Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Monday, February 3, 2014

Kenapa Saya Ber Juicing?

3 Feb 2014/ 3 Rabiulakhir 1435

Selamat bercuti utk kengkawan yg bekerja di Wilayah :)

Baeklah. Cerita juicing lagi? Bosan? Nak wat cemana. Tuan kebun tgh obses dgn juicing. Hadam je lah yer.
Bila asyik hehari up gmbr juicing, maka adalah yang bertanya.
Utk apa? kenapa?
Sebelum ni pun selalu gak up, tp mungkin derang tak perasan. Ni sbb keperluan Juicing Challenge tu, hehari la aku post gmbr (da tamat pun 21 hari n Alhamdullilah, aku dapat complete kan the challenge. Tahniah utk diri sendiri)

Aku dah juicing sejak dari bulan Mei 2013 - selepas buat laparoskopi tu - atas nasihat Dr Hamid Arshat. Semua yg treatment dgn dia, after operation mmg dia akan advise gitu. Yang paling dia suruh adalah buat jus celery, ubi merah (ubi bit), spinach, epal hijau, oren.
Memula mmg aku rasa cam - eiiwww... bayam buat jus?? Tak terjangkau dek akal aku yg mmg susah nak makan sayur ni. Tapi takpe. Kita try.
So, google. Bila google, mmg omputih sgt la obses dengan juicing nih.
Dari situ aku mula dapat pelbagai resepi dan mempelbagaikan jenis2 buah/sayur yg aku juicing.

Ada yg kata 'ko diet ke buat juicing2 ni'
Oke, ini jawapan dia


Aku sedari dulu tak pernah nak diet diet pun.
Tak suka la nak sekat2 makan. Sbb tu aku kata - makan secara sihat, bukan secara menyekat. Kasihan la kat diri kalau langsung tak makan nasik. Bak kata Kevin Zahri, nasi tak bersalah. Huhu.
Nak tight diet sangat. Sudah2 nya ke laut. Aku la tu. Orang lain displin. Aku ni mmg tak displin kalau nak ikut2 schedule nih. Aku bukan orangnya kalau nak makan vitamin ke supplemen ke. Mmg takkan abis punya. Tu yg vitamin doc Hamid bagi pun ada lagi tu. Kat rumah ada, kt ofis pun ada. Syy... matik la kalau doc tahu. Huhu.

Ada yg kata dia nak juicing, tp dia malas nak kerat2 buah, basuh2 juicer seme tu.
Hurm.
Tu aku tak buleh nak tolong lah.
Buat menda ni tak amik masa berejam pun.
Kerat2 buah tak smpai 5minit - juicing seminit siap - basuh2 perkakas - dalam 5minit.
So, berapa lama je masa diambil tu.
Takpe lah kalau masa sekarang malas, sok sok dah sakit cemana.

Utk aku, mmg aku kena ubah lifestyle sbb aku kurang makan sayur. Sangat kurang. Kawan2 aku tahu lah cemna. Sayur dalam bihun pun aku tak makan. Walhal aku sendiri masak - aku sendiri yg taruk. Begitu lah. Dah jadi habit. 
Pastu dulu, fast food tu kerap. Sebulan sekali. Kadang 2mggu sekali. Eh. Kadang minggu ni dah makan, mggu dpn makan lagi. Tapi tak la selalu cemtu. Tp dgn tak makan sayur, dgn tak ber joging, lelama menda tu berkumpul dalam badan. Ha. Sendiri mau ingat lah kan.


So, ubah lifestyle. KFC, McD tak sentuh sejak dari operation. Almost 1 year. And now aku tak rasa teringin pun nak makan KFC. Same goes to air gas. Takde langsung rasa nak minum. Dan bila tgk orang minum plak aku terasa cam.. alahai rugi nya minum air tu - baik minum air masak. Tapi, orang, biar lah..takkan kita nak jaga perut dia. Dia tahu lah badan dia kan.
Minum air kosong - aku pastikan setiap hari tak kurang 2liter. Wajib. Mesti. Mmg la asik ter kucil. Tapi oke la. At least takde la duk atas kerusi je. Exercise sket la kiranya berjalan ke toilet tu.

Tapi, pizza tu ada gak aku makan sekali dua.
Cuma tak buleh nak elak, cam ayam uncle bob tu. Kadang teringin kan. Tu pun processed food tu. Sardin dan apa2 dalam tin tu lah. Patut kena elak.

Lagi, apa yg aku ubah?
Ikan segar. Mmg aku tak beli ikan kat pasar biasa. Walau kat Cokit tu murah berkali ganda dari pasar tani. Sbb aku nak ikan segar. Ikan keras cam batu tu takmo dah.
Buah, sayur mmg stok sentiasa ada kat rumah.

Dan aku jugak cuba utk bersenam.

Yang ni mmg payah la kan. Duk melepap kat opis. Mana masa nak bersenam.
So, amik sedikit masa di hujung minggu.
Sebelum ni lepas solat duk tido balik. Now, udah2 la tu. Berapa lama lagi asik nak tido je kerjanya.
So, bangun pagi - senam - keluarkan peluh - then swimming. Apa guna ada pool kat rumah kalau tak digunakan. At least, ada senaman untuk jantung.


Jadi, boleh faham kan. Why I'm juicing

Absolutely not for diet. Big no. No. No. Hey.. kalau tgk aku tahu la aku besar mana kan. Nak diet bagi kurus celah cemana lagi? Walau aku selalu kata gemok..gemok.. saja je tu. Oke dah ni. Nak maintain kan je. Takde la smpai nak bagi kurus kering napak tangan nipis cam plywood tu. Badan pun keping je. Juicing ni pun takde la turun berat badan. Sbb aku makan je apa aku nak, cuma dalam kuantiti sedikit. Nasi sedikit. Nasi lemak sebulan sekali. Jadi, berat aku maintain 47.9 sekarang. Sejak aku join juicing challenge tu mmg itu lah berat aku. Kalau turun pun tak smpai 1kg. So, mmg takde istilah diet sekat2 itu tak boleh, ini tak boleh. Aku hadap je cake feveret aku kat Secret Recipe tu. Aku hadap je ayam penyet. Seme aku makan. Tapi, berpada pada. Juicing kan detox. Diet beria pun, tak detox, badan tak immune tak guna gak kan.


So, dah la. Aku nak tulis sket je. Jadi panjang pulak.
Kesimpulannya, 


Friday, November 22, 2013

22 Mei - 22 Nov : 6 Bulan

6 bulan berlalu. Dari tarikh operation laps.
Alhamdulillah... kesihatan juga bertambah baik.

Sesungguhnya mmg ada hikmah apa yg berlaku kan.
Walau masih belum ada peluang utk 'rezeki' yang satu itu, tapi ada hikmah yang lain nya.

