Showing posts with label 30 days challenge. Show all posts
Showing posts with label 30 days challenge. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

~Pasal Challenge : Day 30 ~

Cait...aku meng gagal pada challenge hari terakhir.
Ptt smlm da kuar entry challenge ni.
Cena leh gagal nih.. ??
Tkpe.. rilek..rilek..
So, kita teruskan.. yg terakhir  ini.

Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Oh. Memula gmbr saya pada hari ini.

Ini adalah gmbr hari smlm iaitu pada hari Sabtu.
Saya letakkan gmbr smlm sbb patutnya saya tamatkan cabaran ni smlm.
Tu gmbr kat Floria Putrajaya 2011.
Pakai baju Liverpool. Semangat Liverpool la kononnya. Bahahah.

3 good things that have happened in the past 30 days.
* saya dpt bercuti di Cameron Highland. Alhamdulillah. Berjalan lancar.
* saya dpt balik kampung. Jumpa mak. Alhamdulillah.
* saya dpt outstation ke Pahang - KPI utk pemeriksaan aset ke cawangan hampir tercapai. Alhamdulillah.

Itu saja.

Tamat la sudah cabaran saya.
Apa kata, pada yg takde idea nak update hari2, buat cabaran - 30 days challenge ini.
Bes weh..!

Dan kalo sapa alert, byk cabaran ni yg saya ada jawab pasal zuriat, zuriat dan zuriat. Ini bermakna, saya amat mendambakan zuriat ketika ini. Moga Allah mendengar dan memakbulkan doa saya ini.
Aminn.. ya Rabbal Alamin :))

Friday, July 15, 2011

~Pasal Challenge :Day 29~

Day 29 – Something you could never get tired of doing.

Berdoa.

Dan terus berdoa kepada Allah agar dikurniakan rezeki zuriat.
Aminnn......

Thursday, July 14, 2011

~Pasal Challenge : Day 28~

Day 28 – In this past month, what have you learned?

  • Kita takkan dapat memuaskan hati semua orang.
  • Orang takkan abis bertanyakan soal anak, jadi belajar utk kontrol emosi.
  • Memasing buat sesuatu kerana motif, jadi kau buat hal kau, aku buat hal aku, jgn nak sebok sebok jaga tepi kain orang (tapi kadang ter sebok gak. Tp takpe, kita citer ngan kawan2 lain)
  • Sabar. Usaha Tangga Kejayaan (yg ni bkn takat this past month, ini sejak Januari 2009)

Wednesday, July 13, 2011

~Pasal Challenge - Day 27~

Day 27 – A picture of your favourite band or artist

Uih...da umor2 gini, takde da fav band ngan artist ni.
Tp kalo aku tepek gambo ni, amacam..??


Miahahaha.

Ni grup kegemaran masa sekolah ni. Sbb tu tempek gambo masa deme album AWAS. Bahahahahha

"awas... gerak langkah mu woo hooo"

Tuesday, July 12, 2011

~Pasal Challenge : Day 26~

4 days lagi nak tamatkan cabaran ni. Caiyok. Caiyok.

Day 26 – A photo of somewhere you want to go.


Tapi di sudut hati, keinginan saya tak pernah lekang utk ke sini sekali lagi. Kalau 22 thn dulu dgn ibu dan ayah, mungkin nati bersama suami. Insyaallah....

Pic : google

Monday, July 11, 2011

~Pasal Challenge - Day 25~

 5 days to end this challenge

Day 25 – Short term goals for this month and why

This month?
July eh?
Short term goal - moga berjaya pregnant.
Why? - tak perlu la aku nak wat segala IUI bla bla bla tu.

That's it.

So, ready....get set.... GO...!!!

Sunday, July 10, 2011

~Pasal Challenge : Day 24~

6 hari sblm cabaran tamat.
Cabaran seterusnya :

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.

Saturday, July 9, 2011

~Pasal Challenge - Day 23~

Cabaran ari ke 23 (yaih..7 days to go.. hik hik)

Day 23 –  Your dream wedding.

Pulak..dah kawen2 dah, nak dream apa  nyer lagi.
Tp retu aku ada ckp2 ngan my dear.
Aku kata ' patut retu kat umah awak, kita pakai dress kan?'
My dear pun kata 'a'ah'.
Kan???

Ni sik2 songket, ngan keris tanjak segala. Eh. Aku idak pakai songket pun. Dua2 belah lace. Cuma masa wedding sekali lagi kat ofis tu yg merasa pakai songket. Dah la kaler purple. Ailoike very much la kan.

