Monday, October 31, 2011

Cuti Cuti Cinta Hong Kong : Persediaan

Aku ke Hong Kong as backpackers traveller. Just me n my dear husband.
Memula mmg cam tak kompiden, tp saja aku nak cabar diri aku, bleh ke tak pegi sendiri. And, Alhamdulillah segala berjalan lancar spti di rancang kecuali terkejut dgn bilik yg ditempah kat Agoda and kena tipu ngan Pakistan ke apa tah yg simply2 mintak duit org kat Avenue Of Star. Itu nati citer yer.

Mudah amat skang ni. Gunakan kemudahan internet yg ada. Klik je seme akan ada. Sbb Hong Kong adalah modern city. Transportation mmg sgt2 convenient. 
So, meh kita cakap pasal persediaan dulu. Kalo nak pegi sendiri yg penting adalah kita kena rajin gather info. Aku gather dari blog org (esp blog adik aku tu - Eka, and 2,3 blog lain), then kat forum Cari. So, kita kumpul2 kan,  lps tu mula menjelajah secara virtual.

Oke, the 1st thing u need is this one. 

MTR route. Dulu aku penah tempek as WW, then ada yg igt LRT route kat sini. Hihi.
Bleh amik kat web ni. http://www.explorehk.com/en/
Get familiar with these route. Dia mmg cam jaringan LRT kita kat sini, tp lagi byk jenis. Cam kita ada Putra, Star, Monorel, Komuter n ERL kan. Dia pun camtu, tp dia ada 10 jenis tren!. Phew. Tp usah risau, bkn seme kita guna, dlm 2,3 je. Ikut tpt kita menginap. So, familiar kan dulu. Tp tak perlu la susah2 nak hapal. Print je mendalah ni nati.
kredit : here
Then, fahami sket keadaan geografi kat sana. Ekceli ni Hong Kong ni atas pulau2. Airport, Disneyland n Ngong Ping adalah dalam satu pulau yg dinamakan Lantau Island. So, bila kita gi main city or Central dia dah ke belah pulau lain plak. So, kalo nak pegi sendiri, nak buat itineraries sendiri, kena pegi kat google map, try and error dari satu distance ke distance yg lain. Sbb kalo katakan kita dah kat Ocean Park (kat Aberdeen), agak mustahil utk melompat ke Lantau Island. Jauh tu kedua-duanya.
Lagi, kena tau gak cuaca kat sana. Ada time yg bes utk dilawati. Leh tgk sini - discover HK. Cam aku pegi ni

Autumn
September to November
There are pleasant breezes, plenty of sunshine and comfortable temperatures. Many people regard these as the best months of the year to visit Hong Kong.

Tp kekadang cam nak ujan gak la. Sediakan payung je la. Next bln 12 tu winter. Harus la sejuk n beg pun penuh ngan baju tebal. Lagi, aku saja pegi sblm cuti sekolah sbb kalo cuti sekolah lagi ramai org.


Makanan lak aku redi seme ni. Sbb gi sendiri agak sukar la nak carik makanan halal kan. Lain kalo ada Travel Agent, pasti derang bwk tpt makanan halal trus. Ada pun mahal. Jadi utk alas perut kita makan je lah ni. Sekali sehari bleh la gi makan tpt restoran halal tu.

Waktu kat sana plak tak perlu risau sgt. Kita tak perlu tukar waktu kat jam. Sama je. Cuma dia mcm kat Sabah. Subuh masuk awal n Maghrib pun awal. Kul 6 da gelap wes. Jadi panik bila tgh syok jalan2, tiba2 mcm da malam sgt, padahal baru je kul 6 lebih. Utk waktu solat leh tgk kat link ni. Print sesiap.
http://www.islamicfinder.org/cityPrayerNew.php?country=Hong_Kong
Kalo smartphone yg dah di roaming kan tentu takde masalah nak carik kompas, cam aku, tak wat data roaming, guna je la kompas manual. Mujur my dear ada. So, sila bawa kompas juga ya.

Oh. Toilet sanun takdak paip. Ada pun kat sinki. So, jgn lupa bwk wet tissue bebanyak yer. Hihi.

Lain-lain, bleh la masuk website tpt2 yg kita plan nak pegi and bajet utk tiket masuk. Hotel pun takde masalah. Online booking je. Aku booking masa bln puasa tu ari. 

So, 1 week before pegi retu aku da siapkan itineraries aku sendiri. Cam aku tepek kat entry nih.
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/10/macam-wordless-la.html

Itu je lah persediaan before nak jadi backpackers traveller (apsal ah, bila tulis backpackers aku terbayang org yg bawak backpack besau2 tu. Huhu. Tp aku bawak beg tarik tu je. Jadi begtarik traveller la. Haha). Tak susah kalo pegi tpt yg moden2 ni. Insyaallah, tk sesat.

Mobile Template

Phew. Esuk ada course. Smpai 3hb.
Nun di USIM.
Tinggal opis lagi ya. Hiks.
So, sblm tu saya takmo terputus hubungan lagi dgn anda2 cam retu.
Retu mmg la, sbb saya tak buat roaming utk "cik Si2" saya. No data roaming. Hanya call roaming utk Celcom ja yg ada. Jadi no FBi'ing, no blogging masa bercuti retu.

Jadi, ada setgh blog yg saya masuk tak bleh nak view as mobile template.
So, apa kata yg masih lum buat mobile template tu buat mobile template.
Senang je.

Memula klik kat gmbr mcm dokumen kertas tu. Klik utk TEMPLATE

Lps tu dia akan kuar gini.

Kalo disable mobile template dia akan tulis 'disable'.

So, klik kat mcm gmbr skru kat bawah tu.
Then klik 'Yes. Show mobile template on mobile devices'.
Takpe, kalo hp tak active kan data internet pun klik je mendalah tu.
Nati org lain sng nak tgk utk mobile template.
Dia ada memacam, so pilih memana satu template yg disukai.

So, bila da aktifkan mobile template tu dia akan kuar gini.


Mudah la utk kita baca dari phone.

Jadi, kalo sesapa lum aktifkan, aktifkan ya.
Esuk kalo boring dlm course leh baca blog korang.
Eh???
Salah guna peralatan nih.Twehehehehee (",)

*Napaknya malam ni kena pulun autopublish kan entry HK.
Aci tak kalo takde entry lain, hanya entry HK. Muntah kedarah tak? Huhu.

Celcom Broadband??


Phew. Agak mujur surat masuk tak byk sepanjang aku cuti. Lagipun cuti 2 ari je pun kan. 
Menyelit jap yer.

Tadi Celcom call.
Tanya kenapa aku terminate broadband Celcom tu ari. Haha.

Aku siap ckp ke dia
"jgn kecik ati yer saya ckp kenapa".

Dia kata "takpe..takpe..cakap je".

Akhirnya aku kata
"Celcom lembappppp sgt. Jgn kata nak bukak video clip kat youtube, nak bkk web lain pun loading pun kemain lama"

Dia tanya aku kat mana. Aku kata aku duk tu tak smpai 5km pun dari Menara Celcom tu.
Then dia kata "pernah call tak Celcom kalo ada poblem camni?"

Aku kata penah je. Tp takkan setiap kali nak log in kena call. Suppose kita da beli perkhidmatan ni, mesti la kita dptkan yg terbaik. Asik nak call je, pitam la. Tp ni tak la aku ckp kan.

Then dia tnya aku amik pakej apa. Dia igt aku pakai yg RM48 sebulan tu. Helloo... RM68 tau, takkan ko nak suh up lagi jadi RM90++ ke apa tah tu. Gilos. 

