Monday, September 30, 2013

Edisi Drama TV3 : Ummi

Satu cerita yg buat aku sedih...sebak..
Memang sedih pun kot.
Semalam dah tamat dah pun.
Satu cerita yang sarat dengan kasih sayang.
Satu yg boleh aku dapat dari cerita ni adalah - bila kita buat baik dengan orang, orang pun akan baik dan bantu kita. Itu lah Ummi yang digambarkan dalam drama ni. Ummi ni baik sangat. Tp, tak sempat tengok anak anak jagaan dia membesar. Mujur lah mereka membesar sebagai orang berguna (walau tetiba ending tu, Comel dgn skirt pendek dia. Amboi.. hihik).
Tak kesah la kalau ada yg tak logik dalam citer ni (contoh cam bebudak yg lari dari rumah kebajikan, tup2 terus smpai spital. Tatau lah kot spital sblh rumah kebajikan je kan. Tup2 jugak boleh melawat Ummi derang memalam tu. Mungkin lah nurse bagi jugak masuk sbb kesian kan).

kredit : Here

Bebudak tu pun seme pandai berlakon.
Sedih benar nengoknya. Tetambah Comel tu. Yang masa mak dia mati accident. Yg si Danish tu ada iras2 Syamsul Yusuf la pulak. Pandai berlakon jugak. Yg jadi Amir tu mmg biasa berlakon pun.

kredit : here

Bes.
Moga ada cerita camni lagi nati. Ini asik citer cliche saja. Citer yg memula benci..pastu sayang.. herghh.. novel sangatttt.... kihkihkih... (T___T)

Katalog Tupperware : 1 Oktober - 9 November 2013

Sudah keluar.
tupperware, purple, Oktober

Tema "nurturing to learn, explore & grow"
Ada promo utk botol susu and bekas makanan baby.
Dan yang lelain pun ada gak. Tapi... arggh.. mostly kaler purple plak.

Arghhh... sabar lah wahai hatiii.....

Yg bes n menarik (amik gmbr direct dari katalog dulu nih. Sbb kat website belum ada. Nanti dah ada, baru letak gmbr elok sket yea).


botol susu tupperware
Twinkle Baby Set  RM99.00
(rasa cam nak beli je.. simpan je lah walau
taktau bila nak guna. Haha.
Kasihan pula rasanya dengan diri sendiri.
Nak beli. Tp tak boleh nak guna. Haha)

flask, tupperware, katalog oktober 2013
Hot flask.
RM119.00. Tp kalo beli Twinkle Baby Set atas tu,
boleh beli dengan flask ni dengah harga RM89.00

katalog tupperware oktober 2013
One Touch Set.
Purple.
Rasa mmg saya mahu ini. Saya mahu. Saya mahu.
Tapi, bahagian 'kanan' hati saya kata
"aii..kata nak saving lps dah closed deal kat Matta Fair"
How??
Tak, kalau purple mmg saya akan meleleh ailiyo tik tik tik.
Oh. Rega mampu milik. RM1750.00 RM175.00 per set (8 bekas)
(thnks kepada pembaca yg perasan harga mampu milik nih. kuikuikui..
takkan bekas plastik camni rega ribu riban ye dak.
Bole wat down payment kereta dah tu. Kahkahkah) .
Ini mmg bekas kedap udara. 
Rasa mmg nak closed deal yg ni plak.
Kihkihkih.
Mmg tak bole pakai lah...

Bekas bawang ini mmg murah.
Jarang dia dapat murah.
Aku beli masa fair dia kat MV last year.
Pun tak dpt rega murah cam kali ni.



Friday, September 27, 2013

Ibu Maut Digilis Lori Simen

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, isteri kepada anggota polis Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.

Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).

Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.

Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Kredit : Sinar Harian
****
Berderau darah bila baca. Sbb ini laluan yg aku agak familiar sejak duduk pindah area sini. Biasa sgt pun pegi Boulevard tu.
Dan tak sangka sgt kemalangan ngeri lagi tragis ni boleh berlaku kat area camtu. Ye lah..jalan tu selalunya sesak. Mana boleh bawak laju pun. Tp tu lah...mmg geram dgn lori lori ni. Nak nak lori 'siput' ni mmg bawak kurang ajar je..  

Dan nak menitik juga air mata bila tgk anak arwah ni. Siannya... trauma agaknya. Ya Allah. Al-Fatihah utk arwah. 
Tu risau je sbb area ni mmg bebudak bawak moto selamba je.. Risau. Sbb lori camni mmg byk area tu. Byk bangunan baru nak bina area situ.

Lagi berita boleh tgk kat ondscene

Promosi Hiasan Dalam Dan Seni Taman


Jemput lah datang yea.. 
Pada sesapa yg minat nak deco deco rumah ke deco laman ke (kasihan..rumah aku takde laman).
Nak deco deco dgn sesuatu yg lebih kreatif dan inovatif (dan mungkin lain dari yg lain).

Dan lebih utama deco dengan kraf Malaysia.



Baru start hari ni. Hingga lah 6 Oktober 2013.
Memang bes nih utk cuci cuci mata. Aku mmg suka la menda deco deco nih. Walau pun duk umah yg konsep moden (konon lahhhh khennn), tp dalam tak sedar, bila tgk balik, rumah aku pun dah byk hiasan produk kraf ni. Jadi, konsep umah aku moden kontemporari lah kononnya. Konon lah kheen... padahal konsep tak nampak konsep namanya. Takyah nak konsep bagai lah heh!
Tapi, biasa lah. Bila banyak produk kraf, itu lah dinamakan rumah staff kraftangan. Laki bini plak tu kerja sini. Kihkihkih. 

Oke. Datang tau.
Nak buat lawatan ofis pun boleh.
Utk keterangan lanjut - klik saja kraftangan.

Wednesday, September 25, 2013

Konsert Lentera Timur Siti Nurhaliza : 24 September 2013

Memang ada aku kengkonon cam nak beli tiket tu ari.
Ada pun aku tempek kat insta (oh. Skrg tgh cuba utk tidak terlalu aktif di insta. Dah beribu gmbr dalam tu. Rasa macam terlampau byk dah di share. Dan bila makin banyak, lagi byk pening kepala nya. Dah. Cukup citer pasal tu).
Tapi pikir2 balik, dgn tiket rega beratus tu, aku rasa..baik aku top up beli Corelle ke. Kihkihkih. Begini lah nasibnya kan. Kena buat kos lepas la. Tp tak beli pun, tak juga bole beli Corelle. Haihhh...

Tapi, kalo dah jadi rezeki tu kan.. Insyaallah.. ada lah rezeki nya. Hihi.

Pegi di hari terakhir. 24 Sept 2013.

Mmg puas hati lah. Walau aku terpikir rugi nya tak duduk depan. Tp kalau duk dpn pun tak boleh jugak nak amik gambar. Byk 'sharp shooter' dalam tu. Haha. Angkat je phone pasti kena laser. Ptt bawak kamera je. Tapi takpe lah. At least dapat pegi.

2 jam lebih rasa sekejap je pun.
Start dalam 8.45pm camtu. Dimulakan dengan persembahan Makyong (masa ni orang da angkat2 phone nak amik gmbr, terus petugas laser kan. Hahaha). Pastu malam terakhir ni ada VVIP (Menteri KPK), sempena nak rasmikan jelajah Orkestra Tradisional Malaysia. Camtu lah. Aku pun tak berapa pasti. Tp ada la sedikit acara perasmian. Lps tu baru lah start konsert.

3 kali Siti tukar baju.
Memula baju ni
kredit pic : Mstar

Segmen ni bes. Siti berdikir dgn Isey (protege Sabri Yunus. Tp mmg napak cam gaya Sabri Yunus). Ada elemen lawak2 la masa tu.

Yang paling bes segmen 4 Dara. Gegak gempita jap dalam tu tgk gelagat 4 dara berkebaya (Google je lah gaya 4 dara tu. Haha. Kemain derang yer..)

Lps tu Siti tukar baju. Keluar Dato' M. Daud Kilau. Gimik bes. Tukar 8 pasang baju atas pentas. Hihi. Menarik la. Dgn lagu cik mek molek dia. Pastu ber duet dgn Siti. Baju kedua hijau pucuk pisang (aku try google takde plak..mungkin hari terakhir ni je kot dia pakai).

