Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Saya Nak Bagi Tahu. Saya Bukan Robot.

Adui. Saya akui, kadang kala saya jarang drop komen kat blog orang.
Tapi, kadang kala, kalau free, saya akan drop komen.
Tapi...
Terbantut hajat nak drop komen kalau napak design yang canggih cam gini
Dah kenapa keluar gmbr saluran elektrik pulak????
Adui.
Kau mampu baca gambar tu. Jenuh aku pikir apa perkataan nih. Rupa rupanya kena abaikan gambar tu. Cuma taip je perkataan. Tapi.. ahhh... susah lah ada menda nih. 

Please prove you're not a robot.
Yer. Saya bukan robot.

Dah pernah buat entry ni dulu.
Tapi, masih ada juga yg suruh prove samada kita robot atau bukan.

Huhuhu (T____T)
Nangis ni. Saya bukan robot. Bukannn.

Mungkin. Anda mmg nak show word verification sebelum orang komen.
Yg ni mmg tak boleh buat apa lah kan. Terpaksa redho kekdahnya.
Tapi. Mungkin. 
Mungkin anda tak sedar bahawasanya blog anda perlu verifikasi dari robot.

Dari itu, sekiranya anda tahu memang takde robot yang baca blog anda, dan tak komen di blog anda, sila la periksa. Caranya :
Settings---> Post & Comment -----> show word verification ----> klik lah pada NO.

Sekiranya masih buntu. Ini lah gaya muka bentuk keadaannya. 


Jgn risau. Sekiranya anda takut mak enon (anonymous) yang komen, dan anda perlu meng approved komen dulu, itu tak mengapa.

Anda boleh pilih mana satu pilihan di ruangan 'who can comment'. Pilih lah selain dari anyone itu

Jadi, please.
Robot tak baca blog anda. Mungkin.
Tapi saya, seorang manusia yang baca. Dan tak perlu prove kot.

Serabut perut tetiba nak komen ada gambo saluran elektrik tu.
Seriyes.

Monday, October 7, 2013

Tak Baca Entry, Tapi Terus Komen

Tahu lah entry aku mostly panjang. Tahu lah entry aku tak menarik utk dibaca. Tahu lah aku banyak membebel entah apa apa.
Tapi kot yer pun malas nak baca, tp jangan lah nampak sgt yg awak tak baca entry tu tapi terus komen.
Nanti memalukan diri pula. Hihihi. Hihihi.
Contoh macam ada entry aku yg berjela tulis pasal buat laporoskopi. Penat ni mengarang berhari-hari. Nak bagi semua orang faham cerita tu. Tup2 kuar komen 'hai..gi mana bercuti?'
Aku dah cam what...? Taktau nak bagi reaction cemna. Dah la time tu aku baru lps operation. Nak gelak pun tak boleh..kang mau terbukak balik gam perut aku ni kang... dah satu hal terburai isi perut plak. Adooiiii.. nape buat ahkak camni dik...?  Nangessss.....


Lenkali kan.. tips dia, kalau malas baca, tp nak jugak komen. Jangan nampak sgt tak baca. Kau baca tengah je... pastu kau komen la cerita dia kat tetgh tu. Sbb kalau kau baca entry atas saja, dan komen - napak sgt baca atas je. Kalau amik yg bawah je pun - nampak sgt terus jump kat bawah. Jadi, amik tetgh. Tapi, yg ni pun bahaya. Mungkin tetiba kau tanya - sedap nampak makanan ni, kat mana? Rupanya dia dah tulis tempat tu. Malu sekali lagiiii.... Tapi nak senang, takyah komen lah kalau malas baca. Takpe.. aku rasa takde orang yg kebulur komen nih. Penulis mahukan pembaca mendapat manfaat dari apa yg ditulis dari komen. Quality much better then quantity.  Ke ada orang kebulur komen? Org tak baca pun takpe, asal drop comment. Tak tau la plak aku ada kalau ada manusia camtu. Lagi kesian kot. Menulis kerana komen. Hahahaha.

Tu satu hal lah.
Satu hal lagi, komen yg sama pada blog orang lelain. Aiyarkkk...  Ini bukan aku je yg perasan yer. Ramai yg perasan. Sbb aku ada tulis kat fb citer camni gak. Dan ramai yg reply komen mereka perasan (tp ada yg anggap aku marah masa tulis status kat FB tu. Hurmmm... demi Allah, aku tak marah pun.. tp terpulang lah.. tulisan kan.. camna nak gitau body gesture yg kita ceria je masa menulis tu). Tapi, tak kesah lah. Lantak lah nak anggap apa pun. Persoalannya, kenapa buat camtu??
Kenapa? kenapa? kenapa??


Kalo blog aku ni simple je. Blog orang lain aku tak tahu. Entry aku mmg panjang. Dan aku tak kesah ada orang nak baca ke tak ke, nak komen ke tak ke. Ada orang baca, Alhamdulillah...ada jugak sudi baca. Ada yg komen pun, Alhamdulilllah... ada jugak nak 'layan' aku 'bercakap'. Tapi, jangan la sampai tak baca, tup2 komen. Ghajin angattt kann... Buat masa ni aku tak approved komen tu. Aku simpannnnn je. Mmg ada 2,3 komen yg sama je. Dan yang pasti sepatah je perkataan dia. Hikhikhikhik.

