Wednesday, August 3, 2011

~Artikel Ramadhan 3 : Bersangka Baik~

Bersangka baik mampu perteguhkan perpaduan sesama Islam
Oleh Mohd Adid Ab Rahman


HUBUNGAN baik sesama manusia perlu dibina dengan penuh keinsafan dan rasa kasih sayang selari pesan agama. Dengan itu, akan terbentuklah suasana perpaduan serta persaudaraan yang bermakna dan mengagumkan sesiapa saja.

Hidup masyarakat dengan semangat perpaduan pasti diselubungi kebahagiaan, kedamaian serta dirahmati Allah SWT. Bertepatan ketetapan Islam bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa, budaya dan taraf sosial.

Firman Allah yang bermaksud: Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Segala bentuk perbuatan, sikap dan sifat memperteguhkan persaudaraan haruslah dibudayakan serta dikekalkan sementara perkara negatif yang boleh menggugat persaudaraan hendaklah dijauhkan.

Satu sifat dapat menjamin hubungan baik ialah bersangka baik. Jika ini diamalkan, jalinan persaudaraan dan perpaduan sesama mukmin menjadi lebih mantap, pastinya kekeruhan dapat dielakkan.

Firman Allah yang bermaksud: Hai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaan yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Surah al-Hujuraat, ayat 6)

Satu hal yang menarik apabila seseorang berbaik sangka, jiwanya akan tenteram kerana tiada sifat iri hati atau dengki yang pasti mengundang kemurkaan Allah. Islam melarang orang mukmin bersangka buruk kerana boleh meruntuhkan persaudaraan.

Allah berfirman yang bermaksud: Hai orang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), kerana daripada purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Saidina Umar Al-Khattab menegaskan: Janganlah kamu menyangka dengan satu kata pun yang keluar dari seorang saudaramu yang mukmin kecuali dengan kebaikan yang engkau dapatkan bahawa kata-kata itu mengandung kebaikan.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: Jauhilah prasangka itu, sebab prasangka itu pembicaraan yang paling dusta. (Hadis Muttafaqun Alaih)

Buruk sangka menyebabkan terciptanya dosa seperti bohong, benci, dengki, marah dan sifat tercela lain.

Rasulullah SAW memberi peringatan tegas yang bermaksud: Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seorang benar dan selalu memilih kebenaran, dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Hati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta, dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. (Hadis riwayat Bukhari)

Persaudaraan dan perpaduan akan sentiasa wujud apabila kita menonjolkan identiti umat Islam yang indah dan menarik. Jika gemar berburuk sangka, maka segeralah bertaubat kepada Allah. Ingatlah, ketenteraman akan terhasil dengan adanya perpaduan.

Kredit : berita harian - 2010/09/30

Tuesday, August 2, 2011

~Pasal Moving Checklist~

Puasa2 ni takde byk sgt citer nak diciter kan.
Maleh aku nak up citer masak2 buka puasa smlm.
Takat masak ikan sumbat yg da tersilap belah ikut depan dek org Tesco tu, dan dpt disiapkan dlm masa setengah jam bersama sup sawi pecah telur, takde apa yg menarik sgt. Bosan!
Tp tatau la sok sok ada citer camtu. Maafkan kami penunggu gua je la kalo ada citer camtu nati. Bahahhaa.

Oke. Skang kita citer berkaitan pindah rumah (yg entah bila aku nak pindah tah).
Kalo baca luar negara punya web mmg syok. Siap gitau checklist pindah la, apa la.
Nati aku share share kan bersama.
Dan paling bes idea2 utk house warming.
Ailoike la sbb kalo nak tggu baby shower lagi entah bila tahun kan.

Mansion atas kayangan aku tu da siap. Bleh katakan da hampir 100%. MOF pun da bayar 75% dah. Kalo sapa lalu ikut DUKE tu leh napak la umah tu.
Kalo ikutkan lps ni ada satu stage je lagi sblm masuk umah iaitu siapkan jalan. Deposit air letrik pun aku da settlekan retu.
Mean nati da masuk umah ada baki 20% yg akan disettle kan (tp siap tak siap aku da kena start bayar Okt ni. Itu jgn lupa)

Takpe la. Masa aku gi opis developer tu ari dia kata ujung thn, Insyaallah leh masuk. Sbb lps seme settle deposit utiliti tu, derang nak dptkan CF je la.  Jadi, sila ber sabo yer che puan stoberi. (",)

Jadi mari kita tgk dulu checklist sblm nak pindah.

