Saturday, June 8, 2013

Edisi Makanan Kesihatan : Buah Plum


Gambar atas ni masa aku baru lps buat laps tu.
Byk myDH beli buah. Maklum la kat Cokit tu, buah mmg murah2. Tu yg tu ari akak ipar aku dtg tidur sini pastu derang gi Cokit, dia seronok betul. Padahal dulu pun dia mmg duk sini. Hihi.

Ada epal merah - yg jenis rangup krup krap dan still krup krap walo dah 2,3 hari - 8 biji RM10. Pastu plum 18 biji RM10. MyDH amik 9 bijik je. Nati bebanyak sapa nak makan. Pastu sedikit pisang. 

Buat masa ni mmg ini lah 'snek' aku. Yang mana aku harap istiqamah lah hendaknya.

Buah plum - aku jarang beli. Tapi ari tu rasa macam teringin. Mmg sedap. Cicah ngan garam (garam lagiii....). Nyum nyum. Buah ni pun byk benefit dia. Mari tengok.

*****

Health Benefits and medicinal properties of Plum

Improving Digestive System: Plum, mainly its skin is rich source of dietary fibres which aids bowel movements and proves effective in improving digestive system. It acts as mild laxative. It is always advised to consume plum without peeling the skin.

Antioxidant properties of Plum: Plum contains various phenols and Vitamin C which exhibits good antioxidant properties. Plums help in reduction of free radicals responsible for deterioration of eyesight. Consumption of plums reduces heart related risk by protecting cholesterol from getting oxidized by free radical.

High Vitamin C content apart from antioxidant properties also helps iron absorption. Health benefits of Vitamin C, apart from being essential nutrient in our diet, includes increasing immunity, useful in treatment of atherosclerosis. Health benefits of Vitamin C has been topic of research and its consumption has been recommended for good health. Consumption of Plum would provide various health benefits of Vitamin C.

Anti cancer properties of Plum: Research has found some evidence of plums having anti cancer properties and protect from growth of cancerous cell and tumour. 
Plum has been widely used in skin related beauty products. Plums extract makes skin look younger and fresher.

Plums are also measurable source of oxalates, which when concentrate and crystallize causes problems in calcium absorption. Hence people with existing kidney or gall bladder problem are advice to avoid consumption of plum.

It is only because of these health benefits of plum, it has gained super food status.

Friday, June 7, 2013

Tingkatkan Imuniti

4hb tu ari ada follow up dgn Doc Hamid.
Genap 14 hari selepas buat laps.
Itu la pun kali pertama aku keluar dari rumah. 
14 hari tak pijak tanah. Juga tak naik kereta.
Hihi.

Jadi, doc bagi la satu list pemakanan untuk tingkatkan imuniti.
Kat Instagram ngan FB ada la aku buh gmbr.
Kat sini tak payah dah la kot kan. Asik gmbr yg sama je.

Sebagaimana pernah diceritakan sebelum ni mmg aku kena perbetulkan semula diet aku.
Sebelum ini mmg diet tunggang langgang.
Hampir 34 tahun hidup kat dunia ni makan ikut dan je kan.
Rasa nak makan apa, makan.
Lain orang lain ketahanan badannya. Aku dalam golongan yg mungkin sistem immune tak tinggi. Apa yg di makan menjadi worst plak. Ye lah kan. U're what u eat.

Doc bagi 3 bulan utk aku consume makanan yg tingkatkan imuniti ni.
Tingkatkan imuniti ni juga lebih kepada penjagaan agar 'mendasing' tu dulu tak menjengah semula.
Takut juga kan. Bila baca, ada juga orang yg dah buang pun buleh ada lagi 'mendasing' tu.
Takut woh. Seriau.

Oleh kerana seriau. Aku telan juga sayur sawi yg selama ni aku tak pandang pun.
Itu yg pertama tama doc suruh makan. Sayuran hijau.
Then buah. Buah tempatan paling elok. Pisang, jambu batu, nenas (yg ni orang2 tua marah sgt kalo kita makan kan). Epal pun oke.

