Showing posts with label edisi menghargai follower. Show all posts
Showing posts with label edisi menghargai follower. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Edisi Menghargai Follower & Pengkomen #5

Oh. Giler lama dah sgt aku tak buat EDISI ni.
Rupanya last tahun 2011. Ku pikirkan tahun lepas.
Takpe la, sesekali, kena ada jugak edisi camni. Utk hargai pembaca2 yg rajin datang berkunjung. Yang rajin drop komen bila dah habis baca. Bukan yg datang masuk, tak baca apa2, tetiba drop komen 'wow'. Nampak beno nipu nyer kata Usop Wilcha. Haha. (dah tak komen dah lps aiols buat entry tu uolss..  tp aiols rasa ada lagi 2,3 orang cam gini gak nih.. cemna nak tgkp lagi nih ).

Oke. Kita sambung lah edisi menghargai follower dan pengkomen nih.
Last yg ini : Edisi Menghargai Follower

Again, apa yg aku buat ni, aku takkan review perihal blog, apa yg ada kat blog ke, design ke, tulisan ke, apa ke. Sbb aku bukan pakar dalam menentukan reka letak blog orang. Tak cantik di mata kita, tak semestinya tak cantik di mata orang lain. Jadi, tak kesah. Apa yg aku buat adalah selalunya hal persahabatan.

Mari kita berkenalan dengan cik adik kita yang sememangnya rajin turunkan komen kat blog kengkawan. Selalu gak aku tgk dia komen kat memana blog. 
Dan blog aku pun selalu dia komen. Dan aku tahu, pada entry dia komen tu, dia baca. Jadi, mari lah kita hargai nya.


Memula aku panggil dia Masya. Hihi. Dia kata 'kak..tu  bkn nama kita, tu nama gabungan, nama kita Yana'
Hikhik.. tp cam dah terbiasa pula panggil dia Masya.

Rasa, dalam setahun dua ni baru 'rapat' dengan Yana a.k.a Masya ni.
Aku tahu, dia ni mmg sahabat yang baik.

Paling terharu, maasa aku lepas operation bulan Mei tu ari. Terus dia msg. Sbb serasa aku, aku tak pernah bagi no phone kat dia. Atau, mungkin pernah bagi, tapi kami tak pernah ber utus msg. Lagipun kami tak 'friend' kat FB. Terharu sangat rasa bila sahabat yg tak pernah bertemu muka, yang dikenali hanya di blog sudi mendoakan kesihatan kita. 

Then, satu lagi yg terharu bila dia buat entry ni

Walau bukan secara direct dia buat entry tu utk aku, tp pada last paragraph tu, dah cukup buat aku terharu sekali lagi. Yanaaa.... terima kasih bebanyak kerana persahabatan yang tulus ni.

Oh, lupa pula. Sebagaimana gambar kat blog dia, itu lah cinta hati, buah hati dia - Amir. Masih jadi anak tunggal kesayangan. Yana ni kerja kerajaan jugak. Dia buat akaun. Tu lagi buat kami ngam. Sesama govt kot. Tapi, dia jauh la sket. Agak payah dia nak turun KL. Dan aku pun, agak payah jugak nak turun area dia. Jadi, entah bila kami dapat jumpa. Takpe, 1 sweet day nanti pasti akak jumpa adik akak yg sweet ni kan. Skrg ni lagi mudah sbb kami berhubung kat w.app je :)

Dan yg kelakar, Yana ni pun pernah jadi antara salah sorang yg ter silap hantar emel. Dari cikstoberi jadi cikstroberi. Hihi. Lepas tu, orang tu fwd balik emel2 tu, ada lah emel Yana ni. Hihi. Takpe lah. Sekarang aku dah tukar pun emel tu. Sian, menyusahkan orang plak kan. 

Apa pun, ini lah salah satu faedah yang dapat dari ber blog - menambah kenalan dan kawan. Mana lah tahu, apa2 hal boleh mintak tolong kan.

To Yana, nantikan Mystery Gift dari akak ya. Tapi..mungkin takes time sket tau nak antar. Nak ke post office bercinta nau skrg ni. Huhu.

