Showing posts with label hobi. Show all posts
Showing posts with label hobi. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Lagi Lagi Novel

Aku ni kan tak boleh kalau dengar pesta buku pesta buku ni.
Menggigil kaki tangan seme nak pergi.
Yang BBW tu ada la ngajak myDH pergi. Tapi tak hendak di layan nya. Maleh dia nak pergi. Jauh pun sket dari umah. Lagi aku kata sesak2 kat sana. Nak pergi 2,3 pagi mmg tak la. 

Aku bukan je peminat novel. Tapi aku pun minat buku2 lain - apa2 jenis lah. Asal buku. Melambak dah tatau nak letak mana. Tu tak masuk majalah In-Trend n Apartment yang aku tak pernah miss beli setiap bulan. Tu pun masa pindah ada majalah yang aku dah jual. Tp buku2, novel2 mmg takkan la jual. Kesayangan kot.

So, pergi je lah Pesta Buku 1 Malaysia ni. Ahad tu.
Kat PWTC. Kurang publisiti. Ramai tak tahu pun.
Last year pun aku pergi. Masa tu ofis suh pergi utk perasmian.
Tahun ni, kalau takde sykt2 novel tu update kat FB derang, aku pun tak tahu.
Takde banner langsung.

Pesta Buku yang ni mmg kecik je pun. Amik kat ruang legar bawah tu je.
Lain lah yang bulan 4 nyer tu. Tu mmg International kan.

Tapi, kecik pun, ada gak aku borong.

Ngeee.
Wedding breaker n 13jam A380 tu saja aku beli. Sebenarnya masa tu tengah sesi amik signature penulis (Evelyn Rose) n bergambar bersama pelakon The Wedding Breaker. Jadi drama gak. Tapi, malas aku nak beratur. So, tak payah lah. Novel E-Man Sufi - baru tu - beli sbb Bukan Kerana Aku Tak Cinta tu bes. Buku My Indo Chick - Marissa - feveret author. Kerana Dia Ratu Sehari - Adiwarna - himpunan cerpen tp diselenggara oleh my feveret author gak - Noor Suraya. Harus beli. Dan beli buku tu dapat kalendar tahun 2014. Yey. 

Ikutkan melambak lagi stok novel aku tak habis baca. Baca sekerat - rasa cam ah, tak best plak - tukar buku lain. Tp kena habiskan jugak. Rugi la tak abis.
I love you stupid - baca sekerat.
Mr Sirap Bandung - baca sekerat.
Terlerai kasih - baca sekerat.
Bila Cinta Membara - dpt free - tak baca lagi.
My precious Iris - masih ber plastik
Asam Pedas Untuk Dia - baru setat baca
Kisah Cinta Seribu Wajah - belum baca
Takdir Itu Milik Aku - masih ber plastik.

Sebenar ada aku nak beli lagi. Buku Deadly Mist ni.


Dengan ini.

Tapi myDH kata.. 'tak payahhhh'

Baik lah.
Kita simpan utk Pesta Buku thn dpn ya.. hihi
Tapi buku Mudahnya Menjemput Rezeki tu murah ja. Nanti aku nak carik kat bookstore je lah.

Thursday, October 10, 2013

Edisi Novel : Yang Manis

Sebab mood ber novel. Dan semangat nak abiskan novel yg sedia ada. Jadi, marathon novel.
Seterusnya, baru habis baca dan habiskan dalam masa 2 hari saja, novel Yang Manis by Marissa.
Buku ni nipis je. Sbb tu bole abis dalam masa 2 hari. Hikhikhik.

Kenapa Marissa?
Sbb novel Teduhan Kasih dia tu aku suka (bukan sbb drama ya.. aku mmg beli dan baca novel dulu before drama keluar).

Novel ni beli online. Direct dari Karya Seni. Tah bulan berapa tu ari tah. Tp dah lama gak la.

Sebagaimana Teduhan Kasih, Yang Manis ni pun aku suka gak.
Simple. Direct to the point. Tak perlu melalut itu ini.
Kalau tak, mmg boleh buat panjang lagi ni. Tapi ini pun oke dah kan.
Cerita perempuan kaya (Iman). Yang suka pada lelaki yang asal dari kampung (Raees). Kampung nun di Kedah sanun.
Tapi, family orang kaya ni baik hati (bes.. salu orang cliche kan, asal kaya je sombong...sombong je kaya.. bosan). Cuma biasa la, harus la ada rintangan jugak dalam bercinta. Ada watak2 tambahan cam Tengku Badrul, Humairah, Bahiyah dll.