Apa pun, aku ucapkan terima kasih la jugak . Sbb hamba Allah ni menyumbang kepada peningkatan visitor yg masuk blog ni. At least.. dia dah bantu Nuffnang bergerak sket. Aku up je entry berdesup dia masuk dan komen. Hai.. besar juga sumbangannya tu. Jadi, acik putuskan, tak kesah lah.. terus je lah komen ye nak.... walau tak baca.. takpe.. takpe.. acik oke... betul.... tak tipu. Tp komen2 tu acik simpan dulu yea. Nanti2 acik approved. Okay???

All pic kredit to : http://www.reactionface.info/face

Friday, October 4, 2013

Terima Kasih Semua

terima kasih follower
Google

Kepada semua yg follow dan sudi baca blog ni, Terima Kasih.
Semoga ada yg boleh di jadikan manfaat dari entry yg di buat.
Walau kadang entry merapu dan membebel sahaja.

Dulu,
Sy ada buat segmen menghargai follower. Tup2 terhenti plak.
Ye lah, dalam segmen tu sy akan bagi something (cenderahat), jd mungkin komitmen nak bagi cenderamata tu yg buat jadi ter stop. Tapi, rasa cam nak buat balik plak. 

Ada 4 orang saya dah buat dulu. Ada dalam label - edisi menghargai follower
Saya buat review serba sket (semestinya bukan review mengenai blog mereka - siapa lah saya nak me review blog orang kan, tp serba sedikit perihal persahabatan, perkenalan saya dengan mereka) dan lepas tu saya akan susul dengan cenderahati sebagai tanda persahabatan :)

Dan,
pada yg baru follow blog ni, tapi saya belum follow balik, jgn marah plak ye. Nanti saya masuk, baca dan follow. 
Pada rakan 'sekasut' (TTC'ians), saya dah masukkan dalam bloglist kawan2 di blog sebelah. Pada mereka  ini jugak berbanyak terima kasih saya ucapkan kerana letakkan blog saya dalam bloglist. Kalau blog puanstoberi ni, tak banyak sgt cerita pasal TTC, jd bila saya tgk list ada yg kategorikan blog ni sbg blog TTC, saya rasa satu penghargaan jugak la tapi pada masa yg sama serba salah. Sbb takde sgt cerita TTC. Tapi, takpe.. apa pun saya hargainya. Saya sebenarnya bukan taknak bercerita kat blog sini, tapi, tak semua memahami apa kita rasa. Saya (dan majoriti TTC'ian) bukan hanya perlukan kata-kata 'bersabarlah', kerana Insyaallah, setiap kami ada sifat sabar (yg mana kami sendiri pun tak tahu ianya ada). Sbb kalau tulis saja berkenaan TTC, perkataan sabar tu bagai isi dan kuku pula. Jadi, sebelum mengguris hati memana pihak, elok lah cerita TTC diletakkan di blog sepatutnya. Jadi, pada TTC'ian yang nak baca cerita penuh perihal journey TTC saya boleh lah ke blog sebelah.

So, itu saja lah utk petang ni.
Nak ucap TERIMA KASIH
Terima kasih, sudi follow.
Terima kasih, sudi komen.
Terima kasih, sudi baca.

(oh. Saya ada cerita menarik berkaitan komen dan baca ni. Tggu ya... bebila saya buat entry dan publish. Hahahhahaha)
cute cat
google

Wednesday, August 21, 2013

Edisi Laksa & Nasi Ayam Goreng [Resepi]

Rentetan dari sini, ada la 2,3 rakan yg sudi berkunjung ke teratak buruk hamba.
Cewah.
Untuk menikmati makanan yg ada.
Mekasih la pada uols yg sudi gak datang. Walo kena menempuh jammed, panas, ada yg parking kat luar dan jalan jauh, ada yg sesat ke tgkt lain nak carik rumah. Hikhikhik..
Yg lelain tu toksah duk kecik hati kalo rasa diri tak dijemput.
Hari raya kot..singgah je..takde hal punya. Mmg dah annouce byk kali dalam insta, sapa nak dtg singgah je. Aku bukan buat open house bagai. Terojah je. Takde hal...
Tak datang Sabtu, Ahad pun boleh... cam Nad n family, dia datang ari Ahad. Aku buat cemni sebenarnya lagi bes sbb senang nak bersembang dgn lebih mesra.
Dulu yg aku buat housewarming tu... wohh..mmg tak sempat nak bersembang pun. Jangan kata sembang, duduk pun tak sempat. Anak buah yg dtg hari Sabtu siap cakap "igt Ucu buat cam dulu, yang melimpah ruah orang smpai tak muat tu" (T____T).

Ni laksa hari Sabtu.

