Friday, February 7, 2014

Pandora Charm - Valentine's Collection 2014

Charm Pandora utk Valentine collection ni sangat la 'omnomnom'.
Sbb dia macam sweet sangat kan. Love love, pastu kaler pink pulak.
MyDH kata kena ada charm batu batu gak.
Baru 'nampak' sket.
Cam Mastura pakai tu katanya.
(Mastura - Bukan Kerana Aku Tak Cinta).
Oh. Baru 'nampak' sket yer... suh beliau belanja sebijk dua lagi charm ni kang. Huhu.

Aku suka la pulak tgk charm FANCY PINK SPARKLING HEARTS SPACER
Adehh.. kena carik gak time nak ke KLCC nih.
Dapat tambah sejibik pun jadi lah kan. Huhu.
Tu hari ingat nak tambah sebijik dua masa bonus.
Tapi dah melayang ke juicer tu hari (T___T)
So, cemna? Sadissss.....

Nah cuci cuci mata dulu.
Ni Pandora Inspired kot. Kredit Charms Addict.
Yang aku suka tu dia tulis space in my heart.





Giler ah kalau dapat buat penuh camtu (T____T)

Thursday, February 6, 2014

Baju Raya 2014

Well.....
Biasa lah.... Haha.
Baru Rabiulakhir dah cerita pasal baju raya. Haha.

Tahun ni tak ragu ragu nak cakap pasal raya.
Sbb dah settle ganti puasa. 
Hiwhiwhiw.

Tapi, ini kira lambat la ni.
Sbb bila aku kata baru nak g beli kain, ada orang dah siap tempah.
Wow! Advance.
Puasa dah abis ganti kewww??
Hahaha. Matik la buat statement camtu. Satgi orang tu balas 'puasa ganti sudah, puasa enam sudah, skrg buat puasa sunat setiap hari Senin n Khamis'
Mahu terduduk tepi ceruk dibuatnya. Kahkahkah.

So,
Cemna baju raya tahun 2014 ni?
Kalau last year sana sini ber peplum (not include me, sbb ai awal2 kat ofis dah ber peplum)
Tapi rasanya fesyen kurung moden - plain - jadi pilihan.

Aku plan nak buat dress.
Yang ala-ala begini.
Maklum la, orang tinggi tak cukup kan, nak beli yang dah siap, mmg asyik kena alter saja.


idea fesyen raya 2014

Lepas tu terfikir, baju kurung moden pun nice jugak

idea baju raya 2014


baju raya, baju raya 2014, fesyen raya



Ayo.. takdak idea dah ni. Kain dah beli tu hari kat Jakel.
Kena hantar tempah dah ni. 

Kurung moden? Ke dress? Ke kurung moden?
Aiyark.
Tahun ni turn raya belah mertua. Vogue ber dress bagai kang, duduk berpeluh tiak di rumah plak saja kang. Jalan2 sekitar kampung saja kalau ada pun. Nak lagi bes kena pulak musim ujan kan.. syok sangat la kalau ber dress kan... hahahahaa. Entah. 

So, uols... apa fesyen tahun ini?

Dan kaler apa?
Tahun ni kaler cam tema futuristik. Tengok saja lah AJL pun tema futuristik. Kiterang nyer HKK pun tema itu jugak. Jadi, beli lah kaler yg futuristik yaw. Hihi.

Edisi First Time Ke Chinta Saloon

6 Februari 2014 / 6 Rabiulakhir 1435

Ada kelapangan sket, aku tgk2 komen yang mana aku nak buat kunjungan balas dari yg rajin drop komen kat sini. Biarpun, aku dah jarang amat balas komen skrg ni, ada juga masih sudi menitipkan tinggalan jejak di sini. Terharu juga rasa. Bukan malas. Tapi, skrg a lil bit bz. Dengan interview segala.
Dan, maaf juga jika kebelakangan ni aku jarang membuat kunjungan balas dan meninggalkan komen. Aduiii... rasa bersalah bila orang drop komen dan kita pula tak jenguk rumah orang tu.
Takpe, pelan2 sy akan jejak yea.

Baik, bila tgk komen baru perasan ada yg bertanya. Tu salon chinta ke masa aku up entry cuti Thaipusam tu hari.
A ah la..aku belum cerita pasal ni.

Yerp. Tu hari aku buat creambath kat Chinta Saloon.
Creambath n potong rambut skali.


chinta saloon, chinta salon, fasha sandha punya salon

Yerp. Yg Fasha Sandha punya tu.
Tapi takde pun puan Fasha nyer tu. Hihi.

Aku gi ngan member aku. Siapa lagi. Si Dee lah. Gal's day out katanya.
Masa tu yg hari Jumaat cuti Thaipusam. So, Dee pick kat KSU.
Dee pun buat creambath n potong rambut.

