Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

Isu Kembali Hangat : Halal Dari Jakim

Okeh. Sebenarnya aku dah termuak plak nak scroll scroll dan scroll kat FB tu yg majoriti citer pasal ini skrg. Yer, mencari yang halal itu fardhu. Kewajipan kita.
Skrg tgh tersebar meluas pasal satu produk itu menggunakan sijil halal tak diiktiraf. Aku share gak menda tu. Sbb dari sumber yang dipercayai iaitu Jakim (tp bila aku tgk balik skrg dah takde - mungkin Jakim dah remove post tu). Aku share bukan bermaksud aku nak tuju pada orang2 yg jual produk tu dengan mengatakan - hello, u punya produk jual ini tak halal oo..
Tak la.. Jakim pun TAK kata tak halal. Cuma, dia kata bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia.

Tapi, yg penjual pun, takyah la melatah cepat sgt dan melenting lenting kintang kintung tak tentu hala smpai masuk isu belacan nasi lemak mak esah semua tu.
Haih.
Korang pun paham kan masalah tu. Dan kami sebagai pengguna pun sebahagian besarnya tak la bongok sgt nak kata eh, tak halal la produk tu. Tak dapat pengesahan halal Malaysia, tak semestinya haram. Dan tak payah pulak nak speku ada orang nak jatuhkan ke apa.
Nak lagi bes, si penjual produk tu menceceh isu belacan seme, tapi sebelum tu dia pulak share produk lain (yang tentu bukan dia jual) mengatakan dalam pencarian halal, produk tu pun tak wujud. Dah pulak...

Aiseymannn... how ni how??

Oke. Mari pergi luar sket dari Msia. Kata lah Macau ke Hongkong - celah mana kau nak carik makanan halal yang ber cop JAKIM?
Pitam, pengsan la nak bawak periuk belanga kuali segala kan.
Aku setakat maggi sebungkus dua tu aku bawak la. Tp nak bawak kuali, rice cooker tu dah tak kuasa aku. Kat sana ada restoran halal - dan silakan lah pergi.
Memang la certain kedai cam bongok sket. Cam kat Phuket, kat luar kedai dia kemain promote kita 'halal ma'am, halal sir' bila tgk kita bertudung kan. Tapi, bila tgk menu - ha.. arak?? Halal bagi mereka - no pork. Tapi arak tu halal ke? Tak halal jugak kan? Jadi, terpulang kau lah nak makan atau tidak.

Lelain orang, pergi Hongkong boleh makan fries kat McD dia. Sbb katanya 'fries..kentang halal kan'
Tapi, bagi aku - mmg tak - syubhah - sbb aku tgk ada blog writer - chinese yang buat entry kemain sedap makan burger McPork (entah, aku tulis je McPork tu). Ko nak hadap tu? Begitu juga kat Krabi, dan lelain tempat. Mmg McD Malaysia je takde pork. Pernah ada disclaimer dari McD sendiri tak silap aku. Tp negara lain.. sendiri mau ingat. Jadi, dah tahu camtu lagi mau nak beli fries situ. Kentang mmg halal tapi barang yang digunakan meragui.
But, sekali lagi, pilihan di tangan kita kan. Ko tak was was - kau pergi.

Boleh gak follow Sahabat Halal kat FB. Situ byk la orang pung pang pung pang pasal halal ni. Smpai nak gaduh pun ada. Biasa la. Angkat komen dengan emosi - akhirnya macam gaduh la. Rilek2 sudah la. Takyah la nak cerca2 orang pulak.
Tu hari Sahabat Halal ni timbulkan isu aiskrim Baskin Robbin - menggunakan bahan diragui. Same goes to Subway - ni pun aku baca ramai tak makan. Aku pun tak pernah makan menda2 camni. Sbb Subway aku ada rasa was2.. so, tak payah. Banyak lagi alternative lain. Tetapi, bila kata Auntie Anne's ni.. aku dah..huwaa.. aku ada lah peminat choc stick dia. Sedap woh. Alaaa......



Jadi, berbalik kepada isu produk halal haram kintang kintung tu. Orang tu cakap camtu, orang ni cakap camni. Dah la wey.. pilihan pun di tangan pengguna. Terpulang lah pada kami sebagai pengguna. Pengguna ni bukan di kalangan friends dalam FB tu je. Berlambak lagi. Cam cream yg dah di ambush sbb tak dpt kelulusan KKM tu - ada je lagi orang selamba jual. Aku pun tak tahu apa citer terkini. Yg news (atau pihak berkaitan) pun satu, if dah ambush, lps tu gitau la status terkini. 

Dah la.. aku nak google jap. Apa ke benda sebenarnya stemcell ni? Sbb aku pun kabur pasal ni. Tapi kan aku pernah la baca satu 'perbincangan' pasal ni. Orang tu mintak si penjual ni ceritakan apakah sebenarnya stemcell (aku rasa si tukang tanya tu dah paham, dia just nak tgk penerangan orang tu je). Pastu si penjual dok kata PM, PM. Dia trick lagi orang jual tu - kata semua orang nak tahu. So, orang tu pun terangkan la. Which aku rasa, kalau aku baca, tak boleh pengaruh aku pun. Kalau apa dia terangkan tu, aku rasa dari abis berpuluh ringgit (eh, ke ratus?) lebih baik aku beli sebijik epal then makan. Haha. Sbb tu, kalau nak jual something new kena byk pengetahuan. Bila camtu, dari orang tak ragu2 pasal halal tu jadi ragu pasal lain. Sekarang ni musim stemcell ni lah. Segala bala produk ada stemcell. Dah.. merebak dah... dulu collagen ikan laut dalam. Ni stemcell plakkkk....

Oke lah uols. Maaf kalau ada terasa ke apa. Aku bukan la nak tuju kat sesapa. Cuma, runsing. Dan aku terpaksa hide dari newsfeed aku para penjual yg kintang kintung nih. Maaf yea.. nati da reda cerita ni ai unhide balik okeh. 

p/s : Satu lagi yang aku nyampah isu kangkung tu. Awal2 dulu oke la. Ni dah makan smpai sebulan pun tak abis2 lagi. Nak buat lawak pun, taruk gak isu kangkung. Heh! Mmg tahap kangkung la kecerdikan tu. Udah2 la. Naik meluat plak aku. Smpai ada yg call aku tanya apa nak ready utk interview, aku kata la isu semasa - jawabnya isu kangkung? Sumpah. Mmg malas aku nak layan. Dia ingat aku tak tahu plak isu tu. Hek ele.. aku tgk okeh berita tu masa PM cakap kangkung turun rega tu. Kau pun tak tentu tgk lagi kat tv kan.. main duk ikut2 orang cakap je. Serius aku rimas. Aku bahasa je balik, masuk interview pun utk jawatan tinggi kan, tahap tu kena tinggi gak la, jangan tahap kangkung je. Benci tul lah. Sapa buat lawak kangkung ngan aku siap, aku buat kangkung belacan kang. Happy chinese new year!

Friday, January 10, 2014

Yang viral, Yang tak mampu

Yang Viral.
Last week deactivated Facebook jap.
Reason?
Atas sebab peribadi. Haha. Poyo angat alasan khen....

Ni da active kan balik, sbb nk join juicing challenge tu. Kalo tak oke je nk terus deactivate.  Aman jap dunia. Tapi kan..tu lah..bila tak on fb ni..mmg tk update la kita ngan viral yg ada kt fb tuh. Memacam gambar viral pulak sepanjang aku bercuti dan deactivate FB nih. Contoh viral yg aku ketinggalan, gambar penjawat awam ngulo main fb tu yer. Hihihi. Awas lo yg berada d frontliner, yg suka sembang2, mengilai ngilai, yg suka bergosip, yg tk buat kerja sepatutnya...org amik gambar lo nanti dan masuk dalam fb dan jd viral. Hahaha.

Walau aku tk on fb, aku tahu juga la pasal ni. Memula tu aku cam nk marah gak la bilamana org hampeh2 kan kerajaan. Padahal ada je govt yg da bg servis elok. E.g : JPN, imigresen. Lps tu bila aku bc explanation si pengupload gmbr, aku rs mmg elok di viralkan gambar tu. Aku tk pasti samada jabatan berkenaan counter-claim atau tidak pasal gambar tu, tp kalau camni biasanya mmg kena bagi penjelasan. 

Mmg ada org kaunter yg buat kita cam kita bangang sesangat. Cam aku pernah citer customer kena tempik kt jpj tu. Walau bukan aku di tempik, tp masa tu mmg aku rasa nak sangat report (anta emel) je trus ke jpj dan c.c menteri. Tapi, tu lah pikir2 gak sbb kita pun berada d line yg sama. Tapi bila tk buat camtu smpai bika derang nk berubah.

Cuma satu lah..jgn salahkan jabatan..it's about attitude. Swasta pun memcm gak kerenah birokrasi. Cam aku pernah gak buat entry pasal bank yg aku nk amik e-batal kereta aku tu. Cuma tu lah... zaman media sosial skrg kan..sekejapan je jd viral. So..hati2 ya.. jgn nk suka2 sgt esp org yg berurusan dgn pihak luar. Jaga adab dan etika sbg penjawat awam.

