Showing posts with label artikel Islam. Show all posts
Showing posts with label artikel Islam. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Indahnya Ciptaan Allah

10 Januari 2014/8 Rabiulawal 1435



Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfa`at kepada manusia demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang, demikian juga (pada) peredharan angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan ke esaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.


*gambar kurang memuaskan dari chenoteputih (5mp sajork). Kalau cheS2 oke sket sbb 8mp. Gambar kamera pun belum upload. Tp tak la sharp sgt. Bukan camera dslr pun.

Friday, January 3, 2014

Penambahan Rezeki

3 Januari 2014 / 1 Rabiulawal 1435


Kredit image : Here

Friday, December 6, 2013

Islam Itu Mudah, Tp Bukan Untuk Dipermudahkan

Nampak simple. Islam itu Mudah. Tp terkadang kita ni mempermudahkan.
Memang susah nak cakap perihal ini. Tambahan orang2 yg cetek ilmu bab agama cam aku ni lah.
Tapi tu lah. Kadang nak juga suarakan rasa hati ni.

Dengan longgokan pelbagai artikel kat laman sosial, memacam boleh jumpa. Ada yg beria ia nak pertahankan pendapat dia. Ada yang angkuh menyangkal pendapat orang. Aiyark. Kata dia je betul, kata orang lain?? Letak pajak gantung??


Lagi takut bila sesuka hati melabel orang bijak pandai ugama dengan perkataan tak sepatutnya. Senang nya hati menulis memacam. Aku pun pelik kadang tu. Dah kenapa kau nak gelar memacam, padahal apa dia buat tu, sikit pun tak usik korang, sikit pun takkan kurang gaji korang. Tak kacau pun family kita kan. Tp dah kenapa nak kata memacam. Pelik. Bukan saja tu. Bab artis pun camtu. Yg sakittt sangat orang tu nak kawen ngan siapa tu kenapa? Ada usik harta kita ke? Ada usik gaji kita ke? Dia kenal kita pun tidak. Takkk.. nak jugak bagi pendapat. Sama la ngan orang nak kawen 40juta ke 400 juta ke. Ada dia pinjam duit kita ke?? Takde kan? Kita bankrap ke kalau dia kawen berjuta2 tu? Sakit tang mana kita? Lantak pi derang lah. 

Oke tu tak pe lah. Tapi aku takut sekali sekiranya kita ni ter khilaf dalam berbicara terutama bab agama yang kita junjung ni. Islam mmg mudah, tapi bukan untuk dipermudahkan. Bab kata Ustaz Don masa dia ceramah kat ofis aku tu hari. Dia kata, kita ni byk menda kita buat ikut buku atau ikut apa yg kita belajar kat sekolah dulu tu. Berapa byk lah ilmu (agama) kita dapat tu kan. Ciput je pun. Tu kalau ada sekolah agama, lebih la sikit ciput tu. If not.. mmg dalam subjek agama/pend Islam tu je lah kita belajar.

Lps tu Ustaz Don tanya satu soalan je "apa patut kita buat kalau kita tertinggal sujud pada rakaat kedua dalam solat" (cemtu la lebih kurang soalan dia). Maka, reramai la jawab "sujud sahwiiii". Sekali ustaz kata "salah". Senyap. Diam tak berkutik semua (mungkin ada yang tahu, tapi dah semua orang kompiden jawab dia pun diam je lah). Huhu. Ustaz pun terangkan lah apa patut kita buat. Dan tetiba rasa cam byk lagi tak tahu. Itu baru bab solat. Puasa. Zakat. Senang cerita yg rukun Islam tu lah. Bila Ustaz tanya Rukun solat pun ramai cam ter gagap (termasuk aku).