Owh. Sila gugel apa kebenda creambath ni. Sbb takut org igt tu mandian ke apa kan. Hihi. Mmg ada bath bath tp dia bukan mandi. Creambath ni kat Indon mmg glamer. Kat sini, ada la tapi tak berapa nak meluas.

Lama gak la melepak situ.
Memula gunting rambut. Pastu cuci. Dan lepas tu creambath. 
Dia nyer hairstylist tu 2 orang je time tu. So, aku buat dulu. Pastu baru Dee buat.
Buat creambath + hair cut - RM100. Kalau creambath je RM80 tak silap aku. 
Utk muslimah ni dia ada la buat cam tirai. Tp bila nak cuci tu kena gak lalu tpt org tgh menunggu.
Dan tempat tu boleh gak orang lalu belakang kita.

Selain tu, oke la. Selalunya kita g saloon bukan Bumiputera kan.
Creambath tu buat selalu baru best. Tp 'parok' la kalau nak buat selalu kan. Huhu.

p/s : Tahun lps aku ada pergi salon muslimah yg mmg bebtul muslimah. Lelaki pun not allowed. Asben aku terpaksa tunggu bawah masa tu. Tapi, skrg entah ada ke tidak lagi kedai tu. Kat area Danau Kota tu. Sebelah Fest City tu. Aku lalu lalang cam dah tak napak plak banner kedai tu. Kedai tu mmg bagus. Sambil potong rambut pun dia buka bacaan ayat Al-Quran.

Wednesday, February 5, 2014

Edisi Camouflage Long Skirt

kredit : Here
kredit : Here
Haha.
Sebenar nya aku tak berapa nak berkenan design camo nih.
Seluar ke apa ke. Mmg takde rasa nak beli pun.
Walau arwah ayah ku dahulu bekas askar, tp aku takde plak rasa ke-askar-ian dalam jiwa nih. Hihi.

Tapi, bila napak skirt Camouflage ni, eh, cam bes plak.
MyDH pun kata oke.
Jadi. Beli. Haha.
Masa tu gi kat Busana Bazaar depan bangunan Mara yg baru tu.
RM30.

Cuma cemana nak disuai pakai kan yer.

camo skirt
kredit : Here
Gini oke kut kan. Lagipun aku suka pakai cardigan. Pastu aku baru beli hi-cut sneaker. Hihihi.
Tapi kalau bertudung, lagi plak shawl, tak serabut ke nengoknya?

Gini pun oke kan. Sweet ja. Boleh dipertimbangkan.
skirt design askar
kredit : Here
Masa tu ada gak dia jual kaler camni.

kredit : here
Takpe. Nati kita mix n match kan yer.
Hihihi. Hi cut sneaker pun dah ada. Beli murah2. Online sajork. Sbb aku bukan reti nak pakai kasut sgt. Asyik bersandal saja.
Hujung mggu ni Insyaallah ke Melaka jap.. jadi boleh la pakai gi jalan2 cari Coconut Shake. Hihiw.

UMobile : Harap Inilah Terakhir

Memang ingat hari ni nak WW je. Tp sbb masih rasa jengkel, masih rasa rengsa, mari lah kita membebel.
Yer, masih tak abis lagi cerita aku dengan UMobile nih.
Pening aku. Sungguh. Aku pun tak reti nak cakap cemna lagi.
Kalau korang belum terjebak, sila lah jangan terjebak ngan UMobile yg memeningkan ini.
Kalau dah terambik satu, i.e ambil talian telefon, ambik je lah yang tu. Jangan lah gatal nak guna bband dia ke apa. Kalau tidak kita yang pening dibuatnya sbb banyak sgt akaun dengan dia. Dulu aku ngan celcom pun pakai bband dgn phone gak, takde plak jadi camni.
Lps tu bila dah pakai pakej tu jangan la nak downgrade ke upgrade ke. Pun pening jugak.
U mobile coverage, u mobile data plan, u mobile review
Gambar hiasan : Kredit soya cincau
Sebagaimana aku pernah  bebelkan sebelum ni, UMobile dah guna ejen kutipan hutang.
So, dia akan call. 
Masalahnya, dah takde hutang pun call jugak.

Aku tanya member yg guna, dia kata takde pun UMobile call. Tapi ada gak orang lain kata, ada jugak yg dia call.
Okeh. Pelik di situ.
Kemuncaknya aku mmg geram betul bila sekali lagi ejen tu call 24 Jan 2014 yang lepas.
Aku bagitahu due bill aku 7 Feb, kenapa call. Belum due lagi.
Dia kata dia just nak peringatkan. 
Hoi. Hangin betul lah aku.
Setiap bulan pulak ingatkan aku suruh bayar. Dah kenapa.

