Showing posts with label wrap up 2011. Show all posts
Showing posts with label wrap up 2011. Show all posts

Friday, December 30, 2011

Wrap Up 2011 - My Family n MySelf

Wrap up terakhir - Tentang famili dan diri aku sendiri.
Tahun ni takde apa perkembangan sangat pada famili aku.
Cuma belah my dear ada la.
Majlis perkahwinan Kak Nisah bulan Jun 2011.

Dan majlis pertunangan adik my dear plak bln November 2011.

Dan latest, result PMR anak buah aku kat Johor yg score 8A. Tahniah utk beliau.

Kalo nak kata berkaitan diri aku ada gak la. Aku mulakan treatment kat LPPKN. Tp sekerat jalan ja. Blum buat sepenuhnya.  Takpe, nati bebila aku pegi balik la.  Tak perlu nak citer here and there pasal LPPKN tu sbb 'di sini' bukan tempatnya.

Mansion atas kayangan??
Hampeh ah. Bayar deposit utiliti sudah dah. Kena bayar to MOF pun dah start bln Oktober tu. Nak masuk umah nya  biler??? aduyainyer ponnn... menyampah kan?? Tu maleh nak beli umah baru tu. Lambatttt beno nak masuknya. Heh!

Tu je la kot.

Moga tahun 2012 ni Allah memberikan rezeki utk kedua-dua belah keluarga menerima berita gembira dari famili aku pulak. Insyaallah....
Google

Wednesday, December 28, 2011

Wrap Up 2011 : Deals

Tahun ni pandai berjinak-jinak ngan deal plak.
Mujur aku cuma ter jebak dgn 3 je sykt deal.
Takmo aku pandang yg lain2 lagi. Kang lagi entah hapa2. Antara deal yg aku beli tahun ni.

Groupon
(1) Fotobook - 8.5” X 11” Personalised Hardcover Fotobook (Ecazstudio) - redeemed
(2) Fotobook - Personalised Photo Albums from Photobook Malaysia - belum redeem
(3) Fotobook - 11” x 8.5” Personalised Hardcover Photo Book with Durable Lay-Flat Pages 
(Time Ventures ) - belum redeem
(4) Cherating - 2D1N Stay for 2 people at 4-star Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating for 2 people + Buffet Breakfast - burnt dah sbb tak sempat masa.
(5) Buffet Dinner - [50% + 10% Off] 5-star Hotel Dinner Buffet OR Weekend High-Tea at Taman Sari Brasserie, Hotel Istana -  redeemed
(6) Gateaway deal - 4D3N Stay at xxxx + Daily Buffet Breakfast for 2 people - utk tahun 2012

MilkADeal
(1) Red Velvet Cup Cake - RM25 instead of RM50 for Sheznie’s Scrumptious Selection of Cupcakes, Pies, Brownies and many more. 16 choices available. FREE DELIVERY within KL & PJ [50% OFF] - redeemed
(3) Spa-  RM39 instead of RM373 for Facial Lifting + Sauna + Body Massage + Body Scrub + Foot Spa at The Royal Malaysian Traditional Spa, 2 Locations [90% OFF] - redeemed
(4) Design rumah -RM99 instead of RM1800 for On-site Professional Consultation + Furniture Layout Floor Plan using Autocad Space Planning + Quotation of Proposed Cost & Site Visit in Klang Valley (includes Klang/Putrajaya/Bangi) by Desigva Design, Damansara Perdana [95% OFF]  - burnt. Giler rugi...!

MyDeal

(1) Tiket wayang - Up to 43% OFF a Pair TGV Movie Tickets (except 3D and twin seats) @ TGV Cinemas for only RM16 instead of RM28! - redeemed
(2) Cake - 55% OFF Heaven Premium Ice Cream Cake @ LAQY (M) Sdn Bhd for only RM58.45 instead of RM129.90! - belum redeem
(3) Karaoke -Up to 54% OFF 3-Hour Karaoke Session + 4 Drinks + 1 Tidbits for 2 pax @ Red Box Karaoke for only RM48 nett instead of up to RM10 - belum redeem
(4) Photo Canvas -56% OFF 1 Personalised Photo Canvas (12" x 18") @ O Design for only RM79 instead of RM178! (size upgrades available) - redeemed


Bagus gak buat camni. Bleh tau mana yg blum redeem, mana yg dah redeemed. 
Tp mostly aku beli mmg yg below 100. Cuma kalo gateway deal tu lebih sket. Tu pun aku pastikan tak lebih 3 rat. Takut gak oh terlibat ngan online purchase ni.

