Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Baju Raya 2014

Well.....
Biasa lah.... Haha.
Baru Rabiulakhir dah cerita pasal baju raya. Haha.

Tahun ni tak ragu ragu nak cakap pasal raya.
Sbb dah settle ganti puasa. 
Hiwhiwhiw.

Tapi, ini kira lambat la ni.
Sbb bila aku kata baru nak g beli kain, ada orang dah siap tempah.
Wow! Advance.
Puasa dah abis ganti kewww??
Hahaha. Matik la buat statement camtu. Satgi orang tu balas 'puasa ganti sudah, puasa enam sudah, skrg buat puasa sunat setiap hari Senin n Khamis'
Mahu terduduk tepi ceruk dibuatnya. Kahkahkah.

So,
Cemna baju raya tahun 2014 ni?
Kalau last year sana sini ber peplum (not include me, sbb ai awal2 kat ofis dah ber peplum)
Tapi rasanya fesyen kurung moden - plain - jadi pilihan.

Aku plan nak buat dress.
Yang ala-ala begini.
Maklum la, orang tinggi tak cukup kan, nak beli yang dah siap, mmg asyik kena alter saja.


idea fesyen raya 2014

Lepas tu terfikir, baju kurung moden pun nice jugak

idea baju raya 2014


baju raya, baju raya 2014, fesyen raya



Ayo.. takdak idea dah ni. Kain dah beli tu hari kat Jakel.
Kena hantar tempah dah ni. 

Kurung moden? Ke dress? Ke kurung moden?
Aiyark.
Tahun ni turn raya belah mertua. Vogue ber dress bagai kang, duduk berpeluh tiak di rumah plak saja kang. Jalan2 sekitar kampung saja kalau ada pun. Nak lagi bes kena pulak musim ujan kan.. syok sangat la kalau ber dress kan... hahahahaa. Entah. 

So, uols... apa fesyen tahun ini?

Dan kaler apa?
Tahun ni kaler cam tema futuristik. Tengok saja lah AJL pun tema futuristik. Kiterang nyer HKK pun tema itu jugak. Jadi, beli lah kaler yg futuristik yaw. Hihi.

Monday, October 14, 2013

Semua Cuti Ke Uolzz?

Aiols kerja.
Maklum la. Beraya di sini sahaja.
Rumah mertua. Jadi, kerja lah dengan cemerlang gemilang terbilang nya. Hohoho.

Apa pun, Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua :)


Beberapa amalan yang dianjurkan bagi menyambut Hari Raya Korban (Hari Raya Aidiladha) adalah:-
.
SEBELUM 10 ZULHIJAH
Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah.
Memperbanyakkan amalan sunat pada malam hari raya Aidiladha.
Bersederhana dalam persiapan menyambut raya bagi mengelakkan pembaziran.
 .
.
PAGI 10 ZULHIJAH
Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Tuesday, September 10, 2013

Edisi Jamuan Raya Akhir Syawal

Adaaa....ramai lagi kan yg buat jamuan raya mggu ni kan.
Tu agaknya next week pun ada lagi. Tambah2 lagi cuti 3 ari. Hihi.
Oh. Kalo tak silap last year kami buat housewarming masa Hari Malaysia jugak. *nati tgk balik post last year*

So, ujung minggu yang lalu.
Terima jemputan dari Elina Carmello.
Dia ni sebenarnya aku kenal dari blog je.
Memula dia SR blog aku, pastu jumpa dia masa dia nak beli tupperware. Tahun lepas ke. Eh.. tak.. 2 tahun lepas (lama juga dah yer kita knl ye Elina?) Masa tu dia dok Labuan lagi. Pastu terus close. Lagi pun kiterang ada persamaan. Dia pun TTC'ian jugak. :)

Dia buat hari Jumaat. Petang. Memula dia jemput lps maghrib. Pastu dia w.app balik kata start kul 5 dah boleh dtg. Tanya myDH, dia kata bole je kalo nak pi pas kerja. So, pergi lah. Lagipun dkt nau ngan umah aku kan. 
Oh. Mmg rugi kalo tak datang. Makanan semua super sedap. Dgn kambing nya. Dgn mihun, ketiow, satey. Seme sedap. sedap. Tu pun tak makan lagi roti jala (ke murtabak.. ) kuih muih. Eh. Dah macam bufet Ramadhan kat hotel lah. Lagipun dia buat area rumah dia yg juga ada cam tmpt rekreasi (kwsn homestay berhampiran kaki gunung). Aku pun tak tahu yg ada tpt camtu di area situ. Cantik. Nanti nak pegi lagi lah. Nak tengok2.
Us.
Dah kenapa tudung aku melingkup smpai nak tutup muka tu?


Seterusnya hari Sabtu. Ni dah masuk Zulkaedah dah pun. Jamuan lps maghrib. Ni anjuran JMB area rumah aku lah.
Pun makan bes. Laksa sedap. Kambing BBQ lagikk... 4 eko katanya. Ye lah.. ada 4 block. Satu block seko. Huhu. Tp kambing kat umah Elina tu lagi bes. Yg ni cam terasa 'kekambingan' nya. Haha. Aku kena letak byk2 sos black pepper tu supaya takde rasa kambing tu. Aku oke je makan kambing, tp tak suka kalo ada rasa 'kekambingan' tu byk sgt. Ah.. orang biasa makan kambing tau lah rasa cemna kan. Ada orang tak makan kambing, tapi lamb chop makan eh?? kihkihkih...
Makanan banyak. Tak ramai yg turun mungkin. Kiterang pun nasib ada kat rumah je. Dan rajin nak pegi. Last year tak pegi sbb baru pindah. Segan. Hiwhiwhiw. Tahun ni tak segan sbb Pengerusi JMB pun block kiterang. 