******
Yang tak mampu.
Apa yg tk mampu ni?
Begini, uols mesti ada kawan yg jenis camni
"Eh, I tk mampu beli beg Gucci ni.. I mampu beli handbag Christian Louboutin je"


Atau
"Tak mampu nak beli rumah banglo, umah semi-d ni je lah yg I mampu"
Atau
"I tak mampu nk pakai keta Ferrari nih, keta ni je la yg ada" (tunjuk bmw 5 series)
Atau
"Ala I tak mampu nk bercuti kt London, tahun ni mampu g Maldives je"

Motip?
Padahal bagi sesetgh orang,.apa yg kau ada..apa kau pakai tu menjejes peluh org nk dapatkan. Tak selesa betul aku ngan org bagi statement gini. Nak bgtahu tak mampu kononnya tapi menda d compared tu adalah menda yg high end,  high quality. Takde maknanya tak mampu.
Lain la kalau ko bebetul nk bagitahu ketidakmampuan kau camni :
"Saya memang tak mampu nak beli rumah semi-D tu, skrg pun duduk flat PPR je"
So, ada la sifat ooo,,.kesian dia...
Ini ko compared menda yg sifatnya pun mmg bukan semua orang boleh dpt. Yang mmg jenis mahal gak.
Oke, aku no hal kalau nk bergurau..sesekali ckp aku faham. Kadang aku pun berlawak gitu, tp kalo da acapkali..apa ke menda nyer

*pening*

Itu satu hal la..lg satu hal, bila org yg duk ckp tk mampu ni., tetiba ubah statement gini plak.
"Oh BR1M da open smpai org gaji 4k yer..tk dpt juga nk minta {buat muka seakan frust/ gambar icon frust}
Atau
"Oh, slip gaji saya hanya ada potongan zakat sahaja"

*rasa nak sekeh*

Motip? Lagi2 kalau orang yg buat statement tu orang yang sama dok kata tak mampu, tak mampu tu. Ni nk tunjuk apa sebenarnya ni. Org lain zakat juta2 kot..sekali segedebuk setahun skali bayar hujung tahun, tak main potong2 gaji ni, tkde plak nk gebang lebih. Tadi beria tk mampu bagai, tup2 secara tak langsung ter bagitau gaji lebih 4k, da tk bole mintak bantuan brim.

*geleng kepala*

Seboleh2 dalam blog aku ni, mmg aku tknk buat entry cemni.  Entry yg duk citer perangai orang sbb aku pun tk perfect.  Kang buat citer pasal orang, 4 jari tuding balik kt kita, 


Tp ni memang tak tahan woh, sekali dua tk ngapa. Ni berkali kali duk tak mampu, tk mampu.. eh., ni sudah lebih nih.

*tak boleh nk hadam*

Tak tahu apa masalah orang camni. Tak boleh orang lebih dari dia ke apa. Penyakit la kalau ada camtu. Kesian pun ada. Tapi, kita plak yg menyampah nengoknya asik keluar statement tak mampu, tak mampu. Konon cam merendah diri. Konon je lah. Padahal orang tak mintak pun dia merendah diri. Tak bertempat. Dah tak mampu, lps tu kuar plak statement gaji dia la paling terbanyak. Hai la hai. Please la. Takyah la tunjuk paling ter haibat, rumah paling ter cantik, kereta paling ter mahal. Orang lain yg sunyi je tu entah2 dah simpan ratus ribu dalam bank. Kita ni takat nak tunjuk dalam laman sosial. Buat malu je.

Jalan penyelesaiannya - kalo kawan fb - kita unfollow je lah citer2 dia kt newsfeed tu. Tick butang unfolo. Jgn tick unfriend plak. Kang timbul masalah lain. Unfriend kt fb ni bole jd unfriend kt luar jugak woh, bahaya..bahaya..
Kalau bukan kawan fb, bila cakap tk mampu, tk mampu tu cakap kt dia
"Jangan kufur nikmat"

Sekian, tazkirah petang Jumaat.

p/s : Apasal entry bawah tu ada star (*). Haha. Dah macam entry 'seseorang' plak. Terkena jangkitan ke apa aku nih. Haha.

Tuesday, November 19, 2013

Lega Dalam Gusar

Legaaaaa......
Satu hal settle.
Alhamdulillah. Walau ada menda tak menjadi seperti aku nak, tapi.. redha lah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Allah jadikan sesuatu itu mesti bersebab kan.... *mood pasrah sebenarnya*

Dia kan. Kalau datang satu. Memang lepas tu bertimpa timpa menda kita nak pikir dan nak kena buat.
Kalau takde tu. Takde la. Smooth je.

Sekarang ni udah la busy dengan pekeliling baru yg penambahbaikan skim perkhidmatan tu (ceaa... org J senyum la.. seolah naik pangkat tu. Esp J17.. )
Lps tu dengan 6k permohonan jawatan kosong tu.
Lps tu, aku dah jarang post gmbr kat instagram sbb kan UMobile aku yg "bagus" sgt tu dah barred talian aku. So, sunyi sepi instagram. Lantakkkk...... Line DiGi plak da smpai limit. Elok lah tu. Lps tu, kalau dah unbarred pun, sim kad tu mana aku nak sumbatkan entah sbb talipon yg aku letak sim card tu aku dah jual. Muahahaha. Dah la no TAC dari Maybank kat situ. Haihhh.. bijakk..bijakkkk...

Then. Itinerary trip Pantai Timur tu lak. Takat ni dah settle lah. Cuma nak top up memana kedai makan yg bes lagi. Kut2 ada option. 
Tapi, nak pergi tu mmg bes (3 kereta la kot, sbb abg kat Ipoh pun join. If not, 2 kereta ja), cuma skrg ni tahu saja lah. Mendung sesajooo....... mendung takpe. Harap2 jangan banjir la sana. Amin. Amin. Amin. 

Tu lah dulu. Tu yang dikatakan lega... dalam gusar.

See u when i see u.
Tata!

Friday, November 8, 2013

Bil Astro Naik : Kita Tiada Pilihan

Tu hari seme dah heboh bil astro naik harga.
Tapi takde kesempatan nak buat entry lagi.
Mmg pening kepala memikirkan nya. Sakit hati pun ada.
Sbb pikir kenapa la buat kita cam ni.

Ada yg feedback. Taknak bayar, boleh terminate/downgrade/ etc etc.

Ye lah sangat tu. Sangat sangat yer.
Macam kan tak tahu semua menda berkaitan dengan telekomunikasi ni ada kontrak. Dan rata rata 2 tahun kontraknya. Be it la bil talipon ke broadband ke apa ke. Semua nak buat syarat paksa-rela. Ye lah. Konon je macam pengguna ada pilihan. Tp cakap boleh la. Dah mmg kita nak perkhidmatan dia. So, kita have to. And have to guna smpai 2 tahun, walau belum cukup 2 tahun kita dah tak hendak perkhidmatan tu.

Aku geram bukan takat Astro, tapi Umobile jugak. Ye, aku akui dulu aku satisfied dgn service dia. Bband laju (kalo kat KL lah..tpt lain I dunno). Skrg dah hampeh. Langsung tak boleh connect pun ada. Jadi, aku nak downgrade kan lah pakej dia. Utk line phone aku d.grade dari 5GB ke 1GB sahaja. Nak buat apa pun kalau data plan aku guna hanya utk insta / w.app sahaja. Jadi, d.grade. Bila dah d.grade, itu pun nak kedarah duit orang. Pakej lama (5GB) tu aku attach 2 tahun. Settle dah pun 2 tahun tu. Dah d.grade ni, patutnya tak perlu la kontrak 2 tahun lagi sbb dah retain customer. Takkkk.. dia buat juga 2 tahun. Maksudnya, dengan plan baru ni pun nak taknak ko kena amik jugak 2 tahun. Kata lah ko nak terminate sblm 2 tahun, mampuih la ko bayar balik total baki bil 2 tahun tu. Senang kan nak cepat kaya dengan mencekik darah orang. Tu aku kata - paksa rela utk terima term n condition mereka nih.. Bila cakap pasal ni aku rasa hangin je. Aku tak kesah pun nak d.grade sbb aku ada pakai satu lagi nombor. Tp bila dah jadi camni, aku rasa aku dah buat keputusan bodoh. Suppose aku terminate je. Ni satu hal nak tggu smpai 2015. Hiiii.... mmg rasa geram jeeee... 

Lps tu Astro pulak buat hal cemni. Orang kata, kita ada pilihan. Terminate, atau amik pakej lain.
Hoi! tak tahu ke Astro ni pun ada kontrak 2 tahun.
Haaaa... aku pasang masa rumah baru. Dan maksudnya kurang lebih setahun lah guna. Ada setahun lagi. Jadi, sila bagitahu celah mana aku buleh terminate?
kredit : Astro

Dengan antara alasan utk tambahan channel, dan boleh tgk 64 siaran langsung FIFA 2014 next year aku mmg rasa tak buleh nak terima. Tapi apa daya kita? Ada daya? Takde kan. So, telan... mamah je lah.. naik harga.. naik lah....



kredit : Astro

Orang kata lagi - dah kau tak mampu nak bayar, amik pakej sport buat pe?

Ooo.. gitu.. bukan masalah mampu tak mampu oi. Dah masa tu pun kononnya superpack tu dah cukup murah.. kalau tak amik sport pakej pun, pakej lain tu lebih kurang harganya, jadi diberi pilihan ambik je termasuk pakej sukan (masa ni pakej termasuk PVR).

Masalah nya sekarang, naik harga dekat nak RM10 dengan notis 1bulan (ala.. even takde notis pun, org yg masih ada kontrak cam aku ni, ada kuasa ke kata taknak bayar?). Suppose, kalau pengguna dah sign kontrak utk beberapa tahun, dah tak buleh simply2 naikkan harga. Tapi nak buat cemna, kat TnC mmg akan ada terma yg mengatakan harga mmg boleh naik. Takyah baca pun tahu. Patut tak buleh nak ada term camtu, tapi siapa kita nak kata tak boleh - konsep dia 'take it or leave it' kan. Ko taknak accept terma tu, kau berambus carik sykt lain..atau kau pakai lah arial tulang ikan tu. Yang kadang2 gmbr pun jadi bintik2 atau pun gambar yang senget2 muka orang berlakon ter tarik2 ke tepi.

