Showing posts with label salon. Show all posts
Showing posts with label salon. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

Edisi First Time Ke Chinta Saloon

6 Februari 2014 / 6 Rabiulakhir 1435

Ada kelapangan sket, aku tgk2 komen yang mana aku nak buat kunjungan balas dari yg rajin drop komen kat sini. Biarpun, aku dah jarang amat balas komen skrg ni, ada juga masih sudi menitipkan tinggalan jejak di sini. Terharu juga rasa. Bukan malas. Tapi, skrg a lil bit bz. Dengan interview segala.
Dan, maaf juga jika kebelakangan ni aku jarang membuat kunjungan balas dan meninggalkan komen. Aduiii... rasa bersalah bila orang drop komen dan kita pula tak jenguk rumah orang tu.
Takpe, pelan2 sy akan jejak yea.

Baik, bila tgk komen baru perasan ada yg bertanya. Tu salon chinta ke masa aku up entry cuti Thaipusam tu hari.
A ah la..aku belum cerita pasal ni.

Yerp. Tu hari aku buat creambath kat Chinta Saloon.
Creambath n potong rambut skali.


chinta saloon, chinta salon, fasha sandha punya salon

Yerp. Yg Fasha Sandha punya tu.
Tapi takde pun puan Fasha nyer tu. Hihi.

Aku gi ngan member aku. Siapa lagi. Si Dee lah. Gal's day out katanya.
Masa tu yg hari Jumaat cuti Thaipusam. So, Dee pick kat KSU.
Dee pun buat creambath n potong rambut.

Owh. Sila gugel apa kebenda creambath ni. Sbb takut org igt tu mandian ke apa kan. Hihi. Mmg ada bath bath tp dia bukan mandi. Creambath ni kat Indon mmg glamer. Kat sini, ada la tapi tak berapa nak meluas.

Lama gak la melepak situ.
Memula gunting rambut. Pastu cuci. Dan lepas tu creambath. 
Dia nyer hairstylist tu 2 orang je time tu. So, aku buat dulu. Pastu baru Dee buat.
Buat creambath + hair cut - RM100. Kalau creambath je RM80 tak silap aku. 
Utk muslimah ni dia ada la buat cam tirai. Tp bila nak cuci tu kena gak lalu tpt org tgh menunggu.
Dan tempat tu boleh gak orang lalu belakang kita.

Selain tu, oke la. Selalunya kita g saloon bukan Bumiputera kan.
Creambath tu buat selalu baru best. Tp 'parok' la kalau nak buat selalu kan. Huhu.

p/s : Tahun lps aku ada pergi salon muslimah yg mmg bebtul muslimah. Lelaki pun not allowed. Asben aku terpaksa tunggu bawah masa tu. Tapi, skrg entah ada ke tidak lagi kedai tu. Kat area Danau Kota tu. Sebelah Fest City tu. Aku lalu lalang cam dah tak napak plak banner kedai tu. Kedai tu mmg bagus. Sambil potong rambut pun dia buka bacaan ayat Al-Quran.

Monday, May 20, 2013

Saloon Muslimah : Suri Permai

As aku citer pada entry ini, aku tgh nak carik saloon muslimah.
So, google dan aku tertarik nak try Suri Permai ni. Ditambah pula dgn lokasi dia yg aku mmg familiar, so, mmg takde masalah nak pegi.

Ingat nak g ari Sabtu. Tp tak jadi. Malas btul rasanya nak kuar balik ari Sabtu lps balik dari pasar. So, kita tangguh ke hari Ahad.

Suri Permai ni kat area Festival City tu je. Kat Platinum Walk Setapak. Sapa tau area downtown Danau Kota, tau la area ni. Kedai dia pun senang je carik. Mmg mengadap jalan raya. Tingkat 3.
Naik je ikut lif, terus smpai depan kedai. Tekan loceng sbb mmg berkunci. Ye lah.. safety kot kan. Dan bila pintu di buka kedengaran alunan bacaan ayat suci Al-Quran. Wah. Bagus ni.
"maaf yer, lelaki tak boleh masuk" kata akak yg membuka pintu kepada suamiku.

*eh. dah kenapa aku tulis cam cerpen nih. Haha*

Bagus la. Lelaki mmg strictly not allowed. Maka, berpeleseran lah incik suami kat bawah tu. Tapi, kalo kita nak buat spa ke apa, buleh la kita suh sang suami ni pegi jalan2 kat Festival City tu dulu. Bukan jauh pun. 

Aku masuk, gitau nak potong rambut. Akak tu tanya taknak cuci skali ke. Aku sebenarnya malas nak cuci. Sbb nati rambut sure gugur teruk. Tp bila ingatkan lama da tak cuci rambut, buat je lah. Tanya akak tu berapa ringgit potong, berapa ringgit cuci. Cuci RM25, potong RM25. 

