Showing posts with label keratan akhbar. Show all posts
Showing posts with label keratan akhbar. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Masalah Sistem di JPJ

Ambil langkah atasi masalah mySIKAP

Putrajaya: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenal pasti wujud gangguan pada sistem pengkomputeran mySIKAP yang menyebabkan proses urus niaga menjadi perlahan sehingga mengakibatkan pelanggan terpaksa menunggu lama untuk menyelesaikan urusan masing-masing.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, perkara berkenaan menyebabkan pejabat JPJ menjadi sesak sehingga menimbulkan kegelisahan serta rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai apabila berurusan di pejabat JPJ. Berikutan itu, beliau berkata, JPJ memahami masalah berkenaan dan memberi perhatian serius dengan mengambil langkah jangka pendek dan jangka panjang bagi menyelesaikan isu itu. “Antara langkah yang diambil ialah dengan membuka kaunter perkhidmatan di semua pejabat JPJ di seluruh negara pada hujung minggu; Jumaat dan Sabtu bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu serta Sabtu dan Ahad bagi negeri lain.

“Langkah ini sudah diambil sejak dua minggu yang lalu dan akan diteruskan sehingga sistem mySIKAP stabil,” katanya dalam kenyataan, semalam. Ismail berkata, inisiatif lain turut diambil ialah dengan menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi setiap hari bagi memantau prestasi sistem serta menerima aduan daripada semua pejabat JPJ untuk tindakan penyelesaian serta-merta. “Selain itu, kami mengarahkan vendor yang bertanggungjawab ke atas pembangunan semula sistem ini untuk meningkatkan keupayaan kerangka utama daripada 415 mips kepada 1200 mips bagi menampung keperluan sistem JPJ. “Pada masa sama, JPJ bercadang untuk melantik panel bebas bagi mengkaji secara menyeluruh isu dan masalah yang berbangkit daripada migrasi sistem SIKAP kepada mySIKAP supaya penyelesaian jangka panjang yang konkrit dapat diambil,” katanya. Beliau berkata, panel bebas berkenaan akan melihat sama ada vendor dilantik melaksanakan pembangunan sistem mengikut keperluan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh JPJ.

Kredit : Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/16 

*****
Haaa....saja aku nak selitkan cerita pasal masalah JPJ ni kat blog aku ni. Saja. Buat kenangan. Sebab, secara tak langsung, aku pun turut terlibat dalam ini gambar. Grrrr.... geram btul. No pendaftaran kereta baharu pun jadi lambat sbb dek system yg down ni. Betul la mencabarkan kesabaran. Rupanya sbb MySikap ni lah ye.

Dah kenapa time ni plak dia nak bermasalah kan.. bulan ni jugak la dia nak ber mySikap segala. Tapi aku rasa, ada ramai jugak rakan lelain terlibat. Tak kira lah apa urusan pun, semua ter kena.

Aku ada pergi JPJ masa weekend (last week, tapi tak ter settle jugak masalah aku). Skali ada pelanggan tu kena tempik dgn kakak yg jaga kaunter situ. Kesian plak aku tgk org tu terkulat-kulat. Aku suspect kakak tu berhangin sbb dia kena kerja hari minggu (masa tu minggu pertama yg JPJ buka Sabtu Ahad). Wah. Hangin kau je kau tahu. Hangin kami yang datang - tapi - system -asyik - down ni nak letak mana? Letak pajak gantung?. Aku dah rasa cam nak emel jeeee kat JPJ. Memalukan penjawat awam betul. Kot yer pun kawan tu tak faham, cakap leklok tak buleh ke? Nak tempik2, nak jerkah2 orang kenapa? Kau dibayar kot kalau kerja Sabtu Ahad ni. Ke kerja Lillahitaala je takde OT? Takkan la kan........


Aku byk lagi plak urusan kat JPJ ni. Dengan E-Batal aku yg aku tak amik lagi kat bank, pastu nak bawak ke JPJ. Pastu lesen memandu yang dah nak expired. Harus la kena pergi cepat2 gak ni. Udah la sistem asik down. Aku nak buat lesen baru yg ada gambar tu. Tak kiraaaa........

Thursday, October 10, 2013

Adegan Tembak Menembak Di Tol Sentul Pasar

Adoi.. dah macam pilem plak kan. Huhu.
Sekadar menulis di sini sbb kejadian berlaku sebelah umah haku je.
Siapa pernah pergi rumah aku, tahu lah letak duduknya Plaza Tol Sentul Pasar ni kan.
Tempat yg jadi landmark nak pergi rumah aku bagi sesiapa yg lalu ikut DUKE. Biasanya, aku mmg guide dari sini je sbb lagi mudah. Kiri-kiri-kiri-kiri sahaja.
Dan mmg tahap boleh lambai2 je dari beranda tu lepas orang bayar tol. Haha.
Rumah yg ada bendera Malaysia kat grille balkoni tu, tu rumah ai la. Hihi. Patriotik kann weolss... (eh. Ni nak promote rumah ke hapa ni?)

Aku pun tak tahu ada kes tembak nih. Lagipun, balik lewat sket. Gi melawat ayah mertua kat HKL dulu.
Dalam kul 7 anak buah w.app 'Ucu, ada org kena tembak kat rumah cu eh?'
Aku dah cam haaa....rumah aku??
Aku ingat dalam compound rumah aku la. Terbayang dah ada polis sana sini. Terpikir apsal plak ada orang kena tembak. Gaduh ke? Curi ke?
Google tgk.. oh.. kat tol. Bikin suspen ini olang... haha

Nampak sipi sipi rumah ai.. kihkihkih.. tp tu bkn blok ai... ngeee...


Memang laluan kami bila nak lari dari kesesakan di Jalan Tun Razak. Ni pun mujur bukan waktu orang balik ofis. If not.. lagi lah panjang kot jammed nya. 

Lagi gambar dan cerita boleh pergi blog tu. Malas nak tempek gmbr orang kena tembak tu.. huhu. Lagi cerita kat Berita Harian.

p/s : Takziah utk our TKP (O) atas pemergian isteri tercinta semalam (9.10.2013). Satu ofis terkejut dengan berita tu. Rasa menggigil kejap bila boss call bagitahu dan suruh buat announcement. Dan sempat lah kami ziarah arwah. Sbb tu takde byk entry dan gmbr kat instagram smlm. Al-Fatihah.......

Friday, September 27, 2013

Ibu Maut Digilis Lori Simen

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, isteri kepada anggota polis Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.

Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).

Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.

Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Kredit : Sinar Harian
****
Berderau darah bila baca. Sbb ini laluan yg aku agak familiar sejak duduk pindah area sini. Biasa sgt pun pegi Boulevard tu.
Dan tak sangka sgt kemalangan ngeri lagi tragis ni boleh berlaku kat area camtu. Ye lah..jalan tu selalunya sesak. Mana boleh bawak laju pun. Tp tu lah...mmg geram dgn lori lori ni. Nak nak lori 'siput' ni mmg bawak kurang ajar je..  

Dan nak menitik juga air mata bila tgk anak arwah ni. Siannya... trauma agaknya. Ya Allah. Al-Fatihah utk arwah. 
Tu risau je sbb area ni mmg bebudak bawak moto selamba je.. Risau. Sbb lori camni mmg byk area tu. Byk bangunan baru nak bina area situ.

Lagi berita boleh tgk kat ondscene

Saturday, September 21, 2013

Rumah Mampu Milik

kredit : Utusan
What say u?
Hihihi.
Aku baca dalam dalam komen kat FB, rata2 kata 'ni bukan mampu milik, tapi mampus nak milik'
Kihkih.

Tu lah kan. Mampu milik tu cemana kategori harga nyer. RM100k? RM200k? ataupun RM500k?
Kalau di KL nih la kan, ni KL yg bebtul KL oke, bukan sipi sipi. Yg mmg tertera alamat Kuala Lumpur, mana nak carik rumah teres baru yg harga bawah RM500k. Ada ke takde? Memang takde. Lagipun mana ada area rumah teres baru lagi di KL. 
Jadi, kita pergi pula kepada rumah tak teres. Haha. Rumah tak teres tu rumah tak bertanah la. Name it Condo ke Apartment ke. Hihi. Cuba lah tanya. Ada satu yg baru naik dkt area rumah aku. Condo. Last year aku saja pergi tgk showhouse. Harga starting 400k oke. Cina promoter tu tgk kiterang atas bawah seolah, eh btul ka ini budak mau beli rumah setgh juta ni. Ha. Tu satu, ada satu lagi, akak ofis ni cerita, dia pergi showhouse condo jugak la. Boleh cina tu kata 'u mmg tak mampu punya la mau beli ini rumah' Hoi! kurang ajar sgt mulut ko kan.

Jadi, persoalannya. Mampu milik tu dalam range berapa? Dan di manakah lokasinya?

Tapi, bebetul sebelah rumah aku, mmg tgh naik satu apartment (flat rasanya), macam rumah ala ala PPR tu kot. Itu aku tak tahu cemna prosedur dia. Boleh beli ke atau rumah gitu ke yg dikatakan mampu milik tu. Tp kat board dia aku nampak logo kerajaan Msia. Kementerian Perumahan rasanya.

Kalo untuk penjawat awam cam kami ni... kalo tak combined loan, mmg tak mampu la nak beli rumah 400k tu. sbb 400k layak utk org yg gaji 6.5k dan ke atas sahaja (boleh refer kelayakan pinjaman kat web BPP ) Ye lah, secara mudah nya congak begini je :
Loan 200k - bayar plus minus dalam 1k/month
Loan 400k - harus la dalam 2k/month.
Kalau gaji 3k, pun tak mampu de nak beli 400k tu. Mmg nampak ada baki 1k lagi dalam gaji. Abis kau tak mahu makan, minum, pakaian? Tu basic tu. Lain2 belanja. Duit kereta, duit kad kredit, duit balik kampung, duit minyak, tol bla bla bla (ha..tp yg ni je lah kita boleh berbelanja ikut kesederhanaan. Minima kan life style)

Tak tahu nak kata lah. Kalau aku, rumah aku duk skrg tu la mampu milik bagi aku. Kalau ikut hati mmg la nak duduk rumah teres, semi-D, tapi ukur lah baju badan sendiri. Lagipun aku nak rumah yg ber alamat 'kuala lumpur'. Kahkahkah.. Berlagak pulak dahhhh... tempeleng kang...!
Takde lah.. memain je tu. Main reason aku tu ari masa carik rumah is - yg tak jauh berulang ke ofis, tu je. Sbb aku maleh nak bangun awal dan travel berejam jam dan abiskan duit kat tol dan berlama lama dalam kereta. Lantak la rumah kecik pun (asal ada swimming pool besoo... kahahahaha).


Oke lah. Tapi rasanya rata2 yg bebaya aku mmg dah ada rumah sendiri. Rumah semi-D/teres 2 tgkt lagi uolss.. klasss khennn... kihkihkih.. 

Tuesday, August 20, 2013

Pinjaman PTPTN Ingkar Disenarai Dalam CCRIS

Peminjam PTPTN ingkar disenarai dalam CCRIS - Menteri

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini Isnin.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata, pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih. - BERNAMA

Kredit entry : UTusan

**** 
Secara kebetulan, aku mmg nak buat entry ni dan Ain pun ada buat entry berkaitan PTPTN nih.
Dah minjam.. bayo ler.. jgn la tangguh2 kan. 
Memang la.. aku pun tak berapa nak setuju bab interest tu (aku nyer, sbb bertangguh, dari 6k +++ dah jadi 10k okeh.. ha.. berapa tahun aku tangguh tu. Haha. Tp masa tu ptptn pun still bercelaru lagi, takde la kena blacklist apa seme. So, bayar je lah, nak wat cemna. Dan Alhamdulillah, settle pada 22/09/2011. Tup tup tahun 2012 dia bagi diskaun pada orang yg buat full settlement. Grrrrr.....)

Da kena masuk list CCRIS ni mmg hazab la. Any loan pun tak boleh nk buat. Lps tu mmg dah ada dalam pekeliling, sapa yg kerja govt dan tak byr langsung (tak bayar langsung berbeza dgn sedang bayar yer), mmg tak boleh naik pangkat. Apa pun, bayar lah. Walau sedikit.

Wednesday, July 24, 2013

Produk Kecantikan Haram Guna Artis Popular Diserbu

HULU LANGAT 23 Julai - Bagi menyakinkan pelanggan dan melariskan produk, sepasang suami isteri yang mengeluarkan suplemen kecantikan melantik seorang pelakon jelita tempatan sebagai duta bagi mempromosikan produk tersebut.

Selain artis wanita itu, seorang pelakon lelaki popular tempatan berasal dari Singapura turut dilantik menjadi duta bagi satu lagi produk syarikat mereka iaitu yogurt segera.

Namun, suplemen kecantikan berbentuk tablet itu yang berperisa strawberi dan didakwa boleh menyelesaikan beberapa masalah kecantikan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk berkenaan didakwa mampu mencerahkan dan melembapkan kulit, merawat jerawat, ekzema, resdung dan ruam membantu meningkatkan sistem imunisasi badan serta mencegah kanser.

