Showing posts with label suami. Show all posts
Showing posts with label suami. Show all posts

Wednesday, October 30, 2013

Lupa Renew Lesen!

Ada orang tu kan. Dia kan. Boleh lupa plak kan. Nak renew lesen dia kan.
Dah nak hampir setahun kan.

Haaaaaaa......
Itu lah dia nya.
Tu hari aku nak tukar lesen. Lesen aku expired 19 December. Aku mmg tak pernah lagi buat lesen yang date birthday tu. Sbb aku buat dari tahun 2010. Jadi, nak la renew - buat yg ada gmbr. Tp tu hari ada poblem sket nak baca IC aku, jadi aku pikir aku nak tukar IC dulu.

Masa tu orang tu belagak. Dia kata taknak tukar. Sbb katanya lesen dia lambat lagi mati.
Oke la. Ai pun tak kesah. Taknak tukar takpeeeee...

Sekali kau.....!

Satu hari, ketika nak berurusan yg perlu kan lesen memandu.
"Lesen encik ni dah expired lah"
Haaa... mujo orang yg perasan tu bukan JPJ mahupun polis.

Tapi bole pulak encik tu nak kata "rasa saya dah renew tu hari"
Elo..elo..elo.. encik.. encik... kalau encik dah renew harus lah dah takde lesen lama tu (-_-")

Tak tukau lagi la tu... Pftttt...
Dekat nak setahun oke.

Terus gegas pergi UTC. Mujo lah UTC buka hari Sabtu mahupun Ahad.

Fuh. Mujo juga beliau ni pemandu berhemah. Tapi, kalau nak jadi cerita. Mana lah tahu. Terlanggar apa2 ke. Lagi kena saman sbb tak renew lesen. Satu hal je. Cemana beliau buleh lupa aku pun tak tahu. Lepas ni kena peringatkan la beliau. 

Oh. Dia kalau lebih setahun tak renew kena amik test drive semula ya.
Jadi... sila lah check lesen anda.
Sbb tu aku buat sekali 3 tahun. Takyah nak check2 banyak kali.

Takpun, aku rasa nak buat 5 tahun terus. Lagiii senangggg....

Encik beliau yang sedang keluarkan IC.

renew lesen, JPJ
Waktu operasi JPJ Mini UTC Sentul

Thursday, August 29, 2013

Edisi KL-Ipoh, Ipoh-KL, KL-Ipoh, Ipoh-KL

Adoi. Kejap je pun dah nak abis bulan Augustus ni eh.
Oh ya. Alhamdulillah, aku dah settle puasa 'wajib' utk tahun ni.
Hihi. Orang lain pun ramai dah settle tak heboh pun kan. Kuikuikuik.

Begini lah jadinya bila org jarang2 nak buat. Aku rasa ni kali kedua kot aku settle puasa wajib ni dalam bulan Syawal. 
Kali ni tekad kan juga. Lelebih lagi lps raya aku tgk berat kemain naik mencanak. Amboi.. susah2 aku turun kan, tup2 naik plak ye.
Puasa. Tak kira la walau ada jamuan raya mahu pun balik kampung.

A ah. Aku balik kg tu ari.
Empat hari keluar masuk highway.
Balik kg hari Sabtu, Ahad balik KL, Senin balik kg balik, Selasa balik KL.

Phew.

Takpe. Takpe.
Pengorbanan utk ibu :)
Dan aku bersyukur sgt sbb dpt suami yg sgt memahami. Aku rasa, kalo dulu dgn 'konon2 bakal suami' tak mungkin mereka dpt buat camni atau pun kalo dpt buat pun mungkin takde masa yg flexible gini. Juga, aku bersyukur jugak sbb dalam 5 beradik aku, aku yg tak jadi cikgu. Sbb kalo aku pun cikgu mungkin bermasalah jugak aku nak cuti flexible camni.
See, apa Allah dah aturkan utk kita mmg dah terbaik utk kita. Jadi, bersabar.

Memetik kata seorang kakak masa dia we chat kat aku last week.
Dia kata ada berkatnya kita jaga ibu kita ni baik2. Adik dia (yg juga sama date kawen ngan aku) baru je dpt 1st baby beberapa bulan lepas. Mungkin sbb dia byk berkorban utk jaga mak nya. Jadi, Allah turunkan rezeki dapat baby walau bermacam usaha dah buat termasuk gi umrah.
Ha. Kakak ni pembaca setia blog ni. Hai kak XXXX (cea.. saja rehsiakan nama beliau sbb aku tahu mesti dia tak mo namanya di reveal kan. Cea... dan dan konon bajet ada pembaca setia. Kahhh....!)
Apa pun, thanks kak.. sy hargai apa akak cerita pada sy tu.. 

Aku balik tu amik mak aku. Mak buat CT Scan kat spital Serdang Isnin tu.
Nanti bln 9, jumpa doktor, so, abang aku plak yg akan antar. Gilir2 lah kan. Lagipun derang cikgu. Lagi2 nak musim exam dah ni kan. Lagi derang susah nak cuti. Lagi plak sorang abang aku tu ngaja kat STAR (Ipoh). Lagi la susah dia nak amik cuti.