Lps tu tanya pakai apa skang. Aku ckp je pakai UMobile. Mujur dia tak tanya puas ati ke tak. Sbb takat ni da masuk 2 bln, aku masih ber puas hati. Tgk vclip kat utube takde masalah. Bukak web pun takde masalah loading. Sng je.

Paling bes bila tanya ni
"Andai kata nati kita da upgrade perkhidmatan kita, cik nak guna semula tak Celcom?"

Jawapan aku senang je.
"Tak, kalo ada pun mungkin saya nak pakai streamyx"
"Tapi streamyx bukan broadband" katanya.
Pedulik hapa aku, bband ni pun bkn aku guna kat luar. Just utk kat umah je.

So, ko tau dah kan apa kelemahan berokbeng sykt ko tu. Tu aku tak ckp lagi aku geram smpai aku patahkan sim kad tu. Dan kalo dah upgrade ke hapa pun, mintak maaf, smpai di situ je lah percubaan aku. Tu pun cukup bagus aku leh bertahan smpai 2 thn.

Sekian, terima kasih.

35 Ku Sangka 32

Sengal btul.
Sblm kuar citer2 kat HK, meh aku nak citer perihal kesengalan keubian keakuan keinian. Haha.
Mengong tul.

Kami bertolak dari umah pagi "raya" tu seawal jam 5.30am.
Member opis amik.
Smpai KL Sentral dlm kul 5.45am camtu. Trus check in.

Beli tiket ERL - then trus la ke KLIA.
Solat Subuh seme masuk utk custom check in.
Trus la naik tren ke Satelite Building. Kat sini tak la mengong sgt walo tak penah naik international flight, tp penah duty masa perasmian Karyaneka kat situ awal thn lepas.

Tp bleh gak sengal ubi.

Cemna aku leh kompiden rasa gate aku 32. Padahal kat boarding pass, org tu da bulatkan C35 kan.
Sengal.
Siap tggu dpn tu dah. Napak lak Datuk Jimmy Choo.
Lps tu siap teruja sbb konon sama flight ngan Datuk Jimmy Choo.

Tp muskil gak. Apsal flight yg stand by situ Cathay Pacific (mmg flight ke Hong Kong gak ni).
Mula terpikir mungkin MAS transit ngan Cathay Pacific ke apa kan.
Kebetulan time pun lebey kuang je jalan dia.

So, duduk jap lps tu gi toilet. Masa balik dari toilet aku terperasan no flight aku gate dia tulis 35.
Aku mcm buat tatau je.
Pegi gak tunggu kat 32. 

Tgk seme cina. Biasa la kan. Tp tergerak hati nak tgk balik boarding pass. 
Eh. Gate 35 lah. Mengong!. Sengal!
Mujur time tu baru 8.15am camtu.
Kalo lambat tgk, tak berkumandang nama aku kena panggil utk final call.

Cena aku leh kompiden gate 32 entah. Bila aku da napak kompiden my dear pun takde la nak tgk boarding pass tu ke apa kan. Mmg dia caya je la kat aku.
Haha. Gelak, gelak gak, tp sekali dulu pun penah jadi camni.
Tu bkn silap gate, tp silap tgk time departure. Ha. Lagi haru.
Dari Sarawak - ngan bos n clerk aku. Aku igt flight kul 2 rupanya kul 12. Sampai je org tu kata flight da lepas. Giler tak. Kena la bayo RM50. Agaknya derang pun sian kat aku, takde la derang claim ke aku duit tu. Kut tak pitam. Tssk... sbb aku kan cam teliti je, maka org akan percaya je. Takde sapa pun tgk tiket memasing. Huhu.
Moral of the story - sila jgn percaya ke aku 100%. Check juga tiket anda. Haha.

Ini yg sebenar.

Flight pegi penuh. Ramai melayu. Sbb ada rombongan makcik2 dari Ipoh. Skali org kampung teman la plak. Haha. Waktu pegi tak dpt duk sebelah my dear. Tp kiterang mintak tukar ngan makcik2 tu. Dapat. And duk sblh sorang cina yg pegi HK sbb keja. So, dia citer2 la ngan aku. Tanya aku pegi ngan travel agent or gi sendiri. Dia kata sana oke je. Convenient katanya.

Makan mmg bes. Pilih antara omellette n nasik lemak. Harus la pilih sik lemak kan. 3 ari tak jumpa nasik tu nati. Haha. Lps tu dapat eskrem. Magnum lagik. Ngeee.. Bes. Gmbr takde la. Nampak sgt 'darat' kang. Udah la duduk kat 5 row tgh2 tu. 

Perjalanan mengambil masa dlm 3 jam setgh. Kul 9.15am berlepas smpai HK dalam 12.30pm camtu. Leklok je smpai filem Transformers abis.

Flight balik mujo takde apa yg sengal ubi. Sbb time mgt utk balik mmg aku plan just nice je. Check in seme cepat dan berpuluh kali check boarding pass supaya tak silap gate lagi. Haha.


Ah. Balik takde aiskrim. Makan sik paprik je. Ha. Ni bleh amik gmbr sbb aku ngan my dear duk sebelah menyebelah. And tpt ujung. Hiks.

Balik layan filem JANIN lak. Ni bila tahun nyer citer ni. Tak penah tau pun. Huhu. 

Aku amik MAS sbb ni perjalanan jauh. Nak mudah taknak pikir nak beli makanan/air atas tu. Tau2 da terhidang je kan. Lps tu plak takut pengalaman balik dari Bandung naik AA thn lps berulang lagi. Berangan nak beli nasik lemak, skali bleh lak abis. Pedih perut tahan lapau. No more. No more. Gi Sabah retu oke la lagi aku amik AA sbb 2  jam. Tu pun aku beli makanan gak. Mujur time tu tak abis lagi makanannya. Oh. Rega tiket pun lebih kurang je ngan AA. Time aku beli ni, rega tix AA pun murah sket je, tp kalo tmbh beg segala rasanya sama je kut.

Tiket ni aku beli masa promosi MAS bln 3. Giler lama kan. Bak kata Eka, mmg tak sabar nak tggu. Tp nak naik MAS n nak murah nyer pasal, tggu je lah. Mujur tak terberanak. Haha. 


Info - Air tix cost : Return for 2 : RM1,398.00 (oh. agak murah sbb masa ni takde lagi fuel surcharge. Skang dah ada, and rasa susah da dpt rega ni, tp kita tggu awal thn dpn. Ada tak lagi rega ni)

Sunday, October 30, 2011

Selamat Mendarat

Next station - Tsim Sha Tsui.
Cewah!! Hahaha.

Rindu kat kawan2 seme.
Rindu nak tulis blog.
Mekasih pada yg sudi singgah sini sepanjang 4 ari retu.
Ada juga yg tinggalkan komen.
Maceh kerana sudi siramkan pokok2 stoberi kat sini yer. Hihiks.
Seme tu auto publish (start dari entry mi goreng mamak hingga rambut mak elysa).
Tu seme dari draft. Lama da terperuk. Maka aku buat je auto publish. Tk sempat aku nak mengarang2 dah time nak pegi tu.

Hoyeh. Selamat mendarat jam 6.17pm - 29 Oktober 2011
Alhamdulillah, perjalanan kami, percutian selama 4 ari 3 mlm berjalan lancar (ada la sesket yg tak berapa smoothly, tp bleh dikatakan up to 80% berjaya).
Tanpa tourist guide  mahupun travel agent, aku mencabar diri sendiri utk berkelana di bumi orang.
Eh. Bunyi cam poyo sgt dgn word berkelana.

