Monday, August 1, 2011

~Artikel Ramadhan : Pemimpin Dalam Islam~

kredit : i luv islam
Ciri-Ciri Pemimpin Islam

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa pemimpin suatu kelompok adalah pelayan kelompok tersebut. Oleh kerana itu, pemimpin hendaklah melayani dan menolong orang lain untuk maju. Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

   1. Setia - Pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah.

   2. Tujuan - Pemimpin melihat tujuan organisasi bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.

   3. Berpegang pada Syariat dan Akhlak Islam - Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan golongan oposisi atau orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.

   4. Pembawa Amanah - Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Qur’an memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya sebagaimana Firman Allah SWT:
“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Bacaan selanjutnya : Iluvislam

***
Insyaallah, pada bulan puasa ni, setiap hari aku akan cuba utk letak satu artikel berbentuk keagamaan. Moga diri ini dan kawan-kawan yang membaca juga akan mendapat manfaat. Insyaallah.

6 comments:

eima said...

bagus2 ... mudahan kami pun leh dpt keberkatan

ChentaHati said...

cik stoberi... selamat berpuasa. semoga keberkatan dan rahmatNya sentiasa bersama...

Anum said...

sis selamat berpuasa

puanstoberi said...

eima :

Insyaallah... :))

CH :

Selamat berpuasa utk CH jugak..:)

ANUM :

Slamat..selamat berpuasa :D

Aida Tamrim said...

Salam 1 Ramadhan sis ! ^^

Bagus3 .. Teruskan usaha murni anda .. I LIKE ..

puanstoberi said...

ADIA :

Tenkiu sbb like dan menyokong usaha ini. Moga dpt dikumpulkan 30 artikel utk bln Ramadhan ni.