Sekarang mmg dah senang - semua maklumat di hujung jari je. Tapi, berpada pada jugak lah. Paling elok belajar dengan ada nya guru (orang yang lebih tahu). Ni pun satu gak. Kadang ada orang bertanya pada ustaz/ustazah. Pastu kita pulak nak memperlekehkan orang tu. Cakap ke orang tu, itu pun nak tanya ke.. senang je kot. Tak kata orang lain lah, aku kata diri aku sendiri. Kadang rasa cam annoy plak asyik tanya soalan yang sama. Contoh cam bulan puasa ke raya ke, sure ada soklan "ustaz, boleh tak kita gabung puasa ganti dengan puasa enam?" atau pun "ustaz, mana nak buat dulu, puasa enam ke puasa ganti". Pergh... tak caya tgk la. Tetiap tahun pasti terjumpa soalan camni. Tapi tak boleh nak pikir menyampah plak ke orang tu.

Maka hendaklah kamu bertanya kepada ahli zikir (alim ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya. – Surah al-Nahl: Ayat 43 (tafsiran lengkap : PMO)

Dia tak tahu. Dia tanya. Jadi, biar lah. Lagipun dia bertanya pada orang yg ber pengetahuan. Tak salah kan. Kita ni je kekadang rimas la apa la.

Islam mmg mudah. Tak pernah menyusahkan. Contoh memudahkan tu cam bab solat ketika kita bermusafir (tp kalau jumpa masjid pada waktu Zohor tu, pepandai la berenti dulu solat. Kang tertutup 'hijab' cam kiterang kena kat Terengganu tu ari kang. Tak jumpa nak carik jalan. Kuikuikui). Tapi jangan la pulak kita mempermudahkan. Cam contoh ustaz bagi la. Dah terlupa rukuk mana boleh sujud sahwi je. Kita kena ulang balik rukun2 kita yg tertinggal tu. If not, solat tak sah. Dan ilmu baru aku dapat masa tu - jangan kita simply2 batalkan solat. Lets say, alamak tertinggal sujud lah.. solat balik semula lah. Ustaz kata, tu biadap dengan Allah. Erk.. kadang ada juga buat camtu.

Oke lah. Aku memang bukan orang nya untuk berbicara panjang soal ni. Cuma, kadang bila tengok memacam menda di laman sosial nih, kadang rasa takut.



Wednesday, September 18, 2013

Puasa Sunat : Puasa 3 Hari Setiap Bulan

kredit : e-mosque

Apakah ganjaran pahala puasa sunat, seumpama puasa tiga hari sebulan itu? Disebutkan di dalam beberapa hadith dan dalam al-Quran, diberikan ganjaran pahala oleh Allah (a.w) 10 kebaikan sehingga digandakan oleh Allah (a.w) menjadi 700 kebaikan (tertakluk kepada keikhlasan orang yg mengerjakannya):
 Diriwayatkan hadith daripada Aba Zarr (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa puasa daripada tiap-tiap bulan tiga hari, maka demikian itu puasa setahun. Maka diturunkan Allah (a.w) Yang Maha Luhur dan Maha Agung ayat membenarkan (yakni, sahkan) demikian itu di dalam Kitab (yakni, al-Quran) ‘Man ja-a bil-hasanati falahu ‘asrun amthaliha’ [Ayat 160, Surah al-Anam] [Maksud: ‘Barangsiapa mendatangkan dengan satu kebaikan maka baginya sepuluh kebaikan umpamanya ( yakni, satu kebaikan dapat sepuluh kebaikan)’]. [Hadith hasan sahih at-Termidzi].
 Hadith ini memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) ada juga mencontohkan amalan uasa tiga hari sebulan ini. Namun, kita harus ingat bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah', bererti beliau mencontohkan untuk panduan kita segala bentuk ibadah dan amalan dalam syariat Islam. Maka dengan itu, ada ketikanya dia berpuasa tiga hari dan ada kalanya dia berpuasa setiap Isnin dan Khamis, dan dia berpuasa tanpa sebarang persediaan, kerana segala-galanya di tolong oleh Allah (a.w) sebagai RasulNya.


