Showing posts with label kitchen. Show all posts
Showing posts with label kitchen. Show all posts

Saturday, January 11, 2014

Sharing Is Caring : Mengemas Peti Ais

11 Januari 2014/9 Rabiulawal 1435


Mari mengemas peti ais.
Mungkin ada idea yg boleh diguna pakai untuk kegunaan kita :)


kredit : Here

kredit : Here



kredit : Here

Saturday, October 5, 2013

Berhati Hati Memilih Kontraktor Kitchen Cabinet

Siapa yang tak mahu dapur kelihatan cantik berseri kan camni kan

mencari kontraktor kabinet dapur
IntechKitchen.

Esp kita yg perempuan ni.
Dapur aku skrg, walau pun tidak la secantik mana, tp aku puas hati. Rasa bes je nak memasak walau pun sekangkang kera cuma keluasannya. Tak kesah la, asal hajat dah tercapai (walau sedih takde bottle rack - alasan kontraktor, tak muat dah.. sobsss). Cuma, tak puas hati, penuh atas top tu. Cemna nak susun pun aku tak reti dah. Apsal tgk dalam majalah apartment, majalah dapur ke top derang kemas takde barang? Aku punya.. haihh.. mujo guna induction cooker, bole la buat tpt potong sayur.. if not... kena potong kat meja makan pulak...

Dalam memuaskan susun atur dapur, Kitchen Cabinet (KC) salah satu item wajib ada. Rasa cam semua orang pun akan buat KC nih bila masuk rumah baru. Aku pun samooo... tak kira lah cemna pun, KC wajibbb.. kuasa aku nak beli almari sementara ke apa. KC ni sama cam grille lah. Kena ada... 

Tapi dalam mencari kontraktor mmg bukan kerja mudah.
Aku pun nun melantun smpai ke Seri Kembangan. Haha. Jauh oi.. cam kan kat KL dah takde org nak buat KC nih. Haha. Nun smpai ke Kajang pun aku riki. Tu segala HomeDeco, Homedec, apa segala fair tu mmg aku pergi. Smpai kenal org2 sales tu.Ye lah, pusing2 pun orang tu jugak. Demi nak mencari hasil dan pilihan terbaik. Tp yg biasa promo kat fair tu pun tengok jugak. Kadang ada murah, kadang ada mahal. Dan kena tgk waktu derang buat promotion. Luckily, masa aku buat, dapat promo murah utk top jenis granite. So, terus grab. Alah, kan dapo sekangkang kera, bule la buat granite. Cuba kalo dapur berbelas2 kaki cam rumah teres, mmg tak la kan.. tahap belas2 ribu plak hanya utk dapur. Memang tak mampu la mak hincik... 

Sykt aku buat ni pun tak la best sgt. Tapi oke la. Cepat juga dia buat.
Cuma, ada la sesket yg rasa cam tak puas hati. Jadi, kita report balik, then dia betulkan. Lelain oke. Takde la major yg tak puas hati.

Tapi, bila aku terbaca blog ni - kabinet dapur hancur
Memang aku rasa kesian kat orang tu.

Jahat betul lah ada orang camtu.
Kita ni kadang mmg nak tolong 'orang kita' tapi, orang kita tu pulak mainkan kita nih.
Cemna lah kan.

Sama la kes area rumah aku tu. Memula kiterang mmg ada di propose oleh kontraktor 'orang kita'. Memacam dia boleh buat. Nak hack dapur lah, boleh buat bilik air cam hotel lah. Kebetulan sebelah rumah aku pun, amik dia. Tapi tak la hack bagai. Yg simple reno la kot. Cam wiring, grille tu seme. Cuma, dek kerana dia quote agak tinggi berbanding bukan orang kita, maka, kita amik la yg murah. Ha, jgn kata aku takmo tolong orang kita. Tp cam aku cakap tu lah. Dalam kita nak menolong tu lah dia amik kesempatan. Kerja tak selesai. Kontraktor rumah aku kata - dia dah hilang entah kemana. Sudahnya kontraktor aku tu yg siapkan kerja dia. Kesiannya.