Dan azam aku berkaitan menda ni, aku harap tahun 2012 aku beli yg betul2 aku rasa bleh pegi. Tak mahu rugi lagi akibat burnt dan tak redeem. Sakit ati je kang kalo teringat. So, skang ni kalo aku nak beli, aku nak pegi trus, atau pun aku redeem laju-laju. Takut kang ada lagi yg tak te redeem.

Tuesday, December 27, 2011

Wrap Up 2011 : Percutian

Alhamdulillah, tahun ni ada juga kesempatan diberikan Allah utk aku gi bercuti cuti, jalan-jalan ngan keluarga, dgn yang tersayang.
Google
Kalau ikutkan sapa tak sker bercuti dan berjalan2 ngan famili kan. Seme orang camtu. Tapi, aku ni ikut rezeki yg ada. Kalo pikir bleh pegi, pegi ler. Takde la sbb nak bercuti, kena ikat perut, smpai kena tahan makan, nak satu menda kena tggu gaji, kena tahan apa nak beli semata - mata sebab nak bercuti. Mmg tak la camtu. Prinsip aku mudah - asal hidup selesa cukup. Aku tak sker, kerana nakkan satu menda aku tak dapat menda yg lain.
Pun tpt yg aku pegi pun tpt biasa2 org lain pegi juga.

1. Januari - Kundasang, Sabah
Sempena anniversary ke2 kami. Mmg kami akan extent kan percutian anniversary ke bln Januari sbb bln doblas adalah  bulan yg super-pack. Musim hujan lagi. Kata percutian anniversary, harus la exklusif sket kan. Namo la berebut2 ngan org tgh bercuti. Haha. Poyosss.. Maka pada 9 hingga 11 Januari 2011, kami ke Kundasang Sabah.  Melihat puncak gunung Kinabalu megah berdiri di hadapan mata adalah satu pengalaman yg sukar untuk dilupakan. Cerita tentang Sabah adalah di link Sabah ini.

2. Januari/Februari - Penang
Kali ini bercuti membawa mak ke Pulau Pinang. Alang2 ada cuti hari Wilayah. Balik kampung dan lajak ke Penang jap. Tp tak jalan mana sgt pun. Kejap ja pun. 30 Jan - 1 Feb.

3. Mac -Bukit Merah Laketown Resort
Percutian bersama mak juga. Kali ni disertai famili AbgCik. Kami ke Bukit Merah Laketown Resort. Tiket yg beli masa BMLR buat promo kat Maeps tu. Seronok jugak la walo abgcik balik awal sbb dia asma. Kiterang je la smpai ke Pulau Orang Utan seme. Hihi. Link citer : Bukit Merah

4. Mei - Palm Garden, Putrajaya & Bagan Lalang
Gedik tatau nak kemana masa cuti Hari Pekerja. Seme tpt da abis kena booking. Maka gatai booking Palm Garden Putrajaya. Saja, nak rilek2. Huhu. Dan esuknya tu lps checkout, ajak kakyong n famili makan2 seafood kat Bagan Lalang. Itu la pertama kali dlm idup aku ni ke Bagan Lalang. Kasihan.. kan?? Haha.

5. Jun - Bagan Lalang
Skali lagi ke Bagan Lalang. Haha. Ate'nyer sronok beno plak makan ketam kat sana yer smpai repeat. Iyer. Kali ni ngan adik2 unit aku. Tak seme dpt join. Tp seronok gak la ber pegian beramai-ramai. Thanks to Aishah - member aku yg keja LKIM. Sbb dia yg uruskan booking penginapan kat Camar Laut - Pusat Latihan LKIM. Cerita pasal percutian bersama adik2 unit aku ni : Bagan Lalang

6. Julai - Cameron Highland
Percutian ad-hoc ke Cameron Highland. Sebab apa ad-hoc? Sbb tetiba je aku rasa nak gi Cameron n tanya my dear, and beliau kata oke. Jadi, dah oke, trus booking la. Kira cam last minit la. 2 minggu je booking. Salu berbulan kena tunggu kan. Haha. Stay at Natasya Resort. 2 hari 1 malam mmg macam tak cukup. Memang bes Cameron Highland ni. Tp tak bleh la gi slalu. Nati bosan lak. Dia biar da lama camtu pegi, baru pegi.. ha, tu bes. Last aku pegi tahun 2006 tk silap aku. Mula dari sini la aku gelarkan seme percutian aku ngan my dear adalah Cuti Cuti Cinta. So, cerita Cuti Cuti Cinta Cameron ada kat link : Cameron Highland

7. Oktober - Hongkong
Boleh dikatakan ini lah Cuti Cuti Cinta paling great utk tahun 2011. Ini bkn azam utk tahun 2011 tapi impian sejak dari kecik. Nak gi Disneyland. Maka, entah cemna, tercapai plak tahun ni. Huhu. Secara tak sengaja beli air-tix masa bln Mac. Masa tu MAS duk buat promo dan entah cemana aku ter beli dan secara otomatik kena la ter booking gak segala hotel. Hihi.
Percutian 4 ari 3 malam di Hongkong mmg dirasakan bagai mimpi. Ada rezki nati bawa anak2 pula yer. Link segala cerita berkenaan Hongkong bleh tgk link Hongkong.