Then baju ketiga, kaler purple. Cantikkk sgttt.. mmg la. Dah kaler feveret kan.

Overall. Oke. Puas hati dapat tgk gak akhirnya. Kihkihkih.
Lagipun Siti byk ber interaksi gak ngan tetamu.
Dan paling bes, our Minister (Minister KPK) pun sporting. Siti suh dia gelak sbb Siti nak nyanyi lagi Hahai hahahahai.. ketawa lah lagi.. (tah taktau..apa tajuk ntah). Kebetulan Pak Nil pun ada, jd Siti suruh dia gelak cam Prof Klon.
Oh. Antara artis yg hadir - Jamal Abdillah ada, Ifa Raziah pun ada kalo tak silap, Zaibo pun ada. Tak ketinggalan Dato K harus ada. Sbb dia duk sblh minister.

Dah last je baru bule amik gmbr. Settle dalam kul 11.30pm. Tak tahu la ada sesi bergambar ke tak. Sbb myDH kata 'dahh..jom balik...balik..' Baekkkkk.... 
Bangun je pagi terus ter ngiang ngiang lagu kurik kendi. Ceh!






Eh. Gmbr aku takde. Kang org kata aku propa plak. Tah amik gmbr sesapa.
Kihkihkih.
Nah sekeping. Gmbr dagu berlapis. Lantak. 
Taktau knpa jadi camni walau da rotate. Lantak.. haha.
Small siza sudah. Beso2 kang, aku sendiri nyampah tgk.
Miahahahahaa.

Oh. Lupa, terima kasih la Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang merealisasikan impian saya nak tgk konsert Lantera Timur nih. Kalau saya beli tiket, sure saya duduk kat atas sanun tu..nun di hujung tanjung tu... Hikhikhikhikhikkkkk....

Saturday, September 21, 2013

Rumah Mampu Milik

kredit : Utusan
What say u?
Hihihi.
Aku baca dalam dalam komen kat FB, rata2 kata 'ni bukan mampu milik, tapi mampus nak milik'
Kihkih.

Tu lah kan. Mampu milik tu cemana kategori harga nyer. RM100k? RM200k? ataupun RM500k?
Kalau di KL nih la kan, ni KL yg bebtul KL oke, bukan sipi sipi. Yg mmg tertera alamat Kuala Lumpur, mana nak carik rumah teres baru yg harga bawah RM500k. Ada ke takde? Memang takde. Lagipun mana ada area rumah teres baru lagi di KL. 
Jadi, kita pergi pula kepada rumah tak teres. Haha. Rumah tak teres tu rumah tak bertanah la. Name it Condo ke Apartment ke. Hihi. Cuba lah tanya. Ada satu yg baru naik dkt area rumah aku. Condo. Last year aku saja pergi tgk showhouse. Harga starting 400k oke. Cina promoter tu tgk kiterang atas bawah seolah, eh btul ka ini budak mau beli rumah setgh juta ni. Ha. Tu satu, ada satu lagi, akak ofis ni cerita, dia pergi showhouse condo jugak la. Boleh cina tu kata 'u mmg tak mampu punya la mau beli ini rumah' Hoi! kurang ajar sgt mulut ko kan.

Jadi, persoalannya. Mampu milik tu dalam range berapa? Dan di manakah lokasinya?

Tapi, bebetul sebelah rumah aku, mmg tgh naik satu apartment (flat rasanya), macam rumah ala ala PPR tu kot. Itu aku tak tahu cemna prosedur dia. Boleh beli ke atau rumah gitu ke yg dikatakan mampu milik tu. Tp kat board dia aku nampak logo kerajaan Msia. Kementerian Perumahan rasanya.

Kalo untuk penjawat awam cam kami ni... kalo tak combined loan, mmg tak mampu la nak beli rumah 400k tu. sbb 400k layak utk org yg gaji 6.5k dan ke atas sahaja (boleh refer kelayakan pinjaman kat web BPP ) Ye lah, secara mudah nya congak begini je :
Loan 200k - bayar plus minus dalam 1k/month
Loan 400k - harus la dalam 2k/month.
Kalau gaji 3k, pun tak mampu de nak beli 400k tu. Mmg nampak ada baki 1k lagi dalam gaji. Abis kau tak mahu makan, minum, pakaian? Tu basic tu. Lain2 belanja. Duit kereta, duit kad kredit, duit balik kampung, duit minyak, tol bla bla bla (ha..tp yg ni je lah kita boleh berbelanja ikut kesederhanaan. Minima kan life style)

Tak tahu nak kata lah. Kalau aku, rumah aku duk skrg tu la mampu milik bagi aku. Kalau ikut hati mmg la nak duduk rumah teres, semi-D, tapi ukur lah baju badan sendiri. Lagipun aku nak rumah yg ber alamat 'kuala lumpur'. Kahkahkah.. Berlagak pulak dahhhh... tempeleng kang...!
Takde lah.. memain je tu. Main reason aku tu ari masa carik rumah is - yg tak jauh berulang ke ofis, tu je. Sbb aku maleh nak bangun awal dan travel berejam jam dan abiskan duit kat tol dan berlama lama dalam kereta. Lantak la rumah kecik pun (asal ada swimming pool besoo... kahahahaha).


Oke lah. Tapi rasanya rata2 yg bebaya aku mmg dah ada rumah sendiri. Rumah semi-D/teres 2 tgkt lagi uolss.. klasss khennn... kihkihkih.. 

Friday, September 20, 2013

Edisi Motivasi Petang : Move It...!!!!

Kah kah kah.
Sebelum berakhirnya Jumaat yg indah permai nih.
Nah.. kita share bersama.

Instarepost dari instagram kevinzahri.
Ailoike. Very.
"its your ass. you move it"

Hahahai..tercapai juga apa yg aku nak sampaikan.
Kalau cakap terus kang, terasa pula.

Hahahahai. Babai.. selamat berujung minggu kawan kawan.

Edisi Masak Masak Masa Cuti

Hujung mggu lepas. Yg cuti 3 ari tu. Lepak selepak lepak nya kat umah. Tp roh memasak dah masuk aku rasa. Asik nak masak ja. Haha. Aku cakap kat myDH 'saya kalo dah masuk roh memasak ni, jgn ditegur tegur'. Haha. Aku sendiri pun takut ngan diri aku sendiri. Sbb aku la paling pemalehhhh nak masak... ni tetiba rajin plak pagi petang memasak. Eh. Malam pun ada.


Ni pagi Ahad. Masak nasi lemak. Ramai pula bagi love gambo ni kat insta. Maceh uolss.. suka ye acik masak nasik lemak. Alolo.... homey hangat khann.. masak nasik lemak pun nak buh gmbr dlm insta. Sudah la pinggan pelbagai jenis. Kasihaannn [bila nak beli pinggan lawa ni??]


Ni petang nya. Masak bihun sup ayam. Tiru resepi sebijik dari 1hari 1Resepi. Homey hangat kann... masak cemni punya senang pun nak pakai resepi. Eh. Kena la. Tp aku tak berapa suka plak sup ayam style gini. Bes kalo sup daging/sup tulang jugak lah. Buat mi tu kaler kuning. Kedah styleee.. ahaha. Tp sambal cili kicap wajib adaaaa..

Hari Malaysia. Tema desa. Haha. Ikan selar kuning goreng sambal, ikan bilis sambal itam dan juga pecal yg kuah cair.. cisss.... potonggg selera.. nati nak suh mak beli kan lagi lah pes kuah pecal tu. Nak banyak2.. [tamak pulakkkk]


Tgk org buat kek ni, tetiba nak juga... haih... kegilaan betul. Sanggup gi Ongtaikim sana carik bahan. Haha. Tu aku kata roh memasak aku dah masuk.. Lagipun dari bulan puasa tu ari plan nak buat, tak terbuat. Oh. Salu aku tak buh cocoa powder tu, tp kali ni buh sket. Oke la. Ada pun takpe, takde pun takpe. Oh. Biskut. Aku mmg suker buh biskut marie cappuccino tu. Tak sker yg original.