Oke la. Happy ending. Semua yang jahat dapat balasan.
Cuma, kalau watak Tengku Badrul dipanjangkan, watak Humairah semua tu ada lagi, harus tebal lagi ni. Tp utk aku, ni pun dah cukup. Kang ada yg aku selak2 belakang kang. Nak tau ending. Hihi.

*nak baca sinopsis? - GoodReads

Tuesday, October 1, 2013

Edisi Novel : Curi Curi Cinta

review novel curi curi cinta
Kembali kepada mood utk membaca novel.
Huh! Novel da beli masa Pesta Buku PWTC bln 4 tu ari.
Tak baca. Bukan taknak baca. Tp kononnya nak abiskan novel lelain. 
Tapii.... tu lah. Ada novel yg aku baca separuh2 je. Sbb rasa cam.. aloh.. tak best la pulak.
Jadi, lantak lah. Baca je lah novel nih.
Sbb nya, selagi aku tak abiskan semua novel tu, aku tak boleh nak beli novel baru.
Ni dah kemaruk nak beli novel baru nih.

So, novel ni baru abis baca last week. Amik masa 1week gak abiskan. Buku ni tebal. Sangat.
Cerita dia oke lah. Siti Rosmizah kot. Semua org tahu (kaki novel lah) dia antara penulis yg best. Tp aku tak pernah ada koleksi dia. Baca pernah la dulu. Pinjam kot. Huhu.

Curi Curi Cinta.
Oke. Bes. Sedih.
Cerita anak derhaka. Yang buat mak dia yang buta smpai merajuk hati. Last2 masa bersalin kena minum air basuhan wuduk (air kaki) mak dia. Oh. Masa ni mmg aku menangis hiba lah. Kihkihkih. 
Tapi tidak lah cerita anak derhaka je sebenarnya. Dah tajuk pun curi curi cinta sure la kisah sebenarnya kisah cinta.
Kisah anak orang miskin. Yang berangan nak kawen dgn org kaya. Tu yg smpai jadi anak derhaka. Tp di pertengahan cerita dia insaf. Tp suami pulak buat hal. Tak percaya kan isteri. Memalukan isteri. Akhirnya si isteri membawa diri. Merajuk hati. Tak boleh memaafkan si suami.
Tapi akhirnya, harus la happy ending kan. Walau abang kesayangan si isteri meninggal sbb kena bunuh.

Yang bes cerita ni adalah, aku tak boleh ngelat nak tahu apa ending dia.
Haha.
Aku ni mmg suka dah baca baca... pastu cam tebal lagi nak abis, aku tgk je page page belakang. Kahkahkah. Pastu dah tahu lah... ala... kawen jugak.. ala..bahagia jugak.
Tapi ni, mmg boleh tahu happy ending, tp kita cam tak tahu la jalan citer. Eh, bila masa dia pegi sambung blaja. Cemana dia boleh baik ngan laki dia. Ha. Gitu lah. Jadi, mahu tak mahu, abiskan jugak la baca. Setiap page itu. Ada 1165 page *pitam*

Boleh la. Sapa suka 'ber novel',  novel ini worth buying and worth reading :)

***nak baca sinopsis : GoodReads

Friday, July 19, 2013

Edisi Novel : Bila Nak Habis Nih?

Ini je novel yg ada tapi masih belum habis dibaca.
Empat buah yg bawah tu (ILUS, Terlerai Kasih, Mr Sirap Bandung, Uda & Dara) aku dah baca. Tp sekerat. Huhu. Perangai tul. Rasa cam malas je nak abiskan. Terus aku baca buku lain.

Yang atas tu mmg tak baca lagi.
Bila CInta Membara - tu bkn aku beli. Dpt free kat booth Karangkraf masa Pesta Buku last year.
My Precious Iris - Selagi tak abis ILUS tak boleh baca buku tu. Pulakkk....
Seribu Kali Sayang - ini rasanya ada 2 tahun dah kot beli. Plastik pun tak buka lagi. Sabo je lah.
Curi Curi Cinta - ingat nak khatamkan masa duk MC tu ari. Tak sempatttt.
Yang Manis - baru beli. Nenati lah baca.

So, skrg tgh baca Mr Pai Epal. Tapi tak berganjak pun.
Bulan puasa oiii.. dari baca novel, baik baca Quran. Huhuhu (T___T)

Friday, June 7, 2013

Edisi Novel : 3 Buah Novel - Settled!

Oke, mari tgk 3 buah novel yg dah di baca. Instead of 2 buah yg di skip, 3 ni dibaca dgn penuh minat. Let's tengok.