*****
Idea asal dan detail tentang menghargai follower dan pengkomen ada kat entry tahun 2011 aku nih. Giler lama dah. Ter stuck dekat nak 2 tahun. Hoho.

Wednesday, January 18, 2012

Perihal Follower ke500

Oh... da masuk opis.. tak leh sambung cuti. Dah byk sgt cuti rasanya bulan Januari nih.
So, citer CUTI CUTI LANGKAWI akan menyusul tak lama lagi.
Jangan cemuih la plak nati yer. Biasa la, kisah CUTI CUTI CINTA ai sure la panjang kan. (T__T).

Cumanya, ai tgk dashboard pagi ni, dah ada follower ke500 lah.
Hik hik. (tetiba kan esuk2 turun balik. Haha. Ada je kan camtu. Hahaha)


Ya la.. ai tau la, baru 500 je pun, itu pun nak kecoh kan.
Tp cam blog tahap ai yg mmg tak join any network blog yg lain, yg jarang BW, yg jarang join contest montest (tp sker anjurkan), ai mmg rasa teruja la uolss... Ai pun tak sangka. Walo pun ai tahu, UV tidak la smpai sebanyak tu setiap hari.

Tadi, ai da tgk blog follower bertuah tu.
Jadi, kalo betul lah beliau yg menjadi follower ke 500 tu, sila la drop komen.
Ada sesuatu yg nak dibagi sempena beliau menjadi follower ke 500.
Something from Langkawi mebi.
Kira ini pun salah satu dari Edisi Menghargai Follower lah jugak kan.
Ha.. dah lama tak buat, nati nak buat semula lah.

Oke, jumpa lagi kejap2 lagi kot. Byk nau surat menyurat plak neh. Salu kosong ja tray. Kul 9 nak meting lak nih. Jgn aku bangan masih di Pantai Cenang sudehhh...... (o_O)

*Giler byk entry kengkawan nak di tgk neh. Tu yg maleh tu kalo 3,4 ari tak bkk blog. Harus ada entry yg tertinggal. So, pasni baca melalui link list kat side bar ni lah.

Tuesday, September 20, 2011

~Edisi Menghargai Follower : #4~

Igt nak update esuk, tp tak sabau lak rasa.
Maka update je ptg ni, dan akan jadi sticky post utk seharian pada esuk hari :)
************

Last week mmg tak mendapat ilham blog siapa yg ingin dikongsi.
Tp minggu ini dpt ilham.
Aku bkk je blog berkenaan, mmg hati dan minda aku seolah berkata :
'review blog ini..review blog ini'

Oke. Baik, saya menurut minda saya. Sbb minda biasanya memberikan petunjuk terbaik (sekiranya minda berada dalam keadaan yg sihat). Eh. Apa aku merepek?

Blog yg dimaksudkan adalah : All About Love & Life

Ya. Hanya Love & Life.
Link blog nyer juga bernama agak unik - bigsmol.
Memula aku cam tertanya tanya gak - apa maksud bigsmol.
Segalanya terjawab bila aku jengah blog bisnes beliau.
Bigsmol tu datangnya dari anakanda kesayangannya yg sker cakap - Bigggg... utk besar. dan Smolll... utk kecil. Maka lahirlah bigsmol. Nice huh??

Dikenali sbg CH - ChentaHati, blog nya ada memacam citer. Citer di tpt keja nyer. Citer perihal kegemarannya. Tidak spti kebanyakan yg lain, aku kenal CH dari INNIT. Yeps. Ada satu masa dulu aku cukup rajin tepek citer kat INNIT. Lps tu jumpa la blog CH ni. Terus baca dan macam bes, maka di follow.

Dlm blog dia jugak, ada citer pasal kegemaran2 dia - yg kebetulan hampir sama ngan aku. Dia salu je tgk drama2 bersiri ni. Kalo dia mcm ada tertinggal ke, maka aku la pi komen citer tu camana. Lps tu dia ada byk novel. Dulu masa asben dia salu keja outstation - oversea plak tu, dia mmg sker baca novel. Byk giler novel dia. Lps satu, satu dia baca. Skang ni kalo tak silap aku (CH, sila betulkan kalo silap yer), asben dia tak salu outstation da kut. Dah salu ada dgn dia. Retu aku penah gak dpt cenderahati dari OZ sana dari dia bila aku masuk GA ke apa yg dia buat. Bes!

