Saturday, April 3, 2010

~PnStoberi Balik U.Dong~

Ni citer last month.
Masa balik kg my dear di.......

Masa tu ada wedding sedara my dear kat sana.
So, kalo balik sana kena la mandi kat waterfall [baguss..ada tarikan utk aku nak balik sana. at least ada sesuatu yg aku sker..ngehhh]. Nama dia Lata Jarum.
Air sejuk giler.
Masa ni aku pi pepagi dlm kul 10 camtu.
Gigil.

Ni gmbr kat tpt yg agak cetek.
Jd mcm tak puas nak celup muka pun tk buleh carik tpt lain.
[lps tu leh la plak terjumpa opismet. What a small world lah. Rupanya wife dia pun kg area2 situ jugak..patut aku tgk mcm kenal je itu org. Haha]

Luas tpt ni. Sng la nak berkhemah ke piknik ke.
Tu yg aku trus plan ngan adik2 kat opis utk bbq kat sini nati.
Penginapan tkde poblem dah. Umah arwah nenek my dear tu pun da ok. Walo tkde la katil tilam bagai tp buleh je. Ala2 kadar je kan. Ada elektrik, ada air pun dah cukup.
Plannya nati before ke sini nak naik Bukit Fraser dulu sbb dah lalu. So, pastu baru pi Raub. Plan mcm bes tp tak ketahuan la jadi ke tak.. Harap2 jadi la kan.


Tpt ni mmg bes..jauh pedalaman dan agak jauh dr pencemaran [tp last yr ms 1st time aku balik ada xtvt tebang pokok agaknya..air jd oren!] tp tu lah..gmbr bawah tu. Maknusia la yg mencemarkannya. Tkde kesedaran moral kan mereka. Buang sampah merata2. Sungguh la tk sayang kan bumi. Cemana la maknusia2 ni tak buleh beradap sedikit. Sayang tau tpt ni.
Gmbr aku terselit tepi batu tu aku saja la nak capture sbb batu mcm unik plak kan. My dear kata "jgn tegur2 lah" Hehehe.

PnStoberi : Seronoknya mandi air terjun.

Thursday, April 1, 2010

~PnStoberi & Intebiu 2~

kredit : here

Ada entry berkenaan intebiu ari tu kan.
So, Isnin ni interview nya.
Memula mmg mcm m.a.l.a.s.
Tp suma kata 'pegi saja la'
Ok la aku pegi la. Suma mcm bagi harapan.
[excuse me, buleh tak, tak perlu bagi harapan pada aku. Haha. Giler aku ni..takkan ada org nak ckp.."tkyah gi la ida, sure tk dpt nyer" ]

Lepas tu skang ni aku sudah la ada semangat dan enthusiasm utk pergi. Haha. SEMANGAT!
PIC : HERE


Ramai rasanya masuk intebiu tu. Tp..lantak lah..malas nak pikir. Ada rezeki ada la kan. No sob sob here..no sob sob there kalo tk dpt. Tk pyh la nak berair idung suma kalo tak dpt kan [ok..kat blog lama ada citer aku menanges bagai nih..cess!! udah la masa tu on my befday eve..mana tak sedey woo..sepjg hayat aku ingat]. Tp masa tu buleh la tulis sesuka ati sbb masa tu tkde rakan seopis prihatin cam skang ni. Skang kalo nak luah kan apa2 pasal opis aku kena lock pakai solex nih. Kut tak berterbangan citer aku ke merata pelusuk alam. Tp tkpe sbb aku da dpt 'tangkap' beliau..so..aku aim/suspect beliau je lah kan. Haha.

