Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Friday, November 1, 2013

Doa Untuk Ibu Bapa

imej : google


p/s : 1 November 2013. 2 bulan lagi je di tahun 2013. Memang cepat masa berlalu.

Friday, October 25, 2013

Doa Pelindung Diri & Doa Keluar Rumah

kredit : Here


kredit : here
*****

Moga kita dan keluarga serta kesemua rakan-rakan dijauh kan dari segala mara bahaya. Aminnn.......

Friday, August 16, 2013

Sujud Syukur

Sujud Syukur ialah sujud dua kali yang dilakukan untuk menyatakan rasa terima kasih atas nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala, juga sujud apabila mendengar atau melihat berita yang menggembirakan dan terselamat atau terlepas dari malapetaka/bala bencana.
Sujud pertama adalah sujud taat manakala sujud ke-dua menunjukkan kesyukuran. Sujud ini hanya dilakukan di luar solat. Bacaannya boleh juga sama seperti bacaan ‘Sujud Tilawah’.

Tips Sujud Syukur

Sujud syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah s.w.t atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12)
Dan juga sabda Nabi yang bermaksud :
“Dari Abu Bakrah r.a.Bahawasanya Nabi s.a.w. apabila telah datang kepadanya suatu urusan yang menyenangkan atau beliau gembira kerana sesuatu, beliau sujud ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah SWT.”( Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)
Cara untuk melakukannya tidaklah susah sangat nak buat sujud syukur ini.. Tak sampai lima minit atau kurang lagi.

Rukun Sujud Syukur Adalah Seperti Berikut:

  • Niat
  • Takbiratul Ihram
  • Sujud (sekali sahaja)
  • Salam
Dan syaratnya sama seperti hendak sembahyang fardhu, iaitu dalam wudhu, mengadap kiblat, menutup aurat dan sebagainya. Ini maknanya, anda boleh mulakan sujud syukur, dalam duduk (macam duduk antara dua sujud).
Takbiratul ihram dan niat, terus sujud. Selepas bangun dari sujud, beri salam. Mudahkan?
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Dari itu, Diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Berikut adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :

Maksudnya: ”Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”
Jika anda tak hafal yang ini, dan mahu mengerjakan sujud syukur, masih boleh.
Baca sahaja yang anda selalu baca waktu sujud. Ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur selalu, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau kecapaian sendiri.
Nota tambahan:
  • 1.
    Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Terdapat 5 rukun didalamnya iaitu: Berniat, takbiratul Ihram, sujud satu kali sahaja ,duduk selepas sujud dan memberi salam.
  • 2.
    Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
  • 3.
    Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
  • Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan solat sunat syukur. (Mughni Al-Muhtaj 1/219).
    Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu dengan bersedekah atau solat dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
    Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

    Friday, July 5, 2013

    Doa Mengurangkan Kesakitan

    Kredit : Here

    Letakkan tangan pada bahagian yg sakit dan bacalah doa ini.
    Insyaallah. Dgn izin Allah.

    Waktu baru lepas operate tu ari mmg doa ni lah yg di baca.
    Kebetulan mmg ada dalam buku Ruqyah keluaran Darus Syifa tu.
    Dengan izin Allah, mmg lega.

    Sama sama kita amalkan :)

    Friday, March 22, 2013

    Teruskan Berdoa


    Artikel kredit : Iluvislam

    Mengeluh Penat Berdoa

    Daripada al-Nu'man bin Bashir r.a.; Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Doa adalah ibadah.' (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

    Untuk diejanya perkataan doa memerlukan huruf yang sedikit sahaja, iaitu tiga huruf (D.O.A). Seringkas ejaannya maka begitulah perbuatannya. Berdoa adalah sebuah ibadah yang sangat mudah.

    Maka bersyukurlah kita kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang maha pemurah dan maha mengasihani yang mengurniaan sebuah ibadah yang dipanggil doa.

    Ibadah Yang Mulia

    Di samping itu, doa menunjukkan perbezaan antara perhambaan manusia dan perhambaan dengan Tuhan. Allah SWT memberikan ibadah doa kepada kita sebagai medium dan tempat terbaik untuk meluahkan perasaan kita sebagai hamba-Nya.