Nak tempek gmbr wedding lah.
Apa kata.
 Resepsi umah me - kuning purple

Resepsi umah my dear - biru


Wedding kat ofis sempena Promosi Kerja Kahwin 2009.

And my dream wedding.
Yg simple, takde sarat sgt. Mcm easy camtu je kan.

Lelaki - suit 
 image : google

n pompuan dress.
image : google.

Tapi, seswai kah dgn aku yg ketot ni  kan? Haha. Dah. Dah. Kata dream kan. Maka harus la dream dream. Lagi pun da kawen kan. Apa lagi nya.
Eh. Apa kata kita amik gmbr pakai baju ni. Bleh lagi kan. (wink.wink kat my dear - mmg tak la kan. Free free je kena reject proposal. Bahahhahaha)

Friday, July 8, 2011

~Pasal Challenge : Day 22~

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

Assalamualaikum,

Kawan, 
tujuan saya menulis surat ni bkn untuk meminta simpati. Tp sekadar memenuhi cabaran bagi ari ke22 ni sahaja. 

Kebetulan, cabaran hari ni meminta saya menulis surat kepada seseorang yg meng 'hurt' saya baru-baru ini. Dan sgt2 kebetulan sbb kamu la kawan, yg meng'hurt' kan saya semalam. Kerana itu jugak lah smlm kuar status kat FB yg saya sendiri pun tak sker menulis sebegitu rupa. Seriyes. Saya bkn nyer org yg sker memekik2 kat FB. Tp kalo satu perkara itu, mmg saya kalah dgn emosi saya.

Ya. Seme org tau. Saya amat emosi dgn hal 'anak'.  Katalah apa saja. Katalah saya hanya ber prasangka buruk dan katalah apa saja, saya memang ber emosi.

Kawan,
Saya tak perlukan simpati, malah jauh sekali nak mintak wang gaji kamu kalau pun saya takde anak, cuma apa yg saya perlukan hanyalah sokongan. Tak perlu kot sekiranya ada soalan dari saya, akhirnya jawapan kamu berkisarkan anak. Padahal sedaya upaya saya tak mahu membincangkan hal itu. Tp jawapan kamu seolah-olah mengatakan 'aku hebat, aku ada anak, kau takde'.
Betul, ini hanya prasangka saya, andaian dari pemikiran saya. Sedangkan mungkin kamu tidak bermaksudkan begitu. Tp kenapa jawapan kamu begitu, sedangkan soalan saya takde kena mengena dgn anak.
Kawan,
Jangan terlalu angkuh dengan rezeki yang Allah berikan. Mungkin kamu rasakan diri kamu hebat kerana dpt mengatasi saya yg masih takde rezeki anak walaupun sedikit masa lagi kami berdua akan menyambut ulang tahun ke3 perkahwinan, sedangkan kamu, belum setahun kawen dah ada cahaya mata.

Jangan terlalu angkuh. Rezeki kita berbeza-beza. Apa perasaan kamu pula bila kamu tanya 'hai tak balik kampung minggu ni' dan saya jawab (sekadar contoh) 'tak.... mggu ni saya nak gi check in di Hotel Royal Chulan.  Thn ni mmg azam saya setiap bln mesti bercuti dan stay di hotel'. Mesti kamu kata saya ni riak, nak menunjuk asik check in di hotel. Pada hal bukan itu maksud saya. Dah mmg azam saya. Tp itu prasangka kamu. So, di sini, jelas menunjukkan kita mmg tak akan bersangka positif pada setiap rezeki org selain dari nak andaikan org tu nak 'show off'. Dan begitu lah yg saya rasakan bila jawapan kamu 'nak balik... nak tgk anak'. Seolah kamu seorang dlm dunia punyai anak.

Ya,
mungkin kamu berbangga kerana dalam sekelipan mata kamu menjadi seorang bapa. Mungkin kamu tak dapat nak sorokkan kegembiraan kamu. Takpe lah, kerana itu cara kamu. Bkn sekali dua kamu memberikan jawapan begitu, kerana pernah satu ketika, tanpa angin, tanpa ribut, tiba2 kamu dtg pada saya dan berkata 'hai. Bila lagi nak ada anak ni? Bes tau ada baby'
Apa perlu aku jawab kawan? apa? Terhiris aku dgn ayat 'bes tau ada baby'. Sekali lagi, saya tahu kamu tafsirkan saya terlalu emosi, tak boleh disentuh pasal anak. Tak emosi? Cuba kalau datang seseorang dan bertanya kan 'bila kamu nak mati?'. Ada jawapan? Sama je jawapan pada persoalan yang kamu tanyakan.