Ya, kami suami isteri melancong as backpackers.
Pengalaman yg cukup seronok.
Lagipun Hong Kong adalah  bandaraya yg mempunyai jaringan public transport yang cukup efficient and convenient. Mmg tak berapa risau sangat.

Barang pun tak abis un-pack lagi.
Penat pun tak abis lagi.
Gambar lagi beratus2 keping nak di select, di delete, di transfer dalam external HD, nak di upload, nak di download. Giler byk. Dan mmg takes time la nak buat selection tu. Kalo rajin aku akan up gambo kat FB lain, kat blog lain. Takde la muntah kedarah org tgk gambo aku byk2. 

Oke. 
Ketemu lagi kita di entry akan datang!

Saturday, October 29, 2011

Rambut Mak Elysa

Rambut panjang - gugur.
Kalo wat rambut cam Zila Bakarin time dia jadi mak Elysa tu oke tak?
Imej : google
Tp cam napak matang sgt kut.
Bleh ke tah jadi sbb tak penah aku wat gaya camtu.

Kena potong gak rambut ni.
Nak carik deal yg potong rambut area2 sini.
Kritikal sgt rambut ni gugur.

Friday, October 28, 2011

Antara Kehendak Dan Keperluan : Part 1

Nak bebel panjang2. Tp sblm mari kita tgk pasal Teori Maslow's Hierarchy Needs (MHN).
Aku kalo tingat pasal kehendak dan keperluan ni sure aku terpikir pasal MHN nih.
Sesapa yg amik subject Mgt/Marketing sure tau pasal ni.
Ce tgk piramid ni.

Kredit : Incik Wikipedia
Apa yg aku igt, hierarchy needs ni juga akan meningkat selari dgn usia kita. So, makin tua makin perlukan aras atas2 tu. So, di mana aras anda skang? Dlm umur kertu cam aku ni mebi da smpai Love/Belonging dan da masuk era Esteem. 

Maslow's hierarchy of needs is often depicted as a pyramid consisting of five levels: the four lower levels are grouped together as deficiency needs associated with physiological needs, while the top level is termed growth needs associated with psychological needs. While deficiency needs must be met, growth needs are continually shaping behaviour. The basic concept is that the higher needs in this hierarchy only come into focus once all the needs that are lower down in the pyramid are mainly or entirely satisfied. Growth forces create upward movement in the hierarchy, whereas regressive forces push prepotent needs further down the hierarchy.
Source : Here

Teori Maslow's ini juga boleh diaplikasi dalam bidang kerja


Motivation is the drive to achieve a goal or follow a particular course of action. Unmotivated employees will most likely not perform as well as motivated employees.  The hierarchy-of-needs theory is the theory of motivation that holds people are motivated by a hierarchical series of unmet needs.
Source : Here

Dalam bidang kerja ni aku rasa aku baru takat aras 3 tu kut - Social (Belonging), itu pun baru berapa percent je while yg aras 2 - Safety/Security tu mungkin da agak tinggi (tp mungkin bleh merudum bila start bayo umah - sok gaji yer..ha..tggu la..berapa ringgit je tinggal kang tu. Tapi..akan naik semula bila da pindah umah.. wah.. fluctuate sungguh life haku. Huhu)

Tp bila gugel lagi, jumpa satu artikel bertajuk Ingredients Of Happiness. Ada satu kajian macam dah komen sket la Teori Maslow's ni.
"Anyone who has ever completed a psychology class has heard of Abraham Maslow and his theory of needs," said University of Illinois professor emeritus of psychology Ed Diener, who led the study. "But the nagging question has always been: Where is the proof? Students learn the theory, but scientific research backing this theory is rarely mentioned."

Btul gak kan. Where is the proof kan.

Kata artikel itu lagi.
The researchers found that fulfillment of a diversity of needs, as defined by Maslow, do appear to be universal and important to individual happiness. But the order in which "higher" and "lower" needs are met has little bearing on how much they contribute to life satisfaction and enjoyment, Diener said.

They also found that the fulfillment of more basic needs -- for money, food or shelter, for example -- was more closely linked to a positive life evaluation, the way an individual ranked his or her life on a scale from worst to best. The satisfaction of higher needs -- for social support, respect, autonomy or mastery -- was "more strongly related to enjoying life -- having more positive feelings and less negative feelings," Diener said.
An important finding, Diener said, is that the research indicated that people have higher life evaluations when others in society also have their needs fulfilled.
"Thus life satisfaction is not just an individual affair, but depends substantially also on the quality of life of one's fellow citizens," he said.
"Our findings suggest that Maslow's theory is largely correct. In cultures all over the world the fulfillment of his proposed needs correlates with happiness," Diener said. "However, an important departure from Maslow's theory is that we found that a person can report having good social relationships and self-actualization even if their basic needs and safety needs are not completely fulfilled."
"Another revision of his theory is that we found that different needs produce different types of well-being," Diener said.

Jadi kat sini lah nati ada kaitannya antara kehendak dan keperluan.
Takat ini dulu, berjumpa lagi kita di artikel akan datang. Ecewah... Hahhahaha.

*Senang giler kot nak buat assignment zaman skang ni. Tk perlu nak selak buku tebal yg bleh cagu dibuatnya kalo hempap kaki. Type je, kuar segala. Heaven btul. Time aku dulu, udah la nak guna internet berebut2 kat library tu, nak pinjam buku pun humang ai, bleh bergado jadinya. Haha.
Jadi adik2, sila la bersyukur bila da masuk U tu. Mmg ramai da masuk U skang ni sbb da ramai jadi terbaik. Tp skang ni kita perlukan yg terbaik antara terbaik tu, jgn la result sekadar saja, at least kalo buat diploma 6 sem tu, 3sem - at least harus lah ada DL (ikut term UiTM la) dalam slip tu*



Thursday, October 27, 2011

Doa Bersin



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah (رضي الله عنه) yang mengatakan bahawa Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bersabda,
Jika seorang dari kamu bersin, dia harus mengucapkan” Al-Hamdulillah ‘(Segala puji bagi Allah), dan saudara muslim anda atau orang yang bersebelahannya harus mengatakan kepadanya,’ Yarhamuk Allah ‘(Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pada anda). Ketika yang sahabatnya mengatakan ‘Yarhamuk Allah’, orang yang pertama tadi harus mengatakan, ‘Yahdikumul-lah wa Yuslih balakum’ (Semoga Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki keadaan anda). “
kredit : http://www.alhikmahsj.com/sunnah/doa-ketika-bersin

*utk peringatan. Asik lupa je nak sebut Yarhamuk Allah tu kalo dgr org bersin.
*pasni ley igt bila da tulis camni. Huhu

Beralih Arah : Tudung



Sudah beralih arah kah?
Huhu.

Pastinya tidak.
Cuma mencuba sesuatu yg lain pula.

Walo dah ada yg ni.
Yg 'itu' tetap di  hati.

Sbb yg bleh 'in' dgn muka yg makin tombam dan dagu berlapis ini adalah yg 'itu' juga.

Yang ni baru cuba 3 pasang ja.
Satu beli trus kat kedai dia.
2 lagi ni online.
Lagi mudah online sbb rega agak murah. Duduk saja tunggu parcel tiba. Tk perlu pening2 nak test. Apa yg kita pilih itu lah sampai ke kita. Hihi.

Smlm masa tgk gambar kat fotobook, tetiba my dear kata
"awak kalo pakai tudung bawal ni tak napak bulat sgt muka"

Haha. Maknanya kena berbawal balik la.
Tp tudung awning ni ringkas. Takde buat aku rimas.
Tp tu lah. Muka napak debab plak. Haih. Memacam.