    Malah, Allah SWT sendiri melabelkan bahawa berdoa adalah sebuah ibadah yang mulia disisinya:

    Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:

    "Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T melainkan doa." (Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

    Tetapi dalam kalangan kita pula asyik memandang enteng akan kelebihan berdoa ini. Contohnya seusai solat, terus beredar tanpa berdoa sedangkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi menyatakan:

    "Rasulullah s.a.w. ditanya oleh seseorang: "Apakah doa yang lebih di dengar, lebih makbul dan mustajab?' Baginda s.a.w. bersabda: "Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat fardhu."

    Mustajab

    Kita menyalahkan Allah SWT kerana tidak memakbulkan doa kita sedangkan kita tidak bersungguh-sungguh dalam meminta. Banyak hadis yang mengatakan keadaan, tempat dan waktu yang mustajabnya doa kita; di antaranya :

    Berdoa ketika berbuka puasa
    Berdoa ketika bermusafir
    Berdoa di antara waktu azan dan iqamah
    Berdoa di hujung solat-solat fardu
    Berdoa pada waktu penghujung malam
    Doa orang dizalimi
    Doa bapa kepada anaknya 
    Dan sebagainya

    Tetapi, adakah kita tahu bila masanya Allah SWT akan mengkabulkan doa kita?

    Adakah esok, lusa atau sepuluh tahun kemudian atau dia mungkin tidak memakbukan doa tersebut?

    Adakah kita tahu, mengapa Allah S.W.T mengatur sedemikian rupa ?

    Apabila Allah S.W.T segera memakbulkan doamu, maka dia menyayangimu.

    Hikmah Waktu Berbeza Doa Dimakbulkan

    Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah: 186)

    Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.

    Menurut al-Khatabi:

    "Jika Allah SWT tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya dari kecelakaan, atau menggantikannya dengan pahala."

    Menurut Hukama:

    "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi apa yang dipohon, atau menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak dari yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."

    Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

    Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

    "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah: 216)

    Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah SWT

    Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi, maksudnya:

    "Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini." (Hadis Qudsi)

    *****
    Teruskan berdoa. Semalam dalam Forum Ehwal Islam pun ada membincangkan berkenaan doa. Antara kata panel, sekiranya Allah tak memakbulkan doa kita di dunia, kemungkinan doa itu dimakbulkan di akhirat... Pasrah. Dan Redha kalau itu lah yang terbaik untuk kita....

    Friday, February 1, 2013

    Nazar


    Syarak : Janji untuk kebaikan khasnya
    Istilah ulama’ feqah : Beriltizam untuk mendekatkan diri dengan kewajipan yang tidak disyarakkan secara mutlak atau pun terikat dengan sesuatu.

    Dulu masa belajar salu juga buat nazar ni kan. Kalo dpt DL - puasa sekian sekian hari. Sekarang dah jarang sket la. 


    Sebenarnya aku ada jugak niat bernazar utk sesuatu, dan akan tunaikan nazar kalo perolehi rezeki tu. Cumanya.. aku kena 'gali' sket la pengetahuan pasal nazar ni. Kalo dulu tu main buat ja kan. Dipetik dari blog ini - hikmatun. Agak clear juga lah bila di baca.


    Contoh macam ini.


    Kedua  : Perkara yang dinazar itu bukan daripada kewajipan yang memang telah diwajibkan dari mulanya lagi

    Sekiranya seseorang itu bernazar untuk solat Zohor atau ingin mengeluarkan zakat hartanya maka nazarnya itu tidak sah kerana nazarnya itu tidak membawa kesan kepada kewajipan yang baru. Ini disebabkan solat Zohor dan zakat hartanya itu memang telah wajib dari mulanya lagi tanpa memerlukan kepada nazar lagi.

    Dan terkeluar daripada kewajipan yang telah ditentukan ialah perkara yang diwajibkan secara fardhu kifayah maka ia diharuskan untuk bernazar dengannya. Sebagai contohnya seseorang itu bernazar ingin solat jenazah atau pun belajar ilmu fardhu kifayah seperti kedoktoran, jurutera dan sebagainya maka nazar ini diharuskan. Ini adalah kerana nazarnya tadi akan menjadikan fardhu kifayah pada asalnya kepada fardhu ‘ain. Fardhu kifayah hanya diwajibkan kepada sesetengah orang atau kumpulan sahaja di mana jika telah ada demikian itu maka segala kewajipan tadi akan gugur ke atas orang lain sedangkan fardhu ‘ain diwajibkan ke atas individu dalam apa jua keadaan.