ChentaHati ni juga sebenarnya ditujukan pada anak bujang dia yg sorang tu. Aysh. Bleh baca gelagat Aysh yang terbaru di entry ini - kisah si chentahati saya. Tak silap aku (again, CH, sila betulkan kalo salah). Aysh ni duk kat kampung  ngan nenek dia di Pahang sana (Pekan ke? Ke silap lagi ni? Hihi) Every week derang akan travel balik kg utk jumpa si ChentaHati meke.
Maaf CH, cilok gmbr ini ya :))

Oh. Meke suami isteri ada buat bisness amik gmbr juga. So, kut sesapa berminat, leh la masuk web derang - bigsmol.net. CH ni pun keja lebih kurang sama cam aku gak - saya yang menurut perintah. Hihi.

Seperti orang lain, walo hanya saling mengenali dari citer2 di dalam blog saja, tp keakraban tu mmg jelas terasa. Dia pernah buat aku tersentuh hati dengan keikhlasannya. Doa pembuka 12 pintu yg di emel nya sedikit masa dulu mmg buat aku betul betul menghargai persahabatan alam maya kami. Seorang yg kita hanya kenal di alam maya, yg tak pernah bersua muka, tp cuba utk membantu kita. Aku ingat lagi dlm emel nya tu "entah kenapa, tetiba dalam course tu saya ingat awak". Masa tu dia masuk course Dr. Fadzillah Kamsah, then DFK ni bagi la doa tu utk murahkan rezeki dpt anak ke, dpt jodoh ke. Itu yg dia tingat aku tu. Betapa aku rasa terharu nyer... terima kasih sgt pada beliau.

Jadi, inilah yg mampu aku balas dulu sebagai penghargaan pada dia. Moga persahabatan ini akan terus berkekalan. Walo tak pernah bersua muka, tp aku tahu sahabat2 ini sentiasa ada sekiranya aku berada dlm kesusahan :)

Utk CH : Emelkan alamat yer. Ada mystery gift sebagai penghargaan edisi ini :)

*******
Ini adalah entry keempat bagi Edisi Menghargai Follower dan Pengkomen Blog Pnstoberi. Detail berkenaan edisi ini ada di sini :
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/08/pasal-nak-buat-edisi-lah.html

Edisi pertama : Dunia Cik Anita
Edisi kedua : Firzmira's Life
Edisi ketiga : Yan

Monday, September 5, 2011

~Edisi Menghargai Follower #3~

Setelah beberapa minggu takde edisi menghargai Follower dan Pengkomen ni, maka lps raya, sesambil tgk gmbr dan citer raya, kita selit la edisi ni semula.

So, blog seterusnya - ummi.abbi.qis.adhwa. (sempoi je - sng kan Yan, takde banner segala. Cukup la ngan tulisan tu je, Reen pun dulu camtu gak. Takde semak2, buat 'berat' org nak masuk je kan)

1 happy family yg menetap di Johor. Dan mmg org Johor. Dan bleh dikatakan tuan punya blog yg dikenali sbg Yan ni adalah bisneswomen. (bleh kan Yan??hihi). Tokey dia ni. Beliau dan suami tgh mengusahakan kedai top up kat area Skudai. Eh. Btul ke Yan?

Aku kenal Yan mcm kebanyakan blogger2 lain yg aku kenal lps bln Okt 2010. Lps dia masuk contest sedondon raya aku last year lah. Aku igt lagi gambar dia masa tu ngan Qis. Kaler ijau. Tp takde rezeki menang gak (eh. dah sedondon abis ni, apsal juri2 tak pilih eh?-tp mmg di s/list nih)

So, mengenali blog Yan ni pun, kita leh kenal karakter dia dan pahit manis yang dilaluinya. Yang pasti aku tau, dia ni seorang yang gigih. Aku ngan dia rasa beza umo setahun kot. Tp yg buat kiterang leh ngam tu sbb kiterang salu tgk drama kat Ria, Prima or TV3, citer yg sama. So, leh la sembang2 citer tu. Kengkadang, buka puasa retu, ada je menda sama di makan. Hihi. Paling aku igt dia kata nak carik kuih 'magelek'. Aku tatau kuih apa, rupanya 'masalodeh' / vadey la.