Patutnya utk orang yg masih ada kontrak ni, bagi lah habiskan kontrak tu dulu. Sbb ni dah macam terpaksa. Nak terminate dah tak boleh. Katakan org tu amik pakej super pack pada Sept 2012. Maka, tak perlu lah kau tambahkan channel lain dalam pakej dia. Biarlah dia habiskan kontrak selama 2 tahun tu dengan harga yg dia install pada Sept 2012. Tak boleh ke gitu? Mmg la tak boleh kan. Kang cemna nak bayar gaji pekerja, duit setelit, duit nak beli rancangan, duit tambah channel, duit itu duit ini.... 

64 siaran langsung utk FIFA.. aku rasa 10 pun tak tentu laki aku tgk.
Skrg ni pun aku 'paksa' dia tgk sport tu sbb aku tahu, yg mahal mmg channel sport tu.
Rasa nak terminate je sport tu.. tggu lah habis kontrak nati (see.. kita mmg nak terminate tp kita takde pilihan. Sedih btul. Tapi mereka paksa pulak kita bayar sampai abis kontrak. Lantak kau lah situ ko menonton ke tidak.. itu kau punya pasal)

Jadi, utk Astro ni, apa daya kita? Akur je lah naik 8ringgit. Apa lagi nak buat? Nak doa solat hajat agar tak dinaikkan? Harapan laaa..... harapannn... tggu je la bila ujung bulan nih.  

Phewww... 8 ringgit yer.. bkn 8sen.. besar nilai tu.. takpe lah.. ada 1 year lagi, pasni kita review balik pakej apa nak. 

(keratan akhbar 6 Disember 2012 : Astro Untung 3.1 bilion)

Tuesday, October 8, 2013

Kalau Dah Jodoh....

Cea.. tajuk harus ala ala Ustaz Kazim (pepagi dalam kul 6-7 selalu ada ulang Kalau Dah Jodoh ni. Maya HD. Pastu kan.. asik la ulang ceramah yg sama. Haih.. kalau dia ulang yg lelain oke jugak. Ni yg sama, smpai aku dah hapal part 'Volkswagen daz auto' tu).

Jodoh.
Siapa kita untuk tentukan siapa jodoh kita. Betul tak? Ada yg bercinta bagai nak rak pun tak berakhir seperti apa di rancang. Tapi ada je baru kenal sehari dua, sok sok terus eh, dah kawen.

Aku rasa, aku ada kedua dua tu. Tpi aku tak ngaku la aku bercinta bagai nak rak. Miahahaha. Harus la cover... rasa cam cinta monyet, tp tak kot sbb masa tu dah lepas SPM. Manade monyet2 lagi. Masa sekolah manade main cinta.. dah aku ni comot momot, manade orang nak. Kahkahkah.. kasihan pula rasa nya. Lantak la, asal skrg dapat suami yg sgt sporting..cea..

Oke, pastu lps SPM (lps dapat result sementara nak tggu masuk U) ada berkenalan dgn satu mamat ni. Agak complicated sket perkenalannya. Tp dia pun baru pas SPM. Masa ni arwah ayah aku ada lagi. Dia menentang hebat oke. Ayah aku garang. Lps dah habis SPM pun still tokleh nak dating ke couple nih. Kata mereka 'esukkk..dah kerja.. mesti ada orang lain.. kat ofis tu nati jumpa juga orang lain' (daaaa... tu diaaa.. akhirnya.. aku kawen org se ofis - kata2 ayah ibu ni kan mustajab). Tapi.. org muda katakan. Degil..... kawan jugak. Smpai la dpt masuk U. Still kawan. Tp dia tak masuk U. Lagi ayah aku marah... tp degil... kawan jugak.. darah muda katakan. 3 tahun aku buat diploma mmg aku berkawan dgn dia je lah. Masa tu handphone pun mahal lagi. Kejap ada line..kejap takde kat Lendu tu. Jadi, public phone jadi saksi percintaan. Kah.. hak tui.. sanggup beratur berejam jam. Takpun guna kad (sekarang ada lagi ke phone guna kad nih). Melambak kad talipon aku. Ada aku simpan lagi. Jadi bahan 'rare' tu. Mana ah aku simpan?, nanti balik kg nak carik. Tu tak kira lagi surat. Selang 2 hari surat aku smpai kat pejabat asrama. Ada je pulak tu tukang ngambik. Hihihi. Pastu ada tukar2 buku. Cam diari la. Dia satu aku satu, tulis tulis.. pastu nanti jumpa, tukar tukar. Hahahah.. sanggup (buku tu aku dah bako..sblm aku kawen. Huhu). Aku tahu dia sayang aku. Tp aku jahat. Masuk je degree, aku buat hal. Setan mana tah merasuk aku nih. Macam menyesal pun ada. Aku jadi cam lagu Kekasihku Di Menara. Hahahahahaha....  Dan akhirnya.. 3,4 tahun sia sia begitu sahaja. Takde dah ku anyam buih buih di lautan untuk menjadi ikrar cinta kita. Kahkahahaha..  Tapi tak pe lah. Takde jodoh. Lagi pun, aku rasa, aku begitu mentah.. tak pikir pun nak kawen. 

Seterusnya, dgn myDH, mmg boleh dikatakan takde kiterang cinta cintun lelama. Walau kami seofis, tp rasa cam kawan sekejap je pun. Terus tunang, 8 bulan pastu nikah, kawen. Abis citer. Tp tu lah, cerita kalau dah jodoh kan. Padahal, aku kenal myDH ni lama gak la. Ye lah, seofis kan. Aku kawen ngan dia tahun ke4 aku kat ofis nih. Tak sangka lah. 

Tapi, selepas aku clash dgn yg 1st tu, ada la aku kawan lagi. Masa ni dah ke arah menganyam buih buih impian lah. Hahahah. Ada kawan masa final year degree. Seronok time tu.. nak nak lagi konvo skali ngan boipren katanyewww.. kahkahkah.. giler. Tapi tu lah. Kalau bukan jodoh kan. Bukan lah. Kami berpisah secara baik. Cea... bajet retis sgt ni buat ayat cliche camtu. Tp mmg btul pun. Ada la menda yg aku tak boleh penuhi masa dia propose aku. Mmg rasa bodoh aku nih, tp tu lah. Aku pikir, bukan sbb aku buat decision bodoh tu, tp sbb dia mmg bukan jodoh aku. Full stop.

Mmg semua ex aku ni, aku berpisah secara baik. Masih berkawan. Aku takde masalah berkawan dengan mereka. Baik di fb, atau alam realiti. Cuma takde la selalu contact ke apa. Dia tahu mengenai aku sket2, aku pun tahu life mereka sket2. Org kata tu tiada dendam, tiada apa. Oke je.

Kenapa aku cerita camni? Sebenarnya, setelah berbelas tahun, ex zaman lps SPM tu call aku. Hahahhaha. Tanjat gegel tau. Udah la guna phone ofis. Dengan dia ni mmg aku terputus hubungan. Sejak bila entah. Dia dpt nombor dari website ofis aku. Itu susah jadi govt servant nih. Terbuka nau maklumat diri. Lagi2 nama yg agak lain dari orang lain. Soalan pertama dia tanya 'anak dah berapa?'. Ceh.. cam takde soklan lain. Nak je aku cakap 3 orang dah. Tp, malas la kan. Jawab je lah.

Berkawan, bertanya khabar, sesekali boleh. Pada aku tak perlu lah sampai nak merapatkan ukhwah semula. Biar lah derang tahu life aku cemna (aku tahu, mereka mmg baca blog ni. Salah sorang mmg pengikut setia - hye utk beliau. Kihkihkih), dan aku pun tahu serba sedikit tentang mereka. Cukup lah. Memasing dah bahagia dengan jodoh memasing.

Masa lalu jadikan lah pengalaman yang mendewasakan kita. 



All pic : google.

Friday, September 13, 2013

Edisi Bebel Di Hari Jumaat.

Hoih.
Taktau nak buh entry apa.
Tapi kalo takde entry ari ni, lama la plak takde entry. Skrg ni, ari minggu aku paling pemalas nak buka laptop. Kadang rasa cam rugi plak bayar broadband tu. Sudah lah phone pun aku pakej internet yg byk jugak, 5GB nyer. Tapi nak terminate pun sayang jugak. Penting tau internet skg. Bagi aku, cam 'gelap dunia' jugak aku kalo tak online beberapa hari. Haha.  Cuma skang aku igt nak downgrade data plan phone aku. Amik 3GB. Bila da limit tentu aku kembali pada bband kan. Oke. Good. 

So, esuk cuti 3 ari. Wiiii... tp aku tak plan ke mana2 (agaknya lah..kot... hahaha).
Balik kg pun tak.. sbb 26hb mak datang sini. Jumpa dokto.
Aku rasa nak lepak rumah, selepak lepaknya. Haaaa... Berapa lama dah aku nak deco deco rumah, tak berusik.  Tu ari ada beli cam lukisan la, kat Parkson. Pastu ingat nak buh kat bilik tidur tetamu. Hurm. Aku rasa bln 5 aku beli tu ari. Pfttt... Bukan per la kan. Nak pasang kena drill, drill plak ada masa2 tertentu. Yg aku available mmg ari Sabtu je lah. Sabtu plak jarang ada kat rumah. Kadang dok pikir, ke mana aje aku abis kan masa ujung mggu yer. Asik tak lekat kat rumah je... 