Minggu ni entah la. Tgk la keadaan... Tp cam nak buat rendang ayam. Makan ngan ketupat. Teringin plak. Huhuhu.

Edisi Renungan Jumaat : Jangan Ada Hasad Dengki

kredit : Here

Thursday, September 19, 2013

Gunakan Hak Sebagai Pengguna : Buat Aduan Tak Puas Hati

Wahahahaa.. no..no.. ai bkn ejen KPDNKK mahupun persatuan pengguna.
Saja. 

So, cemana? Adakah anda menggunakan hak anda sebagai 'pengguna'?
Cewah.

Tapi kan..selalu org Melayu ni, biasanya lah kan.. jarang gunakan hak kita sebagai pengguna. Terbeli barang tak elok pun, takpe... kali ni je kot.. lain kali takpe.. dapat perkhidmatan tak memuaskan pun.. tkpe.. hari ni je kot dia camtu..esok2 oke. Konon taknak cerewet sgt.
Tapi kalo bangsa lain ni, kadang time2 tu jugak dia terus complaint. Kadang oke jugak macam tu kan.
google

Ni lah.. aku tu ari, ada la pergi satu pasaraya nih. Lps tu dia tak boleh terima kad debit. Waddehel lah kan sbb skg ni mostly kedai besar dah terima debit card (bukan kad ATM yer, sbb mmg ada setgh tpt tak terima kad ATM, hanya terima debit card). Cam dulu before aku buat debit card (yg gmbr muka aku tewwww), Watson n AEON je terima kad ATM ni. Tmpt lain dia nak 'kad gmbr cerry'. Haha. Tp dgn debit card seme tpt pun boleh. Cuma, ada setgh tmpt nak kita sign resit, ada setgh tak perlu. Tak kesah la tu kan. As long mmg terima. Name it, Carrefoure  (AEON Big skang ni), BATA, Watson atau Jusco.

Tapi boleh plak tpt aku pergi ni tak terima debit card. Bukan tak terima la actually. Memula tu dia try swipe card aku. Pastu cam tak berjaya. Skali lagi dia try masukkan, pun tak berjaya. Aku tengokkkkkkk je. Aku tau sbb apa tak berjaya tu. Sbb kat mesin tu suh key in password. Patut cashier tu key in la p.word derang, baru la kad aku boleh baca. Bodo bertingkek tingkek lah. Tp aku malas la nak bising2 kat cashier tu. Dengan org q kat blkg dah tertinjau2. Nak kata aku takde duit la tu. Please yer..ini kad debit.. bkn kad kredit.. Lagi satu, mana tau, kut mmg tak bleh terima kad ke kan. Mujo aku bawa cash. Jadi, bayar lah dengan cash. 

Jadi, sbg pengguna, aku tak puas hati. Haha. Hamboii... kemain kan... Aku nak hantar emel ke hypermall ni. Apa lah. Sket punya besar pasaraya lagi tak boleh terima debit card. Lain lah kau ni kedai runcit Ahseng kat kampung aku tu. Tak pelik la kalo debit card tak terima. Ini pasaraya besar Tesco (eh. Tersebut nama plak). Haha.

Masuk web derang. Mmg dah ada cam form utk buat aduan. Dia akan mintak lah detail segala. No ahli seme, date beli apa seme. Menda ni jadi bulan 8, tp aku buat aduan tu dlm mggu lps kot. Mmg aku simpan resit tu. Jadi, ko trace lah sendiri kan. Dan kau mmg boleh detect la aku mmg beli barang kat situ. Selalu. Boleh katakan every week pun.


Jadi, tadi ada orang call. Tapiii.. pfttt.. customer service failed betul. Takde bagi salam (dia melayu and dia sah2 tau nama aku melayu). At least 'selamat pagi'. Terus je, "ni Ida ......" (ter agak2 plak tu). Dengan takde panggilan cik ke puan ke. Pastu terus 'hari tu ada buat aduan debit card kan'. Aku dah hampir nak letak phone dah sbb memula aku cam dengar kami ada buat promosi credit card. Haiii... tak boleh kenalkan diri ke. Nak aku ajar? Begini "Assalamualaikum/Selamat Pagi Cik Ida, saya Abu dari Tesco, saya dapat aduan dari cik mengenai debit card pada sekian sekian hb, betul ke?" Tak boleh camtu? Susah? Tp mmg sempat lah aku bahasa kan juga "tak boleh nak kenalkan nama ke, bagitau dari mana"

Entah. Takkan sekali lagi aku nak buat aduan kot pasal customer service etiquette plak. Susah la camni. Big hypermart with a big international name kotttt.....


Apa pun, aku sebenarnya lebih suka ke Jusco (AEON) sbb lebih selesa dgn perkhidmatan derang. Smpai kaunter je terus tanya 'ada member kad?' Swipe, bagi kita dengan hormat (sapa biasa mesti cara derang bagi - hulur dengan kedua tangan). Pastu kira.. pastu amik duit. Tak pernah ada masalah nak bayar dengan debit card atau pun ATM card. Dan paling penting, bagi resit (dan duit balance) dengan senyuman dan ucapan terima kasih (ni kau takkan dapat dari pasaraya ongtaikim atau econsave). Cuma kadang ada gak la Jusco ni cam cashier dia lembap atau paling selalu adalah tak bukak kaunter bayaran walau peak hour. Haha.

Oh. Mmg napak alah, cerewet beno budak ni, tak boleh guna debit card pun kecoh ke?? Eh.. hak sebagai pengguna oke - hak menyuarakan pendapat - boleh tgk web KPDNKK nih. Bye!

40kg?? Mustahil. Haha.

Ari Selasa tu ari lah. Appointment ngan my gynea. Cea..my gynea kohnon.. nyampah la pulak rasa. haha. Oke la, ada appointment kat klinik Dr. Hamid. Abis... dah 3 bulan lebih dah lps operation. Kena la call sbb masih tiada apa 'miracle'. Moh la kita pergi balik. Call hari Khamis (12hb), dpt appoinment hari Selasa (17hb). Mmg la senang dpt appointment sbb mmg dah ada rekod. Lagi plak aku buat operation pun kat klinik tu gak. Yg lambat nak dpt appointment tu kalo 1st visit je. Lepas lepas tu da oke dah.

So, berpergian lah kita. Pagi tu kerja jugak lah.
Kali ni dipermudahkan lah. Dapat parking dekat. Orang pun tak ramai. Kalo tidak..belum pukul 2 org dah berderet tggu pintu nak buka. Ini, 2.15 pun rilek je. Cam biasa, letak kad, tggu nama panggil. Aku orang ketiga jumpa doktor. Tp yg lama menunggu lah.. tggu nama panggil, tggu amik ubat, tggu nak bayar. Gitu.

Cam biasa, dia tnya cycle day, oke ke dak. Check bp, check berat. BP oke. Tapi berat tu aku cam tak percaya gak la.
Last visit (bulan 6) - 46kg. Ha, betul lah masa tu mmg berat aku camtu.
Sekali ni boleh jadi 40kg. Hahahahaha. Masa tu yg amik berat Dr. Aimy, dia kata oke lah ni..da turun byk. Haha. 
Aku kata.. eh..biar betul ni, selalu timbang 44-45 camtu.

Tak mungkin. Tak mungkin.

Balik tu lelaju timbang. 45.6kg. Kannnn... da kata dah. Memang takkan pegi 40kg punya. Walo mmg itu lah berat aku yang aku target. Kalau boleh lah. Nak maintain kan dalam 40-44kg sahaja. Tapi, tak mungkin la kan. Berapa lama dah kawen.. 37-40kg tu berat sebelum kawen tu. Umur pun dah meningkat. Mana mau nyer nak berat gitu.

Tapi tu lah. Berat 44-45kg tu pun dah oke. Cuma jgn smpai 49kg cam dulu lah. Semalam aku belek2 gallery kat phone sbb nak delete gmbr (apa lah.. gmbr seme tak semenggah dalam phone. Lagi2 gmbr lauk, gmbr daun.. ahahaha), pastu tgk gmbr masa bulan 2, bulan 3. Ya Allah hai..mmg gemok kot... cemna aku leh tak sedar rupa aku time tu. Ngeri. Takmo ia berulang lagi.