Wednesday, October 26, 2011

Mi Goreng Mamak Simple


Ops. Sebelum tu. Tahukah anda bahawa ejaan Mi adalah M I sahaja dan bukan Mee. Oh. Da tau. Oke. Saja nak gitau. Hoho.

Ye.
Sila akur.
Kebanyakan resepi saya pasti ada word 'simple' blakangnya. Huhu.

Skang ni mau share resepi Mi Goreng Makmak Mamak plak.

Bahan-bahan
  • Sebungkus mi
  • Cili blander
  • Bawang kecik/bawang putih - kisar
  • Udang
  • Sawi
  • Tauge
  • Telur
  • Kicap mi
  • Sos cili, sos tiram, kicap
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • Garam
Cara-cara
  • Celur mi
  • Kisar bawang kecik (if nak pakai bawang besar pun bleh-belasah) & bawang besar (aku campak juga sedikit kiub ikan bilis) -taruk sedikit garam
  • Tumis bahan kisar
  • Bila da agak masak, masukkan cili blender
  • Masukkan kicap mi, sos cili, sos tiram  dan kalo sker taruk sket kicap manis
  • Masukkan rempah kari
  • Masukkan mi
  • Agak2 semua da rata pada mee, masukkan sawi
  • Lepas tu buat satu ruang tengah2 mi tu, pecah telur kat tgh tu.
  • Tunggu kejap bagi telur masak sket dan kacau
  • Masuk taugee
  • Kacau2 dan dah siap
  • Hiaskan dgn bawang goreng, cili masak n daun sup+daun bawang sekiranya suka
  • Nak lagi kick potong limau, nak makan nati picit je limau tu
 Itu saja. Yg buat beza  nya adalah buh serbuk kari. Tp kalo yg btul2 siap ada cucur udang bagai tu. kalo rajin leh je buat.

Tuesday, October 25, 2011

Hantu Fotobook.


Berhantu.

Itu saja yg dpt aku katakan.
Mmg aku berhantu ngan deal fotobook.
Something I can't resist!
Haha.

Poyos.

Tp seyes la. Aku da giler nak buat fotobook.
Dah redeem ada satu, akan redeem ada satu, dan beli satu lagi ni.
Tp utk keselamatan dan mengelakkan kekecewaan,
ketiga2 ni dari sykt berlainan.
Harus terai satu persatu.
Mana bes, nati leh jadi regular customer trus.
Igt yg ni trus nak redeem utk Cuti Cuti Cinta ni nati.
Yg lama tu nak buh gambar raya tu bertema maroon tu ari. Mak dah bising sbb tak cuci gambar. Yelah, takkan nak beli utk mak aku Ipad utk save gegambar tu dan tgk je *motip nak save dalam Ipad?? Haha*

Why photobook?
Sedari time aku kawen dulu - 2008 - which masa tu photobook baru nak berkembang, aku da mmg sker. Perkhidmatan amik gmbr ngan photobook masa kawen retu sememangnya lebih dari rega pakej pelamin ngan baju aku. Haha. Dulik la. Asal aku dapat photobook. Walo 'terkena' ngan PG kat belah aku tu (8  bln album tak sesiap lagi), tp aku tetap tak serik. Maklum la masa tu mana ramai PG yg bleh wat photobook, nak2 plak area luar KL. Mujur dapat refund. Dan aku anta la gambar2 tu ke tpt lain utk wat photobook. Gembira amat. Citer gembira ada di sini. Ce tekan - http://pnstoberi.blogspot.com/2009/08/akhirnya.html Awwwww..

Selebihnya sbb aku sker amik gmbr (dari kamera sendiri, kamera org lain, aku segannn..awww..mengadas. Sila sepak laju2), tetapi asik tak ber cuci. Maleh tul nak singgah Ampang Park tu gi develop. Macam terpikir nak beli printer Pixma yg Yuna jadi duta tu pun ye gak. Tp lagi leceh. Printer, ink, paper. Isk. Baik la gi anto kedai gambar, sok leh kutip dah. Tp tak terpegi. Padahal lalu lalang je Ampang Park tu. Last aku anto cuci masa kawen tu la. Ngan gmbr2 honeymoon. Lps tu nan hado.

Lagi sbb kita leh reka sendiri design. Nak tulis tulis ke hapa. Isk. Mmg aku minat tu. Hihi.

My dear pun tak kata apa, sokay lah. Dia lak yg cadang, nati umah baru beli lemari kaca, letakkan fotobook ni dlm tu dengan terbuka. Kira camni la. 

kredit : uprint

Cewah. Gud idea by the way, dear. Haha.

So, sesapa lagi mau menambah koleksi fotobook, meh join me. Trus ke link groupon ini - fotobook.
Jangan lewat..nati menyesal. Awwww.....

*eh. mcm penah tulis je kata takmo beli deal dah. Hurm. Masa tu mmg la apa pun tak boleh. Tp da tgk ni, seme jadi boleh. Awwww.....Tweheheew....

Oh! Cinta Elysa

Takde idea utk di publish ari ni.
Bkn pasal dok pikir nak cuti je.
Tapi cam blank nak up entry apa.

Tgk2 kat draft pun cam takde yg seswai utk di publish reni.

So, takde la citer apa2.

Cumanya, tak sabau nak tunggu citer ni malam ni.

kredit : suhanpost.
Lantak la apa pun.
Aku mmg sker citer ni. Mungkin sbb pelakonnya jugak.
Aku sker dak Johan tu. Dan aku juga takdek masalah utk suka Fasha Sandha. Dari dulu aku sker je dak Fasha ni. 

Tak sabau nak tgk scene yg dia mengaku Elysa tu wife dia. Awww.

Dah la next last week sker ngan dialog ni

"bleh saya panggil awak abang..???"

Aww. Aww.


Monday, October 24, 2011

Lemau!

Huwaa... pasaipa aku kata suka Monday smlm?
Lemaihhh nak tggu kul 5pm ni.
Ni esuk ada sari lagik.
Lemauuu..lemaihh....leteyyyyhh..
Google

Igt nak cuti ni ada ati ke nak kijer?
Hurm.
Time ni la nak maklum balas la apa la.
Tadi da hampir2 bos nak suh wat paperwork. Hah..!

Adey...esuk je lagi..esukkk ja natunggu 8jam.
Lps tu da ley rilek.
Cuti Deepavali kan.

Cuti je sonok. Sonok je cuti.

Hahaha.
Dah la. Nak gi beli satu lagi menda ni.


*Eh. Lupa. terkejut tgk nama kat blog Mekchu. Skali ai ter menang yu contest Matese Sutera dia tu....
Ce tgk kat sini : http://churalliya.blogspot.com/2011/10/2-pnstoberientry-untuk-mekchu.html

Harus la sker. Mana taknya, ai ni mmg bukan kaki contest (tapi anjur contest sker, mmg ai sker bagi adiah ke org. Huhu), tup2 skali masuk, ter menang. Cam nak menangis rasa. Haha *poyo lebih*

Ramalan Cuaca


Oke. Agak sejuk di situ.
Kira mcm kita paling sejuk, tp kat sana paling panas la.
Just nice la kut.
Baju2 sederhana tebal da sedia.
Kasut+stokin.

Oh. Sarung tgn stoberi pemberian Mai retu pun kena bawak jugak. Mana la tau memalam sejuk menggeleto kan. Haha.
Thank you veri much Mai. Berguna sgt.
Da 2kali bawak pi jalan2 ni.
Retu kat Kundasang.
Hihi.

