Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, December 9, 2013

East Coast Trip : Day 4

Perjalanan gerak balik ke Perak.
Singgah di Rantau Panjang n balik melalui Grik. Phew *lap peluh*
Jauh woiii.... sumpah jauh ku rasakan lalu kut situ. Berapa jam entah.

Oke meh citer di Rantau Panjang dulu.
This Is Rantau Panjang
Kiterang smpai dalam kul 11. Tgk ada kedai yang dah buat makan lunch. So, lunch je lah. Lagipun kiterang tak breakfast lagi. Kira cam brunch la kan. Bila kenyang perut hati pun senang nak shopping. Gitewww.

Lama tak lama la kat sini, sbb abang aku dah bebising nak balik. Grr.. tapi bagus la pun. Kalau tidak mau aku usung segala toto corelle apa bagai kang. Sempat beli jersi Malaysia, kuali ( pun beli sini? Macam kan kat cokit tu dah tak boleh beli kan) and hbeg. Nak isi telekung. Pastu kan ada tgk hbeg coach (yang dah tentu imitation la kan) kaler purple. Cam cantik je. Tapi tak beli. Lepas tu sepanjang jalan aku terbayang. Kalau beli pun oke. Tapi myDH kata, kalau awak beli, jangan pakai awal2 nati orang tahu awak beli kat Rantau Panjang. Kahkahkah. No. Never lah aku nak beli hbeg gitu oi. Tak mampu buat cara tak mampu. Beli hbeg takde jenama sudehhh... 

Dalam kul 12 lebih, setelah selesai berpeluh tiak (n sempat withdraw duit kat Maybank situ), mari lah kita kembali ke pangkal jalan. Kira dah mmg sehala nak ke arah Jeli dari sini. Balik ni dah tak konvoi. Abang aku yg dah resah gelisah tu, ku suruh balik dulu. Tak nyempat2 ha. Beliau mmg tak suka tpt panas2 gini. Ha.. balik lah dulu. While, abang aku lagi sorang - tinggal dulu sbb akak ipar aku masih sebuk membeli belah. Dia takpe.. laju bawak kereta.

Laluan Jeli - Grik. Jalan oke la. Takde la pening berpusing sgt. Sepanjang2 tu mmg kiterang pasang CD Hafiz Hamidun tu ja. Jalan tak biasa lalu kan. Dah la kiri kanan hutan. Walau siang terang benderang, beringat ingat tu kena ada. Dan untuk pertama kali aku menjejak kan kaki kat RnR Puncak Ttwangsa tu. Wahh.. orang lain dah tak heran, aku baru nak heran. Utk itu marilah mengabdikan gambar.

Berselirat pompuan nih. Haha. Lantak ah. Malas nak pikir.
Hey. Mengapa surau di sini nak amik wudhu payah nau. Sian mak aku yang sakit lutut. Paip nya rendah nau. Mujor air dia sejuk. Sejuk la hati.

Kat sini jumpa balik geng konvoi. But... aku nak berenti kat Tasik Banding. Abang aku cam biasa.. harus taknak. Ha. Taknak sudah. Kau balik dulu sanun. Kihkihkih. Jadi, aku n abang aku lagi sorang berenti Tasik Banding jap. Mau taknak berenti. Entah bila tahun aku akan lalu sini lagi. 

Oh. masa nak turun dari banjaran tu kan, ada kejadian. Yang agak menderaukan darah gak la. Tau je lah jalan tu cemana kan. Berbukit2. Nak potong pun kena berhati hati. Ada satu tempat tu, van dari arah bertentangan (eh, da cam berita kat akhbar plak), cuba nak potong, tapi tak lepas. Dan dia dah hampir sgt dpn kereta kiterang oke. Haaaaa... kau.. van bebetul depan mata aku dah. Aku cengkam tangan laki aku dah. Nak suruh dia brek utk brenti je. Tak pe la kalau kena hentam ngan kereta blkg pun. Kalau depan lagi parah kan. Ya Allah. Memang menggigil lah. Cuma nya.. cumanya satu je. Van tu tak laju. Dan being myDH dia mmg tak bawak laju. Apatah lagi bawak lak chemerah yang masih belum seminggu itew. Eh? Kalau dia laju. Entah la. Terima kasih Ya Allah... Dan terus aku terpikir, cemna la keadaan orang exciden secara berdepan camtu. Kenderaan bebetul depan mata kita dan kita tak boleh nak buat apa. Nak elak, kita yang masuk gaung. 

Berenti Tasik Banding. Eh. Tasik Banding ke Tasik Temenggor. Kalau tgk artikel ni, katanya Tasik Temenggor. Wat eva it is, mari kita bergambar. Sini ada boathouse jugak kalau nak terai bermalam. Err.. aku ada cam fobia sket tempat camni. Rasa cam errr.. seram kot.. terbayang tetiba ada makhluk kuar dari tasik tu. Eii.. mmg takkan la aku nak naik cruise ke boat house ke apa ke. 



