Monday, February 28, 2011

~Pasal Tak Berperaturan~

Kadang kadang pelik pun ada dgn kerenah manusia ni.
Tp nak kata kerenah manusia kang, aku pun manusia. Tentu org kata 'eleh, dia pun byk kerenah, tak sedar'.
Tp kadang kerenah tu terlampau.

Contoh mcm ko da ditawarkan sesuatu, maka ikut la peraturan.
Hidup bukan ikut suka je. Suma tpt ada peraturan. Ko carik la celah bedah mana tpt kat bumi Allah ni takde peraturan.
Bukan susah ikut peraturan dan ketetapan. Utk kesenangan masa dpn jugak.
Ikut peraturan tak buleh ker?
Nak kata tak bertimbangrasa, dah abis timbang dan rasa pun.
Kang lelebih kata tak nak tolong bangsa Melayu. Lps tu dikatakan pulak tak reti hormat.
Mula la emel sana,emel sini.
Sudahnya..... 

Dah la. Next time jgn la aku ter cebur diri dgn org byk kerenah camni.
Tau la camna nak jauhkan.

Cuma satu aku pelik. Apsal org selalu tak hargai sesuatu yg dah ada didepan mata, tp bila menda tu nati dah takde oleh kerana tiada penghargaan tadi, mula lah tuduh sana tuduh sini. Mengaku mcm tak penah ada salah. 

Kredit : Here

~Pasal Hari Ini 28hb~

Morning!
Ari ni bz tak?
Sedar tak sedar da 2 bln berada di thn 2011.
Esuk da masuk bln ke3.

HKK ada seminggu lagi.
Sapa yg masih belum berkunjung sila lah datang.

Kejap lagi, kalo takde keja urgent, mebi kena bawak Lawatan.
Dari Persatuan Pandu Puteri ke apa ke.
Ada Datin. So, biasanya kalo ada lawatan yg ada VIP salu derang akan turut panggil petugas Protokol (F.O.H) jugak untuk bawak lawatan.

So, selamat bekerja pada suma eh.

Owh. Sila layari laman web ini utk info mengenai Hari Kraf Kebangsaan - HKK

Sunday, February 27, 2011

~Pasal Wayang Dan Astro First~

Sebelum aku berceloteh dan membebel tak tentu arah, ingin aku beritahu apa yg aku tulis ni adalah pendapat peribadi dan pandangan biasa2 je tanpa dibuat kajian secara mendalam. Takde case study ke pilot study suma tu. Kena buat disclaimer camni, maklum la kan skang memacam. Tak memasal blog aku kena antar kat SKMM plak. Ceh!. Hahahaha.
*******
Korang penah langgan Astro First tak?
Setakat ni aku belum lagi. Masa hdpn aku tatau.
Aku ada bc kat porem2, artikel2 lain pasal Astro First. Memacam pandangan dan pendapatan lah yg keluar.
And aku bc gak kat Astro punya website. Mediaroom.

RM15 satu movie boleh tgk 48jam.
Kalo ada family ramai, mmg syok lah.
Menda camni ada pro n con dia sendiri lah kan.
Dari sudut xtvt lanun mencetak dan merompak ni mungkin boleh diminimakan kut.  Tp aku rasa si lanun untung jugak. Cuma modal RM15 je dia dpt keluarkan beribu2 CD n DVD cetak rompak. Atau tak perlu modal. 'Sedut' je trus dpt gmbr berkualiti.
Sebut pasal cetak rompak ni tingat aku iklan yg bebudak ckp yg ori ke, jgn tipu ya. Lebih kuang camtu la. Aku pun tak dpt tangkap apa bebudak tu ckp. Yg ada Mawi gak tu. Tp motip iklan tu supaya kita jgn beli barang cetak rompak. Tp rasa berkesan kah iklan camtu?.

Sori la bkn nak kondem, tp takat camtu ada tak org rasa bersalah kalo beli yg cetak rompak. Patutnya buat la satu iklan yg ada satu family tgh tgk DVD. Lps tu tetiba DVD tu rosak, tak berkualiti. Langsung tak dpt tgk ending citer tu. Jadi da potong stim untuk menonton, pehtu yg isteri tanya
"abg, beli kat mana DVD ni?".
Suami lak jawab "beli kat pasar mlm la..buat apa beli yg ori, mahal je. Yg ni sekeping RM5 je".
Lps tu isteri bleh jawab "ha..itu la abg..sokong lagi cetak rompak tu, kan sekarang dah rugi. Kita mmg rugi RM5 tapi si lanun tu boleh untung 5ribu, 50ribu malah 5juta pun".
Kan...baru la kita mcm 'eh..buat apa la kita nak kayakan lanun2 tu kan'.

Aku tak kata la aku tak penah beli cetak2 rompak ni. Ada je. Tp kadang kualiti tu elok, kadang tak.

So, skang ni da ada Astro First. Bila kuar ada je yg  bleh di 'sedut' kan. Sedikit sbyk terjejas gak la pendapatan lanun tu. Dari aspek itu, aku rasa ada bagusnya walo sama je kekdah dia. Lanun gak tu. Miahaha (err...aku pun tompang gak sekaki, tp bukan aku la kaki 'sedut' tu. Bebudak ni lah. Huhu)

Bila tgk statement ini, yg aku copy dari myMetro

Pengarah Urusan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang hadir di majlis pelancarannya baru-baru ini menyatakan, saluran baru Astro itu sebenarnya membantu penerbit tempatan yang aktif menerbitkan filem.

“Ia memberi peluang kepada penerbit filem pendapatan selain kutipan di pawagam. Contohnya, industri muzik suatu ketika dulu dikatakan hampir lumpuh kerana kaset dan cakera padat tidak boleh jual.

“Namun apabila ada pasaran secara muat turun, industri muzik kembali hidup malah lebih menguntungkan pihak lain seperti komposer mahupun penyanyi kerana perolehan terhadap pelaburan dibuat diterima secara terus.

“Tayangan di Astro First bukanlah keutamaan kerana kita masih bergantung kepada panggung. Namun Astro First menjadi pilihan selepas itu. Ia sama dengan memasarkan filem menerusi jualan hak tayangan kepada stesen televisyen dan cakera padat (VCD),” katanya.

