Tuesday, January 3, 2012

Cuti Dan Kerja.

Percutian pertama tahun 2012.
*Oii...! baru sari keja kot tahun 2012 ni da pikir cuti ke? Haha. Ala, cam tak biasa lak kan.*
Kan ai mmg bercuti lps org cuti kan. Jadi lagi 2 minggu percutian pertama ai. Tak jauh pun. Dan tak lama jugak. 3 hari 2 mlm saja. Mmg kalo percutian dlm negeri salunya itu je la tempohnya atau pun lagi pendek. Tp kalo jauh sket, mmg minima nyer 4 ari 3 mlm.

Oleh kerana percutian ai tu waktu tak cuti, maka tetiba ai terpandang cuti raya cina tu. 4 ari uols. Takkan ai nak meng ontok2 kat umah ja. Mana bleh. So, pikir punya pikir, carik punya carik akhirnya ai dapatkan kelulusan dari 'yamtuan' dan stlh diperkenankan oleh incik beliau, harus lah ai lelaju booking. Uh hai.

Makanya, utk bln Januari ada 2 tpt dah nak pegi. Tak sedau kediri neh. Gaji bln 1 mmg la awal. Tp nak tggu gaji bln 2 - pitams. Dah la bln 2 yg cuti panjang tu - yg mintak cuti 2 ari tp dapat 7 ari tu nak balik kg lagi tu. Uols plan ke mana time tu? Kalo org keja Wilayah - 1 Februari (Rabu) cuti, lps tu 2 dan 3hb tu mintak la cuti, 4hb Sabtu, 5hb - Ahad dan cuti Maulidur Rasul, maka cuti melompat ke 6hb iaitu hari Senin dan disambung ke 7hb dengan cuti Thaipusam. Woah. Kalo apply 2 hari, dpt nya seminggu. Lumayan..lumayan... Ai mmg tak amik cuti lah. Cukup lah 4 hari yg ada tu. Cuma ai dah ada plan ngan pamili ai. Rancang bln 12 retu ngan meke. Balik kampung dan mau cuti cuti di negeri Perak saja. Samada nak gi nite safari Zoo Taiping atau pun mandi manda di Lost World. Tgk la mana satu. Atau dedua. Eh. Pitams secara berganti2 tu jawabnya kalo buat dedua. Haha. Oh ya. Tahun 2012 adalah Tahun Melawat Perak - ai da draf entry pasal tu. Tgh tggu q utk di publishkan. Popoyo nyer ada q, q lak. Pang kang baru la tau.

So, utk bln 1 ni ai gunakan khidmat Agoda ja. Simple dan senang.
Saja ai gedix2 nak padam Hotel Name tu. Padahal org da tau pun nak gi mana kan. Choiii je kan. Ada dua sama tu sbb ai booking utk kazen ai skali. Ai booking dulu, lps tu lps dia da konfem baru ai booking lagi satu. Hihi.

So, kerja-kerja juga. Tp holiday ada lah perlu utk boost our mood utk bekerja lebih baik kan. Hah! Poyos lah. Dgn ber ai ai nyer lagi. Pang jugak kang....! 

p/s : Bln 1 dah ready, bln 2 pun dah ada, bln 3 tak bleh plan sbb ada Hari Kraf, bln 4 kosong lagi (kena carik dah ni), bln 5 ready - booking seme dah, bln 6 ke atas sedang membuat perancangan. Hihiwww.... selagi tak dpt kunci selagi tu la aku berhuha. Naseb arr.

Detik Pertukaran 2011 ke 2012.

Ramai memilih utk lepak di rumah. Dan ramai juga kluar bersama rakan2. Hey.. malam  minggu yaw.. mari kita berjumba jumba. Hahaa. Ajaran sesat neh.

Oke. Aku pun berada di luar rumah ketika pertukaran tahun 2011 ke 2012 tu. Bkn utk meraikan new year, tp saja gi makan2 wif my adik2 blogger ku ini. Atau secara spesifiknya geng2 blogger TTC Corner.  Plan secara adhoc je pun. Utk menyetim kan diri. Huhu. 

