Ini adalah entry berkaitan trip saya ke Perth pada bulan Oktober tahun lepas (2014).
Jadi, saya letakkan semua link berkaitan.
Mungkin boleh jadi rujukan pada yang nak berkunjung ke Perth nanti :)
**Cara memohon untuk menginap di Malaysia Hall Perth [link]
**Bajet ke Perth [link]
**Tips bercuti ke Perth [link]
**Jalan jalan ke Wave Rock, Perth [link]
**Jalan jalan Kings Park dan University of Western Australia (dan singgah di blue boat house) [link]
**Sewa kereta dan drive di Perth menggunakan lesen memandu Malaysia [link]
**Beli souvenir dan makan Fish n Chip di Freemantle [link]
**Touch di Perth airport dan procedure imigresen [link]
Semoga membantu.
Perth mmg satu tempat yang best untuk dikunjungi.
Lagipun, bajet tak besar sangat ke sana.
Banyak tempat yang cantik dan menarik :)
Showing posts with label Cuti Cuti Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cuti Cuti Cinta. Show all posts
Tuesday, February 10, 2015
All About Perth, Australia
Monday, January 27, 2014
Star Cruises : Superstar Libra - Summarize
Tak abih lagi...???
Hahahaha.
Hadam kan je lah. Alah, cam tak biasa entry banyak2.
Ni pun kira sket lah. Kut buat smpai 10 entry??
Ha. Ni kira summarize lah.
Ada yang tanya2 kan. Jadi, meh jawab.
S : Kekda beli ngan Matta Fair ke Travel Agency?
J : Rasanya dah acapkali tulis ni. Ni mesti tak baca ni.. amboiii... hihi. Tp takpe, akak suka je nak jawab -akak beli kat Matta Fair. Tapi kat Matta Fair pun ada travel agency yg jual tiket cruises ni. E.g : Hwajing. Kalau amik ngan Hwajing ni dia ada sediakan bas dari Berjaya Times Square for free.
S : Kalau nak honeymoon?
J : Sesuai sekiranya poket anda mengizinkan. Sbb kalau cabin golongan marhaen cam weols amik tu tak sesuai dek non.. katil comey nau. Pastu single ja. Lain lah kalau amik cabin yang camni, di deck 6 tu (utk Superstar Libra - semakin tinggi deck nya, semakin tinggi lah harganya)
Contoh cam ini
Amik gambar dari web cruises. |
Ni namanya Deluxe Oceanview Stateroom yang berharga RM2,622.00. Ini harga semasa Matta Fair, yang buy 1 free 1, kira utk 2 orang lah harga tu. Kalau tidak, itu lah harga utk seorang ye. Seorang 2k lebih. Gile kau - 4k lebih utk satu bilik ini. Atau pun cuba lah refer web Superstar Libra ni, kalau ada harga promo. Kalau aku, da smpai tahap gini, lebih baik aku saving lagi sket. Dan buat umrah. Aminnnn... Tp mungkin ada yang tak kesah - kata nak merasa kan, biar berbaloi. Giteww.
S : Tak semua free eh dalam cruise?
J : Takkk.. contoh cam air juice yang berharga RM14 segelas kecik tu. Weols beli masa Gala Dinner. Pastu menceceh la kata patblas hinggit tu stock buah seminggu tu. Haha. Tp stended la kan. Kata cruise. Ada tempat terima cash, tapi cam cafe ni, dia pakai access card tu. Kami beli tak byk pun. Juice n ada air bandung apa ntah masa welcoming party. Pastu beli gmbr yang orang cruise amik dan editkan - itu pakai cash (RM).
S : Sesuai tak bawak anak-anak?
J : Sesuai je. Utk kanak2 ada xtvt yang dipanggil Junior Cruiser (tak silap utk kekanak umur 6-12 thn). Kena register dan bayar sket la. Pastu ada child care centre gak. Kut nak buat apa2, nak drop anak situ jap pun boleh. Nak bawak stroller ke apa takde hal lah. Aisle mmg besar. Tp kalau anak kecik sgt mungkin masalah nak naik turun tender boat yang nak ke Phuket/Krabi tu. But, actually takde la masalah sgt pun sbb crew dia sangat2 la friendly dan membantu :)
S: Apa je xtvt dalam kapal tu?