Jadi, begitu lah.
Apa pun, kalau takde apa yg menjadi keuzuran, aku nak teruskan istiqamah utk puasa sunat plak.
Moga kesihatan juga bertambah baik.
Skrang ni cuba mencari kegigihan utk joging plak.
Ayuh. Joging!

Tuesday, May 14, 2013

Edisi Pemanggang Ajaib & Utusan Dari Langkawi

Hoih. Ketinggalan kau ni kan.
Orang semua sudah ada. Kau baru nak ada.
Kohkohkoh.
Do I care? 
Kohkohkoh.

Dulu. Tah tahun lepas ke 2 thn lps ke, akak ipar aku (kakak myDH) ada jual mendalah magic pan nih. Tp aku tak berminat nak beli. Sbb? Kuali, piuk belanga kat umah tu pun tak terpakai. Lagi mau nak tambah2. 
Tak payah. Kang lagi mau semak rumah je kang.
Lagi pun aku ni "rajin" sgt masak kan.
Gasak la orang kata senang ke apa guna ni.
Do I care?
Kohkohkoh.

Aku rasa semorang pun dah ada mendalah ni kan.
Jadi, aku tergedek2 baru nak ada.
Sbb nya.
Saja. Tatau nak kirim apa kat myDH. Nak tgk dia tau ke idok membeli kalo aku takde.
Tapi idak la aku berani nak kirim Tefal ke, Vision segala tu. Yg tu mmg aku kena ada skali kalo nak beli.
Tak puas aku wey. Huhu.
Aku cakap "tak paksa. If nak beli, beli je lah. Taknak pun takpe. Tp kalo nak beli, beli yg kecik ja"

Skali masa amik dia balik kat ofis, tgk dia usung kotak. Besau. 
Ah, sudah.
Dan. 
Ini lah dia

Hamek kau. Masak la smpai puas (-_-")
Salu org beli 28cm punya kan? Adehhh...
Tanya kenapa beli yg besar. Itu je yg ada katanya. Iyer ke?
Pastu dia kata seme kawan2 lain pun amik yg tu.
Adeh. Cik abam sayam, derang beli besar sbb derang anak ramai. Kita ni pun, kut ada anak, 5,6 tahun baru leh makan makanan masak guna ini.
Tapi, lantok leerrr... org dah belikan. Kita amik je lah.

Entah, tatahu nak simpan mana.
Lps ni buleh la kukus grill panggang.
Lagipun oke la. Aku nyer microwave dah simpan dalam ceruk kabinet. Nak ngeluarkan nyer, mmg tak kuasa aku wehhh.. jd, anggap ni je le pengganti m/wave kut nak panaskan pizza ke apa ke. Tekup kan je lah dlm ni. 
Aku tgk kat dia tulis boleh gak utk induction. Tp tak terai lagi. If buleh, mmg bes lah. 

Selain dari tu, utusan dari Langkawi juga.

Huhu. Ini sedih. Aku kirim Milka tu yg cemni. Siap tunjuk gmbr ke dia sblm dia gi. Tak cukup ngan tu, aku MMS lagi. Eh, w.app. Camtu lah.


Tapi, bila aku kata bukan yg ni aku nak, dgn muka tak bersalah dia kata "tanya kat orang kedai tu, dia tunjuk yg ni. Takde pun yg tu"
Ya Allah hai. Hurm.Hurmmmm...
Lelaki... begitu lah.

Redha (T_____T)

Monday, March 25, 2013

Edisi Gedik Jersi Bernama


Haha.
Uols ado??
Org lain ado, harus la ai pun nak ado jugek khenn...

Hari tu dulu.
MyDH bagi idea 'nati kita beli jersi, buh nama nak?'
Aku mesti la 'nak..nak..nak.. besnya'
Oke. Mmg kena versi mengada.
Bkn senang uols dia nak sajes something yg ala ala romantik gini. Cam baju sama, pattern sama ke apa. Tu seme dari aku biasanya.
Ni dia yg sajes harus la jadi mengada lebih dari biasa kan.

Tp, impian tu tak di realisasi sbb kalo nak di realisasi kena p Downtown. Heh! kuasa hoi nak g downtown semata mata nak g tepek nama. Dah la paking peluh tiak nak carik. Jadi, cadangan terbiar sepi.

Namun akhirnya...
Impian ter realisasi.
Bwk abg and akak ipar jalan2 downtown mlm tadik. Nak keja esuknya tu, tp pegi je lah downtown kul 12. Sekali skala kot jalan ngan derang. Apa lah salahnya. Akak ipar aku tu dah susah2 jaga mak kan. Sesekali kita lak gembira kan meke. And aku rasa so lucky to have her as my s.i.l. Titik.
Derang pun buat gak. Tp utk anak buah aku.
FATIN.
Motip. Tetiba nak eja nama dia. Haha.

MyDH nyer. Kuning itam. Aku pink itam. Hihi.

