Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Wednesday, October 16, 2013

Ramai Dah Guna Nour Ain

produk kecantikan nour ain

No. No. No.
Jangan takut. Acik tak jual barang ni.
Hihi.

Acik saja nak tulis.
Nampaknya skrg ni fenomena Nour Ain pula ya.
Sana sini orang ber Nour Ain.
Termasuk aku terjebak skali.

Eh. Cemana aku boleh ada? Bukan aku pakai Dermagic ke? Hihi.
Takde lah. Aku tak beli 1 set pun lagi.
Aku just pakai serum Vit C dia je.

Tu pun baru 1 week. 
serum vitamin c

Aku mmg tak pernah nak try produk direct selling cemni.
Tapi bila aku tgk muka ada sorang akak ofis ni cam floless je, tu yg aku berkenan nak beli.
Dia kata dia pakai Nour Ain. 

Mmg aku nak ingat nak try 1 set.
Tapi nanti lah.

Banyak lagi Dermagic tu.
Tp yg bes, aku boleh je guna serum tu walau cuci muka ngan Dermagic.
Dah ku kata, kulit ku ini, apa je pun boleh...

Oh. Aku beli kat budak ofis je. Dia dealer. Takyah sesusah nak carik sana sini.
Alynn.. nanti akak nak beli 1 set lah. Hihi.

Wednesday, September 18, 2013

Edisi Skincare : Dermagic SimplySiti

Ni gmbr aku share kat instagram tu ari.
Bukan aku punya gmbr, tp dari FB Simplysiti.
Tapi... mmg ini lah skincare yg aku guna skrg. Aku mmg guna skincare begini je. Yg mudah didapati di Watson cuma.. tidak lah smpai ke kaunter seperti SK2 ke, Clinique ke.. ukur baju badan sendiri sudah. Hohoi. Hohoi.

Dulu aku guna Loreal, pastu tukar ini.
Lama dah aku guna. Setahun lebih kot.

Nak buat review tu cam tak perlu lah kan.
Sbb lain orang, lain resultnya.
Cam kulit aku ni, bukan kulit sensitif dan tidak berminyak. Jadi kau pakai apa pun boleh. Agaknya sental ngan sabun kapak tu pun boleh kot (tahu dak sabun kapak? Ala, sabun kaler coklat, bentuk 4 segi, keras. Buat basuh kain. Sbb apa panggil sabun kapak? sbb dpn dia ada gmbr org tgh mengapak. Haha)
Kalo balik kg, tk bawak pencuci muka tu, aku npk mak aku punya Safi Rania, pakai je. Nampak kak ipar aku punya Fair n Lovely, boleh je. Takde masalah. Kulit setebal kulit buaya mungkin. Haha. Tapi, aku bersyukur jugak lah dapat kulit yg tak banyak ragam ni walau aku ni tak suka makan sayur mayur dan kurang minum air (duluuuu... skrg tidak lagi). Tapi masa muda remaja mmg la ada poblem sket kan. Maklum la..jerawat masa bercinta.. Kuikuikui.. tu yg buat ada gak kesan2 tu. Tapi skang dah remaja kertu, takkan nak jerawat bagai lagi kot...

Aku pakai tetiga tu. Cuma, yg BB cream aku still pakai yg C Bright punya (kaler putih). Biar abis dulu, nati baru beli yg BB Cream Dermagic. Pastu serum2 segala tu aku tak pakai pun. Sbb aku pernah la beli yg krim utk mata tu (masa tu yg loreal punya). Konon tak bagi napak kesan2 penuaan lah kan.. sekali dua je aku pakai..lps tu terbiar sepi..dah bertahun.. masuk tong sampah. Ha.. aku ni mmg malas lah kalo menda2 tu jadi supplementary. Kalo basic je, then should be oke. Ni nak bertepek itu ini lagi.. eihh..kuwasa. Krim malam pun camtu. Mmg takkan pakai punya. Wat rugi je. 

Cuma satu lah yg bes Dermagic ni. Dia punya toner tu mmg bes. Sejuk je muka. Lps cuci muka, terus buh toner, pastu taruk moisturizer. Mmg sejuk je. 
Iklan dia kurangkan stress kan? Entah ek. Tidak la aku ketahuan, tp mungkin sbb jadi sejuk je.. kita jadi calm jugak lah. Cam nak gi kerja tu kan.. keluar rumah, kadang pepagi kena angin sepoi2 bahasa dari kejauhan Genting Highland tu cam sejuk je muka. Bes!