Ada produser tak kesah. Sbb mungkin derang pun dpt keuntungan dari RM15 yg kita keluarkan. Dan aku rasa pengeluar filem tak perlu risau sgt kut dgn Astro First ni sbb ada golongan yg masih nak menonton wayang. Mcm aku yg masih takde big family, yg masih bleh berdating berdua ngan asben, mmg kami sker je nak pi tgk wayang. Sentiasa tggu2 je wayang baru kuar. Latest ni nak tggu Hikayat Merong Mahawangsa. Dan Astro First bukan keutamaan kami buat masa ni. Lebih seronok tgk wayang. Bes apa, beratur beli tiket, beli popcorn, tggu wayang nak bkk dan berebut2 masuk mcm tak cukup seat. Hik hik :D

Aku amik dari web Finas.

Tp cuba tgk kutipan Khurafat. RM7.9 juta. Mmg haibat lah. Tu duit aku pun ada tu. Huhu.  Filem ni kuar lps Astro First diperkenalkan. Takde plak org nak tggu kat Astro First. Ramai yg menonton. wayang. Filem paling laris Ngangkung. Yg ni aku tak tgk wayang. Tp Hantu Kak Limah & Khurafat aku tgk kat wayang. Dan kalo aku balik kg, aku rasa aku tak kesah pun nak beli Astro First utk kedua2 citer ni sbb nak tgk ramai2 dgn family aku lak.

Jadi memasing ada keperluan sendiri. Cuma bila baca kat web Cursing Malay pasal filem kita wajah kita, terpikir seketika la plak. Adakah aku berwajahkan Kak Limah?? 
Imej : Google "Kak Limah", maka ada la imej ini.

~Pasal Hari Kraf Lagi~

Seriyes penat ber Hari Kraf Kebangsaan kali ni.
Balik je umah mmg kompom trus tertidur punya.
Smlm walo tak bawak any lawatan, aku entertain my fren and ma sista.

BFF of mine ekceli.
Tak sangka lak beliau nak dtg.
Dia msg je kata da on d way. Aku gitau kalo da smpai call je sbb takut paking jauh.
Oleh krn my dear yg jaga keta kuar masuk, maka beliau dpt la paking dalam. Hik hik.
Sbb tu la aku kata, if nak dtg gitau aku, leh la dpt layanan ala2 VIP. Hikss. Tak dpt paking dlm pun mungkin leh dpt paking yg dkt sket n keta dtg amik pun cpt. Huhu.
So, entertain beliau dulu. Asbennya beli sepasang kemeja batik.
Then jalan2 je. Dia mcm nak beli aksesori tp berpikir2 nak beli ke tak. Tp sudahnya tak beli. Aiyarkk... ko kena dtg sekali lagi Ita... beli gak brooch tu..tak kira.. (ek eh..paksa...haha).
Suma tu dpt la harga yg di bargain oleh staff (aku la kan..again..tu sbb aku kata kalo nak dtg, call la aku, aku leh tolong tawar menawar).

Da abis pusing2, bwk derang makan. Makan sate, piza n murtabak. Kenyang. Anak dia yg kecik tu da mula meragam. Pehtu start ujan dah. Bwk derang gi solat. 

Me n my BFF-Juwita

Baby Ita. Nadrah kan? Lupa plak dah. 
Suka sbb Ita kata dia susah nak kat org, tp kat aku dia nak je. 
Buleh dukung suma. Pastu masa Ita solat, 
aku pegang dia pun tak meragam, 
walhal masa tu dia da mula renyah nak tido. Hikss...  


Then akak aku pulak sampai. Derang tak dpt la paking dlm sbb da penuh. So, paking kat tpt yg disediakan lah. Then suh tggu je, my dear pi amik. Mula derang nak jalan kaki je.

Seb bek la akak aku dtg time Ita ni dh nak balik. So, bila derang balik aku entertain akak aku plak. Tu la tak bawak lagi duit satu guni. Kan, dpt beli aksesori je. Batik tu cuma lalu je lah. Tp jgn risau yer, kalo cash tidak mencukupi kami ada sediakan kaunter kad kredit, even, ada usahawan bawak derang nyer machine sendiri.

Derang balik pun da kul 8 lebih. Sonang bai tu je nak balik ke paking sbb my dear sendiri bawak keta pi anta ke paking (CRV lagik. Huhu). Phewwww....

So, anyone...yg berhajat nak dtg sila lah gitau yer. Kut la nak mudah paking ke, nak tolong tawar menawarkan ke. Oraitss.

p/s : Walo rasa penat lelah suma, tp jauh di sudut hati aku (eceh!), terselit rasa bangga gak la sbb jabatan aku leh anjurkan event besar camni tanpa hire event management. Mungkin tak sesempurna event besar yg lain, tp dari tahun ke tahun kami akan cuba perbaiki. Penat kan??? Takpe..pas ni kita pergi cuti cuti ya...!

Saturday, February 26, 2011

~Pasal Balut Balut~

Awas! Sesapa penggeli jgn tgk apa aku nak pamerkan ni.

Ni hasil aku tgk kat tv canel TLC ari tu.. Da bosan2 tatau nak tgk tv apa dlm kul 11 tu tekan je la memana canel. So, tgk TLC ni. Bes la kan sbb dia canel jalan2 negara Asia ni.
So, aku tgk rancangan gi Filipina. Dia tunjuk satu jenis makanan tu. Aku mcm 'errkk...'.
Then esuknya ada rancangan lain, tp kat Filipina. Tunjuk makanan tu jugak. Sekali lagi 'erkk..'. Rupanya mmg makanan tradisi meke lah tu.

Meh kita google apa kata Incik Wiki tentang makanan tersebut.

A balut is a fertilized duck (or chicken) egg with a nearly-developed embryo inside that is boiled and eaten in the shell.
Popularly believed to be an aphrodisiac and considered a high-protein, hearty snack, balut are mostly sold by street vendors in the regions where they are available. It is commonly sold as streetfood in the Philippines.

Baca separuh dari apa jenis makanan ni pun da rasa semacam kan. Ko mampu makan telur yg da ada anak ayam or itik dlm dia. Humang ai... telur separuh masak pun aku tak mampu, ini kan pulak yg ini.

Aku tgk dlm citer tu, cara dia nak tau da ada anak itik (or ayam) atau masih telur biasa, dia pi suluh kat satu alat ni. Alat tu ada lubang yg ada direct cahaya matahari. Lubang tu besar telur tu je la. So, kalo napak jernih lagi maksudnya masih telur biasa. Tp kalo da padat, tak napak cahaya tu maknanya boleh la buat 'balut' ni.