Antaranya - corak pemakanan aku mmg berubah. Walau tak la 100% kata orang tu, tapi ada la.
No more fast food - more vege & fruits - juicing

No more fast food.
Yeah! I'm free from fast food for 6 months! (sebenarnya lebih sbb aku start tak makan dari awal May).
Tp myDH selalu la nyakat2 kata jom la makan McD, KFC.. tapi bila aku cam serius kata jom la.. dia pulak kata takyah la.. Ye lah, sayang kot, dah lama tak makan, pastu tetiba nak makan plak. MyDH kata cam kita dah berpuasa seharian la, tup2 petang sebelum waktu berbuka dah nak berbuka pula. Sayang kan.

Memetik artikel dari web ini
I know sometimes it is inevitable and we have to eat fast food for convenience, time, travel, financial reasons, etc. And their are some fast food restaurant chains that have a few healthier options, but for the most part, it is all JUNK. For your own health’s sake, try to limit your )and your family’s) fast food consumption.

"You would have to walk 7 hours straight to burn off a Super Sized Coke, fries and Big Mac.
Eating a McDonald’s chicken sandwich will give you about 2/3 of the recommended daily amount of sodium.
The processed fat in fast food promotes endothelial dysfunction for up to 5 hours after eating the meal. (Endothelial dysfunction is connected to erectile dysfunction)"
(kredit article : Here)

kredit : Here

Cuma, lepas ni aku nak try, free from processed food cam Maggi lak. Maggi, walau pun takde stok dah kat rumah, tp aku salu cingelat makan kat kedai mamak. Then sardin. Teringin sandwic, cemana nak makan kalo takde sardin. Tapi cuma minimakan lah pengambilannya. Tak boleh selalu.

More vege and juicing. Rajin tak rajin aku akan pastikan once a week wajib buat juicing. Kalau rajin setiap hari. Kadang 2 hari sekali. Tapi kena pastikan sayur/buah di basuh bebetul. Kalau boleh sayur organik. Juicing ni penting utk detoks la sebenarnya.

Dan yang lebih utama, dalam tempoh 6 bulan ni, Alhamdulillah... berat badan mmg maintain. Itu yang utama. Dari berat sebelum operation 49kg sekarang maintain 45-46kg. Kalau buleh nak buat smpai 40kg. Tapi kang kurus sgt plak. Aku rasa mmg just nice je dah 45kg tu. Maintain.

Takpe lah.. sekarang ni belajar utk redha. Allah lebih tahu. Dia akan bagi pada waktu yang terbaik utk kita. Insyaallah...

Oh lupa. Satu lagi. Aku masih belum 'berani' nak ber seluar jeans. Bolehh??? Haha. Lebih dari orang bersalin secara ceaser kot.. tah.. aku rasa cam ngilu je.. so, skrg byk pakai dress ngan skirt labuh. Tapi oke la kan.. mmg trend skrg pakai skirt. Hihi.

Thursday, September 19, 2013

40kg?? Mustahil. Haha.

Ari Selasa tu ari lah. Appointment ngan my gynea. Cea..my gynea kohnon.. nyampah la pulak rasa. haha. Oke la, ada appointment kat klinik Dr. Hamid. Abis... dah 3 bulan lebih dah lps operation. Kena la call sbb masih tiada apa 'miracle'. Moh la kita pergi balik. Call hari Khamis (12hb), dpt appoinment hari Selasa (17hb). Mmg la senang dpt appointment sbb mmg dah ada rekod. Lagi plak aku buat operation pun kat klinik tu gak. Yg lambat nak dpt appointment tu kalo 1st visit je. Lepas lepas tu da oke dah.

So, berpergian lah kita. Pagi tu kerja jugak lah.
Kali ni dipermudahkan lah. Dapat parking dekat. Orang pun tak ramai. Kalo tidak..belum pukul 2 org dah berderet tggu pintu nak buka. Ini, 2.15 pun rilek je. Cam biasa, letak kad, tggu nama panggil. Aku orang ketiga jumpa doktor. Tp yg lama menunggu lah.. tggu nama panggil, tggu amik ubat, tggu nak bayar. Gitu.

Cam biasa, dia tnya cycle day, oke ke dak. Check bp, check berat. BP oke. Tapi berat tu aku cam tak percaya gak la.
Last visit (bulan 6) - 46kg. Ha, betul lah masa tu mmg berat aku camtu.
Sekali ni boleh jadi 40kg. Hahahahaha. Masa tu yg amik berat Dr. Aimy, dia kata oke lah ni..da turun byk. Haha. 
Aku kata.. eh..biar betul ni, selalu timbang 44-45 camtu.

Tak mungkin. Tak mungkin.

Balik tu lelaju timbang. 45.6kg. Kannnn... da kata dah. Memang takkan pegi 40kg punya. Walo mmg itu lah berat aku yang aku target. Kalau boleh lah. Nak maintain kan dalam 40-44kg sahaja. Tapi, tak mungkin la kan. Berapa lama dah kawen.. 37-40kg tu berat sebelum kawen tu. Umur pun dah meningkat. Mana mau nyer nak berat gitu.

Tapi tu lah. Berat 44-45kg tu pun dah oke. Cuma jgn smpai 49kg cam dulu lah. Semalam aku belek2 gallery kat phone sbb nak delete gmbr (apa lah.. gmbr seme tak semenggah dalam phone. Lagi2 gmbr lauk, gmbr daun.. ahahaha), pastu tgk gmbr masa bulan 2, bulan 3. Ya Allah hai..mmg gemok kot... cemna aku leh tak sedar rupa aku time tu. Ngeri. Takmo ia berulang lagi.

Skrg ni pun beli pakai shawl rasa cam dah gemok balik muka ni. Badan oke dah. Muka je ni. Cemana nak kasik kurus muka ni?? *tepuk2 pipi*

Wednesday, June 26, 2013

Tingkatkan Imuniti #5 : Minum Air

Selain galak ber-juicing, satu lagi transformasi dalam diet tingkatkan imuniti yg aku buat adalah minum air secukupnya.
Aku mmg tak byk minum air dulu. Minum sekadar saja.
Tapi sejak rasa betapa hazab nya sembelit seminggu lps operation, baru tahu terhegeh2 nak minum air banyak2.
Ala, semua diet aku ni boleh dinamakan 'diet terhantuk baru terngadah'. Ha... ko hado? Kevin Zahri pun takdo. Atkin pun terkezut tgk nama diet nih. Haha.

Oke lah.
How do we know berapa banyak air yang diperlukan dalam badan kita.
Walau pun orang dok kata minum 8 gelas sehari.
Tapi kita macam hey... 8 gelas tu gelas besar mana? Berapa ml? Kalau gelas besar kedai air buah tu dah berapa ml. Mau kembong perut tak boleh nak gerak kalo guna gelas tu utk cukupkan 8 gelas. Jenuh ter kucil kucil.
Takde exact sukatan kan. So, mari kita calculate.
Dari sini, aku blaja cara nak calculate.

Memula, kira berapa berat kita. Omputih ni dia takmo in kg. Dia nak pounds. So, bagi dia pounds.
Oke lah amik contoh berat aku la kan. Let's say 47kg. 
47kg = 103pound / 103lbs (convert lah)

Then multiply by 2/3.
103 x (2/3) = 68.66
68.66 adalah 68.66 ounces (oz)

Ah. Sudah. Kita biasa dgn liter or ml kan.
Tapi apa ada hal. Google je. Ko taip je 68.66 oz to ml. Nak buat to liter pun boleh.