Jadi, aku pun setuju je lah nak potong n cuci.

Tempat ni sebenarnya spa. Tau je lah bila masuk spa. Kan rasa cam bes je. So, simpan beg dalam locker (dia suh kita sendiri pegang kunci) and pergi bilik yg gunting rambut. Dlm bilik tu ada skali tpt cuci. Senang. Walau takde lelaki tp semua pun buat kat situ.

Tenang. Alunan ayat suci Al-Quran masih kedengaran. Dgn ucapan bismillah masa akak tu nak potong rambut, aku rasa cam.. oh... kenapa selama ni aku tak berusaha nak carik kedai camni. Bukan darurat pun kan. Sebok nak ke saloon. 

Dah potong, cuci plak. As usual. Orang yg cuci rambut mesti kata 'rambut gugur ya'. Haaaa.... dat y la ai nk potong pendek ja ni. Huhu. Dan as usual, mereka akan suggest syampu utk hair fall nih. Tapi, aku baru je beli syampoo lain. Dan aku tolak dulu secara baik :)

Bagi aku oke la kedai ni. Takde masalah. Boleh dtg lagi. Akak yg potong rambut tu sgt nice. Lembut ja. Masa nak balik tu dia bagi kad. Spa supervisor rupanya dia. Dah la nama sama ngan aku. Hihi. Dia kata kalo nak buat spa better call for appoinment lah. Sbb spa amik masa sket.

Oke lah. Next time nak try buat manicure/pedicure plak. Atau pun spa.  Atau pun facial. Huhu.

Sapa2 yg nak kawen, nak buat spa ke apa buleh la dtg sini. Ini antara tpt spa yg aku berpuas hati. Yg pertama aku suka gak dulu kat Ampang. Tah apa nama dia, tk igt dah. Lama giler kot aku buat. Sblm kawen. Pastu yg sini lah. Tempat yg aku redeem voucher MAD dulu tu, tak berapa bes. Sbb ada lelaki yg boleh masuk. Me notloike. 

Website : Suri Permai.

Tuesday, May 14, 2013

Salon Muslimah

Rentetan dari entry ini.
Aku tak potong pun rambut lagi. Hurm.
Entah ek.
Bila smpai dpn salon tu, dan di greet oleh lelaki. Yg bukan Muslim plak, aku dah rasa semacam. Ada rasa, takyah la dulu kot....
Yer.
Dulu aku tak pernah kesah ttg ini.
Walau aku bertudung, aku rasa cam oke... tak pe lah potong rambut kat salon pun.
Apa kebenda entah. Aurat jugak tu kan.

Aku tak cakap la aku ni baik bebeno pun.
Tapi, entah la. Hari tu mmg aku rasa aku cam tak boleh nak potong lagi.
Aku perlu carik tpt lain.
Google lah 'salon muslimah' 'gunting rambut muslimah kuala lumpur'
Jumpa lah beberapa salon.
Dan aku dah decide nak pegi satu kedai nih.

Agak berhampiran dgn rumah. Dan mmg area aku familiar.
Pulak tu ada spa skali. Ahah! Hihi. Takde lah. Takde bajet pun utk itu.
Ni nak gunting je sbb nati payah oih rambut pjg2 ni nak bela. Dgn gugur lagi. Asik menyapu rambut je keja nya.

Tu lah. Sebenarnya ini peluang pada orang yg ada kemahiran menggunting rambut.
Boleh bukak kedai gunting rambut utk muslimah kita ni.
Ramai yg nak pegi. 
Selain menambah pendapatan, mmg sgt membantu muslimah kita untuk menjaga aurat ni.
Dulu aku takde kesedaran tu. Mmg selamba je nak gi potong rambut kat kedai. Tak kesah la kedai ada cover ke takde. Pastu pulak hair stylist pun tak kesah. Lelaki ke perempuan ke. Belasah je lah. Asal rambut terpotong. Tp skang pun byk salon dah ada tpt tertutup utk customer muslimah kan. Cuma tu lah. Susah juga  nak jaga agar tak ternampak oleh staff lelaki kat situ. Lagi2 kalo nak cuci2 rambut kan kena jalan kat tpt dia nak bilas rambut tu.

So, nak pegi kedai tu nati. If oke, aku war war kan di sini lah kt mana kedai tu. If ada yg nak share kedai gunting rambut muslimah lain pun oke jugak. 

Dan ada sedikit info mengenai aurat wanita muslin di hadapan wanita bukan Islam.

kredit : E-Fatwa
Dan di sini jugak :
http://johor.wanita.ikram.org.my/index.php/soal-jawab/soal-fiqh/118-hukum-wanita-islam-mendedahkan-aurat-kepada-wanita-kafir
dan sini pun ada :
http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/197-batas-aurat-wanita-muslimah-di-hadapan-wanita-bukan-islam