Pertama : Alang Rebus Tak Empuk. Buku keluaran Adiwarna. Lama da beli ni sebenarnya. Beli online. Tapi masa kerja dulu, cam takde masa sgt. So, baru ada peluang nak baca. Sbb apa aku beli? Siapa yg ada novel Surat Ungu Untuk Nuha (SUUN) (by Kak Su), 'kenal' la kan siapa Alang tu kan. Huhu. Aku ingat ada kaitan. Rupanya takde. Tapi ada la jugak sesket. Sbb watak utama dalam novel ni - Shifa, obses sgt ngan novel SUUN tu. Tp takde la sapa pun yg rebus tak empuk. Ha...dalam novel ni Shifa sebagai heroin digambarkan tak berapa nak lawa. Eh. Takde la tak lawa. Macam Cheryl Samad juga katanya. Citer bebudak remaja yg blaja kat U. Aku dah tak berapa nak "in" pulak citer remaja2 ni. Maklum la da kertu katanya. Tp oke lah. Dpt mengimbau kenangan kita masa belaja dulu kan. Cuma... yg tak berapa nak "kena"  adalah bebudak ni pegi belajar, tp sibuk nak mencari pasangan pula kan. Smpai sanggup bangun tengah malam, buat solat sunat utk dapat jodoh. Bukannya solat hajat utk lulus exam (-_-"). Tapi tu lah... yg positifnya adalah...kalo kita tak putus asa berdoa, Insyaallah, Allah makbulkan doa kita. Allah itu Maha Mendengar kan.
Sapa nak baca buleh la baca... takde la tak best sgt. Bebudak U suka la kot. Hihi.

Next
drama bukan kerana aku tak cinta
Sesaat Cukup Bagi Ku - Laila Hani. Keluaran LoveNovel Publication. Beli masa Pesta Buku PWTC tu ari. Kenapa aku beli? Sbb baca sinopsis dia ada kisah pasangan yg dah kawen 7 tahun tp takde anak. Haha. Jarang2 kan orang buat citer camni. Tp tidak la citer pasal takde anak tu pun. Cerita ni sebenarnya pasal "cina buta". Bila cakap pasal cina buta ni kita faham la kan. Watak utama - Mai yg dah kawen dgn Irfan. Kawen masa belajar. Tapi, dah 7 tahun takde anak. Entah cemna, kerana panas baran Irfan, Mai kena cerai talak 3. Lps tu, tau la kan...cam biasa, ada orang jadi cina buta. Lps tu harus la tak dilepaskan. Mai pun dah jatuh sayang dgn suami baru dia. Memang cerita macam biasa2 je. Tp pengisian cerita tu pun bagus juga diolah. Mai yg sekejap2 ada rasa sayang pada suami lama. Tp dalam pada tu jatuh sayang pada suami baru. Dengan kehadiran anak2 tiri dia. Yg si adik suka ngan ibu baru. Tp si kakak, tak suka. Cemna Mai ni buat smpai si kakak terima kehadiran dia. Keluarga mertua dia pun suka dgn dia. Perjalanan dia yg 'diburu' oleh bekas suami. Dan akhirnya dia pregnant juga. Tapi itu bukan ending dia. Ada lagi yg tragis lps tu. Hihi.
Bes juga lah. Boleh baca. Recommended. Aku settle buku ni dalam masa sehari. If aku boleh habiskan dalam masa sehari, mmg aku teruja lah dengan cerita tu. Hihi.

Seterusnya - Bukan Kerana Aku Tak Cinta - E-man Sufi (Karya Seni). Pun dibeli masa Pesta Buku tu ari. Ini pun best jugak la. Lain dari yang lain. Citer seorang ketua gengster (Jebat) yang dah insaf. Jadi baik. Jumpa plak seorang gadis manja yg bernama Mastura. Anak orang kaya. Cucu Tan Sri. Mastura ni tak boleh tidak, nak jugak kat Jebat ni. Dapat kawen. Dah kawen memacam masalah timbul. Mendebarkan. Maklum lah, ada kegiatan gangster katanya. Dgn Jebat ni yg ada tatoo kat badan. Takuitt.... Lps tu ada bapak sedara yg menjalankan aktiviti2 kump gangster (abg kawasan). Walau cemnapun, sejahat2 mereka, ada satu kebaikan yg dibuat. Dan kebaikan itu lah yang membuatkan hubungan Mastura dan Jebat kembali bertaut. 
Tapi, tak habis di situ, si penulis saja nak mainkan perasaan kita yer... konon cam Jebat ni dah mati la. Hihi. Aku ni kan suka potong stim. Terus tgk page akhir. Haha. Mati ke tak?? Hihihi..
Baca lah kalau nak tau mati ke tak si Jebat. Tapi best la.. lain dari biasa. Boleh je kalo nak buat tambah koleksi novel. Kata orang tu tak membosankan la smpai kita nak skip baca buku lain. Oke je.