Seterusnya, buat jus. Jus buah. Jus carrot. Jus epal hijau. Jus celery. Jus bayam. Aha! Jus Bayam uolss... buleh jadi popeye la pas nih. Hihi. Nati bila aku dah buat, aku gitau cemna rasa jus bayam hoke.


Dan aturan makan. Makan buah dulu. Banyakkan makan sup sayur. Sup cendawan ke, sup sayur apa2 lah. Untuk makan nasik, masak lauk yang lebihkan kunyit, halia n bawang putih. Begitu lah yang di advise doktor.

Aku akui, selama ni aku mmg tak berdisplin bab makan ni. Tapi kali ni, aku harap aku dapat displinkan diet ni. Nanti da masuk keja pun aku nak bawak buah2 g ofis. Kalo rasa nak kunyah2 tu, makan buah je. Utk 3 bulan ni, no more fast food. Insyaallah. Segala page fast food aku like kat FB tu aku nak unlike balik. Huhu. 

Moga istiqamah kali ni. Insyallah. Dengan izin Allah.

Edisi Novel : 3 Buah Novel - Settled!

Oke, mari tgk 3 buah novel yg dah di baca. Instead of 2 buah yg di skip, 3 ni dibaca dgn penuh minat. Let's tengok.


Pertama : Alang Rebus Tak Empuk. Buku keluaran Adiwarna. Lama da beli ni sebenarnya. Beli online. Tapi masa kerja dulu, cam takde masa sgt. So, baru ada peluang nak baca. Sbb apa aku beli? Siapa yg ada novel Surat Ungu Untuk Nuha (SUUN) (by Kak Su), 'kenal' la kan siapa Alang tu kan. Huhu. Aku ingat ada kaitan. Rupanya takde. Tapi ada la jugak sesket. Sbb watak utama dalam novel ni - Shifa, obses sgt ngan novel SUUN tu. Tp takde la sapa pun yg rebus tak empuk. Ha...dalam novel ni Shifa sebagai heroin digambarkan tak berapa nak lawa. Eh. Takde la tak lawa. Macam Cheryl Samad juga katanya. Citer bebudak remaja yg blaja kat U. Aku dah tak berapa nak "in" pulak citer remaja2 ni. Maklum la da kertu katanya. Tp oke lah. Dpt mengimbau kenangan kita masa belaja dulu kan. Cuma... yg tak berapa nak "kena"  adalah bebudak ni pegi belajar, tp sibuk nak mencari pasangan pula kan. Smpai sanggup bangun tengah malam, buat solat sunat utk dapat jodoh. Bukannya solat hajat utk lulus exam (-_-"). Tapi tu lah... yg positifnya adalah...kalo kita tak putus asa berdoa, Insyaallah, Allah makbulkan doa kita. Allah itu Maha Mendengar kan.
Sapa nak baca buleh la baca... takde la tak best sgt. Bebudak U suka la kot. Hihi.

Next
drama bukan kerana aku tak cinta
Sesaat Cukup Bagi Ku - Laila Hani. Keluaran LoveNovel Publication. Beli masa Pesta Buku PWTC tu ari. Kenapa aku beli? Sbb baca sinopsis dia ada kisah pasangan yg dah kawen 7 tahun tp takde anak. Haha. Jarang2 kan orang buat citer camni. Tp tidak la citer pasal takde anak tu pun. Cerita ni sebenarnya pasal "cina buta". Bila cakap pasal cina buta ni kita faham la kan. Watak utama - Mai yg dah kawen dgn Irfan. Kawen masa belajar. Tapi, dah 7 tahun takde anak. Entah cemna, kerana panas baran Irfan, Mai kena cerai talak 3. Lps tu, tau la kan...cam biasa, ada orang jadi cina buta. Lps tu harus la tak dilepaskan. Mai pun dah jatuh sayang dgn suami baru dia. Memang cerita macam biasa2 je. Tp pengisian cerita tu pun bagus juga diolah. Mai yg sekejap2 ada rasa sayang pada suami lama. Tp dalam pada tu jatuh sayang pada suami baru. Dengan kehadiran anak2 tiri dia. Yg si adik suka ngan ibu baru. Tp si kakak, tak suka. Cemna Mai ni buat smpai si kakak terima kehadiran dia. Keluarga mertua dia pun suka dgn dia. Perjalanan dia yg 'diburu' oleh bekas suami. Dan akhirnya dia pregnant juga. Tapi itu bukan ending dia. Ada lagi yg tragis lps tu. Hihi.
Bes juga lah. Boleh baca. Recommended. Aku settle buku ni dalam masa sehari. If aku boleh habiskan dalam masa sehari, mmg aku teruja lah dengan cerita tu. Hihi.