Lagi yg aku tak sangka, Yan ni pun sama ber porem kat mesra dot net dulu. Tp masa tu aku tak berapa kenal ngan dia. And dia pun moderator rupanya. Tp memasing da tak aktip dah kat porem tu skang. Hihi. Dulu bleh la, time takde FB segala kan.

Skang ni dia dikurniakan rezeki lagi - menunggu orang baru dlm familinya. Murah sungguh rezeki dia bab tu. Walo dia mcm tak caya sbb si adik Dhuwa baru je setahun lebih. Aku tumpang gembira je bila tau org murah rezeki bab yg aku 'mahal' sket rezeki ni. Muga pas ni leh berjangkit la rezeki dia tu ke aku.

Utk Yan, walo kita jauh...moga persahabatan alam maya ni akan terus berkekalan. Terima kasih salu drop komen, salu dtg baca blog Reen ni.
Sila emel/ PM kat FB alamat yer, utk penghantaran mystery gift.

*********
Ini adalah entry ketiga bagi Edisi Menghargai Follower dan Pengkomen Blog Pnstoberi. Detail berkenaan edisi ini ada di sini :
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/08/pasal-nak-buat-edisi-lah.html

Edisi pertama : Dunia Cik Anita
Edisi kedua : Firzmira's Life

Monday, August 15, 2011

~Edisi Menghargai Follower #2~

Seterusnya kita teruskan dgn Edisi menghargai follower dan pengkomen blog Pnstoberi.
Next blog adalah....

Jeng jeng jeng.

Ini adalah kategori blog baru yg aku nak reviewkan.
Baru je dia ni berjinak-jinak dgn blog.
Memang dia tak pernah drop komen di kebun stoberi ini, tp dia mmg follower kebun ini dan aku tau dia mmg acapkali bertandang ke kebun ini. Lagipun kadang kadang dia misti ada ckp 'Kekda, yg kekda tulis dlm blog bla bla bla tu..'. Kira komen terus secara live la kan.
Ha. Begitu.

Oh. Beliau ni mmg seopis ngan aku. Muda sket dari aku dan kalo tak silap dia sama sekolah ngan dak Nana Fauzana tu. Btul tak?

Status nya, sudah berkahwin dan ada seorang puteri dan seorang putera. Asben nya romantik uolss.. Jeles jeles kami yg ada suami 'kurang' romantik ni sbb dia ni salu dapat bunga dari asben dia. Yg besau besau lak tu. Skali ngan tedi bear la hapa la. Buat suprise terus anta ke opis.

Nak komen dan review byk2 pun tak bleh gak sbb napak cam tak fair lak kan, sbb dia seopis ngan aku. Nak kata dia salu update pun tak gak, kadang2 kalo ada, byk entry dia buat. Kalo takde, mmg takde lah. Hihi. Harap nati dia rajin2 meng update blog dia. If takde idea, awak leh buat citer pasal putera dan puteri awak.  Bleh dpt ramai follower sbb blog perihal anak2, perihal ibu ibu ni mmg digemari dan akan ada ramai pengikutnya nati. Ni sekadar pendapat akak ye Mira :). Mungkin Mira tak mau expose sgt pasal family kot kan. Apa apa pun, moga blog Mira akan terus berkembang (huhu. apa igt bunga ke nak kembang kembang ye dok??hihihi)

Jadi mari ramai ramai jenguk blog beliau ini - Firzmira

Oh. Lupa nak kata, beliau adalah anak bongsu kpd Hj Chuari Selamat. Ala, yg glamer dgn rancangan pantun pantun tu dulu.