So, itu 3 dulu buat masa ni. Sekarang dah kurang sket nak membaca. Ye lah. Asik membaca je pun bosan jugak. Asyik online pun bosan jugak. So, selang seli.

Disclaimer : Ini semua bacaan ketika M.C satu bulan ini.

Tuesday, May 28, 2013

Edisi Novel : Kopi Ladyku


Bacaan pertama semasa ber MC. Hihi.
Satu hari je aku balun.
Settle. Haha.

Pendapat aku?
Begini

Aku suka novel ni. Sbb lain dari yg lain. Skang pattern asik2 citer kena kawen paksa- saling tak suka - lps tu  dah jatuh cinta - pastu abiss... bosang! too cliche'. Baek drama, baek novel. Gituuuu la jalan citer nya. Maleh aku.

Yang ni oke. Salu kan kalo kita baca dia macam nak tahu la apa ending dia. Gi selak paling last skali (potong stim), lps tu ooo.... bahagia... ataupun ooo...mati ye yg jahat tu. Atau ooo..padan muka dia jadi gile. Tp yg ni tak. Awal2 lagi dah ada epilog (ke prolog??) yg hero n heroin mmg bahagia akhirnya. Takyah ko susah2 nak selak belakang. Jadi, skang ko kena baca gak page by page apa terjadi dalam hubungan mereka. Ko skip, ko takkan dapat la tahu apa cerita dia.

Melarikan dari elemen biasa novel (walo watak Arissa tu tetap digambarkan cantik cam Fazura), cerita berlatar belakang kan kampung nelayan kat Penang dan juga KL lah (semestinya). Siap ada loghat Utagha lagi. Hihi. Takyah susah2 nak gi London ka, Perth ka mana ka. Penang. Bila dia citer jambatan Pulau Pinang, nah... ko tahu dah nak imajin. Takyah dia susah2 nak describe detail2. Bagus ni penulis dia ni. 
Cerita orang kebanyakan kawen dgn org berdarah raja. Tengku lagi. Tapi takde cliche yg keluarga Tengku tu tak suka si perempuan ni. Itu semua cliche. Hihi. Tp ada la gak sedara mara tu tak suka. Itu sekadar penambah rasa kata orang kan. Oke je. Takde masalah. Nek Da, Kak Dura, Adila, dan juga watak utama (hero) Tengku Iz - seme pun baik2. Walau rumah besar 3 tingkat. Hihi.
Betul. Cam citer lain juga, ada badai menimpa dalam rumahtangga mereka. Arissa kemalangan. Hey..hey.. hey.. kalo ko pikir kemalangan kereta, pastu ilang ingatan.... itu cliche'. Ini mmg lain dari yg lain. Aku pun tanjat.. smpai aku plak rasa, aduhhh...kenapa plak Arissa ni buat cemtu. Kalo tak, sure tak jadi punya. Haaa.. kau..
Cuma dah nak last2 tu cam laju sket. Kejap je belajar2 terus dpt PHD. Ada anak 4 orang.

So, recommended. Bagi aku, aku mmg sker. Bagi org yg suka citer cliche2, org yg jiwa bunga tisu, romantik tahap dewa, tak suka la kot novel ni. Komedi romantik sket novel ni. Takde la romantik bagai nak giler yg stok cam eh...ada ke orang camni?

Buat drama pun oke kut. Hihi. Tapiii..masa baca ni takde aku bayangkan Arissa tu sapa, Iz tu sapa. Mereka ada lah mereka.

Keep it up good work utk penulis nya - Ainul Hazrah.

Sinopsis : Here

Sebenar aku nak baca Curi Curi Cinta dulu.
Tp buat masa ni aku tak buleh baca dulu lah
sbb buku tu tebal amat. Jadi, baca yg nipis2 dulu.
Satu buku aku da skip. Cam bossaaaann jek. Huhu

Monday, May 20, 2013

Edisi Novel : Waiting List


Patut gmbr ni ada kat entry ni.
Tapi, ari ni rasa cam takde mood utk buat any entry.
Tapi, rasa cam perlu juga ada entry.
Jadi, letak je lah gmbr ni.