Maka, kami ber 10 pun menyetimkan lah diri di Restoran Steamboat Maeps. Zana tukang booking. Mula nak jumpa dalam kul 6.30ptg, tp seme cam lewat smpai. So, lps maghrib baru memasing gerak dari umah. Aku lak dalam 7.30 gerak. Mujo tak jem. So, on d way tu berdering2 la phone kan. Laki aku duk  nyakat 'seme tipon pengerusi la nak carik tmpat'. Muahahaha. Pengerusi ke kerusi??. Nak senang aku suh tggu dpn main entrance tu je. Jadi, Zana ngan Nana, ngan Zu (Cinta) tunggu kat main entrance. Derang follow kiterang yg konon cam tau la. Skali salah masuk ko. Haha. Terlajak smpai kat area2 tasek tu. Udah la gelap. So, pusing balik, tanya kat guard kat simpang tu, baru jumpa. Haha. Dah lama kot last pegi situ. 

Direction untuk ke Restoran Maeps ni : Masuk main entrance (yg dr spital Serdang), terus je, lps tu mcm ada lorong - masuk kanan, terus je, dlm 100meter camtu ada simpang. Amik kanan. Dkt simpang tu ada post guard belah kirinya dan ada bangunan keselamatan ke apa tah nak masuk simpang tu. Jadi, lps simpang tu terus ja. Nati napak paking besar di sebelah kanan. Kedai tu kat belah kanan tu la. Better call dulu before pegi sbb seme orang booking dulu.

Lepak2 makan smpai kul 10 situ. Ni kali ke3 aku makan situ, tp kali ni sup tomyam dia agak kureng n 'potong' nak makan banyak. Aku mkan eskrem ja byk. Tu pun susah nak amik sbb ramai bebudak 'bergayut' kat tpt eskrem tu.

Lps dari situ gerak ke Putrajaya - Adiey, asben Zana yg lead sbb meke org Putrajaya. Lagipun nak avoid org yg gi tgk konsert kat situ. Maka, lepak2 kat dpn Mahkamah tu plak. Dgn harapan, leh napak kut bunga api kul 12 kang. Yg si Nana, da perit2 tekak dahaga tetiba. Huhu.

Sambil2 tu amik gambo la. Memacam gaya ada. Klaka tul. But happening dowh. 

Tup2 takde ko bunga api, ke tak napak kot. Setakat 2,3 kali je denga bunyi. Ceh. Tp takpe la, sbb kiterang pun bkn nak tgk sgt bunga api. Last2 napak asap ja. Haha. Trus ke kedai mamak plak. Minum.

Dan dlm kul 1 baru gerak dari Putrajaya. Ya. 2 mlm berturut2 smpai umah kul 2 pagi. Mmg cam org muda mudi. Tkpe la. Sekali sekali ye dok. Akhir kata, dari kami


*gambar lelain ada di timeline FB. Cea..timeline skang yew.. baru la ikut trend. Hahaha. Choii....!

*TTC Corner adalah secret group bagi aku dan kawan2 yg sama lane sedang ber TTC. Mmg tak ramai pun dalam secret group tu dgn tujuan agar kemesraan benar2 terjalin antara kami.

Monday, January 2, 2012

Maha Melihat : Opick Feat. Amanda



Eh. Apsal entry ni dlm draf?
Dgr lagu ni dlm citer Cinta Elysa dulu.
Trus macam jatuh cinta.
Sker. Lirik pun bagus.

Lirik lagu Maha Melihat - Opick feat. Amanda (OST Manohara)
seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta kan pergi
yang didamba kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

repeat reff: [2x]

Gemersik Kalbu : Akasia

Google
Cemana dgn cerita Gemersik Kalbu?
Boleh di follow?? Biasa la, dia awal2 ni tak berapa bes, sok2 da tgh2 sket baru bes kan?
So, aku pun mengambil kesemapatan utk baca semula novel nya.


Oh. Lain dari novelnya.
Kalo dlm novel ni, Tok Abah Raihana meninggal kat Mekah, tp dlm drama derang meninggal skali.
Lps tu dalam novel Raihana ni cikgu, mengajar jauh pedalaman.
Lps tu dalam novel mak dia tak la benci dia sgt.