Sunday, October 23, 2011

Pemenang Kira Syiling

Senarai kesemua nama peneka ada di http://pnstoberi.blogspot.com/2011/10/senarai-peneka-syiling.html

Jadi, skang saya umumkan pemenang yer. Boleh????
Mungkin sbb saya letak list tu ari Sabtu, tak berapa org nak respond. Tp kalo ada yg tertinggal nama tu, bleh gitau yer.



Jawapan sebenar.
(RM300 - RM200)+RM48.85
So, tau jawapan nya kan...???

Saja je kan mengada buat camtu.

Haa....so, the winner is...
Oh. Bkn is tapi are sbb takde yg teka tepat. 

Sbb retu saya da janji, if takde yg tepat,
amaun terlebih dan terkurang paling hampir akan dipilih.
Tapi sangat amazing bila yang terkurang juga terlebih tu jumlahnya adalah sama iaitu seorang teka terlebih 25sen, sorang lagi terkurang 25sen.

Jadi yg ini hampir tepat bagi kategori terkurang

Yan said...
rm148.60.. ha betulkan??? yeeaaaaaaaaaaahhh!!
October 19, 2011 8:44 AM
* Yeah Yan..mmg hampir betul. Kurang 25sen je. Mmg Yan kira yer? Sgt la tangkas mata mu itew Yan. Maklum la orang akaun ye dok?? Huhu.

Dan kategori terlebih

carmello said...
Salam Sis. Nak join jgk lah.. Saya teka RM149.10 Puuuhh..Minta2 betul..=)
October 20, 2011 10:54 AM
*Terlebih 25sen sahaja Carmello. 

Juga ada satu kategori tetiba ada.

Ini khas sbb kami (dibaca : me n my dear) kira2 duit tu, kami cukupkan RM150 utk tukar kat bank.  Senang la sket kan. 
Sbb ada yg teka RM150 secara 'bulat', maka ada adiah utk beliau juga.

Lulu Caldina said...
RM150
October 18, 2011 2:48 PM

Utk Yan dan Lulu, mmg saya tau meke adalah follower sini, tp tak dpt detect utk Carmello. Tgk blog pun kosong. Tp takpe, adiah tetap akan dibagi sbb dia dah usaha utk meneka kan.

Jadi kepada tiga sahabat kebun stoberi ni,emel alamat ke cikstoberi@gmail.com sebelum Selasa - 25 Oktober 2011. Kalo takde, pemenang lain akan dipilih.

Filem : The Thing

Aduhai nyer pun.
Nak tgk Reel Steel.
Bleh lak full house.


Hurm.

Misi menonton wayang adalah sbb nak abiskan tiket yg beli dari MyDeal tu ari. 
Retu da tgk Johny English Reborn. Oke la kan.
Igt nak tgk la Reel Steel sbb seme org kata bes. Bes giler. Bes sgt.

Tgk time dia kat KLCC awal kul 11, tp kul 11 pun tak mandi lagi.
Jadi godek2 lagi, kat Wangsa Walk ada yg 12.30pm.
Maka, terus ke sana.
Tp sampai je hampa sbb full house katanya.
Yelah, sbb voucher kan, mana leh booking. Kalo tak lama da booking. Lagipun aku jarang tgk TGV. Aku salu tgk kat GSC-BTS ja.

So, akur. Tgk The Thing. Abis mu nak tgk klip3GP. Kuwasa la mak noks. Kang dload je dari Kawe Ni. Eh. Hik hik.

Bila tgk The Thing ni rasa dejavu. Motip??? Sama je seme mcm pilem lama. Apahal.
Tp debaran2 tu tetap la ada.
Tp kalo pilem melayu buat camni sure mcm meloya. Bukan meloya sbb scary sgt sbb tgk perut terbelah dek alien tu, tp nyer, takkan la rasa suspen camtu. Satu cabaran ni. Eceh. Cuba buat filem sains fiksyen lak other than buat citer antu kan. Hahah.

Oke. Malas nak review.
Sama cam citer dulu tu.


Cumanya ending tu agak tergantung.
Adakah Kate tu dia jadi mutant dan bertukar menjadi seekor anjing??

Pasti dia pun kena virus alien tu sbb alien tu suda pegang kaki dia. 

Dah. Takyah tgk la kot.
Kang jadi dejavu cam aku gak. Miahaha.

Saturday, October 22, 2011

Misi Baju "Penyu"

Memula cam maleh nak tulis. Tp tgk Eyza citer kat http://eyzamiel.blogspot.com/2011/10/jakel-nagoya-last2-kat-kamdar-juga-yang.html , maka aku pun nak citer gak la.

Tadi ke Sogo. Mula igt nak pi seawal pagi sbb sure ramai org. Yelah. Dah gaji katanya. Smlm kat JJ AU2 tu pun penuh seme kedai makan.

Tp duk sebuk 'melawat' umah neber di perkampungan SIM aku tu, maka kul 11 lebih baru kuar. Tp apa ada hal. Sekali terbersin je da smpai kan. Ewah. (Nati ko pindah baru ko tau, bersin batuk berak pun tatentu smpai lagi kan, ngan jem segala. Haha)

So, trus ke tpt di tuju. Nak beli kasut. Bkn kasut keja. Tp kasut yg mcm kasut joging tp bkn utk gi joging tu. Kasut la kan. Sbb nak ttp seme kaki. Nati sejuk. Eceh!. Jadi dpt, da usha last week masa gi kotak merah tu, tp tak bleh la. Aku skang cam tareti nak beli kalo tak tnya pendapat my dear. Huhu. So, settle hal kasut.

Gi tpt baju. Situ2 gak la. Last week tgk ada baju "penyu" (turtle neck) so, igt nak beli. Sng la kan, tak sejuk sgt. So, tgk ada. Mintak budak SA tu tlg carikkan dalam saiz L ke. Sbb aku tgk S mcm tight sgt. Aku da takmo pakai sempit2 ni. Badan da cam tong gas mmg takdo la saiz S da. Dia kata takde saiz besar. Seme tinggal S je. Tp budak ni rajin nau. Kita tgk2-dia lipat. Pantang lah kita tarik sket dia lipat. Masa tu pun ada 1 couple duk pilih2 baju gak.

So, bila dia kata takde saiz besar aku pun cam oke lah. Carik yg lain. Tp nak gak tgk yg turtle neck tu. Aku selak2 ada M. Aku cakap ngan my dear, budak ni malas nak carik nih. Budak SA tu td tgh lipat baju belah lain. Yg couple tadi pun duk korek2 gak. Aku amik saiz M tu. Tetiba budak tu datang. Ngan kereknya kata "ni seme tinggal S ngan M". Nak je aku cakap "eh. tadi ko kata ada saiz S jer".

Couple tu dah humban dah baju yg dia pegang. Agaknya dia pun bengang. Aku ni disabokan dek laki aku je. Kut tak aku bongkar2 seme baju tu, biar dia lipat. Tu pun aku cam bebel2 cakap, apa yg rajin sgt, takyah la sibuk sgt nak lipat time org nak pilih. Cena org nak beli? Aku takde pun bongkar smpai 10pasang. Ada la 2 pasang je.

Aku ada pegang satu baju lain la, yg kain sesuai utk pakai waktu sejuk2 gak, tp takde la turtle neck. Mula aku nak humban kan je. Sbb geram rasa ngan budak SA tu. Tp my dear duk kata, tkpe..amik ni..amik  ni. 