Ada cabutan bertuah jugak. Hadiah barang2 tupperware (mmg brand Tupperware). Hohoho.
Sapa yg dtg tulis nama ngan no rumah.
Cam biasa.. harus tak bertuah. Tp tah lah. Ada 30 cabutan. Yg 10 cabutan terakhir tu kiterang lak yg cabut meninggalkan majelis. Hihi. Malas dah. Hujan makin lebat masa tu.

Itu je lah jamuan raya utk tahun ni.
Smpai kita jumpa lagi utk tahun hadapan. Insyaallah.
Dan sbg mengakhiri entry.
Ini jamuan kami di ari Ahad yg permai. Teeheee.
Sambal sutun.
Kari ikan yg tak cukup bahan. Kompiden je aku 
rasa ada halba campur (yg jintan rempah segala tu lah).
Rupanya nan hado.. lantak kan lah. Belasah je.
Dan kailan ikan masin.
Nah.. dah kul 4 ptg baru mkn.

Tuesday, September 3, 2013

Edisi Raya Dan Lebuh Raya.

Last weekend esp on 31st August tu sure ramai yang buat makan2 (open house) dan kita yg dijemput pun ramai2 jugak lah memenuhi undangan/jemputan tu.
Dan tak terkecuali la tuan kebun stoberi juga =]

Memenuhi jemputan jatuh hukum wajib. Kecuali ada keuzuran syarie atau majlis yang dihadiri tu tidak memenuhi hukum syarak. Jadi, mau tak pening nak mikir nya. Walau takde la berpuluh jemputan, tp cemna nak memenuhi sbb dari satu ke satu tpt tu boleh tahan juga jaraknya.

Jadi, kita cuba ya. Sememangnya aku akan ke area Klang. Rumah kak ipar. Yg ni mmg dia dah plan masa aku buat makan2 tu gak. Dia nak buat tahlil sblm zohor. Tp tak dapek den nak dtg awal2. Rumah aku tu berapa lama tak di komeh dah ha. Settle siap kan rumah, baru gerak. Dalam kul 1 lebih. Dan spti yang semua sedia maklum 31hb tu hujan yg amat lebat. Pandangan amat la terhad (cea.. bajet cam aku la yg drive). Siap ada kemalangan kecil kt hway KESAS tu. Kesian. Napak org tu dukung anak kecilnya. Mujo ada tempat nak berteduh sbb dia xciden area flyover. Berbaju kurung. Nak ke open house juga mungkin. Tak pun kenduri kawen.
Gmbr instagram sendiri

Lps tu ditambah pula kegusaran seluruh Selangor dan KL akibat bekalan air terjejas. Tumpahan diesel katanya. Lagi macam bertambah runsing tinggalkan rumah. Aku selamba dak je tak simpan air. Kompiden rumah aku tak kena. Huhu.

Google
Rumah akak ipar di Jln Kebun, Klang. Katanya pun air dah kecik. Kat rumah akak ipar ada nasi dagang. Tp aku tak makan lauk ikan tongkol tu. Jadi, makan dgn ayam masak merah. Makan sket je pun. Kawal. Kawal. Huhu. Akak ipar nak bungkuskan mihun goreng. Tapi terpaksa tolak sbb aku bajet sure aku smpai rumah malam punya. 

Lps rumah akak ipar, g umah mak sedara plak. Dkt je pun. Sebelah taman tu je. Singgah je lah. Sbb mak mertua ada rest kat situ. Tumpang solat zohor. Lps tu gerak ke Rantau Panjang. 

Woho. Aku mmg tak biasa area Klang. Tapi mujo lah ada google maps {kasihan.. tiada GPS. Waze ada install tp rasa selesa dgn maps}. Sangat2 membantu lah. On GPS tu, dia bawak je lah ke jalan yang benar. Tak sesat pun. Terus, taraaaa... da smpai. Cuma nak carik rumah tu cam eh, mana ni, mana ni. Dah la ada 3 rumah buat open house. 
Oh. Rantau Panjang ni rumahnya si Nad. Alhamdulillah la.. kebetulan dia buat hari yg aku mmg ada kat Klang :) Dapat la jejak kaki ke Rantau Panjang.

Rumah beliau makan nasi tomato. Nad... abang Lan kata mi kari Nad tu sedap. Ngeee.. cis..rugi plak akak tak makan tu ari.
Rumah Nad air pun dah slow katanya. Oh. Kasihan mereka yg buat makan2 ni. Masa smpai rumah Nad ni pun dah kul 5 lebih.

Seterusnya ke rumah anak buah aku kat Putra Height. Fuh. Mmg asing ni. Tak pernah2 aku pergi. Skali lagi guna maps saja la. Tu pun terpusing2. Masuk kuar hway. Smpai rumah anak buah aku dalam 6.30 ptg. Dia buat soto. Nomnomnom.
Rumah dia ni kesian. Air langsung takde. Mujo dia dah simpan air siap2. Kalo tak. Pitam. Dah la rumah tingkat 10 nun. Huhu.