Nanti paling atas sekali dia akan kuar = 2030.52 ml yakni bersamaan kurang lebih 2liter lah. Yakni bersamaan juga 4 botol air mineral 500ml. Makna, byk tu lah yg aku perlu minum setiap hari! Dan utk yg lelain pun, yg lelebih kurang je berat dgn aku tu, perlu minum dalam 2 liter-2.5 liter lah. 60kg pun perlu dalam 2.6liter. Camtu la lebih kurang.

Lps tu kena tgk juga keadaan kita pada hari tersebut. Banyak kerja luar, peluh tiak bagai segala, perlu lah minum lebih. Kalo tak, buleh ja minum banyak tu. Aku rasa kalau kita2 yg kerja pejabat, duduk melepap atas kerusi empuk dalam ekon nih, dalam 2 - 2.5 liter sehari lah.

Air ni sebenarnya tidak lah tertakluk air kosong je. Tapi, harus di ingat, air yg paling elok diminum air kosong. Air gas segala tu mmg letak la jauh2 yer. Tak perlu. Lagi satu, sejak operation ari tu mmg aku langsung tak minum ais. Air sejuk (yg cam dlm peti ais tu) pun tak minum dah. Aku minum air suam ja. Haha. Tanjat gegel tau dgn transformasi diri ni. Padahal dulu... pepagi pun kalo gi mamak tu order milo ais. Hurm. Hurm. Hurm. Dah alang2 pantang itu ini, ku pantang lah jugak minum ais. Lagipun rasa lagi puas kot minum air suam.

Sebenarnya mmg elok minum air secukupnya nih. Kulit pun rasa cam lembap2 ja. Takyah kolagen bagai dah ni ha. Aku dpt rasa la perbezaan tu sket2. Jadi skang dgn juicing lagi, sayur lagi, minum air lagi, badan pun cam ringan je. Bes kan. Nati pas raya boleh tambah dgn exercise. Mengapa lepas raya? Sbb aku masih rasa cam ngilu2 lagi kalo jalan jauh2. Lagipun doc dah advise 3 bulan mmg tokleh wat kerja berat. Jalan pun slow je. Luar mmg napak dah elok kering, yg dalaman kita tak tahu kan.

Oh ya, kalo susah2 sgt, korang download je application ni kat phone. Dia siap tahu berapa byk air yg kita perlukan. Water Your Body nama application nya. Dia siap ada boleh pilih cawan2 yg kita minum. 100ml ke 150ml ke.

Nati dia bagi notification sila minum air, sila minum air.
Haha. Takde lah begitu. Tp ada la dia bunyi cam org tuang air.
Makna, kita kena minum lah. Begitu....

Jadi,
marilah kita minum utk diet yang lebih sihat :)

Monday, June 10, 2013

Tingkatkan Imuniti #1 : Carrot Juice

6 Jun 2013 : Sebatang carrot dicampur sedikit air diblend dalam multi-purpose blender. Mmg air saja diambil sbb menggunakan extractor. I've got no prob with this carrot juice since aku mmg suka ratah carrot begitu saja. Carrot susu pun aku suka. So, rasa : sedap!

Jadi, mari tgk benefit dia. Dan dalam artikel ini juga turut dinyatakan berapa byk yg kita patut ambil. Memang apa pun yg kita buat, apa pun yg kita makan, kita kena lakukan secara berpada-pada. Secara sederhana. Kan wasadtiyah itu juga dituntut dalam Islam. Yg berkhasiat akan jadi racun kalau diambil secara berlebihan. Nak buat sesuatu juga kena ada ilmu kan. Nak bercakap/menulis pun kena dapatkan fakta dan ilmu dahulu. Apa pun, kembali kepada ajaran Islam. Insyaallah... yg baik saja utk kita :)

******
Carrot Juice Benefits

Sure, carrot juice is good for everyone, but special attention should be paid by those who have lowered immunity or eye diseases. Drinking a glass of carrot juice a day is recommended for pregnant and lactating women.
Slightly diluted with water, it can be given to children.
The main healthy component in carrot juice is vitamin A, which is required:

If one’s got eye problems. It helps low vision.
If one’s got skin problems. Lack of vitamin A is immediately visible on the skin as it gets dry or may be flaking. Heels and elbows get hard very quickly.
For growth and development of bones of the body.
For pregnant and breastfeeding women as well as children.
For healthy tooth enamel in adults and proper development of teeth in children.
For mucous membranes to be healthy. Otherwise, the protection against infections drops, and infection can occur at any mucous body, such as as the bladder, stomach and intestines, mouth, etc.
For cleansing the liver. Vitamin A accumulates in the liver and cleanses it constantly, so carrot juice supports the health of the liver.
Carrot juice is rich in antioxidants, which:

Slow down the aging process and reduce the risk of cancer.
Help cleanse the cells of toxins and impurities, thus ridding the skin of acne.
Drinking carrot juice can help you get rid of dermatitis and eczema.
Vitamin C acts as a protector of the nervous and immune systems.
A glass of fresh carrot juice perfectly relieves stress after a hard day and calms if one is overexcited. It is important to drink fresh carrot juice for smokers because nicotine destroys all supplies of vitamin C in the body. Vitamin C in combination with B vitamins reduces the level of harmful cholesterol, thereby protecting the cardiovascular system.
Fresh carrot juice increases appetite and improves digestion. It serves as a great resource in atherosclerosis, infections and kidney stones.
Carrot juice is very helpful to women. Carotene normalizes the synthesis of female sex hormones. That allows women to stay young and healthy for longer. Because the lack of vitamin A leads to infertility, carrot juice, in some cases helps to resolve that problem.
In addition to a fun-filled orange color, carrot juice contains a substance related to endorphins, which promotes a sense of joy. In a moment of bad temper when your hand is reaching for a chocolate bar or a cake, you’d better squeeze a cup of carrot juice instead, so you would get a good mood right now … and in a few days too, looking at the scale).
Carrot juice can also benefit for red-haired beauties. A carrot juice mask will give your hair a beautiful shine and color, restore and strengthen the structure of hair follicles. Method: fresh juice is distributed along the hair and gently rubbed into the scalp, avoiding places around the forehead and temples. Put a shower cap on your head, after half an hour rinse your hair with water.

*****
How And How Much Carrot Juice To Drink

The first rule is that you need to drink carrot juice with any fat. You can add a spoonful of sour cream or a bit of cream, olive or other vegetable oil. Fat promotes the absorption of carotene in the liver. Pure carrot juice in small amounts is almost useless, as it’s not digestible; in large amounts, it will create a heavy load on the liver. (yg ini aku tak berapa nak confirm sbb Doc suggest minum begitu saja)
Keep the fresh squeezed juice no more than an hour because many vitamins, including beta-carotene, begin to fail and lose activity, and carrot juice benefits considerably reduce.
Drink carrot juice for half an hour before meals and, even better, in the morning on an empty stomach.
There’s a lot of controversy about how much carrot juice you can drink a day. The average daily need for beta-carotene and vitamin A is covered by a glass of carrot juice (250 ml) for both men and women. Yellow skin (it’s especially noticeable on the face) is a sure sign that all is good in moderation and it’s time to take a break from drinking carrot juice.
Children can be given carrot juice after six months by diluting it with water (1:1).