Cena nak prepare dia. Meh aku paste sket dari incik wiki. Nak lelebih boleh baca terus kat sini - balut.

In the Philippines, balut eaters prefer salt and/or a chili and vinegar mixture to season their egg. The eggs are savored for their balance of textures and flavors; the broth surrounding the embryo is sipped from the egg before the shell is peeled, and the yolk and young chick inside can be eaten. All of the contents of the egg may be consumed, although the white may remain uneaten: Depending on the age of the fertilized egg, the white may have an unappetizing cartilaginous toughness. In the Philippines, balut have recently entered haute cuisineadobo style, fried in omelettes or even used as filling in baked pastries. In Vietnam, balut are eaten with a pinch of salt, lemon juice, plus ground pepper and Vietnamese Coriander leaves (Southern Vietnamese style).

Mau tgk gmbr dia??
Jgn ter muntah plak yer. 

Credit : Here
Wikipedia
Tapi sapa yg menggemarinya boleh la pakai t-shirt camni. Huhu
Kredit : Here

Friday, February 25, 2011

~Pasal Macam-Macam Hari Kraf~

Haha. Takde seketul entry pun aku lantunkan dalam blog ari ni yer.
Maknanya biziest of d day la kan.
Takde la bz sgt.
Pepagi buat keja dulu. Selesaikan suma surat2 masuk.
Lps tu dept Promosi call minta bawak lawatan berpandu.
Oke la. Aku mmg da ready sbb mmg ada memo awal2 dah. Just tggu derang call je lah.
So, bawak Puspanita KPKT. 
Then geng dari Tourism yg aku bawak last year pun ada dtg.
Derang call carik aku. Aku kasik settle dulu lawatan yg aku bawak.
Then jumpa derang.
See, da jadi kawan da ngan org Tourism. Hihi.
Lps tu dlm khemah batik tetiba rasa mcm pening.
Mungkin sbb aku tak makan dari pagi.
Trus call Rinie mintak dia tapaukan nasik.
Lps tu da sesiap kawan dari Tourism tu membeli belah ajak derang lepak kat gerai.
Kebetulan Rinie pun ada situ. So, aku makan jelah situ.
Ceh! tetiba plak nak pening. Apa kes?

Then ejamaria dtg. Masa tu aku tgh entertain kawan Tourism tu dulu.
Kasik closing dlu ngan meke, baru gi jumpa Maria.
Tu pun berapa kali call tak dpt. Huhu.
Jumpa, kasik dia gift sket then naek la tpt balik.

Lps tu da ptg mengantuk giler plak. Apa hal tah.
So, mendapatkan terapi di khemah jualan batik la. Haha.
Tatau nak beli batik fesyen apa dah. Tp ada la 1, 2 yg minat. Hik hik. Apa kah? Hik hik.
So, beli kan kemeja batik dlu. Kakcik kirim. Nak bagi kat cikgu Am. Anak buah aku yg form 1 tu. Agaknya nak bagi kat cikgu yg ajar UPSR dulu la kut. Pergh...baju batik tu... 
Utk aku, sessi pertama shopping ni hanya lah mendapat brooch berantai sahaja. Oh. Buleh pakai di hari kawen akak ipar ku nati yer :)

Seterusnya belanja adik2 unit aku ni sate. Makan sambil bergelak ketawa bersama mereka. Ilang stress dek kelawakan si Shahrir. Bes!

Lps tu, aku masih di sini. Jap lagi balik :)

So, sapa ada kelapangan, meh la dtg memeriahkan Hari Kraf Kebangsaan. Masih berlangsung sehingga 7 Mac ini.

Thursday, February 24, 2011

~Pasal Perasmian HKK 2011~

Rilek jap bley? Dah 6.30 pun. Still di opis lah. Kang kalo balik habis suma bebudak ni balik gak. Satu hal plak!.
Selesai sudah perasmian HKK. Dirasmikan oleh Puan Sri Datin Hajah Noorainee bt. Abdul Rahman, Isteri Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Tugas aku - jaga flower gal yg comey. Huhu. Tp tak amik gmbr la pulak. Mana nak pegang bunga. Mana nak pegang kamera lagi kan. Tp aku rasa ada la kamera yg amik tadi. Tah. Tatau mana kameranya.

Udah la kecoh pepagi tu kata bunga ilang sbb bunga tu kena check dulu kat polis. (flashing  ke  apa tah term dia). Yelah, nak bagi kat VVIP harus la kena check dulu. Mana ada ilang sbb bunga tu blum smpai. So, aku yg ditugaskan jaga bunga tu pun kena la pegang sehingga la utk diberikan pada VVIP. Polis tu kata jgn bagi pada org lain lah. Sbb nati kut kut jadi menda lain plak kan.

So, citer byk pun tak bley ketika ini. Tgk gmbr je bley?. Uh. Masih sian kat my dear. Tadi masa dia amik kupon makan kat unit aku, bebudak ni nyanyi lagu Epy Bufday kat dia. Cukup la sbg adiah buat masa ini. Uhuks. Tu pun dia da saprais la kut. Hihi. Esuk esuk kita celebrate ye. Gi Genting ke. Thn lps tak pegi kan. Kita extent after HKK ni yer. Hiksss....

Oke la. Layan la dulu gmbr2 perasmian pagi tadi.

 Bunga tangan - songket n tenun

 Para pemain gamelan yg comey comey dari Institut Kraf Negara

 Melepaskan lelah seketika.
 Huk aloh. Napak ke ni?? Huhu. Belasah saja lah. Asal aku tau di mana aku. Huhu.
 Front of House (FOH) wanita.

 Gmbr formal pula

A'ah. Mmg da gumuk pun. Aku rasa sbb 
eyeliner baru tu la muka napak gumuk. Hoho.

So, sapa ada kesempatan, datang lah ke Kompleks Kraf Jalan Conlay.  Sehingga 7 Mac (Isnin). Dari jam 10 pagi - 10 mlm. Nak cuci2 mata tgk barang kraf ke, nak membeli belah ke. 
Datang jgn lupa gitau yer.. Mana tau kut ada special gift ke dari pnstoberi :)

~Pasal Tak Sempat~

Maaf la korang. Seriyes. Tak sempat nak menjenguk blog2 korang.
Tgk sambil lalu kat dashboard mcm nak baca, tp seyes, takde kesempatan.
Jadi.... minta maaf sesgt pada sapa yg singgah sini tp aku masih tak balas singgahan tu.
Jgn la plak rasa "aku je baca blog dia, dia tak dtg baca pun. Ayuh, unfollow je beliau".
Seyes weh. Tak sempat.
Ni pun baru abis perasmian HKK.

