tu la pasal..Ita yg hati luhur ni pun bley rs sentap apatah lagi Reen ni kan..mmg rasa nak msg je..tp..maleh la kan..sekampung lak tu

Anonymous said...

aku kan ida, kawen aku seko kawan2 pun tak mai..understood sb jauhh nun kat klate..so kalo aku tak mo mai kenduri org, kira acceptable laa.hehhehee...bley?

puanstoberi said...

che sue-bley la kut kalo nak buat perumpamaan "ada lori ada bas..ada hari aku balas" huhu. Aku ni..kalo takde hal aral melintang menegak..Insyaallah aku leh dtg walo org tu tak dtg pun kenduri aku..cam ahad ni la..mmbr tu tak dtg pun knduri aku..dua2 pihak.tp aku terhegeh2 gak nak pi.huhu