Oke. Nati nak gi cuci2 mata tgk produk lain kat web dia. Aku tak pernah lagi beli online ni. Tgk lagi murah, tapi postage mesti ada tu. Takpe. Beli kat Watson je lah. Bule kumpul point. Hihihiw.

Monday, March 25, 2013

Edisi Rumpai Laut


Eh. Eh. Bukan. Bukan. 
Aku bukan nak jual rumpai laut lah.

Haha.
Saja nak bercerita perihal rumpai laut.
Tadi tgk kat FB Dr. Hamit. Dia kata rumpai laut ni bagus sbg melawan anti kanser n ada la 2,3 khasiat lain.

Dan aku takmo citer pasal kolagen bagai tu.
Ada yg kata ada kolagen. Ada yg kata takde kolagen.
Entah. Tak tahu.

Lama dah kot rumpai laut ni.
Dulu. 2 tahun lepas. Masa aku g Sabah dlm tahun 2011. Januari.
Ayah mertua aku ada kirim something yg namanya 'latok' which is rumpai laut.
Bila google latok. Ini lah gambarnya.
Kredit gambar sini.

Buat ulam tak silap aku.
Tp aku tak dpt belikan sbb mendalah ni waktu pagi je dia jual mengikut kata orang yg kami tanya tu. Dia macam sayur2 kut. Entah. Nati lah aku outstation ke Sabah, aku try tgk pepagi kut2 ada. Maybe kot, nak g Sabah. Ada urusan kat sana. Tatau bila. Dlm bulan 4 kot.


Lps tu dalam tahun lepas naik glamer rumpai laut kering tu. Yg aku tahu, akak ipar aku antara terawal yg jual. Aku tak beli sbb aku tahu tahap KPI kedisplinan aku dlm memakan apa2 makanan tambahan a.k.a supplemen. Nati ter abai je beliau dlm esbox.

Pun begitu, eceh.. ayat... pun begitu, masa g Sabah last year yg ada persidangan HR tu, aku beli gak rumpai laut kering ni. Sekilo berapa tah. Kat tpt org jual ikan bilis segala tu lah. Setgh kilo aku kasik ayah mertua, setgh lagi.... as I said tu lah... tersadai dlm esbox tpt simpan sayur. Menyemak je aku tgk. Tp nak kurangkan 'semak' tu aku tak buat apa2 usaha pun. Rajin sgt la aku kan nak rebus la nak apa. Kak ipar aku kata buat kerabu buleh. Huhu. Nak berkerabu pun aku tak rajin. Entah. Apa yg aku ni rajin pun aku tatau. Pemalas amat kan. (T____T). Mesti org kata aku kat umah tak masak langsung kan. Haha. See my instagram lah. Hahahahah... bengong.

Tu lah. Takde citer apa pun. Saja nak sembang tu je.
K lah.
Nak nyibuk kat maybank2u skali ngan org yg dpt gaji reni jap. Bayar utang segala. Padahal gaji da masuk Jumaat lepas. Saja malas nak buat segala transaksi. Tengok... malas lagi..... (-_-") Pfttt... APTB.

Monday, October 1, 2012

Edisi Rekahan Tumit/Tumit Pecah

Gmbr ni je yg boleh tahan sket.
Gmbr lain, ngeri aku
tgk crack heel nyer. Kredit : Here
Dah tetua ni, kena crack heel la plak.
Dulu takde pun cam gini.
Nak plak skang ni pijak tiles je. Makin merekah la plak tumit ni.
Mencik tau.

Jadi, harus gugel la terus cara2/petua nak hilangkan crack heel ni.
Aku mmg ada beli krim tu. Brand Aiken. Oke juga. Tp being me yg tak displin dlm bab ubat mengubat ni, mmg la jadi tak berkesan. Ye lah, kejap taruk, kejap tak.. (T___T)

Aku gugel juga kat blog Dr. Zubaidi ni, katanya air panas pun buleh buatkan kaki kering dan merekah. Hurm. Kena kurangkan letak air panas kat kaki. Aku ni kadang kaki gatal2, tu aku bukak air panas, paling panas (tp tak la smpai melecur) then letak kat kaki. Baru rasa cam ah, lega sket. Rupanya tu yg buat kaki kering eh.