Six to eight weeks before your move
  •  Set up a moving file or notebook to keep all of your moving information in one place - ni da ada. Dari aku start beli dan buat loan, ada dah notebook ni. Segala info aku buh dlm tu termasuk list org wat KC, list org wat wardrobe, kedai furniture, kedai karpet bla bla bla,
  •  Make a moving decision. Will you hire a moving company or move yourself? - harus la hire moving company.  Takkan muat keta stoberi aku nak usung seme barang. Tp nyer amik comp. yg salu opis aku hire je. My dear pun da tnya retu. Settle bab nih.
  •  If you are hiring a moving service, research and hire a moving company. - ni mcm kat atas tu la.
  •  If you are making a long-distance move, check to see if there are any special considerations you need to make, such as arranging for auto shipping. - wah..shipping bagai. Ni tak berkaitan. Aku pindah tak smpai 10km pun. Bahahaha.
  • Calculate the costs of your move and set up a moving budget. - oleh kerana aku pindah umah yg guna loan kerajaan aku leh claim. Berapa aku tak pasti plak - refer  http://www.treasury.gov.my/pekeliling/pp/pp041995.pdf 
  • Do some research on the area you will be moving to and research local schools and community resources - da riki2 gak la mana masjid, surau, sekolah seme.
  • Check your current apartment lease to see how much notice you need to give to move out - skan aku duk umah akak ipar aku kekdahnya. Takyah notice bagai la kan. Huhu.
  • Find out if your move is tax deductible - eh. apa ni?? takde kaitan. Nexttt...
  • Finalize move in-details with your new apartment. Ask if there are any move-in regulations or special parking arrangements you have to make for moving day - oke. da dkt2 nati baru tanya.
  • Find new care providers for you and your family (doctors, child care, etc.). Transfer any school or medical records - oh. yg penting adalah nursery/daycare. Walo tak pregnant lagi, tp persediaan awal katanya. Huhu.
  • Contact your insurance company to arrange for renter’s insurance at your new apartment and set a date to cancel your current policy after you move out - loan adalah bersekali dengan insurans umah. Insurans2 lain akan dipikirkan.
  • Make a list of who to notify about your move and when. This list should include friends, creditors, doctors, schools, your current and former employers, and  professional organizations to which you belong - ya la..nati kena tukar alamat la.
  • Start gathering moving supplies and moving boxes - sapa ada kotak lebih, sila antar ke saya ya.
  • Start thinking about how you will arrange your furniture in your new floor plan - itu lah sebabnya aku beli kupon milkadeal dari Desigva ni.
  • Give notice to your current apartment - skang pun akak ipar aku da notice. Gi pun nati nak suh beliau yg wat langsir kan. Notis nak mintak tolong buat langsir ada la kot. Hihi.

Sebenarnya pjg jela jela lagi citer ni.
Leh baca utk seronok seronok kat sini - 
http://www.movingtoday.com/apartment-guide-moving-checklist/

Harap jgn muntah beluek la baca pasai umah2 ni yer. Aku igt bulan puasa ni maleh nak bebel ntah hapa hapa.  Nak carik info pasal umah je. Carik artikel, tepek sini dan kreditkan je. Harap2 dpt la tertunai yer. Huhu.

~Artikel Ramadhan 2 : Jauhi Hasad Dengki~

SALAH satu sifat terkeji ialah perasaan iri hati dan dengki. Dengki ertinya perasaan tidak senang terhadap orang yang mendapat nikmat dan sebaliknya merasa senang melihat orang kehilangan nikmat itu.

Orang yang mengharapkan hilangnya nikmat pada orang lain, adalah orang yang terkena penyakit yang bahaya yang dikhuatirkan akan menimpa masyarakat sehingga masyarakat tidak mampu bekerja dengan baik dan tenang. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:

"Dan tidak berkumpul di dalam hati seorang hamba rasa iman dan iri hati." (Riwayat al-Baihaqi).

Dan dalam hadis yang lain baginda bersabda yang tafsirnya:

"Hindarilah oleh kamu daripada hasad (dengki) kerana hasad itu memakan segala amal kebajikan bagaikan api memakan kayu." (Riwayat Abu Daud).

Adapun orang yang membenci orang-orang yang mendapat nikmat dan mengharapkan terhalangnya nikmat itu kepada mereka, di waktu pagi atau petang adalah orang itu telah disesatkan oleh pelbagai macam kegelapan sehingga dia tidak mengetahui hakikat hidup sebenarnya kerana hatinya telah dipenuhi dan dirasuk oleh perasaan hasad.

Allah subhanahu wataala telah berfirman di dalam al-Quran yang tafsirnya:

"Hai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan limpah rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan." (Surah Yunus : 57 - 58).