Byk lagi menda aku nak men deco kan. Dan tokok tambah sket. Tapi tu lah. Buat masa ni biar lah. Orang2 dtg pun kata, napak luas rumah aku. Haha. Mmg la napak luas sbb aku tak suka semak. Dinding pun takde apa. TV sebijik ja. Kan konsep rumah aku less is more (la sangattt). Tp mungkin sbb aku ada cermin beso tu kot napak luas. Kot la.. entah la labu.. aku pun bukan reti sgt ID, ID ni.. tgk majalah Apartment tu, apply la mana boleh.

Oh. Tadi sebenar aku ada post gmbr kat IG. Tp aku delete. Kuikuikui. Sbb aku rasa cam..eh poyo nyer. Gmbr reservation yg aku closed deal kat Matta Fair tu ari. Hari ni last day utk buat payment baki. Mujur akaun org tu Maybank, terus je Maybank2U - then fax kat dia transaction tu. Settle. 4 ari pikir tu.. hahaha [ye lah sgt..padahal mmg da buat keputusan..propa sanggatttt]. Maka, dgn ini settle lah sudah dibayar. Fuh kanan fuh kiri, moga tiada halangan lah yea.

Oke lah. Nak gi survey2 jap. Ala, tpt ni aku pernah pergi pun ekceli. Tp saja.. nak merasa kelainan pulak. Alang2 dapat rega berbaloi kan. Hiwhiwhiw... Nak ikut.. jom ah! tp kena sediakan ongkos la yer.. aku pun jenuh potong gaji tetiap bulan duit masuk ASB utk gi holiday leisure leisure nih. Duit ASB mmg tak bley freeze kan lelama. Kena kuar masuk kan duit. Hihi. Tabung Haji takpe. 

Oh. Meh tempek ini.
Aku share beberapa hari lepas kat FB.
Benar kan?
Aku pernah terlepas pandang utk bagi "sedekah wajib" thn lps (sbb aku tak potong gaji terus) dan thn 2012 tu mmg la kereta aku byk hal dan ragam. Ditambah lagi burnt tiket gi Vietnam. Pheww... terus muhasabah. Dan terus langsaikan semua kewajipan akhir tahun 2012. Tahun ni mmg allocate tetiap bulan dah.
Jadi, if kita layak.. jangan la abaikan. Aku rasa, kalau isteri esp yg bekerja ni rata2 mmg dah layak. Sbb perbelanjaan byk pergi ke husband. Biar lah sedikit, sbb yg sedikit tu lah akan diganda oleh Allah. Dah hujung tahun kan..boleh la bajet2 dah.

Friday, July 19, 2013

Edisi Cerita Lif


Isu lif tgh hot skang nih kan.
Mmg pilu lah cerita budak yg tersepit kat lif tu kan.
Aku tgk sana sini orang fwd kat FB je. Smlm bz dgn intebiu.
Pastu baca kat OnDScene.

Tak boleh nak bayangkan cara budak tu meninggal. 
Tapi tu lah, kita kalo terperangkap dlm lif, yg utama2 nya jangan panik.

Keduanya, yg paling penting jugak, jgn la cecuba nak panjat ke apa.
Tau lah kalo lif rosak ni kan. Tetiba dibuatnya pintu tertutup.
Tertutup takpe lagi kan. Dibuatnya dia meluru turun ke bawah.
Ya Allah... nauzubillah... 
Dalam kes budak tu, aku tak pasti ada ke tak dia tulis samada lif tu turun balik ke apa ke bila dah tutup tu. Tapi, apa pun, Al Fatihah utk arwah. Budak. Mungkin dia tak tahu peri bahaya nya lif tu.

Sebenarnya pagi semalam, masa nak g kerja, aku pun ada cerita dgn lif kat rumah aku. Masa ni mmg taktau langsung perihal cerita budak tersepit nih (kalau tahu lagi lah panik kot).
Semalam ada intebiu. Jadi, pergi awal sbb pendaftaran jam 7.45pg. Kena prepare lah apa apa dulu. So, tak ramai lagi lah yg naik lif bila kuar dalam kul 7.00 pg tu. Awal lagi kan.
Dari tgkt 4 ke G tu tak la lama mana kan.
Biasanya kami turun tangga je. Smlm pun myDH dah ajak turun tangga. Tp aku nak turun lif sbb aku kata tak ramai orang lagi.
Sekali ha, dkt2 nak sampai G tu, dia boleh cam terhentak. Cemna nak cakap eh. Dia cam zup ke bawah, terhenjut camtu. Lepas tu yg tulis G tu, anak panah still ke bawah. Suppose smpai G dia stop je lah kan. Ya Allah. Aku mmg dah panik dah. MyDH rilek lagi (mmg la kena rilek, kalo dedua panik haru lah). Ingat mmg pintu tak boleh bukak dah. Tapi, Alhamdulillah, terbuka.


Ya Allah... walo sesaat dua kejadian tu, tp tetap panik weyy... lif kan..  apa je buleh berlaku.

Terus terbayang kes perempuan kat TLDM Lumut tu. Yg tu sgt kesian. Dah la dia dalam lif sengsorang. Pastu tetiba lif tu menjunam. Kalo tak silap dia pregnant kan.
Tu aku cakap kat myDH, kita jarang dgr org mati terperangkap dalam lif, tp kalo lif rosak, terjatuh camtu mmg la mintak dijauhkan.

Lif rumah aku tu, kalo masuk mmg org kata tahap PPR lah. Sbb dia buh plywood keliling lif tu. Sbbnya dia nak elak lif tu calar balar. Org masih angkat barang. Kontraktor angkat simen batu bata segala. Tp patutnya dah buleh buka dah plywood tu. Dah setahun kot org masuk. Smpai bila nak rupa tu.
Oleh kerana org angkut barang gak, lif pun salu problem. Tp cepat la di baiki. Eh. Dah byr maintenance memahal, kau mahu buat lelambat, mau orang berpiket kat dpn ofis mgt tu kan.

Lif ni kan, nak kata tak buat penyelenggaraan pun tak buleh juga.
Kadang ni attitude penduduk la. Kalo tahap kencing berak dalam lif tu apa cerita. Tinggalkan plastik sampah dalam lif. Sangat teruk perangai camtu.
Tu tak masuk lagi yg usung basikal, motor dan kalau buleh pun kereta kancil pun nak bawak masuk gamaknya kalo muat. Mana la tak nya lif tu rosak. 
Tahun lps ke bila ke tah, ada pegawai DOSH datang ofis bg ceramah keselamatan. Dia citer la dia salu pegi buat lawatan utk check lif ni. Dia kata kalo gi tgk lif rumah PPR mmg la hazab. Bau mmg tengik la. Tpi kalo lif2 kondo mewah, ha itu bagus katanya.

Tapi tu lah, dia bukan kira tahap PPR ke kondo mewah ke. Mentaliti manusia ni. Apsal lak duk PPR kena kotor, duk tpt mewah kena bersih. Bukan semua tempat ke kita kena bersih?


Sama la tpt aku tu. Walo bukan la tahap kondo mewah tapi kadang tu ada gak mentaliti kepala hotak kat kepala lutut. Merokok dalam lif (habis bau rokok melekat kat tudung. Bodo sgt), bawak baju basah2 lps mandi pool kat dalam lif. Tu dlm lif, pastu kat area luar pun sama lah. Kadang ada je si bongok yg buang sampah merata. Haihhhh.......

Eh. Panjang plak terbebel. Hihi.
Oke lah. Jumpa lagi lain rancangan. :D

Tuesday, April 30, 2013

Edisi Me-rimau

Geram tol!
3minit36 saat - menunggu utk disambungkan ke-what-they-call "anda akan disambungkan ke Eksekutif Khidmat Pelanggan kami" tup tup terputus.
Dail lagi. 
Dengar iklan lagi.
Bla.bla.bla.
Memang takde nih.
3minit10saat.

Sebenarnya nak suruh orang tunggu berapa lama?
3 jam? 3 hari? atau 3 minggu?
Kawan aku kata "nak call customer service derang kena call pukul 3-4pagi"
What theeee.....????
Kena bangkit kunci jam cam nak solat tahajud plak?

Ini mujo aku call bukan nak buat aduan yg urgent cam kad hilang ke duit tetiba tak smpai ke apa ke.
Kalo camtu, tak ke haru smpai pitam.
Tu la tu. Terlebey advance kekdahnya kan.
Camtu lah jadinya.
Aku nak tahu, apsal TAC aku tak smpai.
2 kali dah aku buat. Adakah sbb bertukar line telco, maka prob utk dptkan TAC sedangkan nombor masih sama. Itu je aku nak tanya kat customer service dia. Takkan nak tanya itu pun kena pegi bank kot.

Hey! Hey!
Takpe..takpe..ko tak bagi aku TAC takpe.
Lagi jimat duit aku.

Ni marah kat sapa nih?
Marah kat ghimau nih.....

Sat gi aku plak yg naik ghimau!!

p/s : kuar gak satu entry. Padahal ari ni mmg cam blur je tatau nak buat entry apa. Jadilah tu. Haha.