Skrg ni pun beli pakai shawl rasa cam dah gemok balik muka ni. Badan oke dah. Muka je ni. Cemana nak kasik kurus muka ni?? *tepuk2 pipi*

Wednesday, September 18, 2013

Edisi Skincare : Dermagic SimplySiti

Ni gmbr aku share kat instagram tu ari.
Bukan aku punya gmbr, tp dari FB Simplysiti.
Tapi... mmg ini lah skincare yg aku guna skrg. Aku mmg guna skincare begini je. Yg mudah didapati di Watson cuma.. tidak lah smpai ke kaunter seperti SK2 ke, Clinique ke.. ukur baju badan sendiri sudah. Hohoi. Hohoi.

Dulu aku guna Loreal, pastu tukar ini.
Lama dah aku guna. Setahun lebih kot.

Nak buat review tu cam tak perlu lah kan.
Sbb lain orang, lain resultnya.
Cam kulit aku ni, bukan kulit sensitif dan tidak berminyak. Jadi kau pakai apa pun boleh. Agaknya sental ngan sabun kapak tu pun boleh kot (tahu dak sabun kapak? Ala, sabun kaler coklat, bentuk 4 segi, keras. Buat basuh kain. Sbb apa panggil sabun kapak? sbb dpn dia ada gmbr org tgh mengapak. Haha)
Kalo balik kg, tk bawak pencuci muka tu, aku npk mak aku punya Safi Rania, pakai je. Nampak kak ipar aku punya Fair n Lovely, boleh je. Takde masalah. Kulit setebal kulit buaya mungkin. Haha. Tapi, aku bersyukur jugak lah dapat kulit yg tak banyak ragam ni walau aku ni tak suka makan sayur mayur dan kurang minum air (duluuuu... skrg tidak lagi). Tapi masa muda remaja mmg la ada poblem sket kan. Maklum la..jerawat masa bercinta.. Kuikuikui.. tu yg buat ada gak kesan2 tu. Tapi skang dah remaja kertu, takkan nak jerawat bagai lagi kot...

Aku pakai tetiga tu. Cuma, yg BB cream aku still pakai yg C Bright punya (kaler putih). Biar abis dulu, nati baru beli yg BB Cream Dermagic. Pastu serum2 segala tu aku tak pakai pun. Sbb aku pernah la beli yg krim utk mata tu (masa tu yg loreal punya). Konon tak bagi napak kesan2 penuaan lah kan.. sekali dua je aku pakai..lps tu terbiar sepi..dah bertahun.. masuk tong sampah. Ha.. aku ni mmg malas lah kalo menda2 tu jadi supplementary. Kalo basic je, then should be oke. Ni nak bertepek itu ini lagi.. eihh..kuwasa. Krim malam pun camtu. Mmg takkan pakai punya. Wat rugi je. 

Cuma satu lah yg bes Dermagic ni. Dia punya toner tu mmg bes. Sejuk je muka. Lps cuci muka, terus buh toner, pastu taruk moisturizer. Mmg sejuk je. 
Iklan dia kurangkan stress kan? Entah ek. Tidak la aku ketahuan, tp mungkin sbb jadi sejuk je.. kita jadi calm jugak lah. Cam nak gi kerja tu kan.. keluar rumah, kadang pepagi kena angin sepoi2 bahasa dari kejauhan Genting Highland tu cam sejuk je muka. Bes!

Oke. Nati nak gi cuci2 mata tgk produk lain kat web dia. Aku tak pernah lagi beli online ni. Tgk lagi murah, tapi postage mesti ada tu. Takpe. Beli kat Watson je lah. Bule kumpul point. Hihihiw.

Puasa Sunat : Puasa 3 Hari Setiap Bulan

kredit : e-mosque

Apakah ganjaran pahala puasa sunat, seumpama puasa tiga hari sebulan itu? Disebutkan di dalam beberapa hadith dan dalam al-Quran, diberikan ganjaran pahala oleh Allah (a.w) 10 kebaikan sehingga digandakan oleh Allah (a.w) menjadi 700 kebaikan (tertakluk kepada keikhlasan orang yg mengerjakannya):
 Diriwayatkan hadith daripada Aba Zarr (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa puasa daripada tiap-tiap bulan tiga hari, maka demikian itu puasa setahun. Maka diturunkan Allah (a.w) Yang Maha Luhur dan Maha Agung ayat membenarkan (yakni, sahkan) demikian itu di dalam Kitab (yakni, al-Quran) ‘Man ja-a bil-hasanati falahu ‘asrun amthaliha’ [Ayat 160, Surah al-Anam] [Maksud: ‘Barangsiapa mendatangkan dengan satu kebaikan maka baginya sepuluh kebaikan umpamanya ( yakni, satu kebaikan dapat sepuluh kebaikan)’]. [Hadith hasan sahih at-Termidzi].
 Hadith ini memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) ada juga mencontohkan amalan uasa tiga hari sebulan ini. Namun, kita harus ingat bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah', bererti beliau mencontohkan untuk panduan kita segala bentuk ibadah dan amalan dalam syariat Islam. Maka dengan itu, ada ketikanya dia berpuasa tiga hari dan ada kalanya dia berpuasa setiap Isnin dan Khamis, dan dia berpuasa tanpa sebarang persediaan, kerana segala-galanya di tolong oleh Allah (a.w) sebagai RasulNya.


****
Yang selalu di war warkan puasa sunat Isnin Khamis, tp yg ni pun bagus juga. Sebulan 3 hari. Selain mendapat ganjaran pahala (Insyaallah), kita juga dapat merehatkan perut. Kira cam detox/cleanse gak la kan. Aku pun tak pernah buat lagi puasa sunat 3 hari ni, tp rasa macam nak cuba jugak lah buat setiap bulan (bulan Islam yer, bukan bulan Masihi).
Jom sesama kita puasa sunat 3 hari bermula esuk - 13,14 dan 15 Zulkaedah.

Tuesday, September 17, 2013

Edisi Juicing : Heal, Healthy, Lose Weight

Oke. Lps ni sy akan satukan entry2 berkaitan juicing dengan tajuk entry 'edisi Juicing'. Dan akan di label sebagai #tingkatkan imuniti (kat instagram pun ini juga) dan #juicing. Utk diri sendiri juga supaya senang nak refer di kemudian hari. Cerita juicing ni merangkumi resepi, benefits dan email subscription. Oh. Juga berkongsi apakah rasa nya juicing yang dibuat. Sbb salu orang tanya 'sedap ke kak?' "cemna rasa dia". Eh. Sure la takde rasa sesedap cendol mahupun ABC sbb raw juice is without any sugar ye kakak kakak, adik adik. Hihi.

So, utk hari ni mari start dengan email subscription yg dihantar. Sy subscribe dari sini Benefits of Juicing . Memang bes sbb dia akan bagi tips dalam ber juicing.. sila lah subsribe.. free saja :)

Hey Ida,
Today I was at a restaurant and I overheard a couple talking next to me.  They said "I'm tired of counting my calories.  I hate this diet."  Oohhh....diet.  Yucky word. Then I heard the woman say "Not another salad." 

It kind of broke my heart.  I like salads.  No, that's not why :)  
It reminded me of how I was years ago.  
You see, it was quite a few years ago that I was overweight.  I counted my calories and was on a restrictive diet.  It sucked. I'm not going to lie, I lost weight.  

But until I found juicing, I didn't feel good.  My skin didn't glow.  I didn't have energy.   And my metabolism was not in gear.
Juicing transformed my outlook on life. I drank my salad in a tall frosty glass. I didn't have to eat them so often that I got tired of them.  And once I focused on being healthy, I stopped obsessing about my weight, slimmed down easy and cleared up other health problems.

Did you know that health problems are caused by one of two major reasons?  
A toxicity in the body and nutrient deficiencies.  
Once you get those in check, your body can heal, get healthy and lose weight.  Think of your body as a miraculous healing machine.  

The diet many of us eat is low in vitamins and minerals. 
Processed foods. 
Junk foods. 
Very little raw and green produce. 