Satu uruf 2 hengget. Nama kami memasing 3 uruf.
Ikutkan aku mmg nak taruk 'p u a n s t o b e r i'. Kang menyinga laki aku, apa pun tak dapek. Haha.

Ingat nak buh nombor skali. Tp satu nombor 5 hengget. Aku nak 2 nombor. Eh.. berapa puluh plak habis kat baju tu. Padahal baju sepuluh ringgit ja. 
Aku beli jersi kat situ gak. Dia buleh jugak kalo ko ada jersi sendiri then bawak je tempek kan nama or nombor.

Aku letak bawah sket sbb pakai tudung kan.
Hihiq. Hihiq.
*gelak kena ada qalqolah uruf Q tu sbb gedik kan*

Tah nak pakai g mana tah.
Ini bkn buleh g tpt2 panas2 ni. Jersi tak kalis peluh nih.
Kalo balik kg, duk dlm keta dediam, buleh la kot pakai.
Pakai sedondon nati. Baru la romantis kata orang.
Hakkk..... muntooohhhh (T_____T)

Eh. Cop! Jap.....


Haha. I Love Kelantan lagik. Ini myDH belikan masa dia outstation Kelantan. Aku ckp nak baju I love kelantan kalo ada. Skali ini dia belikan. Kat wakaf che yeh katanya. Haha. And dia punya jersi red warrior (siap ada tulis azizan osman.com lagik. Dan jam jam tu gak aku tingat muka Azizan Osman tgh taruk tangan kat kepala tu. Haha).

Aku kata awat tak belikan aku jersi gak.
Jawapan dia mmg selamba la
"Dah awak yg nak i love kelantan"
Optional tu bang. Bukan la compulsory. 
Pffftt... APTB (-_-")
Tapi tak pe lah.. at least ada dari takde. Pink lagi. Ko hado?? Muahahahah.
Tenkiu bang.. nati ai pakai yer.. kat umah je la tapi.. :P

Wednesday, February 27, 2013

Happy 34th Birthday, Husband

Ke 34 yaw. Fuh. 6 tahun lagi 40 yaw. Gerun tak? Gerun tak?
Hahahaiii... kemain nak gerun kan orang. Padahal aku pun aku turut serta bulan 12 sok.
A ah. Agak jauh juga rupanya perbezaan bulan kami ni. Ada la lebih kurang setahun. Dia dah nak berjalan, aku baru lahir. Begitu. (T___T).
Yerp. 24 Februari. Melonjak ke 34 tahun. Nampaknya ramai suami2 rerakan saya berkongsi date yg sama ini. Hihi. Happy Birthday juga kepada mereka :)

Saya takde celebrate sgt pun. Sbb on 24hb tu, mak nak datang, so kami advance kan lah ke hari Sabtu - malam. Perancangan utk 14.12 - anniversary - dibawa ke malam itu. Nak terai berwestern pula. Kebetulan dak Eida Baharum citer dia ada buat chicken chop instant. Jadi, satu kerja lah mencarik chicken chop itu. Hah! Bukan semua tpt ada yer. Dari Jusco ku cari, smpai la Tesco yg ada 2 line fridge beso tu pun takde. Ceh! Penat kaki ku. Dari nak suprise, terus tak jadi, sbb beliau pun turut sama mencarik. Aduyai.

Whatsapp ngan dak Eida, tnya kat mana dia beli. Dia kata Giant. Jadi, hari Sabtu pagi tu, awal2 dah ke Giant. Dan akhirnya jumpa gak. Phew.. (lap peluh). Itu pun tak byk. Ada kat celah2 tu je ha. Amik laju2. Udah la ada sorang cina tu. Ingat dia nak apa. Rupanya boleh dia meraih undi plak kat situ. Memula tak suspect pun. Dia tanya je apa benda aku amik tu. Aku pun gitau lah. Tetiba dia kata "oke la beli ini, lps ni u tau ka, semua barang naik kalo BN menang". Ah sudah. Laki aku dah cam terpaksa melayan. Cina tu bebel2 marah kat BN suh undi PKR segala kan. Pastu laki aku cakap "ai tak mengundi la. Ai tak register pun" Padan muka kena tipu. Pastu dia lagi naik marah. Dia bebel2 lagi u tak buleh itu macam.. bla bla bla nati u beli itu lagi mahal'. Kiterang blah dah la. Last skali laki aku bagi kat dia "kalo barang naik pun beli je lah, sekali sekala je makan. Apa susah" Adoii.. orang camni pun ada. Heh!

Lps tu cam teringin lamb chop gak. Salu tak penah terai menda2 camnih. Jadi, tgk ada kat Giant ada marinated lamb. Napak berebut2 orang amik. Eh. Sedap sgt ke? Harus terai. 
Aku ready nak masak ni seme pas maghrib. Cuma coleslow tu buat awal sket.

Alah, simple bebeno kome oii... sapa la kata cam haibat nau aku buat ni kan. Ko tahu, susah lagi masak nasik ayam tau. Ini tak smpai sejam siap. Tak caya cuba ler wey. Cuma aku cam mengada nak ber cocktail lah, goreng fries la, hash brown lah, tu yg jadi lama.