Tkpe, baru 1st episod. Kita tggu next2 lagi.

Lama giler da novel ni aku beli dan harus kena repeat balik.
Mmg tak igt langsung.

Masa tgk novel nih, kat dpn ada something plak aku tulis.
Haha. Jiwang.
Maklum la, time tu beli kat book fair, yg meneman pun harus la bf time tu, tu yg kuar ayat jiwang. Tp aku tak amik la gambau apa yg aku tulis tu. Bak kata tagline novel Gemersik Kalbu nih
"Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai"

p/s : Memang peminat Anis Ayuni and ada seme koleksi novelnya

Sunday, January 1, 2012

1 Jan 2012 : Azam

1.1.2012.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

*Panggg....!*

Kasik penampau sedas bagi sedar sket. Haha. Motip nak bersatu satu Malaysia plak nih.
Entry pertama ke utk reni? Ke smlm tu yg pertama.
Tah. Malas nak semak. Tp da siang ni, kira yg pertama lah yer.

Sana sini duk wish Slmt Tahun Baru, baik di blog, FB dan ada la 1,2 di SMS. Aku nak buat smlm, tp tak smpat. Apa yg tk sempat entah. Aku bukan buat apa pun smlm. Just kemas2 dapo, buang segala menda yg aku simpan entah berapa tahun. Huhu. Skali jumpa tepung beras yg xpired nya bulan Julai tahun 2007. Diulangi tahun 2007 yer. Haha. Sbb aku guna sesudu 2 je kot tepung tu, buat apa ntah lps tu tersadai dia dlm gobok tu. Punya la lama. Sblm tunang, kawen lagi. Mujo takde anak, kut ada, anak aku pun leh tgk tepung tu. Haha. Tp dia takde lak ulat2 tu. Apa namanya. Bubuk ke apa tah tu. Tapi bkn bermakna dari tahun 2007 aku tak kemas dapo. Itu bukan melampau itu da penyakit sampau. Haha. Nak kemas nih. Nati nak pindah. Haha. 400 kali dah kata nak pindah, tak pepindah. Motip owh. Mencik!

Oke. Oke. Takde sapa nak baca bebelan aku di hari cuti neh.
So, direct ke topic.

Nak cakap pasal azam nih. Aku selak entry thn lps pasal azam. Oh. Tiada azam panjang2. Aku berazam mahu mensucikan hati saja. Simple. Tercapai tak? Haha. Haha. Haha. Sesket bleh, banyak2 tu tak bleh. Tgk orang upload gmbr beli itu ini dlm FB, mula rasa cam eh dia ni nak show off ke apa. Tak bleh nya nak suci hati. Padahal aku sendiri pun ada upload gmbr2 camtu. Gi Ariani sebuk nak upload, gi makan nasik goreng pun sebok nak upload, lagi mau annoying kat org. Aku pang jugak kang kat diri sendiri. Lps tu org lak rasa annoy kat aku. Eleh, makan nasik goreng pun nak upload, eleh makan eskrem pun nak upload. Hey, biar la FB aku kot. Ko susah apsal. Haaa... sbb tu la  perlu suci hati. Hidup bagai putaran roda. Haha. 

Tp sedikit2 tu ada la menjurus ke arah suci hati tu. Cam tetiba rasa nak annoy tu cpt2 kata, eh..taperlu kut annoy2 apa org tulis, apa org buat ni.  Kita suci hati sudah. Cam kat opis pun camtu. Malas nak tau gosip2, dan cuba utk bercakap bila perlu. Mmg rasa cam 'suck' gak la kengkadang sbb tatau menahu gosip terkini kat opis tu, tp takpe lah. Kata ada 'kabel beso'. Kita gosip2 kecik tak main, tp gosip beso ada. Dan itu lah pun perlunya aku bercakap bila perlu. Takde geng gosip2 kat opis. Kalo rasa cam gatal lidah nak bergosip, aku carik member bukan dari opis. Safe n secure. Dan aku jugak mengamalkan konsep - Lantak derang lah nak kata apa, yg aku tau, aku dtg kerja carik rezeki kerana Allah utk bantu suami aku dan berikan sedikit khidmat pada yg memerlukan. Itu je nawaitu nyer. Lantak kau lah nak kata aku QC laki aku ker, aku tak beranak ke apa ke.  Aku sakit ati, ko yg dpt dosa FOC sbb menyakitkan hati orang tak memasal. Aku tatau kenapa, aku da tak kecoh2 pun, dah senyap ontok ontok kat tpt sendiri pun, tak kacau orang pun, ada gak 'laknatullah' yg sebok kacau aku.

