Showing posts with label zuriat. Show all posts
Showing posts with label zuriat. Show all posts

Monday, July 29, 2013

Ihya Ramadhan #20 : Untuk Renungan Bersama

Dari FB Ustazah Noor Laila Aniza (Sebagaimana aku share di FB pada 25.7.2013)
*********

Bismillah...untuk mereka yang telah berkahwin tetapi masih belum dikurniakan zuriat~

1) Alhamdulillah...saya ingin katakan...bersangka baiklah pada Allah..bersangka baiklah pada Allah...bersangka baiklah pada Allah...

2) Allah Maha Baik....

3) Buatlah sujud syukur(google cara buat sujud syukur)& syukurlah kerana masih belum diberikan anak. Nabi pesan formula untuk ditambahkan nikmat adalah "Bilamana kamu diberikan nikmat yang sedikit, kamu bersyukur, maka Allah akan tambahkan nikmat itu" 

4) Mengapa Dia masih belum beri anak? Jangan membuat jawapan-jawapan sendiri. Tapi jawapannya hanya satu-KERANA DIA MAHA BAIK!

5) Jangan fokus kenapa masih tak diberikan anak, tetapi fokuslah untuk hidup dalam sentiasa memuji Allah tanpa henti 24jam/7 hari/siang malam

6) Buang semua perasaan sedih

7) Berlapang dada & senyum selalu

8) Jadilah insan paling bahagia tanpa anak..Kerana itu kehendak Allah yang menciptakan kita~Siapa kita untuk melawan kehendak Allah?

9) Atas segala usaha & doa,DIA masih memilih kita untuk tidak dikurniakan anak. Sungguh DIA MAHA TAHU apa yang terbaik buat kita pada saat & ketika ini

10) Usah kita bimbang dan risau hidup tanpa zuriat, atau putus keturunan

11) Usah merungut mengapa sampai sekarang belum dapat anak kerana itu bermakna kita komplen Allah

12) Teruskan usaha bersungguh-sungguh & jangan jemu selagi kita mampu & mahu

13) Tiap kali 'bersama', 'bersama' dengan penuh rasa ghairah & cinta, bersungguh-sungguh dari hati untuk cari redho Allah & doa & yakin Allah akan beri zuriat dari 'hubungan' ini.TIAP-TIAP KALI BUKAN PADA WAKTU SUBUR SAHAJA. Sungguh kita tidak tahu, bila Allah mengatakan 'kun faya kun..'

14) Usah 'bersama' dalam keadaan tidak ada semangat atau bersama dalam keadaan putus asa dan anggap kita takkan dapat anak pun sebab dah banyak kali cuba..Allah bertindak mengikut sangkaan hambanya..begitu kita sangka, begitulah hasilnya. Teruskan mencipta sangkaan-sangkaan yang baik

15) Untuk seorang isteri, berbahagialah kerana isteri-isteri Nabi juga tidak memberikan Rasulullah ank kecuali Saidatina Khadijah & Mariah. 

16) Jangan salah menyalahkan pasangan. Jika kita mahu hidup dengannya, teruskan dengan redho, hormati & sayangi dia. Jika tidak mahu lagi bersama, kita berbincang & cari jalan yang disepakati.

17) Banyakkan istighfar dan melakukan solat taubat kerana dengan taubat, Allah ampunkan dosa kita , angkat darjat kita dan luaskan rezeki kita

18) Banyakkan sedekah kerana dengan sedekah menyucikan jasad dan hati dan membuka luas ruang-ruang rezeki yang tidak disangka-disangka

19) Puji Allah sentiasa & syukur banyak-banyak kerana tidak diberikan anak pada waktu ini
Syukur bererti kita menerima dengan lapang dada, kita senyum dan rasa bahagia kerana kita tahu Allah memperlakukan kita dengan sangat baik

20) Suami & isteri kena satu fikir. Tiap kali bangun pagi, sama-sama ucapkan, "kita akan dapat anak kandung tahun depan 2014" .Ucap tiap-tiap hari dengan tarik nafas, senyum dan yakin