Balik dari rumah dia, dah gelap. Lps maghrib. Tak jumpa dah hway yg kiterang masuk tadi. Igt myDH tahu. Skali dia pun blur (T___T). Skali lagi on GPS - maps. Dan terus masuk balik KESAS. 

Hurm. Ni lah namanya beraya di lebuh raya. Berapa byk hway masuk. Bermula dari Federal, masuk pula KESAS, lps tu dari Rantau Panjang tu asben Nad ajar masuk SHAPADU (yer..1st time naik hway tu), dari SHAPADU masuk plak NKVE tp tersilap, termasuk ELITE kot, entah aku pun tak tahu. Carik balik NKVE. Lps tu nak balik masuk balik KESAS. Phew. Mujo tak termasuk LDP tu.

Smpai rumah dkt kul 9mlm. Berdebar ni. Ada ke tak air. If takde kiterang dah plan nak gi amik air kat ofis. Kuikuikui. Skali on d way nak masuk rumah, acik rumah tgh tahan suh masuk rumah dia. Dia buat makan2 gak. Meh la..meh la.. katanya. Tadi acik ketuk pintu rumah, takde orang. Adeh. Deh. Deh.. masuk je lah walo minda ni dah set tak boleh nak makan dah. Abis.. orang da pelawe...

Acik ni sebenarnya baya2 mak aku. Cemna acik baya mak aku boleh duk KSU tu? Hihi. Anak bujang dia lah. Bawa mak dia tu duk bersama. Jadi, mereka dua beranak lah duk situ. Oke je aku tgk acik tu duk umah takde tanah ni. Kalo mak aku, sehari dua dah 'lemas' katanya (T___T). Soalan pertama aku tanya kat derang kat rumah tu "ada air?" Bila derang jawab ada, terus fuhh...lega. Hihi.

Tu lah. Alhamdulillah, takat ni KSU tak pernah terjejas kalo area sekitar takde air. Tak tahu la samada loji nya mmg tak terlibat, atau ada tank. Tp kalo tank, aku tak rasa dia dapat cater smpai 17 tingkat nih. Entah. Rezeki kami mungkin. If not, ko sauk la air kolam tu. Buat basuh2 bahan 'detox' boleh la kan kalo terdesak. Haha.

Jadi, begitu lah cerita raya 31 Ogos tu. Lps ni da settle pun citer raya kan. Ke ada lagi yg buat? Dan sedar tak sedar, dah setahun juga kami menetap di KSU. Dulu kiterang buat housewarming masa hari Msia kalo tak silap. Sekarang pun masih belum siap sepenuhnya deco deco dalam rumah tu. Takpe lah. Asal ada rumah utk menginap pun dah cukup bersyukur kan. Rumah ku Syurga ku :)

Oh. Tak dapat memenuhi 2 jemputan. Memasing tu di tpt yg sama. Di Putrajaya. Blok je lain. Nak minta maaf pun cam aku sendiri yang salah. Takde keuzuran pun. Cuma tu lah. Tak sempat je.... next time, Insyaallah.... 

Friday, August 23, 2013

Hukum Memenuhi Jemputan



Hadiri jemputan; penuhi undangan
Tarikh:  Dec 06, 2009
Riwayat:  (at-Thabrani)
Kategori:  Munakahat
Hadith: 
Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.
Huraian Hadith: 
Hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan adalah wajib sekiranya tiada perkara-perkara maksiat di dalamnya dan tiada keuzuran syar'ie kerana ia adalah satu daripada hak-hak Muslim. Walau bagaimana pun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu. Antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan dalam majlis tersebut tidak ada perkara mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.

***
Aku bukan sentap ke sedih ke benci ke sbb orang tak datang rumah aku kalo dijemput. Takde.. aku takde hal seme tu. Biasa la tak dtg tu. Bukan seme orang ada masa. Memasing ada hal tersendiri.
Cuma yg lebih annoy bila ada certain orang ni ada perangai gini - bila orang jemput, gedikkkk tak datang..seribu satu alasan dibagi, tp bila tak ajak... buat plak cerita sana sini kata tak dijemput. Buat andaian bagai2. Hoih. Tak kuasa lah nak layan.
Tu paling aku nyampah. Masa aku kawen retu dulu dah ada kes cemni. Sblm kawen, sebokkkk sgt tanya biler biler nak kawen, macam kan nak dtg sgt lah kan. Tp bila dah bagi kad (satu sorang ni aku bagi), smpai masa, batang idung pun tak napak. Yer, majlis rumah aku disediakan sebiji bas. Oke, takpe, rumah aku ulu banat, jauh, tkpe.. Ada majlis kat PJ, pun tak datang jugak. Tu lah, jgn nak berentam sgt cakap tu lain kali.
Kang orang tak ajak, mula lah nak sok sek sok sek... cam house warming aku dulu. Mmg mostly lah org ofis aku ajak. Tp ada jugak yg tanya ke myDH, napa tak dijemput, padahal aku emel dah. Tp kan, tak segan ke tanya2 balik kalo tak dijemput. Nak kasik orang bersalah sbb tak jemput dia? Hek ele. Kang kalo ajak, nak dtg?? Pun tak dtg jugakkk..... takyah duk poyos sgt.