Lps tu gugel lagi cemna nak mengatasinya.
Oke ada byk la.
Antaranya sini, guna asam gelugor cam kat sini (nak try lah yg ni) and yg kt sini jugak.

Buat masa ni kat dlm rumah, mmg aku pakai slipar je lah.
Slipar stoberi. Hihiw.
From my instagram. Gmbr yg byk dpt 'love'. Tehee

Lama dah beli. Sayang nak pakai. Tp skang pakai je lah. Nak simpan buat apa.

Tadi pagi, bangun tido, carik2 tak jumpa. Sbb sejuk oh nak pijak tiles pepagi neh.
Rupanya kat dpn aku letak. Tah mana tah. MyDH yg jumpa.
Comel je dia hangkut stoberi ni bagi kat aku pepagi tu.
Ngeee.

Wednesday, April 4, 2012

Simplysiti Eau De Parfum

Siapa model ni??
Siti ke?? Ke orang lain??
Asal petang ada je nak curious yer. Huhu.
Dpt kat emel dari Watson tadik nih.

# wah. ada perfume simplysiti lah. Rega RM69.90, tp kalo Watson member dapat RM64.80
## bz ya hamat plak reni. Memacam menda nak kena handle. Dgn nak carik surat hilang la. Mai & Eja - misteri sungguh surat tu kan. Huhu.
### minggu dpn lagi cam bziest. Tp jgn lupa 11hb cuti yaw,yaw,yaw.....!

Monday, March 5, 2012

Perihal Kulit Tebal


 Pakai apa pun tak kesah. Huhu

1) Safi Rania - Krim kontur mata - kan retu dok bising kata ada kedut kedut di bawah mata
2) BB Cream Garnier - Saja nak terai. Retu pakai Maybelline. Ni terai Garnier plak. Carik gak Loreal punya, takde pun. Takkan Loreal takde BB Cream???
3) Simplysiti - Dermagica - pun saja nak terai. Katanya bleh buat rasa gembira. Sok, kalo aku PMS, tak gembira... bleh claim balik ke duit???

So, aku pakai campo2 dah ha... skang ni pencuci muka aku pakai Safi Rania. Compact powder Loreal. Sukati je skang ni. Dulu bleh la setia pada satu produk. Skang bia kan. Asal dia leh ngam ngan muka. Sudahhh.....

Tuesday, February 21, 2012

Perihal Simplysiti : Dermagic

Kuasa iklan. Huhu.
Tetiba rasa cam eh, nak terai lah.
Padahal aku tau dah apa yg serasi ngan muka aku nih.
Saja gatai kan.
Last 2 year, masa SS ni baru kuar, aku beli la yg C Bright tu. Memula cam oke la. Tp da pakai 2 pek cleansing foam tu baru cam perasan, kalo ada parut2 jerawat bekas-tangan-gatai-aku-kutil, dia takmo ilang. Tp loose powder dia aku sker.
Lps tu aku kembali pada Loreal. Maleh. Seme guna Loreal semula. Tp, eh skang ni, cleansing foam aku pakai Safi Rania. Konon nak berseri cam RCW la. Phuiiii..... Ngehngehngeh.

Oke tak kesah. Kulit muka aku ni mmg tahap tak kesah. Ko letak la apa pun, Insyallah oke je dia. Cuma kadang ada yg cam tak berapa nak berkesan. Nak jadi rengsa ke apa, naik jerawat takde la. Alhamdullillah. Skang ni aku rasa cam gatai nak try Dermagica tu pulekkkk.
Masekelah.
Adakah sbb dia kata dpt menghilangkan stress?
Takde la sgt *tp nak gak try kan. Kut2 bleh ilang stress.
Cam bes sbb dia kaler fefel. My feveret kaler of coz..... hahaha.

So, cena? Ada yg dah penah try?
Wohooo.... kehendak seme ni..kehendakkkkk......

Friday, February 17, 2012

Perihal Mydeal : Hair Styling Sessions

Awal bln retu aku ada beli deal potong rambut dari MyDeal.

Mmg salu ada je deal potong rambut ni dari memana. Tp nyer jarang amat dkt2 ngan area umah aku. Ni pun tak la dkt sgt. Tp Danau Kota tu easy access gak la compare yg salu derang buat kat Damansara sanun. Maka beli. RM29.80 utk 2 kali hair styling sessions.


Actually, aku nak yg hair cut + hair wash tu je, lelain tak kesah pun. Tp dah ada, oke la. So, maybe nak pegi Ahad ni. Sblm tu meh tgk hair style yg bleh dibuat.