21) Tuliskan di atas kertas besar dan lekat pada dinding atau mana-mana kawasan yang senang untuk kita lihat -tulis "kami akan dapat anak kandung pada tahun 2014". "saya akan hamil pada 2014" atau apa sahaja ayat pendek yang TIAP-TIAP HARI mata kita boleh melihat, mulut kita boleh menyebut, telinga kita boleh mendengar, masuk dalam otak kita, sampai pada hati kita dan semua kenyataan-kenyataan itu akan diproses dalam sistem badan kita

22) Konsisten makan makananan sunnah, madu, kurma, susu, kismis, buah tin,minyak zaitun, dan tiap kali makan, niatkan "kami(suami isteri) makan ikut apa yang nabi makan, tolonglah ya allah berkati makanan ini dan hasilkanlah darinya pada tubuh kami zuriat yang soleh dan solehah"

23) Jumpa doktor dan ikut nasihat doktor sungguh-sungguh bukan separuh jalan atau ala kadar

24) Jangan kedekut keluarkan duit untuk perbelanjaan rawatan

25) Mohon mak ayah dan adik-beradik konsisten buatkan solat hajat untuk kita. Seluruh ahli keluarga kena sepakat & rajin

26) Suami isteri buat solat taubat & solat hajat tiap-tiap hari jangan tinggal termasuk membaca yassin

27) Suami Isteri baca tiap hari surah Ibrahim ayat 40, surah furqan ayat 74 dan surah al-anbiyak 89 (rujuk tafsirnya sekali)

28) Tinggalkan semua kemaksiatan dan siap sedia sentiasa kerana bila-bila masa kita akan jadi ibu & ayah! :))

SELAMAT MENJADI IBU & AYAH BILA TIBA MASANYA~ SENYUM SELALU HIDUP INI INDAH!!!

****Orang sekeliling sibuk bertanya, dan telinga kita panas dan hati tersinggung. Untuk semua yang bernama masyarakat, pernah atau tidak kita mendoakan golongan ini untuk Allah kurniakan mereka zuriat atau kita hanya tahu mendesak dengan soalan. Sungguh kita melukakan hati mereka, Allah lebih-lebih lagi akan melukakan hati kita~

TAMBAHAN: Pernah seorang makcik ni, ketika anak sulungnya hampir berkahwin beberapa tahun yang lalu, dia mengadu, 'makcik tak sedia lagi nak timang cucu, makcik tak sedia lagi nak jadi tok, makcik muda lagi"- selepas anak sulungnya kahwin bertahun-tahun, tidak dapat anak walaupun adik-adiknya kahwin dan semua dikurniakan ank...ibu-ibu dan ayah2 tolong check perkataan jgn smpai jadi satu doa tanpa sedar & anak-anak tolong jumpa mak ayah risik-risik bertanya kalau-kalau pernah menyebut perkataan seumpama ini. Jika mungkin mak ayah kita dah terlupa atau menafikan, maka minta sahaja mereka sebut, " ya allah aku redho ankku ini diberikan zuriat dan aku mahu menjadi nenek/tok/opah kepada anak yg dikandungnya nanti...tolong ya Allah..."

Wednesday, March 6, 2013

Kami Redha, Dan Bantu Kami Untuk Bertambah Redha

"Zuriat bukan sahaja menjadi penyambung kasih antara suami dan isteri tetapi juga penyambung generasi keluarga. Justeru bersyukurlah bagi mereka yang mempunyai zuriat. Tetapi tidak semua insan bertuah dikurniakan zuriat"

"... hilang semua rasa sakit dan tatkala mengazankan si kecil yang dinanti lebih 11 tahun, maka berjuraianlah air mata sang suami. Syahdu dan gembira bersatu menjadi satu"

Isu Keranamu Zuriat - Majalah Seri Dewi & Keluarga - Mac 2013.
Agak terlewat memilikinya. Isu yg menguatkan semangat. Juga tersebak seketika bila membaca artikel2 nya.