Ok checklist utk intebiu :
  • soklan pasti ditanya : apa sumbangan anda pada opis ini?? - checked - suda ada jawapan.
  • mengapa anda layak utk jawatan ini : checked.
  • kalo anda ditukarkan nak tak : checked
  • perintah Am, Dasar2 : maleh..tak kuasa lah aku. Kalo dia tanya aku diam je lah
  • Cara2 utk mempromosikan kraf : checked
  • Baju batik : checked. Cuma esuk cari tudung je.
Tu je la..lelain persediaan takde. Malas lah nak pikir sgt. Kali ni mmg sgt2 bergantung pada rezeki Yang Maha Kuasa.

Harap kawan2 yg membaca doakan yang terbaik utk pnstoberi ya.

PnStoberi : mungkin ada terselit rezeki di sebalik ketiadaan rezeki yg satu itu.

~PnStoberi hilang hak xclusif~

Ha..ni yg maleh ni. Bila pvte kan blog sudah la tk dpt hak xclusif tu.
Hadooi...

** updated 02 April - yey!! da ada da bola2 tu..yey! yey!. hoho.**

Tau kan kalo kita da register ngan nuff then kita leh jadi xclusif nuff. Nak jadi tu kena takde letak iklan apa2 selain iklan dr nuff.

Lepas tu kalo nak letak bola2, ke apa ke yg pop out kat bawah [entah apa nama dia aku pun tatau] tu pun kena jd glitterati status [xclusif nuff la tu]. Ok la, sblm ni mmg ada. Pehtu bila aku pvte kan blog dia da tkde. Aku pun pikir mungkin lps bkk nati ok la balik. Tp..da bukak balik ni pun da takde bola2.. uwaa...nangess..

Walo aku tau menda tu agak annoying sbb kalo nak bkk mesti jd mcm lembap..tp aku sker sbb leh zass ke blog org lain yg napak mcm menarik topiknya.

Nak buat balik dia kata aku bukan glitterati members. Aku pun baca..rupanya sbb ini :

* Glitterati status may be lost if for any reason we are unable to detect a Nuffnang ad on any of your registered blogs (e.g. if your blog is taken private, has been suspended, or your blog server suffers a prolonged failure), or any blog does not receive any traffic for an extended period of time.

Adehh...tu la pasal..tu la..tu sbb aku maleh nak pvte ke apa ke. Sbb bila aku da terjebak dgn iklan2 macam ni tentu2 lah kita nak hasilnya kan.. eiii..geram tol aku tau. Ni kena tunggu balik la ni. Waduhh..ceni cena nak kaya ?? Hahaha.. [mcm la dpt hasil ribu riban..apa ko ingat blog ko thp ribu riban unique visitornya?? mimpi di siang hari la ko pnstoberi. Ngehh..!! ]

PnStoberi : tk kira..nak buat entry bebyk. Kahh...!!

~PnStoberi & ujung minggu ini~

Happy 1st April.
Bulan ni wiken agak bz.
Hanya wiken ini sahaja yg takde plan.
Tp smlm sudah buat plan.
[pnstoberi ni mmg ceni..then kang dia sendiri mekak2 kat fb kata takde rehat..padahal sendiri carik plan taknak berehat].

Nati nak apdet kat sebelah tu plan April ni.

Tp ujung minggu ni iaitu ari Sabtu plan saya adalah..
Girl's day out...!!

Haha. Mcm ramai je girls nyer. Ada aku n Dee je.
1. Da plan nak karoke sbb nak pilih telekong [aku kirim kat dia telekung from Bandung. Rajin bervacation dak Dee nih..retu da pi tour europe. Dee..take note yang saya adalah menjeles. Huhu]
2. Lepas tu ajak dia neman pi cuci wambut. Iyer..sila keji sbb last saya cuci rambut adalah sblm kawen. Wah..giler lama kan..kalo tidak da buleh cuci rambut anak sekali. Saloon pilihan adalah Derrick Team kat MJ sanun. Adakah nak potong rambut?? Tidak lah. Kalo nak pun trim seskit saja. Sbb kalo wash dia ada cut pree. So, better amik kan?.
3. Lepas tu nak ajak zoom pi pwtc. Ada pameran kasut kan. Sy mahu beli kasut Jimmy Choo. Kahhh..giler..takde lah..saja nak cuci2 mata. Mesti syiok ini. Ajak my dear?? silap tpt la..
4. Lepas tu nak pi pasar mlm jalan TAR lah. Nak makan cendol n laksa.

