Monday, January 31, 2011

~Pasal Abis Dah Cuti~

Hai Kawan-Kawan.
Sihat kah kawan-kawan?
Suma dah bercuti kah kawan-kawan?

Cuti cuti saya da tamat.
Esuk public holiday. Lusa saya da kijer.
Then Khamis-Ahad saya nak bercuti di Kuala Lumpur.
Nak check in di mana di KL?
Apa tempat menarik di KL?
Nak jalan-jalan kat mana di KL?
Makan di mana yg best?

Haha. Mau kena pelempang kah?
Aje kijer giler pulak nak ber check in bagai kan.

Oh ya. Mekasih pada yg jawab teka teka saya tu ari.
Mmg ada yg menjawab dgn cepat dan tepat!.
Ada yg jawab sipi-sipi tepat.
Mungkin entry ini menjadi hint nya.

Jadi, pada peneka tersebut nantikan adiah dari saya ya (",)
U knoe whoe u are, rite?

Saturday, January 29, 2011

~Pasal Survey-Survey~

Tgh meng online sambey tgk Menantu Tip Top. Motip Amyza memuda berlakon ada anak nak kawen ni? Salu tau jadi camni. Muda berlakon da anak menantu, yg tua pulak berlakon budak sekolah. Tak sajak betul. Lantak kome lah.
Juga tgh meng survey tpt2 menarik nak di 'terojah' esuk. Harus la study dulu. Kut dak kang ada masa terbuang je.
Owh. Mekasih pada korang2 yg meneka kemana pnstoberi nak pegi esuk.
Napaknya ada jawapan dah mengena tu. Huhu. Mungkin Jusco Voucher akan menjadi milik org itu. Juga adiah sampingan yang lain juga lah. Awww....
Tapi org lain pun masih buleh jawab lagi.
Jawapan yg betul mmg ada hadiahnya.
Jadi.... ce teka..ce teka...
Teka di sini ya kome... sini..sini..sini....

Oke, pnstoberi nak smbg meng studi tpt nak pegi esuk. Ya aw aw...

p/s :
Tenkiu to :
ANnZ SHaZNi AwaNG SaMAt- follower 260
eT - follower 261

Friday, January 28, 2011

~Pasal Ke Mana Saya Cuti Ini?~

Sapa start cuti esuk ni???? wahh..cuti sakan mengkome' yer. Amoih..amoih..amoih....
Ate' mana dak nye, bagi org ghoje kat Wilayah ato nama glamernya Kolumpo, cuma apply cuti 2 ari je, kendian kome dpt 7 ari cuti pree, menjadikan kome cuti 9 ari direct. 
Kemahin deme yer.
Smlm aku da 'pekik' kat status FB. Sapa nak cuti 9 ari tu sila siapkan SKT. Sbb bos nak on 7hb Feb. Ada tu adik unit aku yg cuti direct. Beliau nak balik Kelantan. Lelain ramai yg apply 2hb. 

Aku??

Ai balik kg esuk la uols. Harus la gurimba uols. Lama tak balik kg uols. Bln 12 kan my mom dtg KL, jd aiols tak balik kg lah. Lalalalala... eceh.. 

Ai cuti 31hb tp ai tak amik cuti 2 Feb tu. Sbb? Sbb ai da serik uols. Last year 7jam perjalanan aiols KL-Perak. Sblm tu dlm thn 2007 pun camtu gak. Kalo balik sehari sebelum CNY mmg masak lemak dlm keta jawabnya. Tp kali ni perjalanan balik kg mungkin tak jem sgt sbb ramai da balik awal awal. Tp nak balik KL 6 Feb tu mmg hadap la. Mak tak sanggup noks. Udah la mak keja 7hb tu. 

Jadi ai cuti 4 ari je la uols. Ada plan tu. Dlm bising2 ada tax di sana sini, ai ter book jugak satu tpt. Tapi agak sendu jugak ni sbb cuaca mendung je lately ni. Mebi bwk mak ai jugak nati. Tgk la cemana. Alang2 da balik Perak kan, teruih je la ke depan je sket lagi. Udah tak jauh dah dari umah ai tu. Hik hik hik.

Hah! dpt idea. Apa kata uols teka ai nak pegi mana? Entry sblm ni kan ai kata byk lagi key-chain and stuff yg ai tak pakai, or mebi ai belikan souvenir dari tpt ai pegi tu plak. Amacam.

Okeh. Meh teka meh ai nak pegi mana....jawab saja di ruangan komen. Sapa jawab betul ada adiah tak kira berapa org pun. Sapa jawab betul dan paling awal adiahnya mungkin bes sket la.  Hanya seorang satu jawapan. Boleh  teka smpai la ai selamat kembali ke KL :D

Oke, Selamat Bercuti semua. Love uols..muahhhxx !!

~Pasal Kejutan Souvenir Sabah~

Hik hik. Hik Hik.

Ko apehal puanstoberi. Nak ter hik hik plak neh? Sekeh nak?

Teheheheh. Saja. Saya sker bagi suprise kat org. So, ada yg telah mendapat kezutan dari saya. Ada setgh nya mungkin bkn dinamakan kezutan sbb saya mintak alamat. Org yg mmg saya dah ada alamatnya mungkin suprise lah. Hihi.

Alhamdulillah, ada 2,3 respond kata da dpt souvenir dari saya.
Ala.. tanda ingatan tulus ikhlas dari saya sempena percutian ke Sabah.
Dan sebagai tanda terima kasih sbb undi saya di contest percutian by Deqlis tu ari.
Walo saya tak menang dan tak tersenarai pun sbg s/listed, as penghargaan pada meke yg vote, maka saya pos kan lah key-chain Sabah tu.
Harap semua yg dah terima dan bakal terima suka lah yer. Kalo bleh nak pos udang kering, tp kang marah lak Pos Malaysia. Mueheheheh.

So, again utk mereka ini :
1. Hezesuze - selamat terima. Ada wat entry kat sini.
2. Shah - da pekik kat wall FB kata da dpt 'tulang ikan' tu.
3. Imanmom dan her doter Nadiah
4. Eka
5. Adialuze - da respond kata suprise dpt key-chain tu.
6. Anitadahahs.

Terima kasih yer... :D

Dan utk meke berdua ni yg turut meng vote saya,
-Cayril Ikhwan
-cikanna
sekiranya terbaca dan sekiranya sudi nak terima souvenir dari saya, sudilah apa kiranya kasik alamat di emel saya - cikstoberi@gmail.com.

Itu sahaja. :)

Bunga utk semua pembaca blog ini :)
Ada lagi keychain Sabah n some stuff yg beli kat Melaka retu. Tak guna plak. Ada sesapa nak?? Ke perlu buat GA?? ngeheheheh :D

~Pasal Hero Malaya~

Nak pegi tak?
Carrefour Wangsa Maju.
Ptg ni.

Ada apa?
Ada ini....