Suplemen itu dikatakan mengandungi vitamin C, kolagen, gluta dan asid hyaluronic dijual dalam talian dengan harga RM109 sebotol dan kini ditawarkan harga promosi RM90 turut boleh dibeli secara borong dengan harga RM750 bagi 12 botol dan RM3,250 (57 botol).

Produk kecantikan itu didakwa menjadi pilihan ribuan pengguna dan menjadi suplemen pilihan nombor satu di negara ini, tiada gelatin, selamat serta dijamin halal.

Rahsia pasangan suami isteri itu terbongkar apabila sepasukan anggota dari Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, KKM membuat serbuan di kilang, butik pakaian dan kedai yogurt segera milik mereka di Kawasan Perindustrian Lekas, Semenyih dan Seksyen 8, Bandar Baru Bangi hari ini.

Dua artis popular yang menjadi duta kepada produk keluaran syarikat berkenaan bagaimanapun tiada kaitan dengan aktiviti itu.

Menurut sumber, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi yang menerima maklumat mengenai suplemen kecantikan tidak berdaftar itu menjalankan siasatan dan intipan sebelum menyerbu kilang dan dua premis lain yang dijadikan stor penyimpanan produk tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini.

"Semasa serbuan dilakukan di kilang, beberapa pekerja sibuk menjalankan kerja-kerja menghasilkan suplemen menggunakan mesin khas.

"Selain mesin, turut dijumpai ialah beberapa bungkusan besar mengandungi bahan makanan dipercayai digunakan untuk menghasilkan suplemen tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia yang dibawa menyertai serbuan itu hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut terhadap pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendapati mereka melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana mengeluar dan menjual produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Menurutnya, suplemen itu dikhuatiri boleh membahayakan kesihatan kerana produk tersebut tidak diuji untuk keselamatan, kualiti dan keberkesanannya.

Sumber berkenaan memberitahu, nilai keseluruhan mesin, bahan mentah dan ubat kesihatan tidak berdaftar yang dirampas di kilang di Semenyih serta masing-masing sebuah butik dan kedai yogurt yang dijadikan stor penyimpanan bernilai kira-kira RM700,000.

Beliau berkata, di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, mana-mana individu yang disabitkan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.

Katanya, bagi kesalahan kedua dan seterusnya, individu disabitkan bersalah boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

"Sebuah syarikat yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan pertama dan maksimum RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya," katanya.

Kredit Artikel : Utusan


*****

Rasa macam tau je produk apa. Tu la sebabnya aku tak berapa nak percaya supplemen utk cantik nih, esp yg kena telan. Lagi2 lah dengan keadaan kesihatan skrg ni kan. Nak makan sgt strawberri, beli je lah yg fresh punya tu.. telan je lah.. tak pun buat jus.

Dkt artikel tu ada gmbr mesin yg buat ubat tu. Agaknya kos buat tu berapa je agaknya tp jual smpai cecah beratus sebotol.... hurm... untung betul buat suplemen ni kan.
Kita tggu je lah result KKM nati, mungkin produk tu tak bahaya..cuma dia tak dpt kelulusan saja.

Friday, July 12, 2013

Peraturan Baru Pinjaman Dari BNM

Blur la nak update entry apa. 
Dari itu meh la ai tepek keratan akhbar. Last week lagi citer ni kan. Oleh kerana aku terlibat dalam membuat pengesahan majikan sblm orang nak buat loan (personal loan), maka secara tak langsung adalah jugak kena mengena kan.
Bagus la jugak tu. 10 tahun je. Kawal sket supaya takde la orang bergolok gadai.
Penjawat awam mmg potential customer utk bank bank ni sbb penjawat awam la yg paling secure. Tp tu lah, bila dah mudah, ada yg amik kesempatan. Memang sebenarnya semua penjawat awam tak boleh buat loan melebihi 60% dari jumlah emolumen, tp kan memacam skg ni. Tpt aku takde la tapi tak boleh la nak citer lelebih sebab PnC. Uhuks. 

Lagi satu, perihal kewangan ni kita tak boleh nak jadi penasihat sbb orang tahu la apa derang nak buat dengan duit derang. Macam katakan ada orang nak beli keta baru ke apa, kita tak boleh la kata ke dia "eh, jgn beli keta lah...keta awak elok lagi kan, kita kena pikir duit tu utk digunakan utk menda yg lebih penting". Jangan la gitu, sesilap orang tu ingat kita ni jeles kat dia sbb dia nak amik keta baru. Lain lah kalau dia nak pinjam duit kat kita nak beli kereta, ha.. tu mmg lah kena nasihat kan jugak. Kalo orang kata nak beli rumah ke kereta ke kebun ke apa ke, lantak dia lah. Sbb kita tak tahu kedudukan kewangan orang tu. Mana lah tahu dia ada harta peninggalan arwah ayah dia. Kebun kelapa sawit berekar ekar, ada simpanan kat ASB, pelaburan2 lain beratus ribu,  masuk saham itu ini, mak pak dia nak bantu dia ke. Kita bukannya kenal sgt latar belakang dia, yg tetiba kita susah hati pulak bila dia kata nak beli kereta baru. Siap nak suh dengar taklimat AKPK bagai kan. Haha. Kelakar. Tahu la dia nak uruskan kewangan dia. As long dia tak susahkan kita, lantak pi ke dia lah. Pelik kan, kadang2 kita ni nasihat orang macam kan tahu kita serba serbi perihal peribadi orang tu. Walhal yg duk serumah dengan dia pun tak tahu berapa simpanan yang orang tu ada. Tahu lah dia nak uruskan duit dia, rumah tangga dia *geleng kepala* - eh, macam ada orang nasihat kat aku camtu jew... upsss...upss...muahahaha.... 

So, sekarang Personal Loan hanya 10 tahun sahaja.
Rumah plak tak lebih 35 tahun (tak silap aku kalo dgn MOF mmg 30 tahun je. Ke sekarang dah 35tahun. Aku pun tak pasti yg tu sbb aku buat dgn MOF 30 tahun. Genap umo aku pencen sok. Huhu. Jauhhhh lagi tu)
kredit : Mstar



Wednesday, July 3, 2013

Tiada Duit Raya Baru?

Bank Negara kaji kurangkan pengeluaran wang kertas mulai Aidilfitri ini

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengkaji untuk mengurangkan pengeluaran wang kertas RM1 dan RM5 melalui beberapa fasa mulai Aidilfitri ini. 