Kami redha. Dan bantu kami untuk bertambah redha :)

Friday, December 10, 2010

~Pasal Buah Zuriat~

Eh. Eh.. btul kah che puanstoberi tak kuar pi memana lunch nih?? Mcm tak caya jer.. ok, sila pecaya. Mmg me myself ada kat opis waktu rehat yg pjg di Hari Jumaat ni. Kerana apa tak kuar? Malas. Adik2 SPS tu ada ngajak pi PV. Jln kaki je. Mmg dkt banget opis kiterang ni dgn PV. Lalu je blkg Royale Chulan tu, cross d road, udah sampei. Lagi pun aku nak pi JJ jap gi ptg kang. Mau beli adiah kawan yg nak kawen on 18hb ni serta, kalo takde apa2 mau carik adiah utk anak org tu yg nyambut befday sama ngan aku tu. Tp tatau lagi bleh pegi ke tak. Rasa mcm boleh. Nati jap gi print peta. Aku tak berapa arif sgt area River of Paper  tu. Hihi

Ok, sbnr nak citer pasal ini.
Kredit : Here

Dulu da ada buat entry kat sini kan.
So, ms cuti Maal Hijrah retu da ziarah Mak Ta yg balik haji. Blum masuk umah trus dia ckp "Da, ko nyer buah yg kirim tu ada...tp dalam kargo, kargo tu tak smpai lagik". Huhuhu. Yeyhh!! Eh..silap...Alhamdulillah.. harap harap slmt smpei lah kargo itu nati.
Owh. Skang ni barang tak smpai ngan tuan dia yer. Naek kargo plak. Tk penah la plak aku tau. Time aku pi dulu, tuan smpei, brg pun smpei gak. Tp tu tahun berapa. 20 thn yg lalu. Masa tu org tak sebok sebok nak shopping pun kan. Skang tengok... kan ada dlm berita kata jemaah M'sia la paling byk berbelanja kat sana. Hihi. Yelah, suma nak beli dari sana, pdhal kalo sejadah tu, kat Mydin dpt lagi murah. Hihi. Lps tu da tak muat katebang. Hihi. Ok. Stop di situ.

Sebenarnya ada persoalan berkaitan buah ini. Cemna cara sebenar nak makan ni?. Ada yg kata rebus dulu. Nak rebus tu plak kena kuarkan isi dia ya. Cam Iritiyah buat ni. Cemna cara sebetul dia eh? 

Ni pun salah satu usaha gak. Mana tau...sempena nak anniv ke dua ni Allah makbulkan doa kami :))

Owh ya, pada rakan2 yg sama mcm saya, mmg saya nak share sesama buah ni, tp makcik saya kata dia beli 4 biji je. So, tak dpt la kut saya nak bagi sesama unless retu ada kirim. Tapiii...ada tapinya...kalo dapat buah ni nati, dan saya dah rebus, boleh la dtg umah saya. Kita sesama minum yer.

Tuesday, October 19, 2010

~Pasal Berisi Tp Takde Isi~

Again. Citer pasal peknen. Kebetulan lak mggu ni penuh citer berkaitan peknen nih. 
Ni citer baru. Masa lps aku wat entry kecewa kecewa tu. Trus naek meting.
Sblm tu kat bilik meting tu ada meting lain.
So, tggu jap kat luar. Maka dah abis tu keluar la ahli2 meting sbb kiterang nak masuk.
Sekali tgh aku duk kat kusi tu dtg la sorang kawan.
"Ida...lama tak jumpa"
Aku pun cam ha..ok..sengih je la. Sbb dlm ati kan aku duk menyampah2 nak masuk meting, plus kecewa lagi la hapa kan. Memacam pikir otak nih.
"Eh...ko..berisinyaaaa..." Macam teruja dan terkejut tgk aku dah berisi ni. Tgk mcm aku ni gemuk giler la kan.
Aku sengih lagi..tk smpat nak ckp apa. Terus dia smbg.
"ke sbb ada isi nih..ada eh..ada eh..ada isi" sambil pandang2 perut aku.