Ni laksa hari Ahad. 
Byk jugak lebih. Kuah laksa aku buat ikan dia 2kg. Utk nasik ayam, ayam 3 eko. Tu lah... tak ramai sudi dtg.. uhuks..da jemput tak dtg.. tak jemput nak dtg. Adoii.. pening..pening.
Ehhh... takde lah.. hahaha.. Idakk..dak..dak.. tak sentap la aih orang tak dtg.. memasing ada hal kan.. ye..ye.. paham... takde hal lah.
Laksa tu ku bawa ke ofis hari Isnin dan selamat abis pun. Tu aku kata, takde hal lah... lagipun aku mmg suka masak2 dan  bagi orang makan nih. Walo hakikatnya bukan tau masak sgt pun. (-_-")

Nasi ayam pun berlebih (sbb aku masak lagi kali kedua, suppose takyah byk masak kali kedua tu). Jadi, melalui blog che mat gebu jugak, aku amik resepi nasi ayam goreng. Susah nak carik resepi nasi ayam goreng nih. Kalo nasi goreng ayam byk. Aku search guna keyword 'lebihan nasi ayam'. Baru jumpa.
Meh nak tepek resepi dari blog CMG nih. Sedap... aku rasa kalo org bagi nasi minyak kenduri ke nasi beriyani pun boleh kot goreng cemni.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan nasi ayam
1 keping dada ayam, ambil isinya, hiris
3/4 cawan mix vege (karot, jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cendawan butang segar, hiris
1 camca besar cili kisar
1/2 camca besar sos tiram
2 -3 titik minyak bijan
Sos ikan secukup rasa
2 biji telur, dipukul sedikit
Cili merah, buang biji dan dadu kecil2, untuk hiasan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Ayam goreng, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang merah hingga layu, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tambah daging ayam dan sos tiram, kacau rata, guna api sederhana.
Masukkan mix vege dan juga cendawan butang, kacau dan masak sekejap. Tolak ketepi kuali, masukkan telur dan biar sedikit mengeras, kacau hancur. Gaul rata dengan bahan2 lain.
Tambah nasi ayam dan kacau, renjiskan sos ikan secukup rasa. Masukkan minyak bijan dan kacau lagi. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan daun bawang dan cincangan cili merah. Hidangkan bersama ayam goreng dan ulam2man..


Ayam tu..lebihan ayam diperap yg aku buh dlm esbox. Aku goreng balik dengan tepung magic. Huhu. Sedap la sbb dia ada salut madu ngan kicap seme. Belasahhh.... Kek coklat banjir tu dak Mar yg bawa. Sedap sgt sbb coklat dia banjir melimpah. Haha.

Dan ini lah antara kengkawan yg dapat merasa air tangan che puan stoberi. Mostly mmg blogger and TTC'ian (ate..jemput kawan senaseb je le yer). Hihi. Again, maceh yer sudi dtg. 

Tuesday, July 30, 2013

Edisi Hari Raya 2013 : Tanda Ingatan Dari Sahabat Alam Maya


Cute kan??
Tahun kedua menerima "quilt raya" dari adik sorang ni.
Thn lps cerita di sini.

Terharu rasa. Hikhik.
Walaupun menjadi supermama, tetap dia sempat menghasilkan sesuatu yg berseni ini.
Thank u Cha... sgt sgt hargainya.
Cha..nati buat byk2, boleh daftar jadi usahawan kraf. Hikhik

Kedua :
Tu yg FM bulat yg ada gambo famili tu.
Dari che mot a.k.a Izan si pengumpul FM tegarHihi.
Pun cute kan. 
Rajin derang ni buat yg kreatif2.

Nati eh akak reply.
Tapi pas raya kot sbb skg ni bz la plak. Ngan intebiu bagai kan.
Tunggu ya.. mmg ada samting utk korang. Insyaallah :)

Wednesday, January 30, 2013

Gift-Away Utk Kamu Semua!

Ahah!..
Kepada semua si cantik jelita yg telah men-drop komen di sini - Gift-Away, sila emel kepada saya alamat utk di give kan adiah. Semua ya.. SEMUA yang komen tu.. elok2 ja ada 20 orang. Hihikss..

Oke jap..sebelum tu.. nak pilih2 komen.. dan komen yang terpilih, gift nyer mungkin agak special sket kot. Hikhik...

Sheila Salim said...
Assalamualaikum kak reen. hee. ada Give Away? best2. Sheila suka jengah blog akak, penuh dengan kisah suka dan duka. Mostly pasal family. Sheila harap kak reen terus berblogging. Blog kak reen comel, jarang sekali sheila jumpa patern gini. hihi. Semoga mendapat zuriat yang comel2 ye kak reen & suami :)

Haha. Comel tau puanshilot kita ni bagi komen.. manade pasal family dikk... jarang akak buat entry pasal family dalam ni. Jadi, kalo bukan pasal family, pasal apa pulak aku suka update? Entah ek. Aku salu terpikir, apa tema blog aku ni. Tema caca marba mungking. Huhu. Apa je la aku salu repekkan dalam blog ni ah?? Tp mmg jarang update pasal family ni sbb aku rasa biarlah itu jadi private part. Kok semua dibagitau dalam blog, apa yg tinggal. Haha.

deqlis said...
lama dh jd silent reader kat sini..:) dulu mmg selalu komen..tp dok busy selalu...sampai blog sendiri pun terabai..hehe..

pepun kebun strawberry nie ttp diingatan..:)

Kawan lama yg di kenal dari alam blog ni- skang dia jarang update blog. Mengapa Deqlis, mengapa? Huhu. Pernah jumpa gak Deqlis ni skali-masa MLM final last year. Dia bagi kite tiket pree. Hikhik. Cantik beliau ni..