Yg kabinet hancur tu pun kerja orang kita lah.
Kenapa lah camtu. Aku tak kata semua kontraktor orang kita macam tu. Tp sebabkan ada nila setitik ni lah, yg akan jadi rosak susu sebelanga.
Hari tu, baca dalam paper pun ada kes camni. Siap buat tuntutan tribunal. Orang kita jugak.

Dari itu, berhati hati lah dalam memilih kontraktor.
Survey blog2 orang sbb biasanya ada review yg betul dari owner.
Survey juga dari forum2. 
Bukan senang kita nak keluarkan duit, tapi ada orang yg sesenang nak amik duit kita.

Monday, October 29, 2012

Info Kitchen Cabinet n Wardrobe

Lama aku pikir nak letak ke tak entry cemgini.
Sbb pikir, nati ada lak kata saja nak menunjuk.
Tapi.. rasanya menda ni perlu gak share supaya orang lain senang nak dpt info.
Sbb aku retu pun masa riki2 mendalah ni seme, aku tgk blog orang and dari situ aku tau la serba sedikit perihal KC yg mana sebelum ni aku tak penah amik tahu. 
Jadi, harapnya jangan ada tersilap tafsir dengan entry.
Hanya utk perkongsian dan maklumat pada sesapa yg mencari :)

Oke. Info berkaitan KC atau Kitchen Kabinet
Base Unit : 3G
Wall Unit : 3G (6ft full height - tinggi mmg sampai ke siling)
Table top material : Quartz - 8ft (material ni biasanya boleh pilih dari jenis melamine, granite, solid surface n quartz. Aku amik quartz sbb time ni kedai aku amik tu tgh buat promo. Kalo tak... tak kemampuan jugak. Huhu)
Syarikat : Everskill Design, Seri Kembangan

My dapur is so small. Mmg takde la nak buat smpai 10kaki lebar. Nak buat U shape pun tak boleh. Tp aku ada tgk design orang buat U shape. Itu mmg sorang je la muat dlm dapur tu gaknya. 
So, ini lah dia.
Sebelum tebuk tpt letak hob
Selepas tebuk tpt letak hob
Ini la yg aku cam bengap sket ni. Dah tau nati hob ada wire, aku leh tak terpikir nak letak lubang utk wire. So, cemana nak sambung kat point tu. Sudahnya 2kali kerja. Melayang satus sengah utk buat satu lagi plug point kat dalam kabinet. Ceh!

Ni masa baru masuk pindah.


Skang byk dah bertukar. Tpt letak mug tu dah ubah tpt lain sbb aku dah letak bekas beras tupperware kat situ. Then ada letak jugak microwave belah hujung yg ada rice cooker tu. Tak muat rice cooker kat situ. Nyampah.  
Tp Coway maintain situ lah sbb dia kena pakai plug point.
Kabinet tu pun sebenarnya dah sendat mendat dah. Satu bahagian dah letak tupperware (gmbr ulang tayang lagik).

Bawah dia aku letak makanan2 cam junkfood, tea segala tu. Atas hood tu ada barang2 adiah kawen yg aku masih tak guna. Paling hujung plak letak makanan kering cam laksa, bihun. Dah habis penuh. Kabinet bawah tu ada pinggan mangkuk. Tu pun tak muatttt... grrr...

Utk hood n hob aku guna Fujihome. Nati nak gi Ikea, nak beli cermin yang ada design2 tu, nak tempek kat dinding hob tu. Sesuai ke tak? Tgk dapur Fasha Sandha dia buat camtu. Haha. *tetiba!


Sempit wes atas table top ni. Nak masak nasik pun tak muat. Nak potong2 sayur pun sempit. Tp mujo buh induction hob, so, nak prepare bahan2 nak masak, letak je sokkaba atas tu. 

Mengapa colour kelabu, bukan merah spti orang selalu buat atau green lime ke.
Sbb dapur aku sukati nak buh kaler apa. Haha.
Oke, sbbnya memula aku nak buat kaler purple! Hah, kau.. lps tu cina kontraktor tu kata nati cpt jemu. Ye jugak kan. Ko ingat sesenang nak tukau kaler gitu. Merah?? Biasa tu... ramai sgt dah buat. Lagipun, tetiba kaler merah. So, amik grey. Senang mix n match ngan apa kaler pun. Lagipun fridge aku mmg kaler grey. 