A lack of nutrients over time can cause sheer havoc on our bodies.  It makes our metabolism slow down.  It makes our body do weird things and eventually we get sick. 
Juicing- getting your vitamins through a straw- is a great solution for two reasons:

#1: It's yummy.

#2: It's a quick and easy way for your body to get a concentrated amount of good clean nutrition (think of it this way- would you rather have a salad and a bowl of fruit in one sitting OR one glass of juice?).

Fresh juices are plant based drinks packed with the goodness of raw vegetables and fruits.  Once you get over the color- whether it be green, purple or red- you'll never go back to store bought.
It's the single easiest way squeeze more nutrition into our diet.

Once you give your body good nutrition and clear it out of toxins, you'll get a bounce in your step, glowing, clear skin, a sharp mind and be on your way to a slim body.

Each and everyday I hear stories about weight loss...
People getting off of their medications...
And improved sleep, digestion and glowing skin...

Because when your body has the nutrients it needs...It's happy.

This, quite simply, is why getting into a juicing habit is a fabulous idea.  Life is better when our bodies are healthy, because then we're happy.

Our juicing on 14.9.2013.
Tomato (half) + carrot (half) + green apple (sebijik) + oren (sebijik)
Rasa : Oke je sbb rasa oren yg masam akan tenggelam kan rasa lelain.
Utk permulaan, kalo kita takut dgn 'rasa' yg kita tak suka, 
kita jgn terlalu excited nak buh banyak2. Buh dlm kuantiti sikit dulu,
if oke..esuk boleh tambah amaun.

Antara benefit tomato juice :
Another surprising benefit of drinking tomato juice is its ability to aid in weight loss. Unknown to many, tomato juice is helpful in losing weight. Studies have found out that drinking tomato juice helps in weight loss. It flushes out the body’s toxin and helps shed that unwanted pounds quick. Tomato juice diet gives the body nutrients and calories which are essential for metabolic process. Tomatoes are low in sodium and high in dietary fiber that is an important factor for the body to properly function. Its fiber helps regulate bowel movement and prevents constipation. It keeps the liver healthy and functioning well. Since tomatoes are naturally rich in water, it helps the body hydrated even after strenuous exercise.

Tomato juice also helps in caring for the skin. It reduces acne and gets rid of pimple infection fast. Tomato juice helps in the prevention of skin breakout and helps prevents pimple and tightens skin pore. Since tomatoes are a good source of vitamin A, it is good for hair growth and helps keep hair strong and shiny.

Friday, September 13, 2013

Edisi Bebel Di Hari Jumaat.

Hoih.
Taktau nak buh entry apa.
Tapi kalo takde entry ari ni, lama la plak takde entry. Skrg ni, ari minggu aku paling pemalas nak buka laptop. Kadang rasa cam rugi plak bayar broadband tu. Sudah lah phone pun aku pakej internet yg byk jugak, 5GB nyer. Tapi nak terminate pun sayang jugak. Penting tau internet skg. Bagi aku, cam 'gelap dunia' jugak aku kalo tak online beberapa hari. Haha.  Cuma skang aku igt nak downgrade data plan phone aku. Amik 3GB. Bila da limit tentu aku kembali pada bband kan. Oke. Good. 

So, esuk cuti 3 ari. Wiiii... tp aku tak plan ke mana2 (agaknya lah..kot... hahaha).
Balik kg pun tak.. sbb 26hb mak datang sini. Jumpa dokto.
Aku rasa nak lepak rumah, selepak lepaknya. Haaaa... Berapa lama dah aku nak deco deco rumah, tak berusik.  Tu ari ada beli cam lukisan la, kat Parkson. Pastu ingat nak buh kat bilik tidur tetamu. Hurm. Aku rasa bln 5 aku beli tu ari. Pfttt... Bukan per la kan. Nak pasang kena drill, drill plak ada masa2 tertentu. Yg aku available mmg ari Sabtu je lah. Sabtu plak jarang ada kat rumah. Kadang dok pikir, ke mana aje aku abis kan masa ujung mggu yer. Asik tak lekat kat rumah je... 

Byk lagi menda aku nak men deco kan. Dan tokok tambah sket. Tapi tu lah. Buat masa ni biar lah. Orang2 dtg pun kata, napak luas rumah aku. Haha. Mmg la napak luas sbb aku tak suka semak. Dinding pun takde apa. TV sebijik ja. Kan konsep rumah aku less is more (la sangattt). Tp mungkin sbb aku ada cermin beso tu kot napak luas. Kot la.. entah la labu.. aku pun bukan reti sgt ID, ID ni.. tgk majalah Apartment tu, apply la mana boleh.

Oh. Tadi sebenar aku ada post gmbr kat IG. Tp aku delete. Kuikuikui. Sbb aku rasa cam..eh poyo nyer. Gmbr reservation yg aku closed deal kat Matta Fair tu ari. Hari ni last day utk buat payment baki. Mujur akaun org tu Maybank, terus je Maybank2U - then fax kat dia transaction tu. Settle. 4 ari pikir tu.. hahaha [ye lah sgt..padahal mmg da buat keputusan..propa sanggatttt]. Maka, dgn ini settle lah sudah dibayar. Fuh kanan fuh kiri, moga tiada halangan lah yea.

Oke lah. Nak gi survey2 jap. Ala, tpt ni aku pernah pergi pun ekceli. Tp saja.. nak merasa kelainan pulak. Alang2 dapat rega berbaloi kan. Hiwhiwhiw... Nak ikut.. jom ah! tp kena sediakan ongkos la yer.. aku pun jenuh potong gaji tetiap bulan duit masuk ASB utk gi holiday leisure leisure nih. Duit ASB mmg tak bley freeze kan lelama. Kena kuar masuk kan duit. Hihi. Tabung Haji takpe. 

Oh. Meh tempek ini.
Aku share beberapa hari lepas kat FB.
Benar kan?
Aku pernah terlepas pandang utk bagi "sedekah wajib" thn lps (sbb aku tak potong gaji terus) dan thn 2012 tu mmg la kereta aku byk hal dan ragam. Ditambah lagi burnt tiket gi Vietnam. Pheww... terus muhasabah. Dan terus langsaikan semua kewajipan akhir tahun 2012. Tahun ni mmg allocate tetiap bulan dah.
Jadi, if kita layak.. jangan la abaikan. Aku rasa, kalau isteri esp yg bekerja ni rata2 mmg dah layak. Sbb perbelanjaan byk pergi ke husband. Biar lah sedikit, sbb yg sedikit tu lah akan diganda oleh Allah. Dah hujung tahun kan..boleh la bajet2 dah.

Thursday, September 12, 2013

Edisi Tupperware : Mari Tambah Semak Kabinet


Menambahkan semak dalam kabinet.
Mmg dah tak muat sebenarnya. 
Yg bekas love love tu nak buh tepung.
Tepung magic, tepung gandum, tepung jagung.
Kt FB mmg ada yg jual  murah malah mmg lebih murah dari rega
aku sbg consultant kalo tak termasuk pos. 
Maklum lah aku kan consultant ado ado shj.
Jadi, kalo tnya rega kat aku, mmg tak boleh nak bagi murah cam itu lah.
Maaf la yea. Kalo nak murah, korang carik la kat FB.
Mmg melambak org jual murah. Malah bole beli loose :)
Aku jadi consultant pun dulu sbb nak beli barang2 untuk sendiri punya ja.

Yang canister pink purple tu mmg bes.
Besar. (dan mujo muat dgn tinggi kabinet)
Puas ati.

Lepas ni no more tupperware.
No more online shopping.
Nak saving.. 
Maklum la. Ehem. Nak. Ehem. Pergi. Ehem. Vacation. Ehem. Best. Ehem!
Sumpah tak sabau oiii...!!
Hahahahhahaa.

*sebenar takde idea nak wat entry apa. Tgk gmbr kat i.g. Ha, ini pun boleh lah. Bz sket minggu ni ngan minggu lepas. Terus rasa 'I Need Vacation'. Ptg ni Meeting Lembaga Kenaikan Pangkat lak (-_-") - bukan aku yg naik pangkat. Aku urus dan setia sajork.. tukang buat paper n powerpoint kata nyewww...