J : Memacam. Gi amik je navigator yang ada kat reception counter. Seperti ini.
J : Memacam. Gi amik je navigator yang ada kat reception counter. Seperti ini.
S : Bajet kak..bajet...
J : Wah. Ini soklan feveret ni kan. Aku jarang buat detail bajet2 ni kan. Sbb aku rasa, utk bercuti, semua orang takde hal lah pasal bajet2 ni. Kang beria bajet sgt, tak fun - so, mmg kami somi isteri akan gunakan terma - kata nak bercuti, apa salahnya keluar duit lebih sket. Ahah! bukan la bermakna banyak nau duit smpai terlebih2 kata ko.. tp mmg ada saving utk itu, so tak kesah la nak membeli something yg pada hari biasa rasa cam hoi.. mahal nih..giler ke? Contoh : aiskrim 180baht kt Phuket (T____T)
Tapi takpe, mesti ada yg nak tahu kan.
Oke, utk tiket cruise sahaja - yang di beli di Matta Fair adalah berharga RM1,992.00. Deposit dibayar pada hari Matta Fair - RM200 dan selebihnya di bayar melalui Maybank2U within a week. Perlu diingatkan ini adalah harga cabin golongan marhaen je. Kalau nak deck yang bes2 tu, ada bermacam lah harganya. Contoh begini.
Sebagaimana naik flight, dia ada juga handling chargers RM130/pax n Fuel Surcharge : RM66/pax. Itu lah yang menjadi total nya hampir 2k.
Sekali lagi diingatkan, ini adalah harga Matta Fair tahun 2013. Tahun 2014 mungkin sudah naik. Kan seme dah naik. Kangkung je yang turun. Eh..??? Kata meluat dgn lawak kangkung.. skali dia pulak cakap.. pa citaaa???
Kami tukar duit RM300 sahaja dari Msia sbb memula tu plan tak nak turun Krabi. Tp lps dah turun Phuket, rasa cam perlu turun Krabi. Jadi, kat Krabi tukar lagi RM100. Pada yg tak tahu, kat Krabi, duit RM boleh ditukar. Tapi aku pun confuse samada untung tukar di sini atau di sana. Haha. Tp lebih kurang je. So, don't worry. Total aku tukar is RM400 dan dapat la 4000baht. Tp tak belanja habis pun. 500baht aku tukar balik kat sini.
Dalam cruise aku hanya beli air juice dan jugak gambar di Phuket yg diedit (tak snap plak gmbr tu). Tu pun jenuh carik muka sendiri kat photo gallery tu. Ada satu gmbr cam bes, tp sbb tak jumpa muka sendiri, maka tak beli. Sedih. Tkpe lah. Kita edit sendiri je nanti.
Jadi, itu lah basic2 dia. Kat sini, takde la persoalan mampu tak mampu ke sebagainya. Nama pun nak gi bercuti. Jangan kata bercuti camni, bercuti ke Kelantan pun da makan hampir ribu kan. Jadi, ada rezeki, ada peluang, Insyaallah, ada la. Tak perlu kot asyik asyik nak kuar statement - ini je yang mampu, yang itu tak mampu. Nak gi sini je mampu, nak gi situ tak mampu. Padahal ada orang lain tu, duduk rumah je, nak gi KLCC pun tak pernah. Allah tu Maha Adil dan Maha Mengetahui, ada sebab dia buat kita pergi sana, tak boleh pergi sini. Jadi, bersyukur dengan setiap apa yang ada. Eh. Macam dah lari tajuk je nih. Haha.
Takpe.. masa ni kita baca2 citer orang, mana lah tahu satu hari, rezeki kita pula kan.. so, chill yah!!
Utk cerita2 penuh :
Star Cruises - Superstar Libra - Penang/Phuket/Krabi
http://pnstoberi.blogspot.com/search/label/cruising
Label
cruise,
cruising,
Cuti Cuti Cinta,
superstar Libra
Monday, January 20, 2014
Cruising 2014 : Krabi - Penang
20 Jan 2014/18 Rabiulawal 1435
8 Januari 2014
Last day.