Masa duduk kejap situ, ada sorang brother tu tegur. Keja situ kot. Jadi, dapat la turun bawah. Dia tunjuk ikan baung. Giler besar.



Aku ingat da smpai banjaran titiwangsa, smpai tasik banding seme ni dah dkt la nak smpai. Takde nyer. Jauhh lagiii. Tetiba ada lori balak pulak. Satu hal.. aku ni dah la baru marathon Final Destination. Dah rasa ngeri. Nak potong kena tggu jalan yg agak lurus plak. Eiii.. tobat lahum lah rasanya nak lalu sini dah.


Akhirnya. Smpai area Grik dalam kul 5 lebih. Dan smpai rumah kul 7pm (aku singgah kampung lah. Hantar mak seme dulu). Maka, wa tammat lah trip Pantai Timur kami. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan peluang kepada kami sebaik baiknya. Tiada hujan. Perjalanan jugak smooth. Semuanya lancar dan baik. Alhamdulillah....

Esuknya masih cuti. Sempat hantar chemerah servis dulu sbb dah lebih 1k perjalanannya. 
999 sebaik sahaja keluar dari Rantau Panjang.
Genap 1 week dah kena servis 1k.
Oke lah. Meh la nak cerita. Chemerah memang "family" baru kami. Tu yg ada buat entry sini dan sini. Masa kami ke Tganu n Kelantan tu mmg baru 3 hari lah lepas dapat. Kata orang tu mmg bau kedai lagi lah. Haha. Plastik tpt duduk blkg pun tak buka lagi. Kat h.stay Ganu baru buka. 
Ha.. kau.. 3 hari terus orientasi bawak jalan jauh. Huhu. Ye lah, kereta kotak kasut kami dah abis bayar pun. Aku tak jual. Kesayangan kot. Dia mmg tak banyak hal (kecuali yg kena overnite kat UM dulu tu). Selain dari tu, dia oke. Dah bawak ke Perlis Pahang semua dah. Tapi, biar lah dia berehat plak kan. Huhu. Setelah ditimbang tara - chemerah (CFE) ini lah kemampuan kami. Nak pakai honda civic tunggu lah habis bayar ni plak. Kuikuikui. Jadi, takyah skodeng2 tau, sapa la punya chemerah tu. Hikhikhik.

Friday, December 6, 2013

East Coast Trip : Day 3

Day 3 - Terengganu to Kelantan.
Oleh kerana kami stay area Gong Badak, so, arah jalan nak Kelantan tu dah mudah. Dalam 3 jam smpai Kota Bharu (follow GPS n signboard)

Check out dari homestay dalam kul 8pg.
Breakfast area Gong Badak tu gak. Ada kedai makan area Sekolah Teknik (kalau tak silap). Tapi tak jauh dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA). Sebelah Petronas. Kalau dari arah KT dia belah kiri lah. Kalau dari Gong Badak belah kanan. Nama kedai tu aku lupa. Mok Teh ke apa ntah. Nati aku clarify balik ngan myDH. Tak silap aku dia mmg buat sarapan je. Ada nasi dagang, nasi lemak n nasi minyak. Nasi kerabu pun ada.

Ha.. kali ni dah pandai. Tahu dah nasik lemak ada ikan. Tp aku amik nasik lemak lauk ayam bakar. Ha.. ni la yang special kat kedai ni. Ayam bakar dia sedap wes. Rasa cam nak tapau wat ratah dalam keta. Tp cam melampau plak. Cumaaaaa.. aku tak amik gambau je. Entah. Kelam kabut je rasa pagi tu. Huhu.

KT - KB.
Laluan nak ke Kelantan ni oke la. Jalan pun oke. Pulak tu awal2 tu nampak pantai seme kan. Cantik pantai dia. Pastu nampak la jalan nak ke Jeti Merang yang nak ke Pulau Redang tu. Mak oii.. jauh wey dari Kuala Terengganu. Kalau kita naik bas ke K. Terengganu, aku suggest naik la dari jeti Syahbandar. Sbb boleh tahan jauh wey. 
Maaf. Sesekali bagi can penunggu gua nak
berselfie. Shawl tu aku lilit dalam kereta ja.
Tak pakai inner pun. Tapi oke je shawl tu terletak.
Bes!
Smpai kat Kubang Kerian call my adik - Bahyah a.k.a Thiaki. Adikku ini kan, siap amik cuti tau nak nyambut kedatangan aku. Huhu. Mekasih bebanyak tau Ki. Dia ni ekceli member porem mesra dot net. Lama dah kenal.. makan 10 tahun dah kot. Dulu dia keja kat Selangor. Lps tu dpt kerja kat hometown dia, pindah la. Dia yg deal ngan owner homestay aku duk kat KB. Aku bagi contact number, then dia yg call. Biar la mereka bercakap bahasa mereka. Hihi.