Bukan je baca blog korang tak sempat.
Adiah bufday laki aku pun aku tak sempat beli.
Uhuk. Kesian beliau.
Hari ni lah bufday beliau yang ke 32 (huk aloh..tuanya.. hohoho)
24 Februari 2011.

HAPPY BIRTHDAY MY DEAR...

Mesti dia tertunggu2 apa saprais dari aku.
Mmg takde. Kena postpone la abang ya.
Lepas HKK la gamaknya.
Mujur laki bini ber HKK, kalo tak sure dia tatau cemana bizi dan stress nyer haku.

Ni pun berkali2 org yg meniaga gerai makan call.
 "Ida...gerai ni trip..takde letrik".
Tgh perasmian pun sebuk juga nak call.
Yelah, da aku yg handle kan.

Oke. Oke. Ayuh. Carik anak buah aku jap.

~Pasal Hari Perasmian HKK~

Perasmian Hari Kraf Kebangsaan kali ke 9 dengan tema Kraf Menjana Ekonomi.
So, tuan punya blog akan sebuk seketika dgn urusan sambutan dan F.O.H.
Natikan kemunculan entry2 baru ptg atau malam nati.

Sapa ada masa jemput datang ya. Promosi sehingga 7 Mac.
Kalo sapa minat dgn batik di sini lah tempatnya.
Da round2 smlm. Gila banyak. Rambang mata. Huhu

Hasil kraf yg lain pun byk juga.
Jadi, datang dan alaminya sendiri.

Wednesday, February 23, 2011

~Pasal Bufday Rinie~

Bufday Rinie - 18 Februari.
As usual, harus la meraikan bufday adik2 aku ni.
Last month Fara. This month Rinie.
So, here goes da picca...

Hari Ini Birthday Rinie.

Aku nyer idea la. Runner adalah my dear la. Huhu. Wat saprais letak atas meja dia masa dia takde.

Sbb taknak havoc maka beliau majlis buat dlm bilik akak derang ni. Sporting tak akak derang?? hahahaha. Lps tu akak derang ni yg overshadow bufday gurl. Lps tu derang terpaksa akur je dgn akak derang ni. Nati kurang lak markah LNPT. Muahahahaha.


All of us. Ahli Unit Pengurusan Aset (ambil berat). Hahaha. Aku pun tatau apsal gmbr ni napak condong.


Lps tu harus ada segmen suap suap bufday gurl. Hiks.!


To you Rinie, Happy Birthday. May u wish come true.
Love, Kekda :)

Tuesday, February 22, 2011

~Pasal Tat Telur KFC~

Korang da rasa Egg Tart KFC ne?
Aku da terai retu.
Tp aku tak mmg tak berapa nak suka egg tart.
So, aku tak buleh nak kata sedap or tak.
Buley la try sapa yg suka.
Sebijik berapa ringgit tah. Lupa!

~Pasal HKK At A Glance~

Aku pandang bos. Bos pandang aku.
Aku tau bos pun serba salah.
Huhu.

Oke lah. Tak mo citer byk2. Yg nyata " it's not easy ". Lelah aku dibuatnya.

Selagi tak perasmian selagi tu bz. So, kita tgk HKK at a glance dulu ya. Kut tak sepi tanpa suara lak blog ni kan. Hi hi hi.

Masa dtg keja ari Sabtu lepas. Kren tgh nak buh "Giant Banner". Amik dr tgkp bilik aku. 
Mujur dia tak tepek kat tgkp bilik aku. Kut tak gelap sepanjang zaman.

 Selamat Datang. Juga view dari tempat aku ja.

 Ada pokok I-City. Ada org tu nak tgkp gmbr melompat kat sini katanya. 
Hihi.. Silakan..nati ku capture dari atas ni. Hihi.

 Pokok I-City lagik.

 Dan lagik.

 Owh. Dah terpasang giant banner tu. 
Selamat Datang lagi :)

Hoi! besarnya baju. Baju sapa lak ni??? 
Baju utk FOH hari perasmian 24hb ni.

So, sesapa ada kelapangan sila lah datang ke Kompleks Kraf Jalan Conlay. Dari 23 Feb hingga 7 Mac. Pelbagai produk kraf boleh didapati. Dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam.

Monday, February 21, 2011

~Pasal HKK Dah Datang~

Hari Kraf Kebangsaan (HKK) is coming to town.
Ho Ho Ho.

Dah dkt HKK ni, maknanya mmg sibuk la.
Kalo kat opis mmg tak sempat nak gi BW umah kengkawan.
Mmg no weekend la 2 minggu neh.
Berkampung kat opis je la napaknya.

Eh. Nati dtg la yer.
Start 23 hb ni smpai 7 Mac.
Calling calling je ai okeh.

Apa yg ada?
Datang je lah...lihat dan alaminya sendiri.
Huhu.

Tak smpat lagi buat promo bebtul.
Nenati lah yer. Sibuk!
Tp leh tgk website kraf ini utk keterangan lanjut.
Ada apa2 nak tnya boleh tanya di sini :)

~Contest Aku & Buaian By Nana~

Contest Aku & Buaian
Tetiba aku dapat aura rajin utk men join contest Adik Nana aku sorang ni.
Sbbnya aku tgk syarat dia simple. And aku pun ada gmbr ber buaian. Hikhik.
Salu contest baby, anak2 je kan. Aku ni mana la ada anak. Sbb tu tak penah nak join. Tsskk.. (tetiba hat tacing...hempok nak??). Anak buah yg paling kecik pun da 6 thn. Sian kan...

So, yg ni aku mmg sukarela nak join. Siap msg ke wall dia tnya leh gmbr berdua ker. Hik. Hik.
Sekali dia kata "anda adalah WAJIB join". Alamak! Ter lebey suda... Teheheh. Oke...oke..Kekda join le ni.