Jiha said...
Nak adiah....hakhakhakhak..

(komen jujur dr hati...huahuahua)

Ha..ni aku suka.. jujur nih.. Jadi, trus pick up komen dia. Hihikss..


Mama Mirza said...
saya nak juga.. selalu datang baca.. arinih baru komen.. hehe.. :)

Ha.... malu rasa org datang baca, tp kita tak balas kunjungan. Jadi, sudah follow blog Mama Mirza jugak..nati saya salu gi sana ya.. maceh salu datang kebun stoberi ni :)

Empat yang atas, dan 16 lagi ni yakni
ZUE, Anum, Masya, Karisma Izzah, Eida, NadMamaZN, Mikamusz, MyfaraFLK, ChentaHati, Cik Anita, Sue-Rya Qistina, Norzie, Lieya, Carmello, Joijoi80 dan Eka

Sila emelkan alamat ya. Mmg ada setengahnya alamat dah ada dalam simpanan. Tp takpe.. takde hal kalo nak bagi lagik.
Oh.. utk yg seofis tu, takyah la bagi alamat.. nati adiah smpai atas meja ja ya..

Hadiah apa ya... tunggu...  supriseeee... !!!! Hikhikhikkk...


Tuesday, January 22, 2013

Edisi Menghargai Pembaca : Gift - Away!

Wahaha. Fefeling retis kah nak buat edisi menghargai pembaca bagai. Bagi laluan la sekali sekala. 
Oke. Sebenarnya dah lama tak buat any Giveaway atau pun saja nak bagi2 adiah ke kengkawan yang berkunjung ke Kebun Stoberi ni. Nak buat edisi yang menghargai follower tu pun dah ter berhenti. Tp nati ada masa nak sambung semula. 

Jadi, skang rasa cam teringin nak bagi2 adiah ke pembaca2. Jadi, sbb tu namanya Gift-Away. Alah, takde lah hadiah grand nau. Masa gi jejalan/outstation ke mana2 tu kan ada beli cenderamata tu. Kadang ada je lagi tak abis. So nyer, rasa better di bagi pada kengkawan yang sering berkunjung ke sini. Sebagai tanda persahabatan alam maya dan penghargaan pada yg salu berkunjung ke sini.


Kali ni nak bagi hadiah ni takde peraturan apa pun.

Banyak mana nak dibagi tu tak pasti lagi.
Tapi rasanya dalam 10 orang tu mmg kompem!

Nak buat style Giveaway cam takde idea plak.
Jadi, sapa2 yg sudi, drop je lah komen kat bawah entry ni.
Cara nak memilih pun tak dapat dipastikan lagi.
Nak tulis komen apa?
Tulis je lah apa apa pun. Secara otomatik eligible lah.
Tak komen pun mungkin ada yg eligible. Hihi.
Gitu pulak ya.
Eh. Silent reader esp yg kt ofis saya ni pun ada peluang kot. Hihihiks. 

Apa pun, saya ucapkan terima kasih pada seme yg rajin berkunjung ke kebun stoberi ni.
Saya sedaya upaya akan sentiasa me-reply seme komen2 yg diberikan.
Sedaya upaya juga membalas kunjungan dan meninggalkan jejak di blog kawan2 seme.
Nah amik dulu bunga ros sejambak utk seme..
Google
p/s : rasa cam ada adiah GA dulu yg tak berhantar lagi. Eida Baharum. Igt tak akak nak bagi u something, sudahnya smpai skang tak bagi. Sapa lagi yea..sila claim kalo ada yg tak dpt lagi. Huhu.

Tuesday, October 23, 2012

Edisi Masukkan Gambar Instagram Di Side Bar Blog

"how to put instagram photo on your blog/ side bar"

Aduh.. minta maaf bebanyak pada yg tanya cemana nak letak gambar instagram kat blog dan aku belum bagi jawapan.
To Suria Qistina..sori yer.. asik mem bizi..trus langsung lupa nk bagitau awak.
Lps tu Angel Adriza pun ada tanya.
(itu je la 2 orang yg tanya..dan bajet cam ramai nau tanya smpai nak wat tutorial kan..)

Ah, ai bukan pandai pun nak bagi tuto tuto nih. Ai pun sendiri sedang ber tutorial ngan lecturer2 ai. Hihi. Oke, takpe. Reni meh la ai terus tunjuk cemna nak buh widget instagram tu.