Utk built-in wardrobe yang aku letak kat master bedroom.

Anti-jump sliding door (3 doors) - 8ft (full height juga smpai siling, atas swing door, ada 3 compartment jugak). Dia letak skali make-up hanging table with mirror kat beam.
Syarikat : Juga dari Everskill Design.

Pink karer.. haha. sebenar yg ini aku nak buat purple. Tp udah dinding bilik aku ter kaler cam pink2 sket, jadi terpaksa amik kaler pink.

Exact harga tak letak pun takpe kan. Tp kalo nak tau bajet, range utk KC n built-in wardrobe yg aku buat ni dalam 8k++, tak smpai 10k. Sbb dapur ai kecik je. Tp kalo ada apa2 detail nak tanya, just emel atau drop komen beserta emel, nati saya reply ye.

Monday, July 23, 2012

KSU Reno : Hood n Hob

Oke, sebelum ini bercerita perihal chipboard. Itu adalah salah satu material yg ada pada Kitchen Cabinet. Skang nak cerita Hood n Hob (HnH). 
Woho. Ini memeningkan kepala. Sangat!. 
Susah betul nak buat pilihan. As I dah nak lantik kontraktor utk buat KC, maka kena dptkan jugak HnH ni.

Memula kita tgk perihal hob.
Ini agak merungsingkan bila nak pilih gas atau pun induction/seramic. Tp dlm pikiran ni mmg dah decide la nak apa kan. Mmg survey la sana sini. Tanya orang sana sini. Yelah, nak tau review bukan dari salesman, baik trus pada end-user. So, dah buat keputusan.

Seterusnya tgk hood pula.
Kalo pegi fair yg ada jual kitchen appliances ni, bila kita nak survey induction cooker, ada yg kata induction tak perlu guna hood sbb dia kawal penggunaan minyak n tak byk asap. Haha. Logical thinking je lah. Masa dia tunjuk demo tu pun dah berasap. Lagi2 plak rumah takde tanah kan. Kang merebak bau habis satu kawasan tu. Tu tak kata lagi yg tgh tgk tv pun terbatuk2 time kita menumis. Habis kang melekat bau kat langsir bagai. Kuasa la kan. Esuk bila dah takde  Bila da ada hob, beli je lah hood skali.

Utk hood ni plak ada 2 pilihan. Recycling or ventilating. Kita tgk ventilating dulu. Ventilating ni dia ada hose yg dipasang utk menyedut asap. Kira dapur kena tebuk lubang (ducting). In which, recycling tak perlu nak ada hose, ducting bagai. Dia sedut asap guna filter yg dipanggil charcoal filter. Filter ini kena tukar setiap 3-4 bulan, tgk ke'rajinan' kita masak lah.
Yang ni juga memeningkan. Setgh rumah tak bertanah ni, JMB dia tak bagi utk sesuka hati men'ducting'. Maka, ndak tak ndak, mmg kena guna yg recycle, tetapi, rumah aku ni aku belum pasti buleh atau tak. Masa inspection aku dah tanya. Tp orang yg buat inspection macam tak faham. Tp aku rasa boleh.
Masalahnya sekarang, aku rasa cam taknak pula buat ducting tu.
Image : google
Memang hose tu boleh 'disorokkan' dalam cabinet. Tp itu lah masalahnya. Menda tu je nati akan makan ruang dalam kabinet. Udah la aku nak limitkan penggunaan cabinet tu. Dtg plak mendalah tu. Besar tak besar la. Std saiz dlm 6inci diameternya. Kalo rendahkan kabinet, letak hose tu atas kabinet, lagi aku tak sker. Geli plak aku tgk ada menda menjalar atas tu. Yer, aku sudah terpikir lain.

Sebenarnya kalo pakai ducting ini, kuasa suction hood ini lagi bagus berbanding filter itu. Pulak tu, filter tu perlu ditukar selalu. Kalo tak....merasa la semuanya melekat atas filter tu.  Minyak segala. Tp yg bes sbb tukar terus filter tu. Takyah nak cuci2 bagai. Kotor tukar. Filter tu pun tak smpai seratus. Puluh2 gitu ja.