So, Nana, akak pertaruhkan gambar ini yer. Harap diterima utk memasuki contest ini. Xlusif ni sbb jarang amat aku paparkan gmbr aku dan incik somi. Bkn la apa, aku tak berapa sker nak expose dia sgt. Dia pun tak berapa sker nak di expose kan.  Lagipun jarang oh aku ada gmbr dgn beliau yg tak sker bergambar ini. Muka cam terpaksa je ni kan. Ini bln April last year, masa kiterang gi umah adik kakak ipar aku kat Perlis. (Al-fatihah utk adik kak ipar aku tu yg dah kembali ke Rahmatullah pada Okt thn lps). Entah bila la nak pegi Perlis lagi bila dia dah takde ni.
 

Tema gambar adalah Kanak-kanak Kembar Tak Seiras Yang Cukup Umur. Miahaha.

Tu dpt dari komen abg aku tatkala aku tempek gmbr ni dulu kat FB. Huhu


So, sekian contest pertama yg saya join utk tahun ini. Sapa ada gmbr berbuai, tak kira la dgn sapa pun, boleh la join contest Nana ini ya. Due date nya pada 6 Mac 2011 (sehari sebelum Hari Kraf berakhir...hihi..nak jugak cakap).

Sunday, February 20, 2011

~Pasal 13B~

Lps Nona ptg tadi tekan tekan remote carik citer bes.
Tetiba ter singgah kat canel 108 - Z Variasi (dulu Zee TV kan).
Skali tgk citer mcm bes. Tekan kat info dari 2.35 smpai 5.35 ptg. Lama giler. Masa start tgk tu da kul 3pm.
Tgk sket je mcm buleh layan. Mcm cite antu tp bkn antu sgt.
So, trus la layan. Bes woh!

Citer dia ada satu famili ni baru pindah satu apartment beralamat 13B. Famili tu ada mak, 2 anak lelaki n menantu, anak bongsu pompuan and 2 org cucu. So, master mind or heronya adalah anak lelaki kedua famili tu yg keja engineer. Namanya Mohan. 

Mohan ni la yg perasan ada lain mcm kat umah tu. Mcm kalo dia nak naik lif sengsorang, tekan tgkt 13 mmg lif tu tak berjalan. Kena la dia naek tangga. Lps tu amik gmbr kat hp pun jadi senget benget muka dia. Muka org lain oke je. Nak gantung gmbr dewa dewi derang kat tpt derang nak sembah2 tu pun tak buleh gak. Letak paku pun tak mau. Ketuk paku kena jari smpai berdarah. Darah menitik jadi uruf B. Tp masa tu dia tak pasan lagi. Suh org drill, org tu kena kejutan letrik.

Mohan mula terperasan bila dia da kuar bilik air, ttp lampu. Tp tetiba lampu tu terbuka balik. Dia p check tgk suis mmg tertutup. Dia on off la suis tu. Tetiba lampu trus pecah.

So, dia da rasa lain. Kemuncak bila tetiba tv dia tak buleh  nak tekan canel lain. Dok kat satu canel tu kuar citer mcm drama bersiri. Yg pelik citer tu mcm citer yg sama terjadi kat famili dia. Bilangan famili yg sama. Adik pompuan dia yg tak penah lulus exam bleh lulus. Abg dia dinaikkan pangkat. Sama la mcm drama tu gak. Isteri dia peknen. Dlm citer tu pun ada gak org peknen.

Lagi membuatkan suspen bila mana ada jiran Mohan ni yg buta dan bela anjing nama Harry. So, ada sekali tu jiran dia dtg ngan anjing. Tp anjing mcm takut taknak masuk umah no. 13 ni. Mcm napak sesuatu. Ada sekali plak anjing tu siap p kat taman permainan, korek2 sesuatu. Tp tak jumpa apa2. Tpt dia korek tu plak dkt ngan abjad B kat taman mainan tu. Maknanya ada kaitan ngan uruf B la.

Bila tak tahan Mohan citer kat kawan dia yg keja polis. Tp kawan dia tak caya. Kata ngarut semua. Dia pun bawak la kawan dia tu balik umah dia. Suh tgk drama tu. Sekali kat drama tu tunjuk umah polis tu yg nak meletup. Trus la Mohan suh polis ni call isteri dia kat umah suh kuar, then derang trus ke umah polis tu. Sekali betul. Da berasap satu umah. At last, kawan dia percaya. 

Jadi Mohan ni pun jumpa satu doktor yg mana doktor famili dia gak. Sbb doktor suka jugak menda paranormal tu. So, dia citer suma. Doktor tu kata mungkin roh tak aman, dan nak smpaikan sesuatu melalui televisyen. Sbb tu tv umah derang je ada citer tu. Dia penah la pegi kat stesen tv yg siarkan citer tu, tp rupanya time tu bkn drama tp talk show.

Yg tgk drama bersiri  ni isteri, mak n kakak ipar dia je. Satu mlm tu Mohan tnya wife dia, apa episod hari tu (hari yg sama anjing dia korek tanah tu). Wife dia kata anjing korek sesuatu kat taman. So, dia pun laju2 turun tgh mlm tu, ngan ujan bagai, korek tanah. Jumpa la satu album lama bertarikh tahun 1977.

Dia pun tunjuk kat kawan dia yg polis album tu. So, derang kaji. Pegi library carik paper berkaitan thn 1977. Maka terjawab la sket. Ada pembunuhan beramai-ramai masa tu. Tpt dia atas tapak tanah apartment tu la. Dulu banglo. Nombor umah sama. No. 13 B. So, dia pun trace la balik lawyer yg bkk kes suma tu.

Masa famili yg kena bunuh tu ada sorang ahli kuarga yg tak siuman. So, yg tak siuman ni la kena tuduh bunuh famili dia. Walhal bukan dia. 

Dlm drama pun ada tunjuk yg famili ni kena bunuh. Tp tak tunjuk lagi sapa pembunuhnya. So, Mohan ni risau la. Nati mesti famili dia pun kena bunuh. Sbb apa yg kuar dlm tv tu sure jadi pada famili dia. Dia pun jadi tak lena tido, siap mimpi lagi pembunuh tu dtg umah dia (ni mmg cibai tau..suspen da igt betul la org tu datang. Rupanya mimpi). Dia nak tau sgt sapa pembunuhnya. Tup2 tv on sendiri. Dia napak diri dia plak yg pegang tukul berdarah2. Dia igt dia lah pembunuhnya.

Jadi Mohan ni laju2 p jumpa doktor famili dia tu. Mintak doktor tu beli tiket kapal terbang. Suh famili dia lari. Sbb dia takut dia ter bunuh famili dia. And dia plak mintak dikurung kat umah doktor tu. Tapi entah cemna dia napak tukul ada kat umah doktor tu. Baru dia tau. Yg dia napak dia pegang adalah tukul, tp kat tv yg dia napak hammer. 