Dan itu saja la cuti cuti tahun 2011 ku. Last skali patut diakhiri ke Cherating. Siap da beli pun deal. Tp burnt sbb tak dpt masa yg sesuai. Sayang sungguh la. Takpe, tahun 2012 ni bleh la plak buat Cuti Cuti Cinta ke negeri2 pantai timur.  Hihi.

Hanya tu la tpt percutian yg aku mampu pegi utk tahun ni. Tak banyak pun mcm setengah orang yg tetiap bulan ada gi berjalan-jalan tu. Ikut kemampuan kan. Ada rezeki kita pegi, takde duk umah saja. Mengontok2. Tp kalo ikutkan ada antara bulan2 tu yg aku tak gi bercuti tu aku gi outstation utk urusan kerja. Jadi untuk tahun 2011, urusan outstation aku cuma sempat ke Langkawi, Penang dan Johor.  Suppose aku kena cover Perlis n Kedah juga. Tak smpat. Oh. SKT tak capai la tu napaknya. Ahaa... cena..?? cena???

Utk Cuti Cuti Cinta dari Januari hingga Julai tu, antara gambar-gambarnya aku dah abadikan dalam fotobook.  Cuma utk Hongkong mmg blum buat sbb aku nak buat khas satu fotobook. *tak abis design lagi yg tu. Aduyaiii*

Apa2 pun, utk tahun 2012, aku mohon pada Allah utk sihatkan tubuh badan aku, sihatkan suami ku, emak serta famili seme agar kami dpt lagi meluangkan  masa bercuti bersama.
Utk tahun 2012 juga da ada 3 percutian yg mmg dah di plan. Untuk bln Januari, Februari dan Mei. Selain dari tu, nati kita pikir. Hihiw...

Monday, December 26, 2011

Wrap Up 2011 : Blogger

Owh. Agak terlewat pula tahun ni memulakan entry Wrap Up. Nak ujung2 ni, biasa la kan. Tahun lps pun ada aku buat entry wrap up. Tapi bila tgk2 semula, tahun ni cam tak byk menda nak di wrap up kan.


So, kita start wrap up dengan citer2 pahit manis as a blogger.


Kredit : Here
Gambar sekadar hiasan. Takde kena mengena. Dan jauh dari panggang dari api la kata aku dah jadi famous blogger utk tahun ni. Motip?? Hahaha. Tp mana tau satu hari nati perkataan 'pnstoberi' menjadi top ten dalam pencarian google. Kah.. perasan sgt tu. Hahahhahahaha..... mengong.. takde ke hingin la plak menda2 camtu, padahal blog tahap blog sampah sarap ja kot. Muahahahhaha.

Tahun ni mmg takde apa2 pun kenangan bersama Nuffnang. Selain dari byk contest dia aku tak join, tiket2 pree pun haram tak napak. Tahun lps mmg bes. Byk menda dpt dari Nuffnang. Tahun ni nan hado. Huhu. Eh... cop... yg Konsert Hore Hore bersama Aznil tu tahun ni kot kan. Jap nak carik. Ya...mmg btul. Bulan 3. Itu je la yg dpt dari Nuffnang tahun ni. Link : Konsert Hore Hore Aznil

Lagi pasal apa berkaitan blogger.

Oh. Tahun ni aku ada buat satu blog khas. Sapa yg tahu tu tahu lah kan. Dan dari situ lagi ramai kawan2 baru aku kenal. Yang sama berusaha, yg sama tak pernah kenal putus asa. Saling memberi semangat antara satu sama lain. Sempat la aku buat mini gathering dgn derang dlm bln Okt tu ari.
Kisah nya di link ini : Wetland

Kerana satu persamaan, maka ikatan persahabatan makin erat. Sungguh, aku bersyukur kerna dipertemukan dengan mereka ini.

Rasanya utk tahun ni, itu je lah pahit manis as blogger. Alhamdulillah... kebanyakannya manis la kan. Yg pahit2 tu letak tepi dulu lah. Malas nak ulas. Huhu.

So, moga tahun hadapan, masih ada la kekuatan nak terus menulis. Dan azamnya moga entry tak la terlalu banyak yang sampah. Huhu.