Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Saturday, February 1, 2014

Borak Borak Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta #2

Minggu ini drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) makin menarik.
Jebat pun dah nikah ngan Mastura.
Tapi nikah gantung. Atok Mastura suruh nikah tapi lepas 2 bulan baru kenduri.

Dan Mastura pun biasa la. Datang la gedik dia kan.
Tapi, intim betul derang yg adegan lepas nikah tu kan.
Yang dalam bilik Mastura tu.
Takut ai nengoknya.
Siap peluk ketat2..
Awwww....
sharnaz, jebat, mastura, drama bukan kerana aku tak cinta
Ni yang aku capture la kan.
Kalau tgk #bukankeranaakutakcinta kat instagram lagi byk yg orang buat screencap.
Mmg adegan tu ramai yg suka kot. Ke ramai menyampah?
Tapi oke la gedik dia. Takde la gedik yg menyampah tu. Gedik manja.
Pandai gak la Nelydia bawak watak tu. Aku takde masalah. Suka je. Hihi.

Mmg klaka pun part dlm bilik tu.
Seme tora ding dang masuk. Haha.

Next week punya pun bes.
Jebat teman Mastura gi dinner. Pastu nati dia jumpa kawan lama dia masa dia jahat dulu.
Ah. Panjang lagi ni wes... memacam onak ranjau duri derang kena tempuhi.
Apatah lagi bila Mastura tahu Jebat ada tatoo tu.

Nampaknya ramai dah terJEBAT nih. Hihi.
Dan ramai terus beli novel dia sbb dah tak sabar nak tunggu ending.
Haha.

Sebbek ai dah lama abiskan novel tu. Ngehehehe.

*Ariana Rose a.k.a Wedding Breaker pun tak berusik lagi novelnya. Aku tak berapa nak suka plak citer tu. Semua la pulak suka gile ke Ariana tu. Haih. Cliche..cliche..

Thursday, January 23, 2014

Borak Borak Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Ah. Tgh sebok nih. Tgh wat final semakan candidates untuk interview next week and next month. But, nak gak borak2 jap.
Pasal drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Being me yg tak suka cerita pompuan yang lemah asik menangis - gaduh lepas tu baik pastu gaduh balik - hero hensem nak mampus - kawen kerana terpaksa lepas tu jatuh cinta. Drama ni mmg kategori favourite aku lah. But... no.. itu tidak bermaksud aku suka plak perempuan yg gedik2 macam perigi cari timba.

Bila nonton drama ni aku jadi suka plak kat Sharnaz. Heeheeeheeeheee *gelak slow jeeeee*

Patut la Shila Amzah jadi tak tentu hala masa clash tu ari kan.
Aku rasa cam Sharnaz ni mmg bawak watak dia sendiri lah jadi Jebat tu. 
Dan Nelydia pun not bad (aku tak follow sgt drama Setia Hujung Nyawa).


Sweet lah semalam punya episod. Bestttt.. tak sabar nak tggu next week.
Oh. Bukan aku je hardcore fan drama ni. MyDH pun samo.. kihkihkih.

Yang episod sebelum tu pun bes. Yg kat spital tu, bila Mastura kata Jebat hensem. Pastu Jebat kata 'aku pun tak tahu la kejadah mana hensem tu' Hi.. ailoike tau.
Pastu semalam sweet masa dia bawakkan sup ubat utk Mastura. Sup oink, oink. Pastu napak derang cam nak gelak. Hahahaha.
Pastu yang masa dia nak ajak Mastura kawen tu.

Hoi! 
Aku suka lah pendek kata. Hahaha. Giler.


Tak mengapa. Mari kita tgk gegambar dari instagram Sharnaz. Mereka berlakon ni mmg agak intim. Patut la Qi jeles tu hari kan. Hihi.

sharnaz ahmad, jebat




Haih. Panjang lagi citer ni. Kalau ikut novel, belum half pun dari novel.
Memacam la onak ranjau duri yang mereka akan tempuhi walau dapat kawen.
Kalau tak sabar, sila la beli novel. Hihi.

Oraits. Tu je lah.

Monday, December 9, 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta : Novel Ke Drama

Masa beli novel nih aku tak tahu pun novel ni akan jadi drama.
Aku beli masa Pesta Buku bulan April lepas. Utk jadikan bahan bacaan masa aku MC 1 month tu.
drama bukan kerana aku tak cinta
Oleh kerana aku dah baca novel ni. Dan aku puas ati dengan novel nih (sbb lain sket dari yg lain - tidak la asyik2 cliche saja - cerita orang kena kawen paksa - memula benci - lepas tu suka - malas nak layan citer camtu).

Pelakon pun aku tgk kena dengan watak2 dalam tu.

nelydia senrose, sharnaz

Kredit gambar : thr gegar
Oke la Sharnaz jadi watak gengster yang dah insaf tu - sesuai la kan (tup tup teringat kump Shiro dalam MLM yang buat spoof cerita Juvana tu kan - giler klaka oiii yg Shahrul tiru watak Lan Todak tu. Kalau nak kata utk MLM minggu tu, mmg aku suka Shiro. Hahaha)

Oraits, will b follow this drama - then nak record jugak sesiap sbb aku takut tertido je.

Oh ya, sedikit review dari aku berkenaan novel nih ada kat sini - review novel
Semalam tgk making of  dia Iqram kata mungkin ada kelainan la dengan novel. Ye lah, mmg la lain kan. Cam Teduhan Kasih tu pun tidak la sama sebijik. Tp oke la sbb citer ni mmg ada buat kita tertanya2. 