Carrot Juice Contraindications

Carrot juice should be avoided by people with diabetes.
It is not recommended that you drink it if you have an increased acidity in the stomach, ulcer or gastritis.
Carrot juice has a mild laxative effect, so it should not be consumed if you have diarrhea.
It is equally important to stress that the excessive consumption of carrot juice can cause yellow skin, weakness, drowsiness, headache and vomiting. In such situations, drinking should be stopped immediately.

Do not forget the old saying – everything is good in moderation.

Wednesday, May 29, 2013

Edisi Jaga Pemakanan, Jaga Kesihatan

Aku minta maaf kalo entry pjg lebar aku tu ari menyebabkan org cemas,risau. Huhu.
Takde la..lain org lain ketahanan badannya, lain antibiotik antibodi nya.
Jadi, jgn risau. Yg penting jaga pemakanan dan cara hidup.

Ada yg minta aku buat entry berkaitan pemakanan ni. Huhu. Aku pun bukan lah tau sgt. Tapi dari pembacaan. Nak nak lagi sejak aku ada mendasing dlm badan ni mmg la aku mula cari2 artikel berkaitan.

Kalau ikuti blog/FB Doktor Hamid, dia mmg la tak bagi makan junk food, fast food seme tu. Takde yg elok pun sebenarnya dgn bahan2 dalam makanan tu. Masa kat klinik yg detect cyst tu pun orang tu siap tanya "suka KFC? suka McD? Maggi? air gas?". Cam aku kata tu la. Tidak la suka. Tp mmg makan. Tp air gas mmg aku tak minat. AKu salu amik air ribena kalo kat McD. 

Tapi, biasa la aku ni kan. Degil. Aku rasa, tak makan pun tak beranak juga, orang yg asik makan fast food pun senang je beranak, jadi baik makan. Haha. Tp tu lah aku kata, lain orang lain ketahanan badannya.

Aku pun tak tau la nak kata apakah junk food atau pun fast food ni penyumbang utama pembentukan segala mendasing dlm perut ni. Tp mungkin ada la menyumbang beberapa percent. Dan cara idup kita juga. Menda tu semua bukan la tak boleh makan langsung. Boleh ja. Tp berpada pada. Tidak la seminggu sekali melantak fast food. Berpada pada. Lps tu dah makan tu pepandai la kita bersenam. Kuarkan peluh. Buang toksin yg bahaya2 tu. Aku rasa senaman ni mmg paling penting la dalam idup kita. Maknanya mengeluarkan peluh. Ni asik duduk terhenyak atas kerusi ofis tu berejam2. Sejuk nyaman dalam air-cond mana nak kuar peluh.

Zaman skrg, duduk pula di bandar2 besar mmg la sukar nak carik makanan fresh tanpa sebarang awet. Nak makan ayam, ayam pun dicucuk. Nak makan ikan, ikan pun buh ubat bagi tahan lama (ada yg kata buh ubat cam awet mayat tu. Aiyark!) Makan sayur pun, sayur ada racun serangga mmg la elok ijau gebu2 warnanya. Abis, apa pilihan kita ada? Marilah kita menanam sayur-sayuran sendiri. Haha. Untung sgt kalo nak buat. Kena plak cam rumah aku yang tak bertanah ni kan. Buat la kau situ secara hidroponik. Hahahahaha.

Jadi, itu lah. Bila da takde pilihan, kena jugak la rajinkan diri buang toksin tak perlu dalam badan tu. Tak cukup melalui proses perkumuhan pepagi hari tu je. Elok la bersenam. Orang elok2 buat gim malas pulak nak pegi kan. Haha (aku la tu...). Ari Sabtu Ahad elok menelentang tgk tv (aku le tu). Nak excise pun pegi jalan2 dalam shopping kompleks. Peluh tiak sket taknak. Cemna tu (aku le tu).


Dan lagi satu, kita elok makan byk sayur2an dan buah-buahan. Aku sebenarnya mmg tak suka sayur. Ha.. akhirnya aku mengaku. Tapi ada je orang tak makan sayur elok je kesihatannya. Tu aku kata, lain orang lain ketahanan badannya. Walau dalam setiap hidangan yg aku masak utk lauk lunch ke apa, aku mesti buat satu lauk berasaskan sayur, tp aku bukan mkn sgt. Dalam mi, mihun aku masak wajib letak sayur. Sawi ke. Tp aku letak tepi. Aku tak makan. Dan mungkin aku tak cover dgn makanan lain sbb aku ni bukan pemakan. Aku tak suka makan. Makan aku sekadar kenyang. Dulu masa dok ngan mak, mmg smpai bergaduh2 ngan mak pasal makan. Dia asik suruh makan, aku taknak. Entah. AKu tak heran langsung bab makan2 ni. Adik2 unit aku tau la cemana. Bos lama dulu pun tau. Aku makan mmg tahap cuit cuit je. Pastu dah. Orang kata aku tak menghayati makanan. Hihi. Apa nak hayati nyer. Lapar, makan, dah la. Cukup. Mak aku kata perut aku kecik. Ye ke? Ntah.


Berbalik pada citer pemakanan ni. Aku ada baca soya juga tak baik utk diamalkan. Dan utk org buang cyst mmg tak digalakkan minum soya sbb mungkin ia boleh berulang. Soya. Soya ni byk khasiat baik juga kan. Mengandungi protein. Cuma... apa yg aku andaikan adalah dia jadi tak elok sbb dia menjalani proses pengawetan sblm dijadikan minuman. Aku rasa takde masalah kalo kita beli kacang soya mentah tu, rendam dan blend sendiri utk dijadikan air soya sendiri. Dulu masa memula beli blender serbaguna tu, aku rajin juga buat. Rendam, blend, masakkan semula. Mudah guna blender tu. Kalo tak, guna la blender biasa, tp ko kena rajin tahap dewa la sbb kena tos dlm kain la apa la. Aku tak smpai ke tahap dewa dewi tu. Muahaha. Adoiii.. tak buleh gelak. Sakit perut. Tp betul, soya yg kita buat sendiri, even buh dlm peti ais, 2 ari je dah basi. Sbb tu boleh bayangkan apa yg diawetkan utk satu tin/kotak air soya yg kita beli yang tahan bertahun tahun tu.

Dan sbb ini juga la kot Doc Hamid tak bagi makan pati gamat/haruan lps operate tu. Akak kat klinik tu siap cakap "jgn minum....takut kang senang dia dtg balik". Terus la aku cam... oh..no.no.no. This one mmg kena igt bebtul dalam pala. Haha.