Hieee...udah la aku ni tgh berpikir memacam. Nak kena masuk meting yg ptt aku tak yah masuk. Nak kena pikir itu ini..tetiba dia buat pangai camtu plakkk...

Aku pun bangun je dari kusi, trus masuk bilik meting. Sblm tu aku sempat ckp
"boleh tak kalo tak tanya pasal mengandung..ini jumpa je mesti ckp pasal mengandung. Malaslah"
Aku terus bangun..jalan masuk bilik meting walo sebenarnya aku nak masuk last skali dlm bilik meting. Yelah..aku bkn ahli meting tu kan..just nak jawab soklan2 je kan.
Aku dgr dia panggil aku. Tp aku buat donno je.

Lantak kalo dia nak kata aku emo ke apa ke. Tp aku dah muak dah dgn soklan2 mcm tu. Tgk aku gemuk, kata mengandung. Salah ke gemuk wes. Gemuk tu mesti mengandung ke? Tu aku tgk ada budak tu mengandung dkt 8 bln dah maintain je badan dia. Tak gemuk langsung. So kenapa ko buat kesimpulan gemuk tu mengandung.

Nak kata aku emo kata lah. Tp aku masih boleh bertahan kalo yg tnya tu mmg ada hub baik dgn aku. Mcm retu, aku pi Penang. Then kawan yg dah lama tk jumpa trus tanya "Badan naik la Kak Ida..makan ubat ker" (ubat tu maksudnya pil perancang la kan.. Kan org makan pil tu badan cpt naik). Tp aku takde la menyinga ke apa ngan dia sbb aku rapat ngan dia. Dulu serumah dgn aku. Jd aku rasa dia ada hak la nak jaga2 tepi kain aku. Ini...jumpa sekali sekala je tetiba sibuk nak tau aku peknen ke tak.

Mana yg dah ada anak tu, korang mmg aku anggap insan bertuah. Takde sapa pun akan amik berat tnya korang mengandung ke apa (walo aku tau, kalo ada anak sorang, org akan tnya bila nak tmbh..bila nak tmbh..persoalan yg tak akan abis selagi ati derang tak puas). 

Mana yg senasib ngan aku mungkin paham perasaan aku ni. Cuma kadang mungkin korang tak sampai hati nak buat org camtu. Aku ni mmg dah smpai tahap tak tahan dah. Kadang smpai rasa mcm hina sgt diri ni bila gemuk org kata mengandung tp sebenarnya tak. Mcm OKU plak rasanya. Ha..mmg aku emo giler lah kan. Lantak lah emo ke tak. Yg pasti aku dah malas nak cover2 lagi dah. Lps ni dia tau..aku emo kalo ditanya bab mengandung. Lps ni mesti dia citer kat suma org 'alah..Ida tu tnya mengandung ke tak pun nak marah". Ah....lantak lah.. aku dulik hapa. Bukan dia bayar gaji aku (eh..relevan kah)

Aku dah sabarkan diri aku ni.
Aku dah pujuk hati ni.
Aku berkali2 dah katakan pada hati ni bahawa setiap yg berlaku ada hikmahnya.
Tp..org di sekeliling yg salu sgt buat aku rasa down down down.

That's itu..itu saja. Moga mereka itu sentiasa berada dlm lindungan Allah hendaknya. Amin.

Sapa lah taknak zuriat kan???? Dan bilakah aku dpt merasa saat sebegini... tsskk....