Thursday, April 11, 2013

Hujan = Banjir = Jammed

kredit : Metro
kredit : Mstar

Hujan je banjir.
Banjir je hujan.
Dan paling bes. Hujan je jammed cam baghdaddd... (ha..jgn lak tanya "Kekda, baghdad tu apa? Haha.. akak pun tatau...tp cam sedap je nak sebut. Hahahai)

Yer saya.
Saya adalah salah sorang yg ter trapped dlm jammed smlm.
Kuar ofis 6.45pm. Sampai rumah 8.45pm.
Dgr azan Maghrib kat radio. Dan dgr azan Isyak jugak kat radio.
Aduh.... lenkali kalo camni, lewatkan trus balik. Balik pas Maghrib. Tak memasal betul.

Masa dgr radio Suria tu ada sorang caller tu dia kata dia kat Hway Batu 14 ke mana tah. Yg arah2 Kajang tu lah. 2 jam dah dia tak sampai2 lagi. Anak kat Taska tak amik lagi. Huhu.

Mmg ini la permasalahan yg sering terjadi. Ujan je jammed mmg gegila. Nak plak ujan menderu lebat tepat2 kul 5 ya. Lagipun aku ada keja urgent, so balik lewat skali. Skali kauuu... Jalan Tun Razak mmg tak bagi peluang langsung. Aku stuck dari Prince Court smpai nak ke Tabung Haji tu dkt nak sejam. Mula ingat nak lalu AKLEH. Oh. Mmg tak buleh. Sbb bawah terowong, mahupun selepas traffic lite dkt Ampang Park tu sgt la tak bergerak. Lari ke Jalan Ampang. Situ agak smooth. Cam terkujat jugak la sbb jalan Ampang ni jarang nak smooth. Oke. Takpe. Pastu amik jalan Jelatek, pun jammed, tp bergerak jugak la. Naik ke DUKE. Smpai kat DUKE, nak membayo kat TnG la nahas. Beratur lagi panjang. Disitu lah ceritanya smpai 2 jam. Buleh smpai Perak hoke. Dan kalo takde jammed segala kurang 20minit smpai rumah kalo aku  ikut DUKE tu. Haihh...

Malas nak cakap kenapa, kenapa.
Tepuk dada, tanya la perangai.
Aku tak kata pasal sistem saliran ke apa.
Buat la 10x SMART tunnel ke bijak tunnel ke, tp kalo minda kita tak smart tak payah la.

Takyah pikir jejauh, seme ni mesti sbb sampah tersumbat. Mesti punya.
Tgk je lah longkang kat memana pun. Botol air, plastik, pampers, pad itu ini seme humban dlm tu.

Tak kira tu, kat tetepi jalan raya. Aku salu tgk kalo jammed tu, mmg tetepi jalan, kat rumpur2 tu, kotor..memacam menda ada. Selipar pun ada. Tu kalo perati bebetul entah2 spender pun ada. Haa... geram dah tu.
Sama gak kalo pegi tempat2 berkelah ke. Sbb tu la jadi kencing tikus segala. Makan2 pastu sedap je longgok situ sisa2 dia. Biar je tggl kat situ. Ewah haii.. ada tong sampah, walo pun dah penuh, kumpul jugak la tetepi tu. Ini tidak. Biar je lah terselepuk kat tpt situ. Tu aku malas dah nak pegi picnic2 kat waterfall ke apa. Tak suka. Dah la tpt salin baju pun bau hancing pering. 

Mentaliti.

Ada yg begitu mudah buang sampah kut tingkap kereta.
Aku bersyukur sbb asben aku pun sgt displin bab ni. Dia mmg cam pantang la tgk org buang sampah. Kat memana lah. Bukan je dari dlm keta. Geram je dia tgk.

Takyah la nak kondem kerajaan ke apa ke yg buat sistem pengairan tak elok ke apa.
Perbetulkan lah dulu perangai kita ni.
Kenapa nak buang sampah merata.
Kenapa nak campak segala dalam longkang.
Geli tau tak. Geli sgt.
Dulu masa rumah lama, mmg kalo ujan lebat camni air naik tinggi. Paling tinggi dkt nak cecah lutut. Ko tahu betapa geli aku nak randuk air tu. Dah la aku ni penyakit tak bule kena air lopak2 camtu. Sure gatal punya satu, eh..dedua kaki. Bila da kering, ko tgk la apa yg berterabur. Botol air mineral, plastik. 

Entah. Malas nak kata lah.
Kalo nak jadi negara kelas pertama. Minda pun kena kelas pertama.

Dah. Aku menulis cam nak kempen pilihanraya plak.
Hahahai.

(P/S : Nad.. walo akak ni tak pandai sgt pasal nama tpt dan amik geografi smpai form 3 ja, tp akak tau Baghdad nama tempat.. cuma kalo digabungkan menjadi "Jammed Baghdad" apa jadi?? Haha.. Comel Nad ni tau..bagi tau Baghdad tu apa plak.. hahaha)

Thursday, April 4, 2013

Edisi Bintat Bintat

Hi ols!!
Petang baru dapat bernafas sket.
Dah Khamis yer. Oh. Ailoike minggu ni. Sbb  macam cepat. Hihik.
Tau tau dah nak hari Jumaat.
Skali lagi ailoike.

Smlm ada la riki2 tpt panggilan pulau tu.
Kenapa eh.
'orang kita' kalo marketing cam fail kan. Rasa cam gerammmm je....
Dulu. Ada gak aku emel ke comp'orang kita'. Nak tnya qoutation buat tv panel.
Entah. Kalo tgk jawapan, mmg aku anggap dia tak berminat nak meniaga.
Senang je aku rumuskan dari jawapan emel dia.
Tatau la samada dia tak selesa nak berniaga thro emel ke kan.
Tpi what for la ko nak taruk emel kat web/blog/FB ko kalo ko layan orang nak tanak kan.

Cara2 dia jawab tu cam kita bercakap 
"berapa harga?"
"1000"
"berapa ukuran"
"10 x 10"

Camtu lah. Dengan bayangan muka masam. Melayan kita acuh tak acuh.
Kalo gitu gaya - mmg tak hingin haih aku nak amik.

Ce kalo bukan orang kita. Tak cukup ngan jawapan emel, kalo kita tggl no phone, dan dan tu dia call kita. Sbb dia tau, org nak carik tu harus la potential customer kita.Tu hal panel tv. Hurm. Perfect Living da start. Ada sesuatu nak di survey. Nak deco rumah sblm raya kata nyew retu kan. Tp apah pun tak dibuat weyy... apa nak jadi nih. Konon nak letak cermin kat wall dapo yg kat induction cooker tu pun smpai sudah tak berbuat. Apa punya pemalas ntah la. So, mggu ni nak g Perfect Living. Nak carik something kat sana yg bes bes utk rumah aku tu. Masih ada yg tak cukup. Pastu nak g tempah langsir sliding door kat Nilai kot. Sehari bule siap katanya kan. Tapi taktau la bila. Bulan 5 ke apa ke. Kaler tetap purple. Lantak. Walo yg kat akak aku tak siap2 lagi tu, pun kaler purple. Tak purple - pink.

Citer pasal 'orang kita' lagi kan.
So, emel gak kat satu tpt ni. Aku tau org kita sbb nama kat emel tu nama orang kita.
Cam tu gak la kaedahnya.
Langsung cam takde napak appreciate kita dah tanya tpt dia ni.
Cam belagak sgt kan.
Aku tanya available dak date aku, then cemna transportation. Jawabnya - available. Pastu gitau nama tempat. Tu je. Takde la dia nak offer ada pick up dari airport ke stesen bas ke apa. 
Ehhhhh......... org offer la kan. Contoh cam tulis - kami juga boleh menyediakan transport dari sekian sekian tpt dgn caj tambahan dikenakan. Kan sedap kalo dia  tulis camtu. Ni cam nak tanak ja. Jawapannya memang taknak la. Byk lagi resort lain. Resort aku duk dlu lagi bes. Mudah pun mudah. Easy access. Eh! Cam tau je kan nak g mana. Haha.

Oke lah. Mmg tgh byk kerja - bintat2 kepala segala - pastu baru bule g cuti - pastu baru bule release tension puas puas. Mmg bes!

Dah la. Tatau nak kata apa lagi dah. Nak drop komen kat blog uols pun tak sempat. Tapi ai jengah tau. Waktu lunch tu, ai jengah jugak. Tp dah tgn bersememeh ngan nasik cena nak taip komen. Hahaha. Disgusting! Miahahahha.

Okelah. Nenati sembang lagi.
Bye!
Sekadar hiasan.
~google~

Wednesday, April 3, 2013

Bubar - Booking - Buzy

Sudah bubar pula.
Jadi.
Cena nak mem-booking neh.
Kang kena date booking tu p.raya.
Haaa... acena?
Tapi tak kena kot. Sure sure lah dia buat on weekend kan.
Kita bule pegi weekday.
Woot. Woot.

Rumors yg dibaca kat internet kata dlm ujung bln 4 praya. Entah.
Lps bubar dia ada tempoh 60hari lagi kan. So.. just wait n see d announcement lah.

Ada la plan nih.
Tapi tatau nak kemana.
Yang pasti Panggilan Pulau.
Pulau Langkawi nak beli pinggan, tgk tiket mahai plak.
Jadi switch pulau lain.
Yang nyata bukan Pulau Pandan Jauh Ke Tengah.
Haha.

Google. Tak tau kat mana tah. Cam kat Redang yg aku duk tu je dulu.

Selamat mengundi la uols.
Ai ni kali ke3 mengundi (Insyaallah... )
Dan kali pertama la mengundi lps kawen nih.
MyDH kata balik kg aku mengundi dulu pastu baru balik umah dia lak.
Entah. Tengok lah cemana dan siapa yg jadi calon kat kg aku tu.