Sure ramai gilerz la. Nak paking pun payah nih. Hari takde 'hero malaya' ramai apatah lagi bila ada 'hero malaya' nih. Tgk la nati cena. 

Gambar dipetik dari blog Pak Nil la.....

Thursday, January 27, 2011

~Pasal Tat Dan Limau~



Beli tat ini dari Fara. Ala, dak Fara yg smbut befday last 2 week tu.
Mak dia buat tat. Sedap. Lembut je. Aku yg tak minat tat ni pun jadi suka.
Ceh!

Limau. Biasa la musim CNY nih.
Retu da citer kan pasal ni.
Ni citer lagi.
Tp ni limau kecik. Sedap. Manis. Jadi pencuci mulut lps makan nasik lemak jamuan assembly jabatan pagi tadi.

Haha. Entry pun cemni pun ada ka?? napak nau takde idea eh?

~Pasal Bergembiralah~

"Bergembiralah dgn pilihan Allah untuk anda, sebab anda tidak tahu tentang maslahat yang tersembunyi di sebaliknya. Boleh jadi kesulitan itu lebih baik bagi anda daripada kesenangan"
(Dipetik dari : Buku 566 Kata Kata Hikmah-Jadilah Orang Yang Paling Bahagia, Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni.)

Aku selalu igtkan diri aku dan juga rakan-rakan yg ditimpa musibah 'bila kita menerima dugaan, kita harus bersyukur kerana itu tandanya Allah ingat pada kita dan Dia pilih kita kerana Dia tahu kita kuat utk menerima dugaan tu'. Ini sahaja lah kata kata yg boleh memotivate kan aku bila aku ditimpa musibah, ujian, dugaan.

Smlm lps meeting sempat bersembang dgn adik opis ni. Seharusnya dia sedang bergembira sbb 3hbFeb nak kawin (Selamat Pengantin Baru utk beliau), then 1hb Feb tu plak dia naik ke post baru. Tp ada kesuraman sedikit di wajahnya sbb seiring dgn jawatan baru dia tu dia kena report duty di tpt baru. Bukan bertukar bahagian di HQ ni, tp nun jauh di seberang laut. Sarawak sana. Humang aiii.. kalo aku pun mungkin aku 'blur' kejap. Tp dia da mohon utk postponed report duty. But then kena pegi sana, mmg kena pegi. Asben dia mmg tak buleh  nak tukar tukar sbb private.
(Sal, takpe ek, akak citer sket kat sini-kalo dia terbaca la blog aku ni. Jadi pada sesapa yg sker menyebar2 cite blog aku ni tak perlu lah ko ngendeng2 kat org yg aku maksudkan ni. Aku da siap tulis nama dia dah. Ko jgn nak sebok sebok okey!)
Jadi, aku kata kat dia, tkpe lah, pegi je dulu. Kawan aku sorang tu lagi jauh. Romania sana. Asben dia kat sini. Lagi la bukan tpt kita, bukan budaya kita. At least dia di tarnsfer kan masih di Malaysia. Bila kita pikir susah, sebenarnya ramai lagi susah kat luar sana.

Bila aku pikir pikir balik, kebanyakkannya Allah duga kita ni pelbagai. Selalunya Allah tak bagi kita kegembiraan tu secara 'combo'. Pasti ada satu part kita rasa terduga. Tp Allah Maha Mengetahui. Dia dah aturkan perjalanan ni dan tau apa terbaik utk kita.

Same goes to me. Aku elok je suami isteri seopis tapi hingga kini masih belum dikurniakan rezeki zuriat. Aku yakin Allah mmg da tentukan perjalanan tu. Cuma aku harus sabar dan terus berdoa. Aku tak boleh kata hidup aku paling teruk sbb byk lagi rezeki lain yang Allah dah bagi aku. Aku tak boleh tamak utk rebut semua rezeki tu. Mungkin kalo dpt 'combo' tu semua lain plak jadinya dalam hidup aku ni.

Apa pun, setiap yg berlaku ni pasti ada hikmah utk kita. Bergembira lah dgn jalan yg telah ditentukan utk kita.
Image : Here

~Pasal Zalim Sungguh Mereka~

Oke. Aku tau udah ketinggalan berita ni. Tp tgk 360 mlm tadi terdetik nak buat entry plak. 
Sedih sungguh rasanya bila tgk famili mangsa yg dizalimi menangis smbil bercerita.
Zalim sungguh manusia ni kan.
Udah la ditikam 17 kali, lps tu disimbah asid plak. Lps 22 hari bertarung nyawa, akhirnya dia meninggal.
Ya Allah. Kalo dipikir secara waras, aku rasa takde manusia pun sanggup berlaku zalim mcm tu.
Tp ada. Mmg ada. 

Nur Ain yang terlantar selama 22 hari dan menderita akibat 19 tikaman serta melecur akibat simbahan cuka getah, meninggal dunia dalam koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI), jam 8.32 pagi semalam.
Mangsa dimasukkan ke hospital itu selepas kejadian 16 Disember lalu yang menyebabkannya cedera parah di bahagian perut selain melecur muka, belakang badan, tangan dan kaki.

Berikutan kematiannya, seluruh keluarga gadis malang berkenaan menuntut supaya penyerang mangsa, Habin Sulaiman, 42, yang sudah dijatuhi hukuman penjara 34 tahun dan lima sebatan pada 3 Januari lalu selepas mengaku menyerang dan cuba membunuh mangsa, disiasat semula atas tuduhan membunuh.

Kakak kedua mangsa, Suraidah, 28, berkata mereka sekeluarga menuntut siasatan semula kes terbabit demi keadilan untuk Nur Ain yang terpaksa bertarung nyawa dan terseksa hingga akhir hayat ekoran perbuatan kejam lelaki itu.
Berita sepenuhnya : Bharian

Kena jatuh hukuman 34tahun, maka si zalim giler tu akan kuar jel masa umur 76 thn. Eh. Masih dikirakan muda tu. Mmg kena bukak case semula la utk sabitkan dgn pembunuhan plak.

Dah. Tak boleh nak pikir dah. Geram sgt rasanya. Sesuka hati je nak tikam, bunuh orang.

Wednesday, January 26, 2011

~Pasal KLIBF 2011~

Satu-satunya event yang aku tak pernah 'miss' pada setiap tahun bermula tahun 2003. Jadi pada geng geng peminat buku dan event ini juga, mari kita tick date ini di kalendar/organizer/diari kita.
22 APRIL - 1 MEI 2011
keterangan lanjut klik saja di sini - KLIBF

~Pasal Meeting Lagi~

Gambar hiasan dari sini
Memula jadi. Pastu tak jadi. Pastu jadi. Pastu tak jadi. Pastu JADI plakkk...
Ha. Kelam kabut ko. TKP kata on jugak kul 9.30pg walo masa tu dah 8.45am.
Nak terberak pun tak sempat dibuatnya.

Gitu lah adanya yer tuan tuan dan puan puan.
Sering sgguh berlaku gitu. Meeting jadi tak jadi namanya tu.

