Sunday, March 18, 2012

Nasi Lemak Sambal Udang Berkacang

Lama tak menempek gambo makanan yg di masak masak.
Sbb mmg lama tak masak.
Haha. Pemalehh....!
Ni mggu Hari Kraf mmg lagi la tak masak.
Dah dpt kupon katanya. Balik pun jam 10 malam. Masak apa lagi....
Phew.

Maka, itu masakan malam tadi.
Oleh kerana waktu siangnya aku berlibur dgn sobat ku Dee ke Matta Fair, maka malam kena la pujuk hati sang asben dgn memasak. Hihiks. Kebetulan ada daun pandan. Maka, trus tingggg... nak masak nasik lemak.
Tp tak berapa nak lemak. Haihs.
Pulak tu sambal udang agak ketawaran.
Potong stim di situ.

Telur goreng / mata kobau tak dibuat sbb da byk nau lauk. Cukup la tu.
Berkacang sbb tetiba ada kacang buncis goreng kicap plak. Haha.
Belasah... ada byk nau dlm peti ais, kang busuk gitu lak.
Gorengkan je.

Jadi, sap sap sui.. terus makan. 
Alhamdulillah... Aminnnn...... dgn rezeki ini :)

Saturday, March 17, 2012

Sharing Saturday : Promo HKK 2012



Datang jangan tak datang..
Calling-calling la kalo nak dtg tu.... kut bleh dpt rega staff ke barang2 yg berkenan kan.. :)

Sharing Saturday : Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu




 Jatuh cinta lagu ni bila tgk video Lisa & Yusry tu :)

Friday, March 16, 2012

Maka Bersyukur Lah.

Kredit : Berita Harian

Baca lah artikel tu. Kut tak napak, halus nau, sila la klik link Berita Harian tu.
Berjuta oke, berjuta nak masuk keja kerajaan. Walau gaji tak banyak mana, walo tak bleh nak usung beg LV (ori), walo tak bleh nak pakai keta ber 'series-series', tp berjuta yang mohon.

Maka, yg sedang dan telah berada dalam sektor ini bersyukur lah.
Gunakan lah peluang yang ada.
Jangan sesekali buat perangai, kerana, sememangnya tiada peluang kedua untuk anda.
Aku mmg pernah dan sedang terlibat dalam masalah staff macam ni. Yg aku rasa amat rugi nye beliau mempersiakan 'peluang' di depan mata. Pelbagai cara dah dibuat, tp masih takde jalan yg menampakkan perubahan positif. 

Sayang. Itu je la yg kita boleh cakapkan.

Teringat kata fasi masa course kat Morib tu ari. Ada 2 kesah berkaitan keja kerajaan ni.
Satu, katanya org ada Master pun mintak jawatan Pembantu Tadbir. Bayangkan lah. Master oke. Kalo ikutkan mmg aje giler. Tetiba ko jadi bos pada org ada Master, suh dia fotostat segala. Aduhai...
Then satu lagi citer, masa induksi, ada orang baru masuk kerajaan yg berenti dari keja sektor profesional cam engineer, lawyer tu lah. So, diminta utk memberikan jawapan kenapa mereka  nak kerja kerajaan - jawapan - sbb keja kerajaan senang. Hah! Oke, masuk dlu kerajaan, baru tau susah senang. Tp mungkin la kot. Kami takde la keja smpai tak balik umah. Tp opis aku ada yer. Esp, kami nak Hari Kraf ni. Mmg ada je la berkampung kat opis.

Maka, sekali lagi aku kata, bersyukur lah. Jangan la persiakan peluang yang ada. Walo tak kena dgn jiwa, walo persekitaran mmg cam tak bleh blah, walo dpt klik2 yg kak Nap, mulut asik nak bertanya bila, bila, bila (memacam bila dia nak tau, menyeboksgtapsaltah!), tp itu lah rezeki yg Allah da tentukan utk kita. Kalo tak tahan sgt, kalo da ada keja lain yg lebih bagus, tolong la keluar dgn cara terbaik. Jgn buat orang tertanya-tanya. Jgn menghilang begitu saja.

Tapi takpe... kata yang berjuta memohon dalam SPA tu 'terima kasih kerana memberi peluang kepada kami'. Jadi, yg buat perangai ni pun sebenarnya berguna juga. Usah dimarah pada mereka ni, kerana mereka ni pergi, akan ada la kekosongan pada berjuta yg menunggu tu.

Sbb tu sepatutnya penilaian 70% ke bawah tu patut dilaksanakan (penilaian mengikut skim SBPA yang dicadangkan) agar yg telah berada di dalam lapangan ni tak rasa selesa sepenuhnya kerana kat luar sana, bukan je beribu, malah berjuta yg sedang menanti untung nasib mereka.

**pada yg sememangnya berapa di 'lapangan' ini, mari kita tanya pada diri kita, kenapakah kita berada dalam sektor kerajaan ini??

Superior Room : RM100


Eh. Biar betul...biar betul-betul.
Ha...smpai ter bernyanyi pulak.

Tak penah lagi dlm sejarah hidup aku duk hotel rate camni ni. Jgn esuk da smpai tetiba dia tukar rega plak. Peak season time aku nk gi tu. Tp ini la yg dia emelkan aku. Kira betul la tu. Jgn macam2 plak bila aku smpai kang.
Aaaa....

Amik direct ngan hotel instead of Agoda gak kali ni. Lama da kot tak pakai Agoda yer. Tkpe.. ada masa yg sesuai kita pakai Agoda. Kalo tak, kita direct je ngan hotel.

Oke sgt la kalo reganya camtu. Tgk keadaan hotelnya takde la buruk nau (secara maya la, keadaan sebenar tatau lagi). Takde pool pun tak pe la. Bukan nak duk sgt pun.
Ce tgk.

Seme gmbr dr web hotel tu sendiri.

Tapi betul la kot. Sbb dpt online deal rate.
Dan kalo btul rega tu mmg syukur amat la sbb bulan 5 mmg bulan agak pokai.

So, nanti kita reviewkan hotel ni yer. Kat mana?? Rahsia dulu boleh?? Hahah. Poyo la sgt nk rahsia. Mcm la kan org nak tau sgt. Hoh!
Bukan waktu terdekat ni pun nak peginya. Tp aku bkn nak duk sgt pun, just perlukan 'penginapan' jer. Selebihnya, saja gataii... awwwwww......

##aku rasa aku tak dpt pegi la Matta Fair esuk. Sedihnya. Mmg my dear warning dah. Kaki tak berapa  nak elok lagi. Bengkak cam lum surut. Ni pun cuti lagi sbb nak rest kan kaki. Kalo tak nanti, next week, HKK langsung aku tak bleh duty. Dgn protokol masa perasmian lagi, dgn lawatan berpandu lagi. Ohhhoooo.... sobsssss....