Kiterang g homestay dulu. Letak2 barang. Solat Zohor (jamak) dulu baru gi lunch.

Lunch
Kat Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan. Restoran cikgu ke apa ntah derang panggil.
Sbb smpai lewat. Lauk2 pun byk abis.
Kat sini pun cam nak giler gak berebut. Lagi la. Berebut pinggan kau. Hahaha. Aduyai. Asik berebut je nak makan percutian kali ni. Sbb konsep ni cam makan berhidang. Kita amik la pinggan then hidang utk famili kita. Dah la lawak, ada sorang brother tu siap amik termos nasik tu bawak kat meja dia. Sbb dia kata famili dia ada 30 orang. Aduii... langsung la orang lain nasik tak cukup. Kiterang pun amik nasik sket je. 

Napak bekas besau tu. Itu kiterang buat buh nasik.
Bekas ulam tu. Tp dah abis, amik je buat bekas nasik.
Lauk ayam goreng. Ikan goreng. Pun sedap saja. Amik ulam2
yang mana ada je. 
Dah makan jalan sket ke Pasar Siti Khadijah. Tak de beli apa pun. Saja jalan buat peluh tiak (T___T). Sian mak aku penat jalan jauh2 tu. Tak pergi pun takpe. Lps tu takde nak kemana, balik lah ke homestay utk rest.
Terserlah kekatikkan. Adikku ini mmg tinggi orangnya.
Err. Gigih aiols pakai dress kan. Dah napak seperti pregnant.
But I'm not. But, still wish (T__T).

Homestay di Kelantan.
Homestay kali ni besarrrrr. Luassss. Dan selesa.



Bebetul depan wakaf che yeh. Mmg depan idung. Keluar pagar rumah, terus nampak tpt jual2 kat wakaf che yeh tu. Heaven laaaaa... Haha. 3,4 kali kuar masuk g wakaf che yeh.
Oleh kerana dpn rumah dia luas, maka waktu malam dia buat parking utk orang yg pergi pasar tu. Takpe lah. Kereta kiterang elok terletak dpn rumah tu je. Cuma, mungkin agak tak selesa sbb ada orang2 yg bersidai atas motor derang dpn muka pintu nak masuk rumah tu. Tp buat tatau saja. Kunci pintu dan tgk tv diam diam dalam rumah.
Rumah ni 4 bilik. 3 bilik air. Ada tv lengkap astro semua channel ada (rasanya la. Anak2 buah aku tgk citer Korea pun ada). Pastu wifi pun ado. Ha. Apa lagi nak. Bantal punya la byk. Siap ngan toto selimut lebih lagi. Dia boleh gak kalau nak 2 bilik ja. Dia akan kunci la bilik2 lain. Kami amik semua bilik.
Boleh tgk web sini n sini pasal rumah ni.
Kiterang mmg puas hati lah dengan homestay nih.



Wakaf Che Yeh
Oleh kerana depan idung je katanya kan. 2,3 kali la pergi jalan2. Memula tu ptg dalam kul 6. Tgk kedai2 kat area dpn tu. Pastu masuk rumah utk solat seme. Keluar lagi nak g makan. Pastu dalam kul 11 kuar lagi. Time ni orang tak berapa ramai lagi. Mungkin sbb baru 1 week cuti skolah n orang gomen belum gaji masa tu. Hihi. 1st time pergi. Mmbr aku siap tanya tak sesat ke dalam tu. Hihi. Kiterang takde jalan jauh2 sgt. Tp mmg boleh sesat dalam tu sbb dia macam tertutup dengan kanvas, so tak boleh nak detect kita dah kat mana. Haha.

Jadi, settle lah hari di Kelantan. Esuk sudah gerak balik ke Perak.

East Cost Trip : Bajet

Belum habis lagi cerita ke pantai timur nih.
Tapi, takpe lah. Slot kan sket citer pasal bajet.
Kang bosan plak asik cerita trip je kan.

Sbb tu hari Dik Elina w.app tanya cemana cara aku bajet utk trip ngan famili. Punya la bersopan dia tnya. Takut aku marah katanya. Eh... takde lah. Orang nak tahu, boleh je share. Jadi, secara tak langsung, mendapat idea utk share di sini plak :)

Sebenar, kalau ngan adik beradik lagi segan nak mintak2 duit ni kan. Aku la. Famili orang lain aku taktau. Kalau kawan senang la kan. Cakap je - kita share 200 sorang yer utk trip ni. Ha. Mudah la.
Kalau dgn adik beradik ni, takut di salah erti sbg berkira pulak kan.
Tapi, luckily kakak ipar aku memahami n sporting jugak. So, senang la diskas.
Memula kita nak share 300/family. Masa tu bajet ada 3 family n dapat dlm 900 la. Bajet ni untuk homestay n makan makan.
Tapi, bila smpai KT, abang aku lagi sorang dah duk h.stay lain, jadi, kami pikir tak fair plak dia nak share skali kan. Jadi, kami 2 family je lah. Cuma di top up dari 300 to 370/fam. Mean dpt la RM740. Duit ni cover utk h.stay dan makan.  Tapi, kat KB, h.stay kita bahagi 3 lah sbb abang aku pun stay tpt yang sama. 