    Kadang-kadang macam menda kita nazar tu dah satu kewajipan kan. Tp cam puasa sunat.. oke lah. Lain lah kalo nazar nak puasa di bulan Ramadhan. Tu nazar cingelat namanya tu. Puasa bulan Ramadhan mmg wajib.

    Perkara dinazar juga bertujuan mendekatkan diri kepada Allah. Cam kata lah kita bernazar nak bertudung - itu dah kewajipan kan. Tp kalo kata bernazar utk bertudung dengan cara yang dituntut dalam Islam.. boleh kata nazar ke? Wallahualam..


    Pertama : Perkara yang dinazar itu merupakan perkara yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah

    Tidak boleh bernazar kepada perkara yang diharuskan oleh syarak kerana perkara itu tidak membawa kepada pahala atau dosa bagi sesiapa yang melakukannya. Jika seseorang itu bernazar dalam perkara yang diharuskan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya maka ia tidak memberi kesan apa-apa kepada nazarnya.

    Dalilnya adalah sebagaimana hadis riwayat imam Bukhari daripada Ibnu Abbas telah memberitahu : Adalah nabi S.A.W ketika berkhutbah, tiba-tiba ada seorang lelaki yang bangkit dan bertanya tentang dirinya. Maka mereka(para sahabat) bertanya : Abu Israel telah bernazar untuk sentiasa bangun, tidak duduk, tidak berteduh, tidak bercakap dan berpuasa. Maka jawab baginda S.A.W yang bermaksud : Biarkan maka bercakaplah, berteduhlah, duduklah dan tunaikan puasanya.

    Hadis ini menunjukkan kepada kita bagaimana Rasulullah S.A.W menyuruh orang yang bernazar tadi untuk hanya berpuasa kerana puasa merupakan perkara ibadat dan taat. Maka menunaikan nazar berpuasa itu adalah wajib.
    Begitu juga dilarang bernazar dalam perkara yang diharamkan seperti membunuh dan berzina.

    Dilarang juga bernazar dalam perkara yang makruh seperti bernazar untuk meninggalkan sunat rawatib setiap kali selepas solat fardhu. Ini adalah kerana bernazar untuk melakukan perkara makruh dan haram bukan termasuk dalam perkara yang bertujuan untuk mendekatkan dirui kepada Allah dan ibadat.

    Dalil yang mana imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : Bukan nazar dalam melakukan maksiat kepada Allah.

    Abu Daud meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Bukan nazar melainkan pada apa yang mengharapkan penerimaan Allah.

    Bagus juga ada perkongsian ilmu camni.

    Lain-lain berkenaan nazar, boleh klik :





    Saturday, January 5, 2013

    Solat Istikarah dan Doa


    Tujuan Solat istikharah dilaksanakan adalah untuk membuat pilihan yang tepat di antara dua pilihan, seperti mendapat dua tawaran pekerjaan dalam satu masa ataupun mendapat dua pilihan gadis untuk dijadikan isteri serentak.
    Solat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat ,waktu yang paling afdal dilakukan pada jam 2-3pagi.Niatnya ialah:
    Usalli sunnatan istikharati rokaataini lillahitaala
    Bermaksud: Sengaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala,
    Rakaat pertama selepas fatihah bacalah suarah ayat yang anda ingat/hafal,kemudian rukuk,iktidal,sujud,duduk antara dua sujud dan bangun lalu teruskan rakaat kedua,selepas fatihah pilihlah ayat yang anda hafal.Kemudian rukuk,iktidal,sujud, sebelum duduk tahayyat akhir dalam sujud terakhir minta niatkan dalam hati supaya Allah gambarkan dalam tidur jawapan yang tepat hasil daripada solat yang telah anda lakukan.
    Jika pada malam pertama tiada jawapan,anda jangan mudah berputus asa cuba lagi pada malam berikutnya sehinggalah jawapan yang sama digambarkan oleh Allah ketika tidur, MAKA itulah jawapan  yang sebenarnya.Wallahu a'lam.
    kredit : islamgrid

    Doa solat istikarah

    “Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

    ******
    Perlu beristikarah kerana ada satu keputusan yang patut aku buat masa ini. Ya Allah bantu lahku utk permudahkan urusan ini. Amin...