Long Party Hair.

-Sbb rambut aku mmg style lurus - kejung camni. Tp aku rasa kena rambut tebal baru bleh buat camni. Lagipun, nati nak pakai tudung susah nak ikat since aku mmg tak pakai anak tudung. Tp oke gak, takde anak rambut kat dpn.

Beachy Waves.

Tingin rambut ombak2 camni. Mmg tak dpt la kan. Apa kata try dah alang2 da beli deal ni, cuba la skali kan. Huhu. Atau pun masa nak celebrate beday tersayang nati buat rambut camni. Hahaha. Baru la romantis dgn rambut baru. Gedik.dik.dik tau.

Begini pun oke kut. Apa nama tah, layer yer? Rambut sikit dan nipis. Kurang sesuai mungkin.


Apa kata terai berambut pendek plak. Bukan tu ke tujuan utama. Nak potong rambut sbb byk sgt yg gugur. Dah jadi nak carik hair style plak.  Tak penah lagi buat rambut sependek ini. Semur hidup

.
Tapi begini ada la. Sama cam lebey kuang atas ni la kan.

Begini ke

Tah, tatau la. Tengok banyak-banyak lagi la cam rambang mata.


Buat rambut gini kang ko tau la.











































































Lalu terus berlari lari anak di tepian pantai sambil menyanyi
"begini lah awan nano nano nano nano nanooooo......."

*all pic credit to google :)

Wednesday, February 15, 2012

Perihal Wrinkled Eye

Gambar hiasan : Google

Urghhh... tanda tanda yg anda telah memasuki usia 'matang'.
Haha.
Wohoo... cena ni? cena ni?
Makin jelas plak napak. Haishh.. tp takde la kat ujung mata tu. Bawah mata tu agak ketara. Haishhh..... anak pun blum ada, kedut mata dah ada. Tak bleh jadi nehhh....
Kena carik product bersesuaian nehhhhh....

Dan dan tu jugak google "how to prevent wrinkled eye?"
Prevent?? Da ada pun cena nak prevent? Haha.

Meh kita berkongsi cerita nak prevent kedut2 dibawah mata ini, sebelum ia menjadi mata sang nenek kebayan. Huhu.

There are several effective measures for preventing eye wrinkles. The first step that you should take to is to protect your overall health.

1) Practice good eating habits. Take a daily multi-vitamin and an omega-3 fish oil supplement. Omega-3s are important to all of the organs of the body and a recent study showed that a daily supplement increases the skin's firmness and moisture content.

2) Eat lots of fruits and vegetables. Try to eat fish three times a week.
If you are a vegetarian, add kelp, a kind of seaweed to your diet. Its omega-3 content is not as high as fish, but it is a good source.

3) Avoid overexposure to the sun and wear protective sunglasses large enough to cover the corners and the skin beneath your eyes. Some theories suggest that preventing eye wrinkles can be accomplished by not squinting. If you find yourself squinting, even when wearing sunglasses, it might be time for an eye exam.

The area around the eyes is thinner than on the rest of the face, so it is more prone to UV damage from the sun. UV rays increase free radical production and free radical damage is believed to play a role in all wrinkle formation. So, you can help prevent eye wrinkles and wrinkling anywhere, by protecting your body from overexposure to the sun.

4) Don't smoke. Smoking increases free radical damage in the skin's cells, as well. It also causes people to squint. Studies have shown that smokers have more wrinkles, in general. Quitting now can not only stop eye wrinkles but prevent lung cancer, as well.

Dan google juga petua2 utk menghilangkan kedut kedut ni. Spti dari Laman Petua ni.
Antaranya ialah meletakkan aloe vera yg telah dihiris dibawah mata tu (tpt kedut tu la). Tp aloe vera tu haruslah disimpan dlm peti ais dulu. Eh. Mesti sejuk je kan. Bes nih.
Tp  mana nak carik daun aloe vera, tp rasa cam org bawah ni ada je sepasu aloe vera. Hahaha.

Ceni napaknya kena beli
atau pun ini

Which 1 much better?
Tp Garnier yg hijau tu tak penah napak lak. Biasa yg iklan Lisa Surirumahhani tu yg utk bright tu je kan. Yg kaler kuning tu. Yg takmo napak mata Panda tu. Taktau la plak sbb aku tak guna Garnier. Loreal tu mmg la. Pengguna tegar kekdahnya. Nak guna Simplysiti pun tukar balik ke Loreal.
Harus kena berkunjung ke Guardian / Watson neh. Harussss.....