Dapur camni kemas.
Google
Sesudah tahu hob apa kita nak, jenis hood cemna yg diperlukan, lagi memeningkan kepala adalah brand. Lagi di goggle lagi memacam brand kita tau. Nak survey dari satu kedai ke satu kedai lagi penat. Memula aku dah tersuka Teka. Selain dari tu, sker gak Rubine. Tp boleh gak tgk Rinnai, Tuscani, Fotile, Elba bla bla bla.. banyak ah.

Yang ni mmg susah. Tp sbb aku perlukan mendalah ni sblm aku buat KC, maka masa gi Modern Home tu hari aku beli dah. Dpt good price jugak la sbb aku dah survey sedari awal. Pakej hood n hob. Bayar deposit dulu lah. Bila KC da nak siap baru call utk install kedua dua mendalah tu. 
Tapi... sehingga kini, aku tak decide either ventilation or recycle yg hood tu. Seme pun barang rumah ni seme pun ada dua pilihan. Haih.


*minggu ni perlu jugak lantik seme kontraktor. Kang smpai bila plak aku nak pindah? Orang lain pun seme da men drill bagai. Rumah kiterang je rilek cam nak bagi sewa ke orang. Haha.

Chipboard - Bukan Chipmunk

Itu lah. Kalo kita tak survey, mmg tak akan la carik info pasal menda2 ni. Bukan je info, nama pun tatau. 
Ha... skang da tau.

Chipboard ni biasanya material yg guna utk buat KC. Kalo guna 3G ke apa tu, seme la materialnya guna chipboard, unless pakai kayu jati [which, mmg tak sesuai pun ngan konsep umah takde tanah kan].

Klik utk imej lebih besar. Kredit : Forum Lowyat

Bila kontraktor kata chipboard, dia can be wood or from paper juga (cam yg komen kat atas tu la kan). Ada yg guna term wood compressed - ini chipboard juga tapi mmg wood la dia compressed. Hope so la kan. Ikut salah satu kontraktor yg aku amik q tu, dia kata dia nyer compressed wood.

Mengikut kata kat wikipedia - 
Particle board, or particleboard (or chipboard in the UK and Commonwealth Nations such as Australia, New Zealand and others), is an engineered wood product manufactured from wood particles, such as wood chips, sawmill shavings, or even saw dust, and a synthetic resin or other suitable binder, which is pressed and extruded. Particleboard is a composite material.

kredit : wikipedia
What to do. Mmg la nati utk kesan jangka panjang dia tak tahan. Tp, takkan nak pakai solid wood?? Woho... makin lama, makin byk ilmu yg dpt dalam proses mengubahsuai rumah ni. Penat. Tp berbaloi :)

Edit :
Ada yg komen berkenaan table top menggunakan chipboard. Ekceli chipboard yang saya ceritakan di atas ni bukan digunakan pada table top, tp ini untuk base unit dan wall unit. Utk granite/quartz/melamine/solid surface or konkrit - itu adalah material utk table top. Chipboard ni material utk kabinet itu sendiri (contoh utk kitchen kabinet - pintunya material 3G, base (papan dinding) - chipboard dan table top - quartz).

Biasa bila kontraktor qoute dia akan bahagikan kepada : base unit, wall unit dan table top dan entry ini bukan berkenaan material table top :)

Ala, tahu ni pun dari forum cari dan low yat lah. Situ byk info yg diperolehi :)
Berkenaan table top, entry yg pernah dibuat ada di sini
http://pnstoberi.blogspot.com/2012/06/mansion-kc-table-top.html

Friday, July 13, 2012

KSU Reno : KC, Viva dan Yusry

Kah.. nak gelak pun ada.
Tau la aku ni pembeli tegar deal kan. Groupon apa seme tu.
Skali aku tgh dok sebuk2 nak reno reno, deco deco, kat Groupon pun ada deal Kitchen Cabinet.
Miahahaa. Kut ya pun......


Ada yg sapa nak? Takde orang pun beli lagi. Hihiw.
Kian Classic ni pun nama glamer jugak la dalam Built In KC nih.
Tp aku tak survey pun sini.
Kat Viva pun ada kedai Kian Classic ni.