Kawan,
Tak perlu lah kamu terlalu angkuh dengan rezeki pinjaman Allah ni. Walo kamu boleh buat seberapa lagi anak yang kamu mahu kerana kamu kan haibat dgn 'tembakan' kamu yg mengenai target tu, tp igt, sekali Allah nak tarik nikmat tu, sekelip mata juga.

Kawan,
Ingatlah rezeki kita masing-masing Allah tentukan. Percaya lah dengan Qada dan Qadar Allah. Siapa dalam dunia ni tak mahu anak, tak mahu jadi ibu. Perlukah aku ceritakan pada dunia yang setiap kali selepas solat, aku tak pernah putus untuk berdoa agar sebelum aku menutup mata, aku juga ingin diberi peluang untuk mendidik anak sebagaimana mak dan ayah aku mendidik aku dulu. Aku juga teringin untuk 'nak balik awal, tengok baby, main dengan baby'. Aku juga kepingin benar untuk mencium ubun-ubun baby yang dilahirkan. Tp buat masa sekarang aku redha. Aku redha kerana yakin, amat yakin dengan ketentuan Allah. Jadi jangan lah stress kan aku kawan. Itu aku pinta. 

Setakat ini,
Saya minta maaf sekiranya ada yg terguris rasa hati dgn isi surat ini.
Semoga kamu memahami isi hati saya dan kami-kami yang masih belum bergelar ibu dan bapa.

Salam penuh takzim,
Pnstoberi.

Thursday, July 7, 2011

~Pasal Challenge - Day 21~

Wah. Akhirnya tinggal seminggu lagi utk aku menyudahkan cabaran ni.

Day 21 – A photo of your favorite place to eat.

Aku paling sker makan kat umah.
Carik2 gmbr makan kat umah takde plak.
Maka tkpe lah.
Aku letak gmbr ni sbg alternatif.

Bagan Lalang!

Nyum nyum. Yes. I love seafood very much much much.

Takat ni aku rasa Bagan Lalang is the best place nak makan seafood puas-puas.
Tp aku ada baca skang org da pegi Jeram plak. Where's Jeram??
Area Kuala Selangor tu kan?
Oke. Nati nak terjah. Skang pun da ada hway baru ke K.Selangor kan. Hway LATAR ke apa tah.

Wednesday, July 6, 2011

~Pasal Challenge - Day 20~

Diam tak diam dah ari ke 20 cabaran ini.
Tinggal 10 ari lagik. Caiyok. Caiyok...!

Day 20 – The meaning behind your blog name.

Rasanya kalo tgk interface pun da tau meaning nya kan. Pilihan nama 'stoberi' ini bkn baru sehari dua digunakan. Saya mula dikenali sbg cikstoberi  pada tahun 2006- kerana pada tahun itu saya mula berminat amat dgn stoberi. Penggila stoberi. Masa tu naik Cameron ngan BFF - Mesra dot net saya. Lps tu saya beli bermacam stuff stoberi. Dan penuh satu keta ngan menda2 stoberi. Mmg semakkk...tp saya dulik hapa. Celah bedah seme dlm keta tu ada stoberi. Smpai kat tpt nak bagi signal pun saya pun buh ikat rambut stoberi. Haha. Dan bila da kawen, saya kurangkan sket sbb incik asben yg akan bawak keta. So, akan napak 'adik2' plak kalo dia bawak keta stoberi bergerak tu. Tp tetap ada stoberi nyer lagi.

Makanya bila buat blog baru ni pada Januari 2009, trus la saya pilih nama pnstoberi - bersempena gelaran cik ke puan pada Disember 2008.
Dkt blog lama (blogdrive) pun saya guna stoberi gak. Memula saya buh stoberikiut. Ada org dengki. Ngata2 seme, konon cute la hapa la. Lps tu apa tah nama blog saya, sukahatiaku kot. Dan bila buat blog ni sy guna pnstoberi.

Lps tu dgn theme Dunia Puanstoberi - sebagaimana rasa stoberi yg masam2 manis tu, begitu lah life kita yg ada masam dan manis nyer. Pulak sbb saya suka cicah stoberi ngan garam, maka akan ada terselit masin sket. Hihi.

Dimana kelainannya? di word stoberi yg dieja. Sengaja saya tak eja bebtul dan saya gunakan mengikut sebutan saya.