Friday, December 30, 2011

Powder Ball

Gedik. Gedik.

Lepas satu, satu ada je mendalah aku rasa nak try kan. Cena tah nak buat.
Skang ni tetiba tingin nak pakai ball powder.
Ada yg biasa guna bedak bebola nih?
Hihi.

Retu la tgk kat In-Trend iklan dia. Kosmetik brand Farmasi ke apa tah.
Aku google jumpa yg ni
Cerita panjang kat sini - Farmasi
Sebut pasal Farmasi ni, aku baru tau ada produk brand ni. Haha. Tu pun CC unit aku yg gitau. Oh. Betapa aku tak alert dgn dunia kosmetik ni kan. Haha.
Tp aku hanya nak tingin nak try yg bebola ni je. Cam bes lak nengok nya.

Lps tu tgk lak kat Mydeal.

Ada promo gak powder ball nih.
Cam bes ja. Promo dia - Mydeal.

Pantang ja ada deal aku ni. Laju je. Isk... giler.. Jap..pikir dulu. Ada 11 jam lagi bleh pikir. Tweheheheheee.

Monday, October 10, 2011

Mandi Pasir

Dah start balik 'mandi pasir'
2 hari dah.
Bes je rasa. Lembut je rasa kulit seme.

Lama dah beli mendalah tu.
Tp da terbiar sepi dlm bilik air.
Smlm baru tingin nak pakai balik.
Hihi.

Tau ke amendalah 'mandi pasir'?

Ala.. lulur tu.
Penah citer dah ni dulu.
Aku sker pakai  hok ni.
Ehsan : Google

Tp skang aku da tk jmpa plak.

So, amik (beli la) je kat Watson. Jenama Watson rasanya.
Tah malas nak gi check kat bilik ayo tu.
Tp kaler cekelat.

Bes lah.
Ada cadangan lulur lain yg bes tak?
Sonok gak menyagat badan ngan 'pasir' nie.
Tweheheww.... *baru dpt gelak pesen baru*

Wednesday, September 14, 2011

~Pasal Deal : Spa Plak~

Rehat sebentar dari course.
Btul lah sapa komen tu. Bkn kurang stress. Tmbh lagi stress rupanya. Hampagas tul.
Tak nak masuk lagi bleh?
Tp esuk penceramah adalah bes. Dan pegi je lah.
Oke lupakan pasal course stress tu. Mari kita citer pasal lain pula.

Baca entry Syana pasal dia gi spa tu.
Trus terpengaruh. Haha.

Mmg lama da nak beli deal yg ada spa2 ni. Yg bleh rileks2, buat manicure, pedicure. Tp tak ter beli. One thing, pasal salunyer deal tu kat area belah2 Damansara sanun, which aku mmg fail la kan. Lps tu plak masa dia lama. Kut asben ku antar mana lak dia nak transit kang. Ada yg ter tido2 menunggu kang. (lps tu ada si polan kata lagi ku control laki. Heh!)

Jadi penyelesaiannya adalah - ku pengaruh pula adik2 unit aku ni. Hihi. Pegi dgn meke, dan meke pun buat skali. Kan mudah. Hihi.

Memula tgk yg ni -

Mcm bes kan. RM68 utk 120minit dan dpt :
  • Full Body Relaxing Massage

  • Full Body Detoxifying Scrub

  • Full Body Mask

  • Infrared Detox Sauna

Lps tu tgk plak yg ni -

Lagi murah.
RM39 utk 135 minit dapat :
  • Facial Lifting

  • Sauna

  • Body Massage

  • Body Scrub

  • Foot Spa

Jadi kami pilih yg RM39 je lah.
Tempoh redeem pun lama. Smpai bln 12 sok. Lps befday n anniversary aku pun.
Tpt pun senang nak gi. Dkt Taman Permata sana.

Oh. Sapa nak tgk deal ni, bleh klik ke sini - Milk A Deal Spa

Che Bedah, meh la kita pegi sesama ber spa spa an ni. Amik yg mcm akak nyer ni. Hidden cost mungkin tader, tp kut dia nak pengaruh kita utk pegi lagi mungkin ada. Hihi. Ayuh..jum..manjakani kan diri anda :))

Thursday, September 8, 2011

~Pasal BB Cream~

Apa itu BB Cream?