****
Yang selalu di war warkan puasa sunat Isnin Khamis, tp yg ni pun bagus juga. Sebulan 3 hari. Selain mendapat ganjaran pahala (Insyaallah), kita juga dapat merehatkan perut. Kira cam detox/cleanse gak la kan. Aku pun tak pernah buat lagi puasa sunat 3 hari ni, tp rasa macam nak cuba jugak lah buat setiap bulan (bulan Islam yer, bukan bulan Masihi).
Jom sesama kita puasa sunat 3 hari bermula esuk - 13,14 dan 15 Zulkaedah.

Friday, August 23, 2013

Hukum Memenuhi Jemputan



Hadiri jemputan; penuhi undangan
Tarikh:  Dec 06, 2009
Riwayat:  (at-Thabrani)
Kategori:  Munakahat
Hadith: 
Ibnu Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Apabila seseorang kamu dijemput kepada jamuan makan hendaklah ia menghadirinya. Jika ia tidak berpuasa hendaklah ia makan dan jika ia berpuasa hendaklah ia berdoa untuk keberkatan yang menjemput.
Huraian Hadith: 
Hukum memenuhi jemputan ke majlis atau jamuan adalah wajib sekiranya tiada perkara-perkara maksiat di dalamnya dan tiada keuzuran syar'ie kerana ia adalah satu daripada hak-hak Muslim. Walau bagaimana pun kewajipan memenuhi undangan tersebut juga bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu. Antaranya orang yang dijemput tidak mempunyai keuzuran yang akan menghalangnya dari menghadiri undangan tersebut dan dalam majlis tersebut tidak ada perkara mungkar seperti disediakan minuman arak, mengadakan majlis tari-menari, alunan dari alat-alat atau bunyi-bunyian yang haram dan sebagainya. Jika didapati majlis tersebut mengadakan acara yang mungkar maka gugurlah kewajipan untuk menghadiri majlis tersebut.

***
Aku bukan sentap ke sedih ke benci ke sbb orang tak datang rumah aku kalo dijemput. Takde.. aku takde hal seme tu. Biasa la tak dtg tu. Bukan seme orang ada masa. Memasing ada hal tersendiri.
Cuma yg lebih annoy bila ada certain orang ni ada perangai gini - bila orang jemput, gedikkkk tak datang..seribu satu alasan dibagi, tp bila tak ajak... buat plak cerita sana sini kata tak dijemput. Buat andaian bagai2. Hoih. Tak kuasa lah nak layan.
Tu paling aku nyampah. Masa aku kawen retu dulu dah ada kes cemni. Sblm kawen, sebokkkk sgt tanya biler biler nak kawen, macam kan nak dtg sgt lah kan. Tp bila dah bagi kad (satu sorang ni aku bagi), smpai masa, batang idung pun tak napak. Yer, majlis rumah aku disediakan sebiji bas. Oke, takpe, rumah aku ulu banat, jauh, tkpe.. Ada majlis kat PJ, pun tak datang jugak. Tu lah, jgn nak berentam sgt cakap tu lain kali.
Kang orang tak ajak, mula lah nak sok sek sok sek... cam house warming aku dulu. Mmg mostly lah org ofis aku ajak. Tp ada jugak yg tanya ke myDH, napa tak dijemput, padahal aku emel dah. Tp kan, tak segan ke tanya2 balik kalo tak dijemput. Nak kasik orang bersalah sbb tak jemput dia? Hek ele. Kang kalo ajak, nak dtg?? Pun tak dtg jugakkk..... takyah duk poyos sgt.

