Saturday, January 5, 2013

Solat Istikarah dan Doa


Tujuan Solat istikharah dilaksanakan adalah untuk membuat pilihan yang tepat di antara dua pilihan, seperti mendapat dua tawaran pekerjaan dalam satu masa ataupun mendapat dua pilihan gadis untuk dijadikan isteri serentak.
Solat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat ,waktu yang paling afdal dilakukan pada jam 2-3pagi.Niatnya ialah:
Usalli sunnatan istikharati rokaataini lillahitaala
Bermaksud: Sengaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala,
Rakaat pertama selepas fatihah bacalah suarah ayat yang anda ingat/hafal,kemudian rukuk,iktidal,sujud,duduk antara dua sujud dan bangun lalu teruskan rakaat kedua,selepas fatihah pilihlah ayat yang anda hafal.Kemudian rukuk,iktidal,sujud, sebelum duduk tahayyat akhir dalam sujud terakhir minta niatkan dalam hati supaya Allah gambarkan dalam tidur jawapan yang tepat hasil daripada solat yang telah anda lakukan.
Jika pada malam pertama tiada jawapan,anda jangan mudah berputus asa cuba lagi pada malam berikutnya sehinggalah jawapan yang sama digambarkan oleh Allah ketika tidur, MAKA itulah jawapan  yang sebenarnya.Wallahu a'lam.
kredit : islamgrid

Doa solat istikarah

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

******
Perlu beristikarah kerana ada satu keputusan yang patut aku buat masa ini. Ya Allah bantu lahku utk permudahkan urusan ini. Amin...

Friday, January 4, 2013

Inner Peace

Bila bercakap ttg inner peace, aku terbayang org tgh buat yoga. Haha. Tatau pasal. Lagi satu, tingat Kungfu Panda sbb dlm Kungfu Panda 2 ada sebut pasal inner peace (see, citer omputih ni, even citer katon pun, sebenarnya mmg ada 'something' dalam penceritaan dia)
Bagaimana Pao yang digambarkan sebagai seorang (eh, seekor la) yg lemah, tp berjaya mengalahkan kuasa jahat hanya dgn inner peace.

Ketenangan dalaman - atau berdasarkan wikipedia, inner peace di define as - Inner peace (or peace of mind) refers to a state of being mentally and spiritually at peace, with enough knowledge and understanding to keep oneself strong in the face of discord or stress.

Yerp, dalaman kita - samada mental dan spiritual kita berada dlm tenang.
Kalo ditengok dlm web2 omputih memacam cara lah dia bagi utk nak mencapai inner peace nih. Contoh ini -  find inner peace in 10 ways

Betul lah tu, tp kalo dalam Islam, simple je sebenarnya - kembali ke jalan Allah. Rasa rungsing, rasa stress, rasa tertekan - dekatkan diri dgn Allah. Tp tidak bermakna bila ada masalah je baru nak dekat dgn Allah. Sebagai khalifah di muka bumi ni, mmg kita seharusnya lah -24 hours a day - berada dekat dgn Allah.

Inner peace. Mengapa tetiba aku bercakap soal ini.
Kerana aku rasa, inner peace aku lebih tinggi dari dahulu. Mungkin kah faktor usia? faktor status? Entah lah. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana aku berjaya menangani masalah tanpa rasa 'terbeban'.

Sebenarnya lately, aku mmg serabut. Hal kerja, hal keluarga, hal belajar. Mak asik keluar masuk wad, assignment tak siap - research tak siap - exam dah dekat, urusan pertukaran orang di ofis - urusan temuduga  jawatan baru. Phewww...! Seme tu kalo dipikir2 mmg boleh buat aku berat kepala woh. Dulu, kalo macam tu, aku dah rungsing giler kot. Pernah satu ketika, masa kat UiTM (diploma), nak final exam time tu - aku collapsed teruk - pening, tak bleh bangun beberapa hari - mungkin faktor stress nak maintan pointer utk DL.

Namun, skrg, Alhamdulillah. Aku berjaya mengharungi semua dugaan ni dengan rasa tenang - inner peace. Satu lagi, aku ikut 'instinct'. Kalo cam aku masih tak siapkan assignment, kalau instinct aku masih rasa tenang, takde kelam kabut, takde rasa cuak - itu aku rasa level dia masih tak menggangu kehidupan aku - so, pikir, amik satu jalan. Buat yg tu, then everything will be fine.

Satu lagi, mungkin faktor usia la kot. Org kata, usia ni mematangkan kita kan. Jadi, kita boleh hadapi satu persatu dengan cara yg terbaik. Then, salah satu sebab lagi adalah sebab 'my soulmate' lah. Kan... itu lah tujuan perkahwinan, hikmah perkahwinan. Rasa tenang tu ada. Insyallah. Sbb kita tahu, kita kuat disebabkan kita ada masih ada 'pasangan jiwa'. Utk itu terima kasih Ya Allah kerana menghantar dia dlm kehidupan aku. Apa pun, ini juga antara rezeki yang Allah bagi pada kita yang mana kadang2 kita tak sedar sbb dek tertutup mata kerana menunggu satu2 rezeki yg tak kunjung tiba tu.