Penolong Gabenor BNM, Norzila Abdul Aziz berkata, BNM akan mengitar semula wang kertas denominasi RM1 dan RM5 pada perayaan Aidilfitri bagi melestarikan sumber asli dan memulihara alam sekitar. 
"Setiap tahun BNM mencetak 500 juta keping wang kertas baharu untuk memenuhi permintaan sempena musim perayaan." 

"Bayangkan betapa banyaknya penggunaan dan pembaziran sumber negara yang telah berlaku yang sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lain," katanya pada sidang berita selepas melancarkan Majlis Pelancaran Kempen Amalan Hijau Penggunaan Wang Polimer Sesuai Untuk Edaran Semula di sini hari ini. 

Norzila berkata BNM akan mencetak 70 peratus wang kertas baharu RM1 dan mengitar semula 30 peratus wang kertas RM1 manakala bagi wang kertas RM5, BNM akan mengitar semula 60 peratus wang kertas RM5 dan mencetak 40 peratus wang kertas baharu RM5. 

Katanya wang polimer diperkenalkan pada 2004 bagi wang RM5 untuk meningkatkan daya tahan wang itu serta mengurangkan pembaziran dan kemudiannya diperkenalkan wang polimer RM1 pada 2012 apabila wang polimer RM5 terbukti berkesan. 

"BNM sudah mengeluarkan wang polimer RM1 dan RM5 di mana wang polimer ini lebih berkualiti serta tahan lama dan jangka hayatnya adalah antara dua hingga tiga kali lebih lama berbanding dengan wang kertas," katanya. 
Katanya wang polimer boleh terus diedarkan lebih lama berikutan keupayaannya mengekalkan keselamatan dan kualiti estetik sepanjang hayat penggunaannya. 

Menurutnya, orang ramai tidak perlu ragu-ragu menggunakan wang kertas yang sesuai sebagai "duit raya" kerana hanya wang berkualiti tinggi dikitar semula. 

"BNM akan memastikan wang kertas dan polimer yang mencukupi dalam semua denominasi untuk memenuhi permintaan musim perayaan ini." 

"Persatuan Bank-bank dalam Malaysia dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia akan menggalakkan dan membantu aktiviti kitar semula wang kertas dan polimer yang sesuai untuk edaran semula dengan mengeluarkannya melalui cawangan bank dan mesin wang automatik," katanya. - BERNAMA 

Kredit : Berita Harian.

*****
Mujo duit singgit baru ai byk lagi. Thn lps punya tak abis. Huhu. Lima hinggit pun ada. Seploh hinggit pun ada. Dah. Tahun ni takyah tuko duit raya.
Mesti ada yg komen kata "nak duit raya!". Boleh ajer.. Meh la dtg beraya rumah ai atau pun meh keja satu unit ngan ai (utk anak2 je la. Mak anak2 takde ler). Hikhik :>

Google

Wednesday, February 27, 2013

Dunia : Daging Kuda Pada Bebola Daging


STOCKHOLM - Daging kuda ditemui pada bebola daging yang dilabelkan sebagai daging lembu dan babi yang dijual di kedai rankaian perabot Ikea, lapor agensi berita AP semalam.

Pentadbiran Veterinar Negara Zcech menyatakan, daging kuda ditemui pada bebola daging beku yang diperbuat di Sweden dan dihantar ke Republik Czech untuk dijual di kedai-kedai Ikea.

Sejumlah 760 kilogram bebola daging itu dihalang daripada tiba di kedai tersebut untuk dijual.

Jurucakap IKEA, Ylva Magnusson menyatakan, bebola daging itu telah dihantar ke Slovakia, Hungary, Perancis, Britain, Portugal, Belanda, Belgium, Sepanyol, Itali, Greece, Cyprus dan Ireland.

Magnusson berkata, bebola daging itu ditarik penjualan di kedai-kedai Ikea di negara tersebut.

Sementara itu, pihak berkuasa di Denmark menyatakan, satu laporan polis akan dibuat selepas seorang penjual daging menjual daging kuda kepada kedai-kedai piza tempatan.

kedai-kedai piza itu ditipu kerana menganggap daging kuda tersebut sebagai daging lembu.

Ketua Penyiasat Pentadbiran Veterinar dan Makanan Denmark, Michael Rosenmark berkata, beberapa sampel telah diambil daripada daging piza yang dikeluarkan oleh Harby Slagterhus menunjukkan ia mengandungi campuran daging kuda, babi dan lembu.

Penjual di bandar Arhus itu mendakwa pihak restoran mengetahui produk tersebut mengandungi daging kuda.

Pihak berkuasa di seluruh Eropah mula melakukan ujian asid deoksiribonukleik secara rawak selepas menemui cam puran daging kuda dalam produk beku daging burger dan lasagne. - Agensi

Kredit : Kosmo

****
Adeh. Deh. Deh. Adakah kita dah termakan daging kuda? Termakan kuda takde masalah kot kan. Sebab kuda pun mmg lah halal. Tp cara 'menghalalkan' tu? Haha. Takde kut kat Ikea Msia nih. Harap2 begitu lah. Tp aku takde la fanatik fan pun ke meatball Ikea ni. Setakat ni baru 2x je aku makan. Pun aku rasa suka tu bkn sbb meatball itself. Aku sker sbb kuah dia tu. Itu pun takat 2,3 ketul buleh la masuk. 

Monday, January 21, 2013

UiTM Lendu Ada Hantu??

Wah. Nak tumpang tajuk panas jugek keww??
Haha. Eh. Kalo takde kaitan takde nyer nak sebuk2 kesah begini.
Dek kerana aku pun penah jadi warganegara UiTM Lendu tu, maka aku terasa nak menyibuk la juga.

Laju je citer ni bertebaran. Pastu ada gak yg share gmbr awek yg di claim student Lendu tu jugak, pastu ada gmbr org tgh menari ulik mayang kat blkg dia katanya. Entah. AKu perati takde pun. Tp aku tak la perati beria. Tak nak haku.. kang ternampak lelain menda plak. Langsung teringat2. Tetambah kalo duk sengsorang.

Cerita ini berlanjutan smpai ke akhbar2 utama pun. Kat paper mingguan katanya kes ini kes terpencil. Jangan duk risau. Ni member aku pun ada amik gmbr kat paper jugak. (Zizatul.. ai pinjam gmbr u ya..buleh?? hahahaha). Baca kat porem katanya antu tu selitkan nota juga ya. Eheh!


Glamer jap unibesiti tpt aku menuntut ilmu sepanjang 5 tahun. Tu kat main entrance tu dulu takde wakaf kecik tu. Dulu cam ada tembok je. Tpt hot spot amik gambau situ tu. Tak ketinggalan aku jugak lah. Haha.