Hey budak... kalo ko malas nak layan, tak payah keja situ. Seb bek je ko keja Sogo tau, sbb walo org tak beli baju yg ko jaga tu pun, ko dpt gaji lagi. Kalo keja kedai biasa, lama da melingkup kedai bos ko.  Dan satu lagi, tak perlu ko rajin lipat, lipat, lipat, leh tak ko biar pelanggan ni ada masa nak belek2, pilih2. Ni baru seminit kita letak situ, dia dah lipat. Padahal kita nak compare tu. Heyyy.... sbb tu la aku malas btul nak beli baju kat Sogo ni esp yg kat hall2 tu. Mmg cam taikucin la dia layan.  Eksen kanmain, abis haibat la kiranya jadi SA, dan buat kita cam hapa je sbb beli baju murah.

Menyampah!

Tu jelah aku beli pun. Mmg tak plan soping2 lain pun. Tp kan, masa nak naik eskelator, dpn aku ada sorang bapak ngan anak pompuan dia baya2 Fatin, anak buah aku. Dlm 10thn camtu la kut. Aku rasa dia pakai kaki palsu. Dedua kaki. Dia jalan cam tak stabil. Pakai kasut yg mcm khas utk kaki dia. Dah aku rasa cam  nak menangis. Sebak lak. Aku terpikir yg ayah dia bawak jugak dia supaya nati kalo da besar dia leh berhadapan dgn public. Sedih plak aku kalo tingat. Kasih seorang ayah. Sobss... tingat arwah ayah lak. Rindu. Al-Fatihah utk ayah.

AISKRIM DAN SANDWICH DALAM PHONE?


ICE CREAM
Kredit : Here

SANDWICH
Kredit : google


ICE CREAM SANDWICH
Kredit : Wikipedia

An ice cream sandwich is a frozen confection composed of a layer of ice cream, usually vanilla (but not necessarily), "sandwiched" between two biscuits/cookies or slices of cake, usually chocolate.


ICE CREAM SANDWICH ANDROID


kredit : Here

TETIBA ADA KAITAN NGAN INI PLAK. 
SAMSUNG NEXUS S


Saja nak tepek. Sbb dok pikir kenapa dia amik nama ice cream sandwich eh???

Senarai Peneka Syiling


mr & mrs Bobo said...
mcm ngam2 100 jer kek da...hahahaha
October 18, 2011 1:08 PM

SiTi said...
ct nak test buleh...? hhuhu jawapan nya RM270.10
October 18, 2011 1:21 PM

 ::EIDA:: said...
Ida teka... RM188.45 ..hiks...
October 18, 2011 1:40 PM

Nana said...
RM260.30
October 18, 2011 1:40 PM

AiTotYati said...
rm127.10
:D
October 18, 2011 1:55 PM

ejaMaria said...
nak main gak... dua ratus satu ringgit dan lima puluh sen...
hehehe... bagi senang sket RM201.50... gak nye la... ;p
*aku nampak yg rm1.50 tu je... hehehe
October 18, 2011 2:15 PM

 BENA said...
kite nak teka . RM 234.20 . HEEE ;)
October 18, 2011 2:15 PM

Lulu Caldina said...
RM150
October 18, 2011 2:48 PM

anie said...
emmm..RM168.00 ;)
October 18, 2011 2:49 PM

Pn. Zana said...
nak teka.rm200.50
October 18, 2011 3:07 PM

mekchu said...
mekchu nye RM209.50 (jgn publish.. nnti ada org tiru) hahahahahahaha... berlagak..
October 18, 2011 3:09 PM

chinta... said...
aduyai kek da...juling mata chinta dok ngira gambar duit syiling tuh...chinta cuba teka ek... RM202.70...hehhe...
October 18, 2011 3:20 PM

pnsusu said...
su su teka RM 219.05
October 18, 2011 3:23 PM

eKa said...
adehhhhh pinau mata eka ngire nya eh...fening2 dah ni...eka teke je la
RM 250.10
eh ada sepuluh sen pulak situ...sbb tgk cam syiling 10 sen dok sorang2 kat situ
October 18, 2011 3:31 PM

C.I.N.T.A said...
Cinta mau join!
total RM204.60
eheheeh! abis monitor aku kene conteng dek nak mengira duit kekda
October 18, 2011 4:02 PM

anitadiana said...
reen kak ita pun nak join gak...juling mata kak ita yg rabun ne..tak pa lah bagi seronok-seronok...kalu menamg alhamdulilah...
total nya;Rm 292.25
October 18, 2011 5:05 PM

eyza said...
Kekda..
eyza rasa RM 263.00...
October 18, 2011 9:23 PM

Qaseh said...
saya nak mencuba nasib...
tekaan saya Ringgit Malaysia 183.50
October 18, 2011 9:57 PM

ryn said...
reen.. aku teka RM187.30
October 18, 2011 11:14 PM

Yan said...
rm148.60.. ha betulkan??? yeeaaaaaaaaaaahhh!!
October 19, 2011 8:44 AM

LidaRahim said...
hadoii apesal yg LR kira tak sama ngan semorang kat atas ni??? (statement nak bgtao LR tak tiru) hehe
ok ni dari pandangan mata LR.. siap guna kalkulator bagai haha
RM206.50
muktamad.
selamat bercuti ye PS.
October 19, 2011 9:26 AM

eimah said...
nak teke gak sume skali RM 151.00 tunai hihihihi pino mate...pape pun selamat bercuti kak
October 19, 2011 3:17 PM

cikCha said...
setelah berhempas pulas ku dok belek2..jwpn ku ialah RM252.00
hahaha..slamat bercuti yer..& kim slm kat andy lau..hahaha
October 19, 2011 3:58 PM

Teratak Hami said...
RM 211.10 ... jangan tanya camne cara kira, berpinau bijik mata ku :-)
Selamat bercuti.
October 19, 2011 10:25 PM

 Anum said...
Ok anum nak teka jumlah semuanya ada lah
RM182.00
October 20, 2011 9:50 AM

carmello said...
Salam Sis. Nak join jgk lah.. Saya teka RM149.10 Puuuhh..Minta2 betul..=)
October 20, 2011 10:54 AM

Cik Anita said...
RM 229.70 SEN!
Adoii. pening tengok lama-lama.. Susahnya nak kira!
October 20, 2011 10:57 AM

Fadzillah Kamarudin said...
saya teka RM237.50
October 20, 2011 4:45 PM

..:::isainz:::.. said...
Salam..nk try teka boleh..
RM148.25...
October 21, 2011 11:19 AM

NM02 said...
RM175
October 21, 2011 11:21 AM


fiezahkecik said...
rm 212.45
October 21, 2011 11:54 PM


++Terima kasih pada yg sudi join.
++Jadi, semak nama, kut ada tertinggal.
++Pemenang akan diumum bila2 masa dari sekarang
++Saya up lagi satu adiah.
++Maka akan ada 3 adiah utk dimenangi.
++Kategori terlebih, terkurang dan juga kategori tiba-tiba ada. Hahaha


misskirokuza said...
kekda x sempat nk join hu :(
nk teke gak!hahhahhahahaha
RM 275.00
October 22, 2011 5:54 AM

*Oh, misskirokuza cayunk, awak lewat 5jam je. Hihi. Tkpe ye yunk, next contest awal2 join yer.



Friday, October 21, 2011

Macam Wordless La.

Alhamdulillah.
Settled pun.
Seme info ada kat web.
Senang nak wat jadual sendiri.
Moga semua berjalan lancar.
Insyaallah.

Oh. Mlm ni leh tgk sapa pemenang kira duit syiling tu.

Doa Di Hari Jumaat Ini


Maksudnya :
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.”
((Rujuk Surah al-Anbiya’ ayat 89))

Mini Contest : Pre-Cuti Cuti Cinta

(entry melekat smpai 21hb Oktober- scroll bawah dan selak older post utk entry baru)

Bismillahirrahmanirrahim......
Haa... contest pre-Cuti Cuti Cinta namanya ni.
Mebi ada contest post-Cuti Cuti Cinta lak kut.
Adiah lebih bernilai mungkin. Hik hik.