Seterusnya - Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-man Sufi (Karya Seni). Pun dibeli masa Pesta Buku tu ari. Ini pun best jugak la. Lain dari yang lain. Citer seorang ketua gengster (Jebat) yang dah insaf. Jadi baik. Jumpa plak seorang gadis manja yg bernama Mastura. Anak orang kaya. Cucu Tan Sri. Mastura ni tak boleh tidak, nak jugak kat Jebat ni. Dapat kawen. Dah kawen memacam masalah timbul. Mendebarkan. Maklum lah, ada kegiatan gangster katanya. Dgn Jebat ni yg ada tatoo kat badan. Takuitt.... Lps tu ada bapak sedara yg menjalankan aktiviti2 kump gangster (abg kawasan). Walau cemnapun, sejahat2 mereka, ada satu kebaikan yg dibuat. Dan kebaikan itu lah yang membuatkan hubungan Mastura dan Jebat kembali bertaut. 
Tapi, tak habis di situ, si penulis saja nak mainkan perasaan kita yer... konon cam Jebat ni dah mati la. Hihi. Aku ni kan suka potong stim. Terus tgk page akhir. Haha. Mati ke tak?? Hihihi..
Baca lah kalau nak tau mati ke tak si Jebat. Tapi best la.. lain dari biasa. Boleh je kalo nak buat tambah koleksi novel. Kata orang tu tak membosankan la smpai kita nak skip baca buku lain. Oke je.

So, itu 3 dulu buat masa ni. Sekarang dah kurang sket nak membaca. Ye lah. Asik membaca je pun bosan jugak. Asyik online pun bosan jugak. So, selang seli.

Disclaimer : Ini semua bacaan ketika M.C satu bulan ini.

Thursday, May 30, 2013

Edisi NuffnangX to Imotiv


Takde dah NuffnangX ek?
Sebelum aku nak cuti panjang tu ari ada le napak emel ni. Tp aku tak sempat nak baca. Lagipun time tu macam kelam kabut nak settle keja bagai. 

Ada try nak masuk NuffnangX (kat phone) tp da tak bule.
Lps tu update aplikasi. Baru lah boleh.
Da tukar Imotiv rupanya.

Bagi aku, aku lagi suka. 
Lebih mesra pengguna. Eceh!
Bes, gmbr pun lawa.
Senang nak baca update blog orang yg kita follow.

Oh. Imotiv ni pun cam nuffnangX yer. Kena follow blog memana kita nak follow.
Since aku mmg da ada akaun NuffnangX , aku terus je lah dgn blog2 aku da follow. Dan sempena aku bed rest ni, aku follow lagi blog2 lain juga. Dan mostly blog aku follow tu adalah bukan dari kategori blog yg mmg aku follow kat blog ni. Eh.Faham? Tak faham? Huhu. Maknanya blog2 yg selama ni aku as silent reader. Yg aku tak follow pun blog mereka. Jadi kat Imotiv aku follow.

Jadi, meh la install IMotiv nih.
Utk android kat PlayStore lah.
Buleh baca artikel Nuffnang publish ni kalo nak tau lagi - IMotiv
Bes. Siap bule tap utk love gak. Ala...cam instagram tu. Hihihi.
Ni Imotiv aku.