Sebenar cemni lah, kita kan, bila orang menjemput ni, berat tau t.jawab dia kat kita. Cam artikel kat atas tu - hukum dia wajib. Haaa... bagi aku la kan..bagi aku la..orang lain, lantak lah.. Bagi aku, aku lagi tak kesah kalo tak di invite..sbb bila dah jatuh hukum 'wajib' tu mmg kena wajib penuhi. Mmg akan ada rasa bersalah sbb tak pergi, lepas tu nak kena bagi alasan lagi kenapa tak dtg. Kan susah. Sbb tu sedaya upaya kita kena jugak la memenuhi jemputan.
Satu lagi, ngan aku simple je, katakan kalau aku invite, tp tak dapat dtg, tak payah la minta maaf bagai. Ala, aku pun kadang ada rasa 'malas lah nak pegi..jauh..buat rugi minyak n tol je'. Tp sebenarnya takde yg rugi. Yg hantar undangan pun ada balasannya, yg memenuhi undangan pun ada balasannya. Jadi, if tak dpt memenuhi undangan orang, minta maaf kat diri sendiri je yg betulnya.

Tu sbbnya, kalo org tak jemput tu, takyah nak terasa hati. Ye, mmg terkadang kita ada la terasa. Padahal kita rapat la juga dgn dia, tapi tak dijemput.. ' ala..naper dia tak jemput kita, padahal rumah dekat je..'. Tarik nafas, lapangkan minda, tenangkan hati, positif!  Cecepat maafkan je orang tu.

Lagi2 musim open house ni kan. Tujuan sebenar mengeratkan silaturahim. Tp bila kes jemput menjemput camni, ada la yang rasa sedih hati kerana tak dijemput, dah jadi menjauhkan silaturrahim plak. Tu aku pernah baca artikel yg katanya budaya open house ni tak berapa elok nak diamalkan sbb ada yg terkena jemput, ada yg tak. Bila tak dijemput dah rasa kecik ati plak. Tp nak wat cemna kan, takkan nak jemput satu Malaysia ye dok. Haha. Pepandai lah. 

Dan aku nak bagitau, mmg aku takkan buat open house masa bulan Syawal. Kalo nak buat majlis kesyukuran ke apa mmg aku pilih bkn bulan Syawal, sbb paham sajalah bulan Syawal ni kalo kt KL dan hujung minggu, mmg jalan jammed teruk. Pulak tu sana sini la open house. Lagi menambahkan beban orang utk carik alasan plak tak dpt dtg. Jadi, sapa ada ter pegi area2 KL, dan rasa nak berkunjung ke rumah, dtg je.. kita buat amalan kunjung mengunjung macam dedulu, takyah tggu open house, takyah tunggu ada lauk bbq kambing, lemang rendang baru nak datang. Hahaha.. 
Oke, sekian isu hari ni yg sama macam status di FB 2,3 ari lepas. Hahaha.

Friday, August 16, 2013

Sujud Syukur

Sujud Syukur ialah sujud dua kali yang dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala, juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang menggembirakan dan terselamat atau terlepas dari malapetaka/bala bencana.
Sujud pertama adalah sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’.

Tips Sujud Syukur

Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.

Rukun Sujud Syukur Adalah Seperti Berikut:

  • Niat
  • Takbiratul Ihram
  • Sujud (sekali sahaja)
  • Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).
Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
Nota tambahan:
  • 1.
    Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.
  • 2.
    Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
  • 3.
    Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
  • Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).
    Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
    Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

    Wednesday, August 7, 2013

    Ihya Ramadhan #29 : Sunah Aidilfitri

    Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:
    Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu.
    Surah al-Maaidah: 3

    Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

    Bertakbir
    Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:
    Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.
    Surah al-Baqarah:185

    Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:
    Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.
    RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya,karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

    Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

    Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri
    Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
    “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
    Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

    Meneruskan qiamullail
    Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

    Mandi pada pagi hari raya.
    Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
    Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri."
    Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

    Makan sebelum solat Aidilfitri.
    Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:
    Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.
    Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272

    Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:
    “Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.”
    Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

    Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

    Memakai pakaian yang indah.
    Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:
    Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.
    Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

    Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:
    Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan."
    Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

    Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:
    Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina."
    Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

    Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

    Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.
    Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:
    Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.
    Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

    Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.
    Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.
    Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:
    Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya."
    Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

    Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:
    Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu.Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.
    Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

    Tempat perlaksanaan solat hari raya.
    Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:
    Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).
    Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

    Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:
    Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.
    Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

    Mengerjakan Solat Aidilfitri
    Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:
    Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.
    Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

    Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:
    Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).
    Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

    Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:
    Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.
    Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

    Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
    Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
    Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati."
    Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

    Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
    Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”
    Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

    Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal
    Sabda Rasulullah s.a.w:
    Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun
    Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

    Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

    Friday, August 2, 2013

    Ihya Ramadhan #24 : Secret Between U & Your Rabb

    Suatu hari seorang warga emas ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”
    Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata warga emas pun bercucuran keluar dari matanya.
    Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”
    Warga emas menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?" ... Selamat menyambut 10 malam terakhir Ramadhan 1434H.

    Powerful Tips for the Last 10 Nights by Tawfique Chowdhury

    1. Do not let your 'performance' until now affect your last 10 days. The moment of forgiveness could be today or anytime in the coming days! It is not all lost! If you sincerely wish it could have been better - Chin up and get ready to make it your best yet! Start with a positive, sincere intention!

    2. Today, take a little time to read the Tafseer of Surah al-Qadr to understand what actually happens this night! You will feel its power & greatness so much more!

    3. Do not wait for the 27th Night to give it your "all". The entire last 10 days should be your target. Stay up each night! Would you want to miss Laylatul Qadr even "by chance"?

    4. Do not fall into any innovations/celebrations any masjid or culture might try to promote. Follow the Sunnah! The Prophet (sallAllahu 'alaihi wa sallam) guided us simply: "Whoever stays up and prays on Laylat al-Qadr out of faith and in the hope of reward, his previous sins will be forgiven.” 

    5. Memorize and keep asking the dua' taught by Rasulullah (sallAllahu 'alaihi wa sallam): Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibb al-‘afwa fa’affu ‘anni (O Allaah, You are forgiving and You love forgiveness, so forgive me).

    6. Prepare a short dua' list. Remember this is as awesome as it ever gets for a servant of Allah! The Night of Qadr, of Destiny! Consciously pick each and everything you crucially wish for in this dunya, in your deen, family, and in your aakhirah! Don't forget to include the brothers and sisters around the world who are suffering and in grief!

    7. Take brief naps during the day, if possible. Keep your stomach light and sleep as soon as you have prayed 'isha. Do not delay! After a brief nap, refresh yourself and get ready for worship. 

    8. Don't neglect your family! Rasulullah made it a point to wake up his wives throughout these nights! And yes, your children are not too young to stay up some part of the night - if they can be allowed to play video games or watch TV, they can be inspired to be up atleast for sometime! Prepare them, make them excited, plan some activities for them to do!

    9. Look the Part: The way we dress and prepare has a big effect on our psychology. Wear your best, perfume yourself, and feel the energy! 

    10. Choose a spot, whether in the Masjid or in your home, where you can have peace and solitude. Keep your mushaf, praying mat, and water at hand so that you are not distracted by constantly getting up for this or that. 

    11. IMP: This is not the night to tweet pics or update FB statuses about how amazing the night is and how you are feeling & worshipping Allah! Let that be a secret between you & your Rabb! So switch off those phones, wifi, laptops and computers. Disconnect with the world, and connect with al-'Afuww!

    12. If you find yourself feeling sleepy, vary your acts of worship. Alternate between qiyaam, heartfelt dua'a, reading the Qur'an. Do not spend the night listening to lectures or recitations. Or do it only for a short while when you feel the sleep coming on! 

    13. Patience is the Key: The last 10 days might be tiring. You might still have work or school. This is the time to bear all that hardship, and keep firm sabr. Think how Allah has blessed you with this tremendous opportunity that might NEVER come again in your life again. If you knew for sure that this was your last #Ramadan, if you knew certainly that Jannah was up for grabs, wouldn't you sprint for it no matter what it takes?