Source : Here
Oh ya..utk kamu, kamu, kamu, kamu dan kamu kamu sekelian, aku tidak menulis perihal kamu kamu atau perihal rakan2 kamu. Jadi aku rasa tak perlu la kamu jaja jaja cerita ini sekelian alam ya sebagaimana yg pernah berlaku pada aku satu waktu dahulu. Aku tak mahu melayan itu suma. Byk perkara penting yg aku perlu pikirkan dari membincangkan persoalan ini.
Ini blog personal sama lah seperti diari ku sendiri. Jika kamu kamu sekelian  dpt membacanya, diamkan lah saja utk diri kamu seorang. Jgn la menjaja cerita ini di sana sini. Mencari2 org dan kemudian berkata 'eh..ko tau..Ida tu dlm blog dia tulis pasal ko'. Apa faedah yg kamu kamu dapat? Masuk dlm SKT kamu kah?
Cuba tnya pula apa aku dapat? Ngeh..dapat duit la. Haha.
Lps tu aku rasa tak perlu la print2 blog/entry aku nih macam ada kawan kamu buat dulu. Opis kita ni kan dah kurang ink printer. Tk perlu bazir bazir. Just gugel PUANSTOBERI. There...berlonggok citer pasal pnstoberi dlm ni. Kan mudah tu. Kamu kamu tahu, every each penjejakan kamu kamu serta kawan kawan kamu itu membawa rezeki pada blog ini. Baguslah kalo mcm tu sbb visitor pnstoberi semenjak contest tamat mmg merudum. Iklan pun jarang masuk. BE pun dah tak selebat dulu. Kalo kamu kamu rasa kamu kamu best sangat dan suka jaja cerita org..silakan..ai tak kesah. Aku dapat sesuatu..tp kamu??? Lu pikir lah sendiriwww..

Monday, October 18, 2010

~Pasal PCOS~

Tetiba aku mcm menggigil jer. Terkejut pun ada gak. Risau pun ada gak.
It's about seseorg yg rapat dgn aku. Lebih kurang aku gak kawen, tp masih tak beranak.
Dia ada period prob. So, gi check then diagnosis ada PCOS.
Rasa laju jantung aku bila dia tunjuk surat hosp yg dia di diagnosis PCOS.

Huwaa...tetiba aku lak yg gigil. Katanya better akak pi check.
Owh.. selama ni aku tak penah nak hirau pasal PCOS ni walo aku salu jer baca kat porem porem.

Tp dari apa yg aku baca, aku mmg takde simptom PCOS.
Period aku tak pernah miss dan mmg on d dot. Baik dia..tak pernah lewat. Kalo lewat pun ada la 2, 3 ari je. Saja kan..nak bagi aku macam 'eh..peknen kah'. Ha gitu.

Simptom PCOS :
Apa simtom dan tanda PCOS?

Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:

    * Haid yang tidak teratur
    * Tiada haid selama berbulan-bulan
    * Tiada ovulasi
    * Pertambahan berat badan yang keterlaluan
    * Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
    * Kencing manis

Gigil wes. Walo takde simptom PCOS, tp aku tetap mcm risau..apa lak aku nyer diagnosis ni kan. Owh.. aku rasa mcm hari ni gak aku nak ke LPPKN.

Info : Here

Sunday, October 17, 2010

~Permata Yang Dinanti : Buah Zuriat~

Dalam usaha aku utk mendapatkan zuriat, aku tak pernah lagi mencuba yg satu ini.
Dari apa yg aku gugel, buah ni pun buleh membantu.

Gmbr gugel dari forum cari.
Kebetulan mak sedara my dear ke Mekah thn ni, jadi nati nak kirim lah.
Mana lah tau.
Dan nak kirim jugak akar siti fatimah tu. Dulu masa gi Mekah, ada mak beli, tp tu dah 20 thn lebih dah. Ada lagi ke tah.

Juga nak mintak dia doakan utk kami di tpt paling mustajab tu. Moga ada rezeki kami kali ni.

Selamba je aku kan. Dkt 2 thn tak dpt anak pun mcm rileks je (walhal dlm hati Tuhan je yg tahu). Ada byk plan dlm pala nih. Yg pasti waktu terdekat nak pi berubat kat DaruSyifa (sekali lagi). Yg treatment tu.. nati tggu hal umah siap dulu. Yg itu mmg tak leh rush2 sbb dia memerlukan ketenangan pikiran. Kalo stress hal itu hal ini buleh menggangu jugak. Bkn murah woh nak buat treatment tu (rasa..kalo tak smpai thp specialist, boleh claim nih).

Apa pun..moga ada rezeki lah utk kami sbg hadiah 2nd anniv yg menjelang tak lama lagi. Aminnn...