Dan sehingga skang, kegilaan pada stoberi tidak pernah pudar walo keta dah tak byk hiasan dgn menda2 tu. Saya kalo napak stuff stoberi kat memana trus mcm zzztt...zzttt...zztttt - kena kejutan letrik sbb macam nak beli, nak beli. Tp skang my dear asben da pantau. Kadang menda tu utk bebudak, maka dia akan kata 'haih.. tak payah la...budak punya tu'. Huhu. Tkpe..jaga la kalo dpt anak pompuan nati, saya akan jadikan dia sbg my stoberi junior. Retu masa gi Bandung nyaris dah saya nak beli rompers stoberi yg comel. Gerammm bangett tgk nyer. Huhu.
Oh. Apa kata umah baru saya nati hias dgn stoberi. Hahahahha. Nak nk gi CH ni...leh la borong. (T____T)

*berapakah perkataan stoberi pada entry di atas? Bahahaha.

Tuesday, July 5, 2011

~Pasal Challenge : Day 19~

Day 19 – A picture of something you want to do before you die

Monday, July 4, 2011

~Pasal Challenge - Day 18~

Cabaran utk hari ke18

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

Alah..tak reti oh nak irritate irritate ni.
Eceh. Mula nak fefeling setazah Halijah kah?
Err.. nak irritate opposite ke same sex?
Dan nak ikhlas ke atau hipokrit?
Haha.
Ye lah. Kalo dipikirkan tak perlu kot nak irritate, annoying org ni.
Sbb aku tau seme apa yg org buat tu mesti ada motip nya tersendiri.

Contoh mcm :
a- Ada org tak jaga solat - sure ada motip dia sendiri, sbb mungkin dia rasa dia akan idup 1000 thn lagi, maka ada masa nak taubat. So, aku rasa tak perlu kot aku nak irritate. 
Nak elakkan irritate tu, toksah dok kawan ngan dia. Abis citer.

b-Ada org pengotor, tak kesah pun mandi seminggu 3x je - pun mesti motip dia nak jimatkan air, so tak perlu la rasa irritate.
Nak elakkan irritate tu, tolong bayarkan bil air dia, harus dia mandi selalu. Abis satu kes.

c- Ada org tak boleh tgk org lebih dari nyer, harus lawan. Harus... biarpun terpaksa bergolok gadai. Dan aku tak boleh nak irritate sbb tu seme naluri manusia, pandai control atau tak je.
Nak elakkan irritate yg ni - biar lantak kan dia. Kalo kita mampu, buat, tak mampu jgn buat hal.
d- Ada yg tulis blog citer macam2, show off itu ini, pegi melancong sana sini, beli itu ini, tepek resit makan/brg bagai. Ehh... sama sekali tak leh nak irritate, sbb kadang tanpa sedar aku pun mesti ada nak tertulis, cuma aku takat nak tunjuk resit beli cekelat cop Mydin je lah. Huhu.
Nak elakkan irritate yg ni - mudah amat. Takyah baca la blog dia. Yg ko hegeh2 nak teropong hehari bakpe, pastu sendiri bergelodak jiwa. Haih.
e-Ada yg update status FB mengadu domba itu ini, setiap masa setiap jam, yg baru lps SPM update status mcm dah matang terlebih - Pun aku tak leh nak irritate sbb nyer pasti dia ada motip. Dia mungkin rasa diri dah hebat abis walo sebeno nya mmg nan hado. Sian dia. Dia ni perasan bagus, tp takde org nak ckp, mujo ada FB. Kut duk zaman aku dulu, mmg loser la kau.
Nak elakkan irritate yg ni - pun mudah amat. Remove friend, tp jika dia ada lah anak sedara ko, hide saja update dia. Sbb kalo tak hide mmg mcm mintak kena lempang je. Ni kisah benar ni. Ni bkn tahap menjengkelkan je dah tp mendangkal kan dah. Hieee.... mmg bergelodak jiwa aku. Sng, aku hide kan je. Bahahaha.

Ha.. cukup la tu. Kang berjela lak lagi.
Pendek kata, tak boleh nak irritate/annoying org ni, sbb nati dia boomerang balik kat kita. Tgk2 sok lusa kita pun buat. Suci Hati. Suci Hati. Suci Hati.
Tkyah kut bergelodak jiwa raga tgk org buat entry makan kedai2 mahal.
Tkyah kut bergelodak jiwa tgk cara penulisan org.
Biarkan. Seme tu ada motip sendiri.

Mmg la kadang rasa bergelodak jiwa, rasa OMG sgt dan dah melantun2 nak irritate, annoying gak. Tkpe, aku ada cara tarrr baekkkk.
Caranya jgn buat entry kat blog. Gi la bergosip2 dgn rakan2 dipercayai. Kalo bleh, kalo ko bergelodak jiwa pasal rakan opis, elakkan citer ngan rakan seopis sbb nati dia boomerang gak, ko citer pasal dia, nati lambat laun dia tau gak ko citer pasal dia. Cariklah kawan yg 'neutral'. Pasti hidup mu bahagia.
Selamat Mencoba!