Tapi, lps je mengundi mmg nak tukar alamat IC.
Kita mau jadi org Ki-iLL lah. Hahahah.

Bye!
Bz buat paper nak angkat ke JPA nih. Cam nak picah kipala.. (T___T)

Friday, March 15, 2013

Edisi Bual Kosong : Cerita Ofis

Kuikuikui.
Rasa nak tergelak pun ada.
Haha. Tu la. Selalu orang kata tiada rahsia antara somi isteri. Heii.... mana buleh camtu. Mesti ada rahsia juga. Haha. Tu bagi kami la. Housemate yang merangkap officemate. Terlibat dalam urusan yg sedikit 'sulit', kena la menjadi rahsia.
On d other hand, dia pun camtu jugak. Tak semua benda kiterang boleh ceritakan sesama sendiri. Dulu aku duk unit lama mmg seme menda aku tau bila menda tu dah 'diwartakan'. Kut tak, mmg la taktau. Dan sama lah skrg ni bila aku lak duk HR. Kadang dia pun tak tahu.

Cam ada pekeliling dalaman yg aku uruskan. Aku saja tak bagi tau apa isi nya. 
Haha. Kelakar. Mmg kalo org tgk cam takde apa la kelakar benar. Tp bagi aku kelakar. Haha. Smpai tadi pun aku nak masukkan dokumen utk big boss sign pun aku still tak bagi dia tgk dokumen tu. Suppose dia bule tgk sbb dia mmg duk bahagian tu. Tp saja aku tak bagi. Haha. Rahsia is rahsia oke.
Korang pun tggu pekeliling yawww.... 

So, hari ni takde tulis apa pun sini.
Tapi ari ni oke sket. Tak bz like a bee cam 2,3 hari yg lepas2 ni.
Pagi - jumpa 3 org staff - lantikan baru. Yg aku ada buat entry iklan jawatan kosong tu.
Bulan 12 iklan tu, interview bulan Feb, Mac report duty.
Alhamdulillah. Settle pun. Sejak masuk unit ni dari bln Julai last year, ini kira 1st time handle dari iklan smpai la report duty. Yg sebelum tu, kira aku sambung kerja org lama.
Ala, ni pun dengan bantuan adik2 aku yg cukup berdedikasi. Thanks to them (^^,). Girl power kekdahnya. Memula derang kena report duty kat Pengarah la dulu, pastu baru la aku brief sesket pasal kerja. Yg nyata, aku nak derang kerja kerana tanggungjawab kerana Allah. Bukan semata-mata dpt gaji. First tu aku tanya, masa derang dpt surat tawaran, apa yg terlintas dlm hati derang. Seme pun jawab positif lah. Aku cakap, aku akan pegang kata-kata tu smpai la aku pencen (ingat ke aku ni?? Buatnya derang tanya balik. Apa kata aku tulis sini. Haha). Cam biasa la, nak kerja utk tunaikan tanggungjawab pada keluarga, bantu keluarga. Aku kata, kalo datang nama2 derang ke aku sbb tak hadir bertugas ke, ada buat pelanggaran tatatertib ke, aku cakap balik apa yg derang cakap ni. 
Risau weh. Ramai betul bebudak muda skang buat perangai. Tak datang kerja, hilang masa kerja, begitu begini. Naik pening rasanya. Fuh! Mujo dlm 700 orang punya perangai je nak kena tgk. Kut beribu, mmg cepat matang jadinya. Tapi takpe. Aku suka kerja ni walo background study aku bukan bidang ni. Tkpe, pengalaman kan.

Oke lah tu. Esuk nak gi cuti2. Sebenarnya aku kena pegi gak yg Purple Walk ke apa ntah kat Putrajaya tu. Yg cam Mai buat entry ni. Aku cakap je kat boss - saya nak gi honeymoon. Muahahaha..
Untuk itu, yg teka teka tu kira dah ditamatkan secara rasmi lah.
Hihi. Kita tgk siapa yg kena ya... harus aku ada upload gambau nati. Tu pun kut ada line. Ye lah, aku nyer internet (phone) guna Umobile. Entah oke entah idok line kat 'atas' tu. Apa pun, doakan yg bebaik ja. Moga2 tak hujan. Nak jerit kuat2 release tension sambil main Solero Space Shot ke. Eh?? Hahahaaaa....

Kbai!
gambar sekadar hiasan. Hikhik.

Thursday, February 28, 2013

Mimpi. Meeting. Serabut.

Pheww...
Serabut..serabut..serabut.
Apa tah yg aku serabutkan. Tp mmg serabut.
Udah la malam (bkn mlm sgt, pagi kot) tadi mimpi cam hapa je.
Cam aku gi satu rumah rehat ni. Kat kawasan hutan. Tp tpt tu cantik. Kawasan lapang. Rumah tu ada cermin, so buleh napak segala binatang dari dalam rumah tu. Aku napak lion, ada cam kancil meragut rumput, monyet (kat mana ada lion nih, sure bkn Malaysia nih. Hihi).
Lps tu tak lama, tetiba napak seme binatang kelam kabut lari. Siap ada kepulan2 cam asap derang lari2 tu. Ada gajah dan semua lah binatang2 hutan ni, macam dia turun dari satu tpt. Siap dgn monyet tu lari pastu kedepek, ter sangkut melekat depan cermin (ini katon dah ni). Memula sket. Siap aku suka la. Amik gmbr semua. Skali makin byk. Trus aku pun lari sama. Dari aku sorang (ke aku ngan asben, tak ingat), tetiba ramai cam sekampung. Lari lari lari. Rupanya tsunami. Tetau ada tepi pantai dah. Kami ramai2 duk kat situ. Kami selamat. Lps tu rupanya dekat plak dgn tpt yg aku tgk dari cermin tu, aku jengah2 jugak. Dah takde lagi binatang2.

Hai. "green" sungguh mimpi aku kan. Siap ngan binatang seme ada. Tp ini mimpi lps aku terjaga pada jam 5.35pagi. Bukan di bawah sedar dah. Ni mimpi ter berangan ke apa tah. Lps tu terjaga 6.30pg. Nice... mujo baju seme da iron. Kalo tak..merah lagi punch kad. Nice.... 3x yer anak2 punch kad merah. Cena ni? Org tatatertib lak smpai 3x merah. Huh! 

Tp green tu camni la lebih kurang.
Goggle
Aman, damai, tenang. Smpai skang aku masih terbayang.

Saja aku nk jot down mimpi tu supaya aku tak lupa.
Tp masuk keja, kelam kabut segala. Pagi gi meeting. Mujo bos pegi sama. Phew. Pastu udah la lama beno weh... byk agenda nyer. Siap break jap. Makan, smbung lagi smpai kul 1.30t.hari. Dari 9.30 pagi tu. Tak ngape ler kan. Udah namanya keroje. 
Tp bila smpai ofis, mmg serabut segala la sbb byk menda tak buat lagi. Udah la dgn rehearsal utk perasmian lagi nak attend. Mmg tak dpt attend la sbb tak makan, tak solat lagi. Terus sambung wat keja. 

Dah la. Nak rehatkan minda jap.
Nak g cuci2 mato jap kat bawah. Dah whatsapp ngan myDH. Jalan2 ngan dia skalik.
Nak tgk batik.
Eh?? (>_<)

##Mari ramai-ramai ke Hari Kraf Kebangsaan. Pelbagai barangan kraf yang menarik boleh didapati di sini. Maklumat lanjut : HKK 2013

Tuesday, February 5, 2013

Edisi Hari Selasa : 5 Feb 2013

Salam hari Selasa.
Lama pula rasanya tak menulis kat sini.
Bercuti di kampung. Ada sedikit musibah yg menimpa.

"Tuhan Sedang Menguji Kita"

Takpe.. nati2 kalo ada masa kita cerita lah perihal cuti 3 hari tu.


Tgh duk settle kan urusan nak pos adiah utk Gift-Away tu hari.
Ramai dah respond, kasik alamat.
Ada yg tak bagi, tp alamat mmg ada dlm simpanan.


Oh. Ada juga yg mmg tiada alamat dlm simpanan.

Dan tidak pula dia emelkan alamatnya.

Jadi, ada la peruntukkan utk di gift-away kan pula ke orang lain.
Yang alamatnya mmg ada dalam simpanan.
Jadi, kita tgk siapa yg kenaaa.... hihi.hihik.hihikkk....

Utk Norzie, komen kata dah emel kan?? Tp masih tak diterima. Mungkin salah eja stoberi tu menjadi stroberi.. jadi, cuba tgk semula ya.. mungkin nak pos kan dalam minggu ni. Insyallah, kalo takde apa2 masalah. Tapi... alamak! keta plak dah paking jauh... Sabtu pun post office dah tak bukak sekarang ni. Takpe..takpe..buleh adjust. 

Gambar takde kaitan dgn kandungan entry.
Saja taruk sbg penyeri entry. Huhu.
Order online. Telah selamat di terima. Entah bila nak baca. 

Friday, January 25, 2013

Edisi Salam Jumaat 25 Januari

Salam Jumaat.
Pagi Jumaat yg mendung (d Kuala Lumpur). Hujan gerimis (rasanya dari malam tadi lagi).
Semua pun cam layu.

Layu tak layu, ai terpaksa bersemangat juga ke ofis.
Almaklum - ada course kata nyewww...
Takde entry auto-publish. Tak sempat.
Jadi, takde entry la sepanjang course tu.
Laptop tak kuasa nak bawak.
Tapi instagram harus la ber update. Hiwhiwhiw.