Monday, September 30, 2013

Edisi Drama TV3 : Ummi

Satu cerita yg buat aku sedih...sebak..
Memang sedih pun kot.
Semalam dah tamat dah pun.
Satu cerita yang sarat dengan kasih sayang.
Satu yg boleh aku dapat dari cerita ni adalah - bila kita buat baik dengan orang, orang pun akan baik dan bantu kita. Itu lah Ummi yang digambarkan dalam drama ni. Ummi ni baik sangat. Tp, tak sempat tengok anak anak jagaan dia membesar. Mujur lah mereka membesar sebagai orang berguna (walau tetiba ending tu, Comel dgn skirt pendek dia. Amboi.. hihik).
Tak kesah la kalau ada yg tak logik dalam citer ni (contoh cam bebudak yg lari dari rumah kebajikan, tup2 terus smpai spital. Tatau lah kot spital sblh rumah kebajikan je kan. Tup2 jugak boleh melawat Ummi derang memalam tu. Mungkin lah nurse bagi jugak masuk sbb kesian kan).

kredit : Here

Bebudak tu pun seme pandai berlakon.
Sedih benar nengoknya. Tetambah Comel tu. Yang masa mak dia mati accident. Yg si Danish tu ada iras2 Syamsul Yusuf la pulak. Pandai berlakon jugak. Yg jadi Amir tu mmg biasa berlakon pun.

kredit : here

Bes.
Moga ada cerita camni lagi nati. Ini asik citer cliche saja. Citer yg memula benci..pastu sayang.. herghh.. novel sangatttt.... kihkihkih... (T___T)

Tuesday, July 2, 2013

Episod Akhir Teduhan Kasih

Today.
Episod semalam sgt la menggeram kan.
Totally different dah dari dalam novel.
Dalam novel takde citer pasal PA Ehsan yg hutang along seme tu.
Dalam novel takde Ayu kena tangkap basah.
Dalam novel mak Rizal pun tak insaf kalo tak silap aku. Lupa dah.
Dalam novel Kaklong dia kena jugak. Laki dia kawen lain.

Memang la orang akan kata, kalo orang tu bawak watak jahat lps tu kita pun jadi benci, pelakon tu berjaya. Ye lah, tp takyah la buat melampau sangat nak suh orang geram.

Tup2 plak si Ehsan plak dah cam org bodo je apahal.
Ni ending sama ke tak cam novel?
Gila tak Ayu tu? Ke mati jugak. Cliche sgt la kalau mati. Sket2 nak abiskan watak - mati. mati. mati.


Eh. Emo. Haha.
Bengong.


Petang ni nyer episod da siap2 rekod.
Takut apa2 hal, balik lambat plak kan.

Smlm siap rekod utk myDH. Haha. Berkali2 dia pesan. Sbb ada hal kat ofis yg kena balik malam. Aku? Hihi. Tak sihat lagi. Tak buleh kuar malam (-_-")


Watak watak jahat yg bikin orang gereeemmm je.
Kredit : Google

p/s : NadMamaZakwan kata episod hari ni diawalkan jam 6pm. Hurm. Nampaknya mmg takde rezeki la nak tgk. Kalo rekod kat Astro tu mmg dia ikut schedule cerita, bukan buleh ikut masa kita. Jadi, tak dapat la tengok episod akhir ni. Sedihhh... Hoi! takyah n ak sedih sgt lah. Kalo tak tgk Tilawah Al-Quran tu takde plak nak sedih bagai kan. Takpe lah. Ada, ada.. takde kang, tgk je lah apa yg direkodkan kul 7 tu. Citer katon tu ke, citer planet kiara robot PSN-ONE tu ke. (-_-")

Wednesday, June 12, 2013

Edisi Teduhan Kasih : "Iffa...Kita Nikah"


Ewah...uolss.. kalo kul 8 jer tgk berderet update kt FB pasal drama Teduhan Kasih ni yer....
Yg geram ngan kaklong Iffa. Yg geram dgn Ayu.
Hihi. Kisah org melayu. Begitulah. Tak boleh tgk orang senang. Tak boleh tgk orang lebih sket.
Apa ntah nak sakit hati. Padahal org tu bukan kacau idup kau pun kannnn....
Yg ko rasa sakit hati sgt tu mengapa?
Biasa la tu. Mmg macam tu kan selalu.

Yg tajuk kat atas tu episod Isnin lepas.
Ehsan ajak Iffa kawen.
Lps ni lagi bes bila derang g bulan madu. Hihihi.

Tp kalo dlm novel ni, lagi byk menda yg Iffa kena kan kaklong dia ngan Ayu.
Rasa macam padan la muka engkorang kan.

MyDH pun da tersangkut sama.
Minat nau dia tgk. Suruh dia baca novel ni tak ke mahu dia. Haha.
Bertuah sgt la kalo dia nak baca.

Tak rugi aku bli novel ni. Mmg novel ni pun bes. Drama pun meletup. 
Saya Sebenarnya Isteri Dia aku tak minat. Drama dia pun aku tk tgk.
Sbb masa aku pilih nk beli buku tu, aku tgk sinopsis cam cliche je.
Kawen paksa, last2 suka jugak. Hurmm....

So skrg, aku tgk tv, aku tanda kat mana dh bab tu dlm novel ni.
Panjang lg ni.
Dan aku nak tahu apakah ending sama dgn novel atau pun lain.
Sama2 kita nantikan.
Hahahahah.....

Monday, May 13, 2013

Edisi Drama : Teduhan Kasih

Yeah. Akhirnya kuar gak citer ini.
Novel nya sudah ku baca. Klik utk review : Novel Teduhan Kasih

Saya suka citer ini. Jadi saya kena tonton lah. Hihi.
Cuma.. ala, kenapa tak Nabila yang jadi Iffa.

Oke, mari kita tgk press release by TV3


Petaling Jaya, 8 Mei 2013 – Menyusul selepas drama ‘Sedetik Cinta’ yang bakal melabuh tirai minggu hadapan, sebuah lagi drama akan menghiasi slot Akasia berjudul ‘Teduhan Kasih’ hasil garapan sutradara Jamal Khan dan nukilan skrip oleh Mufid Shuhaimi menerusi terbitan Primeworks Studios. Diadaptasi dari novel terlaris karya Marissa, drama rantaian 28 episod ini menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Ziegler.

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Saksikan drama siri terbaru slot Akasia, Teduhan Kasih, bermula 15 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikan drama siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my. Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #TeduhanKasih untuk sebarang perbualan dan komen.

p/s : kan bagus kalau cerita camni selepas / sebelum waktu solat Maghrib.