BB yer bukan baby - tingat masa citer Awan Dania yg Scha masa tu nak gi Korea, dia kata nak carik BB Cream. Pehtu aku tgk dlm FB Scha, ada yg tulis 'bagus ke "baby" cream kat Korea tu?' Hik hik.

Sbb apa Korea? Sbb BB cream ni mmg femes mula kat Korea.
Dipetik dari laman web ini - squidoo
It is said that the formula comes from Germany where dermatologists prescribe it to heal laser skin surgery because it has soothing and skin-regenerating properties. Famous South Korean actresses then began using it for beauty purposes and since Asian dramas are huge all over, a craze was born. The trend that started in Korea first spread to Japan then to South East Asia and is now quickly making its way to Europe and the USA.

BB cream ni sebenarnya stand for - Blemish Balm Cream.
Skang da byk cosmetic brand yg buat BB Cream ni. Termasuk Maybelline n Garnier.

Aku pun baru je beli BB Cream - Maybelline. Tu pun sbb foundation Loreal aku da abis. Baru apply skali dua. Tatau la kesan dia cemana. Katanya 8 in 1. 
Kredit : Here
Dia pun bleh jadi foundation, tp rasa cam tak best plak. Kena beli Loreal balik la napaknya kot. Atau terai je dulu kot.

Aku skang pakai da campo campo dah. Tkpe la kut. Kulit muka pun da tua matang. Haha. Pencuci muka skang aku da tuka dari Loreal kpd Safi Rania (penah skali guna SimplyCT - oke je, tp cam parut2 jerawat tu dia ssh sket nak ilangkan). Toner & Moisturizer Cream - still Loreal. Foundation - suppose Loreal, tp skang terai BB Cream ni plak. Bedak - Loreal. Dah bercampur2. Igt nak guna seme Safi Rania, tp dia takde foundation lah. Tk bes la plak. Heh!

Thursday, April 14, 2011

~Pasal Milkadeal : Manicure n Pedicure~

Selain dari yg itu, yg ini pun rasa mcm bes. Dokek yo ngan umah mertuo den. Amacam???

RM38 instead of RM200 for Classic Manicure + Spa Pedicure + Soothing Gel Feet Soak + Hands & Feet Massage & Cuticle Treatment + Half Price on Harmony Gelish at Harmony Nail Salon, Dataran Mentari [81% OFF]

Harmony Nail Salon (Dataran Mentari)

Phone: +6012 497 8318
A-1-1, Block A, No 1, Jalan PJS 8/15, Dataran Mentari, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor
Kuala Lumpur 46150



Huhu. Aku rasa bes gak idea ni. Rasa2 ada deal yg bes aku buat entry kan?? at least something gak sbb lately ni kureng da idea utk mengarang.. Cena?? 

~Pasal Milkadeal : Spa~

RM55 instead of RM300 for Herbal Ball Thai Pack AMAZING Spa Ritual + Foot Scrub + Foot Spa at Jari Spa, Solaris Dutamas - Duration 90 minutes [82% OFF]

Tak penah2 aku nak tertarik pada iklan Milk A Deal ni. Tetiba ari ni terpandang iklan tu lalu rasa ek eh.. bes oh. Rasa mcm nak la, nak la..
(mmg tak memadan aku ni, dgn tgh nk pkai byk duit. heh! but.... it's 82% off okeh. ufffhh)
Ni dkt .....
Jari Spa

Phone: +603 6205 3624
A2-U1-5, Solaris Dutamas, No. 1, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur 50480
Laman web derang : Jari Spa

Utk keterangan lanjut pasal Milk A Deal yg ni klik aje di sini. Atau memana iklan yg kuar kat sidebar blog ni. Eh.. tak boleh eh ckp cemtu. teheheheheh :D

Oh...lama tak ber Spa. Last adalah pada 20 December 2008. Haha. Motip igt date skali?? Ye la..sbb 21hb tu aku sanding belah lelaki. Aku buat spa sehari sblm tu. Hihi :D

Sunday, April 3, 2011

~Pasal Lulur Mandi~

Ke mandi lulur?
Kalo mandi lulur jadi cenggini.
Kredit : Here

Aku mahu omong perihal bahan lulur mandi ini.
Emang biasanya aku guna lulur mandi Sumber Ayu.
Yg kayak gini.
Kredit : MyLadyShop

Tak la aku guna hehari. Hari yg rajin aku nak berlulur, aku lumurkan lah. Tp mmg bes lah. Kulit rasa halus mulus jer.
Tp skang aku carik udah tiada lulur mandi ini. Mana pegi nyer. Aku penah beli di JJ. Bila dicarik lagi, udah nan hado. Carik ke Watson pun tiada. Alahai..kena beli online kah? 