Ari ni pun takde idea nak citer apa.
Amik lah gmbr smlm ni. Breakfast sebelum gi jalan2 shopping di Jalan TAR.
Haha.

Seronok juga, org tak ramai pagi2 tu.
Tapi menjelang kul 12 org dah berpusu2 masuk area jln TAR tu.
Dan kami pun laju2 pulang.

Plan utk tgk Juvana postpone ari Senin.

p/s : Sebenarnya nak lunch di rest Mee Udang yg kat Batu Caves yg masuk JJCM last Sunday. Dah smpai pun. Tp parking susah. Pastu myDH tgk org tgh berdiri nak dptkan tempat - penuh! So, kami gi JJCM tpt lain. Uhuks! Tak kira... nati nak pegi jugak. Tunggu..tunggu.

*oh, utk yg drop komen kat Gift-Away tu, next week la kita umumkan sapa penerima gift yang nak di-awaykan tu yer. Jadi, sapa nak komen2 pun buleh lagi. Takde due date pun. Dah announce pun buleh lagi nak komen. Hikhik.

Thursday, January 17, 2013

Edisi Menabung

google
Apsal eh. Bila google gmbr saving je misti mostly gmbr org tgh simpan duit kat tabung piggy. Hihi. Piggy bank la tu.

Oke. Nak cerita pasal menabung/saving. Tp bukan nak bagi tips ke apa. Byk tips kut org dah bagi. So buleh gugel. Nak kata aku ni berdisplin menabung, idak juga. Tp ada la yg aku terus potong gaji dan masuk ke ASB. Yerp. Bila masuk tahun baru, sana sini akan memperkatakan ttg ASB. Ye lah, dah masuk bonus ASB, harus ramai nak tahu berapa bonus yg dpt. 

Pening jugak nak ikut sebenarnya. Sana kata tak buleh, sini kata oke.
Baca kat sini, macam oke lah.
Tp baca tpt lain macam tak oke.

So, mari lah kita menabung di bawah bantal saja.
Oke. Tak lawak!

Cena nak kata ah. Aku mmg tak amik yg loan ASB ke apa yg seumpamanya tu. Sbb dulu aku ada osmet yg keja PNB. Dia kata better akak simpan je terus kat ASB tu, takyah wat loan ke apa seme tu. Oke la. Aku pun mmg takde hati nak buat cara2 tu. Mmg sejak masuk keja terus buat potongan. Dan nilai pun byk tu la tak berubah. Muahaha.


Sebenarnya situ tu simpanan kalo nak guna ketika kecemasan. Situ mmg masuk keluar la duitnya. Dan juga situ la aku simpan duit nak gi travel. Mmg tak fixed pun simpanan tu. Kira kalo dpt pendapatan/bonus pun tak la byk mana. Mmg yg menjadi persoalan yg itu lah - bonus tu. Dari mana dtg sumbernya kan. Kadang aku pun cam tertanya juga. Dan utk tu mmg aku tak peruntukkan simpanan byk dlm tu. Dan memangnya mmg simpanan tu 'bergerak'. Duit tu lah digunakan utk gi travel sana sini. Bagi aku, itu kaedah yg terbaik utk aku menabung/saving. Bukan pasal nak kan bonus/pendapatan setiap ujung tahun. Kut kalo simpan kat Maybank je... pepaham je lah. Tambah lagi aku yg suka soping online ni. Agak bahaya kalo di simpan dalam akaun biasa, langsung tak bergerak ke mana2 kang. Yer, seakan matlamat tak menghalalkan cara pulak kaedahnya ni kan. 


But, kalo utk jumlah simpanan yg minima - harusnya lah di simpan di sini. Lagi mudah skang buleh transfer thro Maybank juga. Aku dah daftar tu ari. Tp tak penah buat lagi. Rasa puas hati kalo terus ke Tabung Haji jugak.
kredit : Tabung Haji
Selain simpanan kita di zakatkan terus, ini lah tempat terbaik utk menyimpan aku rasa. Ada bonus juga.
Tapiii.... aku tak daftar untuk haji lagi nieh... nak ajak myDH, tp dia cam tak berapa bersedia je nak daftar. Walhal kalo daftar pun berpuluh tahun lagi kot baru pegi. Adeh.. aku je lagi tak daftar kut nih.. org lain aku rasa seme daftar dah. Uhuks!

Apa pun, mari lah menabung utk kesenangan masa depan. Ceh! cakap cam orang lain tak menabung. Walhal org lain duit dah juta2 dlm simpanan. Hiks (",)

p/s : sapa ada buat saving kat Amanah Hartanah Bumiputera? Oke dak? Tgh mendalami pasal tu plak. Rasa cam berminat gak tu.

Tuesday, December 18, 2012

Pagi Yang Awal. Awal Yang Pagi

Hari ni mungkin hari yg pjg utk saya.
Hari ni jadi antara orang terawal smpai ofis.
Kul 7.15pg dah punch kad.
Fuyoh.
Maklum la 5.30pagi dah bangun.
Fuyoh lagi.
Manakan tidak. Suppose nak kena g Putrajaya jam 7.30pg sbb ada sesi dialog apa tah bersama JPA kat Kementerian sanun (prog HRMIS lah).
Tapi bila boss smpai dia panggil gitau ada hal sket pagi ni.
So, aku tak perlu attend sesi tu. Yey!
Tapi tak yey sgt la. Kira start dari bos panggil - kurang lebih 7.30 tu, ada kerja perlu dibereskan sbb nak meeting hari Jumaat ni. Pulak petang kena gak gi Putrajaya. Sesilap haribulan kena g sorang kot. 

Oh. Bukan senang nak buat job rotation. Semua aspek kena ambik kira termasuk aspek kebajikan (keluarga) mereka. Satu persatu permohonan pertukaran kena teliti, kaji dsbnya.
So, utk itu - buat adik cumil ku Eka - dun be too frustrated sbb tk dpt tukar tu yer. Kalo cikgu lagi la ribuan, malahan puluhan ribu permohonan yg derang nak kena timbang tara. Tapi, sampai masanya, Insyaallah, ada la rezeki. Kita jgn rasa ini dugaan, tp kita cuba rasa ini adalah 'nikmat' yg Allah bagi kita sbb Dia yakin kita mampu hadapinya. Orang lain tak merasa.

Dah. Ni stop kejap sbb tgh breakfast. Yerp. Aku takde masalah utk makan jam 9pagi. Sbb time makan aku mmg antara 9-10pagi tu.

Bila lah nak siap asaimen aku ni. Huhu.
Apa pun semoga ada sinaran kegembiraan buat kita seme. 


Tuesday, December 11, 2012

Edisi Budi Bahasa Budaya Kita

Hari ni, izinkan sebentar aku nak membebel. Aku, kalo membebel tu harus panjang. Haha. Tp tatau lah kan, ikut lah byk mana jejari tak runcing aku nak menaip kan.

Sebelum tu, aku nak citer sket pasal klip kat utube. Yg ada kes budak2 pompuan buli sorang budak pompuan lain. Tatau la klip lama ke baru. Aku jarang nak jelajah utube tu. Tp ni ada artis yg kuarkan video tu kat twitter dia 2,3 ari lepas. So, aku tgk. Kata orang budak Felda. Sejauh mana kebenaran tatau lah. Tp dari persekitaran dlm clip tu mmg napak cam ladang2 la. Ada 2,3 orang budak duk tolak2, tunjal2 kepala, sepak2 dan potong rambut sorang budak pompuan ni. Salah seorang tu elok bertudung.
Aku tak nak bebel pasal kes buli ke apa. Ni seme pasal bahasa. Kejap2 kuar 'babi', 'babi' dan berbabi babi lah perkataan babi (cisss.. dah kena samak plak blog aku ni. Muahahah).
Aku nak bebel pasal 'bahasa'.

Mengapa ya? Budak2 sekolah, tgk bahasa mereka mmg gerun woh. Apakah hilang langsung nilai2 murni dalam diri anak2 ni? Manakah silapnya? Guru2 di sekolah? Ibu bapa? Keluarga? atau kegagalan kempen Budi Bahasa Budaya Kita ni. Itu tak kira bahasa sms derang tu (yg aku penah buat entry pun kan).
Google
Lps tu smlm, masa aku mandi kolam. Ada sekumpulan bebudak ni. Tatau la mmg anak2 residen situ atau pun sedara mara mereka kan (sbb biasanya kalo anak2 residen ni, jarang berenang kat kolam dewasa, seme kat kolam kanak2. Napak bebudak ni mmg biasa berenang). Ada la dlm 4,5 orang - lelaki n perempuan- dalam umur 10-12 tahun camtu. Aku perati je. Yang perempuan tu... tak padan dgn keciknya. Mengamuk2 marah kan si lelaki. Entah kenapa. Berebut pelampung ke apa ntah. Amboi garangnya dia. Mulut tak lepas kejap2 babi, kejap2 sial. Niat aku nak tenangkan pikiran sambil swimming (swimming kahh?? Muahahah) langsung tak jadi. Lagi buat pikiran tak tenang. Duduk dlm 10minit, naik lah. Bosan je tgk 'drama' bebudak nih. Padahal sorang tu dah biru2, bibir pun dah menggeletar, pun taknak naik2 lagi. Tatau lagi dari pukul berapa dan smpai kul brapa meke berkubang sambil berbabi tu sbb waktu azan maghrib tu aku napak ada lagi derang berendam.