Meeting ni mmg masuk dlm KPI unit aku. Kena buat 4 kali sethn. Kira quarterly meeting. Suku1, Suku2, Suku3 dan Suku4.  3Suku takde yer. Memula da cop TKP smlm. Dia tak buleh. So, cop pagi ni. Dah  emel suma ahli, edar memo bagai, smlm ada dept lain kata tak boleh sbb TKP masuk meeting lebih penting. Ok la. Aku pun suh bebudak aku kansel dan gitau suma ahli. Sekali pagi ni PA TKP kata masa bila plak dia tak boleh attend meeting aku nih. Bilik meting pun terpaksa tukar sbb da ada org guna bilik meting utama. Tkpe la.

Aiyark!. Trus la bersilat suma. Dgn minit, agenda. Talking point apah pun aku tak buat lagi. Byk lak tu maklumbalas nak kena bentangkan. Lantak. Belasah je aku ckp ikut dan.

Ok. Timakasih utk adik2 unit aku. Good job then. Tapiiii.... ada gak minit yg lepas salah. Eiii... geram tau. Da check pun ada salah. Cena nih? Eiii... tak suka tau. Tp nak wat cena kan.

So, KPI pertama tahun 2011- checked. Yay!!!

Bkn gmbr hiasan.
Ceh! sure korang kata poyo giler sbb meting pun tgkp gmbr. Miahahaha. 
Ate' kata blogger tegar. Hahaha.
Takde lah. Ini utk blog dept kiterang. Aku suh adik unit aku amik gmbr. Nak masuk dlm blog dept tu.  So, aku kasik tempek dulu kat blog aku. Hahah.
Tu nati incik TKP pantau blog kiterang. Takde berita langsung dah lately nih. Tu la taknak suh aku jadi jurulapor kan. Kut tak sure byk berita haku. Hahahhaah.

Oh. Opis kiterang mmg setiap cwgn negeri n bhgn kat HQ wajib ada blog.

~Pasal Lagu : One In A Million~

(video guna youtube, so opis sapa block youtube spt opis aku ni, maka tidak lah dpt menghayati lagu2 berikut. Tp takpe, balik umah leh tgk ya)

Byk sungguh lagu omputih yg guna tajuk One In A Million. Tp aku paling suka dua lagu ini. Sgt sgt suka.

One In A Million by Bosson


Lagu ini mengingatkan aku masa study final sem degree. Uwuuu... memori..memori..

One In A Million by Ne Yo


Sgt suka lagu ini. Retu kat karoke, Dee terkejut tgk aku leh nyanyi lagu ni. Tp kena ikut dgn audio lah. Hihi. Ate..dah patploh kali sari dengo kat MixFM tu, da masuk dlm otak aku ni ha. Hahahahah

Tuesday, January 25, 2011

~Pasal Cukai~

Dah byk kali gak aku terbaca kat blog org pasal CUKAI nih.
Tadi baca plak kat blog Adia pasal ni.
Mula aku mcm tak igt pasal tax nih, then tadi baru smpai bil Astro (aku mmg guna alamat opis), so trus bkk tgk. Trus mcm nak hangin. Walo aku amik kira paling murah nyer pakej (Family+3mini) tp kena gak RM3.30 tax nya. Ye.. mmg la tak byk mana. Tp kalo didarab doblas. Didarab plak dgn suma penduduk yg guna Astro. Pergh!. Itu kira paling minima. Eh. Ada lagi yg minima kan. Tak kesah. Tp yg dikesahkan 6% Govt. Service Tax tu. 

Then kad kredit lagi ada govt tax.

Then segala bala tax yg 5% jadi 6%.
So, nati dpt bil telefon, bil broadband dah jadi 6%.
Tp bg bil telefon, penggunaan kita pada bln 12 masih dikira 5%. Ini aku baca kat garispanduan tax by kastam.
Entah cemana dia buat bil tu nati kita tgk je lah. Mana tah bil bulan nih.
Udah la aku tak pegi pegi lagi nak register anta bil kat emel je tu.
Nak buat tu pun kena mengadap ke opis Celcom tu. Tah bila masa aku leh selit masa operation hour dia tu. Ari Sabtu buleh la. Nati lah pegi. Print bil pun da kena caj. Eiiii....

Iyer aku paham, tujuan tax bagi kerajaan ni adalah utk buat segala kemudahan asas utk rakyat, bagi subsidi minyak, gula (as 'they' said) dan juga mengajar kita agar berbelanja secara berhemah. Tp some of 'perkhidmatan' ni dah jadi keperluan. Umah aku yg dikelilingi bangunan tinggi tu takkan jelas siaran tv nya kalo tak guna Astro. Bintik bintik mcm ujan batu. Lepas tu gmbr dia ter tarik tarik ke kanan. Ko mampu nak bersabar kalo gaya gitu?. Nak buh antena buleh, tp aku rasa kena buat lebih tggi dari KLCC. Mampu??

Ok la, mungkin aku leh potong segala pakej aku amik tu. Amik basic. Yg ada Prima n Ria tu je. Ada ke pakej yg tu. Atau takyah tgk tv. Ha.....
Then telefon-guna prepaid balik. Leceh yg ni. Tak berkenan tul nak beli topap topap skang ni. Ada urgent call kredit dah due plak. Brrr... 
Then broadband - Potong je. Boleh?? Err... errr...errr....
Dan elakkan makan kat kedai ada tax nih. Masak je kat umah.
Kalo ber holiday takyah tido hotel, tido kat dlm keta je. Boleh????

Malas nak ckp apa. Mmg la aku kerja kerajaan. Gaji naik tiap tahun. Rata2 k/tgn kerajaan ni kenaikan ni antara 20-80 je setahun (kump. sokongan & PnP 41 lah). Aku rasa kenaikan utk setahun tu mmg utk menampung segala tax berkaitan tu. Pasti.

Nak bebel lelebih pun tak guna gak. Menda tetap akan berlaku. Bayar tetap akan bayar. Ni bila plak aku nak langsaikan PTPTN nih. Maleh nak pikir dah. Byr je baki semua. Tkyah nak pikir ujrah ke hijrah apa tah tu.

Oh. Nak tau pasal tax ni boleh baca kat garispanduan ni. Aku rasa clear sket la bila baca ni. Kut tak tertanya tanya gak la kan.

Oke. 1 Malaysia. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

~Pasal Trilogi Cinta~

Motip tul tau bila my incik asben sker tgk citer Trilogi Cinta ni.
Aku ejek kata dia sker Rosyam Nor. Dia kata 'tak la.. org sker tgk sbb jalan citer dia bes'.
Ah! sbb citer ni aku kena xtent tgk citer yg aku minat.
After 11pm baru leh tgk semula. Cam kalo aku nak tgk citer Bujang Sepah tu, beliau lak nak tgk Trilogi Cinta ni. Oke la. Aku idak kesah pun. Aku leh nulih blog. Ye dok.
Tp aku paham dan tau jugak jalan crita Trilogi Cinta ni.