    14. This is most important: Keep husn adh-dhann bi Allah (good expectations from Allah). When you ask, remember you are asking the Most Generous King. If you hope for the best, He will give you the best. Don't hold back. Trust in Him, pour out your heart in front of Him, and let no doubt, no barrier, no evil thoughts keep you away from ar-Rahman, ar-Raheem!

    kredit : FB Dr Muhaya

    Wednesday, July 31, 2013

    Ihya Ramadhan #22 : Berzakat

    KONSEP, HIKMAH DAN TUJUAN ZAKAT

    Zakat adalah ibadat harta yang diwajibkan sebagai sumbangan terhadap masyarakat yang bertujuan menjamin kerjasama dan menggerakkan aktiviti sosioekonomi umat. Zakat juga sebagai satu daripada cara-cara untuk merealisasikan sistem jaminan sosial Islam.

    Zakat adalah asas bagi pembinaan dan pembangunan ekonomi umat Islam untuk memantapkan agama Islam. Ia juga dapat melaksana dan mengukuhkan nilai keadilan sosial dan menjadi jalan keluar bagi masalah kemiskinan. Dana yang terkumpul dari zakat juga dapat membiayai usaha dakwah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk menegakkan syariat Allah SWT.

    Zakat bererti mensuci dan menyuburkan. Syarak telah memerintahkan orang mukallaf yang mendapat rezeki lumayan mengeluarkan hak Allah yang terkandung di dalamnya kepada mereka yang berhak dan halal menerimanya dari golongan asnaf (mustahik).

    Dengan kata lain zakat diwajibkan ke atas tiap-tiap seorang Muslim mukallaf yang merdeka yang memiliki nisab dari apa-apa harta yang diwajibkan zakat ke atasnya, menurut syarat-syarat yang ditentukan. Dengan itu akan tercapai tujuan-tujuan mulia dan memberi kesan positif dalam kehidupan individu dan masyarakat. Di antaranya :

    Tujuan dan kesannya dalam kehidupan individu:

    PEMBAYAR (orang yang mampu)
    Mensuci dari sifat kedekut dan bakhil
    Melakukan latihan infaq dan berbelanja dengan betul
    Berakhlak dengan akhlak yang diredai Allah, yakni mengambil sifat-sifat Allah 
    - Melimpahkan kebaikan
    - Kasihan belas
    - Pemurah
    - Ihsan
    Bersyukur atas rezeki yang didapati
    Membersihkan diri dari sifat cintakan dunia
    Menyubur sahsiah orang kaya
    Menyubur mahabbah

    PENERIMA ZAKAT (terutama asnaf fakir dan miskin)
    Pembebasan terhadap penerima dari belenggu kemiskinan atau perhambaan dan lain-lain.
    Mensuci jiwa dari perasaan hasad dengki dan permusuhan, paling kurang buruk sangka.

    HARTA (mensuci harta)
    Harta yang masih belum dizakatkan masih kotor.
    Zakat tidak menyucikan harta haram. Ini juga menggalakkan orang mencari rezeki halal.
    Menyuburkan harta, kerana walaupun pada zahir berkurang tetapi menjadi banyak, bertambah berganda-ganda dengan pahala. Begitu juga kerana berkat berzakat akan ditambah rezeki.
    Menyuburkan harta yang diberi kepada fakir dan miskin yang berpotensi untuk mengembangkan harta zakat yang didapati, ataupun anak-anaknya maju dalam pelajaran.
    Tujuan dan kesannya kepada masyarakat:

    Zakat dan jaminan sosial
    Penggerak ekonomi – pemberi zakat memang sudah mampu. Manakala penerima yang berpotensi dibangunkan akan berperanan dalam ekonomi dan masyarakat.
    Zakat dan pembangunan insani, pembangun roh umat, yakni membangun semangat positif dan menjadi kaya jiwa.
    Zakat merupakan pelaksanaan secara praktikal terhadap pembebasan sebenar anggota masyarakat dari sebarang perhambaan dan masalah.
    Mengangkat harga diri dan membela maruah
    Menyuburkan kegiatan halal dalam aktiviti sosioekonomi umat
    Membantu kegiatan pendidikan dan dakwah dalam masyarakat.
    Menggiatkan semangat jihad dan apa jua kegiatan fisabilillah.