Sebagai orang yang mengaku dirinya beragama Islam dan beriman kepada Allah, kita harus mengetahui dan mengakui hakikat bahawa nikmat itu adalah anugerah Allah. Jika kita ingin berhasil dan berjaya seperti orang lain yang berhasil dan berjaya, hendaknyalah kita berpindah pandangan kepada Allah subhanahu wataala, meminta kurnia dan rahmat dari-Nya, kerana gudang-gudang nikmat dan rahmat-Nya bukan untuk dimonopoli oleh seorang hamba sahaja tetapi adalah untuk semua makhluk-Nya. Seterusnya kita harus memulai setiap usaha dengan doa dan usaha yang padu. Nabi Sulaiman alaihissalam telah meminta kurnia dan rahmat Allah subhanahu wataala dengan berdoa seperti yang terdapat di dalam al-Quran yang tafsirnya:

"Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi." (Surah Shaad : 35).

Kita sebagai kaum muslimin hendaklah selalu berdoa agar kita dan keturunan kita memperoleh ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup mencari anugerah Allah dengan melalui usaha dan ikhtiar yang merupakan perkara yang wajar, bukan dengan sikap iri hati dan dengki. Sedangkan cita-cita seseorang yang ingin sama orang lain; memiliki kenikmatan seperti yang dimiliki orang lain adalah wajar. Dalam hal ini Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah menunjukkan sesuatu yang patut ditempuh dengan cara berlumba-lumba mencari dan mendapatkan kurnia Allah sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

"Tidak boleh iri hati kecuali dalam dua perkara: 1. Seorang yang diberi oleh Allah subhanahu wataala nikmat harta kekayaan lalu dipergunakannya untuk mempertahankan hak (kebenaran). 2. Seorang yang diberi oleh Allah nikmat ilmu hikmat lalu dipergunakannya dan diajarkannya." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Kredit :
http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=27603

Monday, August 1, 2011

~Pasal Nak Masak Apa Oi?~

Awal2 puasa. 
Sebok2 carik resepi.
Esok2 da nak abis puasa. Mmg malas la jadinya.

Tp aku mmg target nak masak je hehari.
Walo pun satu lauk.
Sbb.... saja. Takde sebab.
Rasa mcm kalo pi bazar ramadhan tu tatau apa nak beli, baik aku masak. Dan aku stress tgk ramai2 kat bazar Ramadhan. Ye begitu.
Walo aku terkejar2 la nak nyampai ke umah.
Tatau cena keadaan, tp reni aku rasa kul 6 gak la paling awal aku menyampai ke umah.
Apa bleh dimasak dlm masa sejam?
Bleh kut takat 1,2 menda.
Selain tu tak bleh.

Skang ni nak carik resepi kuih2 yg simple simple.
Pening dah aku  nak carik nih.
Utk buka puasa wif my family in law nati.
Biasa nyer wat cam potluck lah. Ada bawak memasing nyer makanan.
Last year aku bawak puding jagung. Tk byk, tp cam tak abis je aku nengoknya.
Abis?? Apa je aku nak masak oi??

Aku igt beli karipap frozen je lah. 6 bijik cukup kut. Haha. Kedekut.
Wes. Ini bkn masalah kedekut ke tak, nati tak abis sbb da byk sgt makanan kan.
Dan lagi nati mcm kecik ati kalo makanan yg kita buat/bawak tu tak abis.
Nak beli pun, apa je? murtabak?
Sure ramai yg bawak.

Susah2 sgt aku bawak diri ja.
Lalallaala.

Jadi, jemput minum ini berbuka puasa nati.

~Artikel Ramadhan : Pemimpin Dalam Islam~

kredit : i luv islam
Ciri-Ciri Pemimpin Islam

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa pemimpin suatu kelompok adalah pelayan kelompok tersebut. Oleh kerana itu, pemimpin hendaklah melayani dan menolong orang lain untuk maju. Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

   1. Setia - Pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah.

   2. Tujuan - Pemimpin melihat tujuan organisasi bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.

   3. Berpegang pada Syariat dan Akhlak Islam - Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan golongan oposisi atau orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.

   4. Pembawa Amanah - Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Qur’an memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya sebagaimana Firman Allah SWT:
“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Bacaan selanjutnya : Iluvislam

***
Insyaallah, pada bulan puasa ni, setiap hari aku akan cuba utk letak satu artikel berbentuk keagamaan. Moga diri ini dan kawan-kawan yang membaca juga akan mendapat manfaat. Insyaallah.