Terus la aku emel customer service dia. Mohon penjelasan kenapa la asyik nak ganggu. Geram betul haku lah. Bukan kali ni je, bulan bulan sebelum pun ada call. Mintak bayar, mintak bayar. Padahal belum due. Jadi, aku dah sangat menyampah. Sbb bulan sebelum tu pun pernah call - aku tanya bill mana, dia gitau akaun semasa. Jadi, sbb tu lah bila call lagi bulan Januari ni aku dah hangin. Dah kenapa kau??

Jadi, derang reply emel kata ejen kutipan tu call sbb aku ada hutang lagi RM54.00 masa terminate bband lama bulan Oktober 2013 (aku terminate pakej RM68 dan tukar kepada pakej RM40)

Aku reply balik emel, aku cakap yg call tu bagitahu suruh bayar yang terkini bukan yang hutang. Dia tak mention langsung hutang sekian sekian nombor. Masa tu aku just cakap due aku 7hb apahal nak call - dia jawab nak peringatkan. Ha, takde langsung dia mention pasal hutang bulan Oktober. 
Dan pada 17.12.2013, aku pernah jugak terima msg dari ejen kutipan hutang ni yang menuntut RM33.85 - ada entry di sini siap dengan kronologi nya juga - UMobile menjengkelkan. Pun disitu dia nak peringatkan utk buat bayaran.
Ini bermakna bukan dia tuntut RM54.00 tu. Apa hal hari ni baru nak kata aku ada hutang RM54?

Oke. Ada 2 pelik di sini. Satu, masa ejen tu call dia suruh peringat bayar akaun semasa bukan bayaran tertunggak. Aku dah tulis dalam emel byk kali orang tu call sbb nak bagi peringatan. Tp yg reply emel tu tetap lah kata sbb akaun tertunggak tu. Heyyyy.......!!!
Kedua - aku dah terminate, kenapa boleh tertunggak sedangkan kalau kita terminate mesti lah di kontra dengan advance fee masa bulan pertama dulu. 
Kalau pun betul tertunggak, kenapa yg caller tu tak cakap pun itu hutang. Ini dia kata semasa. 

Tak kuasa dah aku nak emel2 lagi derang. Tak paham bahasa pun yer. Orang dah gitau - tetap gak kata hutang..hutang.. apa kebenda entah. Aku tulis melayu, yang jawab pun melayu. Takkan tak pepaham lagi. 

broadband u mobile ok ke?
Gambar hiasan. Ni tahun 2010 punya. 

Meluat sungguh rasanya. Dan menyesal betul kerana meletakkan harapan awal2 tu hari.
Dan aku dah terminate pun bband UMobile bulan lepas. Settle. Menyampah rasa. Sejak aku tukar mmg aku bagi free je ke dia RM40 sebulan sbb aku tak guna langsung pun. Bukan sengaja taknak guna. Tetapi mmg internet dia langsung tak boleh nak surf pun. Kalau lembap tu boleh la terima sket. Ni langsung tak boleh nak connect. Gambar google tu pun tak keluar okeh. Apa guna? Dia tak boleh alasankan sbb amik pakej murah internet langsung tak dpt. Abis.. nak kena pakai yg patratus ringgit plak sebulan? Banyak la cantik muka u kan.

Oke. Tak mengapa.  Aku akan ke centre dia. Settle kan lah apa menda yg ada lagi tu. Betul ke hutang tu. Kalau hutang, sure lah masa aku terminate bband tu hari dia tahu aku ada hutang. Sbb aku bagi nombor IC aku suruh dia tgk akaun aku. Mesti la budak kaunter bagitahu eh, kak, ada hutang lagi ni. Aku bayar la. Bukan 5ribu pun. 54ringgit je pun. Yang cam nak runtuh dunia asyik call aku kenapa. Bagitahu lah aku ada hutang. Ni tak..dok kata peringatan bayaran. 

Now ni, aku nak switch nombor 018 tu ke line lain. Tak tahu line apa lagi nak pakai dah. Celcom pun aku menyampah sbb cam mahal. Maxis pun dengarnya cam leceh gak. Digi aku pakai ni oke gak la, tp bila buat call mahal gak. Internet apa semua oke ja. Tapi aku malas la nak sampai 2 akaun utk satu syarikat. Nanti pening lagi camni.

Jadi, buat lah pilihan yang betul ya. UMobile ni coverage KL oke lah (tp aku tinggal di KL ya - yg mmg ber poskod 51000, Kuala Lumpur - pun hazab jugak). Luar KL mmg la lagi hazab kau nak dpt internet dia kecuali bandar2 besar.