Sebenar cemni lah, kita kan, bila orang menjemput ni, berat tau t.jawab dia kat kita. Cam artikel kat atas tu - hukum dia wajib. Haaa... bagi aku la kan..bagi aku la..orang lain, lantak lah.. Bagi aku, aku lagi tak kesah kalo tak di invite..sbb bila dah jatuh hukum 'wajib' tu mmg kena wajib penuhi. Mmg akan ada rasa bersalah sbb tak pergi, lepas tu nak kena bagi alasan lagi kenapa tak dtg. Kan susah. Sbb tu sedaya upaya kita kena jugak la memenuhi jemputan.
Satu lagi, ngan aku simple je, katakan kalau aku invite, tp tak dapat dtg, tak payah la minta maaf bagai. Ala, aku pun kadang ada rasa 'malas lah nak pegi..jauh..buat rugi minyak n tol je'. Tp sebenarnya takde yg rugi. Yg hantar undangan pun ada balasannya, yg memenuhi undangan pun ada balasannya. Jadi, if tak dpt memenuhi undangan orang, minta maaf kat diri sendiri je yg betulnya.

Tu sbbnya, kalo org tak jemput tu, takyah nak terasa hati. Ye, mmg terkadang kita ada la terasa. Padahal kita rapat la juga dgn dia, tapi tak dijemput.. ' ala..naper dia tak jemput kita, padahal rumah dekat je..'. Tarik nafas, lapangkan minda, tenangkan hati, positif!  Cecepat maafkan je orang tu.

Lagi2 musim open house ni kan. Tujuan sebenar mengeratkan silaturahim. Tp bila kes jemput menjemput camni, ada la yang rasa sedih hati kerana tak dijemput, dah jadi menjauhkan silaturrahim plak. Tu aku pernah baca artikel yg katanya budaya open house ni tak berapa elok nak diamalkan sbb ada yg terkena jemput, ada yg tak. Bila tak dijemput dah rasa kecik ati plak. Tp nak wat cemna kan, takkan nak jemput satu Malaysia ye dok. Haha. Pepandai lah. 

Dan aku nak bagitau, mmg aku takkan buat open house masa bulan Syawal. Kalo nak buat majlis kesyukuran ke apa mmg aku pilih bkn bulan Syawal, sbb paham sajalah bulan Syawal ni kalo kt KL dan hujung minggu, mmg jalan jammed teruk. Pulak tu sana sini la open house. Lagi menambahkan beban orang utk carik alasan plak tak dpt dtg. Jadi, sapa ada ter pegi area2 KL, dan rasa nak berkunjung ke rumah, dtg je.. kita buat amalan kunjung mengunjung macam dedulu, takyah tggu open house, takyah tunggu ada lauk bbq kambing, lemang rendang baru nak datang. Hahaha.. 
Oke, sekian isu hari ni yg sama macam status di FB 2,3 ari lepas. Hahaha.

Wednesday, August 21, 2013

Edisi Laksa & Nasi Ayam Goreng [Resepi]

Rentetan dari sini, ada la 2,3 rakan yg sudi berkunjung ke teratak buruk hamba.
Cewah.
Untuk menikmati makanan yg ada.
Mekasih la pada uols yg sudi gak datang. Walo kena menempuh jammed, panas, ada yg parking kat luar dan jalan jauh, ada yg sesat ke tgkt lain nak carik rumah. Hikhikhik..
Yg lelain tu toksah duk kecik hati kalo rasa diri tak dijemput.
Hari raya kot..singgah je..takde hal punya. Mmg dah annouce byk kali dalam insta, sapa nak dtg singgah je. Aku bukan buat open house bagai. Terojah je. Takde hal...
Tak datang Sabtu, Ahad pun boleh... cam Nad n family, dia datang ari Ahad. Aku buat cemni sebenarnya lagi bes sbb senang nak bersembang dgn lebih mesra.
Dulu yg aku buat housewarming tu... wohh..mmg tak sempat nak bersembang pun. Jangan kata sembang, duduk pun tak sempat. Anak buah yg dtg hari Sabtu siap cakap "igt Ucu buat cam dulu, yang melimpah ruah orang smpai tak muat tu" (T____T).

Ni laksa hari Sabtu.

Ni laksa hari Ahad. 
Byk jugak lebih. Kuah laksa aku buat ikan dia 2kg. Utk nasik ayam, ayam 3 eko. Tu lah... tak ramai sudi dtg.. uhuks..da jemput tak dtg.. tak jemput nak dtg. Adoii.. pening..pening.
Ehhh... takde lah.. hahaha.. Idakk..dak..dak.. tak sentap la aih orang tak dtg.. memasing ada hal kan.. ye..ye.. paham... takde hal lah.
Laksa tu ku bawa ke ofis hari Isnin dan selamat abis pun. Tu aku kata, takde hal lah... lagipun aku mmg suka masak2 dan  bagi orang makan nih. Walo hakikatnya bukan tau masak sgt pun. (-_-")

Nasi ayam pun berlebih (sbb aku masak lagi kali kedua, suppose takyah byk masak kali kedua tu). Jadi, melalui blog che mat gebu jugak, aku amik resepi nasi ayam goreng. Susah nak carik resepi nasi ayam goreng nih. Kalo nasi goreng ayam byk. Aku search guna keyword 'lebihan nasi ayam'. Baru jumpa.
Meh nak tepek resepi dari blog CMG nih. Sedap... aku rasa kalo org bagi nasi minyak kenduri ke nasi beriyani pun boleh kot goreng cemni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi ayam
1 keping dada ayam, ambil isinya, hiris
3/4 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cendawan butang segar, hiris
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos tiram
2 -3 titik minyak bijan
Sos ikan secukup rasa
2 biji telur, dipukul sedikit
Cili merah, buang biji dan dadu kecil2, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Ayam goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang merah hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah daging ayam dan sos tiram, kacau rata, guna api sederhana.
Masukkan mix vege dan juga cendawan butang, kacau dan masak sekejap. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengeras, kacau hancur. Gaul rata dengan bahan2 lain.
Tambah nasi ayam dan kacau, renjiskan sos ikan secukup rasa. Masukkan minyak bijan dan kacau lagi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan cincangan cili merah. Hidangkan bersama ayam goreng dan ulam2man..