Thursday, March 28, 2013

Edisi Bangkitnya Seorang Perempuan Dan Carlos

Huh!
Tetiba 'ter layan' pulak citer ni.

Entah kenapa. Tapi cam tertarik nak tgk.
Mmg tak tgk episod pertama, tp episod kedua dan seterusnya aku dah follow.
Sbb rasa cam... rasa nak tgk lah.

Walau pun ai is 'kureng' ngan Anzalna. Entah kenapa kureng pun aku tatau. Mmg dari awal dia berlakon rasa 'kureng' je. Bkn la kata dia tak pandai berlakon. Tp entah. Sbb dia salu berlakon cam gedik2 kut (Terus tingat dia dlm Adam dan Hawa ngan wambut pelesu beliau tu).
Tapi, tengok je lah. Mana tau, dari kureng tu kan jadi lebih plak kan. Haha.

Bagi aku best gak la citer ni. Byk watak. Byk konflik. Tapi mesti semua berkait lah.
Dari Anzalna yang lead sebagai Balqish, smpai la mak dia - Kak Shida, lakonan Haleeda, juga ex-bf yg dah rogol dia tapi kawen lain - Radzi lakonan Ryzal. Pastu ada Dynas yg konflik family dia - bisneswomen berjaya yg ada workshop tapi suami (lakonan Riezman) keja nya duk ngikis duit dia - sbb ada bini lain jugak. Faradhiya yg jadi bini Ryzal, pun ada konflik kat kampung, Eina Azman kawan Anzalna pun ada konflik sendiri. Bes la. Takde la cam bowww-ringg nak tgk kesah cinta cinta cinta leleh semata. Cuma yg tak berapa nak familiar is  Afiq Muiz. Who is he? Cewah. 
Oke, bule tgk kat sini sesket pasal dak Afiq Muiz nih. 
Student Aswara rupanya. Dan aku mmg tak kenal sbb aku tak tgk citer Mimpi Cinderella tu. Tu pun ada gossip ngan Eina Azman tu gak rupanya. Tak tahu lah aku. Eina Azman pun ada berlakon citer ni jugak.

Kali ni puas sket tgk citer camni sbb dia dah sejam. Kira cam takde la nak tggu lama sgt kan. TV3, sila kekalkan waktu siaran ni yer. Tak bes kalo setgh jam cam dulu. Kadang smpai ngantuk2 tunggu.


Satu lagi aku sker tgk is Karlos.


"Nama aku Karlos!"
Tau la sbb apa kan. Tp aku dah tak berapa suka ngan dak Johan Asari ni semenjak dia dah glamer sgt nih. Dulu oke, time Botak tu kan. 
Ala ala citer Juvana jugak citer ni. Tp kali ni dia jadi baik lak. Pastu yg jadi Adib tu (Jay Iswazir) plak jadi jahat. Aku tatau siapa ini orang. Tp myDH kata orang Pilih Kasih. Ye ke? Entah. Aku tak kenal. Tp kesian kadang2 nengoknya. Berusaha gigih nak napak sangat jahat smpai kengkadang cam zombie pun ada mukanya. Hihi. Apa pun, oke la.. jadi budak jahat yg keja nya nak meliwat orang ja. (T____T)


So, itu je lah. Drama2 di layan tatkala ini. Lain - Bowww.... ringgggg.....!!

Tuesday, September 25, 2012

Edisi Demam Adam Dan Hawa

Kredit : Astro
Orang lain dah tgk berbelas belas episod aku. Aku baru hegeh2 nak tengok.
Aku mmg camni. Orang ramai suka tgk tu lah aku cam malas nak tgk.
Cam NurKasih, Nora Elina ke apa seme tu. Selamba je aku cam ah, lantak lah.
Lagipun masa dia start - 27 Ogos kan?, aku manade Beyond.

Bebudak ofis siap donlod segala.
Aku?
Mmg tak la. Aku mmg tak sker nak tgk skrin kecik2 ni. Eh, bukan kata amboi, belagak nak mampos lak kau ni tak suka tgk skrin kecik. Bukan..... aku tak selesa nak tgk movie ke drama ke dlm PC apatah lagi lappy. Tak puas sebenarnya. Sbb tu kalo dak Zaim donlod movie, pastu aku save dlm pen-drive ke dia burnt CD ke, mmg aku tak tgk semula. Cam citer Smurf. Ada je dlm thumbdrive. Tak tgk langsung pun.


Novel dia, rasa cam dah baca. Ntah. Tak ingat.
Nk tgk pun dah tgh2. Nak donlod, tgk dari awal, mmg tak kuasa lah kan.
Jadi, bila umah da pasang Asterok, tgk je lah dari episod 16 pun.

Itu pun tak tgk sgt, sebuk susun baju la apa la. Aku rekod je sesiap. Trus utk mggu ni punya episod. Dah. Settle.
Tgk lah, weekend nati ke takde citer bes baru tgk. Marathon je.

Mmg kena rekod sbb takut hari ada kelas tak smpat smpai umah kan.

Itu takpe lah.

Retu last week, aku geram sungguh la sbb tak dpt tgk Waris yg finale episod tu.
Grrrr... sbb tu aku hangin ngan Asterok tu. Suppose kalo dia siap pasang hari Khamis tu, aku dah senang lenang tgk. Ini dah dtg, siap balik plak sbb tak bawak besi. Haih. 
Nak tgk kat TonTon? Mmg tak la.


Abes? Cemana ending Waris ni??
Heh!

Friday, July 6, 2012

Edisi Drama : Waris


Mengisahkan kehidupan Rashad dan Marisa selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar. Waris menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan. 

Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif. Kadang-kala dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah meninggal dunia pada hari kelahiran.Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu

Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh secara kejam dan meninggalkan anak perempuannya yang masih kecil, Sarah.Marisa menjadi panik apabila Amar hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan. Namun, doktor mengesahkan keadaan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu, Amar berubah menjadi murung dan cepat marah. 

Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu kepada Marisa.Mas Suri mula berasa bimbang jika masalah yang sering membelenggu fikirannya selama ini telah menjadi nyata. Dia risau jika Waris telah bangkit semula. 