Oke, first n foremost, gmbr tak buleh di private.
Ini aku tak pasti sgt, sbb takde pun dia mention.
Tp retu aku tukar setting kat instagram. Aku buat privacy setting, which sapa nak jadi kawan, aku kena approved dulu. Tup2 yg aku dah buh kat side bar tu sudah tiada. Haha.
Jadi, public kan saja. Tak mengapalah. Biar lah seme orang tau. Asal jangan bubuh gambar bukan2 dlm tu cukup. Setakat gmbr bihun goreng, jadi tak mengapa.

Mudah giler.
Masuk je sini - snapwidget

Masukkan segala yg dia perlukan tu.

Username : letak username yg kita guna kat instagram kita if kita nak gmbr kita yg keluar. Kalo nak gmbr orang lain pun buleh. Letak username beliau. Kalo nak letak instagram Aaron Aziz pun buleh, buat usernama dia. Tp apa kes???

Hashtag (#) : kalo taknak guna username, buleh guna hashtag. Katakan la suka tgk gmbr kucing #kucing. Nati keluar la segala jenis gmbr yg orang hashtag sbg #kucing. Kalo kowang dah salu hashtag gambar anak2 kowang, maka leh juga letakkan kat situ.

Widget type : amik slideshow lah kalo utk letak kat tepi. Yg lelain tu aku tak penah try lagi.

Yg lelain, tak payah usik pun takpe.
Then try preview.
Dah puas hati kalo click "get code"

Copy semua code tu, masukkan la dalam add a widget kat layout blog kita (add html/java script)
(ni takyah gitau detail la kut..seme pun dah tahu cara nak letak widget kat side bar kan)

Dah settled.
Mudah kan? Semudah ABC.
Mihihihi (",)

Tuesday, September 25, 2012

Edisi Housewarming : Tetamu

Thanks to mereka yg hadir. Saya sgt2 menghargai. Again, maaf jika ada kekurangan.
Saya paling terharu kawan2 alam maya yg ada setghnya belum pernah jumpa, tapi sudi juga datang. Mostly rakan alam maya yg sy jemput semua dtg. Terima kasih berbanyak yer. Sudi juga jengah teratak saya ni. Huhu.

Rakan blogger : Nana, Syana (1st time jumpa ni), Cha Hijau Cantik (juga 1st time jumpa), Nita (lama da dia tak update blog), Ejamaria, Suria Qistina.
tpaksa pinjam anak sedara utk kasik balance.huhu.
Nita. Tk smpt nak layan dia sangat. Thanks tau sudi dtg.
Rakan TTCian : Susu (1st time jumpa, aku leh tak cam, orang lain aku cam je. Mengong), Mar ngan baby Khadeeja yg super cute..gewaammm), Eida Baharom, CINTA, Yannie.


Rakan seporem mesra dot net : Noor Ain, Kak Lyn, Hasta - Jamilah Jamil, Dee, Fiza, Aishah Shamill
Rakan seofis : Bos saya, anak2 buah saya (Syira, Dila, Kak Ju n Nani), rakan2 sedepartment saya (En. Adzman, Zaim, Shahrir, Mama Kak Saba, Fara, Zahida, Fiza, Madi n Masz, Kak Azie, Kak Wannor, Kak Ain, Yam, Habsah, Zura, Kas As, Kak Fiza, Faridatul, Nana Liana, Kak Liza, Faizullah, Ungu Velvet n adik Pelangi nyer. Hihi)
Rakan sekolah : BFF saya - Zirah
Ex-housemate : Elly

Sedara mara saya esp kazen saya dari Serdang yg byk membantu hingga tamat majlis - Norlida n asben. Dia la tolong cucuk2 buah utk choc fountain, tlg goreng mee segala. Next time kita buat steamboat pulak yer. Serta family in law yg menolong pagi2 tu.

Juga utk segerombolan rakan2 myDH.

(ada lagi ke nama tertinggal yer)
Syana - Elly - Kak Lyn n Hasta - My Kazen
Maaf, maaf dan maaf sbb tak dpt nak layan sgt. Adoi...


Pada yg bawa buah tangan, ole ole ni, terima kasih bebanyak juga. Ni seme tahu kegemaran saya ni. Bekas stoberi, coaster kaler purple, bekas tupperware kaler purple! Itu saya tak pasti siapa yg bagi, tp mmg bes lah sbb saya masih belum ada bekas aiskrim tu. Huhu.

Dan pada yg tak dpt datang..usah la risau. Saya cuma menjemput... tak dpt tu tak mengapa. Bak kata orang tu, tak jemput kang ada pula yg berkecil hati kan.
Lagipun jemputan lain mmg ramai, kut seme yg datang, kami tuan rumah pulak risau. Haha. Oke, joking... tkpe.. ada rezki lain saya buat lagi :)

Lagi gambar dan cerita ada di blog mereka:
- Susu
- Nana 

Friday, August 24, 2012

Edisi Kad Raya dan Kerongsang Raya

Selain parcel kotak jewellery yg sampai, ada lagi satu yg sampai time aku cuti tu ari.
Taraaa...


Hehe.
Tak sangka lak dtg dari adik sorang ni.
Sampulnya beso... ku ingat orang antar resume ke apa kan. Sbb tu ari kan ada buka jawatan Pengurus Kraf Holdings tu. Bila buka, eh.... kad raya bergambar. Ada brooch lagi.
Pengirimnya kenal sgt la kan. Hihi.