Aku pun kadang rasa cam tak percaya aku boleh lalui semua ni. Perit sebenarnya. Mak admit hospital di kala aku sedang bergelut nak siapkan research, final exam semua. Baru 1st sem dah diduga pelbagai masalah. Knapa tak dulu semasa aku masih takde apa-apa komitmen? Tapi, perjalanan Allah tentukan utk kita tu, mmg dah terbaik. Tak perlu pertikai, kenapa, mengapa, bila, bagaimana semua tu. 

Terima kasih Ya Allah, utk kekuatan ini. Dan terima kasih myDH, kerana membantu memberi kekuatan ini.
-Tanda terima kasih yang tak terhingga-

p/s : Entry ni ditulis masa mak kat spital. Masa hujung December hari ni. Tapi tak publish. Pada masa aku publish ni, aku dah 'down'. Ada rasa nak give up utk teruskan belajar. Entah. Nak istikarah utk mencari jawapan.

Sayangi Jantung Anda


Apa yang menyebabkan jantung bengkak? Pertanyaan ini telah ditanyakan banyak orang, khususnya bagi mereka yang tengah belajar di dunia kedokteran atau mereka yang terkait langsung dengan penyakit ini.

Namun, meski telah berulang kali ditanyakan dan dijawab, jantung bengkak tetap menjadi obyek penelitian yang menarik. Tidak mengherankan jika para pakar kesehatan terus melakukan penelitian dan pengkajian mengenai penyebab jantung bengkak. Dan hasilnya, ternyata jantung bengkak disebabkan oleh hal-hal berikut ini.

Jarang olahraga 
Penyebab pembengkakan jantung yang pertama adalah jarang berolahraga. Tubuh yang jarang berolahraga jarang mengeluarkan keringat. Resikonya terjadi kelebihan berat badan (obesitas). Ini sangat berbahaya karena membuat jantung bekerja lebih keras dan menyebabkan terjadinya pembengkakan pada jantung. Bukan hanya membuat jantung bengkak, tidak rajin berolahraga juga beresiko menyebabkan penyakit jantung koroner dan tekanan darah tinggi.
Kelainan jantung sejak lahir 
Tidak semua orang lahir dengan jantung normal. Beberapa orang mengalami kelainan jantung atau yang biasa disebut sebagai penyakit jantung bawaan. Contohnya, seperti jantung bocor atau timbulnya lubang pada jantung. Ini membuat jantung harus bekerja keras karena tidak sempurnanya organ jantung. Jantung harus memompa lebih keras dan itu sangat potensial menyebabkan terjadinya pembengkakan jantung.
Otot jantung lemah 
Otot jantung melemah bisa disebabkan beberapa faktor seperti serangan jantung. Otot jantung yang lemah membuat jantung bekerja lebih berat untuk memompa darah ke seluruh tubuh. Semakin lama hal ini terjadi, semakin tinggi resiko terjadinya jantung bengkak.
Tekanan darah tinggi 
Terjadinya tekanan darah tinggi membuat jantung bekerja lebih keras. Ini sangat berpengaruh terhadap peluang terjadinya jantung bengkak. Apalagi umumnya penderita tekanan darah tinggi biasanya jarang menyadari jika terserang penyakit ini. Pasalnya, penyakit ini nyaris tanpa gejala berarti. Untuk itu, sangat baik untuk memeriksakan tekanan darah pada pihak medis untuk mengetahui secara pasti tingkat tekanan darah Anda. Agar jika terjadi tekanan darah tinggi bisa segera diobati supaya tidak merembet menyebabkan jantung bengkak.
Kerusakan katup jantung 
Rusaknya katup pada jantung juga potensial menyebabkan jantung bengkak. Kerusakan katup jantung tersebut bisa disebabkan oleh demam rematik atau karena sebab lainnya. Karena organ yang tidak lagi sempurna, membuat jantung harus bekerja ekstra keras untuk memompa darah. Kerja jantung yang berlebihan tersebut yang kemudian menyebabkan terjadinya pembengkakan jantung.
Dari lima penyebab jantung bengkak, empat di antaranya disebabkan karena penyakit lainnya. Jadi boleh dikatakan bahwa jantung bengkak merupakan penyakit lanjutan dari suatu penyakit.

Memang, ini bukan hal yang aneh pada suatu penyakit. Sering kali sebuah penyakit mengakibatkan terjadinya efek beruntun pada penderitanya sehingga mengalami beberapa penyakit sekaligus.

Yang paling ditakutkan tentu saja efek dari terjadinya jantung bengkak. Saat seseorang sudah mengalami pembengkakan jantung, mereka sangat beresiko mengalami pembekuan darah dan kesulitan bernapas.