Mas Suri terpaksa membuka rahsia yang anak kembar perempuan Marisa masih hidup dan berada di bawah jagaan Rokiah. Mas Suri terpaksa memisahkannya daripada Marisa kerana dia tahu Waris akan kembali memburu anak perempuan keturunan mereka. Rokiah yang dipertanggungjawabkan menjaga anak perempuan itu telah menyerahkan anak tersebut kepada sepupunya kerana menganggapnya sebagai beban

Marisa seakan tidak percaya mendengar pengakuan Mas Suri. Tergamak Mas Suri melakukan perkara yang sama dia pernah lakukan pada Marisa. Mas Suri memohon maaf daripada Marisa kerana dia tiada pilihan lain bagi melindungi cucu perempuannya daripada ancaman Waris. 

Selama ini, Mas Suri sedar bahawa Mas Ayu tidak akan berputus asa dan dia akan menyeru semula Waris. Amar menjadi sasaran baru Waris yang terdesak untuk mencari Tuan baru kerana keadaan Mas Ayu yang terlalu lemah dan sedang nazak. 

Waris perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Walaupun masih marah terhadap ibunya, Marisa perlukan bantuan Mas Suri untuk menjejaki anak perempuannya, Sarah yang kini dijaga oleh Aida dan suaminya, Fariz. 

Sarah membesar dalam keadaan yang daif tanpa belaian kasih sayang. Selepas ibu angkatnya meninggal dunia, Aida telah mempelawa Sarah untuk tinggal bersama. Tanpa disedari, Aida telah mengundang bahaya dalam kehidupannya. Sarah yang dipengaruhi oleh kuasa jahat telah memberi ancaman nyawa kepada ahli keluarga barunya. Sempatkah Mas Suri dan Marisa menjejaki Sarah sebelum Waris? Apakah muslihat Waris akan berjaya pada kali ini? Berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya daripada ancaman Waris buat selama-lamanya?

Kredit : TV3
----
Sapa folo citer Waris ni?? Aku sebelum ni mmg tak suka tgk citer2 antu nih. Tah. Takut pun satu hal la, satu lagi, malas nak tgk hantu yg cam sengaja di horror horror kan. Bosan.
Tapi Waris ni boleh lak aku ter suka, lalu ter follow. Ekceli pun, aku tak tgk citer Kekasihku Seru. Tp skang ni setiap Jumaat n Sabtu petang dia ulang balik citer tu. Tp salu je terlepas pun.
Bes la pulak... budak yg nama Sarah tu cantik..dan pandai gak berlakon. Mimik muka dia pun cam geram2 je kat orang.
Dia bunuh seme orang yg sakitkan ati dia dgn bantuan 'cik'. Eh. Cik tu sapa? Itu ke "waris?" Lps ni adakah ustaz tu plak dia bunuh. Wohoo.. tetiba aku lak yg ter excited.

p/s : Citer Ameera tu pun naik geram nengok si Zila. Haih... 

Friday, June 15, 2012

Edisi Drama : Slot Zehra - Naziha

Byk lak drama baru minggu ni n mggu dpn ya.
Mlm ni pun ada drama baru ganti Bunga Bunga Syurga.
Oh, ending Bunga Bunga Syurga tu pun oke la. Kira pembalasan ngam ngam ho jelah sbb yg sijahat kakak Johan tu pun masuk jel. Gud gud.

So, mlm ni dah start drama baru Naziha. Lakonan Izara Aishah. 
kredit : rotikaya
Selain tu ada jugak Ryzal Jaafar, Erry Putra, Zain Saidin, Amar Baharin, Nik Zaris Nellydya, Nadia Kesumawati dan Mustapha Kamal.

Sinopsis citer Naziha : [kredit : rotikaya]


Sinopsis Drama Naziha Slot Zehra TV3

Drama Naziha mengisahkan Naziha dikurniakan raut wajah yang amat cantik. Kejelitaannya menjadi pujaan kaum lelaki termasuk rakan lelaki yang sebaya dan juga yang telah dewasa. Naziha tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana mereka mencemburui kecantikan dan kepandaian yang dimiliki oleh Naziha. Meskipun digilai ramai lelaki namun Naziha tidak pernah melayan karenah mereka. Namun Farouk tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan Naziha.

Pada satu hari, Naziha yang sudah tidak dapat menahan desakan Farouk, telah memalukan Farouk di depan kawan-kawannya dengan mengatakan bahawa sampai mati dia tidak akan menerima cinta Farouk. Kata-kata yang dihamburkan oleh Naziha telah memalukan Farouk. Lantas Farouk berjanji akan mendapatkan Naziha tidak kira apa cara sekalipun.

Semakin lama semakin banyak masalah yang dilalui oleh Naziha. Pelbagai fitnah ditaburkan terhadapnya. Naziha sering meluahkan perasaan sedihnya pada rakan sepermainan sejak kecil iaitu Adam. Melihat kemesraan di antara Naziha dan Adam, membuatkan ibu bapa mereka berhajat untuk menyatukan mereka berdua. Namun beberapa hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan, hajat untuk menyatukan mereka berdua musnah dek kerana sebuah fitnah.

Farouk telah menawarkan diri untuk berkahwin dengan Naziha. Untuk menutup rasa malu, Naziha terpaksa berkahwin dengan Farouk. Bermulalah kehidupan Naziha sebagai seorang isteri yang sering diseksa fizikal dan mental oleh suami kejam yang mengamalkan ilmu hitam untuk menakluknya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan di antara Naziha dan Farouk menjadi titik noktah buat Naziha untuk mengecapi kebahagian?

Adakah Adam akan kembali menebus maruahnya setelah difitnah atau muncul orang baru yang akan menyelamatkannya dari kekejaman Farouk?

kredit : Budiey

Monday, June 11, 2012

Edisi Drama : Ameera Dan Watak Antagonis

Haha. Choi. Asik citer pasal drama melayu.
Misti orang igt aku ni 'malay movie die hard fan'. Heh! Lantak la. Susah?? Tak kan??

Ameera.