    Friday, December 7, 2012

    Doa : Dipermudahkan Urusan


    p/s : No weekend again. Terpaksa balik Perak ptg ni.

    Friday, November 30, 2012

    Doa : Ketika Stress

    Tarik nafas jap..

    Aku berdoa aku jangan la stress.
    Lately ni mmg kelam kabut dibuatnya.

    Ari ni kena pegi course (lagi!).
    3 ari.
    But in the same time, esuk n lusa ada kelas ganti. 3 jam - 3 jam.
    Selalu takde kelas weekend, minggu ni plak ada.
    Aduhai. Mmg cabaran kan.
    Presentation term paper lak tu.

    Aku kena committed utk kerja, and in the same time, kelas pun tak boleh diabaikan. Mujor lah course hanya di Putrajaya. Buleh la ulang alik. 

    Jadi, elok lah amalkan ayat kat atas tu. Supaya hati menjadi tenteram. Insyaallah.

    Friday, July 27, 2012

    Ihya Ramadhan 7 : Doa Pembuka Dua Belas Pintu

    Kredit : FadzilahKamsah.com

    Doa Pembuka Dua Belas Pintu.
    Memang ada entry ni thn lps kalo tak silap. Tp di bulan mulia ni, sekali lagi, nak buat entry doa ini.

    Sejak diberikan oleh seorang sahabat yg prihatin, saya memang amalkan. Saya ucapkan terima kasih berbanyak pada kawan tu (u know who u're). Walau kita tak pernah bersua muka, tapi teringat dia juga pada saya. 
    Biasanya saya amalkan doa ni, sejurus masuk keja di awal pagi. Sebelum memulakan tugas, Al-Fatihah dan doa ini lah yg dibaca dahulu.
    Dan dengan izin Allah, serta ketentuanNya, Alhamdulillah, ada pintu rezeki yang diberi olehNya.
    Bukan lah kita hanya bersandar pada doa semata. Doa tanpa usaha pun rebah juga. Doa, usaha, tawakal. Itu memang hakikatnya.
    Sama-sama kita berkongsi.

    p/s : Sekarang ni memacam pendapat keluar kan. Esuk esuk nati ada yang kata doa camni pun tak boleh diamalkan. But, Islam memang mudah dan memudahkan. Tengok ayat, tenguk makna. Insyaallah, tak memudaratkan pun untuk diamalkan. Doa sebagaimana kita pinta pada Yang Maha Esa selepas solat. Allah Maha Mendengar. Insyaallah :)

    Sunday, March 25, 2012

    Dia Maha Mengetahui

    Sebuah artikel yg dapat memotivasikan diri saya yg sedang di uji oleh Allah.


    Allah bukan tidak menjawab, tetapi Dia Maha Tahu bila hendak menjawab

    Lama bertahan kadangkala membuatkan kita kecewa. Lebih menyakitkan hati, apabila kita cuba meluahkan penderitaan kita, orang lain hanya tahu menyatakan sabar sahaja. Sedangkan yang kita perlu adalah ‘tindakan’, bukan sekadar bicara-perkataan.

    Tetapi apabila kita balik kepada hakikat ujian tadi, dan tujuannya, bukankah hati sudah sedikit tenang? Nyata di dalam ujian itu juga yang ada hanyalah kebaikan-kebaikan sahaja.

    “Yalah, aku faham semua itu, tetapi aku manusia.”

    Ya, saya faham. Saya juga manusia. Sebab itulah saya bermula dengan kebersihan iman, dan mengajak kita memahami hakikat ujian. Sebab saya sendiri pernah gugur dan jatuh. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Tersungkur, saat-saat merasakan diri ini ditinggalkan. Pernah hendak cuba menjerit ke langit dan memarahi Allah, pernah juga terfikir untuk merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Saya pernah bersedih hingga ke tahap itu. Dan saya yakin, esok lusa akan ada lagi ujian-ujian yang lebih hebat dari yang pernah saya lalui, yang akan membuatkan saya terlutut semula.

    Tetapi, ada kelainan apabila kita memahami apakah itu ujian? Mengapakah diturunkan ujian? Apakah tujuan ujian? Ada perbezaannya apabila kita memahaminya. Apatah lagi apabila kita punya keyakinan terhadap Tuan Punya Ujian.

    Akhirnya, lama-kelamaan, saya melihat bahawa putus asa itu sebenarnya berlawanan dengan kewarasan akal. Akhirnya saya berjaya melihat bahawa, menjerit ke langit itu berlawanan dengan kewarasan akal. Begitu juga merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Sebab sebenarnya, kita ada satu lagi pilihan. Itulah dia terus bertahan.

    Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

    Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya bonus.

    “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

    Bagaimana agaknya, orang-orang yang teruji, sampai rasa tidak punya lagi harapan, dan pada saat itu sampailah pertolongan yang selama ini diharapkan? Bukankah kekuatannya akan lebih tertingkat? Bukankah dia akan menjadi yang lebih bersyukur? Bukankah keimanannya akan melonjak?

    “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 25-26.

    Saat-saat sebahagian manusia telah berputus asa dan berundur, dan sebahagian lain pula kekal bertahan dalam keadaan kekalahan, bukankah apabila Allah turunkan pertolongan pada saat itu akan berlakunya peningkatan terhadap yang kekal percaya? Bukankah telah tertapis daripada golongan pejuang itu mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah?

    Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya.

    Dia tahu waktu dan ketikanya.

    Yang tinggal adalah kita. Apakah mahu kekal bertahan dan percaya? Atau mengalah, menjadi yang rugi selama-lamanya?


    kredit : google

    Friday, November 11, 2011

    Hati Ikhlas Pasti Dibalas



    Doa Nabi Zakaria agar dikurniakan anak dan mendapat zuriat yg soleh,bacalah surah al-anbiya' ayat 89 & surah ali imran ayat 38.Moga segala doa dikabulkan Allah,amin.Yg penting jgnlah berputus asa berusaha,berdoa dan bertawakkal kpd Allah...ibadah jgn tinggal.Hati ikhlas,pasti dibalas..


    Dipetik dari FB Ustazah.

    Insyaallah... moga mendapat keredhaan dariNya.


    kredit : here


    *Bagi Surah Al-Imran Ayat 38 tu mmg aku hapal, tp yg lagi satu tu jarang baca.
    *entry pertama 11.11.11*
    *bagi reader baru, ingin ku kabarkan, aku akan sambut 3rd wedding anniversary bln dpn dan masih belum pernah mendapat nikmat menjadi ibu, malah sehingga ke tarikh keramat hari ni, pun masih belum berpeluang mengandung. Di harap ada yg sudi mendoakan agar kami suami isteri beroleh rezeki itu.

    Thursday, October 27, 2011

    Doa Bersin



    Diriwayatkan oleh Abu Hurairah (رضي الله عنه) yang mengatakan bahawa Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda,
    Jika seorang dari kamu bersin, dia harus mengucapkan” Al-Hamdulillah ‘(Segala puji bagi Allah), dan saudara muslim anda atau orang yang bersebelahannya harus mengatakan kepadanya,’ Yarhamuk Allah ‘(Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pada anda). Ketika yang sahabatnya mengatakan ‘Yarhamuk Allah’, orang yang pertama tadi harus mengatakan, ‘Yahdikumul-lah wa Yuslih balakum’ (Semoga Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki keadaan anda). “
    kredit : http://www.alhikmahsj.com/sunnah/doa-ketika-bersin

    *utk peringatan. Asik lupa je nak sebut Yarhamuk Allah tu kalo dgr org bersin.
    *pasni ley igt bila da tulis camni. Huhu

    Friday, October 21, 2011

    Doa Di Hari Jumaat Ini


    Maksudnya :
    “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.”
    ((Rujuk Surah al-Anbiya’ ayat 89))