Apa yg aku buat : 
1) Coleslow - ni paling simple, potong kobis, potong carrot. Takde aku nak parut2 dah. Hiris je halus2 sket. Pastu tuang sos coleslow tu. Ni kena buat paling awal - letak dlm fridge. Nati nak makan baru kuarkan. Baru dap aaa.. juk jeee... ngeee =)
2) Chicken chop - Lorh, ni lagi la senang banget. Kuarkan dari plastik, goreng.
3) Lamb chop - dia dah marinated. Apa lagi ko nak buat. Kalo ada oven, masuk oven. Kalo takde oven, taruk je atas induction cooker. Guna pan leper tu la. Sapu margerin. Terbalik kan selalu. Dah siap. Kalo takde oven, takde induction cooker. Err... aku tatau la yg tu. Kalo nak masak atas dapo gas cemna. Buleh gak kut guna pan tu, tapi kena kawal api la. Cam induction cooker tu senang nak kawal. Lagipun dia masak rata.
4) Mushroom sauce - Pun senang. Bahan2 cuma (kena ulang balik kat Instagram tu ari. Huhu) - mushroom soup (aku guna yg instant punya ja - yg serbuk tu), fresh mushroom (nak pakai dlm tin pun bule), sos black pepper, bawang besar-hiris bulat/separa bulat, bawang putih - cincang ja. Cara2 dia - buh sedikit butter/marjerin dalam periuk ke kuali ke (periuk la, berhemah sket), tumis bawang. Sambil2 tu bancuh la mushroom soup tu. Ngan air suam. Jaga2 nati hangit plak bawang tu. Pastu dah napak kuning bawang2 tu, tuang je lah mushroom soup tu. Campak fresh mushroom/cendawan dlm tin. Aku sker cendawan, so aku pakai fresh mushroom. Tp mesti button mushroom. Jangan guna cendawan tiram yg cam ada dalam iklan usahawan cendawan tu. Tu nak buat goreng cendawan bule la. Lps tu masuk la black pepper. Mmg takkan jadi la gelap warnanya. Masuk la ikut suka kita. Tp kalo perut tak tahan, jgn masuk byk2. Kang angin cam aku kang. Huhu. Aku mmg tak guna garam ke ajinomoto ke kiub ke apa sbb mushroom soup instant tu dah masin amat. Kang ada yg darah tinggi kang.
5) Goreng fries/hash brown
6) Garlic bread
7) Fruit cocktail
8) Air mangga Peel Fresh.

Hasilnya.
Hohohoiii...

Abaikan. Lapik pinggan pun takde.

Close up sket. Lamb chop. Mmg sedap oi
marinated lamb kat Giant tu. Seriyes.
Rasa nak beli lagi. Tapi kang sakit perut cane?

Chicken chop yg dicarik sekitar KL.
Berjumpa di Sgor akhirnya. Haha.

Dan aku mendapat lagi satu hasil pada keesokkan harinya yakni di hari lahir myDH itu - aku tetiba sakit perut pas solat Subuh smpai terduduk tak boleh bangun dah. Niceee..... angin rasanya. Bila baring tak boleh berkalih dah. Terlentang lah gitu smpai ke petang time mak aku smpai. 
Tgk saja lah senarai menu. Byk nau. Smpai tatau apa yg menyebabkan aku terlentang gitu. Ada yg kata fruit cocktail sbb ada nanas dlm tu. Ada yg kata black pepper. Ada yg kata lamb. I dunno. Semua tu aku buleh je makan. Tp mungkin sbb aku makan dlm satu masa, bergelodaklah ia dalam perut tu. Memanjat2 mereka antara satu sama lain bila bertemu dlm perut tu gamaknya. 

Apa pun, utk satu2 nya MyDearHusband yang salu claim konon tak baca blog ni tapi blog orang lain kt ofis ni dia tahu je perkembangan. Haha. 
kredit : here
Adiah?? Belum bagi sbb kali ni aku dah blank tatau nak kasik apa. Tnya je dia nak apa, then nati g beli sesama. Dia nak sneakers sebenarnya. Tkpe, nati kita gi Al-Ikhsan carik sbb retu ada tgk, tp dia tak beli plak. Hurm...

Monday, November 19, 2012

Edisi Makan-Makan : Naili's Sentul


Berapa lama tak makan sini?
Lama dah kot.

Aku tau tpt ni mmg lama sgt dah. Awal2 dia bukak dulu la. Masa tu abgcik n kakcik yg bawak. Time tu anak buah aku- dak Fatin tu - yg skang dah dajah 5 - kecik lagi. Baru 3.4 tahun kut. Which masa tu dia nak limau ais, dia seluk air tu amik limau, then dia perah2 balik dlm air n keliling meja. Syabas. Haha.
Lps tu pegi lagi dgn bf (ketika itu). Haha. Beberapa kali la juga. Haha.
Kami panggil tpt tu restoran nyamuk sbb ada nyamuk la plak.
Tp kira abis romantik la kiranya sbb pilih tpt tu. Haha.