Ayam tu..lebihan ayam diperap yg aku buh dlm esbox. Aku goreng balik dengan tepung magic. Huhu. Sedap la sbb dia ada salut madu ngan kicap seme. Belasahhh.... Kek coklat banjir tu dak Mar yg bawa. Sedap sgt sbb coklat dia banjir melimpah. Haha.

Dan ini lah antara kengkawan yg dapat merasa air tangan che puan stoberi. Mostly mmg blogger and TTC'ian (ate..jemput kawan senaseb je le yer). Hihi. Again, maceh yer sudi dtg. 

Tuesday, August 20, 2013

Edisi Ayam Panggang Madu [Resepi]

Class kau maria kan... berayam panggang lagi.. madu plak tu...
Haha.

Sebenarnya family in law nak mai umah.
Memula plan nak masak laksa ja. Tp pak mentua tak boleh makan laksa, so decide masak nasik jugak. Tp nak mudah nasik ayam lah kan.
Aku mmg tak pakar buat nasik ayam. Ada sekali je kot aku buat. Tp kan aku ni selamba. Berani nak masak byk2 menda yg tak 'master'. Haha.
Kesudahannya, semua tawar je rasa. Aku ni mmg bangsa takut nak letak garam. Kang masinnnn.... 

Patutnya anak2 buah myDH datang nak mandi kolam. Tp smpai pun tghari, panas..derang takut demam. Hihi. Kalo anak buah aku mmg tak kesah... selamba.. pagi, petang,malam belasahhh je terjun kolam tu. Ari tu pun yg pegi Teluk Batik tu, smpai sana kul 1ptg, terus je terjun laut yg panas2 buta tu. Huhu. Aku punya family mmg tak byk do's n don't nih. Selambaaa...... sbb tu masa aku lps operate tu buah2 seme pun mak aku kasik makan, cuma nenas, air kelapa tu dia tak bagi la. Lain... boleh ajerrr.


Dulu aku pernah buat ayam tu diperap then digoreng.
Tapi aku google jmpa blog che mat gebu. Ada buat ayam panggang madu, guna magic pan.
Aku pun apa lagi kan. Try..try..try.

Tapi mungkin bahan perapan aku tak berapa pekat walo tak perap semalaman dalam peti ais. Jadi tak berasa sgt.
Tapi pun boleh lahh.....
Senang sebenarnya masak nasik ayam n laksa ni.
Tak perlu nak kecah2 dapur sbb bkn perlukan byk bahan.
Cuma nak cuci ayam tu la takes time. Abis ku basuh ngan tepung n lemon. Wah..classs..basuh ayam ngan lemon ko... dah tu..lemon tu ada dlm peti ais sejak sblm raya. Nak makan mmg dah tak sedap lah. Buat je basuh ayam. 3 eko aku beli. Tp potong 12. Jadi agak besar di situ. Entah. Mana aku reti beli ayam per ekor nih. Aku salu  beli dah siap potong by bhgn tu je. Salu kat tesco ke jusco ke. Dan ayam tu salu bersih dah. Ini.. heyy.. me dun like. Mmg kalo tak, nak beli kat tesco je, tp cemna nak pegi pepagi..kojer oii... nak masak pagi Sabtu. Pegi malam mmg dah takde dah ayam tu.

Harus la gunakan produk tupperware.
Eh. Yg termos kuah pink hijau bukan tupperware yer.
Tu kat Jusco rasanya aku beli.

Kuah laksa mmg masak dari malam sebelum tu lagi.
Ayam pun perap sesiap dah.
Cuma tgglkan sedikit utk ayam nak masuk dlm sup.
Pagi baru siapkan sup ayam, nasi ayam, kuah kicap n kuah sos merah.
Oh. Utk kicap pekat aku gunakan saus manis nih. Mmg sedap.
Nati nak try wat ayam masak kicap guna ni plak. Sure sedap.
Kuah kicap tu pun aku buat guna saus ni gak. Bes!
Jadi, meh nak tepek resepi ayam panggang madu, yg di ambil dari blog CMG nih.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping peha ayam bersaiz besar
1 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk halus)
2 camca besar madu
1 camca besar sos tiram
1/2 camca besar kicap pekat
1 camca teh lada hitam kisar
Beberapa titik minyak bijan
Sedikit mentega atau marjerin
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
Peha ayam dicuci bersih, tak perlu buang kulitnya. Cucuk2 bahagian isi ayam. Kemudian lap kering dengan kitchen paper towel. Letak dalam satu bekas.
Masukkan bahan tumbuk halus, madu, kicap pekat, sos tiram, lada hitam kisar dan minyak bijan. Gaul rata terutama dibahagian antara kulit dan isi ayam. Tambah garam secukup rasa, kemudian perap 1 - 2 jam (nak sedap perap semalaman dalam peti sejuk).
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser bekas pembakar dengan sedikit mentega atau marjerin. Letak ayam yang diperap tadi. Bakar selama 40 minit atau hingga masak. Sementara itu baki bahan2 pemerap dipanaskan sedikit hingga pekat dan guna untuk menyapu pada ayam setiap kali dibalik2kan.