Mmg agak bes la sebenarnya. Adaptasi dari novel Sharifah Abu Salem. Cuma aku tak berapa sker nak follow sbb aku kureng minat sama itu abg hero malaya kita tu. Huhu. Cuma tgk tgk camtu je la. 
Adik Zqah kita pun penah blogkan pasal citer ni. Lupa dah aku. Huhu.
Aku rasa aku ada novel Sharifah Abu Salem ni. Oke. Mari kita korek semula almari novel kat kg tu. Tak ketiga tiganya, ada la salah satu atau salah dua. Sbb dulu antara yg aku sker gak citer S.A.S nih.
Sapa sker layan drama melayu buleh la tgk. Setiap Ahad dan Isnin, jam 10mlm. Eh. Selasa ada ke. Aku pun tak pasti. My dear kata ada. Ada la kutnya.
Gmbr dari sini

Oh. Nati Norjinah tu kawen jugak dgn Razif ya. Pakai tudung lagi nati dia. Hihihi.. oke..bes..bess...
Gmbr dari sini

Monday, January 24, 2011

~Pasal Pulau Mutiara~

Imej : google
cutimalaysia.my
Arghhhh..pulak.. smlm tgk drama Dalca Mami Georgetown. Udah teringin nak ke Penang plak. Aiyark.... bkn pasal lama tak pegi, tp nak pegi jalan-jalan, makan-makan ngan my dear la. Retu ulang alik tu pasai keja. Ni nak berjalan jalan.
Tingat plak Laksa Jangguih kat Balik Pulau tu. Perghh.. terliur. Tgk blog lelabu ni lagi la buat nak pi, nak pi Penang.... 
Payah la lagu ni che puan stoberi oii.. suma tmpat hang nak pi haih...!

~Pasal Mari Makan Limau~

Tgh makan limo ni. Setat la tu musim limo kat opis ye dok?
Eh. Apa ke hey berlimo limo ni?
Limosin?
Hahaha. Baru peh baca blog Yob D_08 tu. Kan dia byk nulih bhsa negeri kesayangan aku tu. Jadi aku pun dah ngikut. Hahahaha.
Oke. Back to normal. Ai kan kijer key ell. Tulis stail Key Ell lah. hahahahah. Oke, ai rela di lempang skang (smbil tadah muka sbb belagak nak mampus).

Korang pun sure dpt berkotak limau kan. Kut ada kontraktor cina tu lagi la byk dpt. Dulu duk sblh dept Fizikal, dpt la sekotak deme bagi. Unit kecik merasa la byk. Skang ni dpt la sebijik dua sorang.  Oke la tu dari takde kan. Sedap plak limo ni. Manissss. Ni lokam..eh lokan ke apa tah. Mmg manis. Smlm my dear p paso suh dia je beli kan limau yg kecik2 tu. Dpt la 3 jaring tu RM5. Bawak pi opis. Hai..manis plak. Adik clerk aku ckp 'kekda, sy makan suma manis'. Aik..smlm aku laki bini makan ada yg masam. Siap aku makan dgn garam lagik. 

Oke. Nak smbung makan limo. Gmbo takdak. Aku google ni. Pinjam gambo ye tuan blog
Tahun ni tahun rabbit kan. Sukaa...comey....
Kredit : Here

~Pasal Kenapa Perempuan Ini Terlalu Kompleks?~

Sebagaimana status di FB ari tu. Bukan shopping complex ye mahupun Kompleks Kraf.
Ini sifat 'perempuan ini'.
Aku bercakap dalam konteks 'perempuan ini'. Perempuan yg sedang menulis blog ni. Perempuan itu aku tak tahu sejauh mana ke kompleks an mereka.

Tp perempuan ini mmg aku rasa kompleks.
Ah. Mungkin pada org lain dikatakan 'cerewet'. Tp aku nak gelarkan juga 'kompleks'.
Oke, skang lihat pada ayat ini.
'Saya perlukan sepasang (ke sehelai?) jeans baru'
Mudah kan. Hanya 4 perkataan dengan satu objektif. Objektif yg mudah tercapai.
Hanya sepasang (atau sehelai) jeans. Kat memana pun ada. Ambil dan bayar. Itu sahaja.
Tang mana 'kompleks' nya?.
Kita tambahkan objektif pada ayat tersebut.
'Saya perlu sepasang (atau sehelai) jeans baru berwarna hitam'
Tahap 'kompleks' pertama. Oke. Cari sahaja jeans hitam. Apa susahnya. Dari JJ Maluri ke JJ AU2 masih tidak berkenan di hati. Smpai ke SOGO pun tidak ditemui.
'Saya perlu sepasang (atau sehelai) jeans baru berwarna hitam yg bukan Straight Cut tp tidak lah terlalu Slim Fit dan tidak mahu berwarna terlalu season. Oh. Tidak mahu juga yg cutting pendek pada pinggangnya (yg kalo pakai baju pendek harus ternapak sependa. Tp siapa suruh pakai baju pendek. Tak, tak pakai baju pendek pun tetap rasa tak selesa sbb terasa mcm sependa ter sentil. Haha)

See. Aku tak tahu 'kompleks' tahap berapa dah tu.
Maka pencarian diteruskan di setiap pelusuk Mid Valley. Baek JJ, Metrojaya, PDI, Padini, Body Glove, Voir suma lah dimasuk. Masih tak berkenan.
Eii..penat tau. Dari Utara ke Selatan mencari di MV tu. Aku mula menyampah dgn tahap ke kompleks an perempuan ini.
Dan akhirnya perempuan ini mengalah. Belasah je la.
Akhirnya ke kompleks an tersebut berakhir di Jeep. Baru tau Jeep ada jeans pompuan. Amik je lah. Tidak terlalu season warnanya, tidak Straight Cut, tidak terlalu slim fit tp fit jugak, cutting pinggang pendek tp boleh dimaafkan lagi la.
Itu pun perempuan kompleks itu berkata pada suaminya
"tak puas hati lagi ni, masih tak jumpa mcm saya nak. Nati nak beli yang lain jugak"

Ek eh!

Gambar sekadar hiasan-kredit : here

Sunday, January 23, 2011

~Pasal Lagu Ilusi~



Ya Tuan, saya minat lagu ini tuan.
Dan saya minat cerita Awan Dania 3 ini juga tuan.
Bes nya la kan kalo anak orang kaya berebut kan kita.
Hahahahahah.