Kembali ke Penang.
Rasa sedih ada.
Tapi, rasa tak sabar nak balik pun ada.
Haih. Tak lalu aih nak duk lelama kat dalam kapal tu.
4 hari 3 malam memang dah cukup la rasanya.
Kalau lebih lama lagi, mmg muak kot.
Fitrah manusia kan-bukan tptnya dalam kapal tu.
Semua pun cam tak sabar nampaknya nak keluar.
Aku dah siap kemas2 bag semua dah.
Jadi, lepas breakfast kiterang lepak jap atas deck.
Biru is hujung kapal |
Putih is depan kapal |
Menari di atas kapal?? (-_-") |
Kul 8.30pg dah start boleh amik passport.
Tapi sebelum amik passport kena pastikan semua bil2 dah settle.
Collect passport kat lounge Deck 5 |
Kul 11 tarik beg ke deck 4 - berkumpul nak balik.
Tepat kul 12 dah berlabuh di Penang.
Yey!
Dah nak sampai Penang |
Sudah berlabuh |
Keluar - check passport - settled - pastu amik kereta - dan mari lah pulang.
Jadi, begitu lah.
Percutian 4 hari 3 malam bersama Superstar Libra.
Jadi la nak merasa kata orang tu kan.
Nanti boleh naik lagi. Bawak anak pulak ke. Hihi.
Apa pun, memang bes!
Terima kasih Ya Allah atas peluang ini :)
Thursday, January 16, 2014
Cruising 2014 : Krabi
7 Januari 2014 - Phuket to Krabi.
Cam biasa - pagi - breakfast. Lps tu amik sticker free n easy utk ke Krabi.
Sebenarnya, kami malas nak turun Krabi, as is kiterang dah pernah pergi kan. Lps tu pikir balik, hey, nak buat apa dalam kapal nih. Nak lepak kat deck 10 tu panas meghelit.. tak tahan... takkan nak tido je. Nak tido kalau, baik duk rumah saja. Jadi, mari lah turun.
Amik yg kul 11.10pg punya bot.
Da nampak Krabi - tp still tak dock. |
Orang yg amik pakej, suppose kul 9.30pg dah keluar.
Tapi, ada masalah tak boleh nak dock, dalam kul 11 baru 1st grup keluar.
Maka, kiterang pun jadi lewat lah.
Kul 12 baru naik bot utk ke jeti kat Krabi.
Begitu lah nak naik bot ke Krabi. |
Skali kau.. jauh.. kat Nopparat Thara Beach tu.
Kalau siapa pernah ke Krabi, tpt dia yg dekat tpt naik nak g island tu (e.g Phi Phi Island), kita akan naik speed boat kat situ. Ha.. kiterang tahu la sbb dah pernah naik situ kan.
Jauh. Mmg la jauh nak ke Ao Nang Beach.
Tp entah cemna, rasa taknak naik tuk tuk.
Lalu berjalan lah ikut tepi pantai. Jauh woi sebenarnya.
Ingat nak la makan kat Chaba Rest tpt kami makan dulu tu. Skali dah takde kau. Hey.. pelik nya...
Tapi, sempat makan pancake makcik Yaminlah.
Yey! Sedap sedap sedap.
Dekat dengan hotel kiterang menginap masa kiterang datang sini 2 tahun lps.
Byk berubah gak la pekan Ao Nang nih.
Takde pun teringat nak massage kaki ke apa ke.
Kul 3.30 kiterang balik semula ke jeti.
Kali ni naik tuk tuk.
Kemain dia 'tekan' bila cakap jeti nak ke cruise tu.
Tu yang nyampah. Mujo aku sempat jeling rate tuktuk masa turun dari jeti tu.
Tu pun kira dah mahal dia amik. Memula dia nak 120baht. Giler. Taknak aku. Ingat aku tak bole jalan kaki ke. Pastu dia kata 100baht utk 2 orang. Walhal 100baht tu suppose dari McD (orang pernah pergi tahu la McD tu kt mana kan. Paling hujung di AoNang tu.
Tapi takpe lah. Naik je. Dalam 10minit gak la nak ke jeti tu. Jauh rupanya kiterang jalan. Hihi. Tkpe lah. Bakar lemak sket yaw.