(aku tak taruk minyak bijan pun sbb takde. Huhu).

Resepi laksa tak yah la kan. Dah ada aku taruk dulu. Aku ni pesen masak takde sukatan2 de. Campak je ikut suka. Sbb tu aku tak suka baking yg mana semua kena ikut sukatan. If not..merasa la kek ko bantat ke apa kan. Masak ala carte cemni senang. Campak pastu rasa, rasa pastu campak. Lps tu tutup api..sudahh...

So, tu je lah.Sementelah family in law aku ni datang, aku masak byk, jadi panggil lah member2 yg ada sekitar KL ni.. jadi, sapa nak dtg, dtg...tak dtg takpe.. usah gusar susah hati nak minta maaf bagai. Bkn kenduri apa pun. Masak pun 2 jenis tu je. (tu yg org tak hirau nak dtg tu..ce kalo kambing bako.... yg tu tggu lah, kenduri kesyukuran nati... aku buat khemah tepi pool je. Sila bawa baju mandi bersama)

Thursday, August 15, 2013

Edisi Syawal 2013

Khamis - 1 Syawal.
Pagi, di rumah. Tunggu sedara mara datang.
Dan juga beraya ke rumah sedara mara yg dekat dengan rumah.
Petang - kami ke Taiping. G umah akak aku yg tak sihat tu.
Bawak makanan semua, makan kat sana.

Mak sedara n anak sedara yg sorang
dajah 6, sorang dajah 5. Hikhik

Tema kami se pamili is pink.pink.pink. (ramai kot tema pink kan tahun ni). Pagi tu aku rajin la ber shawl bagai. Masuk petang..... tudung awning sudahhh... lagi la dgn ujan lagi petang tu.. cehh...

Pastu dari Taiping, singgah K.Kangsar. Ada la pegi 2,3 bijik rumah lagi. Misi mencarik laksa. Haha. Sedari pagi asik orang jamu mi sup lah, bihun sup lah. Laksa mana wey..laksa..
Yg klaka ada la singgah rumah makcik aku, dah maghrib time tu. Dengan ujan renyai2 kan. Mak aku siap kata, kita singgah kejap je. Kejapppp je. Skali makcik tu kata "makan la dulu, nasi ayam ada, laksa ada". Haaa.. apa lagi.. kita pekena la semangkuk. Hahahai. Kejap katanya. Semua pun makan laksa. MyDH makan nasik ayam. Sedap oiii. Pastu g umah kazen aku lak. Pun ada laksa. Laksa beras lagik.

Sampai umah kul 10pm. Phewww..

Raya kedua - Jumaat.
Penat. Pagi lepak rumah ja. Masak tuk makan tghari.
Petang tu ada la abang aku ajak p beraya lagi. Malas. Tgk tv je lah.
Lagipun malam tu nak bako satey. MyDH la sediakan tpt utk bako segala.
Ada bakar sotong gak. Tp bara dah nak abis time tu. Sudahnya bakar dalam magic pan aku je. Mmg ku usung magic pan tu bawak balik kg. Hoho.

The foods. Ha. Siap dgn spegeti. Famili aku tak ramai sgt sbb kami 3 beradik je blk kg belah sini. 2 beradik lagi tak balik. Pastu panggil gak la jiran2 (sedara mara gak) sekeliling. Kuih Kuah spegeti, by puanstoberi lah. Haha.

Raya ketiga - Sabtu.
Takde raya ke mana. Tapi, kami ke Teluk Batik. Haha. Memula tu abang aku cam tak sihat. Skali bangun pagi tu katanya dah oke. Nak pegi jugak. Kelam kabut siapkan barang.
Aku tak mandi pun. Malas. Rilek2 bawah pokok kelapak je. Haha.
Balik tu gi Lumut jap. Beli ikan bilis.
Pastu balik. Penat sbb traffic lite byk sgt. Udah la keta byk kan.
Singgah Mydin. Dinner kat situ ja. Sampai umah kul 9 lebih.
Pheww...

Gitu lah 3 ari raya yg penuh dgn pengisian.
Lps tu lepak2 rumah je.
Tak larat dah.
Raya ke5 dah balik KL.

Oh. Gambar dgn myDH ada dlm kamera. Malas nak transfer lagik. Nenati lah. Ni pun seme gmbr dr insta. Sapa dah tgk tu mesti bosan je tgk siaran ulangan. Haha. Redhooo....

Wednesday, August 14, 2013

Raya Edisi TTC : Anak Saya Masih Dengan Allah

Masa hari raya tu ari ada aku up status kat FB lebih kurang tajuk entry ni.
Dan, status itu juga mendapat likes tertinggi (dalam carta status aku lah).
Entah ek. Aku tak pernah terfikir pun nak cakap camtu.
Tak pernah plan. Tak pernah dapat idea pun nak cakap camtu.