Eh. Smlm aku ke Viva. Lps office.
Hunting for Hood n Hob.
Skali masuk kedai tu - takde orang pun - ada sorang je lelaki - bertopi.
Tak pasan la sgt sapa pun.
Skali myDH berbisik "Eh. Tu kan Yusry"

Aku tgk. Eh, ye la. Jantung berdegup kencang.
Boleh??
Hahahaha. Cam mengong!

MyDH kata p la amik gmbr ngan dia.
Aku taknak. Takut dia taknak ke apa.
Tapi, zaman 'terbuka' skrg ni, mana leh camtu kan. Taknak kang, kita update saja. Haha.

Apa dia buat tah kat kedai tu. Hunting for kitchen appliances gak kut.
Tp Lisa takde pula.
Hurm.

Eh. Yusry tu peminat ai masa sekolah dulu tau.
Peminat ai?? Eh. Ai yang minat dia la. Time2 KRU dulu kan. Sapa tak suka yak?

Dah. Dah. Berbalik pada hal KC.
Esuk nak gi KSU - da buat appoinment ngan org KC. Dtg ukur kat KSU. Then nak lepak2 situ jap. Lps tu sambung hunting lagi. Byk lagi nak kena hunting nih. Penat. Tapi bes!

Friday, June 15, 2012

KSU Reno : KC Table Top

If you are planning on redesigning your kitchen some time soon, you might want to put some thought into the kind of kitchen counter tops that you'd like to have.Although there are several things to consider when choosing the right kitchen cabinets, the most important factor that you should look into is the kind of material that the kitchen counter top is made of.If you are working on a rather generous budget, your best option is to go for stone cabinet counter tops.

Stone cabinet counter tops do not only look classy, but they are also extremely sturdy and durable.But if you are working on a smaller budget, you can go for laminate counter tops.Laminate counter tops are a great choice if you are looking for economical yet stylish counter tops.Aside from stone and laminate counter tops, there are also other kinds of kitchen counter tops that you can choose from.

After you have considered the kind of material that you want your kitchen cabinets to be made from, the next thing that you should worry about is the colour and the style of the kitchen counter top that you want to have.You have to consider the overall design and theme of your kitchen as well as the kind of furnishings that you will have in it.You have to match your kitchen counter tops with the general shade and design of your kitchen.If your kitchen embodies a more traditional style, you are better off with a butcher cabinet counter top.But if you are after a more modern look for your kitchen, marble or granite counter tops are the best.

One of the most commonly used materials when it comes to kitchen cabinets is laminate.Laminate is very durable and is known to last a very long time.It has high resistance to scratching, scuffing, and to burning as well.On top of that, laminate counter tops also have a wide variety of colours, textures, patterns, and finishes that you can choose from.

However, solid counter tops are a lot stronger and have a more solid-core than laminate counter tops.Solid counter tops are preferred by most people who want to have seamless kitchen cabinet counter tops.Stone counter tops however, tend to lean towards the more expensive side.But then again, you can have the sinks and drop levels of solid counter tops infused into them, letting its colour and pattern to go all the way through to the surface.Another kitchen counter top that comes with a higher price than usual is a stone counter top.However, it is the strongest and the most sturdy kitchen counter tops on the market today.Stone counter tops are currently the most in demand within the kitchen counter top market because of its unique style and elegance, which adds to the overall character of any kitchen.

But for kitchen cabinets with a warm and cosy feel, butcher block counter tops are the best choice.Although they are not as durable as stone counter tops, they tend to look better over time.Ironically, the scratches and the wear that comes with time make butcher block counter tops all the more impressive.

[source : apollokitchen]

*sedang mendapatkan 'ilmu' berkenaan Kitchen cabinet (KC) dan 'aksesorinya'. Perlu tahu istilah2 berkaitan supaya senang nak meriki nanti.
*dari apa yg dibaca, kat Malaysia ni, table top yg mmg orang salu pakai antara granite / marble, solid surface or concrete. 
*paling bes adalah granite lah. Tapi... high-cost dan aku pun bukan 'rajin' sgt ke dapur kan. Haha.
*juga dah kenal apa itu 4G, 3G design - ni mmg aku sker lah, sbb modern design n seswai la ngan kediaman  cumil aku tu.
*takat ni aku dah aim 3,4 orang kontraktor. 2 bumi's and 2 non-bumi. Haha. Dah cam nak buka sebut harga lak gayanya kan.
*Salah satu yg aku admire (admire je lah..kena tgk 'bujet' jugekk...) 4g glass with black mirror.