Tak elok pun makan menda2 berawet ni. Dan utk itu, aku akan avoid segala kicap, sardin dan segala yg makanan yg sepatutnya fresh tp expirednya bertahun tahun. Cam sardin tu. Ikan kan..tp buleh tahan bertahun dlm tin. Kicap - kacang soya tu. Aku tak rajin lah nak pi blend kacang soya buat kicap plak. Haha. Mujo aku ni tak kamcing sgt dgn kicap. Ada orang, takde kicap tak boleh makan nasik. AKu ni takde pedas, ha..tu mmg yer aku tak boleh makan. Hahaha. (makan pedas pun tak elok tau. Aku ni mmg kuat pedas, cili api tu mmg sahabat la). Tempe pun soya based kan. Tp tempe takde la aku pernah jumpa yg tahan smpai 2 tahun. Hihi. 

Jadi, tu lah dia. Aku nak cakap lelebih pun aku bukan nutritionist. Ini assumption yg aku buat based on bacaan aku jer. Mana yg elok, boleh la ikut. Lagipun dah lama sgt makan menda2 tak menyihatkan kan. Cukup2 la tu. Nak makan bukan tak boleh, tp berpada pada. Lps tu kerap buat senaman. Bagi kuar peluh. Insyaallah oke.

Kita ni buat semua menda pun kena berpada pada. Keep it good health.

*huwaaa.... sorry le kalo semenjak 2 menjak blog aku da jadi blog kesihatan. Huhu.* 
*seminggu da aku operate. Kejap je masa berlalu. Ada 3 minggu lagi m.c aku*

Tuesday, May 28, 2013

Batuk Selepas Pembedahan

Yang paling hazab lps operate adalah batuk.
Kata orang batuk ni sbb bius tak abis kuar lagi.
Lantas, aku carik artikel berkaitan.
Dan aku cut n paste menjadi textgram dan dimasukkan ke instagram.

Ha..ada kebaikan batuk pas operation nih.

Ini petuanya. Pemuda? Pemuda harapan bangsa.

Cara-cara nk batuk pun ada.



Utk rujukan bersama.
Yer, aku tahu ramai di luar sana ada pengalaman melahirkan anak melalui proses pembedahan.
Tapi, ini aku amik yg general.
Tak kira operate apa pun.
Mana dah familiar tu tak pe la.....

Full article, credit : http://surgery.about.com/od/aftersurgery/a/How-To-Coughing-After-Surgery.htm

Monday, May 27, 2013

Laps Dan Cyst (Gambar dari FB Doc Hamid)

Pagi tadi, lps bangun tido, smpai nak pening aku godek2 FB.
Tgk gmbr2 kat FB Doc Hamid.
Doc, saya share gmbr kat sini eh?
Hihi.
Sblm ni aku tak pernah tgk. Kenapa?
Takutttt... haha. Meh, kita tgk sket yer.

p/s : Gmbr ni direct link dgn FB. Kalo FB di block, rasa tak dpt tgk kot.

Ini lah rupa masa proses laps tu.
Dan di bilik ini lah yg menjadi sejarah dlm idup aku.
Sungguh. Tak mahu ku ulangkan lagi.

Macam nutella?
Huhu. Itu lah endometriotic cyst.
Yg aku punya entah. Gini ke. Tatau.
Tak jumpa doc lagi. Nati i tanya oke.

Fibroid ter banyak yg Doc Hamid pernah buang
kat patient dia.
Aku tu ari 4 biji. Kecik2.

Dan last skali ni mmg ngeri.
Aku sendiri tengok lemah lutut oi.
Dah la dlm sebulan sblm operate doc post gambar ni.





Aku punya tu ari entah la cemna bentuk dia keluar.
Nanti nak mintak CD kat Doc. 
Tu ari lupa. Huhu.

Oleh itu kengkawan, mari lah kita jaga kesihatan kita. Kaum Hawa esp. Kalo tgk gmbr kat FB Doc Hamid tu mmg la rasa tobat nasuha dah nak makan fried ciken ke apa ke. Tp tu lah. Takut tobat sambal belacan je kang. Haha. Sebab tu aku tepek gmbr ni kat blog. Bagi peringatan pada diri sendiri sket. Jgn sket sket.. KFC jom.. McD jom.. dah..dah...cukup dah tu.

Oke lah uols. Kalo nak tgk byk2 lagi, g kat FB Doc Hamid - https://www.facebook.com/hamidarshat45

Jangan lupa, jaga makan, jaga kesihatan.
Amalkan cara hidup yang sihat.
Eh!
Da macam iklan kementerian kesihatan. Haha.

Friday, May 17, 2013

Susu Badam & Delima

Khasiat Susu Badam


Almond milk is one of the most nutritious milk substitutes available. It doesn't contain saturated fats or cholesterol, but it does contain omega-3 fatty acids, so it's very good for your heart. Almond milk is high in protein; the typical eight ounce serving of almond milk contains about one gram of protein. One serving of almond milk also contains about one gram of dietary fiber.

Almond milk is very low in calories; it contains only about 40 calories per serving, and it's low in carbs at only two grams per serving. Almond milk contains about three grams of fat per eight ounce serving, making its fat content equivalent to that of rice milk.

Almonds are rich in vitamins and minerals, so almond milk doesn't need to be fortified. Almonds contain vitamin E, manganese, selenium, magnesium, potassium, zinc, iron, fiber, phosphorous and calcium. The flavonoids in almond milk help prevent cancer and slow the signs of aging. The high levels of antioxidant vitamin E found in almond milk make it very effective in the prevention of cancer.

Because almond milk is low in fat and calories, and high in many essential vitamins and minerals, it is a great milk substitute for those who would like to lose weight

Kredit : Here

Badam untuk Wanita Hamil

Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.
(Bacaan selanjutnya : Here)


***
Khasiat Delima / Jus Delima

Kebaikan dan Khasiat Buah Delima :

#Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
#Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
#Menyingkirkan lemak berlebihan
#Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
#Mencegah rasa mual
#Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
#Mencantikkan kulit muka
#Membantu memulihkan pesakit kencing manis
#Berupaya menghapuskan kahak
#Memberi tenaga dan mencegah keletihan
#Mencegah angin ahmar bagi warga emas
#Meningkatkan peredaran darah
#Mencegah dan merawat kanser
#Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
#Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
#Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
#Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
#Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
#Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
#Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah.

Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat untuk bayi.  Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

Kredit : Here

Thursday, January 10, 2013

Edisi Me-Release Stress : Swim

Grrr... dah 3 hari tak jadi nih.
Balik je hujan. Nak g malam, ada yg menggigil demam plak.

Harap2 hari ini jadi. Baik nampaknya cuaca tu.

Salah satu 'method' utk ilangkan stress skrg ni. Lagipun oke juga. Kasik jantung bergerak sket kan.
Walo tak reti berenang, tp sokay la, sbb makin lama dah buleh lama menyelam dan mengapungkan diri. Boleh la pegi Redang/Krabi lagi utk snorkeling (Krabi tak bes.. Redang lagi bes!)
Ceh! ada hati lagi.. dah la... malas nak plan cuti lagi slps dah burnt tiket nih. (T____T)


p/s : Nak beli pelampung ikan jaws la seketoi. Anak buah/budak2 datang senang dah ada mendalah tu. Tak pun bola pun oke lah.