So, utk Mira, walo selama ni tak penah drop komen kat kebun stoberi Kekda ni, kali ni, if nak adiah, sila lah drop komen yer. Then nati, mystery gift akan sampai ke meja Mira (Insyaallah, sblm raya yer)

******
Ini adalah entry kedua bagi Edisi Menghargai Follower dan Pengkomen Blog Pnstoberi. Detail berkenaan edisi ini ada di sini :
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/08/pasal-nak-buat-edisi-lah.html

Entry pertama adalah blog Dunia Cik Anita dan reviewnya bleh klik sini - 
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/08/edisi-menghargai-follower-1.html

Monday, August 8, 2011

~Edisi Menghargai Follower #1~

Oh. Berdebar debar rasanya nak me review blog org. Tapi aku ni bkn nak review dari sudut pandangan konon aku ni blogger ter haibat ke blogger ter agung ke mahupun apa yg org salu kata tu - burger blogger otai.
Aku review sekadar mengeratkan hubungan persahabatan yg permulaannya terjalin hanya di alam maya. Tp tak semestinya juga yg hanya kenal di alam maya, yg aku kenal di alam realiti, yg ada blog pun Insyaallah aku review juga.
So, skang ni kita pegi ke kawan blogger pertama yg blog nya aku nak review.

Seme org punya dunia tersendiri, same goes anak dara sorang ni. Cerita suka duka kisahnya dalam blog yg bertajuk Dunia Cik Anita.

Cemana kami mula berkenal-kenalan?
Masa dia masuk Contest Sedondon Raya Pnstoberi last year.
Dia pun join. Tp masa tu dia disable function utk save gambar. So, aku tak leh amik gambar dia (walo hakikatnya, kalo kita disable right click function, pun masih boleh amik, tp aku malas, sbb ramai lagi aku nak tempek gmbr nya - cewah! cam gud gud je konon ramai nau masuk contest aku tu kan. Haha. Puasa ni kan, sila jgn mengutuk. Saya kutuk diri sendiri takpe. Hau hau hau)

So, demi nak join, dia bagi aku save gambar tu.
Tp keputusan bkn pada aku sorang, sbb aku ada juri2 jemputan turut menilai.
Dia takde rezeki masa tu.
3 gambar dia letak, ni salah satu gmbr di pertaruhkannya (beliau yg tgh2 itu)

Dia mmg ramai adik beradik pompuan (ke seme adik beradiknya pompuan ah?).
Seronok bila baca pasal dia dgn adik beradiknya.

Masa dia kat UPM dia salu la citer pasal life dia as a student, smpai ada skali tu blog dia langsung kena bawak kat mgt. Sbb ada satu citer pasal U dia, yg mgt kata leh menjatuhkan reputasi kolej/U derang. Smpai la dia kena ttp blog seketika.

Kemudian dia bangkit, mula2 dia kata dia maleh nak wat blog, tp blogger tegar kekdahnya kan, mana leh tak menulis sbb nati mcm rasa eh, kat mana lak aku nak meluahkan perasaan ni. Ha, misti begitu kan. Jalan2 ke gi makan2 ke misti ada rasa, nak citer kat blog lah. Ha..lps tu dia bangkit dgn Dunia Cik Anita  nya yg semakin ceria.

Aku paling sker entry dia pasal dia nak abis dari UPM. Nak bawak balik seme barang2 dari hostel. Tader org nak amik, so, dia gigih je bawak keta dari kg dia, balik sana sorang2, amik barang. Lps tu balik ter langgar lembu ke kebau tah. Katanya tu la 1st time dia bawak keta sorang2 dan jauh. Hihi. Klaka yew. Tp tu experience Nita, Experience la mematangkan kita.

Dulu dia ada gak citer pasal lovely bf dia dlm tu. Tp tak silap aku skang da takde pun. Aku pun penah advise dia, if kalo org tu tak hargai seme yg kita buat, walo cemana kita sayang kat dia, tu menunjukkan kita perlu pikir semula samada nak teruskan atau tak. Lagipun, lambat laun, kalo ada jodoh kita ada lah.

Skang dia da abis belajar. Degree. Major in apa aku lupa, tp aku penah baca. Ada berkaitan bahasa melayu kalo tak silap aku. Skang dia keja sementara. Oh. Dia ni org Perak juga. Hihi.

Satu yg membuatkan dia unik adalah namanya. Anita ni bkn nama sebenar dia, tp dari perkataan terbalik dari nama penuhnya sendiri. Hihi. Walo aku tau nama betul dia, tp aku senang panggil dia Nita je.