Kembali ke cruise - mandi2 n bersiap utk Gala Dinner.
Sebelum tu ada Gala Cocktail Party. Tp kami tak pergi.
6.45pm terus kami ke Spice-deck 10- utk Gala Dinner.
Cea.. konon dinner sgt la kan. Ada dress code bagai kan...
Tapi, makan buffet biasa jugak. Cuma makan bes sket la dari biasa.
Sbb Spices ni restoran Halal kan, so makanan ala2 melayu sket la.
Suppose ada captain skali makan ngan kiterang, tp takde pun.
Mungkin kat restoran lagi dua tu ada la kot (ada 3 restoran serve Gala Dinner).
![]() |
Beriyani. |
![]() |
Goreng tepung |
![]() |
Udang tu.. beso penumbuk laki aku kata. |
![]() |
Udang tu besar ya. Dah sama besar ngan ayam. Tp nak makan lebih dari 2 tak boleh. 2 je le boleh hadap. |
Kami duk meja sharing. Masa ni ada kenal2 couple Melayu dari KL gak. Oke je couple ni (dan aku suspect TTC'ian gak nih. Hihi). Sempat berkenalan. Kerja di TM.
Selepas tu - g solat jap dan lepak kat deck 10.
Malam terakhir kan.
Ada farewell party kat Pool Deck.
Awal2 tu tak ramai. Sbb dalam kul 10 tu ada Gala Jackpot. Haha. Chinese seme ke situ la kan. Ekceli pun, main business mmg itu lah kan. Cam kat Genting - main (utama) dia casino lah. Sama la sini pun - Genting punya gak. Kalau kat Genting dia ada theme park, kat sini dia ada cruise la. Ada skali aku makan ngan chinese couple. Si wife dia siap tnya kiterang tak pergi Casino ke? Oh my..oh my. Nasib la husband dia tahu kiterang tak boleh nak main. Kalau kat Genting mmg ada tulis Islam tak boleh masuk, sini mana ada. Bila dah masuk perairan International - mana terpakai law kita dah. Tapi, yang penting, kita takde niat tu semua kan. Niat kita nak menghayati keindahan ciptaan Allah SWT.
Malam tu mmg melepak puas2 kat deck.
Angin kuat.. dan bila duk tepi deck tu - mengadap laut yang luas - dongak ke langit - terpandang langit yang terbentang - perasaan tu tak dapat digambarkan. Terima kasih Ya Allah atas peluang ini. Mmg sungguh rasa bersyukur sgt.
Masa cruising dari Krabi kembali ke Msia ni, nampak bot2 nelayan. Malam sebelumnya tak nampak. Banyak sgt. Mmg rasa seronok pun.
Malam tu supper kat pool deck jugak. Aku tak makan dah. Tak lalu dah...
Lps tu tido. Nak balik Penang dah.. Huhu...
Label
cruise,
cruising,
Cuti Cuti Cinta,
Krabi,
superstar Libra
Wednesday, January 15, 2014
Cruising 2014 : Phuket
6 Januari 2014 - Isnin
Bangun pagi, kapal da masuk perairan Thailand.
Solat - breakfast kat Four Season. Tak ramai orang sbb kami turun kul 7.30pagi. Hehe. Senang. Takde la nak saing2 ngan reramai kan.
Lepas tu lepak deck 10 lagi.
Best kot. Angin kuat giler.
Kapal berlabuh dalam kul 12 camtu. Kat Phuket derang bagi turun lama. Smpai kul 12 t/malam.
Aww... fefeling Titanic meh... |
Dalam kul 12 thari, lunch dulu. Orang yang amik tour gi Phuket da get ready la nak turun as derang nyer bot datang awal, dalam 12.45pm. Kiterang amik free n easy dan yang amik time paling last. Kul 2.15pm. So, sempat la kami tido kat bilik dulu. Err..bukan tido - ter tido sebenarnya. Seb bek tak terlepas bot. Terjaga kul 1.30pm. Mujo. Huhu.