Lps tu ada la sekali 2 pegi dgn kengkawan.

Ngan myDH. Ini la 1st time. Hari Sabtu.10.11.12 tu ari (eh. Aku pun tak pasan aku pegi date cantik itewww). Dah dkt sgt dgn umah kan. Jadi, mari kita pegi.
Masa g tk ramai org lagi. Dpt tpt duduk yg bersila tu.

Nak makan lamb chop. Nak makan lamb chop. (hehe. ada orang dok eiww..eiww..eiee.. ai tak makan kambing, skali lamb chop makan. Haha. Urban gitulah..kambing tak makan. Lamb makan. Hohoho. Aku oke je. Kambing ka lembu ka makan seme, tp sbb aku tak suka makan2 sgt, jd aku tak amik kesah la pasal makanan ni. Asal ada, oke dah)


Sori ler gmbr tak memuaskan. Pakai S2 je pun. Bukan Note2 mahupun S3. Takde la nak bawak kamera godang plak hai nak melantak kt tpt yg sekentut je pun dari umah. Lagipun sapa biasa gi Naili's ni tahu la cemana gaya kat dlm tu. Agak kalo kelkatu jatuh dalam tu pun tak pasan. Haha. Tp mana nak ada kelkatu sbb takde lampu. Ngee.

Tp lamb chop mmg sedap. Lembut sajork. Aku amik gravy dia mushroom. Sbb tingat masa kat hotel KSL JB tu hari. Cam sedap sungguh la sos mushroom. MyDH memalu plak nk order bagai. It's on me oke.. tp dia amik Chicken Chop. Tp lamb chop aku tu pun half aku kasik ke dia. 

Lps tu terpikir, baik g sini masa anniversary.

Me : Patut kita dtg sini masa anniversary kan. Cam romantik jugak tpt ni.
MyDH : Anniversary kita cuti, booking hotel lah. Hari Jumaat tu.

Ha...masa kat sini la dpt idea nak gi hotel tu.

Me : Ek?? (cam tak caya lak pakcik ni yg bagi idea. Hihi). Lps tu kita booking utk candle lite dinner skali kan? hihi.. (saja cakap, tp tak kuasa la kan. Igt kenyang ke makan candle lite dinner, aku penah g skali, masa valentine.. seketui2 dia bawak course. Pastu secoet je. Udah la menda2 sayur mayur yg aku tak makan tu. Kuasa)
MyDH : Gi yg dekat2 je. 
Me : Pullman Putrajaya?
MyDH : Oke gak tu.

So, begitu lah terkeluar idea nak gi Pullman tu. Hurm. Aku ada kenalan kat Pullman tu. Tp cam segan pulak. Tetiba nak tanya ke dia plak. Dah lost contact seme. Tentah dia pun dah tak keja situ (T___T).

Oh. Kembali ke cite Naili's - oke la. Aku minum air jus longan. Dekat nak satu tin buah longannya. Puas hati. Ye lah, rega pun RM8.90. MyDH minum jus epal asam boi. Dia siap letak serbuk asam boi tu (tetiba aku kecur. Haha). Pun rega sama. Total utk 2 org dlm 60++. Owh. Skali skala buleh, berkali kala, pitams.

p/s ; Adik2 TTCian, nati kita gather kat sini plak. Amacam?? Masa beday akak ke. Hikss... :D

Wednesday, October 17, 2012

Tuesday, April 24, 2012

Sweet Like Corn

Tehee. Yer. Aku mmg penggemar corn. Atau dlm bahasa kita jagung lah. Baik jagung rebus, jagung bakar, puding jagung, agar2 jagung, bubur jagung, coklat jagung, susu jagung etc etc.

Tapi hari ni rasa jagung ni sweet sgt.
Al-maklum lah, tetiba incik other half yg bagi waktu lunch tadi.
Sweet nya...

Haha. Oke, kalo dipikirkan secara logik akal beserta rasional, takkan bagi jagung pun sweet.
Haha.
Itu lah perangai sang isteri kan. Kadang2 suami belikan bedak sejuk pun rasa sweet. 
Entah ek.
Masa aku amik gmbr ni - instagram kan - upload FB, mmg aku rasa cam, hek eleh, jagung je kot. Harus org kata apa la yg sweet nya sgt.


Tapiii.... 

bila si suami keluar, membeli makanan kegemaran tanpa dikirim atau disuruh.
Dan tetiba bagi kat kita.
Terus cam terharu. Walau pun hanya setongkol jagung!

Ye, suami saya bukan seperti suami orang lain yg gemar membuat kejutan menghantar sekotak coklat, se ketol tedi bear besar pemeluk mahupun se pasu bunga ros kaler pink.

Dan bila tetiba terjengah dia mengunjukkan bungkusan yang berisi jagung ni, terus rasa cam... oh...


Dah la. 
Lagi aku tulis, lagi aku merepek.