Cerita sebenarnya begini.

Hari raya pertama tu datang la family pakcik aku (adik ayah tapi lain mak, tp kira pakcik betul gak la sbb sebapa kan). Tak ramai pun family dia ni. Mereka datang satu kereta. Ada la anak2 dia, cucu dia semua.
Datang rumah kami, biasa2 je lah. Sembang semua. Takde pun derang tanya2 pasal anak.
Sokay lah.

Pastu derang nak ke rumah sedara lagi satu. Dkt je pun ngan rumah aku. Kira macam depan rumah je. Abang aku ajak pegi sekali. Pegi reramai lagi bes katanya. Memula aku cam malas. MyDH oke je. Jadi, jom lah. Yg famili pakcik aku ni dah pegi dulu lah. Masa masuk rumah sedara aku tu lah pakcik ni bertanya. Soalan lebih kurang begini :

"Eh, mana yg dipimpin, takde ke?"
Pakcik aku ni jenis lantang suara dia kan. Aku cam errr apa aku nak jawab nih. Aku dengar wife dia (makcik aku lah) dok kata cam slow "eh, dia kan takde anak lagi"
Aku cam jawab "ah, apa dia?"
"Anak la.. anak kamu mana?"
Oke. Tarik nafas, tenang, jangan sakit hati, aura positif.
"Anak saya? Anak saya masih dengan Allah"
Lantas aku terus ke dapur, salam ngan tuan rumah.
Annoying? Memang la. Tp cecepat hapuskan rasa tu.
Derang bukan buleh masuk dalam 'kasut' kita. Buat pe kita nak sakit hati. Hari raya kot. Ceria ceria sudah. Bila dah jawab camtu orang tersenyap. Cuba lah.
Tapi aku gunakan jawapan tu utk orang2 yg bersuara lantang je lah.
Utk hari raya kali ni, ada 2 kali gak lah aku gunakan tu.

Kalo yg jenis makcik2 yg bebaik tu, aku cerita lah, aku operation tu ari. 
Kira jawapan tu tgk keadaan lah.
Jangan kita plak sakitkan hati orang. Lagi lah tak baik.

Selain dari tu, takde soklan maut. Lagipun aku bukan berjalan raya sgt pun. Tp entah sebok apa aku pun tak tahu lah masa raya tu.

Behave ourself. Keep calm. Tarik nafas. Berikan jawapan yg tak menyakitkan hati orang. Dan hati kita pun tak sakit jugak. Lepas bagi jawapan tu hilangkan semua rasa yang negatif. Enjoy hari raya. 


Ini kali kelima kami - 2009 (rumah aku), 2010 (kampung DH), 2011 (rumah aku), 2012 (kampung DH), 2013 (rumah aku). Takpe lah. Nak wat cena. Orang tetap akan bertanya. Itu memang pasti. Bukan je kita TTC yg kena, yg belum kawen tu lagi lah kesian kan. Lagi, yg ada anak sorang pun kena jugak. Pendek kata, orang ni mmg suka bertanya. Layan je. Yang penting, pujuk lah hati, jangan ada sekelumit rasa benci dan sedih hati dengan soalan tu. Cuba lah. Mmg sukar, tp bila berjaya, lapang rasa dada. 


Hey TTCian... kita kan kuat.. stay strong.. Jangan sedih dengan apa Allah dah tentukan utk kita. Takkan dengan soalan2 'mana anak?', 'takde baby lagi?' dan lelain tu buat kita terus rasa down. Hey... banyak lagi menda kita ada (yg mereka bertanya tu takde pun).  Jadi, happy okeh...


Tuesday, August 13, 2013

Edisi Kalau Dah Jodoh Tak Kemana

Wah. Macam tajuk ceramah ustaz Kazim plak. Haha.
Apa yg kalau dah jodoh ni?
Hihihhihihihi.
Gelak gelak gelak.
Hihihihi.

Rentetan dari entry ini
Sebenarnya ada hati nak ke Sogo sblm pulang bercuti tu.
Sbb rasa cam ada kat Sogo lah apa aku hajati tu.
Tapi, mana masa nak di selitkan.
Takde. Dan jangan buat hal.
Nak carik kuih semperit susu pun susah.
Dah. Redha. Pas raya sambung carik balik.

Tetapi, pada hari nak balik kg tu (Selasa), adik aku sorang ni, Zue tag aku kat insta. Dia gitau "kekda, bag ni banyak kat MV"
Mula la aku jadi gundah gulana. Tak keruan.
Jadi ding dong ding dong, dapat gak celuih ke MV jap sebelum balik kampung.
Tweheheheheeeee. 
Gelak gelak gelak.

Memula tgk kat tpt Polo tu takde pun design tu.
Pastu tgk gmbr Zue tu napak cam area2 kat Carlo Rino.
So, carik situ.
Haa... terus cam.. oh my polo..oh my polo.
Haha. Gilos...


Smart?
Harus la... Tu bukan dua beg aku beli. Giler ke hapa nak beli smpai dua.
Tu satu beg, tp sebelah design lain (black), sebelah lagi ada stripe kaler merah.
Tanya kat promoter tu apsal ada 2 jenis Polo. Dia kata polo satu lagi suppose jual baju je. Dia tak dpt lesen jual bag (aku rasa tu polo haus tu lah sbb dia ada jual baju). Entah. Aku pun tak amik tahu lah. Yg aku tahu aku dapat apa aku hajati nih. Memula mmg nak amik yg kaler krim tu. Tapi kang cepat kotor. Jadi, amik la yg itam merah nih. Sebenar, kalo berbaju kurung tak berapa nak sesuai lah pakai beg gini. Ini beg gi jalan2 je nih. Kalo pakai dress ngan cardigan pun smart pakai bag nih.
Ailoike. Ailoike. Ailoike.