Ilusi - Adira
Rasa suasana riang berdua
Saatku kau lupakan saja
Menari di minda hingga terleka
Beralih ke alam yang nyata

Bridge
Tersentuh bagai dejavu
Beribu batu lebar sayapku

Korus
Pabila bercinta dan dicinta
Cari cinta, cinta mega
Biar cinta jadi fenomena
Tertusuk sudah aku
Panahanmu, panahanku, hak milikmu
Biar panahku terus di situ

Inilah petanda telah bermula
Ilusi baru dalam sketsa
Memenuhi masa dengan ceria
Bagai ledakan supernova

( Ulang Bridge & Korus )

Ilusi
Biar ia dijadikan realiti
Aku menyanyi
Biar diriku mencapai rentak infiniti
Nan tinggi

( Ulang Bridge & Korus )

Ensem gak dak Gambit ni yer. Aumm..
Jehan mmg dari dulu ku sker. Aumm gak. Hihi
Pic : Kredit to FB Awan Dania (me fan dia. hihi)

~Pasal Latok~

Alalala latok..alalala latok..tolong jangan saman.
Ha..itu aku tau. Latok itu mmg perkataan baru aku dengar. Cuba google LATOK. Maka akan kuar image ini
Kredit : Here
Ni masa ke Sabah last 2 week tu la retu. Bapak mertuaku sudah nalipon sama anaknya (suami aku la) minta dibelikan latok. Memula igt Ratok. Entah apa kemenda aku pun tak dpt nak imagine. Kata bapak mertua ku itu mcm spirulina la. Err. Spirulina itu aku tau dalam bentuk kapsul saja. Dulu aku penah makan. Rasanya... eiiwww... sgt la menghijau dan beralkali. Huhu.
Idak la aku tau spirulina itu asalnya dari Latok. Haha. 
Tp bila aku baca kat sini, betul lah Spirulina itu adalah tumbuhan laut. Ku pikirkan spirulina tu tumbuh tumbuhan tp bukan lah dlm laut.

So, ari Jumaat tgk Warung Kita edisi Sabah tu barulah kenal apa itu Latok.
Patut la masa cari kat KK retu derang kata pi kat pasar. Mana nak carik lagi time tu. Dah tengahari. Yg my dear aku ni pun mmg camtu. Idak la di kabo nya kata kami ni honeymoon ke Kundasang, duduk di kaki Gunung bkn duduk di tepian pantai. Nati bapa mertua kata sengaja tak mahu carik plak kan.
Oke Ayahanda, tkpe, nati kami plan trip ke pulau pula. Anakanda akan carikkan utk ayahanda barang sekilo dua ya. Hihi
Kat Warung Kita tu dia tunjuk kat Semporna byk la mendalah Latok ni. Makan begitu saja aku rasa. Dia adalah sejenis rumpai laut. (ni si aishah mama shamil sure tau nih). Tp kaler dia ijau. Kalo rumpai laut dia coklat kan. Ke sbb dia kering jadi dia coklat. Entah. Aku kurang pengetahuan di situ.
Latok-kredit image : Here

Rumpai laut. Kredit imej : Sini
Semua jenis seaweed. Kredit : Here
Nak tau apa khasiat dia leh tgk di web ini.
Tp aku petik sedikit dari situ ya.
Nama : Rumpaian laut.

Huraian - Rumpaian laut yang selalu digunakan ialah Porpyra, Ulva, Alaria, Chandrus, Rhodymenia dan Nastoo.

Khasiat dan kegunaan.

Rumpaian laut selalu dimakan dengan nasi, dijadikan sebagai nasi dan perisa bagi daging.Tangkai rumpai laut dimakan selepas digoreng sama dengan atau tanpa garam. Ia kaya dengan iodin yang merupakan petanda bagi tiroksina dan ia juga mengandungi vitamin B, C, asid folik dan niasin. Rumpaian laut juga kaya dengan kuprum, ferum, zink, kobolt, voradium,mangan dan kromium.
p/s : Semporna pun bes jugak ya. Terliur giler aku tgk Alex tu makan ketam. Dgn lobsternya. Tskkk...  Oke, start saving dari skang utk pegi nxt year. Hihi

~Selamat Pengantin Baru- Ayu n Zakuan~

Nikah
Sanding- Ada beruk juga
Inai cantik dan kemas
Suka lah gmbr ini.
Suma gambar kredit dari sini -
http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=513331&extra=page%3D1&page=30

Tak mahu komen apa apa. Just suka saja nak tempek gmbr2 ini. Tggu nxt week plak. Gmbr di majlis resepsi derang.

Saturday, January 22, 2011

~Pasal Earrings and Piercing~

Korang pakai earrings tak? Ari tu masa jalan2 blog ryn-aku dan sesuatu, ternapak gmbo anak dia-Echa da bertindik. Bagus la kecik2 da bertindik. Hihi.
Then tingat lama da aku tak pakai earrings. Agaknya da 'kambus' pun tpt tindik kat telinga tu.
So, balik umah tgh tgk tivi tetiba tingat.
Trus amik baby oil, sapu kat tpt tindik tu terai masukkan balik earrings aku.
Eh. Boleh la. Hihi. Rasa sejak lps kawen aku tak penah pakai dah earrings. Tp still 'berlubang' telinga tu.
Ni yg rasa nak suh my dear belikan earrings comey comey ni. Hihi.

Tingat sesuatu pasal bertindik ni. Ekceli aku bertindik masa dajah 2 kalo tak silap.
Bukan pi 'tembak' kat kedai tu. Tp aku bertindik secara tradisional.
Dulu bertindik ni org buat kenduri sekali  berkhatan. Budak lelaki berkhatan, pompuan bertindik. Ha, gitu. Aku igt lagi, mak aku bawak pi kenduri org bertindik/berkhatan ni kat umah sedara aku. Takde plan pun aku nak tindik. Sekali mak suh aku join bertindik skali. Eh. Tp aku oke je.
Tatau la cena org tu tindikkan tp mmg tak rasa sakit. Ada minyak dia sapu kat telinga, pastu ada kunyit ke apa tah, pastu dia cucuk tpt tindik tu dgn apa tah. Then dia masukkan pin.
Bukan la pin hok besau letak kat napkin baby tu,
Imej : Google
Yg paling kecik, ringan kaler gold tu
Imej : Google
Maka pakai la dulu earrings (gold tu. hihi) pin dalam berapa bulan tah. Errr...aku pun lupa berapa lama. Tapi aku ngada, konon mcm sakit. So, agak lambat la nak ber earrings. Makanya sepanjang umo smpai skang mmg aku tak penah pakai earrings jenis melekap tu. Tah. Aku rasa mcm sakit je.
Aku pakai jenis bulat tu. Hoop earrings eh nama dia. Tp idak la beso hok buleh burung terbang lalu tu. Kecik je la. Ala ala camni kan

Tapi cantik jugak sekali sekala pakai hok jurai jurai tu kan. Hihi. Lagi lagi diamond kan. Aww...
Image : Here
So, skang nak pakai balik lah. Nati befday thn ni leh ngendeng2 nak earrings. Eh... oke..oke... berjaman lagi utk ckp pasal bufday.