Dulu masa zaman aku blaja situ manada kampus Bandaraya la apa la. Mmg seme pun kat 'Londu' tu lah. Masa diploma (1998-2000) aku duk hostel. Dari part 1 smpai la part 6 kat blok Balqis. Pastu masa degree duk kat kwsn perumahan dpn U tu. Jalan kaki je gi kelas. Part 4 (final sem) la bes sket. Kadang2 naik keta, sbb kitew ada boifren bawak kete masa itewww... aww.. (bila cakap boipren kena gedik2)

Masa dok kat hostel tu ada la dgr citer 'misteri' situ. Citer pasal 'perkampungan' di tasik tu lah. Kira area tasik tu mmg kawasan 'mereka' lah. Entah. Sejauh mana kebenarannya aku pun tak tahu. Alhamdulillah lah kerana aku tak diberikan 'rezeki' nak tgk 'mereka' ni. Tapi aku penah demam teruk. Tak mau baik2 smpai lah aku balik kampung and berubat cara kampung plak. And orang yg mengubat aku tu kata aku dah kena 'keteguran'. Itu pun taktau la sejauh mana kebenarannya kan. Tp aku suspect, aku demam n pening kepala tu sbb aku stress belajar kot. Masa tu mmg masa exam final pun. Berat sgt kepala nak pikir nak score exam segala kan. 

Then satu lagi kejadian, jadi kat room-mate. Dia mmg cam lemah semangat sket. Ada 'pengikut' pulak. Dan itu lah 1st time aku tgk kejadian org berkomunikasi dgn 'makhluk lain'. Dan aku harap itu lah last time. Huhu. Mmg gerun oh. Tp tidaklah terlalu scary cuma itulah, kita kena percaya ada makhluk lain juga wujud di bumi Allah ni.

Agaknya skrg ni musim exam, ramai yg stress itu yg jadi citer ni kut. Apa2 pun, aku harap derang kuat utk menghadapinya, walo apa pun benda tu. Banyakkan berdoa dan baca Yasin. Insyaallah.. oke lah tu. Aku dari dok hostel masa sekolah menengah smpai la skg pun, aku amalkan prinsip - jgn takut sangat, jgn berani sgt. Sederhana. Tapi mmg byk takut.. dari tak takut.. hikhik.

Tuesday, January 8, 2013

Melayari 'Facebook' Pada Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah


Ahad Januari 6, 2013
SPRM: Melayari 'Facebook' Pada Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah
Oleh R.S.N. MURALI dan LOSHANA K. SHAGAR

MELAKA: Penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melayari media sosial atau melibatkan diri dalam hal-hal peribadi semasa waktu bekerja boleh dikategorikan sebagai mempunyai rasuah komited, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sebagai contoh, jika seseorang menghabiskan tiga jam semasa beliau ditetapkan waktu bekerja untuk tugas-tugas peribadi, ia boleh disifatkan satu bentuk rasuah sebagai Kerajaan terpaksa membayar pekerja untuk menggunakan sepenuhnya tempoh bekerja untuk menyelesaikan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing, " kata SPRM Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Sutinah Sutan.

Ini juga digunakan kepada mereka yang melayari Facebook atau lain-lain bentuk media sosial, kerana tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai terpesong daripada spesifikasi kerja mereka, katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani ikrar integriti korporat oleh Kumpulan Melaka Berhad (KMB) di sebuah hotel di sini semalam.

KMB adalah agensi kerajaan negeri yang pertama untuk menandatangani ikrar yang bertujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah dan menegakkan prinsip anti-rasuah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam adalah tetamu kehormat pada majlis itu.

Sutinah berkata perbuatan terlibat dalam tugas-tugas peribadi semasa waktu bekerja boleh dianggap sebagai melanggar kontrak pekerjaan dan pesalah boleh menghadapi tindakan disiplin oleh lembaga tatatertib.

Nak baca penuh kat sini 

******
Smlm kat FB, Utusan minta kita komen berkenaan perkara ni.
Aku ada komen gak la. Haha. Saja la kan. Tp ramai la komen kata byk lagi menda lain yg boleh SPRM ni amik berat, selain dari isu camni.

Berdasarkan definisi 'apa itu rasuah' yg diambil dari laman web SPRM :

Apa itu Rasuah?

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:
Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]

Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]

Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]

Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]

So, skrg ni SPRM kata main facebook/laman sosial = rasuah
Oke la, apa yg ingin disampaikan adalah, kita guna time pejabat utk urusan peribadi, cam dah guna duit dijalan yang salah. Bila dijalan salah, cam rasuah jugak lah kata SPRM. Gitu lah kot. Aku pun takde masa nak kaji satu persatu seksyen2 yg disebutkan atas tu.


Haha. Ada ke orang tgk fb ke laman2 web lain ni smpai 3jam - pada waktu pejabat? I dunno. Aku akui, kengkadang aku pun tgk juga. Zaman smartphone ni, manade yg guna PC office dah wey..seme tgk kat tipon memasing je. Tp takde la tegak straight 3 jam. Itu kalo takde keja kat rumah buleh la. Dah sendat palaotak tu kat tpt keja tu, tgk la kejap. Tgk instagram kejap. Pastu dah lah. 

Ini juga berkaitan tanggungjawab. Bukan t.jawab sebagai pekerja saja. Tp sbg khalifah Allah. Kalo tau dosa pahala, tau lah sebab dan akibatnya. Dah mengkalo tau ada curik2 masa tu, jgn la pulak berkira sgt dgn kerja. Kerja lebih masa dlm 2,3 jam lebih tu, tak perlu la claim. Kut ada nak g outstation - g airport terpaksa naik kenderaan sendiri - takyah la claim. Walau tau, "timbangan"  tak dikira camtu, tapi at least, ada timbal balik. Takkan la nak jadi robot sepanjang 8 jam ni weh. Mau stress - takde dah time tu nak pakai inner peace ke hapa dah.

Byk lagi kut yg boleh dikategori secara direct ngan term rasuah ni. Dan byk lagi yg perlu dibenteras. Toksah duk rigid sgt bincangkan pasal ni. Kang tak memasal Msia jadi nombor 1 yg byk rasuah (yelah.. da semua org ada FB kut). Kalo kat tpt kerja pun dikatakan rasuah kalo tgk FB, kat rumah pun, para isteri ni kalo diikutkan rasuah juga la sbb FB bukan salah satu tjawab dalam rumahtangga. (T____T)

p/s : Nak senang block je seme laman sosial ni dari dpt dilayari oleh seme orang. Bukan takat block kat pejabat je. Block seme2 dgn line2 internet segala. Takde broadband, unifi ke hapa seme tu. Biar negara Malaysia tak perlu ada seme tu. Aman lagi kot. Muahahaha.