So, ini lah bajet masa kat sana. 


Kakcik aku suh aku yg jadi 'bendahari'. So, aku yg pegang duit seme tu. Kite akan guna duit yg share bila kami makan, yang mana kedua dua famili ada (cea.. cakap famili tu cam ramai je famili aku kan. Padahal kami lakik binik ja). If makan sendiri, tak guna duit tu. Duit tu aku simpan dalam envelope, jadi, kalau nak bayar kat kedai tu, selamba je lah keluarkan envelope. Lantakkk.. mesti orang yang tengok kata 'kesiannya, takde wallet..simpan duit dalam envelope jeeee'.  Ye lah, kang simpan dalam wallet tercampur duit aku lak.

Cukup la smpai Rantau Panjang bajet kami share tu. Pastu mak pun ada top up sket. Sokay lah. Smpai balik rumah pun, still ada lebih, so buat belanja makan malam lagi. Pastu terlebih, terkurang halal je. Adik beradik pun... 

So, utk trip kali ni, bajet aku sahaja (kami berdua lah - suami isteri) kurang la dari 1K. Tu termasuk yg duit share ni, tiket masuk ke TTI, shopping keropok n shopping kat Rantau Panjang n duit minyak. Duit minyak, aku rasa CheMerah pun tak mintak minum byk sgt lah. Mmg mula2 tu pikir, ni byk pakai minyak nih. Tp oke oke sajork la. 4 kali isi minyak - Kat Bentong, Kerteh, Gong Badak n Jeli (all Petronas). Total minyak RM190 utk perjalanan kurang lebih 1000km (ingat la sbb lepas tu terus g servis kat hometown aku - tak boleh nak tggu smpai balik KL).

Thursday, December 5, 2013

East Coast Trip : Day 2

Oke, sebelum meneruskan cerita di hari kedua, meh nak jawab soklan kawan saya ni :
ChentaHati said...
puanStoberi-- tu kat RnR temerloh... ada pintu gerbang dan jambatan, kan?

"bukan RnR Temerloh sbb tpt kami makan tu takde kedai makan. Hanya ada toilet, gazebo utk orang makan bekalan n kedai kecik2 jual jajan2. RnR Temerloh ada kedai makan kan, dan kalau outstation ke Caw. Kuantan, kami selalu singgah situ :) Gambar pintu gerbang dan jambatan di ambil masa on d way nak exit Kuantan"

Hari kedua : Ahad. Ganu dah kerja. Jadi, tak la crowded sgt.

Breakfast
Kami breakfast kat Nasi Dagang Kak Pah.


Oke sini kelakar. Masa kami smpai dalam pukul 8 lebih (pagi) tu orang ramai. Agaknya orang ofis keluar makan la apa la. So, beratur panjangggg... lps tu kedai ni ada nasi dagang, nasi lemak je. Budak2 (anak buah) taknak makan nasi dagang, jadi order nasi lemak. While, kak ipar aku tak makan nasi dagang tu, tp nak nasik lemak lauk nasi dagang. Terus jadi kelam kabut. Muahahah. Tau je lah, orang dah la ramai, pastu kiterang pulak order bagai2 kan. Di tambah plak makcik amik order tu (aku suspect makcik amik order tu la kak pah) suaranya high volume. Adeh.. rasa merah muka jap.

Bebudak seme nak nasik lemak. Jadi order nasik lemak, lepas tu kompius plak cara nasik lemak dia. Oke. Sumpah tak tahu yg nasik lemak Terengganu takde sambal bilis. Grrr.. naper aku takde terbaca pasal ni. Padahal aku dah baca byk blog sebelum pergi Terengganu nih. Lps tu dah makcik tu letak2.. aku tgk eh, naper nasik ngan ikan bilis goreng je ni. Sambal? Jadi, kiterang pun angkut je lah tray tu. Rupanya ada sambal. Sambal ikan. Adeh.. jenuh acik tu jerit.. suruh amik sambal. Dgn orang2 yg beratur tu pun tolong jerit panggil kiterang. Muahahahah. Glamer jap kami satu family. Dah la duk hujung.. agak jauh sket dari kedai dia. Aiyarkkk...


Takpe, lps ni tahu dah. Orang Terengganu makan nasik lemak ngan sambal ikan. Ikan apa tah. Ikan aye kot. Tak tahu.. Org Ganu please clarify ikan apa.