Amacam kalo pakai ceni? Ada brannn?? Teheheheh
Image kredit : Here

Friday, January 21, 2011

~Pasal Berangan Ke USS~

Kredit : Here
Kredit : Travelfolio
Kredit : Here
Uwa.. meleleh air liur ni bila google gmbr kat USS ni. Bila la entah dpt pegi nya ya.
Besnya kalo dpt pegi kan. Dpt jumpa Shrek kat Far Far Away Kingdom

Shrek 4D at Far Far Away, Singapore, Singapore
This travel blog photo's source is TravelPod page: My Five Days in Singapore

Jumpa ahli ahli Magadascar Madagascar yang comey.. uwa...besh
Kredit : Here
Oke. Mari berangan utk pegi skang!.
Mungkinkah angan angan akan jadi kenyataan?
Mungkinkah next pit stop utk vacation seterusnya (sblm pasport xpired. Erkk)? Huhuuuuuu......

~Pasal Tamat Juga Akhirnya~

Akhirnya. Tamat lah segala perjuangan ku.
Eceh! Poyo!
Takde, bukan tamat apa. Akhirnya lebih kurang 5 bulan berusaha, maka ganjarannya pun hampir diterima.

Ganjaran apakah?
Cam biasa la. Suma Nuffnanger biasa memperkatakannya. BE, ME tu.
Akhirnya suma BE telah menjadi ME. Haha. Aku rasa after this mmg no more BE lah.
Memula dulu abis suma tpt aku godek utk tambah ilmu pengetahuan utk dptkan BE ni.
Berhasil pada awal Ogos. Seterusnya rezeki bila aku buat Contest Sedondon tu. Lps tu mula da ilang sedikit demi sedikit. Cuma tetiba ter dapat bila ada kes Rapunzel tu. Hahaha. Lawak seh. Pi letak link blog aku. Mmg la org akan click. Anyway, maceh juga utk org itu.
Dan Seterusnya sehingga lah 13 BE aku merasa.
Tp aku perasan kat blog aku, kalo aku dpt BE, mmg aku tak dpt campaign. Siannn....

Oke la. Alhamdulillah. Sbb aku bkn target nak jana pendapatan pun dari blog ni. Aku sker menulis memacam. Dari dulu lagi. Start masa kat blogdrive. Suka je masa tu yg mana tak ramai pun tau blog aku. Boleh tulis sesuka hati. Tak perlu nak pikir 'eh..ni kang ada yg kecik ati', atau pun pikir ' ni aku tempek gmbr ni org kata aku menunjuk'. Susah hati rasanya bila camtu. Tp takpe lah. Adat lah kan. Ko taknak suma tu sila lah pvte kan blog atau menulis kat blog private. Mmg aku ada blog pvte satu lagi. Sana buleh la aku meroyan memacam. Heh!.

Lps tu aku beria nak duit dari blog ni sbb aku sakit hati dgn org yg sibuk jaja citer blog aku. Budak opis aku la. Terhapa tau. Sampai hati dia buat aku camtu. Aku tak sakitkan hati dia pun. Kut ye pun takyah la jadi penyampai berita. Baca je, dan abis tang tu. Ni tak, siap pi kat meja org tu, suh org tu view blog aku, suh tgk yg aku ni citer pasal org tu ke apa. Hie. Sakit sgt ati aku nih. 

Sbb tu aku carik gak jalan utk jana pendapatan. Aku nak tunjuk kat org tu yg ko tak dpt apa2. Tp aku dpt duit. Lagi byk ko suh org tgk, lagi byk aku dpt duit. Owh. Aku nak belanja  org tu air kotak laici lah bila aku dah cash kan cek Nuffnang ni nati. Tanda terima kasih sbb menyebarkan citer aku dan membuat aku tersedar aku takleh citer sebarang2 kat blog terdedah ni. Dan kerana itu juga aku buat blog baru. Mekasih utk beliau.

Dan skang, takpe lah. Aku tulis pun berhati hati je sbb aku tau byk org yg ku kenal baca blog ni.  Citer pasal opis pun tak leh lebih2 sbb ada kawan2 opis baca, pasal family in law pun tak leh sgt sbb kakak ipar (akak my dear) ada baca. Pasal family aku pun tak buleh sbb ada anak buah (anak akak aku) baca (tp nak kutuk dia takpe..miahahahah), pasal kawan uitm, kawan sekolah, BFF aku pun tak boleh over over.  Derang suma ni Silent Reader. Aku tau je. (apsal korang tak follow? Follow skang cepattttttttt...paksa neh..paksa....! Hahahhaha)

Jadi pasni ada BE ke tak, tak la menjadi pengkisahan. Skang musim BE tu. Hangat suma blog cakap dpt BE. Mmg nan hado la kat aku. Tau dah. UV aku pun bkn thp beratus. Cuma. Menulis tu tetap menulis. Hehari menulis pun Insyaallah. Ada rezeki, aku terima.

Utk suma yg membaca blog ni, terima kasih diucapkan.
Blum cash out pun kan earning tu. Tggu la kut kut dia bertambah 1,2 angka di hadapan. Hahaha. Berangan. Oke Puanstoberi, nak berangan kalo sila berambus dari kotak ini. Miahahahaha...
Oke..love uolss....muahhxx... !

~Pasal Big Apple 365~

Ce teka... ce teka... apa isi dalam kotak ini.

Tentulah donut dari Big Apple kan. Yg d taste I cannot resist tu kan. Huhu.
Tp kali ini kotak comel tu tak menempatkan donut yg nom nom nom tu.
Ada ni ha.

Tehehehe. Tak memasal aku daftar as Big Apple 365.
Tah. Saja ja mengada. RM15 utk setahun.

Apa kelebihannya? Buleh  baca kat sini

Bila da daftar, dpt la kotak tu yg ada :

Pen, 2 tag comel. Ada tulis Do Not Disturb, Loving In Progress. Mujur dia tak tulis- don't disturb, making love in progress. Opsss... ngeeeeee.... :D.
Dpt gak voucher utk discount donut ni. Pegi di hari jadi anda dpt 3 bijik donut pree. Oh, kena igt ni sbb befday aku setahun lagi. Huhu.
Dpt rubberstrap dan cardholder 365. Each time pegi BA, bagi la kad tu utk dia 'tetttt' kan. RM10 dpt 1 point. 6 point nati donut pree. Eh. Boleh baca la kat web dia tu utk keterangan lanjut.

Makanya menambahkan lagi kad gedung niaga di dalam wallet ku ini. Udah ada JJ lah, Ariani lah, Watson lah. Lantak kan situ.

Eh. Aku takde kad Sogo lagi ek. Umm... harus ke buat eh?

p/s : BA kegemaran saya adalah Chocoholic. Anda pula???

Thursday, January 20, 2011

~Pasal Kekanda Adinda~



Ya Tuan, saya tau Tuan lagu ni dah berjaman Tuan, tp saya baru nak kecoh share kat blog Tuan. Maafkan saya yg ketinggalan ni Tuan.

Haha.