Alah, kisah org takde anak. Lps tu mak mentua tak sker. Sbb takde anak. Lalu disuruh kawen ngan pompuan lain. Tp si suami tak hendak. Yang si isteri plak suruh kahwin juga. Tp bila suami tak hendak. Dia cari pompuan lain. Yg jumpa di tepi jalan saja. Tak tau asal usul. Disuruh kahwin kontrak. Kahwin, beranak dan lps tu cerai dan diberikan wang sebanyak 350k.

Citer baru takat tu. Yg disuruh kawen tu pun dah mengandung skang ni. Dah mula timbul konflik sbb ada misscommunication. Si mak mentua sudah teringat menantu 'ori' dia yg pregnant. Dan dia dah mula suka sbb igt menantu dia mengandung. Jeng jeng jeng. 

Alah. Citer biasa2 je ni. Memula igt malas nak folo. Tp sbb ada berkaitan dgn citer mengandung dan tak mengandung. Jadi, tgk.

Tapi, kalo aku, giler kot nak bagi entah sapa2 yg jumpa pun kat tepi jalan cuma utk jadikan madu. Giler. Eh. Kalo tak jumpa tepi jalan pun taknak kut. Sbb aku takde pun duit sbyk 350K tu. Kalo ada lebih baik aku buat IVF kan?

Hurm.
Pelakon pun oke [walo nampak si Shamsul Yusuf tu kadang2 cam adik kepada Rita Rudaini]. 
Cumanya.
Si Zarina AF yang berlakon sbg Zila. Dia lah yg menjadi mangsa utk kahwin kontrak dgn nilai 350k itu. Dia ni bukan apa. Berlakon oke. Tp asik la watak 'antagonis' atau pun menjadi duri dalam daging. Ala, yg jenis luar cam baik, tp rupanya dia lah punca segala keributan rumahtangga. Begitu. Selalu. Boleh google 'drama lakonan Zarina AF'. Rata-rata sure cerita begitu.

Contohnya Berselindung Di Sebalik Kaabah tahun lepas. Lps tu Syurgamu Ramadhan ke apa tu. Yg drama bulan puasa bersama Elly Suriati tu. Camtu la watak dia. Sama ja.

Boleh tak, tolong bagi beliau watak lain. Atau carik orang lain. Bosan lah. Kalo watak camtu Zarina, kalo Zarina watak camtu. 

Zarina, awak tak mahu bawa watak lain kah?
Watak2 yg kena buli dan dera ke?
Asik awak je buli orang. Bosan melihatnya. Lama lama sinonim sgt awak dgn tu.
Tapi nati jawab Zarina - dah itu watak yg director bagi, memilih sgt kang langsung takde job.

Baiklah.

Wednesday, June 6, 2012

Jangan Ambil Padang Kami

Bangun..bangunn... bangun..harimau bangunn..

Official FB Jangan Ambil Padang Kami
Haha.
Aku suka citer ni.
Asben aku pun suka *wohooo... aku tak control hoke laki aku suka citer ni yer. Kang kata control lagi. Tak habis habis. Penat*

Tp seyes cam bes. Kami tetiap mggu tak penah miss.

Dia mmg ada citer la. Pasal sekumpulan anak flat yg mempertahankan padang mereka dari dijadikan apartment/kondo.
Tp dalam pada tu, tetiap mggu ada isu yg berbeza.
Cam hari Isnin tu hari [tayangan dia hari Isnin, jam 10pm - Astro Ria. Dulu sblm Masterchef, dia kul 9pm], citer pasal orang curi bra kat ampaian. Sblm tu pasal orang giler mati berulat dlm rumah. Ada gak isu air. Jenuh penduduk flat ngangkut air dlm baldi sbb air takde. Ada gak episod yg penutup longkang kena curik, smpai Pak Leh jatuh. Hihi.
FB Jangan Ambil Padang Kami
Pak Leh tu jadi cam 'pak lawak' la dalam citer ni (lakonan Razak Ahmad). Pakleh ni JKK Flat tu lah. Dia sokong je orang amik padang tu. Tp bila org dah sibuk2 nak kuar tv, tetiba je dia sokong plak jgn amik padang tu. Dia gak suka pada mak si Zain (Mek Dah ke apa namanya - lakonan Kuza, slang Kelantan dia aku sker dengar, maklum la, Kelantan piyau kan)
kredit : Gua
FB Jangan Ambil Padang Kami
Bes lah. Jarang kan orang buat citer pasal penduduk flat ni. Dia pun amik kat flat PPR ja. Mmg dapat digambarkan lah. Watak utama Zain n Mai (Beto n Shera Ayob). Tak tahan tgk si Juju (Elfira Loy). Gediknya Ya Allah. Poyo pun yer gak. Dia bkn kira orang suka ke tak dia. Selamba dia je. Dulu dia sker ke Roy (Izu Islam), lps tu Roy tempik dia, suka ke Zain plak. Zain bolayan la. Dia kan dgn Mai. Hihi.

Kobi budak kecik ni pun ada. Tp dlm drama ni aku rasa dia kena liwat la ngan bapak dia. Cam misteri je kalo dia balik umah sure bapak dia tarik dlm bilik.
kredit : cari
Ter suka plak aku haih. Oke la. Dari tgk Indera Joned atau pun Apa Celop Toq tu kan?? (T___T).

Lagu ini pun bes :)

Tuesday, May 15, 2012

Edisi Tudung Rita Rudaini : Teratak Shamsiah

Tertarik lak ngan cara pemakaian tudung Rita Rudaini dalam drama Teratak Shamsiah kat cerekarama tv3 Sabtu lepas. Cam bes plak pakai tudung camtu kan. Tp berlapis2. Hihi.

Kredit : Porem cari
Haha. Kelaka ni. Sorang tu Che Ah (Diana Rafar), lps tu ada Kiah n Leha. Bak kata Datin tu "what a classic name.." Hihi.
Kredit : Porem cari
Yang ni aku rasa bukan dlm drama tu, tp time dia kat Mahkamah Syariah rasanya. Rupanya mmg style dia pakai tudung camni yer. Mau terai?? Haha 
Kredit : Here

Saturday, May 12, 2012

Sharing Saturday : Lagu Harapan (OST Seindah Sakura)

Seindah Sakura OST Sedap lagu ni. Walo aku baru dgr masa episod hari Khamis. Ye lah.. Hari Khamis tu baru dpt tgk sbb g bercuti tu ari. Tp takpe, nxt week baru Fasha Sandha kuar. Ailoike. Tp asik sedih je citer ni..