Tuesday, August 28, 2012

Edisi Keratan Akhbar : Wang Lesap, Kabinet Tak Siap

Sementara aiols ada majlis kat 'sekolah' ai, aiols tinggalkan uols dgn keratan akhbar ini.
Klik kalo nak tgk besar sket.
If tak napak juga, kena tgk paper Sabtu tu ari-pg27 kalo tak silap aku

Tak terkesima uolsss...

Nak nak aku yg tgh duk sakan nak buat mendalah ni.
Tpt aku buat tu pun mmg dia nak bayaran secara 3x bayaran.

40% as deposit.
Then 40% time dia dah nak pasang.
And last payment - 20% bila dah siap seme.

Ko igt aku confident nak kuarkan 40% yg pertama tu. Kalo kabinet ni rega rat rat je mmg tak rasa, tp celah mana nak dpt rega kabinet rat rat kan. Jadi, 1st payment pun risau btul rasanya nak transfer. Tp kalo tak transfer mampuih dia tak pasang kan. Tu pun aku bayo seminggu sebelum dia pasang. Lps tu payment kedua tu, dia dah dtg pasang sket baru aku bayar. Lagi 20% blum bayar sbb sehingga aku tulis ni, ada sedikit lagi wall kabinet ngan table top blum pasang. Da settle seme baru aku settlekan seme bayaran.

Kalo tgk nama sykt dlm paper tu, aku pun pernah terpikir nak g survey. Tp tak terpegi. Fuh...
Tu la, buat renovation ni pun bagaikan mempertaruhkan nasib juga kan.
Kalo nak buat renovation tu, sentiasalah berhati hati dan berdoa lah banyak2 dan minta pada Allah tunjukkan mana satu kontraktor yg perlu kita amik. Sbb bila kita dah amik byk2 quotation mmg kita rasa cam tatau nak amik mana satu. Tp berdoa berdoa berdoa, minta Allah tunjukkan, Insyaallah, nati bila nak buat keputusan, kita akan rasa tergerak je hati nak amik yg mana satu.
Cam aku tu ari, mmg ada rasa nak amik kontraktor melayu utk re-wiring, grill seme tu, tp ntah... rasa taknak amik. Lps tu dgr citer yg kontraktor tu sudah tarik diri dan dah tak buat dah rumah2 orang yg buat dgn dia. Tatau la terbengkalai ke apa. Aku pun dah tak napak kontraktor tu ada kat bawah tu dah. Awal2 tu dok ada je dia nak promote.

Entah ek, kadang kita nak tolong melayu, tp akhirnya begini lah. Apa pun, kadang, apa yg terjadi ada hikmah nya. Insyaallah. Allah menduga kerana Dia tahu kita mampu hadapinya :)

Friday, August 17, 2012

Yang Pergi, Yang Datang

Sedihnya bila dapat tahu baby Rini AF ni meninggal juga akhirnya.
Tak silap dalam 2,3 hari lepas aku ada baca yg anak dia kritikal dia akibat jatuh katil.
Lps tu masuk spital.
Dan hari ni, meninggal. Innalillah...
Sedihnya Ya Allah...
Dkt nak raya pula tu. Anak sulung pula tu. 
Tabah lah ya Rini, Allah menguji kita sesuai dengan keupayaan kita menghadapinya.
(sebenarnya aku taktau bila si Rini ni kawen pun. hihi. yelah.. da 'kertu' ni jarang2 dah baca pasal hiburan. Ni pun tau kat FB ja)
Cerita arwah anak Rini, ada kat 
kredit : sinar harian
Seterusnya, cerita dari artis AF juga. Farah dah selamat bersalin.
Baby perempuan juga. Tahniah utk Farah. Seronoknya ada baby...
Cerita dan gambar :
http://www.myartis.com/2012/08/farah-af2-timang-bayi-perempuan.html#more
http://www.gua.com.my/berita-artis/Farah_AF_Selamat_Lahirkan_Puteri_Sulungnya.html


Thursday, June 21, 2012

Mati Ditinggal Ibu


Kredit : myMetro

Dengar kat radio berita pasal ni masa on d way nak g kijer.
Lps tu trus jadi bahan perbualan kami berdua lah.

Ditinggalkan lebih 6 jam yer.. pelik btul.
Kalo difikir secara logik akal mmg rasa cam tak logik.
Takkan sanggup lak mak tinggalkan anak tanpa nak tgk semula.
Tapi.. tu lah kata orang... dah nak ajal kan.

Hurm.
Kalo ada kes cemni mesti kami yg TTC ni terpikir, kami susah2 nak dptkan anugerah tak terhingga tu, tp orang lain bila dah dpt, senang je cuai cuai kan. Tapi, mungkin si ibu pun ada reason tersendiri kan. Yang kita pun tatau. Takkan la seorang ibu gamak nak cuaikan anak kan. Wallahualam...

Wednesday, May 30, 2012

Tak Berapa Nak WW : Gaji Pembantu Tadbir


Kredit : Berita Harian

CEUPACS minta kaji gaji pembantu tadbir

Wah.... rezeki mereka lah tu. Dgn gaji skang ni pun para pembantu tadbir dah napak mewah dah. Siap ber Tab, ber Note, ber Pad (eh, len macam plak bunyinyer ber - Pad tu. Hihi) bagai.  Eh. Bkn nak dengki la.
Rezeki memasing.
Alhamdulillah.
Bersyukur apa yg ada, yg penting jangan besar kerak dari periuk sudah.

Ha, tu la orang suh keja kerajaan takmo. Gaji sket la apa la. Tgk, kerani pun dah buleh smpai gred 42 tau. Haa... apa lagi, cecepat la mintak keja kerajaan.
Ni ofis aku ada kosong ni. Tgh duk iklan tu. Dlm paper Mingguan Malaysia lepas ada iklannya. Nak jadikan aku 'kabel' meh la.. tp kabel aku, kabel gentian optik ja la.. tak besau.. hahahahahha!