Thank u Masya Kisah Hati . Berbesar hati akak terima kad raya bergambar dgn brooch kuning tu.
Nati akak pakai ngan tudung kuning ya. Hihi :)

Tuesday, July 24, 2012

Mencari Nasi Goreng Setan??

Ha.. terkejut kan nengok tajuk.
Yer, aku lagi terkejut.
Sesambil tgk keyword (bukan kat Nuffnang, guna blogger ni punya ja), ternampak plak keyword yg cam tak masuk akal.
Nasi Goreng Setan.

Gulp. Jumpa ke nasi goreng setan dlm blog aku ni.
Wuimak...
Takut teman dengo nyer kome.

Jangan la cari menu tu untuk berbuka puasa.
Lagipun seme pun setan di ikat bulan puasa ni.
Ate' kome nak menjamu setan nasi goreng ke apa.

Tapi kalo makan nasi goreng, lepas tu membazir, ada kaitan la gak ngan setan.
Membazir itu amalan syaitan kan?

Oke. Pada yang mencari.
Aku tak penah eh buat menu nasi goreng setan.

Errr... bersahur buat nasi goreng pun bes juga ni ya.
Tp bkn utk setan la. Hahahahah (T_____T)

Tuesday, June 26, 2012

Happy Blogging!


Yang mana bes??

Orang follow kita tapi tak masuk baca pun.
Atau
Orang tak follow, tp mereka ini adalah silent reader yang setia?

*wink.wink*

Aku follow sbb aku suka.
Dan kalo tak follow pun bukan bermaksud tak suka.
Sbb ada jer yg aku jadi Silent Reader.
At least, kalo SR tu, masuk kuar blog kita maka bertambah gak view.
Dari beratus ratus malah beribu follower pun bkn seme tu pun masuk baca.
Kalo baca pun, baca tajuk je. Lps tu komen menda yg dah tertulis jawapan nya kat entry (tak baca lew tewwww.... trus je jump kat komen... no no no... kantoi oke kalo buat camtu..)

Aku pun tak pernah sekali pun memaksa orang follow back. Samada FB ke, twitter ke instagram ke.
Jadi, aku harap ianya 'vice versa' jugak.

Lagi tulis camni
kredit : Here
kredit : Here
Lagi aku tak buat kang. Huhu.

Tapi ai takde hal lah. U nak follow, follow lah. Taknak pun takpe. Nak jadi SR pun takpe. Nak drop komen pun oke, taknak pun takde hal.

Yg penting kita
kredit : Here

Monday, June 25, 2012

Iklan Merah Di Kebun Stoberi

Salu tau dapat iklan merah.
Retu hotlink.

Skang ada CIMB,
ngan CocaCola plak.


Sesuai. Mak sokak nokss...

Haha. Iklan singgah kejap tu.
Bukan BE agaknya.
Tah. Dah lama kot aku tak check BE ke ME ke apa seme tu.
Lantak kan situ. Ada adalah, takde pun tidak mengapalah :)

Thursday, June 21, 2012

Cikstoberi Would Like To Know

Nak tuko soklan survey.
Lama dah kot letak soklan ni.

Mari kita tgk resultnya.
Soklan pertama "entry menarik minat"

Oh. Maknanya ramai yg sker kalo cikstoberi bebel2 pasal cuti cuti cinta. Pastu pasal family sket je. Dan pasal keja takde langsung. Oke, gud. Pnstoberi pun tak berapa gemar nak cakap pasal keja. Tp kalo environment keja tu ada la gak kan. In fact, maybe ada yg tatau pun kut saya keja mana *ni bajet poyo namanya ni, padahal smlm baru iklankan suh orang datang promosi. Mengong! Hoho*
Pasal family tu, mmg aku pun tak berapa nak suker citer. Sbb rasa cam family nyer citer agak privacy. Tak seme kut leh di reveal dlm blog ni. Tp tak bermaksud la aku tak punya one happy family. Cuma, mmg jarang2 nak exposed kan dlm ni. Setengahnya, ada yg perlu disimpan utk diri sendiri :)

Eh. 81+18 baru 99% mana lagi 1%???

Lagi, 

Napaknya orang sker kalo entry pendek2. Tapi... being pnstoberi... skali dia menaip, mana leh pependek. Haha. Jadi, akur ya.

Last skali.

Majoriti sker kalo update setiap hari. Hihi.
Itu takpe.. mmg minat saya, jadi Insyaallah...mmg ada la setiap hari. Cuma nak maintain lebih dari 2 entry tu mungkin susah sket.

Haaa.... cam gud2 je kan aku dok buat analisis pool ni. Cam la ramai nau yg jawab, ye dok??
Haha. Haha.


Nak tau berapa??

Ni ha...


Kihkihkih. 22 orang je kot. Tu pun nak heboh. *sorang tu adalah aku, maksudnya pembaca adalah 21 orang ja* Hahahaha.

Kbai!