Eh... eh... kata tadi nak suci hati. Apa cakap camtu tu?? Takmau...takmau... 

Jadi tahun ni, aku cuba lagi utk menambahkan percent suci hati ni yer. Sbb bila kita suci hati ni, dia akan merebak2 ke tpt lain juga. Bagus tu kerana hati la punca segalanya. *ye lah.. patut otak la kan, tp takpe la. Cliche la sket*

Then, thn ni juga aku nak belajar jadi seorang yg Istiqamah. Yer, bunyinya juga agak cliche dan poyo. Tp aku mahu cuba. Apakah istiqamah? 


Istiqamah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Daripada pengertian ini dapat dirumuskan unsur-unsur utama istiqamah:

-Berpegang pada akidah yang benar, aqidah ahli As-sunnah Waljamaah.
-Melaksanakan tuntutan Syariat Islam berpandukan Al-Quran dan hadis Rasullallah Sallallahu Alaihi Wassalam.
-Mempunyai prinsip dan keyakinan yang tidak akan berubah atau goyah.
-Tidak terpengaruh dengan dakyah dan godaan hawa nafsu dan syaitan.
-Tidak tunduk pada tekanan demi melaksanakan tanggungjawab dan mempertahankan kebenaran.

Dipetik dari Al-Azim.com. Bleh baca situ konsep Istiqamah yg diterangkan secar ringkas.

Dan aku penah gak dgr ustaz kata Istiqamah ni adalah berterusan. Atau dlm erti kata lain - konsisten. Ya. Konsisten juga agak cliche bunyinya, tp aku tau diri aku cemana. Buat satu menda tak pernah konsisten. Makan ubat - satu botol cukup terus benti. Makan pil - satu dua hari makan, lps tu buat2 lupa. Dah setahun baru satu botol abis, padahal kena abiskan sebulan jer. Buat treatment - tetiba nak tangguh. Apa kes?. Dapat buah zuriat berbiji biji, rebus sepasang je-yg lain simpan peti ais. Ada setahun da kut buah tu. Kalo tanam sure tak lama lagi dpt hasil. Pakai losyen taknak bagi tumit pecah - 2 hari pakai tgk da oke, bagus ni, campak entah mana, tk perlu ulang pakai. Jadi??  Aku perlu Istiqamah, aku perlu konsisten.

Juga ada la beberapa lagi azam yg tak bleh di reveal kan. Sbb nati tak buat, jadi poyosss sgt. Tp seme tu ada kaitan ngan suci hati n Istiqamah juga. Cuba sedikit demi sedikit walau pun lambat. 

Memetik kata Imam Muda Asyraf dalam twitter nya *eh, aku folo twitter IMAsyraf?? Iyer saya. Hihi*
Setiap datangnya Tahun Baru, bermakna semakin hampir kita utk kembali bertemu dgn Allah SWT..
Lps tu ada yg lebih Istiqamah pulak yg reply 'bukan setiap tahun baru je ustaz, setiap hari yg berlalu pun mmg kita hampir dgnNya' Oh. Betul la tu. Tp yg IMAsyraf tu cakap sbb nak kaitkan dgn kedatangan tahun baru ni. Tp tkpe. Suci hati. Suci hati.

Jadi, itu sahaja. Akan selak semula entry ini pada 31.12.2012 nati, sekiranya dipanjangkan umur oleh Allah. Berapa percent yg dapat dicapai.

Apa pun moga Allah membuka pintu hati kita menjadi muslimah yg terbaik. :)

Sblm tu nak 'teaser' dulu gmbr menytim kan diri sempena pertukaran tahun :)

Restoran Steamboat MAEPS