Oke la nasi dagang dia. Aku tak suka nasik dagang ni pun makan. Sedap ikan dia. Mmg sedap. Tapi nak beratur tu yg cam tak sanggup.
Lokasi : Food Court Pantai Batu Buruk. Tgk orang ramai2 beratur tu, dia lah tau.

Jalan-Jalan

Lps breakfast terus ke Taman Tamadun Islam (TTI).


Aku tak naik cruise pun sbb mak taknak naik. Aku pun cam tak pe lah.. malas plak rasa nak ber cruise seme tu. Jadi, jalan2 dlm TTI naik buggy sudah. Tiket masuk : RM20 dewasa. Mak warga emas RM15. Naik buggy RM45 (utk 3 orang - sejam). Naik buggy lagi best sbb ada staff dia bagi penerangan. Lps tu ada certain masjid yg ada tayangan video. Dah keluar dari situ, lepak minum2 jap kat restoran D'Benteng kat TTI tu (dpt kupon diskaun bila beli tiket TTI. Redeem kat restoran ni. Sorang dapat RM2 - utk dewasa sahaja kalau tak silap).
Oh. Abg aku buat photo bomb kat blkg tu rupanya. Huhu.


Seronok tgk kincir angin tu. Besar. Real punya dia berpusing2.
Ada kesah masa nak pergi tgk kincir tu.
Nak turun buggy, chenoteputih aku tertiarap atas jalan tar.
 Huwa.. rasa nak 
nangis sbb belum seminggu beli. 
Mujo dia dah ada 
protector screen. Tp tetap la rasa 'libanglibu'.


Solat zohor kat Masjid Kristal. Memang masjid tu area TTI saja. Tak jauh pun.  Masa nak kuar masjid tu cam hujan renyai2. Tp tak jadi hujan pun. Alhamdulillah.


Kami terus ke Muzium Negeri. Tapi tak masuk sbb tinggi. Mak tak larat naik tangga. Kami pun cam maleh. Tak yah la.

Terus ke Pasar Payang beli kepok la. Sini pun ada kesah gak. Kat tpt parking. Kiterang parking kat area kedai baru dpn Pasar Payang tu. Dkt la pun. Tak jauh. Ada penguatkuasa majlis bandaraya kat situ. Kira orang yg kutip duit parking tu la kan. Tup2 balik tu, tgk handle tpt buka pintu kereta abang aku (belah penumpang depan) dah tercabut. Cabut tapi elok je letak atas bumbung kereta. Adui la. Padahal abang aku bebetul park dkt sebelah grup penguatkuasa tu melepak ramai2 (cam ada khemah). Kiterang suspect geng derang la patahkan tu. Lps tu dah takut, terus letak balik atas kereta. Bila tanya, mampuih la tak ngaku. Apa la. Patut kiterang gertak je nak report polis sbb cam ada kes cubaan utk ceroboh kereta kan. Dan.. kalau kena kat chemerah... mmg bukan gertak je.. mmg ku report bebetul. Chemerah pun time tu belum seminggu. Grrrr.....  Tp bila kiterang 'simulasi' kan balik cerita tu, nak gelak pun ada. Kelakar lah.. Tp tak bertanggungjawab la kan.. dah la Tahun Melawat Terengganu. Ko tgk plat kereta luar, ko boleh buat sesuka hati. Tak bayo parking kang, tahu lah.

Next - mesti la ICT - Ikan Celop Tepung. Tempat pilihan Warong Pak Nong. Muahahaha. Aku tak kira. Aku nak jugak pergi. Nak. Nak. Nak. Memula set kat GPS, tapi cam aku tak berapa nak kompiden. Aku konvoi nih, kang salah tempat mau kena kecam ngan abgcik aku. So, keluar lah segala Note, S2 carik. Guna maps kat phone lagi senang. Mmg agak ke dalam sket tpt dia. Nun kat Mengabang Telipot. Kira arah nak balik homestay kami tu lah. Arah ke Batu Rakit. Landmark kira Univ Terengganu. Dah dkt la tu. Tpt dia mmg berdepan ngan pantai. Orang toksah nak cakap la. Ramai.......

MyDH n akak ipar aku tukang rebut.
Cam yang semua orang tahu, kaedah kedai ni, layan diri. Beratur - amik gunting n pinggan - tunggu seafood tu siap goreng - rebutttttt..... Giler ah. Ter tonggeng2 orang berebut kan sotong n udang.

Abg aku tukang potong sotong.

Celop celop n eskrem jagung.
Lazat. Makan reramai. Habis semua. Tak sedar.


Sotong 4 eko (beso lengan). Udang 17 eko (nak cukupkan 20 eko dah tak boleh nak tggu dah). Kepok leko 12 ketui. Ikan 4 eko. Beserta air jagung berapa ek 7 ke. Lupa dah. Total : RM59.00


Begini lah keadaannya.