Sorry lah kalau agak meng-annoying-kan sbb asik la tunjuk novel kan.
Macam kan dah takde citer lain.
Takpe, tak lama lagi kita ada citer baru.
Citer 'besarrr punyaaa..'
Haha.

Oke lah. Itu lah buku2 yg akan menjadi peneman masa rehat ku nanti.
Yg belah tinggi tu (yg ada Kopi Ladyku), semua novel tetebal. Ada yg beli dah lama. Ada yg beli di Pesta Buku. 
Sengaja tak masukkan dalam almari. Letak kat coffee table saja. Senang nak pilih mana la nak baca. Dah baca baru masuk dlm almari. Bersama novel2 lain.
Tapi, catching fire n the hunger games tu dah settle. Cuma nak tunggu satu lagi yg sedang baca (Mockingjay), lps tu buleh masuk almari dah. Kemudian nati nak review lah trilogy novel nih. 

Next novel : Curi Curi Cinta by Siti Rosmizah.

Jadi, tu  jelah. 
Life must go on. InsyaAllah. *tetiba*

Thursday, May 16, 2013

Edisi Novel : I Love You Stupid!

Hohohoho.
Akhirnya dapat juga.

Tebal giler kot.
Kalo terjatuh atas kaki buleh menyebabkan cagu.
Cagu tak cagu. Yg penting buku ni dah dpt. Tggu masa utk dibaca je.
Dek kerana aku dah terbeli My Precious Iris (MyPI) masa Pesta Buku tu ari.
Dan kalo tak baca yg ini aku tak buleh baca MyPI tu, maka bertungkus lumus carik gak.

Order online direct dari Karya Seni ja. Harga asal RM39. Dpt diskaun, jadi RM36. Pos percuma.
Tang pos percuma tu aku suka. Sbb buku ni berat.
Kalo kira pos sure lah mahal kan.
Oke lah. Suka lah. Walo amik masa seminggu jugak nak sampai dari date di order. Huhu.
Yg biasa aku beli tu salu cpt dpt nya. Ye lah.. ni direct terus ke sykt. Jadi, sure lah banyak order dia kan.

Apa pun. Tak tahu lagi bila nak baca.
Yang tgh baca (Mr Sirap Bandung) pun boleh stop kejap dah.
Dek kerana tak sesaba nak abiskan Hunger Games Trilogy.
Lps dah habis Hunger Games, kena settle balik Mr Sirap Bandung tu.
Pastu rasa nak baca Curi Curi Cinta lak. Tu rasa cam bes gak tu.

Tgk lah. Ada byk masa kan.
Sebulan kot... mmg buleh habiskan semua yg ada. Huhu.

Monday, May 6, 2013

Edisi Novel : Yang Sedang Dibaca

Bosan ek citer PRU je. Huhu.
Tu tak masuk kat FB lagi kan.
Tak abis2 citer bangla. Rimas.
Bangla2 tu kata "saya kon repair... kon repair"
Haha.
Seswai la. Last week mmg ada citer pasal pekerja kontrak ni kat Karoot Komedia.
Tak tengok? Oke takpe.

Skang tgh baca buku ini
Baru half. Tak buleh nak kata bes ke tak bes.
Nati dah habis baru aku review lah.
Takat ni oke oke lah.
Bila baca, aku terbayang ada pelakon2 yg melakonkan watak2 nya.
Cam Marsha, cam Sara Ali. Hihik.

Lps tu, retu Mrs Fahida a.k.a Chenta Hati kata nak baca buku ini
which aku beli masa PABKL tu ari, kena baca ini dulu.
Sbb dia ada lah sequel.


Ah sudah. Buku ni aku takde. Gelabah. Haha.
Terus suruh dak Nadia Cik Pelangi (hehe.. u know who u're) carik kat Pesta Buku masa Puspanita buat rombongan ke sana ari Jumaat tu ari. Tapi katanya lori bawak buku tu tak sampai lagik. Alah. Kecewa.
Tapi takpe. Ai dah beli online. Hiwhiwhiw.
Ada lagi satu buku gak ai beli online.
Tapi yg tu nati ai citer buku apa.
Sbb ai tak buleh nak beli buku tu online lah tu hari, ai menghamuk2 kat bank rimau tu.
Hihi.
Lps tu dah buleh.
Lps tu dah beli.
Lps tu dia kata EDD (bukan expected due date hokey) adalah 9hb. Good. Kita tggu ya.
Itu ai beli kat MPH. 
Hihi. Mati ah. Dah register MPH online plak.
Kang ada je gatal tgn klik2 trus. 
Haha.