So, bila announcement mintak berkumpul kat tingkat 5, kiterang pun pergi. Tup2 dia nak suruh kiterang naik bot dengan yang kul 1.45pm. Ooo.. tak jalan lagi la bot derang ni. Ha..berkejaran la dibuatnya. Eii.. tak suka tau rushing2, padahal kita bukan naik bot tu patutnya. Tp dah derang suruh, pergi je la. Tp oke gak, takyah nak tggu dalam bot lelama. Naik tender boat kat tgkt 1, jadi kena turun tangga dari tingkat 5 tu - sbb dia da siapkan line satu barisan je la kiranya ke bot. Nak keluar kena swipe access kad.
Jeti tempat turun |
Patong town. |
Ada pancake gak. Tp sini lain sket dari Krabi. Mahal sket dari Krabi. 80baht. Kiterang amik Coconut + Nutella. |
Semua pun akan tgkp gmbr ni kan. Ihiks. |
Nun... cruise dari jauh kelihatan. |
This is our 1st time ke Phuket (Patong Beach) ni.
Tak pergi town, jadi tak tahu la cemana keadaan town dia kan.
Kami jalan2 kat kedai area Patong tu je.
Beli t-shirt Phuket, beli suar gobos tu, beli beg kalis air (padahal kat Krabi lagi murah), beli souvenir sket. Tak banyak pun.
Dalam kul 5.30pm kiterang balik naik bot utk ke cruise balik (waktu ikut jam Malaysia - jam Thailand lewat sejam)
Kul 7pm - dinner - kali ni try kat Mariners Buffet kat deck 9 plak. Tp aku cam dah tak lalu nak makan nasik. Just makan mushroom soup ngan roti ja.
Yang menyampah adalah aku lupa nak roaming phone. Ye lah dulu guna Celcom - lps sekali register dia dah auto roaming. Ni da tukar Digi. Yg UMobile hampeh tu mmg aku tak roaming. Ada uncle tu pakai phone biasa je, siap bole cakap ngan anak dia kot. MyDH siap perli aku 'ini olang ha..itu phone saja besa woo.. tapi apa pun tak guna, kasik campak itu laut la..' Mengong kan...(-_-")
Lps makan lepak la atas deck lagi. Tapiiii.. mengantuk la hai... tido awal malam tu. Ingat nak berlibur tgk crew buat show kul 10.30pm. Tak dapek la.. mmg tahap tak boleh buka dah mata aku. Penat berjalan kat Phuket tu la gak nya.
Jadi, tamatlah cerita hari kedua di Phuket.
Label
cruise,
cruising,
Cuti Cuti Cinta,
Phuket,
superstar Libra
Tuesday, January 14, 2014
Cruising 2014 : Penang - Phuket
*entry panjang dan banyak gambau*
5 Jan 2014 - Penang.
5 Jan 2014 - Penang.
Oke, meh la aku ceritakan serba sedikit dari awal prosedur pembelian tiket aku ni kan. Detail sket lah walau orang cam tak heran pun nak baca. Tapi, mungkin ada juga orang carik info berkaitan kan. Cam aku lah. Kalau nak gi memana aku suka baca blog orang. Even aku nak booking hotel kat Melaka pun aku google. Pastu kalau orang tu tulis sebaris dua je, takde info, aku cam ala.. frust nya..
As per previous entry aku dah citer aku beli tix kat Matta Fair - bulan Sept. Masa tu bayar deposit RM100 - pastu within a week kena settle kan total amount. Aku just bayar thro Maybank2U. Senang kan. Dah bayar just fax kan kita nyer resit. Lps tu dia akan emel kan confirmation tiket dan jugak map cara nak ke port tu. Dia mintak jugak kita bagi detail pasport. Tp aku tak bagi awal2 pun. Sbb aku nyer pasport nak mampuih bulan 4 tahun 2014. Maka, aku kena renew lah. Taknak la renew awal2 kan. Tu yg aku renew on November tu. Lps renew baru lah aku emel balik segala detail ke Star Cruises (SC). Pastu derang balas balik emel kata dah terima apa seme (masa ni cuti skolah, nak call kemain payah dapat). Senang kan. Thro emel je semua. Dah nak pergi tu baru aku tanya pasal parking apa seme.