Dah makan, hantar mak balik rumah untuk berehat jap while us pergi beli kopok leko kat Bukit Tok Beng. Ni pun, nak nak nak jugak. Tak bole tidak. Nak kopok BTB gak. Pening laki aku (-_-"). Naseb arrrr.....


Malam kami dinner kat bawah jambatan kat Kuala Ibai. Medan Ikan Bakar Shelly Seafood. Ni pun dah siap set kat GPS. Pun sesat jugak (T___T). Bukan sesat la... cam tak masuk susur bawah jembatan tu. Ni kat area Masjid Terapung. GPS pun sesat, tak pakai GPS lagi sesat. 

Oke kedai ni. Harga berpatutan. Tapi aku tak berapa suka style ikan bakar camni. Aku suka jenis yg cicah air asam/kicap tu. Jadi, bagi aku - mmg lagi bes kat Bagan Lalang la. Huhu. Tapi bagi orang lain yg suka camni, oke ja. Sedap ja pun tomyam dia seme tu. Tapi ramai orang. Datang awal, atau datang after 9pm. Tp ikan/seafood dah abis lah.


Balik tido..esuk nak ke KB lak.

Wednesday, December 4, 2013

East Coast Trip : Day 1

Lagi lama aku tak buat entry, kang langsung tak buat. So, gigih la transfer semua gmbr2. Yg buat lmbt sbb aku ada gmbr dari 3 menda. Kamera ada, myS2 ada, and satu lagi dari gajet. Hai la hai.

Oke lah. Aku jarang buat day by day kalau trip2 ni. Tapi ini dah kes malas. Buat je lah day by day.

Oraitz. Ini kira family trip lah. Lama kot tak family trip nih. Asik la couple trip je kan. Last ke Perlis dulu kot. Berapa tahun dah tu. Sbb bkn senang nak carik time free. If not, awal thn dulu kami dah ke Langkawi. Tp sbb mak warded, cancel plan tu.

Bertolak dari rumah aku jam 7.00 pagi hari Sabtu 23hb November. Konon la nak gerak kul 6.15.. mmg tak la. Sebuk nak buat bihun sandwic segala kan. Gerak dua kereta. Aku n family abg cik. Mak pun ada. Suppose ada lagi sebuah kereta. Abg aku yg duk Ipoh. Tapi derang g kenduri dulu kat Ipoh baru gerak.

Berenti makan kat.. kat.. err.. kat mana tah RnR nih. Aku kurang periksa la RnR belah2 timur ni sbb aku jarang lalu sini. Yg pasti tpt tu toilet dia air cam keroh je. Ragu2 aku nak "beristinjak" ngan air tu. Kihkihkih. (Lanchang kot ni).

Teruskan perjalanan ke Kuantan. Kami ke Felda Bukit Kuantan. GPS dah ada melekat kat kereta sekarang kan, tidak la ragu2 kan. Hikhik. Oke la. Mudah je jumpa. Kat sini rumah mak sedara. Mmg kiterang tak pernah dtg. Kira ini la 1st time. Tp bule lupa nak amik gmbr ramai2 kat rumah makcik aku nih. Siap kiterang makan tghari kat situ. *jimat duit lunch. Hihi.

Seterus dalam kul 12 lebih tu gerak lah ke Kuala Terengganu. Lalu ikut Kemaman. Berenti jap beli Satar. Carik kedai yg orang kata ada satar bes. Tak jumpa plak. (T___T). Selalu cam tu tau. Mencik. 

Lps tu direct je lah ke Terengganu. Berhenti kejap kat Petronas Kerteh utk isi minyak dan berehat seketika. Kat Kerteh dpt la tgk Petronas nya plant yg beso amat tu. Rasa cam kat tpt lain plak.



Smpai KT dalam kul 5pm. Abg aku cam dah nak hamukan je. Huhu. Ye lah. Kalau tak lalu situ, lalu Jerangau - Jabor which aku rasa lagi teruk kut jalan dia. Entah. Aku pun tak tahu. MyDH la cakap. Abg aku ni nak jalan senang cam hway PLUS tu. Mana la belah sana ada camtu. Ni yg pening kalau konvoi nih ("_").


Oke. Dah nak smpai tu kira oke la. Set sesiap kt GPS. Tapi entah cemna buleh kiterang sesat melarat nak carik homestay. Rasa cam tertutup hijab nak carik jalan. Bayangkan lah. Dan kami buat teori sbb kiterang tak berenti kat masjid utk solat. Bukan la taknak  berenti. Masa tu semua sepakat nak solat jamak bila sampai homestay. Pergh. Sejam setgh berlegar2 area dkt2 kawasan perumahan tu.