Walo aku lum berkesempatan nak jumpa dia, tp aku tau perwatakannya ceria dan menyenangkan seme orang. Muda lagi ni, dan aku rasa skang status nya adalah single. So, sapa mau kenal2 ngan beliau, bleh la melayari dunia nya di Dunia Cik Anita.

Hihi.

Untuk beliau, aku doakan moga dia dapat capai apa yg diimpikannya dan bertemu prince charming impiannya (toksah tunggu Ally lah Nita, carik yg muda2 sket. Hihi). Nita ingat ni je, Allah temukan kita dgn org yg 'salah' agar kita dapat menghargai seseorang yg 'betul' suatu hari nati :)

*********

*Jgn marah yer Nita. Akak review ni. Kalo ada salah silap yg akak review harap dimaafkan dan boleh diperbetulkan. 
*Tinggalkan komen dan emelkan alamat utk akak hantar mystery gift :)

***********

Entry ini adalah yg pertama bagi Edisi Menghargai Follower dan Pengkomen Blog PnStoberi.
Utk keterangan lanjut berkenaan Edisi ini, bleh trus ke link ini
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/08/pasal-nak-buat-edisi-lah.html

Sunday, August 7, 2011

~Pasal Nak Buat Edisi Lah!~

*sticky post kejap- entry baru kek bawah yooo*

Sari 2 sebelum puasa retu aku ada terpikir mcm nak buat satu segmen.

*Eh. Ko pikir ko blogger haibat haibat mau buat segmen bagai??

Haha. Ok. Oke. Oleh kerana aku bkn blogger haibat maka aku rasa aku buat edisi lah cenggitu.
Edisi ni namanya Edisi Menghargai Follower dan Pengkomen.
Ya. Begitu bunyinya.
Edisi ni mudah ajer.
Seminggu sekali, or 2 minggu sekali, or sebulan sekali aku akan pick satu blog utk aku review kan. Atau mungkin juga seminggu 2 kali kut kalo aku takde idea nak menulis, aku wat Edisi nih.
As simple as that.
Lps tu blog yg aku review itu akan dpt free gift.
Oleh kerana aku bekerja di agensi peneraju kraf, barang2 tu pun nati Insyaallah berunsurkan kraf.
Tp kalo aku baru balik dari jalan2 ke apa ke, mungkin barang2 tu souvenir dari tpt aku pegi.

Aku bahagikan plak Edisi ni kepada dua.
Utk senang aku nak buat.
Satu edisi review utk folloer yg salu dtg komen sini.
Dan satu lagi utk SR sahaja. Yg tak penah komen tapi aku tau dia baca blog aku.

Dan yang pasti aku review follower2 blog pnstoberi.blogspot ini sajalah.
Dah namanya pun Edisi Menghargai Follower dan Pengkomen kan.

Bila aku review blog tu nati, tuan punya harus komen sebelum aku leh antar mystery gift itu.

Ekceli pun aku dapat idea ni lps Cha wat review pas dia dpt adiah GA aku.
Aku rasa mcm terharu lak bila di review dan aku rasa aku patut buat gitu gak pada follower2 aku.
Dan Nana pun ada review sket sbb aku sker wat entry dgn tajuk 'pasal' tu.
Walau pun blog aku ni bukan lah berada di tahap teragung dan mungkin takde effect pun sekiranya aku review blog korang, tp aku rasa ni lah hadiah terbaik yg aku leh bagi pada mereka2 yg rajin baca bebelan aku di kebun stoberi ni.

So, dgn ini, di hari pertama Ramadhan ni aku akan rasmikan Edisi ni.
Mungkin esuk,lusa aku akan upkan review dari blog pertama. Dalam pala ni ada 2,3 blog yg nak ku review kan.
Dan blog yg aku review kan itu akan di sticky post dlm sehari.
Kira kalo blog tu baru, ini juga akan bantu mem promote kan blog tu (eh..skali lagi aku pikir cam haibat smpai ada ramai viewer kan..ampun kan kekhilafan saya ini penunggu gua. Bahahahah)

So, itu saja. Bai bai bai.