Tata!

Sunday, July 3, 2011

~Pasal Challenge : Day 17~

Masih lagi meneruskan cabaran.

Day 17 – How you hope your future will be like.
  • saya dah ada zuriat sendiri.
  • saya dah ada Master
  • Dan selamanya saya bahagia bersama insan2 tersayang. Insyaallah.

Saturday, July 2, 2011

~Pasal Challenge - Day 16~

Day 16 – Something you don’t leave the house without.

- Purse/Wallet.
-Handphone.

Friday, July 1, 2011

~Pasal Challenge : Day 15~

Day 15 – A TV show you’re currently addicted to.

Aduhainyerr... da umo2 gini ni, tade TV show yg aku addict kan.
Dan aku mmg bkn kaki addict2 citer drama tv samada Melayu ke Korea ke Indon ke Venezuela apa seme tu. Tah. Mmg aku tak kesah pun segala citer2 ni. Mengkalo terlepas pun, aku oke je.
Sbb aku mmg bkn penengok tv yg tegar.
Mungkin sbb aku ni suka lagi berjalan2 cari penat kat luar dari ter gedang dpn tivi.
Tp kalo aku kat umah. Aku sker lagi tido (hahahaha) dan jugak online dan jugak membaca.

Tp nak menyiapkan CABARAN ni aku cuba jawab gak la.

Yer. Aku mengaku skang aku sker tgk Akademi Fantasia.
Eh.
Takde. Dah habis eh? Oh. Ter buat lawak bangang la kiranya. Oke.Oke.
Ha. Rancangan Hazama tu apa dia. Hey Hazama apa ke tu? Tu bleh tak??

Hahaha. Muntohhh..

Oke la. Ni bebtul punya. Skang ni aku sker tgk ANISSA.
Tp tu pun takde la kul 10.30 pm aku tercegat dpn tivi.
Kadang aku da hanyut pun time tu. Huhu

Jadi tu je lah :D

Thursday, June 30, 2011

~Pasal Challenge : Day 14~

Day 14 – Who are you?

Alamak...dia tnya who are you la pulak.
Siapa saya?
Saya adalah saya lah.
Tkde org lain melainkan saya.

Done cabaran ke 14. Huhu

Wednesday, June 29, 2011

~Pasal Challenge : Day 13~

Cabaran seterusnya
Day 13 – What kind of person attracts you?
Saya tak kesah pun org cena utk nak di attracts kan. As long as, org tu....
*tak terlalu pengotor
*tak penah lupa pada Allah -jgn mulut je kata igt, tp solat tinggal gak.
*tak poyo
*tak hipokrit
*tak belagak cam gud gud -cam dia sorang je tau seme benda, org lain bodo.
*tak kedekut

Saya mmg mudah mesra. Dgn org baru dikenali pun sng je saya nak mulakan perbualan. Org je andaikan saya ni garang la hapa la. Sy garang kalo ko dok tnya 'bila nak beranak' je, selain pada tu oke je. Apa ada hal.

Tah pehapa tah. Kenal2 la dulu wes, baru wat analysis ya.

Muka mmg ada garang, tp dalam hati ada taman maaaa.....

*ops, nati ada yg kata, kita ni pun tak sesempurna maka taknak la harap pada yg terlalu sempurna. Terpulang.. tp sy bkn nak yg terlalu sempurna, just utk nak attract je kot. Tp kalo nak attraction utk mencari pasangan hidup, itu sudah mencukupi apa yg ada pada suami saya :)

Tuesday, June 28, 2011

~Pasal Challenge : Day 12~

Day 12 –  A photo of something that makes you happy.

Kredit : here
Of course la pegi holiday esp kat beach. Tgk gmbr ni je pun da hepi.

Monday, June 27, 2011

~Pasal Challenge : Day 11~

Oh. Diam tak diam sudah 11 ari.
Mari kita tgk cabaran seterusnya.

Day 11 –  5 facts about you.

Kacang. Sap sap sui. Awat 5 je. 50 pun bleh. Haha. Melampau.
Oke, here we are.
*Saya perempuan
*Saya dilahirkan pada 14 Disember 1979.
*Saya berkahwin pada 13 Disember 2008
*Saya bekerja di agensi Badan Berkanun Persekutuan.
*Saya anak bongsu dari 5 beradik.

Itu saja. Sekian.