    ********
    Ingat ya... zakat bukan hanya zakat fitrah saja. Selain fitrah tu, yg paling dekat dgn kita yang bekerja adalah zakat pendapatan yang mana setengah nya terus saja buat potongan gaji setiap bulan atau pun dibayar 'segedebuk' pada akhir tahun. Biasanya, kalo para isteri ni, mmg ada la sedikit zakat pendapatan yg perlu dibuat. Suami tu byk tanggungan dia. Mudah skrg ni pun nak kira sendiri. Contoh kat web PPZ MAIWP ni - kiraan zakat pendapatan. Dah kira kira terus la bayar.
    Bagi jenis2 zakat yang lelain, boleh rujuk sini : izakat
    Jadi, mari lah sesama kita mensucikan pendapatan kita. Insyaallah.

    Tuesday, July 30, 2013

    Ihya Ramadhan #21 : Surah An Nas dan Al- Falaq





    1.Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

    2.Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah baca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

    3.Saidatina Siti Aisyah r.anha menerangkan :

    “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

    4.Saidina Ali r.a menerangkan :

    Pernah Rasulullah SAW digigit kala jengking, kemudian mengambil air garam, Dibacakan surah Al-Falaq dan surah An-Nas, lalu disapukan pada anggota yang digigit.

    5.Uqbah bin Amir menerangkan, Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan
    bersama dengan Rasulullah SAW, baginda membaca surah Al-Falaq dan Surah An-Nas,
    dan aku pun disuruh juga membacanya.

    6.Uqbah bin Amir menerangkan bahawa Rasulullah SAW berkata kepadaku :
    "Mahukah ku ajarkan kepadamu 2 buah surah yang tidak terdapat dalam Zabur,Taurat dan Injil?"

    "Saya menjawab :Baiklah ya Rasulullah"
    Kemudian Rasulullah SAW membaca surah Al-Falaq dan surah An-Nas

    Wallahua'lam

    kredit :
    http://www.melurhasanah.com/2012/01/kelebihan-membaca-surah-nas-dan-al.html

    Sunday, July 28, 2013

    Ihya Ramadhan #19 : Pasrah vs Redha

    Pasrah vs Redha

    Pasrah itu berbeza dengan redha. Selagi anda berusaha, anda tidak lemah. Selagi anda berharap pada Allah dan  berdoa kepada-Nya, anda tidak lemah. Allah memberikan kita kekuatan untuk bertahan di muka bumi ini, kenapa kita harus mengiktiraf diri kita lemah? Orang yang kuat mentalnya tidak akan sesekali mengiktiraf dirinya lemah dan mengaku kalah pada masalah yang dihadapinya.

    Ingatkah anda pada kalamullah yang disebut dalam kitab-Nya yang agung yang bermaksud :

    “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”. (Al-Baqarah: 286)

    Allah menghadiahkan musibah ke atas hamba-Nya sebagai tanda sayang, kerana Dia tahu hamba-Nya mampu untuk menyelesaikan setiap musibah yang diberikan. Setiap masalah yang ada di muka bumi ini ada jalan penyelesaiannya, jika kita manusia berusaha mencari solusinya. Jika kita enggan menerima musibah daripada Allah, siapakah kita ini? Sedangkan nabi-nabi Allah, termasuk kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W juga menerima musibah yang hebat semasa hayat mereka. Dan mereka menerimanya dengan hati yang terbuka dan menganggapnya sebagai satu nikmat kehidupan.