Oke lah.
Takde nak citer apa pun sebenarnya.
Oke lah citer ini pun kan.

Dah la ofis sunyi cam cuti hari raya.
Hurm.

Thursday, May 2, 2013

Edisi Jelajah Pesta Buku 2013 (Again....)

Ngeh. Ngeh. Ngeh.
Cam dah takde citer lain plak kan.
Takpe lah. Dah minat kot. Nak buat cemana.

Sebenar dari hari Isnin dah nak pegi. Lepas kerja lah.
Tapi hari Isnin tu hujan lebat sangat. Jalan pun cam biasa lah. Jammed sgt.
Pukul 6 masih tak lepas IJN lagi. Itu kuar kul 5suku tu dari ofis. Giler.
Terus tak jadi. Terus balik rumah.
Sbb Pesta Buku tutup kul 7pm kalo weekday.
Harus tak sempat nati.

So, cuba lagi hari Selasa lak.
Oke. Berjaya.
Itu pun terpaksa susup sasap kat jalan2 pintas.
Pun jammed jugak. Sbb hujan lebat jugak dlm kul 4 lebih tu.
Mujo berjaya smpai sebelum kul 6ptg.
Orang dah tak ramai. Pergi terus tempat di tuju.
Sebenarnya tujuan nak pergi lagi tu sbb nak beli buku ini.

Hari tu cam tak perasan buku ni. In fact tak pergi pun area PTS.
So, terus carik dan beli.
Dan p beli novel kiriman by Izan a.k.a cemomot - Maaf Jika Aku Tak Sempurna.
Saya suka je nak belikan kiriman orang ni. Hikhik.

Pastu beli gak beberapa novel lagi sbb tgk eh..bajet ada lagi nih. Hikhik.
Beli gak novel utk anak buah aku yg dajah nam. Yg Ain Maisarah punya tu. In fact, penulis dia pun ada. Ingat aku nak amik la signature dia. Tp kang kalo dia tanya2 pasal buku dia, mampuih aku tatau. Haha. Lain lah kalo Noor Suraya ke, Anis Ayuni ke, itu terer la aku nak jawab. Kang tak yg dia malu, aku yg malu. Haha. So, takyah. Beli je.

On d way balik w.app abang gtau aku belikan buku citer kat Fatin (anak buah aku tu).
Tup2 derang reramai duk voice talk kat wechat.
Dah tu abang aku suh carik buku word search plak.
Erk.
Kan boleh donlod je game ni. Hihi. Aku pun ada game word search ni kat phone.

Tapi takpe. Ailoike je. Ingatkan 2 kali je lah pergi. Skali smpai 3 kali dah. 
1 Mei - cuti hari pekerja. Tp idok la wey aku nak pegi pepagi even myDH sajes nak pegi pagi2 naik tren. Maleh ah. So, kami g petang. Pas Asar.
Selesa lah. Parking kat Hentian Putra tu pun senang (kiterang mmg parking situ je kalo pergi apa2 event kat PWTC tu).
Orang pun dah mula surut.

Kuatkan hati, kuatkan iman. Takkan beli novel.
Yerp. Berjaya.


Aku pun terbeli sama buku yg menguji minda nih. Aku beli buku teka silang kata tahap 3. Wah... tahap 1 takde, 2 takde, tup2 dah tahap 3. Ate.. itu je yg tinggei. Hihi. Buku sudoku pun beli gak. Pastu beli word search utk anak buah aku gak.

Oh. Buku 1 Hari 1 Resepi tu murah amat ya. Rasanya kalo beli skrg, kat Popular (mmg dia eksklusif jual kat Popular je kan) pun dpt murah. Tp kat Pesta Buku dpt RM27.80. Hoih! Aku beli dulu RM39.90 ye (T___T). Pulak tu dah hampir 2 thn kot beli, takde pun habis 1 hari 1 resepi. Ngaaaa....

Oke, tu je lah. Rasanya ini sajalah edisi jelajah Pesta Buku utk tahun 2013. Insyaallah, panjang umur, kita jelajah untuk tahun 2014 plak.

Sapa yg tak pegi lagi tu, masih sempat. Sbb mulai semalam smpai Sabtu dia bukak smpai kul 9pm. Hari tu kat fanpage dia aku ada komen juga, minta weekday pun dia buka smpai kul 9pm sbb ada yg balik kerja nak singgah tak sempat sbb jammed. Huhu.
Kalo nak mudah dan cepat, carik nama publisher and tgk floor plan dia sesiap kat web KLIBF ni. Senang terus pegi je tpt tu. Dalam masa sejam buleh settle. Tapi kalo sesaja nak jalan dari satu booth ke satu booth, oh itu tak perlu lah tgk floor plan. Huhu.