Friday, May 11, 2012

Drama : Bunga Bunga Syurga

Google
Follow citer ini without fail.
Mmg la sbb ada Johan a.k.a 'abang botak' tu. Tu kan retis kegemaran skang ni. *walo org da start kata dia playboy*. Takpeee....

Selain dari tu sker gak tgk Wawa Zainal tu.  Sweet beliau tu.
Gmbr masa dia jadi duta Lip Ice.
Cute.
(image : Google)

Rozita Che Wan tu... so so.. belakon jadi makcik yg garang. Lps tu pompuan yg berlakon jadi anak dia. Apa tah nama dia. Boleh la sket sket. Tak bes sgt pun.

Derang ni mmg la berlakon nak kasik orang benci. Tp last2 kang jadi cam citer Tentang Dhia. Beria ni kita marah kat apa ke nama tu, yg Liza Abdullah tu. Ku apa ke namanya tu kan. Last2 sikit je balasan dia. Takat kena penampa je ngan mak dia. Penat tunggu. Ni kang citer ni pun camtu gak la. Tamak harta bagai, lepas tu insaf. Saffiya (Wawa Zainal) ni maafkan je.

Tp yg tak bes bila dia buat citer tetiba Wawa Zainal ni da mula bertudung napak jambul. Bukan ke dia ni dibesarkan di satu kawasan yg penuh dgn 'keislaman'. Ayah ada buka rumah perlindungan anak yatim yg menerapkan nilai2 islam pada penghuninya. Suppose 'agama' kuat sket la kan. Takde la mudah terpengaruh. Lagipun dia duk kat umah je pun. Bukan keluar2. Tak sker style dia pakai shawl nampak jambul tu. 

So, mlm ni harus tgk lagi. Nak tgk apa nasib 3 beradik yatim piatu tu.

#update :
Kat FB TV3 announce kata takde BUnga BUnga Syurga malam ni. Arghh.. tension. Penat tggu seminggu tau.. nxt week baru ada.. arghh.... !!

Thursday, May 3, 2012

Seindah Sakura vs Menara Cinta

Cinta Buat Emelda last day hari ni kan.
Aku tak berapa folo sgt. Maleh. Aku kurang sker citer pompuan yg nangis2, sanggup diri disakiti segala ni. Kejap baik, kejap gaduh. Yg si akak pulak terjerit jerit cam takde orang iman. Tau gak la sbb mydear sker nak tgk. 

Tah. Malas.

So, nati pas ni masuk citer ni plak
Kredit : Here
Seindah Sakura.

Kredit : FB TV3Malaysia


Ada Fahrin Ahmad, Ada Fasha Sandha.

Ailoike je. Aku takde masalah ngan FS ni. Oke. Sker je tgk dia. Tgk lakonan dia. So, Insyaallah, boleh follow la kut.

Dan citer ini juga aku rasa ada citer jimat kos kerana lokasi penggambarannya adalah sama dgn citer Menara Cinta. Hawhawhaw. Pelakon juga Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad juga.
Imej : Google

Cam citer Landasan Cinta tu lah. Yg tu kuar kat Akasia dulu, citer Atas Nama Cinta, then baru masuk kat cerekarama. Yg ni kuar cerekarama dulu - Menara Cinta, baru kuar kat Akasia - Seindah Sakura.

Mmg trend eh skang ni?

Sunday, April 29, 2012

Mentua Tersepit

Last week masa kt kg, tgk drama kat TV1 yg kul 10pagi tu. Tajuknya Mentua Tersepit. Lakonan Didie Alias, Kazar, Joey, Leez AF. Ulangan kotnya. Tp aku tak penah tgk lagi.
Citer kelakar, tp aku tersentuh hati.
Kredit : Google
Citernya mengisahkan sorang mentua, yg sayang pada kedua-dua menantu perempuannya. Menantu sulung (Leez AF), kira cam anak orang kaya, selalu bagi duit, bagi hadiah pada mentua kalo blk kg, tp masih takde anak (see, kejap je dah tau kenapa aku tersentuh hati walo tgk citer klaka). Dan menantu kedua lak (Noor Khiriah), dah berenti keja sbb tgh mengandung anak sulung.
Mak mentua ni sebenarnya sayang sama je dedua menantu ni. Tersepit bila menantu kedua dia tu nak bersalin dan berpantang kat umah dia. So, dia cam rasa yg menantu sulung ni akan terasa la kalo dia melebihkan menantu kedua tu. Dah la menantu2 dia ni pun sesket asik nak memerli sesama sendiri.
Menantu sulung tu tak reti masak, kemas umah pun malas. Smpai  kan laki dia, yang keja cikgu cam tertarik pada cikgu lain. Tp tak serius la. Sbb dia sayang ke bini dia lagi.
So, si menantu sulung ni pun dah malas nak balik kampung sbb dia rasa rendah diri tak boleh  nak mengandung. Padahal mak mentua dia tak penah pun kata apa. Dia je terasa sendiri. 
Smpai satu hari tu, laki dia ajak balik kg dia taknak. Dia kata nak kuar ngan kawan2. Laki dia pun balik la sendiri. Skali kawan2 dia tak jadi nak kuar. Dia balik kg. Tp seme orang takde sbb derang kuar g pekan. Merajuk la si menantu tu sbb orang tak bagi tau nak kemana.
Lps tu baru la si  menantu ni tersedar. Dia nak jadi rajin. Kemas2 umah segala. Buatkan laki dia bekal bawak gi sekolah, tp tu pun tak sedap jugak. 
Akhirnya kedua-dua menantu ni baik bila mana, menantu sulung ni hantar biras dia ke spital bila dia sakit nak bersalin.
Aku touching masa part kat spital tu. Cam seme orang seronok2 tgk orang baru lepas bersalin. Yang kita cam kecikkkkk je rasaaaa.. Ha, begitu.
Kut ada sapa tak tgk lagi citer ni bleh klik kat sini - RTM Telemovie
Uhu. Aku pun baru tau, RTM dah ada ala2 tonton tu gak yer. Good. 