    Mungkin ada yang berfikir mereka itu nabi, kita ini cuma manusia biasa, mereka tidak sama dengan kita. Pemikiran itu salah sama sekali. Para nabi bukan malaikat. Para nabi juga manusia. Sama diciptakan dari tanah seperti kita yang hidup pada tahun 2013 ini dan tahun-tahun sebelumnya. Yang membezakan kita dengan para nabi ialah mukjizat. Mereka manusia terpilih di sisi Allah.

    Kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim dan merupakan pengikut kepada kekasih Allah yang mulia. Kita mempunyai seorang idol yang cukup tabah ketika hayat baginda S.A.W. Adalah sangat tidak wajar untuk merasa lemah terhadap diri sendiri jika mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa seperti baginda. Kita umatnya dan kita harus mengikut setiap apa yang diajarkan kepada kita.

    Merasa lemah bukanlah sesuatu yang ditegah. Dengan merasa lemah, kita tahu di mana taraf kita sebagai manusia di muka bumi ini. Namun, ada sesetengah perkara yang perlu kita titikberatkan untuk sentiasa maju dan tabah dalam kehiduan seharian kita. Ada manusia yang menanggap dirinya sudah tabah dan enggan menitiskan airmata lagi akibat kecewa dengan peristiwa lampau.


    Artikel penuh : http://www.iluvislam.com/inspirasi/8718-kita-bukan-lemah.html

    Saturday, July 27, 2013

    Ihya Ramadhan #18 : Surah Al Qadr

    Sepuluh malam terakhir makin menghampiri.
    Yg dikatakan malam yg ada nya Lailatul Qadr.
    (tp ada aku baca jugak, katanya tak semestinya malam Lailatul Qadr ni pada 10 mlm terakhir).
    Itu lah yg sepatutnya. Bukan 10 mlm terakhir je kita tetiba semangat kan.

    Tu lah. Aku harap sgt pada 10 mlm terakhir ni aku boleh berpuasa.
    Dan kalau boleh berpuasa, aku harap aku tak susah nak bangun. Tak asyik mengantuk. Tak asik tido je. Semua akan berlalu begitu saja nati.

    Dan untuk kawan2 TTC'ian, sama sama kita berdoa mohon dimakbulkan hajat kita. 
    Insyaallah :)

    Friday, July 26, 2013

    Ihya Ramadhan #17 : Nuzul Al Quran

    Nuzul Al-Quran

    Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

    ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. 

    Firman Allah:
    Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

    al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

    Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

    ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

    Kredit :
    http://www.islam.gov.my/nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar

    Thursday, July 25, 2013

    Ihya Ramadhan #16 : Surah Al-Kauthar


    Fadhilat membaca surah Al-Kauthar
    *Barangsiapa membaca surah Al-Kauthar 100x saat hujan turun lalu memohon kepada Allah SWT apa yang dihajatkannya dari urusan duniawi dan ukhrawi maka Allah SWT akan mengendahkan permohonannya.

    *Sesiapa yang membaca 7x setiap hari pada mata air, maka ia akan menjadi besar sumbernya.

    *Barangsiapa yang membaca surah Al-Kauthar 1000x maka Allah hasilkan apa yang dituntutnya, lebih-lebih dalam mencari rezeki dan pangkat, dan dibukakan berbagai pintu kebaikan.

    *Barangsiapa yang membaca Al-Kauthar 1000x sesudah sembahyang Isyak sehingga membawa kepada tidurnya, maka insyaallah akan melihat Rasulullah SAW dalam mimpinya.

    *Kata sebahagian orang yang mengamalkannya:

    Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
    ketika  menunaikan solat.

    Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
    s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
    tetapi  dizalimi.

    Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
    mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

    Jika dibaca ayat ini sewaktu memasak akan dapat melazatkan makanan

    Jika diamalkan selalu surah ini, kita tidak akan menjadi seorang yang materialistik.