Yg doktor ni da tiba kat umah famili si Mohan ni. Masa tu letrik takde. Dia pun bagi la tiket flight tu pada wife Mohan. Terkejut la wife dia, apa kes lak kan tetiba nak bagi tiket. Doktor tu kata nati Mohan gitau. So, dia masuk jap umah Mohan ni. Dlm gelap tu dia gi bilik air. Dlm bilik air tetiba terdengar tv on. Dia igt da ada letrik. Dia pun kuar. Tetiba kuar pembaca berita tahun 1977. Yg kena bunuh tu la. Kira dia mengamuk2 dan kata doktor tu lah pembunuh sebenar. Bukan abg derang yg giler. Doktor tu capai hammer yg ada kat umah tu ketuk tv. 

Doktor ni bunuh famili tu masa thn 77 tu sbb dia tuntut bela kematian adik dia. Adik dia bunuh diri sbb awek dia bertunang ngan org lain. So, doktor ni pun bunuh la plak awek dan famili tu suma skali.

Bila da bising2 satu famili ni kuar. Dan doktor ni ternapak balik muka2 yg dia penah bunuh dulu. Dia pun ketuk abg Mohan ni. Dan masa tgh kalut2 tu Mohan tiba. Dia tibai la doktor ni dgn tukul. Tu yg dia napak dlm drama tu dia pegang tukul berdarah. Rupanya sbb dia pertahankan famili dia, bkn bunuh family dia.

So, ending dia happy la. Roh pun da aman, takde gangguan. Cuma yg konon nak bagi lawak ke suspen ke, masa dlm lif, Mohan ni dpt call. Kuar nama doktor yg dia ketuk smpai mati tu. Doktor tu kata kalo zaman dulu roh tak aman, dia sampai kan ikut tv, zaman skang ikut hp. Hohohoo

Puh. Mujur umah aku nati 3A. Miahahaah :P

~Pasal Kamera Bukan DSLR~

Review di sini : http://www.sony.com.my/product/dsc-tx9

Review di sini :
http://www.canon.com.my/p/EN/114-Digital-Cameras/375-Powershot-Pro/1724-PowerShot-S95/

Kamera apa lagi yg digital camera tp kualiti gambarnya mcm DSLR eh??

Saturday, February 19, 2011

~Pasal Soley Soley~

Soley Soley - Middle Of The Road.

Tetiba ada kawan aku kasik upload lagu ini dlm FB.
Trus sker. Trus nak share kat sini.



Glamer lagu ni pas citer Hantu Kak Limah
Terbayang muka Abi n Ucop nyanyi lagu ni sblm makan megi.
Hahahahha.

~AdiaLuvLuze 1st Giveaway~

1st Giveaway AdiaLuvLuze

Teheheheh...GA lagik. Ari ni ari rajin aku utk buat entry GA segala nih.
Apakah lps ni aku terus rajin utk join menda2 alah ni?
Masa yg akan menentukan. Hahaha. Statement poyo. Rasa nak hempok je diri sendiri.

So, ini pun GA yg dianjurkan oleh blog yg mmg aku follow. So, doesn't need to 'terpaksa' follow here n there. So, aku pun dgn rela join tanda menunjukkan sokongan utk teman yg menyokong aku jugak.

Kena tag org ke ni? Aku pun tatau nak tag siapa.. jadi sapa lum join silalah join yer.
Eh. Cop. Aku nak tag dorang opismet aku ni. Derang akan tau tu sbb derang bc blog aku ni. Haha
-Mazmadi
-Maifarah

Due nya 28 Feb ini. Sempat lagi..Ayuh kita join beramai-ramai contest AdiaLuze ini

~1st GA sayangku Faish~

GA Sayangku Faish

Miahahaha...aku sudah ada mood mau join GA.
Maafkan aku kengkawan. Aku ni mmg pangai tak senonoh sket.
Org tag suh join aku tak join, tp org tak tag aku gatai nak join. Hihik.
Bukan per. Kadang aku ni asik tangguh langsung tak terbuat segala tag contest/GA ni.

Tapi yg ni, blog beliau ini mmg aku da folo. And syarat pun simple je.
Apa laga....try my luck saja.

So, saya mau tag :
-Chenta Hati
-Adialuze

Ayuh ramai2 kita join sblm duenya apda 25 Feb ini. Adiahnya ada byk tau..da comey2 lak tu. Huhu.

Friday, February 18, 2011

~Pasal Celak~

Korang yg sker mekap sure ada mendalah ni kan.
Celak ato nama modennya Eyeliner.
Aku biasanya guna pencil eyeliner. Iyer. Mmg leceh sbb nak sharp la hapa.
Kadang mmg aku guna sekejap je. Pehtu da tumpul mls trus nak guna. Rugi dah.
Tp ada satu brand yg tak perlu asah jugak kan. Salah satunya - SilkyGirl. Dia pusing2 je.

Pehtu few bloggers wat review pasal liquid eyeliner, gel eyeliner.
So, perasaan adalah mau mencuba.
Baca kat blog Fila ini (opss...ai SR blog beliau. Her doters so cute lah..skerr....).
Dia wat review SilkyGirl Double Intense Gel Eyeliner.


Trus keinginan membuak2 nak mencuba. Tp as she said. Mmg payah nak jumpa kat Guardian or Watson sbb manjang je out of stock. So, ms lunch td sempat ke PV. Masuk kat Caring sbb igt sure ada sbb jarang org beli kat Caring tu. Tp takde. Tgk lak kat Watson. Eh.... ada ler. Bes. Teruja. Trus amik byr. Dpt diskaun lagi sbb ada member card. Yey!
Balik trus test. Haha. Teruja nyer pasal. Haha.

My dear gave positive comment. Huye! Huye! Katanya mcm mekap nak sanding retu. Ouch. Haha.
Mekap Sanding- Bkn Gambar Hiasan
Esuk misti pakai nih.

Meh tgk trick n tip nye. Aku amik dari website Silky Girl lah.

So, bley la bermekap dgn effect ala-ala dramatic gitewww... Oh, gmbr suma diambil dari sini-SilkyGirl (kecuali mekap sanding tu. hoho)

~Pasal Nasik Lemak Beratur~

Kalo kat Penang ada Nasi Kandar Beratur kan.
So, kat KL ada nasik lemak beratur.