Wednesday, September 11, 2013

Cerita TTC : Kemudahan Perubatan [Rawatan Kesuburan]


Bagi penjawat2 awam, at least kena tau lah apa kemudahan perubatan yg kita boleh dapat. Takkan nak harap HR je kan..kadang2 kami di HR ni pun ada juga terlepas pandang [yerp.. tuan kebun stoberi pun jaga HR - perjawatan, tatatertib, personel]. 

Sebenarnya aku keluarkan pekeliling ni sbb senang nak refer utk case aku lah.
Dalam ni mmg ada disebutkan utk rawatan infertility.
Taknak sebut yg melayu punya sbb sayu benar bunyinya :(
At least, dia letak 'rawatan kesuburan' pun dah oke kan.
Takpe lah yg itu. Yg penting isi kandungannnya.

If ada govt servant yg tatau lagi, kita mmg boleh claim utk infertility treatment (tak termasuk IVF, ICSI)
Tapi..hanya di LPPKN saja ya.
Claim tu bermaksud, bayar lah dulu. Nati claim.
If takmau bayar dulu pun boleh... tp kat spital kerajaan je lah.

Jadi, 
as a govt servant, gunakanlah kemudahan yg ada.
Aku dlu pun mmg start dari LPPKN.
Cuma.. aku ni kan macam macam. Elok2 dah kat sana, byk la alasan nak lengah2 kan. (LPPKN agak laju yer.. aku retu mmg da boleh proceed IUI, tp aku saja taknak buat dulu. Alasan..nak g HK. Pastu terus malas..jgn diikut perangai haku nih).
Tapi... oleh kerana, perangai macam macam ni lah, taktau cemna ter pegi ke klinik swasta plak.
Ha...kau tanggung sendiri lah di situ kan. Haha.

Klinik swasta mmg absolutely cannot claim yer. Toksah memandai.
Unless disahkan oleh KKM rawatan tu tidak dapat disediakan oleh hospital/klinik kerajaan.
Cam aku buat laparoskopi tu ari.. mmg boleh buat kat spital govt. Jadi, toksah memandai plak gi kat HR, pastu cakap - cik.. sy nak claim wat saya operation kat klinik Doc Hamid tu ari. Mana boleh bhaiii....
Semua rawatan infertility ni pun boleh buat kat govt.

Cuma skrg, aku tgh pikir pikir.
Aku akan proceed dulu ngan Doc Hamid. Sbb akan sambung treatment dengan ubat ubat plak lepas ni [da buat appmt. Next week].
Tapi... lps tu dia jugak akan suggest IUI [if tak berjaya lagi lah].
So, aku rasa aku nak buat IUI dgn spital kerajaan.
Nak gi balik bukak rekod kat LPPKN aku dah takut. Sbb retu dah bukak fail, pastu da lupus pun (lps 2 thn tak aktif, dia lupus. Ini mmg org LPPKN gitau bila aku call tu ari). Pastu nak bukak balik. Ada kena maki kang. Takuittt.. Haha.

So, cena? Tau, HKL mmg la lambat, tp takpe lah.
Manatau ada rezeki, Insyaallah cepat.
Aku ada gak sembang ngan staff kat cawangan tu ari. Kawan tu siap buat 2x dah IUI. Kat GH Negeri je. Senang kot.. Buat kat Ipoh kang tau la.. Haha.

Pening kan.

Tu lah..begini lah nasib TTCian. Nak wat cemana. Insan terpilih je dapat melalui semua ni. Allah mungkin nak aku terus berdoa, sbb dgn cara tu aku makin rapat denganNya. Mungkin Dia takut aku terleka kalau semuanya serba sempurna. Allah Maha Mengetahui. Sepertimana aku up status kat FB tu ari - lain orang lain cara Allah turunkan rezeki. Mungkin aku lambat utk terima rezeki anak ni, tp ada byk lagi rezeki lain yg Allah bagi. Alhamdulillah......
Jadi, redha... itu lah key wordnya.
Takpe.. sebarkan aura positif je. Insyaallah, semua pun oke :)


Pic kredit : Here

p/s : Memang kami TTC'ian ni sedang bersabar.. kalo tak sabar lama dah kot tersasar dari landasan. Takat ni aku pasti, aku dan rakan2 yg lain memang bersabar, jadi tak perlu kut kalo nak kata 'bersabar la...'.
Ce bagi kata semangat lain sket.. selain bersabar la... bersabar la... oke..
good... love u olss (",)

Tuesday, September 10, 2013

Good Luck, Anak Ku

Lupa plak nak wat entry ni.

Anak?
Anak amik UPSR?

Haha.
Anak saudara. Kira anak la tu kan. Anak kepada abang aku yg ke4. Lagi la ikatan tu kuat.
Orang lain, yang sebaya aku siap anak dah amik UPSR. Aku ni.. ha.. menumpang kasih anak saudara je lah dulu ye. Eh. Cam tak relevan ayat. Haha. Skippppp...
Imej : Google

So, good luck utk anak saudara Ucu ni - Fatin Liyana Khairina.
Yang family belah mak dia kata, dia ni sebijik ikut Ucu dia.

Dari badan kecik2 nye (kecikkk keeeewww? -_-"), dari rambutnya. Serba serbi lah.
Ye ke sama?
Takdak plak gambau dalam simpanan PC ni ada gmbr dgn dia.

Tp kalo kat instagram ada jugak lah.
Aku mmg rapat la ngan dia sbb family dia duk kg ngan mak aku kan.
Kalo kiterang ada jalan2 konvoi ke apa, mmg dia takkan naik ngan ayah dia la.
Sure nak ikut Ucu punya.
Retu siap beli slipar stoberi kat aku. Kata mak dia, dia tingat Ucu yg suka stoberi. Oh. Sebak rasa.. Kesayangan nihhh!!

Kalo tahun 2010 dulu aku belikan kat abang dia PSP bila dia dapat 5A dalam UPSR,
ngan dia aku janji nak bawak gi USS kalo dpt 5A. Mula cam nak bawak Legoland, tp cam.. eh.. baik janji yg something lagi bes supaya dia nak buat betul2. Tapi kalo tak dpt straight A's tu, takpe la.. aku bawak gi Legoland jugak lah. Aku pun nak tumpang jugak pegi.. ye lah..kalo pegi tak bawak budak kan cam eh..tak bes.. hihihi...


Edisi Jamuan Raya Akhir Syawal

Adaaa....ramai lagi kan yg buat jamuan raya mggu ni kan.
Tu agaknya next week pun ada lagi. Tambah2 lagi cuti 3 ari. Hihi.
Oh. Kalo tak silap last year kami buat housewarming masa Hari Malaysia jugak. *nati tgk balik post last year*

So, ujung minggu yang lalu.
Terima jemputan dari Elina Carmello.
Dia ni sebenarnya aku kenal dari blog je.
Memula dia SR blog aku, pastu jumpa dia masa dia nak beli tupperware. Tahun lepas ke. Eh.. tak.. 2 tahun lepas (lama juga dah yer kita knl ye Elina?) Masa tu dia dok Labuan lagi. Pastu terus close. Lagi pun kiterang ada persamaan. Dia pun TTC'ian jugak. :)

Dia buat hari Jumaat. Petang. Memula dia jemput lps maghrib. Pastu dia w.app balik kata start kul 5 dah boleh dtg. Tanya myDH, dia kata bole je kalo nak pi pas kerja. So, pergi lah. Lagipun dkt nau ngan umah aku kan. 
Oh. Mmg rugi kalo tak datang. Makanan semua super sedap. Dgn kambing nya. Dgn mihun, ketiow, satey. Seme sedap. sedap. Tu pun tak makan lagi roti jala (ke murtabak.. ) kuih muih. Eh. Dah macam bufet Ramadhan kat hotel lah. Lagipun dia buat area rumah dia yg juga ada cam tmpt rekreasi (kwsn homestay berhampiran kaki gunung). Aku pun tak tahu yg ada tpt camtu di area situ. Cantik. Nanti nak pegi lagi lah. Nak tengok2.
Us.
Dah kenapa tudung aku melingkup smpai nak tutup muka tu?