So, skang bule tido lena.

Thn dpn baru beg lagi. Cukup la setahun satu bag. Hihihi.
Tu lah dia yg kalau dah jodoh tak kemana. :)
Thank u Zue..

Salam 6 Syawal - Mari Kira Kalori Makanan Raya

Hai uolsss....
Mood raya lagi ker??
Aiols dah kerja uolsss...

Bes per kerja time orang tak ramai nih. Tenang je rasa. Hahahai.
Kalo boleh mmg nak extend je cuti, tp ngenangkan next week nak cuti lagi sbb bawak mak appmt kat spital Serdang, maka, cuti lah 2 ari je utk raya nih. Takpe pun.

Raya kali ni mmg full dgn aktiviti.
Nak bukak laptop mmg tak sempat.
Nak tulis blog, lagi la tak sempat.
Yg boleh nyambil2 dengan instagram n sket2 kat FB.
Takde hal. Kat kg mmg line bukan H+ mahupun 3G, tp kami beramai2 la guna wifi streamyx abg aku. 

Cerita raya.. nenati lah. Walau byk aktiviti tapi idak la citer bagai2 nau.

Oh ya, sebelum tu mari kita tgk berapa kalori kita dah telan sempena raya nih.
Mari kita kira. Haha.
Lps tu pepandai la carik kasut joging, baju tshirt, seluar track.
Pegi la joging - detox semula segala yg dah telan tu.
Jangan la biar dia bersarang dalam badan.
Dah leklok berat turun bulan puasa ni, kang naik balik.
Takuittt...
Aku pun tak kuasa la nak kira sgt kalori ni, tp just estimate je lah. Kalo dah termakan lelebih tu, carik la alternatif utk detox. Juicing ke telan sayur banyak2 ke apa ke.

Paling tinggi kalori adalah makanan feveret aku which is hari raya pertama tu aku makan 2 mangkuk (2 buah rumah berlainan. Huppppp.....pfftttt)
Info : Utk estimate kalori yg diperlukan - calorie req

Kredit to : http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/kalori-makanan-popular-hari-raya/


MakananSaiz HidanganKalori
Ketupat1 Biji (80g)88
Ketupat Palas1 Biji (80g)124
Lemang1 Potong (Sederhana)82
Lontong with sayur1 Mangkuk350
Soto Ayam1 Mangkuk403
Laksa1 Mangkuk550
Serunding, Beef (Daging)
55g (1 genggam kecil)
200
Serunding, Ayam 55g 18055g (1 genggam kecil)180
Rendang, Ayam1 ketul dgn kuah148
Rendang, Daging2 potongan daging sederhana dan kuah sikit112
Nasi Putih1 Genggam Tangan150
Nasi Briyani1 Pinggan (2 genggam)487
Nasi Himpit5 Potong150
Mee-hun Goreng1 Pinggan kecil295
Teh Tarik1 Gelas90
Nescafe Tarik1 Gelas100
Kopi O Kosong1 Gelas2
Soft Drink1 Gelas85
Air Kosong11 Gelas0
Air Sirap1 Gelas85
Kui Tart Nanas1 Tart Kecil50
Biskut Raya (secara am)1 Biskut25
Dodol1 Biji71
Kuih Lapis1 Potong132
Tapai Pulut1 Biji134
Ice Cream1 Scoop Biasa95
Kurma1 Biji (Besar)60
Cheese Cake1Potong Sederhana240
Kek Koklat (Fudge)1Potong Sederhana250
Kek Koklat (Sponge)1 Potong Sederhana180

Monday, August 12, 2013

Salam Aidilfitri 1434

Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan 
dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid 
serta Takdis kerana mendapat petunjukNya d
an supaya kamu bersyukur.” 
[Surah Al-Baqarah, 2:185]

Selamat Hari Raya untuk semua kengkawan
dan
pengunjung kebun stoberi ini samada yg silent reader
mahupun 'noisy reader'. Hihi.
Harap maaf kalau ada coretan di kebun ini yg membuatkan kalian terasa hati.
Juga,
terima kasih kerana sudi memeriahkan kebun ini.

(tak sempat nak custom made card...gmbr takde dlm pc. Jadi lah itu pun kan)

Wednesday, August 7, 2013

Ihya Ramadhan #29 : Sunah Aidilfitri

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.
Surah al-Maaidah: 3

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

Bertakbir
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:
Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.
Surah al-Baqarah:185

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:
Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.
RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya,karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

Meneruskan qiamullail
Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

Mandi pada pagi hari raya.
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri."
Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

Makan sebelum solat Aidilfitri.
Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:
Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.
Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.”
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

Memakai pakaian yang indah.
Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:
Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.
Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:
Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan."
Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:
Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina."
Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:
Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.
Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.
Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.
Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:
Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya."
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu.Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.
Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

Tempat perlaksanaan solat hari raya.
Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:
Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:
Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.
Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

Mengerjakan Solat Aidilfitri
Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:
Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).
Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:
Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.
Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati."
Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”
Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w:
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun
Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.