Friday, May 25, 2012

Perlindungan Data Peribadi


Apakah data peribadi? Ia termasuk akaun bank, kad kredit dan juga hal-hal berhubung kesihatan, jenis darah, pola-pola DNA dan sejarah kesihatan seseorang. Berhubung kesihatan, ia dinamakan data peribadi khas.
Menerusi akta ini, undang-undang melindungi seseorang daripada dipermain atau disalahgunakan data mereka diperkenalkan. Misalnya, semasa berurusan dengan orang tertentu yang menggunakan data itu mengikut selera perniagaan mereka. Antaranya, data peribadi itu digunakan untuk urusan-urusan melibatkan 'online' terutama kredit kad.
Jika penyelewengan data peribadi berlaku, mangsa boleh membuat aduan kepada pesuruhjaya atau Jabatan Perlindungan Data untuk membolehkan siasatan dibuat.
"Jika siasatan didapati membuktikan kesalahan pelaku, maka hukuman denda atau pemenjaraan boleh dijatuhkan. Pemenjaraan melibatkan purata antara setahun hingga tiga tahun manakala denda sekitar RM50,000 ke RM300,000," kata beliau.

Oke. Harus pun seme orang ada history yg rasa data peribadi kita diceroboh. Selalunya yang cam ni lah 'cik, cik berminat tak nak amik insurans dengan kita, bla bla bla'. Dia akan cakap tanpa henti dan kita tak boleh nak mencelah walo sepatah pun. Last last kita kata 'takpe, saya tak berminat' dan dia salu akan hempas telefon atau bernada tidak puas hati. Sgt choi kan?
Dan kita plak lps jawab call tu mesti pelik 'cemana la plak dia dpt no phone aku ni?'

Kan..? Sgt annoying.
Aku terpanggil nak buat entry ni sbb smlm ptg dpt sms. 
Salam Cik Ida. I'm xxx. BTW, I m a property consultant. If u wish to sell ur property, I would like to get your consent (if u agree), to represent u selling ur property at XXXX (if u wish to SELL). Wish to meet u up.

Wah... siap tau nama aku tu. Aku belum masuk lagi umah tu chekkk... pijak umah tu pun belum dah ko nak propose suh aku jual.

Memula aku nak tnya konon2 cam berminat. Berapa rega umah tu. Tp aku tnya dulu dia dpt mana no aku, walo aku da agak sure la dari agent/developer umah tu.
Skali dia jawab "one of my friend gave me. It's my job anyway, as a real esate man" Oh My Englishhh.. ahahahaha.. tu mmg sebijik bijik aku tiru SMS dia. Esate ni utk Asset ke atau estate? Ahaha. Dpt je yg tu trus cam nak menyirap lak aku (bukan minum sirap kat kedai yeh). Cam good good je 'esate man' konon. It's my job anyway hangguk kau.. ko tau tak ko dah ceroboh hak peribadi aku. Suka suki nak propose. Saman kang! Tp ye lah... dia bukan paksa pun. Kan dia kata if u wish. Tp tetap tak suka.... nati bila dah masuk rumah lagi la byk agaknya msg yang 'real asate man' bagi. Hahaha.... Yer, rega umah aku tu pun mmg dah naik 100k pun dari rega aku beli *tgk kat mudah.my* Tu blum lagi kalo dah renovate bagai kan.

Aku jawab - ok.

Lagi la bagus, sendiri mengaku kan. Tu yg aku terus carik Akta Data Perlindungan Peribadi dan nak tau apa antara isi dia. Ye lah, selama ni mmg tau, lagi pun Jabatan Perlindungan Data Peribadi tu pun satu kementerian ngan aku gak. Tp tak penah nak amik tau sgt. So, skang aku nak tau apa menda sebenarnya, dan cena kita leh claim seseorang dah dpt data peribadi kita.
Tp kalo ikut kan no phone adalah data peribadi dan tak mustahil selain dari no phone termasuk gaji dan sebagainya boleh diberikan kpd 'asate man' tu. 
"Wajar ditegaskan APDP mengandungi tujuh prinsip ulung yang wajib dipatuhi di bawah Seksyen 5 (1) demi menjaga keutuhan data peribadi," kata Rais. 
Pertama, seseorang pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya. Pengertian proses di sini harus dimengertikan sebagai mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain. 
Kedua, mesti mematuhi prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan awalan dimaklumkan kepada subjek data berkenaan. 
Ketiga, ialah prinsip penzahiran tujuan data peribadi seseorang subjek itu demi mengenal pasti maksud yang baginya data peribadi itu hendak dizahirkan.  
Keempat, prinsip keselamatan - apabila memproses data peribadi mana-mana subjek, mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau tidak hilang atau diberikan kepada pihak-pihak berkenaan.
Kelima, prinsip penyimpanan: sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan di dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan. 
Keenam, prinsip integriti data - setiap data peribadi dipastikan supaya tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini menepati maksud sesuatu data itu disimpan dan diproses. 
Ketujuh, prinsip akses: seseorang hendaklah diberi hak akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seseorang pengguna data dan juga boleh membetulkan datanya itu supaya terkini.

Artikel kredit to : Utusan Malaysia

Tuesday, May 8, 2012

10 Tip Sebelum Bercuti

MELAKUKAN kajian kecil sebelum bercuti adalah hal penting yang kerap dilupakan.

Dengan mencari sedikit maklumat mengenai destinasi yang bakal dikunjungi, kita sebenarnya dapat mengetahui dan bersedia untuk menghadapi beberapa perkara sebelum ke ke sana. Ia juga bagi mengelak masalah yang akan dihadapi ketika bercuti terutama di luar negara.  (oh.. aku tak pernah lupa nak buat kajian kecil atau aku salu panggil riki riki. Jgn kata nak gi luar sket dr Malaysia ni, nak pegi PD pun aku rujuk blog2 lain. Nak tau tpt tu bes ke tak, easy access ke apa)

Bagaimanapun, ramai keliru mengenai keperluan diperlukan sebelum berangkat. Justeru, berikut ada 10 perkara penting yang wajib diketahui sebelum pergi bercuti. Ia mungkin membantu sekali gus menjadikan percutian anda berjalan lancar dan selesa. 

1. Ketahui sebanyak mungkin destinasi yang akan dikunjungi terutama tempat menarik di sana. Dengan itu, anda dapat menentukan tempat yang akan dilawati ketika sudah berada di sana (sudah tentu!)