Tuesday, June 5, 2012

Edisi Robot Di Blog

Tetiba edisi robot halanya.
Waduh. Waduh. Masih ada lagi kok nya yg mahu kepastian adakah saya ini robot atau pun tidakkk.
"please approve you're not robot"
Kalo boleh jawab : Yes, I'm not robot takpe lah gak. Ini entah apa kemenda la uruf2 yg dipusing2 kan. Kengkadang rupa tulisan urdu pun ada gak.

Dulu aku penah utarakan gak pasal ni.
Tp cam, alah, tak kesah lah pun, org nak buh word verification tu sukati dia lah. Sure dia ada sebab nak buh menda tu. Mungkin banyak 'robot' yg masuk blog dia.
Tapi... kengkadang, aku ni, berkobar2 ni nak komen. Skali dia suh approve dulu kita ni robot ke bukan. Terus cam... ah, takyah komen lah. 
Btul. Mmg aku bukan robot. Boleh la baca tulisan tu. Tapi kengkadang, tak robot pun kalo tulisan berpintal, rapat2 tu, org tua kertu cam aku ni ha...salah taip balik. Udah satu hal kena retype balik. Kalo word sama takpe, ni word lain. Heh!

Last last, mmg aku tak komen. Hihi
*wah..haa.... cakap berdegar degar sgt neh. Macam kan salu benar aku tinggal komen kat blog orang. Tapi, ada la jugak aku komen per.

Skang ni dah kuar pesen camni. Pulakkkk....
Adoi. Kut la yer, kut... kut korang mmg taktau yg blog tu ada word verification, sila la check. Check kat setting. Kat mana setting? Kalo kat layout dashboard baru, dia yg dkt gmbr cam buku tu. Ha. Klik situ. Nati dia ada kuar setting. Amik setting, akan kuar camni.

First, check la balik show word verification tu samada tick no atau yes. Dia akan kuar please prove you're not robot acapkali lps orang komen bilamana show word verification ni di yes kan. Kalo mmg taknak menda tu sila la tick no. Unless mmg robot suka komen kat blog. Itu terpaksa lah tick yes. Kalo rasa manusia je komen sila la tick no. 

Oh. Takut ada komen2 tak membina?

Tak apa. Just tick kat comment moderation tu always. Jadi, kita leh filter dulu. Rasa cam komen2 yg kuar tu hampagas, delete ja trus, takyah nak susah2 hati. Tp biasanya, komen menyusahkan hati serta kepala lutut ni adalah komen anonymous. Kalo camtu, dkt 'who can comment' tu, tick la user with google account. Dah habis citer.

Tapi terpulang lah. Kot mmg nak pakai word verification tu pakai lah. Tp aku rasa tak ramai yg sker nak komen bila ada mendalah tu. Tp kalo mmg niat mmg tak suka tgk orang komen, boleh la pakai. Salah satu cara gak bagi orang takyah komen.

Friday, June 1, 2012

Edisi Kebetulan Lagi : Tajuk Entry

Aku sker je captured memenda camni. Entah. Aku rasa cam, eh.... cena derang leh tajuk yg sama, leh letak gmbr lebih kurang sama. Selalu lak tu berlaku kan.

Kali ni tajuk mmg sebijik seketui sama.
HSG. Berselang sejam derang nyer entry.

Dedua ni mmg TTCian.
Bes plak aku rasa tgk ada kebetulan cemni.

Sorang tu dgn story dia dah pegi  buat HSG.
Sorang lagi tu pulak nak tnya perasaan buat HSG.

HSG tu apa?
HSG adalah singkatan : Hysterosalpingogram
*tau la korang tau, kut la ada yg tatau, ye dok...??? (-_-")

Wednesday, May 30, 2012

Wordless Wednesday : 147147

Screen-cap nombor yg cam bes je.
147147 pageviews (nak capture 141279 retu tak dpt)
1890 post (ni ada termasuk draft post nih)
552 follower

Tuesday, March 27, 2012

New to Old Blogger Interface

Ramai lak buat entry pasal New Blogger Interface.

Ada yg tak suka.
Yelah. Menda baru kan. Cam Timeline kat FB tu gak.
Aku dulu pun menyampah ngan TL tu. Tp lelama, lantak pi lah situ. Tak effect kot kat kesihatan. Jadi, biar. Lagipun bukan tgk sgt pun TL tu. Tp mudah pe. Nak carik gmbr2 yg diupload tak perlu carik kat photo folder dah.

And now, new blogger interface.
Aku lama da pakai interface ni. Dari thn lps lagi dah. Dlm bulan berapa tah. Tp lama sgt dah la. Masa tu dia suruh try ke apa ke tah. Dan aku selesa pakai new interface ni. Sini lagi senang. Nak tgk viewer berapa, nak tgk analytical cam Nuffnang tu pun ada. Tp ada yg tak sker. 

Oke, ekceli buleh je tukar back to old blogger interface tu.
Kan dia ada button cam skru tu.

Klik situ.
Then nati ada keluar byk2 tu. Amik la "old blogger interface"
Maka kuar la hok lama ni.
Kalo nak tukar balik klik je lah Upgrade Now tu. Keluar la interface baru.