Akibat jantung bengkak tentu tidak mengenakkan. Karena itu jaga baik kesehatan jantung Anda. Sayangi jantung Anda agar tidak sampai terkena jantung bengkak.


*****
Yup. My mom skang ni di diagnosis ada jantung bengkak. Salah satu sebab, macam artikel ni katalah - tekanan darah tinggi. Semalam jumpa doktor di Serdang, dia kata kalo buleh BP kena maintain 110-120. Puh.. aku rs aku punya BP pun tak buleh nak cecah macam tu. Stress aku ni skrg. Dgn pikir exam lagi bagai. Rasa nak collapsed pun ada dah ni. Mujo ada 'soulmate' di sisi, yg menguatkan aku.
Jadi, aku harap, kengkawan yg membaca ni, doakan mak saya sihat, dan mohon dia kuat melawan sakit dia. Sbb semangat juang untuk melawan penyakit dia mmg di tahap yg lemah... :(

Katalog Tupperware : Edisi 9 Jan - 9 Feb 2013

Masih takde mood nak bercerita panjang. Mak masih tak sihat :(

Tapi rajin plak nak upload yg menarik dalam katalog Tupperware bulan Januari 2013 nih. Banyak juga yang menarik neh. Ada juga yang menambah stok ni kang.

Kali ni rajin nak tempek byk2 gambar beserta harga. Harga tu harga katalog. Kalo berminat emel je lah. Harus la ada diskaun lagi buat pembaca blog ini. Terutama rice dispenser tu. Lagi berganda2 diskaun nyer. 

Oke, mari cuci cuci mato. Hihi.

Yang menarik letak di dapur.
(Gmbr ikut arah jam, dari atas ke bawah)
1-Turbo chopper RM129.00
2. Garlic N All Keeper - 1 unit - RM63.20
3.Steam it RM49.70
4. Large Store n Pour (letak minyak) - 3 unit - RM65.10
5. Salt n spice set - 2 unit - RM32.60


Yang paling cantik dan comel utk letak atas kabinet.
Rice Dispenser : RM288.00 
Yang smart dan boleh guna masa kenduri/open house
Ini ai pun sokak! Macam nak beli je ni. Huhu.
RM129.00 - 10 liter -
Boleh beli modular mate kaler biru (dlm gmbr dia
letak bawah bekas tu) dgn harga RM29.90 (rega
sebenar RM44.40)

Yang sweet utk dibuat bekalan
(Gmbr arah jam, atas ke bawah)
1.B2B snacks store - RM41.80
2.Large Square-A-Way - 4 unit - RM64.80
3.B2B Slice & Stor - 2 unit - RM59.80 
Yang boleh dibuat lunch box.
(Gambar dari atas - arah jam)
1. Small Goody Box - 4 unit - RM76.80
2. Lunch box (850ml) - RM42.40
3.Divided dish - RM39.50
4.Soup mug - RM42.60
5.Lunch box (1 liter) - RM39.90
Yang kalerful letak dlm esbox
1. Botol warna warni  1 liter(2 unit) - RM49.80
2.Fridge water bottle 2 liter - RM39.90
3.Handy cool  1 liter (2 unit) - RM59.80

Yang mencantikkan peti sejuk beku :
Freezer mate : RM154.40 (harga sebenar RM193.00)
Free freezermate kaler pink itu. 2 bijik lagi.
Yang menceriakan kabinet.
(Dari atas ke bawah, arah jam)
1.Square round - 4 unit-RM55.60
2.Medium square round - 4 unit - RM74.40
3.Large square round - 4 unit - RM72.00
4.Vegesafe - RM31.00 (utk basuh sayur)
5.Modular keeper - RM73.60 (harga sebenar RM92.00)
yang ini sgt besar yer. Ai dah ada, letak je dlm tpt simpan
sayur dalam peti ais tu. Penuh satu tpt tu dgn bendalah  ni.

Yang ada ong sempena CNY
1. Tall canister (oren) - 1 unit - RM75.60
2. One touch topper small - 4 unit - RM69.60
3.Purple Spring one touch - 2 unit - RM79.80

Yang menceriakan bibir
harga dari RM18.00 -RM49.00

Set penjagaan diri.
Skrg ai guna shampoo kaler ijau tu.
Nampaknya rambut dah kurang gugur sket.
Tu baru pakai seminggu. Rasa oke kut.
Puas dah try pelbagai jenis shampoo.
Shampoo n conditioner hijau RM65

Nak cuci mata lagi? Sila ke sini - Tupperware.
Nak tanya harga? Sila emel ke cikstoberi@gmail.com

Tuesday, January 1, 2013

Edisi 1.1.2013

Selamat tahun baru 2013.
Permulaan yang tak berapa nak bagus.
Tapi takpe lah.
Memang camtu lah kehidupan kan.

Banyak dugaan yang melanda.
Ingat nak buat entry wrap up, tak sempat dah.
Takpe lah.. biar lah dia duduk dlm draf je.

Apa pun, moga tahun ini mmbawa lebih kebahagiaan  dan kegembiraan.