Oke. Itu saja cerita saya yg suka amat dengan buku.

Thursday, February 28, 2013

Edisi Novel : Setia Hujung Nyawa & Gadisku Wan Adnin

Oke. Skang ni bila dah habis baca novel, aku nak buat review lah. Buleh? Buleh je lah. Bukan review sgt kan, it's more to macam nak mengingatkan novel aku dah baca, plus aku leh trace novel apa aku ada.
Baca novel ni kan, bukan sbb anak takde ke, sesaja suka ke, saja nak isi masa lapang ke apa. Baca novel ni sbb mmg minat, mmg sbb hobi dia baca novel. If bukan minat, ko kata la takde anak ke, byk masa lapang ke, kalo tak minat tu, tak minat jugak. Percaya la. Dah ramai aku tnya. Ada yg takde komitmen apa pun, suka baca novel? Tak kuasa. Pendek dan ringkas jawapan dia. Cam katakan org tu minat menjahit kan. Dia ada ada masa ke takde masa ke, dpt jugak dia menjahit. Siap terima tempahan lagi. Kata orang tu, apa pun bukan menjadi alasan. Bukan jadi APTB! 

Oke. Bertenang. Tak habis lagi walang rupanya kau yer. (T___T)
Settle sudah kedua2 ini
imej : goggle
imej : goggle

Keduanya aku beli online. Yang Gadisku Wan Adnin tu bulan Julai 2012 aku beli, baru skrg aku baru nak baca. Huhu. Setia Hujung Nyawa tu baru beli dan dlm 2 hari settle. Oke, meh review.


Setia Hujung Nyawa :
Aku tak tgk sgt yg drama dia kat tv tu. Mmg aku dah jarang ikut memana drama bersiri skang. Entah. Cam sama je drama skang. In fact, satu2 drama tu cam lebih kurang je jalan citer nyer. Oke, tu takpe. So, aku pun taktau lah samada jalan cerita dlm novel ni sama dgn drama tu. Aku baca pun lps drama tu abis. Ada yg kata kt novel ni Zain tak la dera sgt Ersalina. Tp oke la novel ni. Nice. Jalan citer menarik. Tak meleret. Buat aku nak tau jugak apa kesudahan (sbb aku tak tgk drama kan). Cam sweet je baca kisah suami isteri kan. Dan ada satu part yg si Zain bagi petua pada isteri dia tu, kami mmg amalkan sejak kawen dulu. Ehem! Ecewah! Petua apa tu? Haaaa....

Kesimpulannya, kalo kita beri baik, pasti balasan akan baik juga akhirnya. Insyaallah.


Gadisku Wan Adnin :
Oh. Mulanya aku sayang sgt nak baca citer ni. Sbb aku suka sgt novel Kak Su. Jadi, cam rasa sedihnya kalo dah abis baca. Boleh?? Tp baca gak la. Dah lama sgt tersimpan. MyDH dah warning, no novel2 kalo tak abis baca ni bila dah ada Pesta Buku nati. Gulp! Ada byk lagi tak abis woi. So, laju2 baca. Bes lah. Aku ni asal novel Kak Su seme pun bes. Buku siri remaja dia pun aku suka. Bias lah. Haha. Tp kali ni Kak Su byk cerita pasal yg zaman2 dulu kala tu. Tahun 1800-an camtu. Part yg itu dia tulis dlm bentuk dokumen la. Konon cam Adnin ni baca manuskrip/dokumen/naskhah/diari (entah, aku pun tatau nak kata apa) lama yg toknek moyang dia punya. Jadi, bila smpai yg tu, aku skip. Ngeeee... sori kak Su. Yg tu aku tak berapa nak minat. Sbb aku bukan nya sasterawan negara, aku hanya manusia biasa, menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa.... Hahahaiii... Tp itu lah dia nyer.

Kesimpulannya, kata orang tu, kalo itu bukan jodoh kita, dah smpai nak berjabat dengan kadi pun buleh tak jadi. Simple is jodoh kita tu mmg dah ditentukan utk kita. Biarpun terpaksa menunggu 5,7 tahun seperti Adnin dan Ahmad Akhtar.

So, skang ni tgh berhempas pulas membaca si debab ini
google
Tebal giler uolsss.....
Tapi kalo hempap kaki tak cagu sgt la. Sbb dia pakai kertas yg ringan tu.