Tp aku tatau la selama mana buleh bertahan nyer sbb dia kata Blogger is getting a new look in April. So, rasanya time tu mmg seme la kot kena guna interface baru ni.

Memula mmg tak biasa, tp lelama rasa bes. Try la.
Memula mmg rasa cam susah, tp yg baru ni lebih senang sebenarnya.
Aku skang bila tukar interface lama tu rasa cam 'gayat' lak. Haha.

Oke. Tu je. 

Penat.... nak tido je rasa.
Buat sambutan simposium, bawak lawatan. Penat dah kaki. No weekend for these 2 weeks. Tp takpe lah. Bukan selalu pun kan. Meraikan 'hari besar' ofis sendiri.  Jgn kata seronok leh claim OT lah.. claim mmg bleh. Tp ganti dgn cuti. Hurm. Tgk la. Kalo rajin claim, bleh gak guna utk cuti raya. If not, tak yah la. Cuti tahunan pun byk lagi.

Cepat la 2 April. Dan lps tu cpt la bulan 5.
Lama dah tak pegi bercuti ni. Tak sabar dah heh nak isi borang cuti (n HRMIS lah) n borang g oversea. Hahaha. Oversea la sgt. Chooiiiii.................

Kbai!!

Tuesday, March 13, 2012

Hasil Online Kepada Online

Tehehehee.
Tajuk sungguh terhapa hapa dan propa saja.
Setelah dpt cek dari Nuffnang, lambat btul nak di cash out kan.
Amaun tidaklah seberapa pun. Ku peram-peram jugak 2,3 bulan. Sbb terpikir2 nak beli apa. Igt nak beli samting yg 'napak' la. Teheeee.
Ada terpikir nak beli set tupperware. Tp cam eh, tak yah la... 
Lps tu nak beli tudung. Pun cam eh, takyah la.

Tapi sbb bulan lps da gedik2 tgk FB Yanti Collection, trus jadi gulp gulp. (aku beli tudung Fareeda mmg dari Yanti Collection sbb tudung dia cam lawa je tgk - padahal sama je pun ngan org lain-dah tu cpt dia pos. Hari ni ko bank-in, esuk dpt dah. Huhu).
So, bila da gulp gulp tu, kepala otak terus mencerna. Kena beli, kena beli. Tp masa tu kan gaji jauhhhhh sgt. Gaji bln 1 yg awal, smpai nak pitam tggu gaji bulan 2 tu.
Sbb da gulp gulp, maka my dear kata 'guna je lah cek awak tu'.
Dalam hati sayang, tp apa kes nak simpan plak. Igt bleh beranak pinak ke cek tu?
So, ini lah hasilnya.

Sebenarnya pun guna duit aku dulu. Lps tu baru p bank-in cek tu. Rasanya pun smpai reni pun floating lagi kot. Ke dah ada, malas nak check maybank2u.

Hasil online kepada online.
Maksudnya, aku dpt duit hasil online, aku beli barang pun thro online. Kuikuikui.

Lps tu ada la lebihan sket. Maka sambar plak 4 buah buku ni. Secara online jugak. Beli dari - BELI DISKAUN. Pun cpt smpai. Bayar Jumaat, Isnin dpt. Bes kan. Aku siap emel ke dia buku2 aku nak, so dia yg cari. Mujur ada, sbb ada buku2 yg da tak re-publish.
Empat buah novel ni beserta kos pos adalah RM81.00. Ada dulu aku buat entry nak kumpul novel penulis2 yg aku sker. So, novel Anis Ayuni secara rasminya telah hampir lengkap (ada 2 buku lama, tp malas nak carik, tkpe lah). Begitu juga dengan Noor Suraya (eh, ni ada tak lengkap, tp dah baca seme). Lps ni Fauziah Ashari ngan Norhayati Berahim plak.
Empat buah tu. Bacalah kau smpai muntah. Huhu.

Tp ini di top up jugak ngan cek hasil jualan Tupperware.
Yeps... syukur, amaun satu cek hanyalah RM30. Dan baru dpt 2kali. Tp tu lah sumber semangat katanya. Tetiap bulan, jualan maintain dan dpt la merasa 'komisyen'nyer. Tupperware tu pun kira online gak la, sbb ada gak sahabat2 online yg membelinya. 

Jadi, begitu lah.
Hasil Online kepada Online.

Terima kasih. 
Terima kasih.
Dan 
Terima kasih kepada semua.

Tuesday, March 6, 2012

Perihal Sama Tapi Tak Serupa

Pagi ni tgk sesuatu yg 'bes' kat dashboard blog aku.
Tajuk yg sama tu mmg salu la dpt kan.
Tp kali ni ter dapat gambar yg lebih kurang sama tapi tak serupa.


Alahai...comel sgt dedua.

Dedua pun senyum dan ketawa.

Berharap satu hari nanti aku pun bleh letakkan gambar camtu dan org lain plak tgk kat dashboard dia.

Tuanpunya blog :
a) Izan
b) Phat - dia ni satu tpt keja ngan aku, tp dia kat Pahang sanun. Baru je jumpa blog beliau lps balik course tu ari huhu.