Thursday, October 4, 2012

Edisi Berat Dulu, Berat Sekarang

Haha. Ini pun nak tulis.
Zura ngan Eja la ni.. masa masuk kat cafe smlm dia tegur kata Kekda da kecik.
Hikhik.

Suka la yu...igt senang nak kecik balik bila da umo makin "ker-tua" ni.

Oke la. Kalo diikut sejarahnya dan kalo rerakan masa sekolah, dip n degree kenal aku, mmg aku derang tau lah cemna tumbesaran aku nih.
Masa zaman blaja - kat UiTM - berat aku tak penah cecah 40kg. Never. Smpai aku rasa cam nak sedekah pisang kat seme rerakan kalo berat aku berjaya cecah 40kg. Smpai skang aku tak buleh bayang lah. Mengapa begitu sukar nak tambah berat? Paling berat adalah 37kg. Itu ketika umo aku 21 tahun camtu. So, oke la kan. Muda lagi kan. And bila jadi cikgu berat aku jadi 35kg. Aku still ingat sbb ada la menda buat aku ingat. Hihi. Time tu buat medical check up utk jadi GSTT. Hoh! da sama berat dgn anak2 murid.
Then bila masuk ofis yang aku keja skang ni - tahun 2004 - berat aku maintain la sebanyak tu. Still, tak penah cecah angka 40kg. Smpai la aku nak kawen pun begitu. Nak carik baju kawen pun susah. Fedap tau!

Tapi lepas kawen, mencanak2 naiknya hai. Takde de dia cecah2 ke 40kg. Terus je 45kg. Hah kau! time tu sekali lagi rasa nak bagi pisang kat kawan2 ofis. Tp kalo berjaya turunkan balik ke 40kg! (T___T)
Sebenar, dgn ketinggian aku, berat bawah 50kg masih dikirakan ideal. Tapi dah berapa tahun badan aku ni maintain di bawah 40kg, bila melebihi 40kg tu aku rasa ya ampunnn.... dah gemuk ni. Padahal tidak pun. 

So, utk mengelakkan badan ni menjadi jadi, maka harus la jaga makan. Kena la uols.. da kertu2 lagi ni kan. Diakui mmg aku jaga makan. Nasik kalo buleh amik sehari sekali atau 2 hari sekali saja. Itu pun sedikit saja. Cuma, kalo weekend, masak sendiri tu, aku bagi kelonggaran sket lah. Sbb aku suspect nasik la membuat badan jadi naik cepat. Esp, bebaru kawen tu ari kan rajin masak. Haha. Skang ni.... ada induction cooker pun pemaleh jugak! 

Mmg napak la perubahan tu. Aku sendiri tau berat dah kurang ni. Banyak kain baju kurung dah buleh kancing balik *haha. dulu tak boleh uolsss.. giler* Retu baju M pun cam dah sendat. Skang ni dah oke. Tp saiz S mmg say good bye awal2 dah. Retu byk baju aku lantingkan ke anak buah aku yg dajah 5. Huhu.

Lagi, aku jaga pemakanan dgn kurangkan makan pagi. Aku mmg spesis tak boleh makan pagi (breakfast). Naper tah. Kalo aku makan pun dlm kul 10camtu. Awal pagi mmg tak buleh masuk punya. Orang lain kalo diet, pagi makan, skip lunch. Aku tak begitu. Lunch tak buleh skip. Kena makan, tp pagi cicip2 biskut pun oke dah. Karipap 2 ketul pun cukup dah. Selalunya kat rumah sblm g keja aku minum milo+oat camtu lah.
kredit : here
Patut letak gambau kan. Ada dulu aku penah letak zaman aku nipis,kurus cam tv LED tu. Haha. Dulu gmbr ada je kat PC. Skang da pindah unit, aku dah transfer seme gambar kat external, external plak tak bawak, maka tiada lah gambar. Tp nati kalo ada, aku tempek sini.

Tapi, yg bes, bila kat kelas lah. Masa memula masuk tu ari. Memana tanya aku, sure ingat aku dalam 20-an camtu. Haha. Ada yg cam tanjat gegel sungguh bila aku kata umo aku dah 33 tahun. Hikhik. Alahai.. bkn nak kata bangga ke apa. Tp biasa la.. orang rendah2, kecik2 ni mmg napak muda sedikit dari umur nya. Seme orang pun camtu. 

Jadi, skang kena pantau selalu 'tumbesaran' aku ni. Sbb tu retu, masa yg aku tatau nak beli apa kat Groupon tu, aku beli penimbang. Hihiw. Nati nak letak dlm bilik. Bangun tido je timbang. Kuikuikui.

Nak kurus, kurus jugak kan, tp jgn jadi camni terus sudahh.. Scary uolsss....
kredit : Here
p/s : Aku pun tak timbang berat aku skang ni. Nenati lah.

Friday, July 13, 2012

Khasiat Delima


Google

UNTUK mendapatkan kulit yang sihat sebenarnya amat dekat dengan diri kita. Bahan-bahan semulajadi yang sering digunakan di ruang dapur misalnya buah-buahan dan sayur-sayuran antara penawar mudah diperoleh selain menjimatkan.

Apa kata minggu ini kita tinjau khasiat buah delima yang selalu di kawasan rumah dan mudah juga dibeli di pasar raya.

Dari sudut kesihatan dan kecantikan, buah delima diakui kaya dengan anti oksida. Kandungan gula di dalamnya mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

Cuba resipi skrub biji delima dan buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan

½ cawan biji delima

½ cawan gula putih

2 sudu besar minyak (boleh gunakan minyak zaitun, sayuran, avokado atau bunga matahari).

2 titik pati minyak (pilihan)

Dalam mangkuk kecil, gaul biji delima dan gula. Tekan bahan-bahan tersebut menggunakan bahagian belakang sudu. campurkan minyak dan kacau rata.

Biji-biji delima akan mengeluarkan haruman segar apabila dihancurkan tetapi tidak salah jika anda ingin tambah pati minyak haruman kegemaran.

Urut bahan skrub tadi pada kulit perlahan-lahan. Resipi ini cukup untuk urutan keseluruhan badan. Lebihan skrub boleh disimpan dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk untuk tempoh sebulan.

Selain untuk kecantikan, delima juga enak dicampurkan dalam teh yang mempunyai khasiat unik untuk kesihatan. Buah delima sememangnya dikenali untuk membantu kardiovaskular dan mendapatkan tekanan darah yang seimbang. Ia juga mengandungi sumber vitamin menakjubkan.

Teh delima boleh dibuat dengan menggabungkan jusnya dan teh segar yang dibuat sendiri di rumah. Terpulang kepada anda untuk memilih teh yang digemari - sama ada teh hijau atau herba.

Cuci bersih biji-biji delima dan tapis sebelum dikisar sehingga hancur. Berhati-hati kerana kesan delima sukar untuk dihilangkan.