Tu yg buat aku terpikir. Mana hilangnya budaya berbahasa kita. Aku skang nak sebut sial tu pun tak sanggup. Ni jadi bahan mainan di bibir saja. Tp mungkin mereka dah di'train' yg sial tu adalah perkataan cam biasa. Cam sebut 'ayam', 'bunga melati' gitu lah kot. Yer, persepsi kita sial tu sesuatu yg negatif bila sedari kecil kita di ajar itu adalah negatif. Mungkin bagi mereka sial itu adalah ayat biasa yg tak perlu dipikir negatif. Bahan berlawak dgn rakan2. Tak salah utk gunakannya. Itu lah kot.

Begitu juga babi. Takde apa yg negatif pada mereka. Sebut lah. Bukan salah pun kan. Babi kan lah rakan2 tu selagi boleh. Tu adalah sinonim kepada perkataan cantik, pandai, lawa dan sebagainya kut. Kan ada kat FB orang letak camni kan. 
Google

Ini lah jadinya kalo perkataan tu dah jadi menda yg 'biasa'. Terlalu byk sgt yg 'biasa'. Seharusnya kita kena 'betulkan yg biasa, dan biasakan yang betul'. Tak kesian kat bangsa kita ker??


Google

Friday, November 2, 2012

Titew X Shuke Lah!

Kalo salu duk dgr Era sure ada dgr iklan Kak Siti tu kan.
Ala, yg Siti Nurhaliza dok peringatkan jangan main cinta masa sekolah tu kan.
Laki aku cukup berbulu je dgn iklan tu. Dia eleh kan la apa la si Siti tu. Amik laki orang la katanya, pandai nasihat orang la apa la. Ewah. Kemain kau kan bang.. aku mestilah sokong Kak Siti. Ai kan peminat Kak Siti. Haha. *tetiba*

Tapi tu lah. Kadang tgk bebudak muda ni bercinta (kononnya), mmg tahap Ohmaigad! Gilos. Tolong yer.. tolong jangan memuntah-belahak-kan kami yg kertu ni. Aku tatau la orang lain. Tp aku, kalo tgk ayat kasih sayang derang ni kat FB, mmg tahap muntah belahak aku rasa. Sbb tu ada certain FB aku hide kat wall aku. Kang satu hal plak, elok tak morning sickness sbb pregnant, sbb lain plak halanya.

Wohooo... skang segala luahan rasa ko tulis kat FB kan. Dan dan tu la ber sayang, ber anja, ber B la, C la, D lah. Adoi.... (ini aku cakap generasi kelahiran tahun 90-an dan ke atas yer)
Yer, yer.. aku tau, mesti ada yg cakap, eleh, zaman ko takde FB ni, buleh la cakap, tgk kot ada.. cemana la ghoper nya kan.

Yerp. Mmg zaman aku bercintan cintun dulu takde FB. Tapi tak semestinya zaman ada FB ni kita perlu meluah rasa yg memuakkan tu kat satu dunia. Kau nak cakap ko sayang dia-gi msg la wey. Ko tahu ke tidak yg baca FB ko bukan kawan2 ko saja. Mak baca, bapak baca, makcik baca, pakcik baca, cikgu baca. Aduhai.

Atau pun ada yg cakap. Lantak la.. aku dah abis skolah, dah masuk U pun. Sukati lah. Ha, ni lagi bes. Kalo da masuk U, sila buat cara orang U sket yer. Jangan nak menunjuk satu dunia sayang2, anje2 ko tu. Huakkk... (muntah ijo). Lps tu tetiba tgk ada status "engaged with......" Ya Allah Ya Rabbana, rasa nak tercirit jap aku. Padahal ni aku ngan dia ada ikatan persaudaraan ni, motip la plak makcik dia tatau bila masa anak buahnya yg sorang ni nak kawen dah... kecik hati aku tau tak dijemput ke 'majlis pertunangannya'. Adoi... . Haha. Lawak apa kah mereka buat wey.

Elo. Elo. Esuk kalo elok hubungan tu, Alhamdullillah lah kan. Jangan sok, dah clash segala, ko buat ayat maki hamun plak dalam tu. Time tu anje anje dah takde, anjing mungkin la ada.

Jauh lagi anak-anak, adik-adik perjalanan ni. Jangan terlampau 'mengada' sgt.

Aku ada sorang lagi anak buah, lelaki - skang kat UTEM - buat degree mech engineering ke apa tah. Gitu lah. Ada FB juga. Ada gf juga. Tp aku leh tatau pun dia ada kawan, smpai la akak dia gitau. Kebetulan gf nyer tu satu U plak ngan aku. Eceh (satu U khenn...). Tp dia bkn post-grad la. Fakulti Sains.  Itu la cara orang U berkawan... elok je. Takde pun nak letak gmbau bersama, takde la nak letak 'in relation' ke, 'engaged with' ke. Bukan kita tak bagi kawan. Kawan lah elok2. Ari tu, masa aku buat housewarming, aku suh anak buah aku tu bawak skali 'kawan' dia tu. Elok je dia dtg. Dah aku plak tatau nak bahasakan diri aku apa. Makcik ke Kakak. Haha. Oke lah kan. Takde plak kita rasa nak muntah belahak ke apa.

Aku risau juga, tetiba aku bukak FB dah kuar 'married with'. Ha kau.... ni bkn tahap buleh cirit dah ni, dah buleh dapat penyakit schizophrenia terus aku.

Akhir skali, kalo tulis pun masih ejaan camni, elok takyah pikir la nak engaged ke married ke. Ini elok bagi dia buat karangan 1000 patah perkataan dengan ejaan rumi yg betul dulu.

arap fham... 
Aq xhot mcm kowank
Cpew nk kwn ngan aq ... Aq k...
Nt XXX mention nme hang bwu hang tw... 
Cpew uat XXX skit aty XXX akn block trus... 
Ase xder aper dh...
XXX kwn dngn semua ownk... 
Tpy aq xsombong... 
Lau XXX xbls im kowank... XXX bz ....
Tpy jgn mlebih...jgn nk antr at im ayt2 biru... 


Kredit gmbr to FB my kazen
(eh, kat mana nak carik gambar2 somee cards in BM ni. Kadang bes jugak. Hihi).
Smpai skang aku tatau apakah terjemahan kepada 'mcet' tu.
Ada kah muncet? adakah melecet? takkan mencit?
Sumpah tak paham!

Wednesday, October 31, 2012

Bulan Lepas 25, Bulan ni 49

Tgk pada bilangan entry aku buat last month - September.
Hanya buat 25 entry sahaja, which bulan2 lain biasanya mencecah 70 entry. Half pun tak smpai napaknya bulan lepas. Haha.

Bulan ni 49 entry kot. Masih sedikit. Aku dah kurang masa utk ber-blog napaknya.
Ke rasa takde apa nak tulis dah.

Sebenarnya, lps aku sambung study, lps tu masuk rumah baru, susah nak tune life cam biasa lagi.
Selasa, Rabu, balik rumah mmg flat abis lah.
Kul 10 baru smpai rumah. Kadang kul 10 lebih. Jammed kat Bulatan Pahang tu mmg hazabedah dan musibat  btul. Entah pukul berapa tak jammed. Jammed aja manjang. Aku suspect, satu sbb orang masuk beli McD drive-thro, satu lagi sbb traffic lite situ kejap sgt. 

Jauh btul aku rasa rumah skang ni.
Itu aku duk hanya lebih 4,5 km je dari rumah skang.
Kalo lebih 20,30km.. lagi haru biru.
Sbb tu la aku salute betul pada yg travel berpuluh2 km sehari tu. Masuk 2,3 hway. Mmg suspect respect! Aku rasa, kalo camtu, terus aku lembik kut.

Kerja pun. Aku rasa duk HR lagi penat dari duk Aset.

Yer, menjaga orang bukan mudah. Dulu duk jaga barang je. Walo nilainya milion ke, bilion ke, tp itu adalah barang. Smpai masa- lupus. Ni orang ko nak lupus?? Haha. Walo tak smpai 1k jumlah staff sini, tp jumlah 700++ dah cukup utk kita buat rasa cam nak pitam!. Mungkin aku takde KPP, dulu kat aset aku ada KPP so, burden of work dah kurang. But, Alhamdulillah, aku punya team pun agak cekap. So, mujur lah disitu. 

Mmg aku sker legal, tp nak kena sumbat otak ni dgn pelbagai SPP, PP, jammed jugak dibuatnya. Byk paperwork nak kena buat. 3 bulan duk sini, aku rasa masih lagi 'lembap' aku neh. Huwaaa....

Kadang, ada rasa give up. Tp mana buleh...aku kan suka cabaran.
Kadang, aku rasa betul ke aku nak belajar ni. Benti je boleh (giler ko, dah beribu abis, lagi mau berenti).
Kadang, rasa nak cakap kat bos, give-up, nak tukar balik dept lama. Tp ko igt ini comp bapak kau, ikut sukak kau mau pegi ke mana kau sukak?

Dan skang ni, rasa cam jammed gak otak nk buat entry kat blog.
Mostly entry aku autopublish. Yg bila2 pree aku tulis, jadikan draft, lepas tu baru publish.
Kadang rasa entry tu dah tak bes. Langsung tak publish.

Begitu lah. Adui. Bebel bebel plak la haaa..
K lah..nenati lah kita sambung bebel lagi...
Nah amek stoberi celup cekelat sato.
kredit : gugel.
*p/s : Jemputlah datang Kraf Inspirasi Alam, Kompleks Kraf Kuala Lumpur - 31 Okt sehingga 11 Nov - 10pg hingga 10 mlm.