Sebelum ke Penang, aku balik Perak dulu Sabtu tu. Lps tu, pagi Ahad baru gerak ke Penang. Dah tak jauh la. Sejam setgh sampai. Naik feri je lah dari Butterworth (eh, jap.. dah ada jalan baru ber tol skrg yer nak ke jeti feri tu). Port nak naik cruise tu mmg sepelaung je dari jetty ferry. Parking kat tpt yang mmg port tu punya. Masa aku call, org SC tu kata kena pergi cpt sbb parking limited. Parking situ RM5/per day. Suppose RM20 la kan. Ahad till Rabu. Tp orang jaga parking tu bagi RM15 je. Kami gitau gak balik hari Rabu. Entah. Diskaun mungkin. Hihi.
Kalau tak muat, boleh je parking kat public parking Padang Kota. Dkt jugak. Alah, dekat bulatan yg ada jam n bulatan ada buah pala terbelah tu. Tahu?? Ala, kalau keluar feri masuk kanan, dkt2 situ je lah.
Kami smpai dalam kul 12.00 kat Port. Check in jam 1pm. Ada ruangan menunggu. So, tggu lah sehingga kaunter di buka. Ada kerusi urut2 tu jugak. MyDH nak jugak g duk kat kerusi tu. Ha.. bayar dan pergi lah urut.
Dalam 12.45pm kaunter check in buka. Oh. No need to worry. Jangan rebut2 seakan bilik tak mencukupi. Kaunter banyak. Beratur je lah. Bagi pasport n confirmation tiket kita. Lps tu dia akan bagi access kad dan juga navigator utk hari Ahad n Isnin.
Kena baca nagivator ni sbb kat situ la kita tau apa xtvt yang ada, apa info2 penting. Ko tak baca tu mmg kau akan ketinggalan dan tercangak bangak. So, navigator is important.
Kegunaan access kad :
Kunci bilik dan jugak pengganti passport. Sepanjang cruising mmg passport takde ngan kita. So, turun Phuket ka Krabi ka, bawa la bersama 'nyawa' kita tu. In case jadi pepehal tunjuk je access kad tu. Access kad tu jugak pengganti cash. Some transaction tak perlu bagi cash dulu - cam nak beli air juice ke, so, bagi je lah access kad tu - nati dia masuk la dalam bil kita. Nanti hari last tu baru lah kita bayar.
![]() |
Motip baju aku sama ngan baju org dpn tu? |
Kegunaan access kad :
Kunci bilik dan jugak pengganti passport. Sepanjang cruising mmg passport takde ngan kita. So, turun Phuket ka Krabi ka, bawa la bersama 'nyawa' kita tu. In case jadi pepehal tunjuk je access kad tu. Access kad tu jugak pengganti cash. Some transaction tak perlu bagi cash dulu - cam nak beli air juice ke, so, bagi je lah access kad tu - nati dia masuk la dalam bil kita. Nanti hari last tu baru lah kita bayar.
Lepas check in terus la masuk utk pemeriksaan imigresen. Takde la cop apa pun. Prosedur imigresen lah.
Check bag segala. Then sebelum masuk cruise, passport akan dikutip dan disimpan oleh pihak SC. Maka tiada lah passport sepanjang cruising tu. Lps tu dah boleh masuk kapal. Huye huye.
Check bag segala. Then sebelum masuk cruise, passport akan dikutip dan disimpan oleh pihak SC. Maka tiada lah passport sepanjang cruising tu. Lps tu dah boleh masuk kapal. Huye huye.
Ada joget joget kat pintu masuk |
Masuk je cruise dah boleh terus ke bilik. Carik la bilik kau sendiri. Hihi. Ala. Tak tahu tanya je kat staff atau cabin crew yang ada. Mereka sgt membantu. Pintu masuk adalah di tingkat 4. So, kami ni duk di cabin golongan marhaen je. Maka, marilah kita turun ke bilik kita di tingkat 2. Hihi.
Bilik comel ja. |
Bilik air pun comel jugak. |
Siaran tv mmg takde masalah. Astro |
Dia ada 3 restoran yg inclusive dalam bayaran kita tu. Kira cam masuk je lah makan - takyah bayar dah. Lps makan terus naik ke deck 5 sbb nak reserved kat Gala Dinner. Tgk orang da q. Maka, kita pun q. Hihi. Buka je pintu utk buat reservation terus masuk. Takde lama sgt q.