Kali ni aku tak reti nak express kan bagaimana.
Yg nyata, aku rasa sgt terharu walo hanya dgn setongkol jagung.
Mana yg paham tu paham la. Mana tak paham tu buat tak paham je lah.

Errr... tetiba je bagi setongkol jagung ni... tau la kan.. tau la... lambat lagi nak dpt tu.. Gaji pun belum dpt ne.. Hahahhahahaaaaa 

Pompuan kan. Hal setongkol jagung pun tetiba leh jadi sweet dan dijadikan entry. Lagi2 pompuan sengal stoberi cam haku ni.
Oke, sekius me..bagi laluan.....

Friday, February 24, 2012

Selamat Ulangtahun ke 33

Google.
Special 4 my dear husband,

Selamat Hari Lahir ke 33.
Moga dipanjangkan umur, dan dimurahkan rezeki.
Moga tahun ini ada rezeki kita yg kita nanti-nantikan itu.
Ampun dan maaf di atas segala salah dan silap sepanjang tempoh kita bersama ini.
Dan semoga hubungan kita akan diredhai Allah sepanjangnya dan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat.


Sayang selamanya.


-----------
*tau beliau tak baca pun, tp sahabat2 yg membaca ni, tolong gitau beliau yer (u.p : Kak Nurul & Zura. Hihi). Ini pun salah satu suprise gak. Hihikss...

*takde auto publish entry sepanjang Team Building ni. Dan mungkin takde entry la kot sepanjang 2 hari tu. Tgk keadaan cena.


Tuesday, December 13, 2011

Tentang Dia

Dia mmg bukan la sesapa. Malah tak pernah terlintas dlm hati aku utk berkawan dgn nya apatah lagi bercinta dgnnya! 3 thn aku hanya mengenali dia begitu sahaja. Hanya tersenyum sesekali ketika berselisih, jarang bertegur sapa, bersembang jauh skali. Tp entah mengapa di tahun ke4 tu, tetiba je aku dan dia jadi rapat. Rapat ker?? Manade. Dia la yg nak cuba2 rapat dgn aku. Haha.

Lps tu kan, ada skali tu dia nak pegi outstation JB. Aku kata beli la kat aku patung spongebob. Dia bleh tak kenal apa itu spongebob. *pitam*. Terus rasa takmo kawan lah dia ni, tak bes, spongebob pun tak kenal. 

Tapi takkan la pasal spongebob pun jadi penghalang kan. Itu lah permulaannya bibit-bibit hubungan aku dan dia. Eceh. Taktau nak kata la, tp lama kelamaan kami makin rapat dan rapat. Mulanya aku cam ragu-ragu jugak. Entah-entah dia nak main-main ke apa ke kan. Aku pun takde la nak menaruh harapan tinggi setelah aku dikecewakan tak lama sebelum tu.

Memang aku pun tatau cemana aku leh terima dia. Aku tau je org2 opis tgk aku cam takkan nak punya org cam dia. Tp tulah. Allah dah tentukan kan. Org igt aku ni kasar, ganas mesti takmo nyer ngan dia. Hanya Allah dan dirinya saja yg tau aku cemana. 

Tak lama, mmg tak lama aku amik masa utk bercinta dan aku tau dia makin serius bila dia bawak aku jumpa family dia. Dan dia jumpa family aku. Setelah direstui oleh keluarga, hubungan lagi makin mesra kan.

Seterusnya, April 2008 -

Dikukuhkan dengan ikatan pertunangan. 

Siap ada org  nak pengsan yer bila dpt tau kami da bertunang. Haha. Yer. Hubungan kami pada awalnya mmg sukar dihidu oleh org sekeliling. Memang lah. Kang ramai lagi yg pengsan. Aku taknak jadi penyebabnya. Haha.

Dan bila da bertunang tak bleh la nak sembunyi2 lagi kan. Dan ramai la yg duk tanya bila nak kawen, bila nak kawen. Dah tu, bila kami bagi kad kawen sorang satu pada kesemua staff di opis, sediakan satu bas ke kg di hari perkahwinan kami, idak la plak muncul esp org yg sibuk2 nanya. Aku igt yer org yg tanya2 tu. Haha. Nak kata umah aku jauh ulu banat kan, umah laki aku tu dkt je kot. Tu pun tak dtg gak. Lenkali jgn sebok yer.  Tp pada yg hadir tu, kami amat2 hargai dan ucapkan berbanyak terima kasih. Pada yg sebukkk sgt nya tu, tp tak dtg, malah aku masuk keja lps cuti kawen, lari lari plak bila jumpa aku. Malu eh? Ha tu la... lenkali hentikanlah pangai kak nam nam dan abg nam nam yer. Usah duk sebuk tnya bila org nak kawen. Sbb bila kome tak dtg, kome da termalu sendiri.


Akhirnya 13 Disember 2008, termetari satu ikatan. Kami rapat ujung 2007 dan ujung 2008 terus menjadi suami isteri yg sah. Jangan kata orang  lain cam tak percaya, aku sendiri pun smpai hari ni cam tak percaya. Hahaha.