Homestay
Kami duk kat Homestay NurKasih area Gong Badak. Sebenarnya oke je tpt ni. Rumah teres. Aku la tukang booking nya. Tp jauh sket la dari KT. Tapi tak la jauh sgt pun. Kalau dari belah KT tu dia seberang Pulau Duyung tu je. Arah nak ke Univ Msia Terengganu / Unisza. (Harga : RM140 / nite)


Ada 3 bilik. Abg aku yg bertolak lewat sket tu carik h.stay lain sbb bilik da penuh. Dia nak rest selesa sket. Takkan nak pakai toto kan. Huhu. Sebenarnya masa aku booking nih utk family aku, mak n abgcik aku. Last minute abg aku lagi satu tu nak ikut. Jadi, tu lah. Dah cam sempit. Kalau awal2 dia bagitahu nak ikut, suppose boleh la carik umah besar sket.

Dinner 
Malam kiterang makan kat kedai makan dpn homestay je. Dkt. Sbb dah tak kuasa la sbb dah sesat melarat tu kan. Bajet dalam kul 5,6 ptg dah smpai, ni dah melarat smpai maghrib. Jadi, makan dekat2 sudah. Mujur lah makan bes. BB Seafood kalau tak silap namanya. Tapi nak nunggu makanan smpai sket punya lama. Orang ramai kot. Entah. Mujor makanan boleh tahan sedap. Lps tu jalan2 jap area KT, cam takde apa je. Hujan renyai2. Terus balik. Tp kat area h.stay tu tak hujan pun. Oke lah kan. Balik tidooo....

p/s : Dah banjir sekarang. Alhamdulillah kami nyer trip awal, kalau tidak.. mmg tk dapek la nak pergi.

Monday, December 2, 2013

Hello December ;)


Disember 2013.
Begitu pantas masa berlalu. Sedar2 dah masuk bulan terakhir di tahun 2013.
Eishh.. cliche' sgt bunyi nya kan. Haha.

Apa pun, Hello December.
Kehadiran mu ku nanti.
Di bulan ini, umur saya akan menginjak setahun lagi.
Di bulan ini juga usia perkahwinan kami bertambah setahun lagi.

Sebenar, memacam menda juga nak uruskan bulan Disember nih.
Tak kata la bab kerja kan.
Tu mmg maleh nak cerita lah.
Dengan urusan orang tukar skim (opsyen) tu lah.
Dengan nak buat interview jawatan kosong yg buka tu hari.
Dengan urusan kenaikan pangkat lagi, KUP lagi. Hoi. Hoi. Hoi ya hoi!

Dan personal plak.
Nak renew passport (hurm. Passport lama pun satu tempat je pegi. Tahun ni mmg tak kemana. Ceh! Ni nak buat baru ni pun, bukan kemana sgt. Kot nak gi Perth ke lain la citer kan. Haha. Berangan la Perth. Tapi dah melepasi sempadan, kena gak la ada passport. Entah2 passport pun tak cop kot utk trip kali ni. Tu yg pikir nak pergi gak USS ke mana ke lepas tu. Repeat Bandung pun bes jugak kan.. Shopping. Hoho ).

Seterusnya nak renew lesen. Dah oke ke sistem JPJ? Aku tgk kereta plat KL dah masuk abjad G skrg ni. Sket lagi nampak H pastu J dah la. Laju plak lps E tu. Menyampah haku. (>_<)

Seterusnya nak amik E-Batal kereta lama kat bank. Sejak kejadian E-Batal tak siap tu hari aku terus malas nak pergi amik. Biar kan situ. Katanya valid setahun.

Seterusnya nak survey atau beli tiket train ke Penang utk trip bulan 1 nih. Fuh. Semua ni perlukan duit nampaknya. Mujur gaji masuk 18hb ye. Twehehehe....
(Lps tu bulan 1 ada imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi tahun 2013 (kita panggil bonus la..) - Dibayar 2 Januari 2014. Pekeliling : http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp372013.pdf )

Lagi apa lagi. Banyak nya menda. Mujo tpt celebrate birthday cum anniv dah settle. Nak call utk buat reservation je. Lepas tu every weekend bulan doblas ni pun penuh dah. Penuh ngan kenduri kendara la. 

Oke lah. Selamat bulan Disember ya.. 

Tuesday, November 26, 2013

Keranamu, 9763

Nombor apakah?
Yerp. No 9763 sgt dkt dgn aku. Dan famili aku.

Actually tu nombor askar arwah ayah.
Kereta arwah ayah dulu pun mmg beli khas nombor tu.
Dan bila aku beli kereta 9 thn lepas pun, aku mmg booking nombor tu gak.
While, adik beradik aku, termasuk aku, semua pun no phone hujung ada nombor tu. Eh. Semua ke. Abang aku no. 2 tak. Entah ek. Bukan la taksub sgt dgn nombor tu. Tp mungkin tu saja cara buat kami rasa 'dekat' dengan arwah yg dah lama pergi (tahun 2005). 