Sudahnya retu aku beli yg Watson punya. Tatau la bes ke tak. Tp aku rasa kalo kat Mydin ada la kut kan.

Friday, March 18, 2011

~Pasal Energy Water~

Entah kenapa, tetiba aku tingin nak menda yg spray2 kat muka tu.
Ala face mist kan nama dia.
Sbb nya aku kalo malas2 nak cuci2 muka or tak sempat ke kat opis ni (if 'cuti' solat la), atau tetiba big boss panggil ke, buleh la aku spray2 je kat muka kasik napak segar sket.

Lalu smlm, masa ke JJ terai la carik menda ni.
Aku napak brand ZA je ada spray2 ni. Lelain takde. Loreal pun takde kuarkan menda ni.

Sbb kan aku tetiba ndak, jadi tidak la aku google dulu carik info.
Rupanya Bodyshop pun ada.
Kredit : Here
 Aku beli hok ni. Ini Energy Water Skin Lotion dari ZA.
Kredit : Here
Kat JJ reganya RM24. Kat Watson RM21.90. Mujur la beli di Watson, dpt la menambah bilangan point. Huhu.

Buleh tgk kat web ZA utk detail mendalah ni. Huhu - ZA

Aku mmg tak penah pakai la menda ni, baik yg face mist mahupun energy water ni. Sapa penah pakai?? Bes tak dia nyer hasil??
Utk pertama kalinya aku akan sembur2 mendalah ni before nak kuar lunch-date ngan kengkawan (geng mesra dot net - Kak Julie n Dee) jap lagi. Nak gi Times Square ni. Makan Papa Johns. Hiks

Friday, February 18, 2011

~Pasal Celak~

Korang yg sker mekap sure ada mendalah ni kan.
Celak ato nama modennya Eyeliner.
Aku biasanya guna pencil eyeliner. Iyer. Mmg leceh sbb nak sharp la hapa.
Kadang mmg aku guna sekejap je. Pehtu da tumpul mls trus nak guna. Rugi dah.
Tp ada satu brand yg tak perlu asah jugak kan. Salah satunya - SilkyGirl. Dia pusing2 je.

Pehtu few bloggers wat review pasal liquid eyeliner, gel eyeliner.
So, perasaan adalah mau mencuba.
Baca kat blog Fila ini (opss...ai SR blog beliau. Her doters so cute lah..skerr....).
Dia wat review SilkyGirl Double Intense Gel Eyeliner.


Trus keinginan membuak2 nak mencuba. Tp as she said. Mmg payah nak jumpa kat Guardian or Watson sbb manjang je out of stock. So, ms lunch td sempat ke PV. Masuk kat Caring sbb igt sure ada sbb jarang org beli kat Caring tu. Tp takde. Tgk lak kat Watson. Eh.... ada ler. Bes. Teruja. Trus amik byr. Dpt diskaun lagi sbb ada member card. Yey!
Balik trus test. Haha. Teruja nyer pasal. Haha.

My dear gave positive comment. Huye! Huye! Katanya mcm mekap nak sanding retu. Ouch. Haha.
Mekap Sanding- Bkn Gambar Hiasan
Esuk misti pakai nih.

Meh tgk trick n tip nye. Aku amik dari website Silky Girl lah.

So, bley la bermekap dgn effect ala-ala dramatic gitewww... Oh, gmbr suma diambil dari sini-SilkyGirl (kecuali mekap sanding tu. hoho)

Saturday, January 22, 2011

~Pasal Earrings and Piercing~

Korang pakai earrings tak? Ari tu masa jalan2 blog ryn-aku dan sesuatu, ternapak gmbo anak dia-Echa da bertindik. Bagus la kecik2 da bertindik. Hihi.
Then tingat lama da aku tak pakai earrings. Agaknya da 'kambus' pun tpt tindik kat telinga tu.
So, balik umah tgh tgk tivi tetiba tingat.
Trus amik baby oil, sapu kat tpt tindik tu terai masukkan balik earrings aku.
Eh. Boleh la. Hihi. Rasa sejak lps kawen aku tak penah pakai dah earrings. Tp still 'berlubang' telinga tu.
Ni yg rasa nak suh my dear belikan earrings comey comey ni. Hihi.