Kredit : Forum Cari dan gmbr adalah dari
IntechKitchen (Jeff)
 *Sila sharing sekiranya ada kontraktor KC yg dikenali (esp area KL, yg jumpa pun mostly belah Bangi/Kajang/Klang. KL takdak ka??). Sng nati nak contact, dtg rumah ukur dan dptkan quotation.
*Oh, jgn menyampah yer, kerna, dlm tempoh 2,3 bulan malah mungkin smpai hujung tahun, asik kan lah cerita pasal hal hal rumah je kat blog ni. Sila bagi laluan sebentar (^^,)

Friday, August 19, 2011

~Pasal Tupperware : Square Round Gift Set~

Ngeh. ngeh. ngeh.
Satu menda yg aku da beli utk buat kenang kenangan sempena bonus 2011 nih.

Cukup la ini dulu yg aku beli dgn bonus. Selebihnya simpan utk cuti cuti nati (tak sabo nyer. tak sabo nyer. 2 bln je lagi)
Eh. Tp ni pun beli sblm dpt bonus.
Kira cam lps tu bayau balik la dgn duit bonus. Hihi. Aci tak cenggitu?
Ni pun lama da target.
Last mth ada promo. Tp aku biarkan je dia sepi begitu.
Tetgk bln ni ada promo lagik.
Da tnya my dear, dia kata sukati awak ler.
Maka dgn sukati saya la beli. Hihi.

Dari gambau ini je pun jelas terpancar sukati saya. Hihi.
Ya Allah. Meleper tudung haku!
Last week ni.
Masa Ustazah Bahyah dtg tu.

Hihi.
Suka. Suka.
Ini adalah set yg ni.
Dia ada 4-4-3 dan pree 2 bekas kecik lagi. Yey!
Hihi. Da bertambah set tapewer aku. Ni yg tak bleh jadi nih. Da start kumpul, maka sibuk seme aku nak ber tapewe. Tp bes. Lawa.

Friday, July 1, 2011

~Pasal Tupperware~

Rasanya mmg ramai pengumpul tegar tupperware ni kan.
Aku pun dulu rasa mcm tak suka je. Tp dah namanya pompuan kan... menda yg mcm eh, bagus gak mendalah ni kan. Bleh simpan ni, bleh simpan tu. Maka gatal la nak jugak kan.
Lps kawen la pun aku baru berjinak2 ngan mendalah ni. Tp idak la kata ada collection penuh lemari kan. Sket2 je pun.

Memula aku ada tupperware ni dpt adiah dari Kak Jat - kakak akauntan opis.
Dia bagi bekas B2B ni (errr.. Bride 2 Be??).
Bes. Bawak nasik ke apa ke gi opis just nice la.
 Lps tu trus order kat dia bekas air ni.

Konon cam pikir nak mudah sbb asben ku ini sker minum air ber perisa.
Igt kot nak la bancuh oren ke air mangga ke sarsi buh je la dlm tu then masuk peti ais. Balik keja trus minum. Tp tak jadi sbb aku buat camtu, dia sentiasa je lah minum tak smpat nak simpan.
Maka utk elakkan dia salu minum manis, aku kembalikan ke fungsi asal menda tu.
Isi air masak sudehh.

Lps tu ada modular mate. Tp yg starter nyer je la. Ni tukar point CC CIMB ke Maybank tah. Tp kena tmbh la sket duit nyer.


Beli bersekali bekas air bawak gi opis.


Latest adalah beli bekas ni. Blum guna. Beli semata mata sbb ada beg dia. Huhu.


Dan dah lama aim yg ni. Tak terbeli beli lagik. Huhu. Tggu umah baru la kot.


Tp skang tgh berpikir2. Nak beli ke tak. Cam bes sungguh set ni. Hemmmpppp.... tarik nafas pepanjang jap. Phewwww...

Buat masa skang ni beli kat adik unit aku je. Dia jadi member. Dia pun kasik je rega dia. Igt nati nak jadi member gak lah. Bleh aku buat party tupparware tepi pool. Korang jemput dtg yer. Hahahhaha.

Gambar kredit to laman web rasmi Tupperware