Tapi, kali ni nombor ni jugak la buat aku pening kepala.
Hai la 9763.


Tapi bukan pasal nombor ni. Pasal JPJ lah. Time ni lah nak buat mySikap lah my itu lah my ini lah. Hah. Kan dah masalah terus.

Grrr...
Dah kenapa ada orang lain minat nombor ni gak.
Frust nonggeng!

Nak booking, tengok2 dah ada orang beli dulu.
Sedihnya bukan kepalang. Tahap rasa taknak makan minum.

Dan time tu lah yang sistem down. Nombor pendaftaran jadi slow. Suppose seminggu je abjad dah berubah. Ni dah kena tggu 2 minggu. Rasa nak menangis.... (T____T)
Pulak tu sekarang, kalau tak melalui tender, kena tggu abjad tu berubah dulu baru boleh beli. Dulu rasanya cam takpe. Tah, aku pun tak ingat. Yang aku ingat, aku g JPJ, salesman kereta tu ikut skali, then aku bayar RM300 sbb nombor aku nak tu tak masuk dalam list kat tv yang dipamerkan kat JPJ tu. Tapi tu duluuuuuu... cerita 9 tahun lalu. Mana kan sama dengan sekarang kan.

Dan, akhirnya tak dapat la aku mengekalkan no 9763 tu. Cuma aku amik nombor yg sama dgn no phone aku satu lagi. Walau hati tak berapa puas. Tapi, oke je lah. Redhaaa... mujo hati ni dah belajar utk redha dengan sesuatu. Kira cam hati dah kebal la kan. Ujian hampir 5 tahun boleh redha, takkan hal camni nak bermuram durja kannnn...

Apa pun, walau tak dapat nombor tu. Walau tak dapat nak abadi kan kenangan, di hati aku, mmg ayah selalu ada... 

Al-Fatihah utk arwah.....

**
Nombor ni unik sebenarnya. Google google tgk ada orang buat analisis pasal  nombor nih. Dulu arwah ayah kata dia suka sbb 9 x 7 = 63. Lagi cerita pasal 9763 dan nombor lain - numberaday

Tuesday, October 8, 2013

Makan Pepahat Di Bagan Lalang

seafood, sea, bagan lalang

Edisi melepaskan hajat.
Lama giler dah plan nak pegi. Tp asik tak terpegi.
Dari sebelum operation, membawa sebelum puasa, berlalu pula selepas hari raya. 
Eh. Ini tak boleh jadi.

Jadi, Sabtu lepas. Apa nak jadi. Jadi.
Bukan la nak makan pepahat je.
Nak makan ketam. Sotong. Ikan bakar.

Entah ek.
Bagi aku la. Bagi orang lain, lain la kan.
Bagi aku, aku paling suka seafood kat Bagan Lalang.
Aku dah pergi Melaka. Tpt ketam lembut kat Kuala Gula (ni tak bes.. mahal pulak tu). Kat Jeram. 
Tapi aku lebih prefer kat Bagan Lalang.
Tu aku. Orang lain aku tak tahu. Terpulang. Citarasa memasing.

Biasa, kami ke Senandung Malam.
Pernah skali mencuba RM Serai ke apa ntah.
Ingat nak ke Seaview. Tp ketam macam tak byk.
So, ke Wak Lan Bayu Malam pulak.
Ramai kata sini pun oke.

Jadi, mari cuba.

makan ketam di kedai wak lan bayu malam

Itu lah hidangannya. Oke. Not bad. Sedap seadanya.
Bukan makan berdua ya.. tp dgn anak buah n asben dia.
Tapi, kalo kami berdua pun boleh sajorkk... asal dapat makan ketam, takde hal punya.

Utk hidangan termasuk air sirap limau se jug RM97.00 cuma.
Ikan cencaru bakar bes! Dia buat belah belakang taruk sambal (style aku buat kat rumah selalu, tp aku selalu goreng), lps tu bakar.
Ketam. Sambal cili. Hoih. Penuh cili dia. 
Pepahat sweet sour telur. Sedapppp.... suka!

Nak makan ketam pun, smpai 2 jam perjalanan.
Masa pergi lagi la. Tol Sg Besi tu byk btul kereta. Lorong touch n go jadi bersimpang siur. Suppose lalu kut MEX je patutnya (T____T).

Oh. Tips makan di Bagan Lalang ni, dtg la sebelum jam 7. Pilih lauk. Nak makan terus pun boleh. Nak suh reserved pun boleh. Jadi, dpt makan dengan tenang. Seronok je meratah ketam. Kalau selepas maghrib, mmg ramai. Nak makan pun tak senang. Nak gigit gigit kulit ketam pun payah, sbb ada je org di tetepi meja kita - sbb derang nak cop meja. Huhuhu.