Tak caya sila tgk gmbr ini.

Teheehee... aku pun tatau apa nama kedai ini. Sbb mmg takde nama gerai ni.
Hanya jual nasik lemak. Hanya pada waktu malam.
Dan weekdays je kalo tak silap aku. Weekend aku tak pasan. Rasa takde.
Sebelah tu ada gerai roti canai.
Selalunya start dlm 8 lebih. Mmg ramai org beratur.
Ni my dear yg beratur. Masa ni yg aku balik dr Langkawi tu. Lapo. Tatau nak mkn apa. Tgk ada lagi nasik lemak ni. Masa tu da dkt kul 10pm.
Gerai ni nasik lemak semata. Jgn ko harap lauk bagai la. Mmg nasik lemak, telur, sambal n ikan bilis. Ada sket timun. Nak lauk bagai ko pegi City Garden (ke Garden City) sanun.
Sedap!. Sebungkus nasik lemak singgit. Tp takde pun org beli sebungkus. Suma beli berbungkus bungkus.

Oh. Lokasi?
Di Kg Baru. Kalo masuk kut Juara Tomyam tu jalan trus leh napak on d left side. Masuk kut simpang Petronas tu pun bleh. Smpai simpang T-Junction tu amik kanan dan napaklah org tgh beratur, so join saja beratur. Huhu.

p/s : mana la badan tak ropa tong gas, tgh2 mlm pun mentekedarah nasik lemak eh. Huhu

Thursday, February 17, 2011

~Pasal Pemenang GA~

Sudah tahu jawapannya kan?

Kredit : Shutterstock.com
So, tahniah kepada mereka yg meneka dgn betul :
1.Nadiah - nak GA Brooch Oren
2.Nanakimie -  nak GA FM Penang
3.Azatiesayang - nak GA FM Penang
4.Fadwah - nak GA Magnet Bunny
5.CikpuanHady - nak GA Brooch Kuning
6.IzzatulIman - nak GA Brooch
7.My Shaizhar - nak GA FM Penang.

Genap 7 org yg teka dgn tepat.
Oleh kerana FM Penang dan Brooch di wish list oleh lebih seorang, so saya berikan pada yang terawal meneka ya.
Maka, Nanakimie berjaya mendapat FM Penang dan brooch oren utk Nadiah, Brooch Kuning utk CikPuanHady.

Jadi, adiah yang tinggal iaitu
-Keychain Tukul
-Keychain Org Utan
-Bookmark comey

Perlu digrab oleh
-AzatieSayang
-Izzatul Iman
-My Shaizhar.

Utk mereka bertiga ini, just drop comment segera di entry ini and bagi tau anda nak adiah yg mana satu. Juga drop emel skali.
1st come 1st serve juga ya.

Pada empat yg lain juga sila drop emel sblm 22 Februari 2011. Lagi cpt, lagi bagus sbb kalo buleh  nak pos adiah before Hari Kraf start. Bila Hari Kraf Kebangsaan da start mmg la saya bz like a bee (Hari Kraf Kebangsaan : 23 Feb - 7 Mac)

Oh. Utk Nadiah sebagai peneka paling cpt dan tepat, voucher Jusco juga akan disertakan. Tahniah. Or else nak tukar kah dgn sesuatu yg sama nilai??

Sepanjang tempoh GA ini juga saya menerima beberapa follower baru. Ada antaranya join GA ini. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Ada yg saya da melawat ke 'umah' derang ni dan ada yg belum. Dan nati saya update blog list saya ya. Dun wori...

mekchu❤opiearis❤azyatun@fawwaznul❤Azatie Sayang❤ Adyshariz❤Farahleena❤Fadwah❤Izzatul Iman❤Shera Haifa❤My Shaizhar blog contest❤ aizaziha2425❤Nor Daleela Che Muhd Nur

~Pasal Pemenang GA pula~

Semua da tahu kan jawapan GA tu.
List of winners da ada. Tp tak sempat nak annouce lagi la.
Ari ni seharian ada course ekceli.
Ni pun time rehat.

Course yg bes. Mmg tak mengantuk la.
Memcam citer dpt dan dgr.

So, nati petang or mlm Insyaallah saya announce pemenang.
Ada adiah wishlist yg juga di wish oleh peserta lain. 
So, mungkin ada tak dpt adiah yg dihajati sbb saya utamakan pada yg awal kemukakan jawapan.
Kira mcm 1st come 1st serve basis lah.
Maaf yer kalo tak dpt adiah yg di wish list.
So, kena grab pula as 1st come 1st serve adiah yg lain ya.

Yg nyata, kalo tak silap saya, mmg genap tujuh org yang bagi jawapan 7 tahun :)
dan adiah saya tu pun ada 7 yg melambangkan tujuh tahun saya bekerja di sini.

So, nak ready utk berkursus


KURSUS PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL
(utk FOH)

Ada soklan kena jawap tadi :
Kalau anda diberikan RM1 juta, apa yg anda akan lakukan?? 

So, apa korang akan lakukan kalo dpt wang sejuta??? Huhu

~Pasal Genap 7 Tahun~

Diam tak diam, baru tak baru, akhirnya 16 Feb muncul lagi.
Tarikh ini, Insyallah, aku igt smpai bebila sbb tarikh inilah aku mula ber akujanji dan mula memikul slogan 'Berkhidmat Utk Negara' dan  'Saya Yang Menurut Perintah'.

Alhamdulillah, sejak tmt belajar aku tak penah 'menanam anggur' dlm tempoh yg panjang.
Lps tamat belajar on Okt 2002, aku mmg niat nak lepak umah je. Nak duk ngan mak ayah aku. Aku rasa ini la peluang yg aku ada sbb dari form 1 aku da masuk asrama.
So, melepak la tanpa buat sebarang keja. Eh. Ada. Aku blaja keta dan amik lesen. Ter lambat uols. Org lain suma da ada lesen aku baru hegeh2 nak amik. Tkpe. Biar lambat asal selamat.

Lps tu entah cemana, aku pegi Pjbt Pendidikan Daerah tpt aku. Sapa bg tau tah. Akak aku kut, suruh apply jadi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Dan telah ditentukan rezeki olehNya dlm bulan Feb, 2003 aku dpt jadi GSTT. Ditugaskan di sekolah tpt aku pernah menimba ilmu dari darjah 1 hingga 6. Kontrak selama setahun. Tp dlm kontrak tu dah dinyatakan aku boleh diberhentikan dan berhenti dgn notis lah. Yg besnya cuti sekolah ujung thn pun gaji still jalan. Dlm pada tu aku ada jugak la minta keja tpt2 lain. Owh GSTT daerah aku, walo ada degree, dan dihantar ke sekolah rendah, gaji ikut SPM cuma.