Oke. Ni mini-contest. Simple aje. Siap ada klu bagai.
Takde banner takde hapa.
Masa pun kejap je.
Tarikh tutup 21hb - Jumaat ni. 

Oke. Mudah je.

Ce tgk gambau ini.

Dan gambau ini juga.


Ce teka, ce teka how much the amount of this coins??

Terma dan kondisi :
a) Terbuka pada semua follower blog pnstoberi.blogspot ini. Tp jgn kerana contest ini pula, anda terpaksa  kena follow - lps tu tak menang - trus terpaksa un-follow. Masa baru2 follow (sbb nak masuk contest) hehari drop komen, pada setiap entry. Kadang satu entry tu 3,4 komen pun sanggup, tp pas diumumkan takde rezeki, trus ke mana (Kut yer pun, jgn la napak ketara sgt kaedah -- aku kena komen hehari pada setiap entry sbb mungkin aku dipilih sbg pemenang. Haha)  Aku pilih sama rata je, yg follow dah lama, tp SR je pun aku bleh pilih sbg pemenang, gitu gak yg baru follow. Adil. So, again syarat pertamanya mudah amat - terbuka pada semua follower  - ko byk ckp sgt ni pnstoberi, kang langsung takde org nak join. Haha.

b) Tak perlu buat entry bagai. Drop komen saja. Satu komen - satu jawapan. Tak perlu komen byk2 kali dan teka2 byk kali. Kalo byk kali gak, hanya komen pertama saja diambil kira.

c) Pemilihan pemenang - tentulah yg bagi jawapan tepat. Tp kalo takde, akan diambil pada hampir2 tepat. Utk ini akan ada 2 pemenang - satu bagi amaun yg hampir tepat kategori terkurang, dan satu lagi bagi amaun hampir tepat ketegori amaun terlebih. Paham tak? Oke camni. Katalah jawapan sebenar RM481.00, ada sorang bagi jawapan RM479.50 (kurang) dan sorang lagi bagi RM482.00 (lebih). So, kedua-dua ini boleh diambil sebagai pemenang.  Kalo ada jawapan yg sama bagi hampir tepat, undian akan dijalankan bagi menentukan pemenang.

d) Reply komen mesti diterima pada atau sebelum hari Jumaat - 21hb Oktober 2011. Penyertaan yg dah masuk hari Sabtu apatah lagi hari Ahad mmg tak diterima.

e) Insyaallah, pengumuman pemenang akan dibuat sebelum saya bercuti.  Hadiah da tentunya dari tpt percutian saya tu. Insyaallah. Doakan saya selamat pergi dan selamat balik. Hadiah dari mana? Yer, dari HK.

So, itu saja. Drop komen dan teka berapa amaun syiling di atas.
Oh. Klu nya lebih RM100 dan kurang RM300.

Haaa... sian kan, kena korek tabung nak gi bercuti. Miahahaha.
*very just nice number of follower until this entry published - 460. 

Sinar Jumaat : Prasangka Baik


Berikut ada beberapa cara untuk berprasangka baik terhadap orang2 yang kita temui,Tulisan berikut adalah kutipan dari buku “Orang Bijak Berkata-Kumpulan Nasihat Sepanjang Masa” karya Habib Novel bin Muhammad Alaydrus.semoga bermanfaat.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah ( dalam hatimu ) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seseorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini memperoleh karunia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
” Orang ini bermaksiat kepada Allah karena dia bodoh ( tidak tahu ), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah ( dalam hatimu ) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, bisa jadi diakhir usianya dia memeluk agama islam dan beramal saleh. Dan bisa jadi di akhir usia, diriku kufur dan berbuat buruk.”


Sumber : Here

Sbb tu aku cuba la nak ajar dan latih diri aku ni. Jgn mudah pandang buruk pada org. Macam kat atas tu. Jika bertemu orang bodoh, kita kena pikir dia bodoh kerana dia tidak tahu. Tp kita, dah tahu pun still lagi nak buat menda salah (maksiat/dosa/etc.etc). 

Ni kadang, napak org buat salah, lagi la sedap mengata. Ha..tu la..dah la jahat bla bla  bla.. Kadang org tu tak buat salah pun, tetap gak la nak prasangka tak baik. Susah..susah.

Aduhh..aku akui mmg bukan perkara mudah utk menjadi seorang yg baik sangka 100%. In our side, biasanya mmg byk buruk sangka dari baik sangka. Entah kenapa, dalam hati ni mmg salunya ke 'kiri' dulu baru ke 'kanan'. Contohnya balik keja smlm. Biasa la. Typical KL, kalo ujan sure jem. Kalo jem tak semestinya ujan. 
So, kalo da jem2 tu, potong2 Q nak masuk lorong tu mmg jadi habit maknosia KL la (tak semua). Kita ni sanggup la beratur panjang nak masuk line tu, tetiba ada makhluk Allah ni trus zuppp..masuk dpn kita. Potong line.

Hui...nak redha, nak bagi sabar kan hati susah ni. Laki aku dah nak high beam dah. Yelah. Kita bleh beratur dari dlm terowong tu lagi, dia selamba jerrr zass trus cantas dpn.

Aku pun pujuk ati sambil kata "tkpe..biar la dia masuk, kita bagi dia masuk, Insyaallah dpt balasan baik. Dia buat jahat kat kita mebi nati keta dia kena goress (masih lagi tak redha benarnya tu)"
Lps tu aku ckp lagi "mebi dia nak cepat bini dia nak bersalin ke apa, mana kita tau"
Laki aku jawab.Ah..takde nya. 

Aku kata lagi "mana tau, da lewat ni, da kul 7. Nak amik anak dia kat umah org la tu. Kang lambat kena caj lebih. Mungkin kalo kita tak bagi dia laluan, dia kena caj lagi banyak"
So, berprasangka baik (walhal dlm hati menyumpah2 juga..)

Mmg bukan senang nak prasangka baik pada org ni. Aku tak kata org lain. Aku kata diri aku sendiri. Dalam memperbetulkan diri aku sendiri.
Ku mohon pada Allah, agar aku dpt betulkan diri aku. Jgn pandang yg negatif dulu. Came across dalam diri ni yg baik dulu. Dan jgn sesekali berprasangka buruk. Aku rasa tak rugi pun. Sedikit pun tak. Dan mudah-mudahan lepas tu Allah bantu kita. Insyaallah.

Tetambah lagi musim2 org duk menulis status/cerita di merata tpt dan seluruh dunia leh tgk. Itu pun kadang, ada je nak prasangka buruk. Contoh cam org tu duk ingatkan aku pasal sesuatu, aku lak sangka dia menyibuk cam aku ni tak reti la nak buat menda tu seme. Padahal dia cuma ingatkan je aku. Kang ada lak tertinggal ke apa. Hai. Susah sgt ke hati ni nak pikir positif? Truk betul rasanya. Tp kadang2 je la. Kadang aku dah tak kesah pun. Sukati ekau la nak tulis apa pun. Tp kalo melibatkan aku, itu mmg aku agak annoying lah.

Tkpe, mulai hari Jumaat yg mulia ni, aku cuba. Cuba utk menambah peratusan prasangka baik terlebih dahulu sebelum mencebik mencemuh mengandaikan dan berprasangka buruk.