Entah. Jgn ditanya kenapa aku memilih dia. Jgn ditanya apa kriteria yg ada pada dia. Aku akui ini bkn kerja mudah. Byk yg perlu aku pikirkan masak2 sebelum menerima dia dalam hidupku, menjadi sebahagian dari hidupku. Aku berdoa, ber istiqarah dan dptkan pandangan dari insan2 yg aku percaya. Dan Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, aku dah napak hikmah kerna menerima dia.

Mmg dia tak boleh nak beri segala kemewahan kepada aku sebagaimana suami orang lain. Mmg dia tak  berpelajaran tinggi seperti suami orang lain. Mmg dia tak berjawatan tinggi sebagaimana suami org lain. Tp aku tau kenapa Allah hadirkan dia untuk aku.

Hadirnya dia, aku kenal erti sabar. 
Hadirnya dia, aku kenal erti tawakal.
Hadirnya dia, aku kenal erti mengawal emosi.
Hadirnya dia, menjadi pelengkap hidup aku.

Biarlah org kata apa tentang kami.
Biarlah mereka mengandaikan cerita utk kami.
Kerana kata-kata itulah yang lebih menguatkan kasih sayang antara kami.

Terima kasih abang, kerana sudi menjadi sebahagian dari hidup saya.
Kerana sudi menerima saya seadanya. Sudi melayan kerenah saya. Sudi menggembirakan saya sedaya upaya abang.
Maafkan saya kerana belum dapat menjadi seorang ibu.
Walau apapun, Allah dah tentukan yg terbaik utk kita. Masanya pasti tiba. 

Ketahui lah, saya sayang abang selama-lamanya.
Insyaallah, cinta kita akan terus kekal selamanya.
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yg ketiga

Love u always..and forever.



*Jiwang??? sesekali, bagi la peluang.....Muahahahah.
*saya cuti reni - me-redeem segala voucher khas di hari anniversary ini :)

Thursday, April 21, 2011

~Pasal Kuatnya Instinct~

Kuat tul instinct nyer.
Baru je aku nak capai tipon, tgh nak dail.
Tup2 call masuk.
Nama org yg aku nak call tu.
Pulak tu dia pun bertanya kan hal yg sama aku nak gitau ke dia.
Sblm aku capai tipon tu aku terpikir 'eh, nak makan nasik ayam la lunch ni'
So, nak call bagi tau la sbb org tu ada kat luar skang.

Tup2 dia call.
Tanya "nak nasik ayam tak?"

Hik hik.. cam tau2 je bini dia nak makan nasik ayam kan.

Begitu lah kuatnya instinct suami isteri.
Begitu juga dgn family, mak kita, ayah kita.
If kita tetiba terpikir kan mereka, lekas2 call, sbb mungkin mereka pun teringat kan kita.
(apply utk org berjauhan ngan mak cam ai ni ler).

Oke. Tu je nak kabo.
Sambung koje. Ngeh ngeh ngeh.

Wednesday, December 1, 2010

~Pasal Lelaki Dan Bunga~

Kalo lagu Gadis Dan Bunga sure korang tau kan. Ala..yg Rahimah Rahim nyanyi tu. Yg ceni korus dia tu

"Matanya lirik-lirik selalu
Rupanya manis-manis ayu

Ramai orang membelinya
Bunga-bunga jualannya
Si ayu, gadis ayu"
Ha..giteww.. tp ini Lelaki Dan Bunga. Bukan la lelaki yg suka bunga, suka gubah bunga or yg dlm ati ada taman punya. Ini yg jenis sker nak saprais kan sang kekasihnya or isterinya dgn bunga. Sng kata lelaki yg sker bagi bunga la pada pasangannya.

Korang salu tak dpt bunga dari pasangan korang? Aku kan sejak dari jaman berpakwe pakwe, smpai la jaman da ada suami ni, tak penah woh aku dpt sejambang eh..sejambak bunga camni.
Kredit : Here
Dulu...masa pakwe 1st dulu, mmg dia tak sker nak bagi bunga-katanya lebih baek dia blanja makan. Ok la.. accept je la..nak wat cemna kan? Tp ada la gak dia belikan teddy bear. Cemni la lebey kuang. Tau je la befday aku kan bln doblas. So, mmg ada la theme theme christmas tu. Lelaki kan..bkn dia kesah. Asal bagi sudeh.
Then pakwe kedua. Umm..pakwe kedua bila yer? Owhh...masa buat degree. Beliau pun samo. Tak sker nak berbunga bagai. Tp eh..ada ada. Ada aku dpt sekali. Bila?? Waktu konvo. Tehehehe. Tp bunga pastik ko. Smpai skang aku ada simpan. Hahahahah. Betul gak kan, mesti dia pikir, kalo kasik bunga betul sure layu then buang. Ni tgk...bunga pastik..smpai dia da kawen, beranak dan aku pun da kawen tapi tak beranak ranak pun still aku simpan bunga tu. Tehehehheeh.