Yang no. 3 dan no. 4 tu buleh switch la memana dulu. Tp kan..sy nak tempah baju kat MARA. Err.. kalo saya kata baju raya, korang keji tak?? Ngehhh..sbb nya pose pun tak abis ganti udah sibuk2 nak tempah baju raya. Sbb thn lps sebulan sblm pose org da takmo terima tempahan. Tp takut2 juga nak tempah sbb saya takut saya menggemuk tetiba dan smpai bulan 9 da tak muat. Cena?? Saya dah la nak tempah baju kurung moden ni. Nati sy tunjuk pesen dia tu.

Ok. Itu saja. Saya nak gi solat dulu. Da dkt kul 2. Papai..

PnStoberi : sbb tu namo duduk jauh dr city center nih. Hikssss..

~Bukan Entry PnStoberi~

Ingat entry pasal tak bahagia tu. [tak perlu link sbb da di kunci]
Entry tu adalah ter hot tau. Ingat hot dgn komen je. Tp hot jugak dgn satu kes.
Sbb kes itu gak la blog ku di private kan.

Ini kes hampir 2 minggu lepas.
Jd kecoh tetiba. [idak la kecoh mana pun..takat2 2,3 org je terlibat dlm itu gmbr]
So..ttiba org yg terlibat mintak maap kat laki aku.
Dia kata dia takde pun ckp pasal tak bahagia tu.
So..dia suh aku perbetulkan keadaan.
Katanya maruah nya sudah tercemar. Aku ckp aku takde apa2 pun. Just luahan dlm blog.
Tp dia kata ini sudah serius. So..dia nak jugak aku clearkan bahawa dia tidak mengatakan ttg ketidak bahagiaan itu.
Ok..ok..aku suh dia je emel kat aku apa yg dia nak ckp..then aku tempek je sini..tp dia takmo..
Dia suh aku jugak sbb dia kata penjelasan dari aku yang penting sbb entry itu luahan hati aku. Emm..ikut kan je la..kang jadi lagi meleret. Malas aku nak meleret2kan keadaan ni.

Aku rasa para blogger dan para follower buleh faham kaedah dan konsep blog aku ni kan.
Aku bukan memberatkan pasal org mengata aku. Ia lebih kepada suka duka yg aku perlu hadapi ketika aku belum ada rezeki nak ada baby. Aku penah kena lebih dari teruk dari word 'tak bahagia' itu..iaitu "TAK PANDAI MAIN". Ha..tu mmg direct di kata ke aku. Tp..aku tak kesah..aku buat tatau je..ttp tegur org tu cam biasa.

Tp takpe la..dia mohon juga aku clearkan nama dia.
So..kat sini aku gitau la korang..dia tu tak mcm tu..dia tak ckp pun tak bahagia tu. Ada misscommunication la kiranya.
Tah..aku pun da tak pikir apa2 dah.

Aku pun rungsing bila private kan blog ni. Tp bila jd camni lagi runsing kan. Bila ada pengikut setia secara senyap2 lagi rungsing. Bila ada org sampai menyampai pun rungsing jugak.

So, pas ni every each entry yg berunsurkan pejabat harus ber kunci. Bahaya!
Nak kunci tu kena mintak tuan punya blog lah dan jika anda adalah rakan sepejabat mmg tak dapek la. Hoho...

Ok. Disable komen utk entry ini. Jgn pertikai2 plak cara aku buat entry nih. Dan sebarang surat menyurat, faks, emel, telefon juga SMS berkenaan perkara ini tidak akan dilayan.

Dah..oh. Lupa..maaf la pada sesapa berkenaan.

Terima Kasih.