Tu lah. Aku duk pikir gak, walo pun hanya drama biasa biasa je. Tp ada la sedikit input pada aku. Kita ni walo ada kekurangan, kita kena gak 'tampal' kekurangan tu ngan kelebihan. Cam citer tu lah, kat tempat keja tetiba ada cikgu lain himpit, bagi bekal la apa la (tp dlm citer tu, rupanya cikgu pompuan tu pun tibai bekal anak murid dia. Hihi), suami ni lama kelamaan pun jatuh suka.

Memasak. Aku tak kata perlu dan wajib utk isteri memasak. Tp itu adalah salah satu kepentingan dalam rumahtangga. Kalo tak, takkan org tetua dulu kata - kalo nak ikat suami, ikat dari perutnya. Mmg la suami akan kata, tak kesah la tak  masak. Tp larat ke nak kt makan kedai hehari. Yer, kengkadang kalo balik lambat mmg penat. Tp kalo cam aku yg takde anak ni, bleh kot slot2 masa sket. Kalo tak dpt masak utk mkn mlm, mungkin kita leh sediakan bahan2 utk masak awal pagi. Bangkit awal sket. Utk buat bekal bawak ke ofis. Nasik ngan sardin pun suami dah sker kut. Tp kalo dpt asben yang 'malu' nak bawak bekal tu payah la sket. Tp tak ramai kot bilangan yg malu tu, yg rasa bangga ada la bila mana org kata 'rajin nye bini ko masak'.

Haa... bab bangun awal pagi utk masak, aku surrender sbb aku ni mmg tak boleh nak bukak mata pepagi utk masak. Jarang2 aku buat kecuali kat ofis ada buat potluck ke apa, itu boleh la sekali skala. Tp ada je org ofis aku buat camtu. Katanya 'saya da biasa kak, bangun kul 4,5 pagi tu'. Seriyes, aku mmg tabik hormat. Aku tak leh lagi buat camtu. Mungkin ada anak sok, aku buat begitu.

Aku pun skang dah jarang memasak. Tp cam kesian lak kat suami walo dia tak penah la bagi arahan diktator - masakkk..kena masak hari ni. Lps tu rasa cam bersalah plak asik nak beli je. Lelaki ni kebanyakannya tak kesah pun kita masak apa. Goreng telur pun dah cukup katanya.  Mmg dah lama aku tak beli barang basah sejak Hari Kraf tu ari. Sbb masa Hari Kraf mmg kami all out kat ofis termasuk Sabtu Ahad. So, tak bleh slot in. Lagipun petugas ada kupon makan malam. So, abiskan kupon tu dulu lah. 

Lps tu skang weekend pun asik takde kat umah. Hari tu ada beli ikan. Keras kematu ikan tu duk dlm peti ais 3 minggu. Tak elok pun kan letak lelama. Tu tak masuk cili aku dah blend dkt sebulan dlm peti ais. Ha. Aku mmg blend cili sbb aku tak berapa suka cili boh tu. Seyes tak suka. Nak masak bagi cpt ni sng je sebenarnya. Cili blend kan sesiap. Kalo 'rajin' sgt cam aku ni, blend la sket je. Kut tak kang, abis beku dan putih2 lak atas dia. Tp kan, kalo simpan dlm bekas TUPPERWARE, takde menda tu seme. Tahan lama. Confirm. Eh. Ter promote lak. Huhu. Ikan bilis beli yg dah siap kopek. Kalo masak hari2, bawang2 pun bleh blend sesiap. Jadi keja jadi cpt. Cam aku, aku ada blend serbaguna tu, jadi kalo nak numis2 buat sambal, putar je seme dalam blender kecik tu. Siap. Buat sambal belacan pun aku blend. Mmg tak sesedap menumbuk tp boleh la. Bulan puasa, menda tu la menyelamatkan aku. Sempat je masak utk berbuka walo aku smpai umah kul 6ptg.  Last year mmg cipta rekod tak ke pasar ramadhan. Dan tahun ni harap2 rekod tu bertahan.

Lps tu kalo tak berapa  nak suka memasak, kita carik plak bab lain yg kita suka. Mengemas contohnya. Kena sentiasa pastikan umah kemas selalu esp bilik tido.  Bab ni aku pun tak la pakar tp aku mmg pantang tgk katil tak kemas. Cuma skang umah aku mmg napak berselerak sbb barang makin banyak, umah kecik. Tatau nak sumbat mana. Dgn kotak tupperware besar godang. Aku nak kemas, tp dah nak pindah, so, aku pikir tunggu kemas time nak pindah nati lah. Bila tahun tatau lah. Tp ujung mggu, kalo aku ada kat umah, mmg aku kemas.

Kerana 'kekurangan' yg ada ni, mmg akan buat kita rasa rendah diri, tp jgn kerna 'kekurangan' ni akan bagi alasan pada suami. Kita ada kurang tang sini, tapi kita ada kelebihan tang situ. Begitu lah. In case kalo dia nak carik pasal, dia akan rasa tak smpai hati.

Cam semalam lah, dlm paper Utusan. Bab apa tah. Yg ada kisah2 rumahtangga tu. Citernya suami isteri tu da kawen lebih 20tahun. Lps tu tetiba mentua (mak suami) suh anak lelaki nya balik kampung sbb nak suruh suami tu kawen dgn sepupunya yg baru kematian suami. Kira nak suh kawen dua la. Alasannya, dulu patut anak lelakinya tu kawen ngan sepupu tu, tapi mak mengalah bila anak lelaki tu nak kawen ngan isterinya. Sbb tu mak dia nak suh anak dia kawen lagi bila sepupu tu dah takde suami.