Lagu ni masa citer Vanida ngan Rashidi tu kan. Apa tah tajuk dia. Bes. Sbb derang sepejabat kan. So, mari kita tgk liriknya (kredit : Here). Tp tang kata Dinda belum bersedia untuk cahaya mata tu tak sama ya. Hihi

Oh Kekanda
Jangan iri hati, Dinda naik pangkat lagi
Oh Adinda
Kanda mana dengki, malah Kanda support bini

Jadi Dinda mahu mengambil masa
Tapi Kanda mahu segera
Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Tapi Kanda mahu cahaya mata

Dinda belum bersedia
Kanda dah beria ria
Jadi yang mana satu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh Adinda, tolong jangan lekas curiga, lekas cemburu buta
Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati, tak rela dikongsi

Kanda kerja overtime, terlebih masa
Itu yang Dinda harus berwaspada
Ini semua demi masa depan keluarga
Dengan Dinda atau sebaliknya

Kanda kerja malam
Dinda kerja siang
Jadi bila nak bertemu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda
Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda
Oh bagaimana? Bagaimana kita nak selesaikannya?
Apa keputusannya?

Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi
Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi

Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan
Kanda polar kutub utara
Dinda kutub selatan
Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu
Tak perlu bertengkar
Tak perlu bermasam muka

Walau kita sering dengan cara masing-masing
Kanda yang Perdana
Dinda yang Utama
Kanda segalanya
Dindalah nyawa
Kita tetap bahagia bila bersama sama
Bahagia bersama
Bersama selamanya
Bahagia selama-lamanya

~Pasal Apakah Fobia Anda~

Anda fobia pada sesuatu?

Imej- Google
Fobia ni berkait rapat dengan ketakutan pada sesuatu perkara. Tp ketakutan tu tahap melampau lah. Bukan kata 'eh, aku takut gak ngan lipas'. Tp still lagi boleh bunuh lipas tu. Citer pasal takut pada binatang ni aku ada 2 org kawan yg mmg takut betul dgn binatang dan aku boleh kategori kan sbg fobia la kut. Satu member dok Algeria sana tu, yg amat fobia dgn lipas. Dan sorang lagi BFF aku Zirah, takut giler dgn katak. Maka boleh lah dikatakan meke itu lipasifobia dan katakifobia. Huhu.

Aku google jugak la jenis2 fobia ni. Rupanya bukan sikit jenis fobia ni. Ada memacam. From A to Z. So, boleh semak di sini- phobia - utk carik jenis ke fobia an anda. Tehehe.

Aku amik sket la jenis2 fobia yg agak menarik utk di share di sini :

1- Ada org takut mandi/mencuci? Anda boleh gelar kan beliau sbg : Ablutophobia
=It is a persistent and irrational fear of bathing, washing or cleaning. The phobia is more common in women and children, especially with people who are extremely emotional.

2. Sapa takut dgn binatang liar digelar sbg : Agrizoophobia (sng nak igt sbb ada zoo zoo)
=It is an abnormal and immense fear of wild animals. The phobia is caused by over estimating the danger due to the wild or jungle animals.

3. Ada ke org takut nak melintas smpai fobia. Meke ini digelar Agyrophobia
=It is a persistent and intense fear of crossing streets, highways and other thoroughfares. Also termed as dromophobia, the person may have a phobia of being attacked on the street and unable to protect or defend himself while crossing the street.

4. Takut nak makan daging? Carnophobia
=It is an intense fear of eating meat or any type of non-vegetarian food.

5. Pulak dah...takut tgk cermin. Rasanya kalo wanita dlm dunia takde la kut takut tgk cermin. Huhu. Catoptrophobia =It is a strange and unusual fear of mirrors in which people start fearing looking into mirrors. The fear is also known as eisoptrophobia.

6. Takut kpd jam digelar sbg Chronomentrophobia. Tp kalo org yg sker cepatkan jam nak bagi nama apa ya? Teheheheheh....
=It is an unusual and strange fear of clocks.

7. Bahaya neh. Takut kawen. Tp rasanya ada. Gamophobia
=It is an extreme and morbid fear of marriage.

8. Owh, yg ini rasanya ramai, tp takkan la smpai fobia kut. Cuma gugup tu ye la kut. Glossophobia
=It is an irrational and morbid fear of speaking or verbally communicating in public.

9. Aww...yg ni ramai ni. Mungkin 2 org kawan yg aku sebutkan di awalan tadi tergolong dalam ini Herpetophobia = It is an extreme and morbid fear of reptiles or creepy, crawly things, like, snakes, lizards, alligators, etc.

10. Takut pada tasik. Aku sebenarnya ada sedikit la fobia ni. Kalo pi kat Putrajaya tu, ada sedikit keseraman kalo lepak2 tepi tasik yg luas tu. Tah. Bukan takut menda mistik ke apa. Tp ada perasaan takut. Tp tidak la smpai meroyan royan tak boleh nak pegi. Ketakutan ini dipanggil Limnophobia
=It is an unusual and morbid fear related to lakes and ponds.

11. Motip nak takut pada kaler black. Tp yelah. Hitam itu menawan, tp hitam itu juga warna kegelapan, kehancuran. So, pada yg takut kaler black dipanggil Melanophobia
=It is an abnormal or unusual fear of the color black.

Itu shj utk di share di hari ni. Motip plak kan tetiba nak cerita pasal fobia di hari cuti ni kan. Miehehehe.

Wednesday, January 19, 2011

~Pasal Esok Cuti..Yey!~

Owh. Aku masih di opis di kala esuk nak cuti. Apa kes?
Kes la. Jalan sure jem tu.
Tadi ada urusan kat Pejabat Tanah Gombak. Nak pegi tu pun da napak dah org India berarak.
Balik tu kiterang lalu kut jalan 'dalam'.
Bahaya nih. Mau stuck smpai kul 5 pun tak smpat smpai KL.
So, utk kengkawan di Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diucapkan Selamat Bercuti lah ya. 
Pada yg tak cuti tu, takpe, nati 1 Feb kita cuti ya. Eh..tidak juga ya. Itu utk pekerja di Wilayah jugak .Teheheheh... Tkpe, 3 & 4 Feb kita cuti sesama ya. Raya cina tu. Bes tu. Lama leh cuti tu.

So, apa plan esuk? Takde apa plak. Cena leh takde apa nih?
Oke. Try emel Dee. Ajak karoke. Miahaha.
Eh. Ajak bebudak ni pi bowling pun besh. Tehehehe. Tp sure derang taknak kan.
Sbb blum gaji oih. Nak gi makan steamboat pun derang suh tggu gaji dulu.
Oke.. okee....

Hari Thaipusam yer. Aku google gak apa ekceli Thaipusam ni. Cam biasa, incik Wikipedia pastilah ada jawapannya. Leh klik kat incik Wiki ni.
Apa yg boleh disimpulkan hari Thaipusam ni hari utk menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

Dah betul dah tu tebus dosa dan mohon ampun, tp caranya mmg la mcm tak boleh diterima minda manusia ni.
Dia cucuk tang sana, dia cucuk tang sini.