Dpt la aku sedikit pengalaman mengajar. Masa tu mak ayah aku sker je sbb semua anak2 nya telah bergelar guru. Tp target aku mmg bukan nak jadi guru even tho aku sker mengajar. 

Bulan 5, 2003 aku konvo tp still jadi cikgu. Takde masalah lah kan. Oke je. Masih duk umah ngan mak ayah. Nak kuar pun da sng sbb da bley drive walo masih bertepek P.

Dan akhirnya kontrak tamat. Mula rasa nak giler sbb masih tak dpt memana keja. Alhamdulillah, masa tu mmg setiap ari Ahad byk btul iklan keja govt. Yg mana aku mintak plak pasti dipanggil intebiu. Penat dah ke sana sini intebiu smpai aku da immune. Bley rileks je nak masuk intebiu. Siap leh dpt kawan masa intebiu. Ni masa intebiu Risda la. Punya la lama. Dari kul 12tghari aku tggu, kul 7ptg baru masuk. Pulak tu dkt 45minit dalam tu. Hoh!

Lps tu awal thn 2004, aku nak apply balik la GSTT. PPD kata tggu derang masukkan suma cikgu btul dulu. Kalo da kurang baru dia panggil balik. Oke la. Aku pun tggu. 

Tp rezeki itu mmg telah ditentukan oleh Allah. Akhirnya aku diterima bekerja di tpt aku skang ni. Derang call je suruh lapor diri on 16 Februari 2004. Aku igt lagi masa dia call, aku baru balik dari intebiu yg Risda tu.

Makanya perjalanan kerja aku dgn taraf tetap dan berpencen ini bermula pada 16 Februari 2004.

Alhamdulillah, byk ilmu yg aku dpt di sini. Walo kadang2 aku rasa mcm down, tp sebenarnya byk da Allah bagi rezeki sepanjang aku keja sini. Pokok pangkalnya sabar. Dlm tempoh 7 tahun ni memcm aku dpt jugak.
Aku penah mengenal erti cinta di sini dan aku juga bertemu jodoh di sini. Jawatan juga telah bertukar walo masih buat keja yg sama. Huhu.

Aku sebenarnya tak patut tnya apa organisasi ni da bagi pada aku sepanjang aku berkhidmat di sini.
Tp aku perlu tnya apa aku da bagi pada organisasi ini sepanjang aku berkhidmat.

Insyallah, aku harap aku masih boleh terus berkhidmat untuk negara walau bukan di sini. Mmg ada lagi cita-cita yg aku masih belum  aku capai. 

Apa pun, terima kasih utk organisasi ini. Tempat aku mencari rezeki. Moga aku dapat memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan ini dengan sebaik mungkin. Insyaallah.

Wednesday, February 16, 2011

~Pasal Rempah 3 Sekawan~

 Masa aku buat entry ini, adik Eka tanya something. Katanya :

Klik utk imej lebih besar

So, menjadikan idea aku buat entry pasal rempah berkawan2 ni. Biasa di sebut rempah 3 sekawan, ada 4 sekawan dan 5 sekawan.
So, ini lah rempah yang berkawan2 tu.

Bunga cengkih
Nama Inggeris: Clove
Kredit : Here
Bunga Lawang
Nama Inggeris : Star Anise
Kredit : Here

Kulit Kayu Manis
Nama Inggeris : Cinnamon
Kredit : Here
Buah Pelaga
Nama Inggeris : Cardomom

Kredit : Here
Kalo 3 sekawan biasanya kayu manis / bunga lawang / cengkih. Btul ke?? Haha. Aku pun bukan arif sgt. Tp biasanya kalo masakan, ini lah kawan2nya. Kalo masak sup pun, rempah berkawan2 ni wajib ada.

Rasa mcm ada satu lagi geng dia. Apa dia ek. Buah keras eh??

Ini pun kalo ada salah silap ni sila perbetulkan yer. Kita sesama belaja :)

Dan kalo nak tau lagi pasal bahan-bahan masakan, boleh gi kat web ni. Byk info leh dpt - trymasak

~Pasal Working Anniv. GA-Meh Teka~

STICKY POST UNTIL 17 FEBRUARI 2011

Sempena my 'working anniversary' pada 16 Februari ni,  maka Pnstoberi nak anjurkan GA utk kengkawan tersayang dan juga sebagai penghargaan kepada follower blog kebun stoberi ni.

Jadi, kepada semua follower, mari lah join sekiranya sudi. Mudah saja, cuma teka berapa tahun da Pnstoberi memegang title Saya Yang Menurut Perintah. Secara mudahnya berapa tahun dah PnStoberi berkhidmat di opis skang ni

Boleh meneka dari entry ini dipublishkan sehingga 16 Februari jam 11.59pm. Aha! Satu tekaan utk satu org saja ya!.

Oh ya, pada seorang peneka paling tepat dan cepat, adiah sampingan ini juga akan turut disertakan.

Cara nak menjawab :
Tulis saja di ruangan komen. Dan adiah GA yang diinginkan. 
Contoh :
Tahun ke X Pnstoberi keja. Saya nak GA keychain Sabah gmbr tukul.

Tp tak la kena tulis camtu sebijik2. Buleh je nak cipta ayat sendiri. Owh. Nak buat entry  kat blog boleh, tak  buat pun takpe. Kalo nak buat entry letak la link dia sekali. Buleh la saya jenguk.

Ada 7 cenderahati yg akan di GA kan. Sekiranya tak smpai 7 yg jawab dgn tepat, cenderahati ni tetap akan di berikan juga kpd yg join. Mungkin akan dipilih secara random pula.

Cenderahati utk GA kali ini adalah :
2 Brooch utk 2 pemenang (sorang dpt satu)
2 Keychain Sabah utk 2 pemenang (sorang dpt satu)
Bookmark comey
FM Penang
Magnet Bunny
 p/s : klue -
Pnstoberi abis belajar pada Okt 2002, Konvo pada Mei 2003, penah keja sbg guru sandaran sebelum masuk keja di sini. - guru sandaran adalah singkatan dari GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH.