Kacamata?
Bila masa pula aku ber kaca mata?
Haha.
Oke, ini adalah pengalaman temuduga dari perspektif penjaga pintu. Ya. Penjaga pintu bilik temuduga. Aku lah tu si tukang penjaga pintu. Haha.
Mungkin orang akan kata, ah, baru sekali dua masuk bilik temuduga sudah mahu bagi perspektif bagai. Terpulang. Tp aku bukan masuk utk seorang dua calon. Tp sudah berpuluh. Eh, beratus ke.
Masa bulan puasa, aku berpeluang jaga pintu utk temuduga dalaman. Yg orang dlm yg nak naik jawatan baru. Bukan temuduga naik pangkat, tp kira temuduga utk lantikan baru. Yer, aku dulu pun tergolong dlm golongan ini bila kat jawatan skrg. Orang kata naik pangkat. Tp tidak lah. Tukar jawatan ja. Hihi.
So, dalaman ini biasa biasa ja. Lagi pun dah kenal sket orang orangnya kan. Cuma ada la yg cam sambilan seme tu, aku tgk agak take for granted. Suppose masa ini lah kena tunjukkan prestasi terbaik dlm temuduga sbb inilah peluang yg ada. Masa ini lah kena 'jual' diri. Agak kerugian di situ. Nervous mungkin. Tp rugi. Seriyes rugi.
Kemudian, lps raya baru2 ni, utk orang luar. Jawatan gred 17 lah. Calon luar, kita buka 6 jawatan. Yg mohon ada 14ribu lebih. Diulangi. 14 ribu ya. Bukan 14ratus. Utk jawatan Pembantu Tadbir saja, ada 7ribu lebih permohonan. Ada ijazah segala pun minta jadi pembantu tadbir. Jadi, bila dah di saring, dipanggil utk temuduga jangan lah sambil lewa. Jangan lah take for granted.
So, inilah pandangan dari seorang penjaga pintu bilik temuduga
#1 : Study.
Bukan study bagai nak gila macam nak amik exam. Tp at least, kamu mesti tahu nama penuh tempat yg memanggil kamu untuk temuduga. Tergagap gagap menjawap soklan "sebutkan nama tempat yg kamu mohon kerja ini?" Tak tahu nama penuh? Hurm. Dari 7ribu lebih yg apply, kamu antara lucky one. Mengapa persiakan? Sayang tahu. Aku rasa sedih bila ada candidate begini. Tp tak semua lah. Ada yg boleh jawab. Tp mostly tergagap gagap. Tak confident langsung. Aku tahu, derang ni isi borang online melalui JobMalaysia. Jadi, mungkin mereka tak perasan pun sapa yg panggil derang utk temuduga.
Seimbas lalu, masuk lah laman web, portal yang ada. Amik tahu lah sapa Ketua Pengarahnya, Timbalan nya. Fungsi jabatan. Tp tang KP seme tahu. Cuma tang timbalan, tiada sapa yg tahu. Kesian TKP yg ada bersama jadi panel.
Kemudian, perihal Kementerian. Ada yg tak tahu langsung nama kementerian. Kementerian Inovasi dibaginya. Oh. MOSTI la plak. Haha. Oke, mungkin nervous atau ada penyakit kegugupan. Nama menteri oke dah. Tp nama Timbalan.... kelaut...
Aku pelik. Pegi temuduga tanpa sebarang persediaan. How can dear? U're the lucky one. 7 ribu, dan kamu antara 20 terbaik. Aduhai.
Ada yg memberi alasan 'raya...tak smpat buka laman web?'. Kalo kamu sebagai majikan, terima ke jawapan tu?
Aku dulu nak pegi interview, jgn kata buka laman web, dgn menda dlm tu aku print segala. Penah aku interview kat SUK Negeri. Aku pun tatau apa perlu aku baca. Jadi, aku print senarai daerah yg ada kat negeri aku tu, keluasan dia segala. At least, ada something la boleh dicakap seolah kita tahu. Hihiw.
#2 : Penampilan
Tidak lah perlu mekap macam pokok krismas. Mengelip sana mengelip sini. At least, calitkan sedikit lah lipstik. Tak pun lip balm. Jangan lah dtg dgn muka berminyak berkilat. Tepek la sedikit compact powder tu. Sket ja pun. Bagi napak berketrampilan. Ye, aku tahu ada yg tak penah pakai tu seme. Ada yg macam eiii..eii.. apa ni mekap mekap, orang pakai bedak baby je lah. Tp pada hari anda yg terpilih dari ribuan umat tu, tolong lah 'menonjol' sket. Ada yg masuk utk jawatan PA. Tp alahai...
Tahu tak, salah satu etika temuduga adalah perlu memakai kasut bertutup berwarna gelap? Ada yg datang dgn sandal. Aduhai. Aku dulu pun tak suka pakai kasut bertutup. Tp utk temuduga aku dah sediakan sepasang kasut hitam bertutup. Mmg itu utk temuduga. Itu la sepasang kasut 'formal' yang aku ada.
#3 : Sedia untuk 'menjual' diri.
Bukan yg dua singgit..dua singgit tu. Jual dalam erti kata, promote lah diri. Apa kelebihan anda? 'saya mudah berkomunikasi dengan orang ramai'. Err.. kelebihan ke tu? Bahaya kut, kang tak buat keja, asik nyembang ja. Zaman skrang ni semua di hujung jari. So, google la kriteria pembantu pejabat ke apa ke, sure keluarlah. Lps tu, masuk interview kamu kelentong lah apa kamu baca tu. Yang penting - konfiden. Haha.
#4 : Tahu serba sedikit tentang jawatan dipohon
Mohon jawatan PA, tapi tatau apa tugas dan tanggungjawab seorang PA. Lagi lagi kata perlu menjaga rahsia majikan. Selainnya?? At least masuk lah web ini -
SPA. Kan ada sedikit job description di situ. Walo jawapan mungkin akan napak cliche, tp at least, kita tahu kamu ada melakukan sedikit study perihal jawatan kamu mohon. Ini lah jadinya bila mohon banyak banyak, dah tak tahu apa yg dimohon sebenarnya. Kasihan. Again, u're the chosen one. Ruginya tak buat betul betul.
#5 : Jangan terus buka cerita sedih.
Bak kata orang masa AF dulu tu, undi simpati. Contoh : saya tak kerja sbb mak saya sakit sekarang ni. Saya jaga mak saya. Oke. Bukan nak kata zalim dan tak simpati. Awal2 kamu dah buka cerita ini, nati cemna nak orang nak amik kamu bekerja. Boleh cerita pasal tu, tp twistkan jawapan. Mungkin boleh kata, sekiranya dapat kerja ni, saya akan bawa mak saya tinggal bersama saya. Lps tu mesti orang tnya kenapa. Dan baru cerita. Jangan awal2 dah bagitau apa masalah kita. Masalah lah nanti jawapannya.
#6 : Konfiden.
Ini sedikit sebanyak dari ketrampilan lah. Cara duduk pun dah tahu kamu konfiden ke tidak. Style kami di sini, masuk bilik temuduga dlm grup. Ada dalam 6-8 orang skali masuk. Ini lagi lah kena fight dgn yg lain. Janganlah duduk pun melengkung je badan. Cuba duduk tegak. Dan senyum. Suara pun kena kuat. Cakap tgk mata penemuduga. Ini cakap pun antara dengar dan tidak ja. Alahai.
Jadi, itu lah diantaranya. Dulu, aku igt seme yg datang temuduga bersedia. Mesti dah tahu pasal syarikat la apa la. Dan aku bagai tak percaya sgt bila tk dpt bagi jawapan nama penuh jabatan. Serius. Sbb tu jangan kata orang masuk kerajaan ni ada kabel ke apa. Sbb kalo kamu sendiri men-down gradekan diri kamu, kamu dah bagi laluan pada kabel kabel tu. Apsal nak cakap kabel plak. Aku masuk keja ni, Alhamdulillah, takde kabel apa pun. Rezeki Allah. Begitu juga adik beradik aku yg lain.
Mana yg dapat guna kabel tu, lantak la meke la situ. Derang pun mesti rasa cam tak bes juga. Ada sedara mara dpt masuk. Tp itu rezeki derang. Lagi la rasa cam malu 'ah, ko buleh la masuk sini, abang ko ada sini'. Tp kalo prestasi keja tak elok.. ha, menanggung malu lah.
Jangan la bila dah tak dpt keja tu mula nak kata 'kerajaan, mmg la..ada kabel dapat la' smbil memuncung2 bibir. Padahal sendiri yg masuk temuduga macam hampeh (maaf cakap, tp mmg aku terkilan btul dgn prestasi anak anak muda ni. Kecewa sgt sbb rasa melepaskan peluang).
Kalau ada lagi, nati aku tambah ya. Namun, pada yg masih belajar, pada yg masih mencari pekerjaan, satu je lah 'akak' nak pesan - don't take for granted pada peluang yg ada. Rugi sgt. :)