Tapis bahan tersebut sehingga mendapatkan jusnya. Untuk mendapatkan rasa segar dan melegakan cuba campur jus delima ke dalam teh chamomile. Anda juga boleh cuba mengabungkan jus tersebut dengan pudina atau ekstrak serai.

Keluarkan uncang teh atau tapis minuman tersebut sebelum diminum. Terpulang kepada anda untuk mencampur sebanyak mana jus delima ke dalam minuman. Ia bergantung juga kepada teh yang anda pilih.

Untuk menikmati kesegaran teh delima, tambah ketulan ais dalam minuman anda. Bagi menambah keenakan, perah sedikit jus lemon, anda pasti terpesona.

Kredit : Utusan

Monday, May 7, 2012

Rahsia Diet Mengikut Jenis Darah

Diet Untuk Golongan Darah 'A'

Dr. Peter J.D'Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.

Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.

Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.

Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.

Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'B'

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.

Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah 'AB'

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.

Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.

Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.

Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah 'O' <--- ni jenis darah tuan kebun stoberi

Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. (aaaa.......tak sker sayur! banyak pulak tu. Susu dan gandum takpe, mmg tak sker. Sng nak hindar)

Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan (whattt... aku sker makan buah hoke). Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi (skang mmg aku kurangkan makan nasik. Sekali sehari atau 2hari sekali saja). Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. (cendawan? kentang? Tu seme feveret tu. Sbb aku ni tak sker makanan yang kaler ijau. Sawi tu mmg bukan hindar la, tak makan terus pun takpe. Huhu. Eh. Taugeh makan. Kan tu baik utk kesuburan. Aiyarkk...! konflik diet nih. Hihi)

Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. (wah..tak perlu minum susu. Yeyyy!!)

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini. (gulp...!)

Ciri khas golongan darah O:

Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik (apa lagi..bukak youtube la..)
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang (no hal)
Snek: Teh herba (no hal gak kot)
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal (ha..ni mmg ada hal. salad bayam?? nak suh aku jadi popeye ke apa...)
Snek: Sepotong kuih (sepotong?? Hahhahaa)
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba (kata tadi kena hindari kentang ngan buah buahan. Apa la...)

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D'Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.

Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.

Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D 'Adamo ataupun tidak.

## bacaan lanjut/kredit : Iluvislam
*****
Uols plak darah apa?? Ce check, ce check. Teheeee.
Nati ai citer pasal sifat manusia berdasarkan jenis darah lak. Hihikss.
Darah O ni mmg common. Rasa mostly org darah O. Kita pun tau kenapa O paling common kan, sbb O adalah penderma universal :)  Allah itu mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya.

Wednesday, January 11, 2012

Perihal Bacaan Yasin

Credit : Here
*kepala masih tidak dpt berfungsi dgn baik.
*dikuatkan juga dtg kerja.
*next week dah la nak cuti kan.
*tatau nak buat cemana lagi dgn kepala ni, maka ku pasang CD bacaan Yasin berulang-ulang.
*nampaknya sedikit berkesan. Sakit mula beransur-ansur lega.
*Sememangnya ayat Al-Quran adalah yang penawar paling mujarab.
*Jap gi nak donlod surah Yasin ni kat i-tune. Eh?? Bila masa lak aku pakai I-Phone?? Haha. Oke. nati donlod dari Android yer. Bleh dgr bebila masa saja.





*Cpt la Sabtu.. nak restttt... dan cepat la Ahad... (*___*)

Saturday, January 7, 2012

Batuk Kokol

Short update :

Mcm aku ckp smlm - batuk then mesti rasa cam demam.
Blum g klinik. Esuk jelah.
Mujo dia dtg mggu ni. Kalo mggu dpn?
Sendiri mau igt la.

Tp batuk mmg truk sgt nih. Rasa nk togok je satu botol ubat batu woods tu.

Friday, January 6, 2012

Vitamin C

Batuk... huwa... tak sker. Sbb nati mesti jadi selsema. Bila selsema sure seksa. Tersumbat idung bagai. Lps tu nati mula badan rasa suam2 kuku, ngan 'dedho' (tah, tatau aku ngan ngejanye, nyebut dia camtu la. Itu kalo ikut bahasa negeri aku la, kalo di-bahasa-baku-kan jadi dedar la kut).

Tp takpe la. Kan penyakit tu kadang-kadang boleh menghapuskan dosa-dosa kecil. Eh. Ye ke? 

Aku mmg jarang kedemaman nih. Batuk2, selsema pun jarang. Tp tipu la kalo takde langsung kan. Thn lps pun rasa takde kot gi amik ubat kat klinik panel. Last aku demam masa baru pas kawen. Igt lagi time tu. Kawen bln 12, kena demam trok bln 3. Thp gigil2, siap kena amik darah sbb igt denggi. Rupanya infection. Ada nama dia. Lupa dah aku. Aiyark.... Maka, itu la last. Kira-kira 3 tahun lalu. Selain dari tu, saja-mengada-rasa-cam-demam. Hihik. Tp tak bleh la cakap beso kan, kang Allah tarik balik nikmat sihat tu, baru la padan muka kan. Cam skang ni ler.

Berbanding ngan my dear aku tu dia mmg salu la kena demam la, batuk la, selsema la. Tu aku salu kata kat dia, dulu awak kekecik tak makan Haliborange nih. Hihi. 
Kredit : Here

Ha... korang penah tak makan mendalah tu. Sure ada kan. Dia kira cam minyak ikan. Tp rasa oren. Sedap2 gitu. Gigih tu aku carik gmbr dia.. Jumpa pun gambo tu. Mmg masa kekecik dulu aku mmg makan (ke minum?) Haliborange nih. Sedap!.

Dan satu lagi yg gambo nelayan ngan ikan ter dampar kat blkg dia tu. Scott's Emulsion. Ni pun sama je la rasa dia. Mmg dedua ni mak ayah aku bagi. Haaa...

Tp ada skali tu aku sembang2 ngan my dear, pasal sakit2 ni la. Citer org sakit selalu, tetiap bln MC bagai. Tup2 dia kata
"Eh, saya pun takde la kekecik dulu makan ubat yg gambo ikan besar kat blkg orang tu, tp idak la sakit tetiap bulan"
Entah. Kalo aku tulis mcm tak kelakar, tp bila my dear cakap tu ari, giler aku tergelak, mungkin sbb dia sebut "ikan besar kat blkg org tu" la kot. Sbbnya aku salu ungkit ke dia kalo dia tak sihat, tu la tak cukup vit. C, tak makan Scott's Emulsion. Hihi.

Jadi, aku pikir ada kaitan la gak perkara nih. Antibodi jadi sedikit 'kuat'. Sbb aku dulu kekecik mmg jenis kerap demam itu ini, maka sbb tu la mak ayah aku duk  bagi memacam supplement. 