Sedang menunggu utk reserved Gala Dinner |
Belum gerak dari Penang lagi ni. |
Pukul 4.45pm ada safety drill. Mandatory katanya. Jadi pergi lah. Ala, apa salahnya dengar kan. Malang tak berbau kata orang, kalau jadi apa2, at least kita dah tahu. Kat situ dia bagi lah mana kita punya tpt assembly kalau jadi apa2. Pastu camna cara nak pakai life jacket.
Dah settle safety drill - ha.. bertempiaran lah kita ke deck 9 (pool deck) dan deck 10. Welcoming party katanya. Hua hua hua. Masa tu kapal dah bergerak tinggalkan Penang. Bye Penang.
Dalam kul 6.30 dinner start. BBQ dinner. Makan kat area pool deck tu lah. Memacam ada. Makan lah sebanyak yang mampu. Jangan membaziaq sudahhh... tapi kan, orang kita ni kan, takyah la nak berlagak sangat kalau dgn orang kita sendiri. Aku tak la kata semua. Ada yg senyum.. senyum. Ada sorang minah ni kerek nya. Dia tgh beratur. Amik pinggan. Tp dia tak pegang pinggan tu. Masa tu dia masih kat meja yg ada byk pinggan2 lain. Aku teramik pinggan dia. Dia jeling aku. Pastu aku cam kenapa? kenapa?. Ooo.. aku teramik pinggan dia - aku say sorry - huh! marah dia - sket tak pandang muka aku. Alahai... ko Melayu, aku Melayu.. tak ramai pun Melayu dalam kapal tu - tak salah pun ko tgk aku - senyum ke apa. Ni tak, muka kerek ya Tuhan. Melambak lagi pinggan lain. Atau pun ko cakap lah, eh, tu pinggan saya.. tak boleh ke nak friendly sket. Alahai.... Dengan turban2 dia - kira cam stailo sgt lah. Makan nasik je punnnnn...... Yg smpai 2 pinggan skali nak amik kenapa. Hiii.. mujo lepas2 tu aku tak jumpa dah. Baru naik kapal Superstar Libra ni dah rasa tinggi sgt ke kedudukan? Kalau naik Virgo ke apa lagi besar, entah lah.. sama tinggi la hidung dengan turbannya agaknya...
![]() |
Udang besar. Tp itu je pun yg aku mampu makan. |
![]() |
MyDH punya 1st round. Huhu |
![]() |
Byk food station. |
Sebelum tu kami tgk pakej2 tour kat Phuket. Ingat nak amik la satu pakej tp sbb dia nak minimum dalam 15 orang - maka tak dapat la nak join. So, kita decide free n easy je lah. Amik sticker kat reception counter je. Utk free n easy dia bagi 3 time untuk turun - 1.15pm, 1.45pm dan 2.15pm. Kami amik yang turun pukul 2.15.
Malam ada magic show kat Deck 5 - (Stardust Lounge) Sbb lambat, dpt la duk blkg2. Menarik la jugak. Keluar dari tgk magic show, boleh tgk gmbr2 yg ditangkap masa siang tu. Kalau nak beli, boleh beli. Dia letak kat photo gallery luar Lounge tu. Lps tu, ada xtvt - treasure hunt ke apa ntah kt pool deck. Pastu joget2. Kiterang lepak jap atas deck 10. Menghirup udara laut.
Kul 11 ada supper. Suppose ada 2 restoran yg available utk supper ni, tp dia buka 1 je. Dah la itu restoran cina. Kiterang tak makan pun.
Kul 11 ada supper. Suppose ada 2 restoran yg available utk supper ni, tp dia buka 1 je. Dah la itu restoran cina. Kiterang tak makan pun.
Oh, walau kami duk kat cabin golongan marhaen ja, tp oke lah. Lena ja tido. Takde la bunyi enjin ke apa. Bawah tu ada lagi cabin utk crew.
Settle hari pertama :)
Label
cruise,
cruising,
Cuti Cuti Cinta,
Penang,
superstar Libra
Subscribe to:
Posts (Atom)