Install la wey..apa guna talipon canggih2, kalo tak guna kan aplikasi yang ada. Takkan asik main game yg kena mintak tlg ngan orang utk naik level tu je. Hikhikhik.. *oke lari nyuruk bawah meja..eh, tak bole plak..sakit perut..hihihi*

Wednesday, May 29, 2013

Edisi Jaga Pemakanan, Jaga Kesihatan

Aku minta maaf kalo entry pjg lebar aku tu ari menyebabkan org cemas,risau. Huhu.
Takde la..lain org lain ketahanan badannya, lain antibiotik antibodi nya.
Jadi, jgn risau. Yg penting jaga pemakanan dan cara hidup.

Ada yg minta aku buat entry berkaitan pemakanan ni. Huhu. Aku pun bukan lah tau sgt. Tapi dari pembacaan. Nak nak lagi sejak aku ada mendasing dlm badan ni mmg la aku mula cari2 artikel berkaitan.

Kalau ikuti blog/FB Doktor Hamid, dia mmg la tak bagi makan junk food, fast food seme tu. Takde yg elok pun sebenarnya dgn bahan2 dalam makanan tu. Masa kat klinik yg detect cyst tu pun orang tu siap tanya "suka KFC? suka McD? Maggi? air gas?". Cam aku kata tu la. Tidak la suka. Tp mmg makan. Tp air gas mmg aku tak minat. AKu salu amik air ribena kalo kat McD. 

Tapi, biasa la aku ni kan. Degil. Aku rasa, tak makan pun tak beranak juga, orang yg asik makan fast food pun senang je beranak, jadi baik makan. Haha. Tp tu lah aku kata, lain orang lain ketahanan badannya.

Aku pun tak tau la nak kata apakah junk food atau pun fast food ni penyumbang utama pembentukan segala mendasing dlm perut ni. Tp mungkin ada la menyumbang beberapa percent. Dan cara idup kita juga. Menda tu semua bukan la tak boleh makan langsung. Boleh ja. Tp berpada pada. Tidak la seminggu sekali melantak fast food. Berpada pada. Lps tu dah makan tu pepandai la kita bersenam. Kuarkan peluh. Buang toksin yg bahaya2 tu. Aku rasa senaman ni mmg paling penting la dalam idup kita. Maknanya mengeluarkan peluh. Ni asik duduk terhenyak atas kerusi ofis tu berejam2. Sejuk nyaman dalam air-cond mana nak kuar peluh.

Zaman skrg, duduk pula di bandar2 besar mmg la sukar nak carik makanan fresh tanpa sebarang awet. Nak makan ayam, ayam pun dicucuk. Nak makan ikan, ikan pun buh ubat bagi tahan lama (ada yg kata buh ubat cam awet mayat tu. Aiyark!) Makan sayur pun, sayur ada racun serangga mmg la elok ijau gebu2 warnanya. Abis, apa pilihan kita ada? Marilah kita menanam sayur-sayuran sendiri. Haha. Untung sgt kalo nak buat. Kena plak cam rumah aku yang tak bertanah ni kan. Buat la kau situ secara hidroponik. Hahahahaha.

Jadi, itu lah. Bila da takde pilihan, kena jugak la rajinkan diri buang toksin tak perlu dalam badan tu. Tak cukup melalui proses perkumuhan pepagi hari tu je. Elok la bersenam. Orang elok2 buat gim malas pulak nak pegi kan. Haha (aku la tu...). Ari Sabtu Ahad elok menelentang tgk tv (aku le tu). Nak excise pun pegi jalan2 dalam shopping kompleks. Peluh tiak sket taknak. Cemna tu (aku le tu).