Kita dianjurkan makan 5-7 bahagian buah atau sayur setiap hari. Satu bahagian setara dengan segelas potongan buah atau sayur. Selain sumber serat dan fitoestrogen, beta-karoten (provitamin A ) dan vitamin C dalam buah dan sayur memperkuat kekebalan tubuh dan mencegah selsema. Vitamin E memperkuat dinding salur darah kapilari dan mencegahnya agar tidak pecah.
kredit : Kekalsihat.com

Jadi, kalo taknak makan segala minyak ikan kod ke apa ni, kita makan je la limau atau buah-buahan yg kaya dgn Vitamin C. Dah lama kut tak makan oren. Pas ni nak makan oren la balik. 

Scott's tu rasa ada lagi kut skang ni. Tp Haliborange da takde. Bila aku goggle dia kuar yg ni. Owh. Makna dia jadi Seven Seas la. Tp aku tatau la samada Haliborange tu ada jual kat sini, tp brand Seven Seas tu mmg ada la kat pharmacy
Kredit : Seven-seas

So, slmt ber vitamin C.

Wednesday, November 9, 2011

Senaman Muka


Malas utk bersenam secara fizikal?
Jadi marilah kita  bersenam muka saja.
Cuba baca artikel ini :

Sebenarnya untuk senaman wajah anda tidak memerlukan waktu yang lama kerana senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana saja. Misalnya ketika anda sedang berada di kamar mandi, atau mungkin sebelum anda bersolek. Anda juga dapat melakukan senaman yang mudah ini di dalam kereta atau ketika menunggang motosikal.

Senaman untuk mata, apa yang dapat anda lakukan adalah dengan:

  • Gerakan pertama, menggerakkan kedua mata anda ke arah kiri atas. Kemudian gerakkan ke arah bahagian sudut kanan bawah. Ulangi kedua-dua gerakan itu sebaik-baiknya sebanyak lapan kali.
  • Gerakan kedua adalah menggerakkan mata anda ke arah sudut kanan atas kemudian ke arah sudut kiri bawah. Gerakan ini juga dilakukan sebanyak lapan kali. 
  • Gerakan ketiga adalah dengan menggerakkan mata anda ke atas dan kemudian ke bawah, ini pun dilakukan sebanyak lapan kali.
  • Gerakan mata yang terakhir adalah membuat gerakan mengelilingi mata. Pertama gerakan ke arah kanan, seperti mengelilingi membentuk lingkaran oval. Dan kemudiannya kelilingkan gerakan tersebut ke arah kiri.

Senaman muka lainnya adalah senaman untuk mulut. Senaman ini pun tidak memerlukan waktu lama dan dapat dilakukan di mana saja. Gerakannya adalah:

Anda membentuk mulut dengan menyebut huruf A, I, O dan E. Lakukan gerakan ini dengan gerakan yang pasti, ertinya menyebut huruf tersebut setepat-tepatnya. Misalnya huruf O, sehingga mulut mengecil sekecil-kecilnya. Atau huruf E selebar-lebarnya. Manfaat gerakan mulut ini untuk menggerakkan otot-otot di sekitar mulut.

Selain itu, kerajinan melakukan senaman mulut dapat mengurangkan timbulnya garis kerut di bahagian tepi mulut. Anda pun akan merasakan manfaatnya.

Ingatlah bahawa semua jenis gerakan ini berguna untuk menyegarkan wajah jika dilakukan secara rutin.

*****
Jadi mari kita mulakan.
A...I....O....E..... lapan lagi... A..I...O..E...


Tuesday, September 20, 2011

~Pasal Hormone Oksitosin~

Lama dah aku nak tulis pasal hormon Oksitosin (oxytocin) ni semenjak aku baca kat paper mingguan masa bln puasa retu. Tp cam tertangguh. La ni baru tingat balik lps aku tgk balik paper tu.
Oke. Hormon Oksitosin ni berkait rapat dgn ikatan kasih sayang. Org yg kurang bergaul dgn orang ramai, suka menyendiri, dikatakan kurang mempunyai hormon oksitosin.
Mengikut sumber dari Mingguan Malaysia -

Tugas oksitosin

- Meningkatkan keupayaan bersosial, ikatan kasih sayang dan kemesraan antara manusia. Menjadikan seseorang mudah didampingi. Para saintis mendapati dalam kes rawatan autisme dan schizophrenia di mana pesakit menjauhkan diri dari orang lain dan hanya menyendiri maka memberi oksitosin adalah baik kerana ia meningkatkan daya bersosial.

- Meningkatkan mood yang baik, menjadikan seseorang mudah tersenyum bila bertemu orang lain.

- Mengurangkan rasa takut dan debaran bila bertemu orang lain.

- Membuka diameter salur darah memberikan lebih oksigen kepada tisu-tisu.

- Meningkatkan daya seks dan kasih sayang di kalangan pasangan.

- Meningkatkan orgasme

- Meningkatkan anabolic, IGF1 dan testosterone. Ia juga mengurangkan ACTH dan cortisol iaitu hormon yang meningkatkan lemak.
- Meningkatkan kontraksi rahim dan memudahkan proses bersalin bagi wanita.

- Memudahkan ibu menyusukan anaknya dengan meningkatkan keaktifan kelenjar susu.

- Memberi perlindungan terhadap kanser payu dara, ovari dan endometrium

- Bagi lelaki pula ia penting bagi meningkatkan daya seksual. Lelaki yang mempunyai kadar oksitosin rendah bukan sahaja anti sosial tapi mempunyai daya seks yang lemah.

Kekurangan oksitosin

Kekurangan oksitosin boleh berlaku sejak kanak-kanak mahu pun setelah dewasa. Kanak-kanak yang kurang oksitosin jarang senyum dan ketawa. Mereka menunjukkan ciri ciri autisme dan mungkin menjadi dewasa yang berciri schizophrenia.

Ciri ciri fizikal kekurangan oksitosin

- Tidak gemarkan aktiviti berinteraksi dengan orang lain.

- Semasa kecil lagi tidak mampu menjalankan tugas secara berpasukan.

- Tidak mahu berkahwin dan jika berkahwin, perhubungan itu kurang membahagiakan. Ada yang membawa kepada perceraian.

- Tidak mempunyai sahabat karib atau hanya beberapa sahabat lama sahaja. Enggan mencipta persahabatan baru.

- Gemar bersendirian dan enggan mengambil tahu hal orang lain.

- Jarang tersenyum.

- Tidak berasa perasaan romantik dalam perhubungan cinta.

- Wajah kepucatan

- Tidur terganggu

- Paranoid, mengesyaki bahawa orang lain sentiasa berniat buruk.

Bacaan selanjutnya di link ini -
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

Ada contoh case skali kat link tu cemna org yg kurang oksitosin nih.

Di sekeliling kita ni pun ada je kot org kekurangan hormone oksitosin nih. Yelah, kengkadang kita terjumpa dia, dia duk jerit2 ke kita, lps tu kalo org tegur sket atau ada yg tak kena kat hatinya, mula mulut berbuih2 marah org balik. Heh! tak berubah ubah pangai, bkn makin muda kot. Makin tua. Taknak berubah langsung. Rupanya kekurangan oksitosin.
Eh. Aku pun kekurangan oksitosin ke duk bebel2, paranoid pasal org plak ni. Miahahaha. Ada la kot sesket. Lalalallaa...