Friday, February 1, 2013

Pesta Buku 1 Malaysia

Semalam petang sukarela nak gi majlis pelancaran Pesta Buku 1 Malaysia.
Sukarela yaw. Sbb dia nak wakil 10 org 1 jabatan. So, aku sudi la nak pegi. Sbb kan aku gila buku. Jadi, cam peluang nak pegi trus la tgk booth apa yg ada kan.
Mujo bos lepas. Sbb byk menda nak buat b4 interview ni kan. Tp sy ada adik2 yang berdedikasi. Hikhik.
Perasmian by our Menteri la sbb dianjurkan oleh KPKK.


Ini bukan pesta buku yg biasa tu. Yang tu PBAKL - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Tu biasanya bulan 4. Yang tu mmg la cannot be missed kan.


Pastu misti ada gmbr poyo poyo camni kan. Aiyo.. napak lubang2 di muka ku itewww...

Settle majlis, jalan2 jap la dlm tu. Pegi, naik keta ofis (keta baru woo... Exora WXX lagik.. kuikuikui - eh. perlu ke bagitahu? memang la ini semua poyyyyooo) balik naik tren. Alah. Dkt je kan. PWTC - Ttwangsa - Sentul - Sentul Timur. Tambang singgit patposen. 

Saya beli ni ja.. Kat booth Karangkraf. Jangan ko imagine tpt dia besar cam PBAKL tu yaw. Kecik ja pun. Dia amik dewan kat atas tu ja satu. Tp bes la. Org tak brapa ramai. 
Novel Setia Hujung Nyawa tu melambak. Heh! Retu carik2 takde.. ni da byk pulak. Aku siap order online baru nak ada. MOtipp..tipp...tipppp..... Pftttt.....

Ada satu novel aku teringin nak beli. Tajuk dia Teduhan Kasih. Katanya akan di drama kan serta di pilem kan. Lakonan Adi Putra. Tp pikir dah melambak novel tak baca lagi. Pastu di tambah terngiang ngiang myDH dah warning tu ari "nak novel apa lagi..kat rumah melambak tak baca.." huwaa... tatuttt....
Ada 11 oke tak baca lagi. Tu yg tgh tggu nak smpai (tak buleh gitau berapa buah.. kang myDH tau..mampuih..) List ni retu aku buat. Kena la audit novel sendiri sbb kang tau2 dah lesap ja. Itu pun ada yg lesap rasanya. Cena nak trace nih.. Adoi...

Tapi rasa nak singgah jugak kang. Nak beli gak la.. tak buleh tido smlm tingat novel tu. Hahaha... adoi.. giler.. lagi satu nak beli Ensklopedia Solat tu. Ada 20% diskaun. Maka dpt RM80 kan. Kalo dpt baucer buku ni mmg bes nih.. 

Monday, November 26, 2012

Edisi Membela Guppy

Oleh kerana dah melabur kepada seketul akurium, maka harus lah dicari 'penyeri' nya kan. Retu masa beli, org tu bagi skali ikan. Lps 2 ari 'termati' plak ikan tu. Huhu. Sbb masa tu tak letak oksigen tu lagi.


Dulu kat umah lama, aku ada je bela ikan. Tp camtu je lah. Bela-mati-bela-mati, smpai la akurium tu pecah. Lps tu masa amik seme barang kat umah lama tu ari, jumpa balik segala aksesori bela ikan tu. Water pump-oksigen dia apa seme tu ada lagi.


So, ari Sabtu, gi carik ikan kat jalan Pasar. Aku cam tak berapa nak percaya beli kat situ sbb situ la aku bela asik mati je kan. Tp ye ke sbb itu, atau aku yg tak reti nak bela? Aku rasa aku kena beli buku kuning yg tajuk ada 'dummies' tu kan. Fishkeeping for dummies ke apa. Huhu.

Beli 17 eko. Muahaha. Memula tu, beli kat satu kedai ni. 7 eko - 5 guppies n 2 eko ikan lain. Pastu beli yg longgok2 - 10 eko. Tp yg longgok2 tu bukan elok sgt. Tp takpe lah. Lps tu p beli pump lain sbb yg lama tu cam dah rosak. So, skang buih2 gas tu adalah byk. 


Takpe, mari lah kita cuba membela dulu kan. Tgk lama mana buleh bertahan. Tp sehingga semalam (beli ari Sabtu), 4 ekor dah 'meninggal'. Hoho. 

Harap2 yg lain tu, elok lah dia. Dan harap2 dia buleh breeding. Wah.. cecita tinggi.


Info basic mengenai penjagaan ikan :