Dan lagi satu, kita elok makan byk sayur2an dan buah-buahan. Aku sebenarnya mmg tak suka sayur. Ha.. akhirnya aku mengaku. Tapi ada je orang tak makan sayur elok je kesihatannya. Tu aku kata, lain orang lain ketahanan badannya. Walau dalam setiap hidangan yg aku masak utk lauk lunch ke apa, aku mesti buat satu lauk berasaskan sayur, tp aku bukan mkn sgt. Dalam mi, mihun aku masak wajib letak sayur. Sawi ke. Tp aku letak tepi. Aku tak makan. Dan mungkin aku tak cover dgn makanan lain sbb aku ni bukan pemakan. Aku tak suka makan. Makan aku sekadar kenyang. Dulu masa dok ngan mak, mmg smpai bergaduh2 ngan mak pasal makan. Dia asik suruh makan, aku taknak. Entah. AKu tak heran langsung bab makan2 ni. Adik2 unit aku tau la cemana. Bos lama dulu pun tau. Aku makan mmg tahap cuit cuit je. Pastu dah. Orang kata aku tak menghayati makanan. Hihi. Apa nak hayati nyer. Lapar, makan, dah la. Cukup. Mak aku kata perut aku kecik. Ye ke? Ntah.


Berbalik pada citer pemakanan ni. Aku ada baca soya juga tak baik utk diamalkan. Dan utk org buang cyst mmg tak digalakkan minum soya sbb mungkin ia boleh berulang. Soya. Soya ni byk khasiat baik juga kan. Mengandungi protein. Cuma... apa yg aku andaikan adalah dia jadi tak elok sbb dia menjalani proses pengawetan sblm dijadikan minuman. Aku rasa takde masalah kalo kita beli kacang soya mentah tu, rendam dan blend sendiri utk dijadikan air soya sendiri. Dulu masa memula beli blender serbaguna tu, aku rajin juga buat. Rendam, blend, masakkan semula. Mudah guna blender tu. Kalo tak, guna la blender biasa, tp ko kena rajin tahap dewa la sbb kena tos dlm kain la apa la. Aku tak smpai ke tahap dewa dewi tu. Muahaha. Adoiii.. tak buleh gelak. Sakit perut. Tp betul, soya yg kita buat sendiri, even buh dlm peti ais, 2 ari je dah basi. Sbb tu boleh bayangkan apa yg diawetkan utk satu tin/kotak air soya yg kita beli yang tahan bertahun tahun tu.

Dan sbb ini juga la kot Doc Hamid tak bagi makan pati gamat/haruan lps operate tu. Akak kat klinik tu siap cakap "jgn minum....takut kang senang dia dtg balik". Terus la aku cam... oh..no.no.no. This one mmg kena igt bebtul dalam pala. Haha.

Tak elok pun makan menda2 berawet ni. Dan utk itu, aku akan avoid segala kicap, sardin dan segala yg makanan yg sepatutnya fresh tp expirednya bertahun tahun. Cam sardin tu. Ikan kan..tp buleh tahan bertahun dlm tin. Kicap - kacang soya tu. Aku tak rajin lah nak pi blend kacang soya buat kicap plak. Haha. Mujo aku ni tak kamcing sgt dgn kicap. Ada orang, takde kicap tak boleh makan nasik. AKu ni takde pedas, ha..tu mmg yer aku tak boleh makan. Hahaha. (makan pedas pun tak elok tau. Aku ni mmg kuat pedas, cili api tu mmg sahabat la). Tempe pun soya based kan. Tp tempe takde la aku pernah jumpa yg tahan smpai 2 tahun. Hihi. 

Jadi, tu lah dia. Aku nak cakap lelebih pun aku bukan nutritionist. Ini assumption yg aku buat based on bacaan aku jer. Mana yg elok, boleh la ikut. Lagipun dah lama sgt makan menda2 tak menyihatkan kan. Cukup2 la tu. Nak makan bukan tak boleh, tp berpada pada. Lps tu kerap buat senaman. Bagi kuar peluh. Insyaallah oke.

Kita ni buat semua menda pun kena berpada pada. Keep it good health.

*huwaaa.... sorry le kalo semenjak 2 menjak blog aku da jadi blog kesihatan. Huhu.* 
*seminggu da aku operate. Kejap je masa berlalu. Ada 3 minggu lagi m.c aku*