Mengambil artikel yg diperolehi dari web ini (maaf bahasa Indon ya bukkkk)

Pada umumnya kita semua tahu bahwa berprasangka buruk itu dilarang. Tetapi, dalam keseharian kita, betapa sulit menghindar dari perilaku ini. Prasangka artinya membuat ‘keputusan’ sebelum mengetahui fakta yang relevan mengenai objek tersebut. Padahal Allah berfirman,”Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka! Karena sebagian dari prasangka itu adalah dosa.” (QS. Al-Hujurat [49] : 12)

Dan Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda, ” Jauhkanlah dirimu dari prasangka buruk, karena sesungguhnya prasangka itu adalah perkataan yang paling bohong.” (HR. Muttafaq’alaih)

Sumber : Here

Utk artikel lebih menarik tentang baik sangka ini bleh klik ILUVISLAM



Thursday, October 20, 2011

Fotobook Saya : Ecazstudio

MOoooooddd ada hepi menjelang tghari dan petang.
Hihik.
Smlm dpt emel dari Ecazstudio.
Ala hok aku beli deal dari Groupon tu dulu.
Katanya fotobook aku da siap.
Yey!.
Akhirnya.
Walo aku tgk ramai je bising2 marah kat page derang kat FB tu, aku ilek je.
Sbb aku pun antar da lewat kan. Org lain seme antar sblm raya.
Aku anta 22hb September (sbln sblm due dia)
So, last week je aku tanya status fotobook aku tu kat FB derang.
Derang reply tgh binding.
Sokay la. Tggu je. Tak perlu rush rush. Walo kalo bleh mmg la nak cpt.

Dan minggu ni dia emel bleh collect.
Dah bleh collect mmg hati tak keruan la.
Igt nak gi sendiri, tp my dear kata dia nak kuar area Damansara.
Apa lagi, pucuk dicita la.
Kut tak aku da siap nak install GPS Papago dah. Huhu.

So, beliau je amik.
Maka ini lah hasilnya.

Himpunan gambar Cuti Cuti Cinta kami dari Jan - Julai 2011. Memang setiap bulan tu ada xtvt jalan-jalan. Maka bleh la buh gambar beserta date setiap bulan.
Dimulai dengan percutian di Kundasang hinggalah ke Cameron Highland.


Hihik.

Sbb awal2 tu aku pakai camera biasa je, maka tak berapa nak clear.
Tp ujung2 tu da pakai kamera oke sket (tp bkn tahap DSLR la), napak oke la gambar walo gelap jugak. Itu tukang  amik gambo tak reti nak bajet penataan cahaya tu. Hahah.
Tp kalo ada DSLR lagi lumayan.

Bes oi. Berbaloi2 buat ni dgn rega RM58.

Now ada lagi satu.
KIV lps balik HK baru design. Ni dari syarikat lain lak.
Itu mmg dia sediakan software dia sendiri.
Yg aku dah dpt ni derang suh guna Photoscape je.

Buleh la beli lagi ni.
Eh. Bkn pagi tadi macam da tobat nasuha taknak beli apa2 deal lagi kah???
Agagagaa.... tweheeheee....

Settle. Lega!

Pagi tadi kan rasa mcm tak berapa nak 'stabil'.
Tp bila tgk ni. Lega sket rasa.
Satu 'beban' da ilang.
Walo ada pengganti yg dtg. Yang berpuluh kali ganda (malah beratus ganda mungkin)
Itu tak dikira sbg beban. Itu adalah utk comfort zone kan.


Settle!

Walo aku da menyumbang utk interest je dkt 3k. Baguih. Utk negara kan. Haha.
Padan muka aku kan. Sapa suh tangguh2 bayau. Mmg giler. Lps 9 thn blaja baru aku nak gedik abiskan. Padahal loan aku bkn byk nau. Interest tu penyebab jadi banyak.
Takpe. Lupakan.

Oh. Pada sesapa nak settlekan mendalah ni.
Sila tgk entry ini - Selesaikan pinjaman PTPTN
Mana tau, kut susah nak call ke. Sbb kadang line penuh sesaja.
Aku dah settlekan last month.
Alhamdulillah.

*edit*
Ada yg komen kata aku settle ni sbb takut takleh ke luar negara. Sapa tau, tau la kan, ini takde kena mengena sbb as long masih tidak blacklist, maka tidak timbul kerisauan utk ke luar negara. 
Takut ada tersilap paham lak, lalu ter kensel mahu bercuti luar dari Mesia plak.

Thn lps lagi byk hutang aku, tp selamat la keluar masuk kastam kat Jakarta tu.

So, jgn risau yer. Selagi anda bayar loan ini, anda bleh ke luar negara dgn selamat tanpa ditahan pihak kastam macam ada sesetgh artis kita tu. Hihi

PayDay

Hari ni dah gaji - utk govt lah.
Awal. Sbb Deepavali kan.
Fuh. Berderau tgk jumlahnya kat Maybank2U.
Hampir half telah 'tiada'.

Perlukan sedikit masa utk stabilkan keadaan ni.

No more cuti cuti plan (yg da sedia ada tu kita habiskan).
No more buy deal voucher.
No more online shopping.
And etc etc.

Until......

Masuk umah tu.
Dan.
Sign had umur pencen yg baru.

Sekian.

*salu gaji je trus buat payment thro' Maybank2U. Kali ni tak bleh sbb kena buat bajet dulu.
*Apa pun SYUKUR. Ini rezeki dari Allah.
*Mujur mmg buat potongan gaji ke ASB. Byk tu tidak la. Tu mmg buat sedari masuk keja dulu. Tp idak la dia freeze je dlm tu. Pantang lepa gak..hahaha. Tetambah kalo nak pi cuti cuti cinta. Hiksss.

Wednesday, October 19, 2011

Saya Ada Burung Biru

Wakakaka.
Yer. Tahu. Poyos.
Org lain bertahun ada kut.
Aku pun bertahun gak, lama da aku create akaun ni.
Tp tak aktip langsung.
Nak tweet ke retweet ke pun ter kebil2.
Muahaha.
Tkpe..kat blh kiri ni aku da letak button utk follow.
So, sapa rajin, leh la klik follow tu.
Nati leh kita twit twit. Hiksss.


*Tp pakai ngan phone aku cam pehapatah je. Maleh ah.

*Ada org dah jawab hampir tepat mini contest kira duit tu. Kurang 15sen sahaja. Pheww... salute lah. Aku tetiba pikir beliau kira betul2 kah?? humang ai...gigih. Tp aku rasa mmg beliau congak btul2. Tkpe..ada masa lagi ni, mungkin ada yg teka tepat trus.

Mari Mengenal HKD

Mari mengenal duit Hong Kong.

kredit : here

Bank of China (Hong Kong) Limited

The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited 


Standard Chartered Bank (Hong Kong) Limited

The 2010 Series Hong Kong Banknotes are issued by the three note-issuing banks in Hong Kong (Standard Chartered Bank (Hong Kong) Limited, The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited and Bank of China (Hong Kong) Limited). 


The new $1,000 and $500 notes are already in circulation, and notes of the remaining denominations of $100, $50 and $20 will go into circulation starting from late 2011. All existing banknotes remain legal tender and will continue to circulate along with the 2010 Series.

pic & info kredit : here 

*Memang takde duit kecik derang ni. Plak tu ada 3 jenis lak tu setiap satu note. Oh. This mine (ours ekceli). Hihi.

BIla dpt duit negara lain sure rasa macam duit main Saidina tu. Hahah. 
Kadar masa aku tukar ni :
HKD100 = RM40.30 (masih belum half, tp nak congak senang, bahagi je dua :)


Bookmarked :
Disneyland - HKD399.00
Ngong Ping - Standard Cabin - HKD 115, Crystal Cabin - HKD 169 (round trip)
Ocean Park - HKD 280
Madame Tussauds - HKD 160