Tingat sesuatu pasal bertindik ni. Ekceli aku bertindik masa dajah 2 kalo tak silap.
Bukan pi 'tembak' kat kedai tu. Tp aku bertindik secara tradisional.
Dulu bertindik ni org buat kenduri sekali  berkhatan. Budak lelaki berkhatan, pompuan bertindik. Ha, gitu. Aku igt lagi, mak aku bawak pi kenduri org bertindik/berkhatan ni kat umah sedara aku. Takde plan pun aku nak tindik. Sekali mak suh aku join bertindik skali. Eh. Tp aku oke je.
Tatau la cena org tu tindikkan tp mmg tak rasa sakit. Ada minyak dia sapu kat telinga, pastu ada kunyit ke apa tah, pastu dia cucuk tpt tindik tu dgn apa tah. Then dia masukkan pin.
Bukan la pin hok besau letak kat napkin baby tu,
Imej : Google
Yg paling kecik, ringan kaler gold tu
Imej : Google
Maka pakai la dulu earrings (gold tu. hihi) pin dalam berapa bulan tah. Errr...aku pun lupa berapa lama. Tapi aku ngada, konon mcm sakit. So, agak lambat la nak ber earrings. Makanya sepanjang umo smpai skang mmg aku tak penah pakai earrings jenis melekap tu. Tah. Aku rasa mcm sakit je.
Aku pakai jenis bulat tu. Hoop earrings eh nama dia. Tp idak la beso hok buleh burung terbang lalu tu. Kecik je la. Ala ala camni kan

Tapi cantik jugak sekali sekala pakai hok jurai jurai tu kan. Hihi. Lagi lagi diamond kan. Aww...
Image : Here
So, skang nak pakai balik lah. Nati befday thn ni leh ngendeng2 nak earrings. Eh... oke..oke... berjaman lagi utk ckp pasal bufday.

Amacam kalo pakai ceni? Ada brannn?? Teheheheh
Image kredit : Here

Monday, December 13, 2010

~Pasal Hasil Innershine Pati Beri~

Rasa aku penah buat entry aku start makan (or minum??) Innershine Pati Beri ni. Pehtu aku carik carik takde plak. Tah apa nama tajuk dia aku letak tah. Aku rasa aku start consume Innershine ni dlm ujung bln 10. So, skang baru masuk kotak ke 3. On Off gak aku makan.
So, nak la gitau hasilnya.
Ya. Aku consume Innershine Pati Beri je dan tidak yg prun tu. Aku tak sker la rasa  yg prun tu. Tah..len mcm jer. Retu da beli sekotak. Tak jalan. Kasik my dear je makan.
Tp apa yg aku napak, Innershine ni da memberikan hasil. Sker! sker!.
Paling utama adalah bahagian mata. Adakah bertukar spti mata Rozita Che Wan?
Uihh... takde la..tidak tidak pun mcm mata duta dia la kan, si Diana Danielle. Teheheheh.
Tp seriyes la weh. Bahagian putih mata jgn putih tulang tu mmg putih la. Salu kan dia mcm kuning kuning or merah merah sket kan. Skang ni bersih. Mmg putih la. Dan mata pun tak silau. Tgk PC kat opis 8 jam sehari then balik umah smbg kat lappy pun ok lagi rasa. Then dulu aku mmg silau kalau ada chya matahari tu. Skang tidak lagi.
Owh. Testimoni ini tidak dibayar. Tehehhheeh. Ok, keep on consume lah. Nati leh jadi mata baby yg bersinar putih bersih kan.
Copy : Here

Dan layan jugak lagu Beautiful Eyes by Taylor Swift. Aku pun jarang dgr lagu ini. Search youtube je la nak tau lagu dia cemna. Tp lirik dia bes.

Oh ya, tghari sket or petang mebi nak upkan list nama top commentators.  Walo tak berada di tangga teratas, yg termasuk dlm list tu pun leh lagi berpeluang nak dpt adiah n top commentators award. Cuma nati jawab beberapa perkara. Tgk siapa bagi jawapan paling cpt dan betul suma pun ada adiahnya juga. So, stay tune my dear fwensss :))