Seterusnya hari Sabtu. Ni dah masuk Zulkaedah dah pun. Jamuan lps maghrib. Ni anjuran JMB area rumah aku lah.
Pun makan bes. Laksa sedap. Kambing BBQ lagikk... 4 eko katanya. Ye lah.. ada 4 block. Satu block seko. Huhu. Tp kambing kat umah Elina tu lagi bes. Yg ni cam terasa 'kekambingan' nya. Haha. Aku kena letak byk2 sos black pepper tu supaya takde rasa kambing tu. Aku oke je makan kambing, tp tak suka kalo ada rasa 'kekambingan' tu byk sgt. Ah.. orang biasa makan kambing tau lah rasa cemna kan. Ada orang tak makan kambing, tapi lamb chop makan eh?? kihkihkih...
Makanan banyak. Tak ramai yg turun mungkin. Kiterang pun nasib ada kat rumah je. Dan rajin nak pegi. Last year tak pegi sbb baru pindah. Segan. Hiwhiwhiw. Tahun ni tak segan sbb Pengerusi JMB pun block kiterang. 

Ada cabutan bertuah jugak. Hadiah barang2 tupperware (mmg brand Tupperware). Hohoho.
Sapa yg dtg tulis nama ngan no rumah.
Cam biasa.. harus tak bertuah. Tp tah lah. Ada 30 cabutan. Yg 10 cabutan terakhir tu kiterang lak yg cabut meninggalkan majelis. Hihi. Malas dah. Hujan makin lebat masa tu.

Itu je lah jamuan raya utk tahun ni.
Smpai kita jumpa lagi utk tahun hadapan. Insyaallah.
Dan sbg mengakhiri entry.
Ini jamuan kami di ari Ahad yg permai. Teeheee.
Sambal sutun.
Kari ikan yg tak cukup bahan. Kompiden je aku 
rasa ada halba campur (yg jintan rempah segala tu lah).
Rupanya nan hado.. lantak kan lah. Belasah je.
Dan kailan ikan masin.
Nah.. dah kul 4 ptg baru mkn.

Monday, September 9, 2013

Edisi Matta Fair Sept 2013


Saja pegi. Jalan2 meramaikan umat dalam pwtc tu. Aku g ari Sabtu. 
Huimakkk... ramai bebeno kome.. ingat kot dah bising2 kat FB rega minyak naik... rega barang naik.. takde la ramai orang dah. Idak juga... sama je cam yg sebelum2 ni. Malah lagi ramaiiii... pfttt...
Oh. Lupa. Yg bebising kat FB tu bising bagi pihak orang lain yer. Bagi pihak derang, derang mampu. Kuikuikui *gelak tutup mulut*

Biasa kalo ada event kat pwtc kiterang parking kat hentian putra tu.
Tp kali ni da agak lewat. Kul 11 (sbb sblm tu g joging kat TTwangsa. Hikhik).
Mmg tau takkan hado nyer parking.
Jadi, mari lah kita naik tren. Alah, 2 stesen je pun. Tapi kalo ikut kos, better bawa kereta je. Sbb kalo naik tren : kos parking - 3 ringgit. Kos tren sorang pergi balik : RM2.80 x 2 = RM5.60. Jadi total cost kalo naik tren RM8.60. Kalo naik kereta, parking situ..berapa ah.. 3ringgit ke. Tah. Tak ingat, tp kurang la 8 ringgit tu. Amboi..berkira. Eh. Harus lah..kata rega minyak naik, harus kira every single cent. Kuikuikui *sekali lagi gelak tutup mulut*

Tapi, naik tren mudah. Trus je jalan guna laluan flyover atas tu. Trus masuk pwtc. Register. 4 hinggit sorang. Dapat beg kaler itam.
Aku sebenanya nak dtg sbb nak carik pakej umrah kalo ada yg bes bes. Ada plan la nak gi ngan mak kalo mak sihat. Lps tu plan saja nak tgk kot2 ada hotel murah2 utk 5th anniversary. Dalam pala ni pikir Philea Melaka and Avilion, PD (Grand Lexis dah pegi, takyah tgk). Takpun Pangkor.

Aku tak pergi Matta Fair yg bulan 3 sbb kalo bln 3 punya dia tak smpai ke date anniversary aku. Biasa kiterang celebrate anniversary bulan Januari walo exact date is on 13 December. Cuti skola bhaiii.. tak sanggup aku nak bersesak nak join orang ada anak bercuti. Lets derang yg have fun dulu, takyah menambahkan sesak. Pastu bulan 1, dah reda..da seme orang g skolah, baru kita celebrate. Lagi bes gitew. Jadi, yg bulan 9 punya Matta Fair ni mmg sesuai la sbb due date utk booking rata2 until March,2014.

Sbb dia punya jalan kena masuk tpt international dulu, pastu turun domestik, pastu tpt travel agent jadi, cam kena pegi la seme tmpt tu dulu. Dah kena pegi 2 round. 1st round tgk tgk dulu. Pastu naik balik, kali kedua baru cam aaa.. mari carik. Tgk Malindo Air. Eh. Cam bes. Tiket g Langkawi RM49 cuma (one way). Kalo return, 2 pax dalam 200 gitu. Murah. Siap carik date dah nih. Duk tepi, diskas ngan myDH. Tiket 2ratus, otel pun dalam 2ratus, makan minum dan shopping. Sbb nak g Langkawi ni mmg nak duk 1nite utk beli pinggan je. Haha. Jadi, kena ready dalam 1k tp dpt soping dlm 6ratus saja. Baik beli sini ja. Huhu.

Jalan2 lagi. Tersinggah satu booth.
Eh. Macam bes. Tanya tanya.
Pastu carik tpt utk berpikir.
Smbil berpikir tu dtg la orang duk propose vacation club la apa la.
Haih..org tgh kira untung rugi ni, dia seboookkk la plakkk.. Biar laki aku layan, aku duk pikir kalau gini, oke tak?..kalo gitu oke tak?
So, dalam tempoh singkat. Tak smpai 15minit pun kot. Kiterang wat decision.
Giler ah. Ye lah.. kalo masuk free tak pe gak esuknya datang lagi cam pesta buku tu.
Ini, masuk bayo wey. Kang sekali lagi aku kira segala kos tu kang. Haha.

Ingat senang nak buat keputusan?
Takut jadi cam yg burnt tiket ke Vietnam bulan Januari tu hari.
Sudah la melibatkan jumlah yg besar (pd kategori kami ni lah). Tapi ni boleh refund. Ada la TnC dia. At least, dpt gak dari burnt semua. Tapi harap2 jadi lah. Aku doa mak sihat. Itu yg utama.

Jadi, bila dah closed deal yg tu, mmg tak akan tgk lah deal yg lelain.
No. Never. Ever. Haha.
Mmg Philea dapat murah. RM399 saja.
Avilion tak tgk. Grand Lexis cam sama je yg aku pegi tu ari. Avilion, entah, tak napak booth.
Pangkor ke apa ke tak tgk dah. Cukup cukup sudah.

Pakej umrah.
Ingat kot ada byk la. Sbb ada Islamic Matta Fair skali kan.
Tp takda apa pun. Tah hapa hapa je.
Kali lain ku carik lah. Tgk kat internet je nanti.

So, skrg, saving. No tupperware until da date. No online shopping. No itu no ini.
Lama lagi tu. Sempat la google dulu habis habisan. Lagipun yg ini sebenar mmg tiada dalam perancangan.
Aku mmg camtu. Tetiba terus beli. Cam g Hongkong dulu. Tetiba terus beli tiket. Lps tu baru survey dan oke ja..smooth je Alhamdulillah. Alah, cam HK ke Krabi ke seme tu kita boleh g sendiri. Free n easy. Takyah guna travel agent. Boleh je.

Tahun ni mmg tiada cuti cuti sangat.
So, oke kut ditunda seme tu ke tahun dpn.
Hihi.
Yg aku beli tu ada dalam salah satu brochure atas ni.
Hiwhiwhiw.