2. Mengetahui keadaan cuaca di tempat yang akan dikunjungi adalah sangat penting. Dengan mengetahui keadaan cuacanya, anda boleh merancang perjalanan yang sesuai terutama mengenai pakaian selain ubat-ubatan yang perlu dibawa dan disediakan. (yerp. Kena selalu check cuaca kat jabatan meterologi negeri /negara yang nak pegi tu)

3. Adalah lebih baik juga anda cari tahu keadaan sosial politik tempat yang di tuju. Ia bagi memastikan anda tidak menghadapi masalah atau terjebak dengan sebarang nanti. (fuh. serius bunyinya ni. Tp aku pegi tpt2 yg takde pergolakan politik. Aje giler namanya kalo tetiba nak ke negara2 bergolak)

4. Pastikan pasport anda masih sah laku dan lebih daripada enam bulan. Ini kerana, sesetengah negara tidak mengizinkan pelancong memasuki negaranya jika tarikh luput pasportnya tinggal enam bulan. Negara kita sendiri tidak membenarkan kita meninggalkan negara jika sah laku pasport hanya tinggal enam bulan. (ini kena check. Jgn lupa. Sgt penting. Sat gi boleh kuar dari Malaysia, tetgk nak masuk negara yg kita nak pegi tu dah tak buleh, ada yg day trip je kang. Teheee)

5. Selain pasport, anda perlu mengetahui sama ada visa diperlukan atau tidak untuk memasuki negara yang di tuju (juga penting. Takat ni aku p negara yg guna passport je..huhu)

6. Pastikan sebarang dokumen yang diperlukan sepanjang percutian anda. Ia penting bagi memastikan percutian anda aman tanpa masalah. (dokumen : booking reservation, entah apa lagi. Tp yg penting utk aku adalah nota2 yg aku buat. Cam kat HK tu ari, nota2 tu sgt la membantu. Kalo tak sesat barat ntah kemana agaknya)

7. Cari maklumat mengenai penyambung plug yang digunakan di negara yang akan dikunjungi. Beberapa negara, plak yang digunakan adalah berbeza. Seperti contoh, di Indonesia, plak yang digunakan berkaki dua mana kala di Amerika Syarikat pula berkaki tiga. (iyer. Masa kat Indon, aku tak bawak sbb aku tak bawak gajet yg kuat 'makan' bateri. Dan luckily kat HK, plug sama ngan M'sia. So, better beli je travel adapter tu. Tak mahal pun. Tak bwk g travel nati pun boleh je guna kat umah)

Justeru, dengan maklumat itu, anda boleh bersedia dengan membawa penyambung plug antarabangsa yang boleh didapati di mana-mana kedai. 

8. Jika melancong seorang diri atau berkumpulan, tetapi tidak menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong, cari maklumat mengenai kos pengangkutan awam tempatan. Dengan itu, anda boleh merancang kos perjalanan anda dengan baik. Jangan lupa memastikan bayaran teksi atau apa-apa pengangkutan secara pajak dan tip yang biasa di sana. (pun penting. Masa buat nota2 utk perjalanan tu, tuliskan skali kos sekiranya tau)

9. Mengetahui nilai tukaran wang asing penting. Ia bagi membolehkan anda merancang perbelanjaan sepanjang percutian. Jangan nanti, belanja anda tidak cukup di sana. Ia pasti akan menyusahkan dan membuatkan percutian anda kelam kabut. (ahah. Biasanya mmg bajet lebih la. Bkn per, takut tak cukup. Huhu. Tp kalo tak cukup, guna je la kad kredit. Kui kui kui.. - oke, not good..not good)

10. Satu lagi yang perlu anda ketahui ialah hari cuti umum di tempat yang dituju. Ini kerana, jika sepanjang anda bercuti, negara itu cuti umum, pastinya pejabat akan ditutup. (bukan je pejabat tutup, tpt2 menarik pun harus la org ramai sbb derang pun bercuti. Contoh kalo naik menda2 kat theme park sure kena beratur panjang)

Ia boleh memberi masalah jika anda perlu membuat urusan rasmi membabitkan pejabat perkhidmatan awam terutama bank.

Kredit : Metro

Wednesday, April 18, 2012

Berita Kemalangan Rakan Seofis


Kemalangan Maut: Suami Lihat Isteri Digilis Lori

Kredit : Mynewshub

Lagi berita dan gambar :
http://ondscene.my/kemalangan/isteri-maut-digilis#more-21745

Dari Facebook PolisKL pun, Polis sedang cari kenderaan yang melanggar arwah.
Mohon sharekan link FB Polis KL ni ya - Hebahan Maklumat Kemalangan
Supaya Polis dpt cari kenderaan yang melanggar tu.

Update : Ada gak berita dalam Utusan Malaysia hari. Front page gmbr arwah Hana. Sebaknya..

Berita : Utusan
Dan di Kosmo
****
Sedih bila baca berita ni.
Bagaimana perasaan seorang suami yg lihat isteri digilis. Ya Allah..semoga Ridzwan tabah. Aku mmg rapat la dgn Wan ni. Dia masuk keja dulu, trus keja satu unit dgn aku. Tp dlm 2 thn ke 3 thn, kami tukar unit. 
Lebih sedih bila mengenangkan anak keduanya yang genap seminggu nak masuk umur setahun.
Ada citer kelahiran anak keduanya kat blog department derang - blog kewangan kraf

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Dan Wan tabah menghadapi segala dugaan ini dengan 2 cahaya mata comel peninggalan arwah....

Wednesday, April 11, 2012

Bersih Apa Lagi Ni?

Ni kompem la ni aku tak bleh pegi Pesta Buku 28hb tu. Harus la jalan tutup sana sini.
Choi tau.. mujo ada 1hb Mei tu.
Kut tak... tercipta sejarah tahun ni tak pegi Pesta Buku.

Tak buat tak buleh ke? Apa lagi nak bersihnya? Hadoiii....

*eh, tetiba ada iklan MAS gi HK plak. Eh. Bes dah rega tu. Tp aku dulu dpt lagi bes. Sbb masa tu MAS lum buat fuel surcharge. Hihi :>

Saturday, March 24, 2012

Bawa Aku Pergi, Pacu Laju-Laju

Terlambat pula aku nak publishkan citer ni. Tp takpe lah.
Kredit : Sinar Harian.
Rata-rata da sedia maklum ngan citer ni. Macam-macam hal. Dlm pada tu bleh plak berdedai dedai citer cam ni. Lari Rumah - Culik.

Bleh la camtu kan. Kenapa la byk sgt kes camni. Takkan kerana lagu ni plak kut.

Bawa aku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari realiti
bawa aku pergi, pacu laju lagi, malah kita tak perlu kembali


tengah malam nanti, tolong jangan lupa, jangan mungkir janji
aku dah teruja, sudah cukup lama, aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama, tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa


oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

*aduhai.... kalo tgk bait bait lirik lagu ni mmg menakutkan. Tp lagu adalah sekadar hiburan kan. Yang penting hati kita. Kalo elok hati ni, baiklah jadinya.
Apa pun, buku merah aku jugak yg nak dah nak tamat tempoh nih. Cemana nak pacu laju-laju neh.