Kat Batu Caves esuk mmg penuh la. Menda ni pun dah jadi sebahagian dari tarikan pelancong. 

Aku ekceli dari kecik salu tgk menda ni. Tau je lah Perak tu dari dulu lagi da bagi public holiday kan. Kat pekan kat tpt aku tu mmg dia siap tutup sebelah jalan utk derang berarak sambil cucuk2 badan tu. Me lelong lelong la dia berjalan situ. Mmg ngeri lah. Tak sakit ke ek? Ni aku amik sket dari Wikipedia :

Pelbagai cara menyiksa diri bagi menunjukkan mereka memohon ampun. Antaranya ialah berjalan di atas kasut berpaku. Mereka melangkah perlahan-lahan mendaki tangga-tangga kuil hingga tiba ke sisi patung Dewa Murugan di dalam gua Batu Caves. Ada juga yang mencucuk panah besi pada lidah dan pipi dari kiri ke kanan dengan panah pendek dan panjang. Yang lain pula mencucuk belakang mereka dengan puluhan mata pancing yang bersaiz 10 sm. Mata pancing itu disangkut dengan buah limau nipis yang teramat pedih rasanya. Ada juga mata pancing itu bertali dan ditarik oleh para pembantu.
Oke. Nak balik lah. Buat steamboat pun bes gak ni eh. Ummm....

~Pasal Lagu Senyum~

kacak luar
kacak dalam
kacak dengar sini
kalau saya senyum
awak mesti senyum sekali
kalau kita senyum
semua orang berjangkit
bila semua orang senyum
dunia tiada penyakit

Penah dgr lagu itu?
Lama da nak carik. Tp terlupa saja.
So, ari tu masuk blog ain napak dia citer pasal lagu ini.
Tingat terus nak carik lagu ini dan liriknya
Catchy song. Ai loike.

Tp malas nak tepek lirik. Makan satu mukasurat plak.
Panjang nau liriknya.
Siti Nurhaliza suma masuk.

Tkpe yang penting...
senyum
tak perlu kata apa apa
senyum
tak perlu kata apa apa
senyum
tak perlu kata apa apa
senyum
tak perlu kata apa apa



p/s : senyum la..esuk kan cuti... miahahaha... ai loike..ai loike... :)

Tuesday, January 18, 2011

~Pasal Hepi Bufday To Farah~

Hari ini bufday Farah.
Farah adalah adik kat unit aku.
Hari ini adalah harijadi Farah yang ke 27.
Mula mula aku tak igt pun harijadi dia.
Sbb aku tak sempat bkk facebook pagi tadi.
Cuma teringat bila napak adiah kat meja dia.
So, aku wish terus.
Maka trus aku mintak adik clerk aku buat satu list nama beserta bufday utk staff unit aku.
Kang aku melupa lagi. Bahaya betul.

Jadi masa keluar buat road tax terus dapat idea nak beli kek.
Jadi telefon adik adik yg lain.
Meke setuju je dgn cadangan kakak derang  ni utk share beli kek.
Nak buat suprise pada Farah.

Aku pun beli kek.
Sampai opis buat satu pakatan dgn menyuruh sorang lagi ajak Farah gi toilet.
Then masa dia pegi toilet letak kek atas meja dia.
Dia balik dia terkejut.
Tehehee. Tehehehee.. bes. bes.
Jadi ini lah gambar di hari kelahiran beliau ke 27.
Masih muda Farah. Akak dulu blum kawen pun umo tu. Teheheheheee.. :P

Kat atas tu Fara tercari cari sapa bagi dia kek :D

Sesi suap suap plak. Belasah la korang...

Besau nyer 'bow' diyer. Hahahahha

~Pasal Last Minit~

Ini la dinamakan 'dah nak terberak baru nak korek lubang'.
Erk. Sapa cipta perumpaan neh?
Org dulu berak kena korek lubang dulu eh?
Bukan ke org dulu pun ada jamban?

Motip nak cerita pasal berak dan jamban lak neee???
Nak cerita pasal maksud perumpamaan tu lah. Tak kira la baru nak terberak baru nak korek lubang ke baru nak bina jamban ke apa. Tp maksudnya aku rasa suma org tahu la kan.

Aku mmg tak sker buat keja nak terberak neh. Cukup tak suka.
So, bila aku dah terbuat gak maka aku rasa nak marah je kat diri sendiri. Mencik!

Kesahnya (la...da 3 perenggan baru nak start citer. mana la tak org kata entry aku ni panjang berjela). Ok, kesahnya roadtax aku dah Innalilllah 17hb. Aku igt aku balik dari Sabah retu sempat la aku nak ber MYEG. Tup2 skang ni internet loading mcm bband kat umah aku tu gak. Kadang lagi truk. Langsung tak dpt. Tadi aku berdiam diri je sbb tak bleh nak access la tu. Udah la masa tu mmg aku perlukan internet. Nak google satu menda yg nak dimasukkan dalam paperwork. Caisss!

So, bila internet lembap aku takut nak guna MYEG. Dah smpai thp nak byr aku terkebil kebil samada nak terus or tak. Tp langsung aku tak teruskan. Ari Sabtu tu org MYEG siap call  tnya apsal aku tak abiskan transaksi tu. Heh heh. Derang leh trace rupanya. Heh heh. By d way, bagus gak kan, siap call balik tu. Lps tu nati dia kata dia emel quotation insurans. Ok la aku kata.

Then Isnin tu da due sgt kan. Pulak tu kat MYEG dia remind kata kalo guna kad kredit 2 hari baru dpt road tax. Gulp!  Isk tak buleh neh. So, cena? Biasa aku mintak tolong kat broker insurans opis ni je tolong buatkan. La ni tak lantik lagi, so ada segan la nak suh derang. Tnya kat assisstant aku, dia kata leh je buat kat post office. Aku mcm 'owh eh. buleh eh'. Ok, kita terai. Smlm tak bawak geran, so extent ke ari ini.

Makanya pagi tadi kami bwk keta ber road tax  xpired 1 ari. Tak penah ni buat camtu. Kut tak mmg da redi je tepek yg baru. Tp takpe. Jgn pikir sgt. So, dlm kul 9am mintak kebenaran bos kuar jap. Gi post office.

Memula org tu kata kena bwk polisi lama. Sudah!. Tah mana aku taruk tah polisi tu. Seb bek ada renewal policy last year. Ding dong ding dong siap proses nya. Bayar dan dpt la road tax. 
Yey! da ada roadtax baru

Wah. Besnya. Setgh jam pun tak smpai. Senang je buat road tax ni rupanya. Haha. Oke. nxt year buat sendiri je. Rega pun murah je dari di qoute oleh MYEG n agent. Harap2 keta ni takde la menuntut bukan2 utk thn ini ya. 
Akak post opis tu kata nxt year tunjuk ini je kalo nak renew. Yey!