Then pakwe ketiga. Pun samoooo.... daghi bungo bungo ni baek kita  poei makan, ado gak pekdah kato ea. Samo gak peel ea.. adoyai..naseb..naseb.

Hingga la aku berkahwin dan dikahwini. Tehehehe. Masih idak la napak bunga barang sekuntum. Retu masa tunang, aku ada la request suh dia bawak bunga. Ada dia bawak. Utk tidak menghampakan aku. Tp ko tau dia bawak bunga apa. Ha...nah amek... Bunga yg ada tedi bear camni.
Gmbr tunang-April 2008
 Waaa.....  Ini org nak grad abg oii....tggu la aku grad Master sok baru bagi.. huhuhu.

And bila aku cam bagi hint hint nak bunga, dia mesti kata 'hem..watpe..bukan buleh makan..lelama nati layu". Err...perlu ke kalo nak bagi sesuatu tu boleh dimakan. Retu bila clerk aku dpt delivery bunga, bebudak laen ni pun ckp ke dia "Abg Lan..kak Ida nak bunga". Dia leh kata "Ha..pi la amek kat atas tu..byk pokok bunga". Pokok okeh. Pokokkkkk... sabar yer pnstoberi. Sabar.

Then td ada adik seunit aku dpt a bouquet of roses. With teddy bear. Laki dia wat delivery. Tkde pun ari  istimewa ke apa. Dia kata laki dia mmg sker nak bagi. Waaa...sgt bes kan. Aku ngan lagi sorang yg mana suami nya juga se pemikiran dgn laki aku (yg asik duk kata 'baek beli makanan' tu), duk tgk la bunga tu. Siann..takde org nak buat cemtu kat kami. Hahah.

So, dlm FB, budak tu da upload gmbr bunga tu.  Aku tgk la komen ada sorang lagi tu yg mana asben dia pun sering gak wat saprais anta2 bunga ni. Dia kata "bes kan..rasa disayangi". Aku mcm.... org yg para suami asik kata 'baek beli makanan' ni mungkin tak disayangi la kan. Sobsss... sedih. Hahahah...

Takde la... aku tak kesah pun. Takde langsung pun aku rasa tak disayangi. Suami yang tak suka hantar2 or bagi bunga ni tak semestinya tak sayang kita kan?. Maybe our husband has their own style to show their affection of love..not just by giving  a bouquet of flower rite? Dun sedih sedih okeh. Tp retu igt tak...on my last year befday..

Tetiba my dear wat saprais anta ke opis. Tehehehe.. citer dia ada kat sini. Kann?? kalo jarang2 wat saprais tu....rasa nak terberak terharu puna ada. Hahahhaha.

So, asben or pakwe korang cena?? romantik tak cam sesetgh lelaki tu?? Dan bagi lelaki plak..kalo ada la yg baca blog aku ni kan..korang lak dlm golongan mana? Yg duk pikir 'bagi barang makan lagi bagus' ker..or yg mmg salu amalkan saprais gini.

Kat entry sebelum ni aku kata ada entry nak mengutuk lelaki kan.. hihi..takde la..saja je poyos. Tehehehe.

Tuesday, July 13, 2010

~Pasal Paul The Octopus~


Ok. Bkn nak citer pasal Paul yg pandai meramal nih.
8 kali yer dia ramal betul masa WC retu.
Ummm...sekadar hiburan boleh la kan. Secara kebetulan si Paul ni dianugerahkan oleh Allah.
Kali ni citer 'Paul' yg diberi nama oleh my dear asben.
Masa tu aku tgh kemas2 beg nak pi outstesen esok.
My dear lak rajin membantu melipat segala baju.
Then tetiba dia kata,
"Tu Paul tu nak buh mana?"
Aku kata balik "Paul? Paul apa plak?"
"Tu........"

Hemmm..... my dear ni mmg la takde sgt sense of humor dia. Takde la pak lawak sgt. Tp dia sker buat lawak spontan yg aku pun tak sangka dia akan buat lawak camtu.

Nak tau apa yg 'Paul' dikatakannya tu..
Ok...






Scroll...










Scroll....








Sekeroll lagi...










Sekerol....









Lagi.......







Lagi......




Ha....ni dia "paul" yg diberi nama oleh laki aku.


Gambar hiasan dari http://flatsandfrappuccinos.wordpress.com/2009/03/
Tp mmg cemni la aku hang pun sebelum nak simpan masuk lemari.


Boleh plak dia terpikir camtu. Hai la hai suami..kelako juga engko yer.. tu yg buat ai lebiu very much nih. Haha. Oklah...sok nak outstesen.. dan esuk juga sempena genap perkahwinan kami yg ke setahun 7 bulan, ini la 1st time kiterang tak tido sekali. Huhu. Tsskk...boleh ke nih? Eleh.. rasa nak lempang diri sendiri je.. buleh?? Mengada lebih..org lain siap PJJ - Perkahwinan Jarak Jauh pun tak bising. Hana tu siap asbennya ke Lubnan lagik..rilek je. Hik hik hik