Tp si suami taknak. Walo mak dia memberikan syarat, kalo dia taknak ikut cakap, mak dia tak izinkan jejak umah mak dia. Suami tetap tak mahu memperduakan isterinya. Dan mmg derang sefamili tak balik slps kejadian tu. Walo napak cam anak derhaka, tp aku salute suaminya. Sbb kalo dia mengikut cakap mak dia, mungkin dia akan kehilangan isteri, malah mungkin anak-anak juga. Sbb anak2 pun dah besar. Mesti nak ikut mak. Tp bila dia tak ikut cakap mak dia, ikatan ibu dan anak tidak akan terputus. Lambat laun, ibu tu pasti akan menerima juga keputusan anak dia.

Assumption aku pada citer ni, if kita sbg isteri memberi peluang pada suami utk memperlihatkan 'kekurangan' kita, mungkin suami tu mudah ikut cakap maknya. Kalo isteri tu tak pandai jaga makan pakai suami harus suami dia tak teragak2 buat keputusan. 

Tentu ada 'kelebihan' pada si isteri yang menyebabkan si suami memilih utk terus hidup bersama isterinya walo terpaksa ingkar pada arahan ibunya.

Hah! sori, udah rasa cam ruangan siantan atau dicelah2 kehidupan la pulak. Sekali skala berceloteh panjang di hujung minggu bes juga. Ahaks. 

Kbai.

Monday, April 16, 2012

Sama Sama Cinta

kredit : jiwang.org
Landasan Cinta
Cerekarama 14 April 2012.


Atas Nama Cinta.
Akasia.

Senang kan. Alang2 dah gi Perth tu buat je la 2 citer skali. Hihi. Pelakon sama. Tpt sama. Abis citer.


# aku tak berapa tgk pun cerekarama tu sbb masa tu course. Lps abis course baru tgk, tp da mengantuk. Mmg tak tau la apa kisah citer Landasan Cinta tu. Yang aku tau ada lagu citer Awan Dania tu.
# Atas Nama Cinta tu pun tgk sesket je. Tatau ending dia cemna.

Sunday, March 11, 2012

Lain Orang Lain Persepsinya

Oke, sblm mengarut lebih panjang, meh kita bercerita sket pasal drama Semadikan Aku. Cerekarama semalam. Lakonan Siti Saleha n Sein
Aku tak nak komen pasal lakonan derang tu. Oke lah. Takde apa perlu dipertikaikan. Lelebih lagi si "Nora Elena" tu kan. Not bad je lah dia berlakon.

Tapinya jalan citer tu. Adoiiii... dah sejam ni, bleh lak mimpi rupanya. Mula dah mimpi sekali. Oke la. Igt da betul la smpai kampung. Skali da smpai kampung, gi kutip cili, menangis nangis pas solat sbb bunyi hp tapi tak jumpa, skali plingggg..... mimpi. Boleh??? 
Patut la si Sein tu asik pakai baju belang. Hahahaha.

Entah la. Patut boleh buat lagi bes dan menyeramkan. Part dalam keta tu yg si "Saleha" (yg jadi antu tu, namanya Saleha la pulak..) tumpang keta derang laki bini tu seram la sikit. Sikit je lah. Tp byk tak logik lah.

Tp yg cam tajuk aku tulis tu - lain orang lain persepsinya. Skali tgk kat twit, TV3 retweet balik ada yg puji plak citer tu. Bagi 5 bintang. Aku macam... eh, ada gak yg sker yer. Tkpe. Pendapat masing-masing.


Serupa lah bila ada yg kata Adnan Sempit Menjengkelkan. Huppp..... berpikir seketika, adakah aku menghina bangsa aku sendiri bila aku ketawa melihat lakonan derang?? Haha. Tkpe lah. Pendapat memasing.



Just satu je aku nak tanya, ada ke citer kat Malaysia ni, yg tak menjengkelkan? Filem la kot. Kalo drama kang berkajang2 plak senarainya. Ombak Rindu tak menjengkelkan?? Kalo orang lain tak terasa apa-apa dan open minded bab berkemban atas katil tu, aku kata itu menjengkelkan sbb filem itu utk tontonan U - (pendapat memasing kan). Khurafat? KL Gengster? Hantu Bonceng? Hantu Dalam Botol Kicap (which tgk tajuk pun dah menjengkelkan).  Drama lain-lain yg tetiba ada adegan gesel2, laga2 hidung walo berlakon antara kekasih (drama Patah Seribu).


Tkpe la kalo dia rasa yg pegi tgk ni yg mentertawakan melayu sendiri, atas alasan hiburan. Aku mmg menganggap citer tu hiburan, tp langsung tak terpikir aku nak gelakkan bangsa aku sendiri. Tapi cemana dgn Raja Lawak, Maharaja Lawak segala tu??

Tak menjadi nanah, tak menjadi kudis pun citer tu dlm life aku ni. Tak memberi impak pun. Secubit pun takde. Bukan citer ni je, citer lelain pun sama. Tak penah la aku rasa, lps aku kuar pawagam aku akan rasa - oh, aku perlu jadi mcm sekian-sekian dlm citer tu. Hebat, bleh jadi ahli 'koperasi', ahli 'wooden tiger'. Sama je, baik citer omputih ke melayu ke cina ke apa pun lah. Aku tatau orang lain, tp kut ada filem yg tagline utk menyedarkan masyarakat, mengingatkan masyarakat bla bla bla ke hapa tu, mmg takde impak pun ke aku.  Aku nak tgk pasal aku nak tgk. Takde la sbb aku rasa, oh citer ni bleh menyedarkan aku. Haha. 

Tapi tu lah. Manusia punya pelbagai pendapat. Lps ni yg 'celik seni' pasti mengatakan Bunohan itu filem melayu ter best dan ter baik dan dikatakan pada yg 'buta seni' ni - itu lah, citer macam ni lah harus ditonton, bukan filem yang menjengkelkan yg dapat berjutaan ringgit dalam masa sehari dua.

So, tepuk dada tanya selera. Tapi kalo nak diberikan kesan dari tagline "filem kita wajah kita", mungkin kot aku terima pendapat, filem itu  menjengkelkan. (T_____T)
Tukar tagline bleh??? - Filem Kita, Hiburan Kita. Teeheeeee......