Friday, September 6, 2013

Kata Inspirasi Dari Mereka



****
Bz. Seminggu ni sebenarnya settle kan utk pre-meeting Jkuasa Tatatertib.
Pagi tadi settle dah meeting tu. Tp tak abis lagi. Lps pre mesti lah ada meeting yg betul plak. Melibatkan orang Kementerian.
Fuh... *lap peluh*
Kalo ada kes tatatertib high profile oke la jugak. Ini... alahaiii...
Apa pun, kalo mereka ni tak buat kes, takde kerja pula kite kan.
Baidewey, budak muda skrg tak kesah ek kalo nak diambil tindakan tatatertib. Selambeeee jeeee.... Eiii... Geram btul aku rasa. Hey! Kau tahu tak kat luar sana berlambak orang merintih2 nak kerja kerajaan, kau ni bila dah dapat peluang ikut suka kau je kan. Tak reti dah aku nak ertikan apa lagi kehendak bebudak nih. Eiii..eiii....

Wednesday, September 4, 2013

WW : Lunch Hari Ni

Hiwhiwhiw.

Ye lah sgt.
Padahal dari pagi duk ngunyah keropok goreng.
Satu dept ari ni makan keropok.

Lama tak juicing. Napa malas sgt ni...???

WW : Rezeki


**p/s : A little bit bz this week...

Tuesday, September 3, 2013

Edisi Raya Dan Lebuh Raya.

Last weekend esp on 31st August tu sure ramai yang buat makan2 (open house) dan kita yg dijemput pun ramai2 jugak lah memenuhi undangan/jemputan tu.
Dan tak terkecuali la tuan kebun stoberi juga =]

Memenuhi jemputan jatuh hukum wajib. Kecuali ada keuzuran syarie atau majlis yang dihadiri tu tidak memenuhi hukum syarak. Jadi, mau tak pening nak mikir nya. Walau takde la berpuluh jemputan, tp cemna nak memenuhi sbb dari satu ke satu tpt tu boleh tahan juga jaraknya.

Jadi, kita cuba ya. Sememangnya aku akan ke area Klang. Rumah kak ipar. Yg ni mmg dia dah plan masa aku buat makan2 tu gak. Dia nak buat tahlil sblm zohor. Tp tak dapek den nak dtg awal2. Rumah aku tu berapa lama tak di komeh dah ha. Settle siap kan rumah, baru gerak. Dalam kul 1 lebih. Dan spti yang semua sedia maklum 31hb tu hujan yg amat lebat. Pandangan amat la terhad (cea.. bajet cam aku la yg drive). Siap ada kemalangan kecil kt hway KESAS tu. Kesian. Napak org tu dukung anak kecilnya. Mujo ada tempat nak berteduh sbb dia xciden area flyover. Berbaju kurung. Nak ke open house juga mungkin. Tak pun kenduri kawen.
Gmbr instagram sendiri

Lps tu ditambah pula kegusaran seluruh Selangor dan KL akibat bekalan air terjejas. Tumpahan diesel katanya. Lagi macam bertambah runsing tinggalkan rumah. Aku selamba dak je tak simpan air. Kompiden rumah aku tak kena. Huhu.

Google
Rumah akak ipar di Jln Kebun, Klang. Katanya pun air dah kecik. Kat rumah akak ipar ada nasi dagang. Tp aku tak makan lauk ikan tongkol tu. Jadi, makan dgn ayam masak merah. Makan sket je pun. Kawal. Kawal. Huhu. Akak ipar nak bungkuskan mihun goreng. Tapi terpaksa tolak sbb aku bajet sure aku smpai rumah malam punya. 

Lps rumah akak ipar, g umah mak sedara plak. Dkt je pun. Sebelah taman tu je. Singgah je lah. Sbb mak mertua ada rest kat situ. Tumpang solat zohor. Lps tu gerak ke Rantau Panjang. 

Woho. Aku mmg tak biasa area Klang. Tapi mujo lah ada google maps {kasihan.. tiada GPS. Waze ada install tp rasa selesa dgn maps}. Sangat2 membantu lah. On GPS tu, dia bawak je lah ke jalan yang benar. Tak sesat pun. Terus, taraaaa... da smpai. Cuma nak carik rumah tu cam eh, mana ni, mana ni. Dah la ada 3 rumah buat open house. 
Oh. Rantau Panjang ni rumahnya si Nad. Alhamdulillah la.. kebetulan dia buat hari yg aku mmg ada kat Klang :) Dapat la jejak kaki ke Rantau Panjang.

Rumah beliau makan nasi tomato. Nad... abang Lan kata mi kari Nad tu sedap. Ngeee.. cis..rugi plak akak tak makan tu ari.
Rumah Nad air pun dah slow katanya. Oh. Kasihan mereka yg buat makan2 ni. Masa smpai rumah Nad ni pun dah kul 5 lebih.

Seterusnya ke rumah anak buah aku kat Putra Height. Fuh. Mmg asing ni. Tak pernah2 aku pergi. Skali lagi guna maps saja la. Tu pun terpusing2. Masuk kuar hway. Smpai rumah anak buah aku dalam 6.30 ptg. Dia buat soto. Nomnomnom.
Rumah dia ni kesian. Air langsung takde. Mujo dia dah simpan air siap2. Kalo tak. Pitam. Dah la rumah tingkat 10 nun. Huhu.

Balik dari rumah dia, dah gelap. Lps maghrib. Tak jumpa dah hway yg kiterang masuk tadi. Igt myDH tahu. Skali dia pun blur (T___T). Skali lagi on GPS - maps. Dan terus masuk balik KESAS. 

Hurm. Ni lah namanya beraya di lebuh raya. Berapa byk hway masuk. Bermula dari Federal, masuk pula KESAS, lps tu dari Rantau Panjang tu asben Nad ajar masuk SHAPADU (yer..1st time naik hway tu), dari SHAPADU masuk plak NKVE tp tersilap, termasuk ELITE kot, entah aku pun tak tahu. Carik balik NKVE. Lps tu nak balik masuk balik KESAS. Phew. Mujo tak termasuk LDP tu.

Smpai rumah dkt kul 9mlm. Berdebar ni. Ada ke tak air. If takde kiterang dah plan nak gi amik air kat ofis. Kuikuikui. Skali on d way nak masuk rumah, acik rumah tgh tahan suh masuk rumah dia. Dia buat makan2 gak. Meh la..meh la.. katanya. Tadi acik ketuk pintu rumah, takde orang. Adeh. Deh. Deh.. masuk je lah walo minda ni dah set tak boleh nak makan dah. Abis.. orang da pelawe...

Acik ni sebenarnya baya2 mak aku. Cemna acik baya mak aku boleh duk KSU tu? Hihi. Anak bujang dia lah. Bawa mak dia tu duk bersama. Jadi, mereka dua beranak lah duk situ. Oke je aku tgk acik tu duk umah takde tanah ni. Kalo mak aku, sehari dua dah 'lemas' katanya (T___T). Soalan pertama aku tanya kat derang kat rumah tu "ada air?" Bila derang jawab ada, terus fuhh...lega. Hihi.

Tu lah. Alhamdulillah, takat ni KSU tak pernah terjejas kalo area sekitar takde air. Tak tahu la samada loji nya mmg tak terlibat, atau ada tank. Tp kalo tank, aku tak rasa dia dapat cater smpai 17 tingkat nih. Entah. Rezeki kami mungkin. If not, ko sauk la air kolam tu. Buat basuh2 bahan 'detox' boleh la kan kalo terdesak. Haha.

Jadi, begitu lah cerita raya 31 Ogos tu. Lps ni da settle pun citer raya kan. Ke ada lagi yg buat? Dan sedar tak sedar, dah setahun juga kami menetap di KSU. Dulu kiterang buat housewarming masa hari Msia kalo tak silap. Sekarang pun masih belum siap sepenuhnya deco deco dalam rumah tu. Takpe lah. Asal ada rumah utk menginap pun dah cukup bersyukur kan. Rumah ku Syurga ku :)

Oh. Tak dapat memenuhi 2 jemputan. Memasing tu di tpt yg sama. Di Putrajaya. Blok je lain. Nak minta maaf pun cam aku sendiri yang salah. Takde keuzuran pun. Cuma tu lah. Tak sempat je.... next time, Insyaallah....